PROGRAM PEMBANGUNAN PEMIMPIN MUDA JOHOR
SLIDESMANIA.COM PERTANDINGAN SLB SEKOLAH MENENGAH
DI PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU
1
SLIDESMANIA.COM PERTANDINGAN MENCIPTA
BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR
- ANYFLIP
PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU
2
SLIDESMANIA.COM Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
1. Penyertaan terbuka kepada semua ahli SLB Sekolah Menengah Daerah
Johor Bahru. Setiap sekolah perlu menghantar dua orang wakil peserta
sahaja.
2. Tokoh yang dipilih perlu terdiri dalam kalangan pemimpin di Negeri Johor.
3. Buku skrap hendaklah disediakan secara individu.
4. Rekaan buku skrap digital mesti mengikut gaya dan kreativiti masing-masing
menggunakan aplikasi dalam talian yang sesuai.
3
Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
5. Penyertaan/penghantaran hasil kerja hendaklah dibuat menggunakan
bentuk anyflip (soft copy).
6. Penyertaan boleh dihasilkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris.
7. Buku skrap digital yang disediakan hendaklah mengikut format seperti
berikut :
a. Halaman kulit hadapan – Tajuk
b. Halaman (i) – Nama peserta, kelas, alamat e-mail, nama dan
alamat sekolah serta gambar peserta.
SLIDESMANIA.COM
4
SLIDESMANIA.COM Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
c. Kandungan :
Pendahuluan
Biodata tokoh pemimpin
Pendidikan tokoh yang dipilih
Kerjaya tokoh
Sumbangan tokoh
Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang
Penutup/kesimpulan
Sumber rujukan
8. Penyediaan buku skrap disokong dengan gambar, keratan daripada
buku, majalah, akhbar dan sebagainya adalah digalakkan.
5
SLIDESMANIA.COM Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
9. Ciptaan :
a. Hasil karya hendaklah ciptaan sendiri.
b. Saiz anyflip perlulah dalam bentuk saiz A4 sama ada menggunakan
powerpoint, word atau Portable Document Format (PDF).
c. Hasil karya hendaklah ditaip dengan komputer menggunakan tulisan
Times New Roman, double spacing dan font 12.
d. Halaman kulit hadapan dan halaman (i) bebas menggunakan apa
sahaja tulisan dan saiz font bebas serta sesuai.
e. Jumlah muka surat tidak melebihi 20 muka surat.
f. Jumlah muka surat tidak termasuk halaman kulit hadapan tajuk dan
halaman (i)
6
SLIDESMANIA.COM Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
10. Sijil penyertaan akan dihantar secara e-mail (soft copy). Tiada sijil
penyertaan berbentuk hard copy akan dihantar kepada peserta. Sebarang
borang yang tidak lengkap dan tidak mengandungi alamat e-mail tidak akan
diberi sijil.
11. Semua hasil penyertaan adalah hak milik Pejabat Pendidikan Daearah
(PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).
12. Keputusan pengadil adalah muktamad. Penganjur berhak menolak atau
membatalkan sebarang penyertaan mana-mana peserta yang tidak
mematuhi syarat-syarat pertandingan.
7
SLIDESMANIA.COM Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
13. Setiap penyertaan perlu dihantar melalui urus setia Pertandingan Mencipta
Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin Johor (Anyflip) di Pejabat Pendidikan
Daerah sebelum atau pada 21 April 2021 (Rabu). Penyertaan mestilah
diuruskan oleh pihak sekolah.
14. Peserta hendaklah memuat naik hasil karya di Google Drive masing-
masing dan hanya memberikan pautan (link) anyflip kepada urus setia.
15. Borang penyertaan yang lengkap diisi serta pautan (link) anyflip perlu
dimuat naik melalui pautan di bawah :
- akan dimaklumkan kelak
8
SLIDESMANIA.COM PERTANDINGAN PIDATO
BAHASA INGGERIS TOKOH PEMIMPIN JOHOR
PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU
9
SLIDESMANIA.COM Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
1.0 Peserta:
1.1 Pertandingan ini dibuka kepada Ahli SLB Tingkatan 4, tahun 2021
bagi Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah
Menengah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
1.2 Pertandingan ini akan dilaksanakan di peringkat daerah.
1.3 Setiap sekolah diminta untuk menghantar 2 orang peserta sahaja.
10
SLIDESMANIA.COM Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
2.0 Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian.
2.1 Bahagian Pertama (Video)
- rakam video pidato berdurasi antara lima hingga tujuh minit.
- Penyampaian pidato mestilah dalam Bahasa Inggeris.
- Tajuk pidato adalah bebas bertemakan Tokoh Pemimpin
Johor.
- Upload video tersebut ke telegram pihak penganjur/urus setia
bagi tujuan penilaian.
11
SLIDESMANIA.COM Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
2.2 Bahagian Kedua (Pidato Spontan)
- Lima peserta terbaik dipilih dari bahagian pertama (video).
- Menyampaikan pidato masing-masing secara spontan.
- Medium pertandingan adalah atas talian/google meet.
- Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang
disediakan oleh ketua hakim.
- Peserta diberi masa dua minit untuk membuat persediaan di
pentas pidato tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat
tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.
12
Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
4.0 Syarat-syarat Pertandingan (bahagian dua):
4.1 Tujuh minit untuk pidato bahagian pertama dan empat
minit untuk pidato bahagian kedua.
4.2 Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat dan
dua kali setelah tamat.
4.3 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan tidak
akan diberi markah.
SLIDESMANIA.COM 4.4 Markah adab dipotong sekiranya;
- menyentuh/kritik isu sensitif (agama, bangsa dan kebudayaan,
keperibadian seseorang, bahasa/tutur kata yang kurang
sopan).
13
Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
SLIDESMANIA.COM 4.5 Tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang sekiranya;
- membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa
yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan
(semua kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya).
4.6 Diwajibkan menggunakan pakaian seragam SLB/pakaian
kebangsaan yang tidak menunjukkan identiti sekolah. Pakaian
mestilah sopan dan sesuai.
4.7 Penggunaan props tidak dibenarkan.
4.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-
mana peraturan di atas.
14
SLIDESMANIA.COM Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
5.0 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama
5.1 Idea/Isi (30 markah)
- Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/isi.
- Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data/bahan yang
tepat/ logik sebagai peneguh huraiannya.
5.2 Bahasa (20 markah)
- Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku
(struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat
dengan maksud yang hendak disampaikan.
15
SLIDESMANIA.COM Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
5.3 Penyampaian dan Persembahan (50 markah)
- Peserta wajib memberi salam dan kata-kata aluan sebelum
memulakan pidato.
- Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta tidak
memberi salam/kata-kata aluan/menyentuh isu sensitif/
menunjukkan perlakuan/tutur kata yang kurang sopan.
- Peserta pidato tidak dibenarkan memperkenalkan sekolah
masing-masing.
- diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada,
menyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib.
16
SLIDESMANIA.COM Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
6.0 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)
6.1 Idea/Isi (40 markah)
- Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea/isi.
Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihuraikan dengan jelas.
6.2 Bahasa (30 markah)
- Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku
(struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat
dengan maksud yang hendak disampaikan.
17
SLIDESMANIA.COM Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
6.3 Penyampaian dan Persembahan (30 markah)
- Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar,
kesesuaian nada, meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi
yang tertib. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta
menyentuh isu sensitif/menunjukkan perlakuan /tutur kata yang
kurang sopan.
6.0 Tarikh Pertandingan (Peringkat Daerah)
6.1 18 April 2021 (Ahad) - Tarikh akhir penghantaran video
6.2 19 & 20 April 2021 (Isnin & Selasa) – Penjurian Pidato Bahagian 1 (Video)
6.2 25 April 2021 (Ahad) - Penjurian Pidato Bahagian 2 (Pidato Spontan)
7.0 Link Penghantaran Video
- akan dimaklumkan kelak
18
SLIDESMANIA.COM KURSUS KEPIMPINAN ATAS TALIAN
STUDENT LEADERS BOARD (SLB)
PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU
19
SLIDESMANIA.COM Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
1.0 Peserta:
1.1 Kursus ini dibuka kepada murid-murid Tingkatan 4/5 (sekolah menengah) yang
telah dilantik sebagai ahli SLB di sekolah masing-masing.
1.2 Setiap sekolah diminta untuk menghantar 2 orang peserta.
20
SLIDESMANIA.COM Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
2.0 Peringkat kursus
2.1 Kursus ini akan dijalankan mengikut daerah (peringkat daerah).
2.2 Kursus Kepimpinan ini akan dijalankan secara online
selama 2 hari waktu hari persekolahan.
3.0 Tarikh kursus
3.1 26 dan 27 April 2021 (Isnin dan Selasa)
- jadual kem akan dimaklumkan kelak
21
SLIDESMANIA.COM Garis Panduan Pertandingan & Syarat-syarat
4.0 KUIZ DIGITAL
4.1 Selepas selesai program Kursus Kepimpinan selama 2 hari, peserta
diminta menjawab soalan kuiz melalui google form yang disediakan.
4.2 Tempoh masa untuk peserta menjawab kuiz digital adalah satu jam
sahaja.
4.3 Link untuk peserta menjawab kuiz digital akan dikongsikan kelak.
22
SLIDESMANIA.COM PERHATIAN: MAKLUMAT PENTING UNTUK
SEMUA GURU PENYELARAS SLB SEKOLAH
MENENGAH
● Setiap sekolah dikehendaki menghantar 2 orang ahli SLB Tingkatan 4
untuk pemilihan ahli DSLB peringkat daerah.
● Ahli SLB yang dihantar mewakili sekolah juga WAJIB menghantar dua
tugasan pertandingan yang dijalankan iaitu Pertandingan Buku
Skrap dan Pertandingan Pidato, seterusnya akan menghadiri Kursus
Kepimpinan secara atas talian.
● Syarat ini ditetapkan adalah bertujuan untuk mempersiapkan wakil
JSLC bagi Daerah Johor Bahru.
23
GARIS MASA PERTANDINGAN
18 APRIL 2021 21 APRIL 2021 25 APRIL 2021 26 & 27 APRIL 29 APRIL 2021
(AHAD) (RABU) (AHAD) 2021 (KHAMIS)
(ISNIN & SELASA))
Penghantaran Penghantaran Penjurian Pidato Kursus Majlis penutup
video pidato dan Penilaian Bahagian 2 Kepimpinan dan penyampaian
Bahagian 1 Buku Skrap Atas Talian
(Google meet- hadiah
Digital Pidato Spontan)
SLIDESMANIA.COM
24
SELAMAT MENJALANKAN
TUGAS
25
SLIDESMANIA.COM