The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMK BALUNG, TAWAU, 2021-10-08 20:08:52

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2020

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2020

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMK BALUNG KALI KE-18 SESI 2019-2020

TARIKH/HARI : 29 FEBRUARI 2020 (SABTU)
MASA : 08.00-12.00 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN SRI BALUNG, SMK BALUNG
KEHADIRAN : 874 ORANG

AGENDA:

1. Ucapan Pengetua Cemerlang selaku Penasihat PIBG SMK Balung
2. Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK Balung Sesi 2019/2020
3. Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Kali ke-18 Sesi 2019/2020 oleh YB Datuk Hj Osman Bin Hj

Jamal (Ahli Dewan Undangan Negeri N.55 Balung)
4. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali-17
5. Perkara Berbangkit
6. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan 2019/2020
7. Membahaskan usul dan Tindakan
8. Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG

1.0 Ucapan Pengetua Cemerlang encik Matnoor bin Haji Sima selaku Penasihat PIBG
1.1 Dengan lafaz Bismillah, Tuan Pengetua Cemerlang mengucapkan salam dan ucapan terima kasih
kepada semua yang hadir, khasnya YB Datuk Haji Osman bin Haji Jamal, barisan AJK PIBG sesi
2019-2020, semua pentadbir, guru-guru dan ibu bapa yang hadir.
1.2 Merafa’kan syukur kepada Allah kerana memberikan kesempatan untuk berhimpun dalam
program Mesyuarat Agung PIBG SMK Balung Tawau kali ke-18.

1

1.3 Ucapan terima kasih kepada YB kerana telah empat kali menghadirkan diri sekaligus menjayakan
program PIBG SMK Balung pada tahun 2020. Hal ini membuktikan YB Datuk berjiwa rakyat dan
prihatin akan keperluan rakyat terutama warga Balung.

1.4 Ucapan terima kasih juga kepada AJK PIBG yang sentiasa bekerjasama dan sentiasa memberi
sokongan moral terhadap pihak sekolah.

1.5 Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada pihak polis kerana sering bekerjasama dengan pihak
sekolah dalam membendung masalah salah laku dispilin dalam kalangan pelajar dengan melalui
ceramah ’Cabaran Disiplin Masa Kini’ yang disampaikan oleh ASP Helmi Mat Yusuf, Pegawai
Perhubungan Sekolah.

1.6 Ucapan terima kasih juga kepada Puan Norasmah binti Mohd Basri, Guru Pendidikan Khas SMK
Kinabutan 2 yang telah menyampaikan ceramah berkaitan ’Pendidikan Inklusif’ dalam kalangan
pelajar berkeperluan khas.

1.7 Tuan Pengetua juga mengucapkan tahniah kepada seluruh AJK yang bertungkus lumus dalam
menjayakan program PIBG pada hari ini.

1.8 Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepasa ibu bapa yang hadir . Kehadiran ibu bapa merupakan
pemangkin kepada kejayaan sekolah. Tuan Pengetua membuktikan kenyataan ini dengan kejayan
yang diperoleh oleh pihak sekolah seperti pencapaian 4.0 dalam STPM bagi pelajar sesi 2019 iaitu
seramai tiga orang pelajar. Kejayaan ini diraih buat julung kalinya sejak tujuh tahun yang lalu.
Sekaligus meletakkan SMK Balung sebagai antara sekolah terbaik di Negeri Sabah dengan
mencatatkan seratus peratus lulus selama tiga tahun berturut-turut.

1.9 Kegembiraan ini tidak akan dicapai sekiranya tiada kerjasama antara guru-guru, PIBG, YB dan
seluruh warga SEHEBAT. Hal ini selaras dengan motto sekolah iaitu ”United in Action”.

1.10 Tuan Pengetua mensasarkan bagi pelajar calon STPM tahun 2020 seramai empat orang pelajar
akan memperoleh markah PNGK 4.0. Seterusnya Tuan Pengetua juga mengharapkan keputusan
yang cemerlang bagi pencapaian SPM pada tahun 2019 akan diumukan pada 05 Mac 2020 iaitu
pada hari Khamis.

1.11 Tuan Pengetua berhasrat agar dalam tempoh lima tahun mendatang SMK Balung mampu
mencapai kegemilangan dalam semua bidang.

1.12 Di samping itu, kejayaan dalam bidang Kokurikulum juga telah meningkatkan nama dan
prestasi sekolah di peringkat Negeri Sabah.

1.13 Bagi melestarikan hasrat untuk melihat kejayan pelajar-pelajar SMK Balung, tuan Pengetua
menyatakan bahawa sebanyak RM20 ribu dana yang diperlukan bagi menaiktaraf tiga buah bilik
iaitu Bilik PIBG, Bilik Makmal ICT dan Bilik Aktiviti Tingkatan Enam. Peruntukan ini diharapkan
dapat diperoleh daripada pihak Yb.

1.14 Tuan Pengetua berharap sokongan padu yang berterusan daripada semua pihak khususnya
PIBG demi melahirkan pelajar cemerlang yang dapat menyumbang kepada kegemilangan sekolah.
2

2.0 Ucapan yang di Pertua PIBG SMK Balung 2019/2020
2.1 Encik Matali Haji Rasley mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Haji Osman bin Haji Jamal
kerana sudi hadir pada hari ini. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK
PIBG, barisan pentadbir, guru-guru dan semua ibu baoa yang hadir.
2.2 Beliau berasa bertuah kerana mempunyai barisan pemimpin guru yang bersungguh-sungguh
mendidik anak-anak di sekolah. Permuafakatan ibu bapa dan warga sekolah membantu kejayaan
sekolah.
2.3 Ucapan tahniah kepada pihak sekolah di atas kejayaan cemerlang dalam STPM 2019. Di samping
itu, turut menyatakan bahawa masalah disiplin di sekolah dapat diatasi melalui kerjasama dan
keprihatinan ibu bapa, pihak sekolah dan PDRM.
2.4 Beliau seterusnya menyatakan bahawa bekalan air bersih di sekolah belum dapat diselesaikan.
Masalah kekurangan air perlu diatasi dengan segera bagi mengelakkan masalah lain berlaku. Mesin
penapis air akan diusahakan untuk menjamin kebersihan air yang disalurkan ke sekolah.
2.5 Belia juga menyatakan cadangan untuk membantu meningkatkan kelestarian sekolah. Antara
cadangan beliau ialah menjadikan kawasan tanah terbiar untuk menanam pokok kelapa, durian,
avocado dan sebagainya. Seterusnya hasil jualan tanaman ini akan disalurkan ke tabung kebajikan
sekolah.
2.6 Cadangan kedua ialah berkaitan sukan berbasikal. Belia mencadangkan dua orang pelajar
menyertai sukan berbasikal. Hal ini kerana, sekiranya berjaya, kejayaan ini akan menaikkan nama
pihak sekolah di peringkat negara.
2.7 Seterusnya cadangan ketiga ialah mengadakan tazkirah agama disamping menyarankan agar
pelajar-pelajar berselawat, berqasidah dan berzikir sebagai amalan setiap hari di sekolah. Keadaan
ini bagi memastikan pelajar-pelajar tidak terlibat dengan gejala sosial.
2.8 Pihak PIBG telah meluluskan dua buah katil di bilik kesihatan untuk kebajikan pelajar yang kurang
sihat. Bilik kesihatan perlu diceriakan.
2.9 Belia juga mencadangkan agar bumbung bilik PIBG yang bocor perlu diganti dengan anggaran kos
sebanyak RM 1000.00. Ibu bapa perlu membayar RM20.00 untuk menampung kos tersebut.
2.10 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa di atas kehadiran yang sangat
memuaskan.

3.0 Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Kali ke-18, oleh YB Datuk Haji Osman bin Haji Jamal, Ahli
Dewan Undangan Negeri N.55 Balung
3.1 Ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada AJK PIBG atas jemputan untuk merasmikan mesyuarat
PIBG pada kali ini.
3

3.2 Mengucapkan tahniah di atas kehadiran ibu bapa yang memberangsangkan. Merupakan mesyuarat
PIBG yang paling ramai kehadiran ibu bapa yang pernah YB Datuk hadir.

3.3 Mengucapkan syabas kepada tuan pengetua dan pihak polis atas kerjasama yang dijalinkan bagi
membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar SMK Balung.

3.4 Beliau mengatakan bahawa akan berusaha dalam meningkatkan taraf kemudahan jalan raya
daripada Sungai Burung ke Pulau Sipadan yang mengambil masa 45 minit sahaja. Program Borneo
Samudera yang akan dilaksanakan ini menelan belanja lebih kurang 3.5 juta.

3.5 Menurut beliau, pengetua SMK Balung telah memohon kos penambahbaikan kantin sekolah dan
akan diberi bantuan dana daripada pihak kerajaan sebanyak RM20,000.00. Beliau turut menegah
bayaran RM20 daripada ibu bapa pelajar agar tidak dipotong, sebaliknya akan ditanggung oleh
pihak pihak kerajaan sebanyak RM24,000.00.

3.6 Oleh yang demikian, pihak kerajaan akan memberikan dana tambahan sebanyak RM24, 000.00.
Jumlah keseluruhan dana yang akan diberikan kepada SMK Balung adalah sebanyak RM48,
000.00. Menurut beliau, dana yang disalurkan ini tidak setanding dengan pencapaian pelajar-
pelajar SMK Balung, Tawau.

3.7 Kerajaan Negeri Sabah akan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah di negeri Sabah. Oleh itu,
pihak kerajaan melalui Yb Datuk Haji Osman bin Haji Jamal akan membantu pelajar-pelajar dalam
meningkatkan lagi infrastruktur sekolah bagi memberi keselesaan kepada warga sekolah sendiri.

3.8 Perasmian Mesyuarat PIBG SMK Balung kali ke-18 telah dilaksanakan pada 10.17 pagi.
3.9 YB Datuk Haji Osman bin Haji Jamal bin Haji Osman merasmikan Program Mesyuarat Agung

Tahunan PIBG kali ke-18 sesi 2019-2020.

4.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Kali ke-17

4.1 Dicadangkan oleh : Pn. Haifa binti Md Zin

Disokong oleh : Pn. Asiah bt Jamaludin

5.0 Perkara berbangkit
5.1 Tiada perkara berbangkit

6.0 Membentang dan mengesahkan penyata Kewangan 2019/2020

6.1 Laporan kewangan dibentangkan oleh Bendahari PIBG, Encik Lasagaran Bin Lataga. Penyata

kewangan PIBG sesi 2019-2020 telah diedarkan kepada ahli PIBG yang hadir.

6.2 Laporan kewangan dibentangkan bagi bulan Mac 2019 sehingga Jan 2020 seperti yang

dilampirkan.

6.3 Disahkan oleh : En. Muniandy Subramaniam

Disokong oleh : Pn. Haifa bt Hamzi

4

7.0 Membahaskan Usul dan Tindakan
7.1 Berikut merupakan usul/cadangan daripada ahli mesyuarat dan tindakan/maklum balas daripada
pengetua selaku Penasihat PIBG SMK Balung.

BIL USUL/CADANGAN PENGUSUL/ RESPON/TINDAKAN

PENCADANG

1. Membina pondok bas berdekatan tangga Sudirman bin -Sekiranya sesuai dan selamat,

PIBG Paito pondok bas akan dibina.

2. Menambah tempat duduk di kawasan Mohd Ali bin -Telah dibawa permohonan kepada

astaka Bake alyarham YB Taupik pada tahun

2019 namun tiada respon.

-Akan dimohon sekali lagi pada

tahun 2020.

- Kos pembinaan sebanyak RM50

ribu tidak termasuk tempat duduk.

3. Menambah laluan berbumbung di Halen Lau @ -Permohonan akan dihantar ke

kawasan yang terdedah dengan panas dan Abd Kadir kementerian dan tindakan susulan

hujan akan diambil.

- Pihak PIBG tidak mampu

menanggung kos kerana menelan

belanja yang terlalu tinggi.

4. Sediakan pendingin hawa di surau agar Shaiful -Sudah dibaik pulih kemudahan

elakkan pelajar kepanasan. Hisyam bin yang ada seperti kipas.

Shaiful Nizam - Bagi pendingin hawa, pihak PIBG

belum berkemampuan untuk

memasangnya di surau.

-Guru-guru dan pihak ibu bapa telah

memberi sumbangan sebanyak

RM27 ribu bagi pemasangan mozek

di Tapak Dear.

5. Menampal simen yang berlubang di dalam Mohd Salleh -Gotong-royong akan dijalankan

kelas. bin Ramelan pada bulan Mac tahun 2020

-Bank Rakyat akan memberi

sumbangan makanan dan minuman

5

ketika program gotong-royong

sekolah.

6. Menambah baik pondok bas lelaki Titingan bin -Pihak PIBG akan membuat surat

Jaffari kepada pihak Pengurus Sawit

Kinabalu untuk permohonan

peruntukkan bagi membina pondok

bas.

7. Gelanggang badminton tertutup untuk Sabaruddin bin -Pihak sekolah akan sediakan

para pelajar. Uai garisan untuk bermain badminton di

Anjung Nuri.

8. Membuat baju muslimah (Gerko Ramli bin -Pihak Koperasi dan PK

perempuan) Aluwi Kokurikulum akan menempah baju

tersebut bermula pada tahun 2021.

9. Memantau para pelajar lelaki yang lepak Sutra -Tindakan PK Hem dan PDRM akan

di kawasan Flat Sri Balung terutamanya Singkeruang membuat pantauan. Namun jika

pada hari Jumaat (merokok) perkara ini berlaku di luar kawasan

sekolah, pihak sekolah tidak boleh

memantaunya.

10. Mengaktifkan kembali bilik GYM Majulia binti -Hanya ahli PIBG sahaja dibenarkan

Samarin untuk menggunakan kemudahan

tersebut.

-Kutipan akan dikenakan untuk

menambah alatan senaman dan

senamrobik di bilik GYM.

11. Adakan kelab muzik Kaludi bin -Akan dibincangkan. Alatan muzik

Dahnum telah disediakan.

12. Menyediakan bilik persalinan bagi para Sharifah Amin -Akan dibina dengan segera.

pelajar lelaki dan perempuan. binti Omar

13. Membaik pulih tandas lelaki dan Hasanata binti -Sedang dibaiki

perempuan di surau sekolah. Dulla

14. Menyediakan mesin cetak untuk para Zaleha binti -Pihak koperasi akan menyediakan

pelajar dalam memudahkan para pelajar Ahmad perkhidmatan mesin cetak.

mendapatkan bahan pengajaran dan

pembelajaran.

6

15. Menambah baik tempat ruangan Hapipa binti -Akan ditambah baik

menunggu ibu bapa. Kalding

16. Seluar T-Shirt Pendidikan Jasmani Mardiah binti -Dalam perhatian pihak pentadbir

diseragamkan iaitu mempuanyai lambang Bacho -2021 seluar berlogo akan

SMK Balung. dimasukkan pembayaran dalam

kutipan yuran.

17. Pembaikkan kerusi dan meja yang sudah Mustamin bin -Unit peperiksaan akan

rosak di setiap kelas Musa berkerjasama dengan ibu bapa

-Akan dilaksanakan pada program

gotong-royong sekolah.

18. Penambahan Astaka kerana para pelajar Aidah binti -Telah dibincangkan.

semakin ramai saban tahun Jaafar

19. Senaraikan buku latihan kerja yang perlu Sapturiani -Telah dibincangkan dalam Dialog

dibeli untuk rujukan ibu bapa. Prestasi.

20. Sediakan senarai nama pihak sekolah Irdawati binti -Melalui ’Whatsapp’ dalam

yang boleh dihubungi bagi urusan Mohd Naim kumpulan kelas masing-masing.

masalah murid (Nama/jawatan/no.HP) -Smart Phone akan disediakan oleh

pihak PIBG dan diusulkan kepada

Pengurus Sawit Kinabalu.

21. Pembelian van sekolah Pengetua SMK -Perlu untuk pergerakan pelajar yang

Balung mewakili sekolah ke tempat

pertandingan.

-Akan diteruskan sehingga tahun

2021.

-Mulai Julai minima pembayaran

sebanyak RM 10 sebulan untuk

sebuah keluarga.

22. Sumbangan PIBG SMK Balung Pn. Muliati -Dipersetujui oleh ahli mesyuarat.

dikekalkan seperti tahun 2019. Idris

7

Sumbangan Persatuan Ibu Bapa - Guru (PIBG) yang telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat.

BIL Jenis Sumbangan Nilai (RM) Catatan

1 Baikpulih Perabot Pelajar RM 10.00 Ting 1,2,3,4,5,6 Rendah,6 Atas

2 Program Jana Minda RM 5.00 Ting 1, 2, 3, 4, 5, 6 Rendah, 6

Atas

3 Keceriaan Kelas RM 5.00 Ting 1, 2, 3, 4, 5, 6 Rendah, 6

Atas

4 Program Tunas Harapan RM 10.00 Ting 1, 2, 4

5 Program Peningkatan RM 15.00 Ting 3, 5 , 6 Rendah, 6 Atas

Akademik

6 Aktiviti Kokurikulum RM 10.00 Ting 1, 2, 3, 4, 5, 6

Rendah/Atas

7 Pengurusan PIBG RM 30.00 Satu Keluarga Shj ( Anak

Kandung Shj )

8 Kertas Ujian Dalaman RM 10.00 Ting 1, 2, 3, 4, 5, 6 Rendah, 6

Atas

9 Buku Nilam RM 3.00 Ting 1 Shj

10 Graduasi Ting 5 RM 15.00 Ting 5 Shj

JUMLAH Ikut Tingkatan

Rumusan sumbangan Persatuan Ibu Bapa - Guru (PIBG) SMK Balung

Bil Perkara Nilai (RM)
1 TING 1 RM 83.00
2 TING 2 RM 80.00
3 TING 3 RM 85.00
4 TING 4 RM 80.00
5 TING 5 RM 100.00
6 TING 6 RENDAH RM 85.00
7 TING 6 ATAS RM 85.00

8

8.0 Ucapan Penangguhan Oleh YDP PIBG
8.1 Dengan lafaz bismillah, YDP PIBG iaitu En. Matali bin Rasley mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan mesyuarat kali ini. Semua usul akan diperhalusi
dalam mesyuarat AJK yang akan datang.
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.17 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………………… …………………………… ……………………………
( KAMARIAH KARIMING ) ( MATALI BIN RASLEY ) ( MATNOOR BIN SIMA )
Setiausaha 2, YDP PIBG Penasihat,
Mesyuarat Agung PIBG, SMK Balung, Tawau Persatuan Ibu Bapa - Guru
SMK Balung, Tawau SMK Balung, Tawau

Pencatat Minit,
Lasmi binti Lukito

9


Click to View FlipBook Version