MPU 1042 PERISTIWA BERSEJARAH 1.NUR AINI FATINI BINTI SHAMSHUL @ YUSRI 2.NURUL AIN NATASHA BINTI ZAINURIN 3.AIN NUR WARISYA BINTI MOHD SAUFI 4.SITI NADIRA AYUNI BINTI MOHTAMIN 5.YUSLIYANA BT MOHD YUSOF 6.MUHAMMAD KHAIRIL NAJMI BIN MOHD NASIR 7.SITI MUTHIRAH BINTI SULMIAZI 8.MUHAMMAD HAKIMI HAFIZ BIN HISHAM 9.FIRZANAH NUR LIYANA BINTI SAMSURI 10.MUHAMMAD AFIQ HAKIMI BIN ROSLI 300427 300459 300503 300509 300535 300558 300560 300626 300711 300965 NAMA NO MATRIK
I S I K A N D U N G A N PENGHARGAAN 01 PENGENALAN 02 OBJEKTIF KAJIAN 03 KAEDAH KAJIAN 04 WATAK TERLIBAT KRONOLOGI PERISTIWA KESAN PERANG FILEM BUKIT KEPONG IKTIBAR KESIMPULAN 04 04 04 04 04 04
Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillah, bersyukur ke atas Ilahi kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka kami telah dapat melaksanakan kajian terhadap peristiwa bersejarah ini dengan jayanya. Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah kami, ........ yang berterusan memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar kepada kami tanpa jemu. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang telah membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Sesungguhnya, pengalaman dan penghargaan yang kami peroleh sepanjang melaksanakan tugasan ini amatlah bermakna. 2022 PENGHARGAAN
Sebut sahaja mengenai "Bukit Kepong" ia adalah sesuatu yang tidak asing dalam kalangan kita. Namun, tidak semua orang betul-betul mengetahui dan mendalami apa yang sebenarnya terjadi dalam peristiwa ini. Peristiwa “Subuh Berdarah” ini terjadi pada 23 Februari 1950 sekitar jam 5 pagi semasa keadaan darurat selepas perang Dunia II. Peristiwa ini adalah merupakan pertempuran bersenjata yang berlaku antara pihak Polis dan parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Tanah melayu. Perperangan ini berlaku disekitar kawasan Balai Polis Bukit Kepong. Balai polis ini diperbuat daripada kayu yang terletak ditebing Sungai Muar, Johor. Peperangan ini dimulai dengan serangan oleh kira-kira 180 orang pengganas komunis. Mereka melancarkan serangan gerila ke balai polis dan ianya berakhir dengan sangat tragik. Hampir semua pegawai polis yang bertugas disitu terbunuh. PENGENALAN
OBJEKTIFKAJIAN untuk mengenalpasti watak-watak yang terlibat dalam peristiwa Bukit Kepong untuk mengkaji iktibar dan pengajaran yang dapat diperolehi daripada peristiwa Bukit Kepong untuk mengenang jasa wira-wira yang ternahas dalam peristiwa Bukit Kepong untuk menganalisis kesan-kesan peristiwa Bukit Kepong
KAEDAHKAJIAN Sepanjang kami menjalankan tugasan ini, kami telah menggunakan dua kaedah untuk mendapatkan maklumat tentang tajuk kajian kami iaitu Peristiwa Bukit Kepong. Antara kaedah kami gunakan ialah kajian arkib dalam talian serta analisis laman web dan jejakdigital Kaedah pertama yang kami gunakan iaitu kaedah arkib dalam talian. Kami telah menggunakan sumber arkib dalam talian seperti arkib berita, dokumen, atau koleksi sejarah yang tersedia di internet kerana sumber ini sering kali mengandungi rekod penting bagi peristiwa bersejarah.Terdapat beberapa contoh sumber arkib dalam talian yang telah kami gunakan untuk mendapatkan koleksi gambar dan fotografi serta rakaman video and audio.Untuk mendapatkan koleksi gambar, kami telah melayari beberapa laman web dan bagi rakaman video dan audio pula, kami telah melayari mencari beberapa dokumentari dan wawancara di aplikasi “Youtube”. Kaedah kedua yang kami gunakan iaitu analisis laman web dan jejak digital. Kami juga telah menganalisis beberapa laman web dan blog untuk lebih memahami dari segi pandangan, perbincangan, dan juga reaksi terhadap peristiwa yang telah kami pilih. Antara langkah yang kami gunakan dalam kaedah ini termasuklah pengumpulan data, pemerhatian, analisis kualitatif, penilaian kebolehpercayaan, dan pembinaan naratif atau kesimpulan Berikut merupakan antara pautan yang telah kami layari; https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristi wa_Bukit_Kepong https://youtu.be/8Q63RbKxpIE? si=M1AjKxaHIt355OZ1 https://siakapkeli.my/2022/08/24/p eristiwa-berdarah-bukit-kepongperjuangan-menentang-komunispaling-dikenang-dalam-sejarah/
sarjan jamil mohd shah (ketua balai bukit kepung) muhammad bin jaffar (mm 7493) ibrahim bin adam (MM marin 60) hamzam bin ahmad (mm 3933) mohd yassin hj. abdul wahab (koperal 7068) hassan bin othman (mm 9136) jidin bin omar (lans koperal 7186) WATAKTERLIBAT ANGGOTA-ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN DALAM PERTEMPURAN jaffar bin hassan (mm 8680)
othman bin yusoff (mm 10533) meninggal abu bakar bin daud (mm marin 37) meninggal yusoff rono (mm 7645) meninggal ahmad khalid (mm tambahan 3472) meninggal WATAKTERLIBAT ANGGOTA-ANGGOTA POLIS YANG TERSELAMAT DALAM PERTEMPURAN
WATAKTERLIBAT ANGGOTA-ANGGOTA POLIS YANG TERBUNUH DALAM PERTEMPURAN 1.abu bin mohd ali (constable 5674) 2.abdul kadir bin jusoh (constable 7862) 3.Awang bin ali (polis marin 68) 4.basiron bin adam (polis marin 181) 5.mohamed taff bin lazim (epc 3475) 6.jaafar bin arshad (epc 3795) ANGGOTA-ANGGOTA POLIS BANTUAN YANG TERBUNUH 1.samad bin yatim (ap 2130) 2.mahmood bin saat (ap 1912) 3.ali bin akob (ap 1925) 4.othman bin yahya (ap 21270) 5.redzuan bin alias ( ap 2098)
WATAKTERLIBAT KELUARGA ANGGOTA POLIS YANG TERBUNUH 1.hassan (anak kepada abu bakar bin daud) 2.fatimah yaaba (isteri kepada abu bakar bin daud) 3.saadiah (isteri kepada abu bin mohd. ali) 4.simah (anak kepada abu bin mohd. ali) AHLI KELUARGA ANGGOTA POLIS YANG MASIH HIDUP 1.mariam binti ibrahim (isteri kepada muhamad bin jaafar) 2.zainun (anak kepada muhamad bin jaafar) 3.abu samah (anak kepada muhamad bin jaafar) 4.zaleha (anak kepada muhamad bin jaafar) 5.jamilah (anak kepada abu bakar bin daud) 6.wasain (anak kepada abu bakar bin daud) 7.fatimah binti abdul manan (isteri kepada hassan bin othman) 8.pun binti khalid (isteri kepada awang bin ali) 9.fatimah tunni (isteri kepada hamzah bin ahmad)
Apabila seorang anggota komunis telah ditembak mati ketika sedang cuba memotong kawat duri, pihak komunis telah marah dan mula melancarkan serangan setiap penjuru terutamanya di bahagian hadapan balai. Pergelutan awal yang dahsyat telah berlaku antara pihak komunis dengan pihak polis yang menyebabkan mereka saling berbalas tembakan. Pihak polis cuba memberikan tantangan awal yang hebat terutamanya dari kedudukan 2 Bren Gun yang terletak dalam kubu di bawah balai polis tersebut. KRONOLOGIPERISTIWA BUKITKEPONG 23 FEBRUARI1950{SEBELUM} (Aminuddin Yahaya, 2011, September 4) Pada awal pagi pada hari tersebut, sekitar 180 orang pengganas komunis Kompeni Bebas ke-4 yang diketuai oleh Muhammad Indera yang bersama-sama dengan Komunis Melayu dan Kmisser Goh Peng Tub telah membuat kepungan sekitar kawasan balai polis Bukit Kepong tersebut. Dalam pengepungan itu, separuh daripada mereka telah mengepung dibahagian hadapan balai polis manakala selebihnya telah mengelilingi kawasan balai tersebut.
KRONOLOGIPERISTIWA BUKITKEPONG 23 FEBRUARI 1950{SEMASA} Pukul 4:15 pagi Titik permulaan tragedi berdarah. (Muhammad Nadzmi, 2016, December 4) Seramai 185 anggota gerila komunis dipimpim oleh Mat Indera telah menyerang Sarjan Jamil Mohd Shah dan 21 orang polis serta polis bantuan yang bertugas di balai polis bukit kepong pada masa itu secara tiba-tiba. Sekitar pukul 5 pagi Di bawah pimpinan penghulu, Ali bin Mustaffa, sekumpulan penduduk kampung dan pasukan polis bantuan bersenjata lengkap dengan raifal dan shotgun bergerak ke balai polis bukit kepong untuk memberi bantuan. Malangnya, kesemuanya diserang oleh pihak komunis dalam perjalanan ke Bukit Kepong Sekitar pukul 7 pagi Mariam Ibrahim, iaitu isteri Konstabel Mohamad Jaafar telah ditawan oleh pihak komunis. Mariam dipaksa oleh pihak komunis untuk merayu pihak polis menyerah, tetapi Jamil sendiri tidak mengendahkannya. Bukan itu sahaja, pihak komunis turut menawan dan memaksa Fatimah Yaaba dan anaknya, Hassan untuk meminta polis menyeru. Selepas hampir lima jam bertempur Balai polis bukit kepong ditawan dan dibakar oleh pihak komunis
KRONOLOGIPERISTIWA BUKITKEPONG 23 FEBRUARI 1950{SELEPAS} (Israr Khalid, 2022, February 23) Pihak komunis telah membakar balai polis bukit kepong sekali dengan berek kelamin yang berada di belakangnya. Kanak-kanak dan dua wanita yang berada di dalam berek itu juga dibakar sehingga badan mereka rentung dan ‘menelan’. Selain itu, pihak Komunis telah membakar Hasan,iaitu anak Fatimah hidup-hidup dengan menghumbankan dia bersama orang lain yang mengalami kecederaan parah ke dalam api. Pihakkomunis memperalatkan nyawa orang demi kepentingan mereka sendiri. Setelah mereka membunuh sebanyak 25 nyawa, 40 anggota Komunis telah melarikan diri dan balik ke hutan. Banyak orang pengawal kampung dan orang awam telah terkorban dalam serangan tersebut. Hanya empat anggota polis dan sembilan orang ahli keluarga tang berjaya menyelamatkan diri.
Kehidupan pada masa itu menjadi semakin tertekan dan penuh dengan ketakutan yang tidak berkesudahan. Sekatan-sekatan yang dikenakan oleh pemerintah menambah beban yang sudah sedia ada, menyebabkan pergerakan masyarakat menjadi terhad dan tidak lagi bebas seperti dahulu. Ancaman serangan komunis sentiasa menghantui, boleh berlaku pada bilabila masa dan di mana sahaja, sama ada di kampung yang terpencil atau dalam bentuk serangan terhadap pengangkutan awam seperti bas dan kereta api (Che Abdullah Che Ya & Mohamad Rodzi Abd Razak, 2019) tekanan kehidupan ugutan komunis KESAN PEPERANGAN BERDARAH BUKIT KEPONG Salah satu insiden yang mengejutkan berlaku apabila pasukan pengganas komunis dengan sengaja menghalang perjalanan sebuah bas dengan menumbangkan sebatang pokok besar di tengah jalan. Mereka tidak hanya merampas semua barang makanan, barang kemas, dan wang yang dimiliki oleh penumpang bas tersebut, tetapi juga melakukan tindakan yang lebih kejam. Pakaian penumpang turut dibakar, meninggalkan mereka dalam keadaan telanjang bulat dan tanpa sebarang pertahanan. Tindakan tidak berperikemanusiaan ini bertujuan untuk menanam rasa takut dan menunjukkan kekuasaan mereka (Che Abdullah Che Ya & Mohamad Rodzi Abd Razak, 2019) 01
ugutan komunis Pengganas komunis terus berleluasa melakukan keganasan dan ugutan, sering kali melancarkan serang hendap dan pukul curi yang tidak disangkasangka. Rakyat hidup dalam ketakutan kerana diugut dengan seribu ancaman untuk memaksa mereka membantu perjuangan pengganas komunis. Sawah padi dan dusun milik penduduk, ladang getah dan lombong bijih milik Inggeris, tempat rakyat mencari rezeki dan sumber kehidupan harian, menjadi sasaran utama keganasan mereka (Che Abdullah Che Ya & Mohamad Rodzi Abd Razak, 2019) KESAN PEPERANGAN BERDARAH BUKIT KEPONG Kisah-kisah seperti ini perlu didokumentasikan dan diceritakan kepada generasi akan datang. Pengalaman-pengalaman getir yang dilalui oleh mereka yang hidup dalam era tersebut menggambarkan betapa pentingnya keamanan dan kestabilan dalam sesebuah negara. Kita harus belajar daripada sejarah, mengenali penderitaan dan keberanian generasi terdahulu dalam menghadapi ancaman dan kesusahan. Menceritakan semula peristiwa-peristiwa ini bukan sahaja membantu kita menghargai keamanan yang kita nikmati sekarang, tetapi juga mengingatkan kita tentang harga yang telah dibayar untuk mencapainya. Hanya dengan mengenang masa lalu, kita dapat memastikan bahawa sejarah hitam seperti ini tidak akan berulang lagi. 02
Mengenang tentang masa-masa gelap ini bukan sahaja sebagai penghargaan kepada mereka yang telah berjuang dan berkorban, tetapi juga sebagai peringatan kepada kita semua tentang bahaya ideologi yang ekstrem. Dengan memahami sejarah ini, kita boleh lebih menghargai erti kebebasan dan keselamatan, serta berusaha untuk memastikan bahawa peristiwa sebegini tidak akan berulang lagi. Tugas kita adalah untuk terus menceritakan kisah-kisah ini, memastikan bahawa pengorbanan mereka tidak dilupakan, dan berusaha membina masa depan yang lebih aman dan sejahtera. KESAN PEPERANGAN BERDARAH BUKIT KEPONG Tidak hanya itu, pengganas komunis juga mensasarkan anggota pasukan keselamatan yang ditugaskan untuk mengawal ladang getah dan lombong bijih. Serangan ke atas pasukan keselamatan ini sering kali menyebabkan banyak harta benda musnah dan nyawa yang tidak berdosa menjadi korban. Dalam usaha mereka untuk melemahkan struktur sosial dan ekonomi, para pengganas komunis tidak segan silu menggunakan kekerasan yang melampaui batas kemanusiaan (Che Abdullah Che Ya & Mohamad Rodzi Abd Razak, 2019) Amat penting untuk kita mengenang dan merekodkan peristiwa-peristiwa tragis ini. Kisah-kisah keganasan dan penderitaan yang dialami oleh rakyat pada waktu itu adalah cermin kekejaman yang tidak boleh dilupakan. Setiap detik ketakutan dan kehilangan yang mereka alami menggambarkan betapa berharga dan rapuhnya kedamaian yang kita nikmati hari ini.
Pengganas komunis terus menunjukkan kekejaman mereka dengan membakar berek kelamin, menyebabkan dua orang wanita dan kanak-kanak hangus dalam peringkat akhir pertempuran yang memakan masa empat jam itu. Pertempuran sengit ini mengakibatkan hanya tiga anggota polis, termasuk seorang pengawal kampung, yang masih hidup. Mereka terpaksa berlari keluar dari balai polis yang terbakar kerana tidak dapat menahan kepanasan yang melampau (Polis Diraja Malaysia) kebakaran KESAN PEPERANGAN BERDARAH BUKIT KEPONG Dalam usaha untuk menyelamatkan diri, mereka terpaksa merempuh kedudukan pengganas, menyebabkan tiga orang komunis terbunuh dalam pertempuran itu. Walaupun begitu, seorang pengganas berjaya melarikan diri dengan menyeberangi sungai, masih memegang rifle di tangannya, menambah ketakutan dan ancaman berterusan bagi penduduk setempat. Tragedi yang menimpa dua wanita dan seorang kanak-kanak menunjukkan betapa tidak berperikemanusiaannya tindakan pengganas komunis, yang sanggup mengorbankan nyawa yang tidak bersalah demi mencapai matlamat mereka. Pertempuran yang berlangsung selama empat jam tersebut menggambarkan betapa gigihnya perjuangan anggota keselamatan yang mempertaruhkan nyawa mereka demi melindungi rakyat dan mempertahankan keamanan. 03
Menceritakan kembali peristiwa-peristiwa seperti ini penting untuk memastikan bahawa sejarah kekejaman dan pengorbanan tidak dilupakan. Setiap kisah tentang penderitaan dan keberanian ini adalah pelajaran berharga bagi generasi akan datang. Sebagai penulis, tugas kita adalah untuk memastikan kisah-kisah ini didokumentasikan dengan teliti, bukan sahaja untuk mengenang mereka yang telah terkorban, tetapi juga untuk mengingatkan kita semua tentang harga yang telah dibayar untuk keamanan yang kita nikmati hari ini. KESAN PEPERANGAN BERDARAH BUKIT KEPONG Dato'Onn Jaafar (Menteri Besar Johor) sedang memeriksa tempat kejadian selepas serangan balai pada 24 Febuari 1950 Menulis tentang keganasan dan pengorbanan ini membantu kita memahami betapa pentingnya kestabilan dan kedamaian dalam masyarakat. Ia juga mengingatkan kita tentang kewajipan untuk menjaga dan melindungi nilai-nilai kemanusiaan, agar tragedi seperti ini tidak berulang. Dengan menghargai dan belajar dari sejarah, kita dapat membina masa depan yang lebih aman dan harmonis, di mana kekejaman dan keganasan tidak lagi mempunyai tempat.
KESAN PEPERANGAN BERDARAH BUKIT KEPONG Gambar kenangan anggota polis Bukit Kepong sebelum peristiwa serangan balai pada 23 Februari 1950 Anggota polis pangkat rendah dan polis bantuan bergambar di haapan Balai Polis Bukit Kepong sebelum diserang
Apabila pengawal kampung akhirnya berjaya memasuki pekan Bukit Kepong, pemandangan yang menyambut mereka adalah sesuatu yang mengerikan. Mereka hanya dapat melihat kesan kemusnahan yang meluas dan mayat-mayat yang terbujur di merata-rata tempat. Mayat anggota polis hangus terbakar, mencerminkan betapa dahsyatnya serangan yang dilakukan oleh pengganas komunis. Kawasan balai polis telah menjadi "padang jarak padang terkukur," hasil daripada kekejaman musuh yang tidak berperikemanusiaan. Semasa pengawal kampung ini bertempur untuk membebaskan balai polis, sekumpulan pengawal kampung dari Kampung Durian Chondong dengan menggunakan sampan menuju ke Bukit Kepong untuk memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis, menyebabkan perjalanan mereka menjadi semakin mencabar dan berbahaya. (Polis Diraja Malaysia). kematian KESAN PEPERANGAN BERDARAH BUKIT KEPONG 04
Tragedi di Bukit Kepong adalah contoh jelas tentang bagaimana keganasan boleh merosakkan kehidupan dan menghapuskan harapan. Pengorbanan yang dilakukan oleh pengawal kampung dan anggota polis harus dikenang dan dihargai. Mereka menunjukkan keberanian dan ketabahan yang luar biasa dalam menghadapi ancaman yang tidak terduga, berusaha melindungi kampung halaman mereka dan penduduknya walaupun berdepan dengan ancaman maut. Penulisan tentang peristiwa ini adalah lebih daripada sekadar dokumentasi sejarah; ia adalah cara untuk mengenang mereka yang telah terkorban dan memastikan pengorbanan mereka tidak dilupakan. Setiap butiran tentang perjuangan mereka membawa kita lebih dekat kepada realiti yang mereka hadapi dan memberikan kita pemahaman yang lebih mendalam tentang nilai-nilai keberanian dan ketabahan. KESAN PEPERANGAN BERDARAH BUKIT KEPONG
Y.B Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sewaktu melawat Bukit Kepong pada 23 Feb 1976 sedang mnyiram air mawar di pusara anggota polis Bukit Kepong yang terkorban Y.Bhg. Tan Sri Mohamed Hanif bin Omar sewaktu berkunjung ke Bukit Kepong pada 23 Feb 1976 bagi memperingati peristiwa Bukit Kepong Sebahagian daripada anggota polis yang melawat ke pusara anggotabpolis Bukit Kepong yang terkorban
MEMORI FILEM BUKIT KEPONG
MEMORI FILEM BUKIT KEPONG Membintangi filem aksi patriotik Bukit Kepong arahan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin yang diterbitkan pada tahun 1981 menjadi kenangan terindah buat pelakon, pengarah, dan penerbit, Datuk Yusof Haslam, 67 tahun. Yusof berkata, dia yang ketika itu berusia 27 tahun amat teruja berlakon di samping Jins, Allahyarham Hussein Abu Hassan, dan Allahyarham A Rahim. "Siapa yang tidak mahu berlakon dengan Tan Sri Jins, satu nama besar waktu itu. Filem ini mengenai sejarah perjuangan polis mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 daripada serangan pengganas komunis ketika era sebelum merdeka. Filem ini adalah satu kebanggaan kerana dihasilkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jins. PDRM memberikan komitmen penuh untuk filem ini. Perjuangan polis yang kebanyakannya orang Melayu, bagi saya, banyak meninggalkan kenangan," katanya kepada Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman, 2021).
MEMORI FILEM BUKIT KEPONG Yusof juga menyatakan bahawa bekerja di bawah arahan Tan Sri Jins Shamsuddin adalah pengalaman yang sangat berharga. Jins bukan sahaja seorang pengarah yang hebat tetapi juga seorang mentor yang memberikan banyak bimbingan dan inspirasi kepada semua pelakon. Filem ini, menurut Yusof, adalah satu penghormatan kepada mereka yang telah berkorban demi negara, dan dia berasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada projek bersejarah ini (Ridzuan Abdul Rahman, 2021). Filem Bukit Kepong memberikan gambaran yang mendalam tentang peristiwa bersejarah ini. Ia bukan hanya sekadar sebuah filem, tetapi juga penghormatan kepada mereka yang telah berjuang dengan gigih. Melalui visual yang memukau dan lakonan yang penuh emosi, filem ini berjaya menyampaikan intensiti dan kepentingan peristiwa tersebut. Penulis memandang filem ini sebagai sebuah karya yang penting kerana ia menghidupkan kembali kisah keberanian dan pengorbanan yang luar biasa, memastikan bahawa generasi akan datang tidak melupakan sejarah dan nilai-nilai yang diperjuangkan oleh mereka yang terlibat.
IKTIBAR YANG BOLEH DIAMBIL DARIPADA PERISTIWA BUKIT KEPONG IALAH KITA HENDAKLAH MENGHARGAI PERJUAANGAN TANAH AIR YANG TERCINTA KITA DARIPADA DIJAJAH OLEH PENJAJAH ASING SEHINGGA HABIS HABISAN. SERANGAN HENDAP YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK KOMUNIS MERAUT BANYAK NYAWA DI MANA POLIS MELAYU TELAH DIPAKSA UNTUK MENGANGKAT BENDERA PUTIH SEBAGAI TANDA MENYERAH KALAH TETAPI PIHAK POLIS MELAYU TETAP BERKERAS UNTUK TETAP MEMPERTAHANKAN TANAH AIR KITA DAN KELUARGA YANG TERSAYANG. OLEH ITU, SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG BEBAS DARIPADA SEBARANG NCAMAN SEHARUSNYA SALING MENGINGATI UNTUK MEMPERTAHANKAN NEGARA DARI ASPEK AGAMA, BANGSA MAHUPUN NEGARA IKTIBAR BUKIT KEPONG MENGAJAR KITA APA ITU ERTI SIKAP BEKERJASAMA ANTARA SATU SAMA LAIN TANPA MEMANDANG HARTA, PANGKAT ATAU DARJAT. KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA HARUSLAH MEMPUNYAI SIKAP BEKERJASAMA DALAM DIRI MASING-MASING UNTUK MENGHADAPI SEGALA SITUASI YANG MELIBATKAN NEGARA KITA. SEPERTI DALAM PERISTIWA BUKIT KEPONG ITU, ORANG KAMPUNG YANG SANGAT BERANI TELAH BEKERJASAMA DENGAN PIHAK POLIS MELAYU UNTUK MENGAWAL KAWASAN KAMPUNG DARIPADA DIMASUKI OLEH PASUKAN KOMUNIS. GABUNGAN TENAGA INI BUKAN SAHAJA DAPAT MENGUATKAN PASUKAN BAGAI AUR DENGAN TEBING TETAPI JUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM ANTARA RAKYAT. TEGASNYA, SETIAP INDIVIDU WAJAR MEMPUNYAI SIKAP KERJASAMA DALAM DIRI MASING-MASING SUPAYA KERJASAMA YANG TERJALIN DAPATMENGERATKANHUBUNGANSILATURAHIMWALAUPUNBERBEZAAGAMA. AKHIR SEKALI, IKTIBAR YANG BOLEH DIPELAJARI OLEH KITA IALAH KITA TIDAK BOLEH MEMPERDAGANGKAN TANAH AIR KITA UNTUK MEMPEROLEH KEPENTINGAN PERIBADI YANG MENGGUGAT KESELAMATAN ORANG LAIN. SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN NEGARA, KITA HARUSLAH MENJAGA ASET NEGARA DAN SENTIASA TEGAS SEKIRANYA URUSAN BERKAITAN DENGAN NEGARA MALAHAN RAKYAT JUGA PERLU MEMAINKAN PERANAN SUPAYA TIDAK TERPEDAYA DENGAN TIPU HELAH OLEH PIHAK LUAR. OLEH ITU KITA HENDAKLAH MEMPUNYAI SIFAT PATRIOTISME DALAM DIRI AGAR TIDAK SEWENANG WENANGNYA MEMBERIKAN TANAH AIR KITA KEPADA PIHAK LUAR SEMATA MATA DEMI KEPENTINGAN DIRI
KESIMPULAN Secara kesimpulannya, Peristiwa Bukit Kepong menekankan bahawa kita haruslah berjuang habishabisan dalam mempertahankan tanah air. Dalam peristiwa ini menunjukkan sifat cinta akan negara sepertimana pihak polis dan penduduk kampung mempertahankan tanah melayu dengan menentang penjajah walaupun mereka sudah kekurangan peluru dan senjata. Pihak polis dan penduduk kampung sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air daripada dijajah komunis. Peristiwa ini terus menjadi lipatan sejarah negara kerana peristiwa ini adalah antara peristiwa serangan terhadap polis dalam memperlihatkan pengorbanan yang dilakukan oleh setiap anggota dan keluarga dalam mempertahankan agama, maruah dan bangsa. Jiwa kepahlawan yang ditunjukkan daripada pahlawanpahlawan negara kita bukan sahaja untuk diri tetapi juga sebagai semangat untuk generasi akan datang. Oleh itu, kita sebagai rakyat pada masa kini haruslah bersyukur dan mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku.
RUJUKAN https://richer.uthm.edu.my/collections/show/21 https://journalarticle.ukm.my/14988/1/31232-100756-1-PB.pdf https://puteralapismahang.blogspot.com/2015/02/032-tragedi-2- peristiwa-bukit-kepong.html https://anyflip.com/vgupz/mxym/basic http://kgraja.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumatpi1m/sejarah/44-sejarah https://www.hmetro.com.my/utama/2021/08/745010/memori-filembukit-kepong https://suaradarigunung.wordpress.com/2011/09/04/peristiwa-bukitkepong-akibat-melayu-tidak-bersatu/ https://prezi.com/d0zmeyzml-6p/peristiwa-bukit-kepong/ https://www.astroawani.com/berita
RUJUKAN Bukit Kepong (2022, July 17). Flip eBook Pages 1-39: AnyFlip: 2022970517. AnyFlip. https://anyflip.com/vgupz/mxym/basic Che Ha, C. A. , & Abd Razak, M. R. (2019, February 27). Menelusuri Elemen Sejarah dalam Novel. Akademika 89 (Isu Khas). https://journalarticle.ukm.my/14988/1/31232-100756-1-PB.pdf Mahang, P. (2015, February 3). M 032 TRAGEDI 2: Peristiwa Hitam Bukit Kepong 1950. M 032 TRAGEDI 2: PERISTIWA HITAM BUKIT KEPONG 1950. https://puteralapismahang.blogspot.com/2015/02/032-tragedi-2-peristiwabukit-kepong.html Peristiwa Bukit Kepong. Kampung Raja, Bukit Kepong. (n.d.). http://kgraja.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumatpi1m/sejarah/44-sejarah Polis Diraja Malaysia. (n.d.). Sejarah Pertempuran di Bukit kepong. Omeka RSS. https://richer.uthm.edu.my/collections/show/21 Rahman, R. A. (2021, August 20). Memori Filem Bukit Kepong. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/utama/2021/08/745010/memori-filem-bukitkepong Israr Khalid. (2022, February 23). PeristiwaHarini: Balai Polis Bukit Kepong musnah diserang komunis (1950). Astroawani. https://www.astroawani.com/berita malaysia/peristiwahariini-balai-polisbukit-kepong-musnah-diserang-komunis-1950- 348184 muhammad nadzmi. (2016, December 4). PERISTIWA BUKIT KEPONG. Prezi.com. https://prezi.com/d0zmeyzml-6p/peristiwa-bukit-kepong/
Aminuddin Yahaya. (2011, September 4) Peristiwa Bukit Kepong-Akibat Melayu Tidak Bersatu https://suaradarigunung.wordpress.com/2011/09/04/peristiwa-bukitkepong-akibat-melayu-tidak-bersatu/