SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PANGKOR
32300 PANGKOR, PERAK.
Tel : 05-6851193 Fax : 05-6855911
Email add : [email protected] Kod Sekolah : ABA 1023
Semua Guru Pend. Jasmani/Pend. Kesihatan 7 Januari 2020
SK Seri Pangkor
32300 Pangkor, Perak.
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN KESIHATAN
KALI PERTAMA TAHUN 2020
Dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Jasmani/ Kesihatan akan mengadakan mesyuarat
seperti berikut :
Tarikh : 9 Januari 2020
Hari : Khamis
Masa : 01.30 petang
Tempat : Makmal Komputer
Agenda :
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat
3. Perkara berbangkit
4. PdP PJ dan PK
5. Sukatan pelajaran/DSKP/RPH/RPT
6. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
7. Program Panitia
8. PAJSK
9. Kewangan
10. Hal-hal lain
11. Ucapan penangguhan
2. Kehadiran dan kerjasama tuan / puan diucapkan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
…………………………………
(Sahafarizal Bin Salim)
Setiausaha Panitia PJPK
SK Seri Pangkor
MINIT MESYUARAT PANITIA PEND. JASMANI & PEND. KESIHATAN 2020
KALI PERTAMA
Tarikh : 9 Januari 2020
Hari : Khamis
Masa : 01.30 petang
Tempat : Makmal Komputer
KEHADIRAN:
HADIR:
1. MOHD RIZDUAN BIN AHMAD KETUA PANITIA
2. SAHAFARIZAL BIN SALIM SETIAUSAHA PANITIA
3. EN. AMIR DHIYAUDDIN BIN ZULKEPLI AJK
4. EN. MUHAMMAD FAQIH BIN KAMARUDIN AJK
5. EN. AKHIMULLAH BIN ABD HAMID AJK
6. EN. HAFIZULLAH BIN ABD HALIM AJK
7. PN. NUR ADILAH BT JAAFAR AJK
8. PN. NURUL A’IN WAHIDA BT ABU BAKAR AJK
9. SITI NORAKMAL BINTI ISHAK AJK
10.NORYANA BINTI ABDUL RAZAK AJK
11.RAFIDAH BINTI IBRAHIM AJK
12.NOORLINDA BINTI ZAINAL AJK
13.CIK THAEVAKUMARI A/P ANNDY AJK
TIDAK HADIR: (BERSEBAB)
TIADA
HADIR : 13 ORANG
TIDAK HADIR: TIADA
Agenda :
1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi
2.0 Mengesahkan minit mesyuarat
3.0 Perkara berbangkit
4.0 PdP PJ dan PK
5.0 Sukatan pelajaran/RPH/RPT
6.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
7.0 Program Panitia
8.0 PAJSK
9.0 Kewangan
10.0 Hal-hal lain
11.0 Ucapan penangguhan
Minit Mesyuarat:
1.0 Ucapan alu- aluan Pengerusi
1.1 Majlis dimulakan dengan Ummul Kitab. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas
kerjasama dan komitmen semua guru atas kehadiran mereka.
1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang dapat
menghadirkan diri ke mesyuarat panitia kali pertama untuk tahun 2020.
Tindakan: Makluman
2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat
2.1 Setiausaha Panitia, En. Sahafarizal membacakan minit mesyuarat yang lepas secara
sepintas lalu untuk makluman semua ahli panitia.
Tindakan: Makluman
2.2 Pn. Noorlinda mencadangkan minit mesyuarat ini untuk disahkan manakala Pn. Rafidah
menyokongnya.
Tindakan: Makluman
3.0 Perkara Berbangkit
Tiada
4.0 PdP PJ & PK
4.1 Pengerusi menekankan bahawa terdapat surat pekeliling ikhtisas berkaitan pelaksanaan
subjek PJPK di sekolah yang perlu sentiasa dirujuk. Dalam lampiran surat pekeliling
tersebut ada dinyatakan berkaitan agihan masa, cara berpakaian guru dan murid,
keselamatan semasa beraktiviti serta guru yang diutamakan untuk mengajar subjek
PJPK ini.
Tindakan: Makluman
4.2 Pengerusi memaklumkan bahawa hanya sebuah buku latihan yang perlu disediakan oleh
murid untuk digunakan bagi subjek PJ & PK iaitu buku bergaris satu.
Tindakan: Makluman
2.2 Agihan masa PdP untuk subjek PJ ialah 2 waktu seminggu manakala subjek Pendidikan
Kesihatan adalah satu waktu seminggu. Setiap waktu PdP adalah selama 30 minit.
Waktu PJ adalah pada hari yang berlainan iaitu dua waktu yang diperuntukkan itu adalah
pada 2 hari yang berlainan.
Tindakan: Makluman
2.3 Pakaian PJ sekolah adalah t-shirt sukan sukan sekolah, seluar sukan sekolah, bertudung
sekolah bagi murid perempuan dan baju perlu ‘tight-in’ bagi murid lelaki.
Tindakan: Makluman
2.4 Penggunaan alatan sukan mengikut kesesuaian tajuk PdP pada hari tersebut dan guru
diingatkan untuk memastikan setiap peralatan dalam keadaan baik dan selamat sebelum
digunakan. Alatan yang digunakan perlu dicatatkan di dalam buku penggunaan alatan
sebagai rekod.
Tindakan: Makluman & Tindakan Semua Guru PJPK
5.0 Sukatan Pelajaran/RPH/RPT
5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa dokumen yang terbaru dalam subjek pjpk adalah
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Tahun 4 Semakan 2017.
Tindakan: Makluman
5.2 Pengerusi menegaskan bahawa format penulisan RPH perlu diselaraskan. Beliau
menjelaskan perkara-perkara yang perlu ditulis dalam rph.
Tindakan: Semua guru PJPK
3.3 Pengerusi menjelaskan bahawa semua DSKP PJPK yang terkini perlu disimpan dan
digunakan sebagai rujukan untuk guru-guru mengajar.
Tindakan: Makluman dan tindakan semua guru PJPK
6.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
6.1 Pengerusi menerangkan bahawa dalam subjek Pendidikan Jasmani, pentaksiran lebih
banyak dijalankan secara pemerhatian dan senarai semak. Oleh itu, guru perlu
mengenalpasti murid-murid yang menguasai sesuatu kemahiran dalam tajuk pelajaran
untuk tujuan rekod PBD.
Tindakan: Semua guru PJPK
6.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa pentaksiran ini perlu dijalankan dan direkodkan
sebagai rujukan guru dan pelaporan untuk murid nanti.
Tindakan: Semua guru PJPK
7.0 Program Panitia
7.1 Pengerusi membacakan antara program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2016.
1. SEGAK - (dijalankan Ujian Pre-test antara bulan Januari hingga Mac dan Ujian Post-
Test antara bulan Jun hingga Ogos)
2. Bilik/Stor PJK – sepanjang tahun
3. Info PJPK – semasa PdP
4. Mengemaskini Papan Kenyataan PJPK – sepanjang tahun
5. Aktiviti-aktiviti selepas UPSR
6. Klinik Sukan (mengikut kesesuaian)
Tindakan: Semua guru PJPK
7.2 Pengerusi memohon kerjasama semua ahli panitia untuk berganding bahu menjayakan
program-program ini.
Tindakan: Makluman & Tindakan Semua Guru PJPK.
8.0 PAJSK
8.1 Pengerusi menjelaskan bahawa data SEGAK perlu direkodkan dan guru PJ setiap kelas
tahun 4, 5 dan 6 perlu mengisi data yang diperoleh dalam sistem PAJSK secara ‘online’
apabila sistem tersebut telah dibuka.
Tindakan: Guru PJ Tahap 2
8.2 Pengerusi menerangkan sepintas lalu bahawa PAJSK ialah singkatan untuk Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum. Komponen yang terdapat dalam PAJSK ialah
SEGAK dalam PJ, pencapaian dan jawatan dalam sukan dan lolurikulum serta ekstra
kurikulum.
Tindakan: Makluman
9.0 Kewangan
9.1 Pengerusi menyatakan bahawa peruntukan kewangan untuk Panitia PJPK belum
diketahui dan perkara ini akan dimaklumkan kepada semua ahli panitia apabila telah
diketahui nanti.
Tindakan: Makluman
10.0 Hal-hal lain
10.1 Makluman Ketua Panitia
10.1.1 Ketua Panitia menegaskan bahawa murid tahun 1, 2 dan 3 perlu diajar
kemahiran dengan baik agar mereka mudah untuk megaplikasikannya di tahap
dua serta masa depan mereka.
Tindakan: Semua guru PJPK
10.1.2 Ketua Panitia memohon kepada semua guru PJPK agar memaklumkan jika
terdapat peralatan rosak dan guru tidak harus menggunakan alatan tersebut
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran demi keselamatan murid-murid
Tindakan: Semua guru PJPK
10.1.3 Ketua Panitia memaklumkan bahawa peralatan baharu akan dibeli bermula pada
sesi persekolahan nanti. Ahli-ahli panitia yang mempunyai cadangan perlatan
yang ingin dibeli boleh memaklumkan pada beliau.
Tindakan: Semua guru PJPK
10.1.4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) boleh dijalankan dalam setiap sesi PdP.
Tindakan: Semua Guru PJPK
10.1.5 Program-program panitia yang dirancang akan dijalankan mengikut kesesuaian
masa dan jika terdapat masalah perlu dibincangkan bersama dan dimaklumkan
untuk pengetahuan semua ahli.
Tindakan: Makluman
10.1.6 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan
Jasmani perlu mengutamakan keselamatan murid semasa mengendalikan
aktiviti.
Tindakan: Semua guru PJ
11.0 Ucapan Penangguhan
11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.20 petang dengan disudahi dengan surah Al‘asr.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………… …………………. ……………………………….
(Sahafarizal Bin Salim) (Mohd Rizduan Bin Ahmad)
Setiausaha Panitia PJPK Ketua Panitia PJPK
SK Seri Pangkor SK Seri Pangkor
s.k :1. Guru Besar
2. Penolong Kanan Pentadbiran
3. Fail Panitia