The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maulid09-426, 2022-05-16 11:47:18

F9. MUHAMMAD MAULID. PENULISAN AKADEMIK

F9. MUHAMMAD MAULID. PENULISAN AKADEMIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP 3073)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR: MUHAMMAD MAULID BIN SALIM
ANGKA GILIRAN: 2020192340169
NO KAD PENGENALAN: 010528-04-0051
KUMPULAN:
PISMP F9
NAMA KURSUS: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
TAJUK TUGASAN:
NAMA PENSYARAH AKADEMIK: PENULISAN AKADEMIK
TARIKH HANTAR: DR SITI HALIMAH BINTI MD YASSIN
TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA PENSYARAH: 12 MEI 2022

1

1.0 PENDAHULUAN

Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya adalah penting untuk diwujudkan
terutamanya di sekolah yang terdiri daripada murid yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang. Mesra budaya merupakan perlakuan atau tindakan yang akan mendatangkan
keselesaan (Noriati Rashid et al., 2017). Dalam konteks bilik darjah yang mesra budaya,
persekitaran bilik darjah diwujudkan dalam keadaan damai dan selesa bagi menjalankan
proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tanpa menimbulkan isu hak kesamarataan dan
perbezaan antara murid terutama dari segi perbezaan budaya, agama, jantina dan
sebagainya. Oleh hal yang demikian, guru perlulah menerapkan pedagogi relavan budaya
dalam usaha untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Pedagogi relavan budaya
pula merupakan satu kaedah yang memperkasakan murid secara intelektual, sosial, emosi
dan politik menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap (Renee et al., 2015). Melalui
pedagogi tersebut, murid boleh mempertahankan identiti budaya di samping mencapai
kecemerlangan akademik. Kerja kursus ini bertujuan untuk menghuraikan langkah-langkah
menguruskan bilik darjah mesra budaya dari aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.

2.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Menurut Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Maskon (2012), persekitaran
pembelajaran yang mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi
kehidupan masyarakat yang harmoni dan aman di peringkat nasional dan global. Jika dilihat
negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, nilai sivik amat penting
dalam menjaga keharmonian negara tercinta ini. Seperti yang dinyatakan di atas, nilai-nilai
sivik dapat diterapkan kepada murid-murid dengan wujudnya elemen mesra budaya dalam
bilik darjah sewaktu proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Terdapat empat aspek yang
perlu dititikberatkan untuk mewujudkan bilik darjah mesra budaya iaitu fizikal, emosi, sosial
dan sosiolinguistik.

2.1 FIZIKAL

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah merupakan satu aspek yang sangat
penting untuk dijaga oleh guru-guru supaya suasana pembelajaran sentiasa dalam
keadaan kondusif dan mesra budaya. Antara langkah yang guru-guru boleh ambil
ialah susun atur bilik darjah. Susun atur bilik darjah yang baik merupakan aspek fizikal
yang dapat menggalakkan interaksi, aktiviti intelektual, persahabatan, kerjasama dan
sokongan di samping menggalakkan pembelajaran, pertumbuhan dan

2

perkembangan pelajar (Nidzam Ahmad et al., 2014). Oleh hal yang demikian, guru
sewajarnya menempatkan murid secara berkumpulan dan bercampur dengan murid
lain yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Dengan cara ini, murid akan dapat
berinteraksi dan berhubung antara satu sama lain tanpa batasan dan sikap prejudis.

Buktinya, Kamalanathan (2015) melaporkan 73.1 peratus sekolah yang melaksanakan
susunan tempat duduk secara bercampur pelbagai kaum dan etnik telah menunjukkan
interaksi yang positif ketika pembelajaran. Suasana tempat duduk yang bercampur
juga membolehkan mereka membina persefahaman dan saling menerima pendapat
antara satu sama lain secara terbuka. Bukan itu sahaja, murid yang tidak
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama juga dapat mengukuhkan lagi
bahasa komunikasi mereka apabila hendak berinteraksi bersama rakan yang lain.
Secara tidak langsung, pengurusan susun atur ini dapat merangsang pengajaran
efektif serta pembelajaran bermakna kerana susunan fizikal bilik darjah seperti ini akan
memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.

2.2 EMOSI

Di samping persekitaran fizikal, emosi murid di dalam kelas juga perlu berada dalam
keadaan yang positif supaya menjadi perangsang bagi membangkitkan rasa minat
akan pembelajaran yang akan dilalui oleh mereka. Menurut Rizalina Mat Radzi (2014),
perkembangan emosi kanak-kanak adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi
serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang dapat
dilihat melalui kelakuan kanak-kanak. Contohnya, jika keadaan emosi murid di dalam
kelas adalah positif, maka mereka akan bersemangat untuk meneruskan
pembelajaran mereka pada hari tersebut.

Woolfolk (2001) telah menyatakan bahawa motivasi atau kuasa dalaman akan
membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh itu,
guru boleh memberi ganjaran seperti hadiah kecil atau pujian kepada murid sekiranya
mereka berjaya menjawab soalan yang diajukan atau ketika mereka melaksanakan
tugas dengan bagus. Sememangnya lumrah manusia suka menerima pujian daripada
orang lain dan akan berusaha untuk melakukan sesuatu kebaikan untuk mendapat
ganjaran. Oleh itu, jangan pula guru mengeluarkan kata-kata negatif sekiranya murid-
murid tidak dapat mencapai tahap yang diharapkan guru kerana kata-kata negatif

3

seperti itu akan melemahkan semangat murid lalu kelas akan menjadi pasif dan tidak
kondusif.

2.3 SOSIAL
Seterusnya, guru juga haruslah mengambil kira faktor-faktor yang memberi kesan
kepada persekitaran sosial pembelajaran murid seperti pendekatan pengajaran, gaya
kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi (Anita et al., 2015). Oleh hal
yang demikian, guru boleh melaksanakan pembelajaran koperatif di dalam kelas
dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mesra budaya.
Kebanyakkan penyelidik menyokong perlaksanaan pembelajaran koperatif dalam bilik
darjah kerana mereka percaya yang kesefahaman dan penerimaan terhadap
kepelbagaian dapat diterapkan kepada setiap pelajar dalam pembelejaran koperatif
(Zuraida Maaruf & Saedah Siraj, 2011).

Melalui pembelajaran koperatif, murid dapat berinteraksi secara silang budaya serta
belajar untuk menghargai pengetahuan kepelbagaian budaya dan kemahiran yang
ditonjolkan oleh ahli yang lain. Misalnya, melalui aktiviti Think Pair Share, murid diberi
kesempatan untuk saling mengajar serta dapat mengembangkan interaksi antara ras,
etnik dan jantina yang pelbagai. Buktinya, melalui kajian lepas, Think Pair Share
menunjukkan keupayaan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran berfikir
serta kerjasama antara ahli dalam kelompok (Bahtiar & Asehuddien, 2015).
Tuntasnya, pembelajaran koperatif wajar dilaksanakan oleh guru kerana pendekatan
ini mampu menimbulkan pembelajaran yang seronok serta membantu PdPc menjadi
lebih bermakna dan efektif.

2.4 SOSIOLINGUISTIK

Sosiolinguistik di Malaysia bukanlah perkara mudah dan merupakan satu bidang
penting dalam menentukan tahap keharmonian dan keamanan negara (Noriati A.
Rashid et. al, 2010). Hal ini kerana kewujudan pelbagai etnik dengan pelbagai budaya
dan bahasa di negara Malaysia. Perkara ini merupakan cabaran yang usah dipandang
enteng ke arah membina rakyat yang bersatu padu. Guru sewajarnya menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam kelas selaras dengan Ordinan
Pelajaran 1957 yang mewajibkan semua sekolah menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar. Hal ini kerana bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan di Malaysia, iaitu bahasa yang dapat menyatukan pelbagai etnik dan suku

4

kaum di Malaysia (Nasariah et al., 2010). Apabila guru bertutur dalam bahasa Melayu,
murid-murid juga akan menggunakan bahasa Melayu untuk berinteraksi dengan guru
dan antara satu sama lain. Hal ini sekaligus dapat membantu guru untuk menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih lancar kerana guru tidak perlu
menterjemahkan sesuatu perkataan atau situasi kepada bahasa lain. Bahkan, murid
juga tidak akan berasa guru bersikap berat sebelah kerana kesamarataan layanan dan
penggunaan bahasa.

Untuk mewujudkan bilik darjah mesra budaya, guru boleh mengadakan aktiviti
berbahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid. Selain itu, guru boleh menyelit
unsur-unsur etnik lain dalam PdP. Misalnya, guru memilih tarian India dalam pelajaran
Pendidikan Jasmani dan lagu Iban dalam Pendidikan Muzik. Kemudian, permainan
tradisional milik etnik-etnik lain juga boleh didedahkan kepada murid-murid.
Penggunaan bahan daripada unsur-unsur pelbagai budaya dapat memupuk
kesefahaman antara murid yang berlainan budaya.

3.0 RUMUSAN
Tuntasnya, pengurusan bilik darjah mesra budaya dapat merangsang pengajaran yang efektif
dan pembelajaran yang bermakna. Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya
ini seharusnya memandang berat terhadap pelaksanaan persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya. Sekiranya guru dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
seperti mengurus susun atur bilik darjah, kaedah bermain sambil belajar, pembelajaran
koperatif serta penggunaan bahasa pengantar, sudah pasti tidak ada murid yang tercicir
dalam pelajaran mereka bahkan dapat mengasilkan prestasi akademik yang cemerlang.

5

RUJUKAN
Anita Hasan, Noryani Yusof & Husni Jazam. (2015). Budaya dan Pembelajaran. Selangor:

Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.
Bahtiar, Y., & Asehuddien, T. S. N. . (2015). Penerapan model cooperative learning teknik

think pair share dalam upaya meningkatkan hasil belajar siswa pada mata pelajaran
matematika sub materi operasi hitung campuran. Jurnal Penelitian Pendidikan, 4(2).
Kamalanathan, P. (2015). RIMUP satukan murid sekolah berbilang kaum. Berita Harian
Online.
Nasariah Mansor, Faizah Ahmad & Yusniza Yaakub. (2010). Kesantunan bahasa dalam
kalangan pelajar IPT: Satu kajian perbandingan etnik. Institute of Tun Dr. Mahathir
Mohamad’s Thoughts.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah. (2010). Asas kepimpinan dan
perkembangan professional guru. Shah Alam: Oxford Fajar.
Noriati Rashid, Boon, P.Y., Sharifah Ahmad & Zuraidah Majid. (2017). Budaya dan
Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nidzam Ahmad, Noraini Noh, Mazlini Adnan & Marzita Puteh. (2014). An analysis of
comfortable teaching and learning environment: Community response to climate
change in school. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 116, 285-290.

Renee, D., Elsita, E. & Kimberly, B. (2015). Culturally relevant pedagogy in the preschool
classroom. Early Childhood Education Journal.

Rizalina Mat Radzi. (2014). Peranan guru dan ibu bapa merangsang perkembangan
sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain. Ipoh: Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Maskon. (2012). Budaya dan
pembelajaran. Ipoh: Penerbitan Multimedia

Woolfolk (2001). Educational psychology. ( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon

Zuraida Maaruf & Saedah Siraj. (2011). Pedagogi responsif budaya satu dimensi pendidikan
global. 1st International Conference on World-Class Education 2011, 05-06 Dec 2011,
University of Malaya.

6


Click to View FlipBook Version