The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 BMMB1104. NUR HATIEKA BINTI GAPUR F2E

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur.hatieka, 2022-03-26 11:13:00

TUGASAN 1 BMMB1104. NUR HATIEKA BINTI GAPUR F2E

TUGASAN 1 BMMB1104. NUR HATIEKA BINTI GAPUR F2E

TUGASAN 1

BMMB1104 KESUSASTERAAN
DAN KEBUDAYAAN MELAYU

NAMA PENSYARAH : DR ARFAH BINTI AHAMAD
KUMPULAN/UNIT : F2E (BM)

NAMA: NUR HATIEKA BINTI GAPUR
NO MATRIK: 2021252310120

PENGENALAN
KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan merupakan semua karya dan ciptaan seni yang diperoleh
dalam masyarakat Melayu. Oleh itu, kesusasteraan Melayu merujuk kepada
segala ciptaan seni yang terdapat dalam masyarakat Melayu. Sastera juga
disepadukan dengan kehidupan sosial. Sebagai contoh, pada majlis
perkahwinan, tetamu dapat menyaksikan adegan yang menarik dengan
penggunaan bahasa yang lucu dan indah sewaktu wakil keluarga kedua -
kedua-dua belah pihak bercakap. Mereka berbalas - balas pantun untuk
menyatakan hasrat mereka. Namun, perkembangan pesat yang berlaku
mengubah hubungan antara sastera dan kehidupan serta menjauhkannya
(Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Oleh itu, sastera telah menjadi satu bidang
khusus dan tersendiri. Hal ini turut menjelaskan bahawa dahulu sastera
adalah bersifat kolektif dan dimilik bersama manakala kini telah berubah
menjadi satu kegiatan peribadi dan bersifat hak cipta sendiri.

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Hashim Awang (1987) menjegaskan bahwa kesusasteraan ialah ciptaan seni yang ingin disampaikan
melalui bahasa, kadangkala apa yang dituturkan dipanggil sastera lisan dan apa yang ditulis dipanggil
sastera tulisan. Sastera pula mempunyai keindahan yang tersendiri. Sastera ialah luahan kasih sayang
secara spontan, dan ia juga luahan jiwa melalui bahasa.

Selain itu, menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam bahasa Melayu I edisi kedua, perkataan sastera
ialah hasil daripada perkataan Sanskrit yang merujuk kepada sastera huruf atau buku yang indah.
Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, sastera ialah seni yang dilengkapi dengan penggunaan bahasa
yang indah seperti dalam puisi, puisi, novel, gurindam, dan sebagainya. Sastera direka untuk mengimbangi
intelek, rohani, emosi dan fizikal selain menunjukkan nilai kemanusiaan dan imej sosial.

Oleh hal yang demikian, dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya
masyarakat Melayu yang dilengkapi penggunaan kata-kata indah. Hal ini bertujuan untuk meyampaikan
mesej dan menggambarkan perasaan serta situasi tertentu. Misalnya, mengenai diri sendiri mahupun
masyarakat. Tambahan pula, sastera turut dikatakan sebagai peribadi yang digambarkan melalui
pengalaman, pemikiran, idea, perasaan, semangat dan juga keyakinan berupa gambaran konkrit yang
membangkitkan peribadi dengan pengantara bahasa sama ada mempunyai mutu ataupun tidak.

JENIS, BENTUK DAN CIRI - CIRI

-bppb-armogarmasoiJgaseasiJtiansuemntiniujmngsuoijgsuaddomnaddaemennnaetmenn,ebtmp,rpebepturpuneetuiunnntseiuniyntstukutiaytrkut.iakar.iuKdkeauKnsdieesunsssieisuuussosiaurussnotaarsna-etsala-reutsdaleruntdaaarensannaarusaannurptnaerptuknreuiMkhdrsiMhduiisermuiisleiraumsldioyausdadouysdradeuidratnepeilatnpaardeldabmardadabmaraahiamrpahiampeesagalempebsiglmpebaikbkegakebekagjpneeeiajpantneriudataniruksdagaiksadagppdamapoprnamlooranklsobakeaysbereaaynetarnantrntaunagtrnaukdagbakndmibsenmyiirseaoaybirsano.abeisnn.azeinlgaaz,lga,

Siti Hajar Abdul Aziz (2011) menukilankan tradisional sebagai serius dan mempunyai nilai abadi, bermutu tinggi
dan dijadikan standard terhadap yang lain, mempunyai ciri - ciri yang menjadi kebiasaaan dan tidak berubah
mengikut masa. Hal ini turut menjelaskan bahawa prosa tradisional adalah bentuk kesusateraan yang kekal
sehingga kini dan terus dijadikan sumber pengetahuan, amalan, pengajaran, sempadan tingkah laku atau
pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar.

Oleh itu, dapat dikatakan bahawa perbezaan antara prosa tradisional dengan sastera lama adalah sastera lama
bersifat sementara. Hal ini disebabkan kewujudan yang baharu akan melupakan yang lama. Berikutan dengan itu,
walaupun sastera itu telah lama terhasil dari aspek jangka masa, prosa tradisional masih diwarisi secara turun
temurun.

Selain itu, prosa tradisonal turut dianggap sebagai hasil karya seni yang disampaikan melalui bahasa yang
bertujuan agar falsafah dan penerimanya pada masa tersebut dapat disatukan. Prosa tradisional ini dibahagikan
kepada dua, iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana ( tulisan).

Pertama sekali adalah sastera didefinisikan sebagai hasilan kreatif yang terdapat daya imaginasi pencipta
dan terkandung atau menggambarkan nilai - nilai world view itu sendiri berdasarkan konsep sastera rakyat.
Kemudian, masyarakat pula membawa maksud kumpulan manusia yang hidup berkelompok dan mmepunyai sifat
primitif manakala rakyat ialah orang biasa yang hidup berkolektif dalam membentuk sistem berkeluarga yang
besar. Dalam hal ini, mereka hidup berkumpulan dan nilai kemasyarakatan diamalkan selain berpegah teguh
terhadap corak budaya tradisional. Hasil karya yang diinspirasikan merujuk kepada sastera rakyat dan
penyampaiannya adalah secara lisan.

Menurut Zaidan, sastera lisan merupakan ungkapan dari mulut ke mulut dan kebudayaan lisan yang
dihasilkan dalam masyarakat tradisional, di mana isinga mampu diselarikan dengan sastera tulisan dalam
masyarakat moden. Dalam erti kata lain, sastera yang diwariskan sercara lisan. Misalnya, pantun, nyanyian
rakyat dan cerita rakyat. Sastera lisan turut dipanggul sebagai sastera rakyat. Di samping itu, ciri sastera
rakyat adalah tersebar dan diwarisakan secara lisan. Kemudian, sastera rakyat turut bersifat tradisional dan
lama, iaitu ketinggalan dari aspek teknologi dan anonimi di mana nama samaran mahupun tiada langsung nama
pencipta digunakan. Hal ini menyebabkan sastera rakyat menjadi milik semua masyarakat yang
menghasilkannya. Ekoran daripada itu, sastera rakyat juga memiliki pola bersama plot yang hampir serupa dan
berfungsi untuk memberi pengajaran di samping penulisannya yang sederhana, spontan dan kadangkala kasar.
Tambahan pula, sastera rakyat dapat dibahagikan kepada dua kategori seperti naratif, iaitu mitos, lagenda
dan cerita rakyat manakala bukan naratif pula terdiri daripada puisi rakyat.

Kesusasteraan merupakan semua karya dan ciptaan seni yang diperoleh dalam masyarakat Melayu. Oleh
itu, kesusasteraan Melayu merujuk kepada segala ciptaan seni yang terdapat dalam masyarakat Melayu.
Sastera juga disepadukan dengan kehidupan sosial. Sebagai contoh, pada majlis perkahwinan, tetamu
dapat menyaksikan adegan yang menarik dengan penggunaan bahasa yang lucu dan indah sewaktu wakil
keluarga kedua - kedua-dua belah pihak bercakap. Mereka berbalas - balas pantun untuk menyatakan
hasrat mereka. Namun, perkembangan pesat yang berlaku mengubah hubungan antara sastera dan
kehidupan serta menjauhkannya (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Oleh itu, sastera telah menjadi satu bidang
khusus dan tersendiri. Hal ini turut menjelaskan bahawa dahulu sastera adalah bersifat kolektif dan dimiliki
bersama manakala kini telah berubah menjadi satu kegiatan peribadi dan bersifat hak cipta sendiri.

Mitos merupakan kisah dongeng yang bertujuan untuk menjelaskan asal usul kejadian. Misalnya, kejadian
manusia, alam, binatang dan penempatan. Contoh lain yang dapat dilihat adalah mitos berkaitan
pembukaan sesuatu tempat dan asal usul seperi pembukaan negeri Melaka dan mitos ketokohan seseorang
seperti Raja Iskandar Zulkarnain. Dalam hal ini , cerita yang dianggap benar - benar berlaku dan suci adalah
mitos. Seterusnya, cerita mitos turut bersifat universal , iaitu bersifat untuk sejagat dan mengandungi kisah
manusia, atau mahkluk dan peristiwa di luar penikiran manusia. Sebagai contoh, kisah percintaan dewa dan
kisah pertualang para dewan.

Bagi lagenda pula, lagenda merupakan cerita rakyat yang Di samping itu,cerita rakyat adalah berbentuk prosa
dilercayai disebabkan mempunyai latar belakang yang dan dianggap tidak betul - betul berlaku. Kemudian,
diperoleh dari kisah nyata atau dalam erti kata lain, benar- cerita rakyat turut dijadikan sumber hiburan dan
benar berlaku di masa lampau. Terdapat beberapa jenis memperlihatkan kebenaran serta terkandung moral
lagenda dalam masyarakat Melayu seperi lagenda keagamaan. atau sindiran. Cerita rakyat dapat dibahagikan kepada
Lagenda ini menceritakan tentang orang alim dan penyebar empat jenis, iaitu cerita binatang, cerita lipur lara,
agama. Dalam konteks ini, tokoh tersebut eujuf dan menjadi cerita jenaka dan cerita teladan. Dalam konteks ini,
perbualan masyarakat sehingga dijadikan supernatural. cerita binatang adalah bersifat menghibur dan mendidik.
Sebagai contoh, makam Habib Noh dan Tok Kenali. Selain itu, Ekoran daripada itu, cerita ini dipelopori oleh binatang
lagenda yang berfungsi sebagai peneguhan kebenaran yang menggambarkan sikap dan perilaku seperti
mengenai kepercayaan dianggap sebagai lagenda alam ghaib. manusia. Tambahan pula, binatang yang bersaiz kecil
Kebiasaannya, lagenda jenis ini adalah kisah yang dianggap dan cerdik kebiasaannya merupakan watak utama
benar - benar terjadi seperti pengalaman dengan mahkluk manakala watak antagonis disandang okeh binatang
ghaib. Misalnya, dunia orang bunian. Kemudian, lagenda besar tetapi kurang akal dan dianggap bodoh. Sebagai
tempat berkisahkan cerita berhubung dengan tempat. contoh, cerita Sang Kancil membohongi Gergasi dapat
Misalnya, Kampung Tok Pasai dinamapakan seperti itu menggambarkan kebijaksanaan Sang Kancil membuat
sempena dengan seorang Pasai yang berkebolehan membuat helah dalam menghalau gergasi yang membuat kacau di
ramalan berkaitan apa yang berlaku di sesuatu tempat dan tempat tinggal penduduk kampung.
akhir sekali adalah lagenda perseorangan yang bercerita
berkaitan tokoh - tokoh selerti Hang Tuah dan Tok Perak yang
dianggap benar - benar terjadi.

Selain itu, penglipur lara atau lipur lara turut tergolong dalam cerita rakyat. Cerita yang
dituturkan oleh para penglipur lara seperti Tok Selampit, Awang Belanga dan Awang Batil
dianggap sebagai cerita lipur. Ciri - ciri yang terdapat dalam cerita ini termasuklah
penuturannya adalah secara lisan dari generasi ke generasi melalui tokok tambah dan ianya
dijadikan milik bersama masyarakat. Kemudian, cerita ini turut berfungsi sebagai hiburan
dan pendidikan serta memperlihatkan sistem masyarakat Melayu tradisional, di mana ciri
tempatan ditonjolkan. Pada masa yang sama , terselit juga puisi tradisional bersama tema
tentang perperangan, percintaan dan pengembaraan selain terkandung amanat dan
panduan seperti berbuat baik di balas baik, kemenangan akan berpihak kepada kebenaran
dan kebatilan akan kalah. Contoh cerita lipur lara termasuklah Hikayat Malim Deman,
Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Anggun Cik Tunggal. Hal ini menunjukkan bahawa cerita
ini banyak berunshrkan magis dan kesaktian serta latar tempat kebiasaannya di istana, dunia
kayangan dan alam ghaib.

Cerita jenaka juga merupakan salah satu daripada cerita rakyat, di
mana cerita ini merupakan cerita yang menggambarkan watak dan
perwatakan lucu sehingga menghiburkan para pendengarnya. Pada
masa yang sama, cerita ini mempunyai unsur kebetulan dengan situasi
sebenar meliputi ragam hidup manusia. Dari aspek watak pula,
terdapat watak bodoh yang digambarkan oleh watak Pak Pandir
manakala watak pintar diperlihatkan melalui watak Pak Belalang.

Seterusnya, cerita teladan adalah berunsurkan didaktif serta
meliputi unsur moral dan pendidikan. Dalam konteks ini, golongan
kanak - kanak menjadi sasaran pendengar bagi cerita ini
disebabkan watak yang dimainkan dalam cerita ini ialah manusia
biasa yang mengalami suka duka pada awal cerita dan pada akhir
cerita akan memperoleh kegembiraan. Sebagai contoh, watak anak
tunggal atau bongsu sering mendapat bantuan melalui kuasa sakti
seperti melalui watak binatang, dewa dan juga pari-pari. Misalnya,
cerita Bawang Putih Bawang Merah dan Batu Belah Batu
Bertangkup.

prosa moden ;

Selain itu, Annas Hj Ahmad mengatakan bahawa karya sastera yang hadir selepas tahun 1800 Masihi
dianggap sebagai saatera moden dan pembahagian dari aspek masa ini bertujuan untuk memudahkan kita
memahami bentuk dan unsur perbezaan yang terkandung dalam sastera Melayu. Misalnya, pada hari ini sajak
berbentuk bebas adalah suatu penyimpangan jika dibandingkan dengan puisi lama, iaitu pantun dan syair.

Cerpen merujuk kepada cerita pendek yang dijadikan alat bagi menggambarkan sikap, perasaan,
pandangan dan fikiran penulis selain memperlihatkan situasi suatu zaman sama ada mempunyai hubungan
dengan masalah sosial, politik mahupun ekonomi. Pada masa yang sama, cerpen adalah berkisar tentang
peristiwa atau kejadian yang dijadikan fokus utama. Cerpen turut mempunyai tema dan perosalan dalam
menghasilkan kesan tertentu dan mendalam terhadap pembaca. Jika dilihat dari aspek perwatakan pula,
beberapa orang tertentu sahaja yang menzahirkan perkembangan watak manakala watak - watak sampingan
hanya untuk memperkukuhkan kewibawaan watak utama. Unsur dramatik dapat dilihat melalui pertentangan
antara watak protagonis dan antagonis yang akan mencetuskan konflik manakala dari aspek penulisan pula,
terdapat satu plot yang akan dikembangkan dengan sistematik dan tidak rumit.

Novel berasal daripada bahasa Itali, novella yang mambawa
makna satu benda kecil yang baharu dan novel merupakan prosa
panjang yang berkisar satu tema dan beberapa persoalan.
Kemudian, ada juga berpendapat bahawa novel mengisahkan kejadian
luar biasa daripada hidup manusia. Bukan itu sahaja, novel juga
dianggap sebagai satu bentuk pentafsiran rencan hidup manusia
yang dibina melalui sastera cereka (Shahnon Ahmad, 1972). Ekoran
daripada itu, novel meliputi pengalaman peribadi, realiti hidup dan
imaginasi. Dalam konteks ini, ia bukan sahaja berkisar mengenai
tahap kehidupan manusia malah boleh berlegar di sekitar kehidupan
selain manusia itu sendiri.

Harun Aminurrashid telah menghasilkan novel bercorak kemasyarakatan. Misalnya,
Cinta Gadis Rimba (1947), Darah Kedayan (1947) dan Minah Joget Moden (1949). Sebagai
contoh, novel Minah Joget dikatakan menarik disebabkan sikap negatif masyarakat
terhadap penari - penari joget dipamerkan. Oleh hal yang demikian, watak anak mayang,
iaitu Minah yang petah berkata - kata dan bersyarah mengenai kesucian para seniman dan
seniwati Melayu digambarkan untuk memperbetulkan sikap masyarakat sebegitu.

Di samping itu, pada pertengahan tahun 1940-an, lahirnya novel bertemakan semangat
kebangsaan seperti novel Pahlawan Rimba Malaya (1946). Novel ini mempersoalkan
semangat kebangsaan pejuang gerila Melayu menentang penjajah Jepun. Tambahan pula,
novel berjudul Siapakah Yang Bersalah (1949) dihasilkan oleh Harun Aminurrashid yang
berkisar tentang pengalaman sendiri yang dipaksa bekerjasama dengan Jepun. Oleh hal
yang demikian, pengalaman tersebut

Drama pula merujuk kepada karya sastera yang ditulis oleh
pengarang bagi menyampaikan mesej atau pemikiran dengan
cara melakonkan dan berdialog. Erwan Huhara (2014)
menegaskan bahawa drama adalah karya sastera yang
didukung oleh unsur intrinsik, di mana kesatuan digunakan
dalam membentuk secara keseluruhan sesuatu karya. Dalam
konteks ini, drama turut didukung oleh skrip yang dijadikan
sebagai panduan kepada pengarah. Selain skrip, pengarah
juga berperanan memegang setiap peranan yang terkandung
dalam skrip agar pementasan drama tersebut dapat
diselaraskan.

Tragedi merupakan bentuk drama yang mengisahkan
cerita duka dan tradis. Misalnya, wira atau watak
utama digambarkan mengalami nasib malang dan
pada akhir penceritaan diakhiri dengan tragedi.
Kemudian, bentuk drama berikutnya termasuklah
melodrama yang merujuk kepada drama sentimental
di mana cerita sering memberi debaran serta
mengharukan. Dalam konteks ini, emosi penonton
disentuh dan biasanya bersifat berlebih-lebihan.

Puisi adalah genre sastera terawal di semua negara di dunia.
Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk mencipta dua puisi
epik yang dipanggil lliad dan Odyssey. Masyarakat Hindu juga
menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan
Ramayana. Kesusasteraan awal orang Arab ditulis dalam bentuk
puisi. Puisi - Puisi terbaik yang digantung di Kaabah pada zaman
sebelum Islam. Orang Melayu berbangga dengan puisi mereka.

Menurut Harun Mat Piah (1989), genre puisi tradisional
merangkumi pantun, syair, guindam, seloka, peribahasa, teka-
teki, rubai, masnawi, adat perbilangan, mantera, dan lain-lain
lagi. Dalam perbincangan ini, kita akan memfokuskan kepada
empat jenis puisi tradisional seperti pantun, gurindam, syair dan
seloka.

Pertama sekali, pantun adalah karangan berangkap di mana
bahasa - bahasa yang digunakan adalah bahasa yang indah.
Dalam konteks ini, pantun bersifat ringkas, sederhana dan mampu
membuatkan pantun yang merupakan puisi trasisional tetap kekal
dan popular hingga ke hari ini. Menurut Harun Mat Piah (1989),
pantun didefinisikan berdasarkan aspek dalaman dan aspek
luaran struktur visualnya. Misalnya, aspek dalaman merangkumi
unsur estetik dan isi seperti tema dan persoalan. Pantun
biasanya terdiri daripada pantun dua kerat, empat kerat, enam
kerat, lapan kerat, dua belas kerat dan pantun berkait.
Kemudian, terdiri daripada dua bahagian yang berhubungan, iaitu
dua baris atas adalah pembayang manakala dua baris bawah
adalah maksud. Bukan itu sahaja, rima akhir bagi pantun adalah
selari di mana pantun dua kerat bunyi akhirnya adalah ‘a’, ‘a’
manakala rima akhir ‘a’, ‘b’, ‘a’, ‘b’ meliputi pantun empat kerat.
Tambahan pula, pantun berfungsi sebagai hiburan, nasihat,
menyampaikan hasrat seni, menyedapkan cakap dan sebagainya.

Gurindam adalah satu bentuk puisi lama yang terdiri daripada dua baris
serangkap dan perkataan gurindam berasal daripada bahasa Tamil ‘ iradam’,
‘kirandaan’ yang membawa maksud puisi terbuka. Menurut Za’ba (1962),
gurindam merupakan syair melarat selain tetap rangkapannya. Kemudian,
isinya terkandung fikiran bernas dengan penggunaan bahasa riang dan suka
sebagai nyanyian. Bagi Sultan Muhamad Zain pula, gurindam adalah sajak
yang terhasil daripada dua baris, iaitu baris pertama merupakan syarat
manakala baris kedua adalah akibat. Dalam konteks ini juga, gurindam
berbentuk terikat. Sebagai contoh. , terdiri dari dua baeis serangkap dan
mengandungi tiga hingga enam patah perkataan serta skima rima akhirnya
adalah ‘a’. ‘a’.

Seterusnya, syair merujuk kepada puisi berlagu yang berasal dari Pasri dan dibawa
masuk ke Nusantara sejajar dengan kedatangan Islam yang kemudiannya diubahsuai
berdasarkan kesesuaian bahasa Melayu Klasik pada waktu itu. Pendapat A. Teeuw pula,
puisi Melayu lama yang sedia ada tetapi diubah namanya merupakan definisi syair.

Tambahan pula, syair dianggap berasal dari puisi Arab iaitu 'sy'ir' bahkan bentuk syair
Melayu sangat berlainan dengan syair yang terdapat dalam kesusasteraan Arab (Mohd.
Yusof Md. Nor,1985) manakala menurut Harun Mat Piah (1989), kesemua pengkaji telah
bersepakat bahawa istilah syair berasal daripada Bahasa Arab yang membawa makna
puisi umum.

Syair Melayu terdiri daripada empat baris serangkap dan rima akhirnya 'a', 'a', 'a', 'a'
manakala terkandung 4 hingga 5 patah perkataan selain suku kata 8 hingga 12 dalam
setiap baris. Akhir sekali, syair turut dikatakan sebagai pernyataan berterusan dalam
menzahirkan cerita, kisah, buah fikiran, nasihan dan juga puji-pujian.

Zaaba (1965) berpendapat bahawa seloka adalah sususan
perkataan berangkap dan memiliki kelainan bunyi pada
hujung rima manakala Harun Mat Piah (1989) mengatakan
bahawa istilah sekola berasal daripada kata Sanskrit ‘shloka’
yang membawa makna berseloroh, jenaka atau sindiran. Pada
masa yang sama, seloka juga adalah pepatah, bidalan atau
perumpamaan yang berunsurkan gurauan, jenaka, olokan,
ejekan dan sindiran. Namun, isi dan mesejnya dipenuhi
dengan sindiran bermakna untuk dijadikan pengajaran serta
teladan kepada pendengar mahupun pembaca. Seloka ditulis
berbentuk terikat iaitu empat baris serangkap sama seperti
pantun seloka malah ia lebih serupa terhadap bentuk pantun
atau syair. Tambahan pula, ada juga seloka berbentuk bebas
di mana setiap barisnya adalah isi kepada puisi tersebut.
Misalnya, Sekoka Pak Kaduk, Seloka Pandai Pak Pandir dan
Seloka Emak Si Randang.

ssddbMsadbdpd(eaeaaaMdiaiuigjesbnanhtaahiieleSuansalkaabnpaanhjijgrywuuuethjduamguamummagaimakkhnteaoppaeknapmgkdmrkaoinkjukasekruhaadeearianaedirsebryrnanmibunpuayanlaHasaepgaadlrnbtMaakkj.kieeyiwjiksarheSnaHrae,eatpamnaglnaaaanapluklgagtasarlye-ieinehpuassfrulhkuiiuhpkamam,yapkihuamrskateul1ttainiaarrnna9oeAihnMahsbad9ggsnwinyen1eieneak)arndatbbl.mamekusnia.aebfsreHetyrggoaaBiedbsboudasareaaaen,(iesslprpnr1mnnaiaipef9iafiaktmils.rnaio8tkun,luatdi4iaiktthrrneb)psraumOaaanaaeaenbrbnlnnrlnernaeeiyesgannadhbntraidksjdfeegapneaaaarnpisehlgangtmphlagenaanu,adsnabdelmckndanukreladaaeaaniralyoprimninbkpiulaaastegeaknnuatpksnbknphbgg,eutatbad.eaukpiruihapfragssaeedPkathiniuinrpeuewatstsbmtkirtimrsewaaaebuaaeliikbbeaarnetkbdpeazuamiaiisdranassansbguaanbaainendaatosnujntmr,eyaiaansudknraasknbiandajytyklnaaliisaaat.takkmalraiipn.iAniadddnrasgedDnaaanktrbasmknkstaaudeeneahlndpleartrardeaiensatpajmpsirpkrauakgsaiaaiecmmgeaitknrmikhkkanraapdapduaaeiitneaulilttppnilgnsdlahiujeuikyukdghaintaraiikaalaaraasstiniinainsp,niitisr
terhadap puisi Melayu moden adalah lebih maju.

FUNGSI
KESUSASTERAAN

MELAYU

(i) Alat pendidikan

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, kesusateraan Melayu berfungsi sebagai alat pendidikan.
Dalam hal ini, para pengarang menterjemahkan pengalaman - pengalaman berdasarkan kisah
- kisah yang ditulisnya dan terkandung pelbagai bidang ilmu. Contohnya, ilmu ekonomi,
politik, sosiologi dan agama. Ekoran daripada itu, pengalaman tersebut dijadikan prosa atau
puisi dan diolah berunsurkan pengajaran, moral atau ilmu yang tinggi nilainya dan
kemudiannya berlaku pendidikan secara tidak langsung terhadap para pembaca. Jelaslah
bahawa kesusateraan boleh dijadikan alat pendidikan bagi masyarakat. Selain itu, mata
pelajaran Kesusasteraab Melayu yang diperkenalkan pada tahun 1957 membantu pelajar atau
rakyat Malaysia khususnya menyelami unsur dan nilai murni dari aspek kerohanian,
kemanusiaan, kebudayaan dan menanam rasa bangga dan cinta akan tanah air bagi memenuhi
hasrat wawasan budaya kebangsaan. Pada masa yang sama, masyarakat seni yang kreatif dan
berkebolehan mengkaji keunikan sastera di samping dapat menguasai kemahiran berbahasa
Melayu juga adalah melalui kesusateraan Melayu.

Kesusasteraan Melayu turut berperanan dalam membina insaniah
dalam kehidupan manusia yang bersesuaian dengan konsep
melahirkan ‘modal insan’ yang menjadi harapan pemimpin negara. Hal
ini dikatakan demikiran kerana pemimpin negara tidak menginginkan
satu bangsa seperti robot yang tiada nilai - nilai kemanusiaan apabila
bertindak dan membuat keputusan. Senario yang dapat dilihat pada
masa kini adalah ramai bijak pandai dari aspek sains dan teknologi
malah mereka gagal dalam membina pemimpin yang mempunyai nilai
moral, berjati diri dan memiliki nilai - nilai kemanusiaan. Pemimpin
seperti di atas perlu dielakkan agar tidak berlaku masalah rasuah,
keruntuhan moral sehingga memusnahkan alam dan memberi
kemudaratan kepada manusia.

Peranan kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah termasuklah
dianggap sebagai satu cabang ilmu dan perisai yang mampu diserap
dan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu selari dengan konsep
bahasa merentas kurikulum. Kemudian, pendedahan terhadap teknik
penulisan ilmiah, rencana dan penulisan kreatif diberikan di peringkat
pengajian tinggi. Pada masa yang sama, pengetahuan berkaitan dunia
penerbitan dan penyiaran turut diberikan sejajar dengan matlamat

pembudayaan bahasa Melayu berdasarkan sistem pendidikan.

(ii) hiburan

Selain itu, kesusasteraan Melayu turut berfungsi sebagai hiburan. Dalam
konteks ini, hiburan diperlukan dalam menghasilkan karya sastera yang
mempunyai keseronokan yang indah. Sebagai contoh, hiburan terhasil
daripada ungkapan kata-kata yang indah, irama atau rentak yang tersusun,
kebolehan karya sastera dalam menjiwai emosi pembaca atau pendengar,
berunsurkan kelucuan dan lain - lain lagi. Oleh itu, fungsi kesusasteraan
sebagai hiburan ini penting dalam menjadikan karya sastera seperti cerita
penglipur lara diterima umum sebagai karya yang digilai pada suatu masa
dahulu. Contoh lain yang dapat dilihat adalah pantun yang merupakan
karya sastera popular disebabkan kemampuannya membawa keindahan
hiburan.

Di samping itu, karya sastera seperti cerita jenaka turut berunsurkan hiburan.
Misalnya, cerita Pak Kaduk yang mengisahkan Pak Kaduk sebagai watak utama
yang gila berlaga ayam. Pada suatu hari , raja mencabar Pak Kaduk untuk berlaga
ayam dengannya dan pada hari sebelum pertandingan, raja meminta agar ayam
milik baginda ditukar dengan Pak Kaduk. Ekoran daripada itu, Pak Kaduk tanpa
berfikir terlebih dahulu bersetuju untuk membuat pertukaran tanpa sebarang
penilaian dan jangkaan yang berlaku pada hari berikutnya. Namun, kemenangan
perlagaan ayam tersebut berpihak kepada ayam yang dimiliki raja. Kesilapan Pak
Kaduk turut dilihat apabila dia inginkan kelainan di mana pakaian dibuat daripada
kertas. Akhirnya, Pak Kaduk bersorak girang kerana dia menyangka ayamnya
telah menang dalam pertandingan tersebut sehingga pakaiannya menjadi koyak-
rabak. Oleh itu, Pak Kaduk yang telanjang memalukan diri sendiri dan menyesali
kesilapannya.

(iii) kritikan sosial

Sastera merupakan catatan kehidupan, menggali dan
meneroka kehidupan manusia dari pelbagai dimensi dan
sudut. Apa yang digambarkan dalam sastera itulah yang
terjadi dan berlaku dalam realiti kehidupan manusia. Ini
kerana sastera merupakan gambaran kehidupan manusia,
seperti yang ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said
dan Dharmawijaya. Oleh itu, karya sastera merakam bukan
sahaja yang luar biasa, tetapi juga yang biasa, yang diolah
dalam bentuk karya kreatif keindahan alam.

Hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini sudah tentu saling
berkaitan, berdasarkan pertimbangan bahawa kesusasteraan memberi
tumpuan kepada masyarakat, kehidupan, dan manusia. Dalam konteks
masyarakat berbilang peringkat, kehidupan di bawah mewujudkan jurang
pemisah antara mereka. Sama ada untuk tujuan mengutuk, mengkritik atau
menyampaikan mesej, ini menjejaskan tingkah laku dan etika. Dalam sesebuah
masyarakat, terdapat pelbagai watak yang memainkan peranan tertentu
dalam masyarakat. Namun, dalam beberapa kes, mereka tidak dapat
melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sebagai contoh, mengenai konsep
perjuangan, pelbagai tafsiran diketengahkan dengan merujuk kepada dua
buah novel, Harga Sebuah Maruah karya Azizi Abdullah dan Titisan Darah
Terakhir karya Adhyat Helmy. Dalam hal ini, pengarang kedua-dua novel
menggunakan platform yang sama, iaitu dengan watak yang dapat dikesan,
walaupun terdapat perbezaan cara perjuangan.

Antara ciri-ciri penting yanDgAmKemWbeAntHuk pandangan sastera adalah

nilai ijabiyah (positif) dan waqi'iyyah (realistik) yang mendalami dan
menilik sesuatu sebagaiamana adanya. Sastera dalam islam perlu
jelas dan berciri realistik. Hal ini dikatakan demikian kerana Al-
waqi'iyyah bermaksud sebagai realiti dan kebenaran. Ia merupakan
ajaran islam yang bersifat praktikal yang sesuai dijadikan amalan
dalam kehidupan manusia. Oleh itu, prinsip yang wujud dalam al-
waqi'iyyah adalah menjadi kaeadah yang boleh diambil untuk
pembangunan dalam islam.

Selain itu, ajaran islam mempunyai sifat praktikal dan bukan sifat khayalan.
Maka dalam ajaran islam mengambil kira kenyataan sebenar kehidupan manusia
yang penuh dengan kedustaan dan unsur-unsur amal makruf nahi mungkar
dengan permainan di dunia ini. Oleh itu, dapat digambarkan bahawa ajaran islam
sentiasa meraikan pandangan yang haq dalam menilai sesuatu perkara dengan
menekankan peranan ql-tawjih (membimbing) dan al-ta'dib takmilahnya.
Dengan prinsip yang ada ini yang akan membantu melahirkan pandangan
kosmosloinya yang kuat dan berdiri dari kefahaman nilai yang jelas dalam
melakukan transformasi kemanusiaan dan revolusi kebudayaan dan kesaannya
akan dapat membantu membentuk sebuah perubahan yang dinamik dan
cemerlang.

Sastera turut berfungsi sebagai alat untuk berdakwah. Hal ini dapat
dibuktikan melalui sumbangan sastera Islam dalam membentuk akhlak
masyarakat Melayu. Dalam hal ini, dengan pegangan teguh terhadap konsep
sastera Islam sebagaimana yang digariskan oleh Ismail Hamid, teks - teks
sastera Islam tidak hanya terbatas kepada cerita para nabi yang diolah
semula bahkan ia terbuka kepada cereka lain. Misalnya, menerusi puisi
seperti pantun, syair, gurindam dan sajak. Bukan itu sahaja, ia juga terdapat

dalam hikayat, cerita lisan dan novel. Contohnya, Hamzah Fansuri
menggunakan syair sebagai alat untuk menyebarkan ajaran Islam. Bukti

yang dapat dilihat adalah dalam karyanya seperti Syair Perahu, Syair
Dagang, Syair Burung Pingai dan Syair Fakir. Dalam konteks ini, syair

Hamzah adalah berbentuk puisi kerohanian.

Oleh hal yang demikian, dapat disimpulkan bahawa hampir
kesemua hasil-hasil kesusasteraan Melayu mengandungi nilai-nilai
yang mendidik sama ada secara langsung atau tidak. Sebagai contoh,
kisah - kisah para nabi berperanan untuk memperkukuhkan
keimanan seseorang Islam terhadap para nabi dan juga rasul.

Sehubungan dengan itu, kita seharusnya mempertahankan dan
mengangkat martabat sastera di samping memperjuang khazanah
kesusasteraan Melayu Islam dan mengetengahkan sumbangannya.
Hal ini penting bagi menggerakkan kesedaran dan kemajuan sastera.

Tambahan pula, kesusasteraan juga memberikan kepuasan estetik. Apabila
seseorang penulis mampu menulis cerita yang menyentuh emosinya, dia berasa
tenang dan tenteram. Bagi pembaca, membaca karya yang menunjukkan
keindahan akan merasakan kepuasan yang tidak dapat digambarkan dalam
diri mereka.

Selain itu, sastera digunakan untuk membunuh masa lapang dan hobi. Karya
sastera seperti Seloka Pak Pandir bukan sahaja memberi pengajaran tetapi juga
menyeronokkan untuk dibaca. Malah pada masa lalu, cerita rakyat diceritakan
pada masa lapang untuk mengatasi kebosanan, dan ahli masyarakat boleh
berkumpul pada waktu malam selepas sibuk mencari rezeki di siang hari. Pada
malam itu, mereka berkumpul untuk berseronok sambil belajar tentang cerita
rakyat.

MANIFESTASI AKAL
BUDI DALAM PUISI

TRADISIONAL

AKAL BUDI DALAM PANTUN

Ungku Aziz (2011) menyatakan bahawa pantun tidak wujud dalam
kekosongan atau vakum dan pantun turut dianggap manifestasi terbaik seni
sastera orang Melayu. Justeru itu, struktur sosial bangsa Melayu lama, akal
budi, sikap, pemikiran, aktiviti kehidupan dan falsafah hidup yang mereka anuti
dapat dikaji melalui pantun.

Pantun bertujuan untuk menzahirkan pemikiran dan perasaan selain kaedah
rangkapan yang tertua yang berasal dari kepungaan masyarakat Melayu. Hal
ini dikatakan demikian kerana mereka telah pandai berpantun dan sudah biasa
berbalas pantun sesama mereka ketika belum mengetahui tentang surat-
menyurat. Berikutan dengan itu, pantun adalah ungkapan yang mengandungi
pembayang dan maksud .

PANTUN

Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung,

Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong

Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat, iaitu pemilihan diksi bagi
pembayang yang berkaitan dengan alam. Dalam konteks ini, aliran air yang lancar berperanan
penting dalam menghasilkan padi sawah yang mempunyai kualiti tinggi agar pertumbuhan segar.
Hal ini dikatakan demikian kerana air merupakan sumber utama yang diperlukan umoleh tumbuh-
tumbuhan bagi menghasilkan makanan secara tersendiri untuk tujuan peningkatan produktiviti dan
kemudiannya dapat dipasarkan dalam pasaran pertanian. Oleh itu, dapat disesuaikan dengan
kehidupan manusia di mana sikap bersatu padu mahupun kerjasama yang kukuh sangat penting
dalam setiap urusan yang dijalankan agar mendapat kejayaan. Pada masa yang sama, semangat
perpaduan dan kerjasama perlu ada dalam jiwa setiap individu kerana ia adalah akar umbi dalam
melahirkan warganegara yang berwawasan dan berwibawa. Aktiviti gotong - royong merupakan
antara aktiviti yang boleh mengeratkan silaturrahim dalam kalangan masyarakat. Kesannya,
masyarakat muda dapat berkenal - kenalan dengan masyarakat yang lebih tua. Oleh hal yang
demikian, ikatan kasih sayang antara kedua - dua generasi dapat dijalin eratkan dan jalinan
ukhuwah tersebut mampu menjadikan benteng perpaduan semakin kukuh. Tambahan pula, nilai
hormat orang muda terhadap orang tua mampu dipupuk dan kemudiannya yang tua akan mengasihi
golongan muda. Hal ini turut menjelaskan bahawa rasa kesepunyaan dalam kalangan masyarakat
dapat dibangkitkan. Di samping itu, dapat disumpulkan bahawa aktiviti gotong - royong adalah
aktiviti berfaedah yang mampu mengeratkan saturrahim dalam kalangan masyarakat sejagat.

AKAL BUDI DALAM SELOKA EMAK SI RANDANG

SELOKA EMAK SI RANDANG

Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.

Md. Ali Bachik (Penyelenggara)
Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003
Dewan Bahasa dan Pustaka

Manifestasi akal budi dalam seloka Emak Si Randang yang pertama termasuklah
menyindir sikap sesetengab masyarakat yang lebih mementingkan orang lain dalam
pelbagai urusan. Hal ini dapat dibuktikan menerusi frasa “Anak dipangku diletakkan” yang
menggambarkan Emak Si Randang yang mengabaikan anaknya dan membiarkan anaknya
berada dalam keadaan lapar yang dijelaskan dalam frasa “ Anak pulang kelaparan”. Pada
masa yang sama, orang yang tiada pertalian darah pula diberi perhatian dan mendapat
layanan baik sebagaimana yang tergambar dalam frasa “ Kera di hutan disusui”. Oleh
hal yang demikian, sikap seperti Emak Si Randang perlu dibuang dan diganti dengan sikap
memberi keutamaan kepada ahli keluarga terlebih dahulu berbanding orang lain. Hal ini
disebabkan sikap tersebut hanya membawa kerugian dan masalah pada diri dan keluarga.

Selain itu, manifestasi berikutnya adalah sindiran terhadap masyarakat

yang terlalu baik hati. Sebagai contoh, Emak Si Randang terlalu baik hati

My Bookdengan orang yang tidak dikenali. Hal ini dibuktikan dalam frasa “ Baik
budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan”. Dalam konteks ini,
Reviewkebaikan yang dilakukan tidak membawa kebaikan malah sebaliknya
apabila diri dan keWluHaArTgaI LmEAeRnNeEDriAmNaD WkeArNTugTiOanS.HAPReEngajaran yang boleh
diambil adalah kita perlulah berpada - pada dalam melakukan kebaikan

dan jangan terburu - buru membuat sesuatu tindakan agar tidak

membawa kerugian kepada diri.

Di samping itu, seloka Emak Si Randang turut menceritakan
mengenai masyarakat yang tidak pandai dalam mengurus harta.
Dalam seloka ini, frasa “ tiada kayu rumah diruntuhkan”
menggambarkan bahawa Emak Randang sanggup menghabiskan
duit dan rumahnya diruntuhkan jika tidak berkayu. Kesannya, dia
terpaksa menanggung beban hutang yang banyak disebabkan
sikap boros yang dimiliki . Buktinya, dapat dilihat menerusi frasa
“ Dagang pergi awak terhutang”.

SYAIR NASIHAT
Penghujung tharamat Al- Muhimmat

Didengarkan tuan ayah berperi,
Kepada anakanda muda bestari,

Nasihat kebajikan ayah beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri.

Manifestasi akal budi yang terkandung dalam syair
nasihat ini termasuklah ayah menasihati anaknya
dengan cara yang lemah lembut tetapi pada masa
yang sama inonasi suaranya bernada tegas.
Misalnya, si ayah memulakan nasihat dengan
ungkapan kata - kata semangat yang berupa pujian
yang sederhana. Seterusnya, barulah si ayah
memberi nasihat sebenar yang disampaikan dalam
bentuk arahan atau amaran. Contohnya, jangan
malas dalam melaksanakan sebarang pekerjaan.

MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM
GURINDAM 12 fasal 1

Barang siapa tiada memegang agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.

Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang yang ma’rifat

Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.

Barang siapa mengenal diri,
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.

Barang siapa mengenal dunia,
Tahulah ia barang yang teperdaya.

Barang siapa mengenal akhirat,
Tahulah ia dunia mudarat.

Akal budi pada fasal satu ini pengarang menerangkan kepada pembaca
bahawa hidup akan sia-sia tanpa ada hala tuju jika hidup tidak mengenali
agama dan Tuhan. Kesannya, seseorang akan sentiasa dalam kerisauan dan
kegelisahan. Tambahan pula, kehidupan akan menjadi semakin cerah tanpa
rasa was - was jika berpegang dengan empat ajaran tasawuf , iaitu syari’at,
ma’riat’ tarikat dan hakikat.

Di samping itu, seseorang yang mengenal Allah harus menjalankan perintah
Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Hal ini kerana Allah SWT mencipta
dunia sebagai trmpat bagi mengumpul pahala untuk ke syurga-Nya. Walau
bagaiu, ramai yang leka dengan kenikmatan yang ada di dunia sedangkan
pada hakikatnya kita perlu mempunyai tujuan hidup sebagai seorang hamba
kerana kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara.

Di samping itu, aspek falsafah dan pemikiran dapat menggambarkan
perbincangan akal budi masyarakat Melayu dalam puisi tersebut. Falsafah
yang terkandung dalam gurindam dua belas fasal satu ini dapat dilihat
menerusi bidang metafisik yang menjelaskan pemikiran berkaitan kewujudan
dan keberadaan. Misalnya, kewujudan Allah Swt, akhirat, syaitan, balasan,
dosa dan lain- lain lagi. Dalam konteks ini, kewujudan tersebut tidak dapat
dilihat oleh pancaindera manusia tetapi dapat diyakini bahawa is benar -
benar wujud dan ada. Contohnya , barang siapa mengenal akhirat, tahulah ia
dunia mudharar. Barang siapa mengenal Allah, suruh dan tegahnya tiada ia
menyalah.

kesimpulan

Kesusasteraan dalam masyarakat Melayu telah lama wujud bersama bangsa
orang Melayu sendiri. Kewujudan sastera Melayu juga memberikan
penerangan yang menarik. Keindahan ini juga tercermin dalam gaya bahasa.
Pada masa yang sama, kita dapat melihat kesinambungan budaya masa lalu
dan masa kini. Perkembangan budaya setapak demi setapak dapat membentuk
tamadun atau tamadun manusia dari satu zaman ke satu zaman. Perkembangan
budaya kontemporari adalah nyata dan dicipta oleh budaya masa lalu. Manusia
sentiasa mencari kemajuan. Fungsi kesusasteraan Melayu adalah melahirkan

pemikiran dan kebijaksanaan untuk mencapai kemajuan yang sesuai
menjadikan hidup lebih sempurna. Dalam hal ini, pemikiran pertama soosialisasi
masyarakat dapat dibentuk dengan jelas dan idea yang disengajakan itu masih
utuh walaupun berada dalam mana-mana era yang pesat berubah.

RUJUKAN

]

Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani
Hassan & Hasnah Awang (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan

Melayu. Pustaka Al-Ehsan.

bentuk,jenis sastera. (n.d.). Pdfslide.net. Dirujuk Mac 23, 2022, daripada
https://pdfslide.net/documents/bentukjenis-sastera.html

BMMB1104-TUGASAN 1-2021242310123 - Flip eBook muka surat 1-19 |
AnyFlip. (n.d.). Anyflip.com. Dirujuk Mac 26, 2022, daripada
https://anyflip.com/snwnu/udxa/basic

Erwan Huhara (2014). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu.
Pustaka Al-Ehsan.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
TUGASAN 1 BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NUR AYUNI BINTI SAUFI F2D
Next Book
BUKU PROGRAM MAJLIS GRADUASI GQ9