The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FARRAH NASYIHIN BINTI ABDULLAH
F2B
030422030400
2021232510034

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farrahnasyihin03, 2022-04-10 09:41:49

TUGASAN 2 BMMB1144

FARRAH NASYIHIN BINTI ABDULLAH
F2B
030422030400
2021232510034

BMMB1144 - KESANTUNAN BERBAHASA

TUGASAN 2:

Anda dikehendaki membuktikan penggunaan bahasa kurang
santun yang dilontarkan oleh masyarakat terutamanya di media
sosial. Berikan justifikasi serta cadangkan cara menangani isu
kesantunan berbahasa ini agar masyarakat kita dikenali sebagai
masyarakat yang mempunyai kesantunan berbahasa dan
mempunyai jati diri yang tinggi.

NAMA: MAKLUMAT DIRI

KELAS: FARRAH NASYIHIN BINTI ABDULLAH
F2B- BM
KOD
KURSUS: BMMB1144 - KESANTUNAN BERBAHASA
030422-03-0400
NO KP: 2021252310034

NO AG: PUAN HJH NAFISHAH BINTI JUSOH

NAMA
PENSYARAH:

Bukti penggunaan bahasa
kurang santun yang

dilontarkan oleh masyarakat
terutamanya di media sosial.

JUSTIFIKASI Kotak putih - A
Kotak hijau - B
Jika kita lihat dalam perbualan pada Rajah 1, A memberikan
penerangan mengenai pengeposan kerana kita boleh lihat Rajah 1
dia ada nyatakan bayaran GDEX iaitu syarikat pengeposan.
A ada berkata kepada B jika tidak mempunyai duit, duduk
diam-diam dulu. Pada pandangan saya hal ini sangat tidak
sopan dengan menyatakan hal yang sebegitu kepada
orang lain sedangkan kita tidak tahu latar belakang
pekerjaannya apa. Boleh jadi B seorang yang berkerjaya.
Kelakuan A akan merugikan diri dia sendiri kerana berkata
hal yang tidak perlu kepada orang yang akan
memberikannya duit kelak.

JUSTIFIKASI Kotak putih - C
Kotak hijau - D
Seperti yang kita dapat lihat perbualan dalam Rajah 2, A
mahu mendapatkan pakej fotografer. Lalu, D bertanya Rajah 2
untuk majlis apa dan C pun menjawab majlis kahwin dan
berkata kepada C "bodoh". Dalam konteks ini, majlis boleh
terbahagi kepada banyak majlis seperti yang dinyatakan
oleh D dalam perbualan tersebut bukan sahaja tertumpu
kepada majlis kahwin. C menggunakan bahasa yang tidak
sopan dalam media sosial kerana dia berkata perkataan
"bodoh" iaitu perkataan yang kesat dalam masyarakat.

JUSTIFIKASI Kotak putih - E
Kotak hijau - F
Seperti yang kita dapat lihat perbualan
dalam Rajah 3, E menggunakan kata ganti Rajah 3
diri kedua terhadap pelanggannya iaitu
dengan memanggil "awak" sedangkan E
sudah sedia maklum bahawa F berpangkat
"Dr.". Sepatutnya E menggunakan
panggilan seperti yang ditegur oleh F iaitu
dengan panggilan "Puan" atau "Cik"
supaya nampak lebih formal dan hormat
kepada pelanggan.

Cara menangani isu
kesantunan berbahasa ini
agar masyarakat kita dikenali
sebagai masyarakat yang

mempunyai kesantunan
berbahasa dan mempunyai

jati diri yang tinggi.

CARA-CARA

Pihak ibu bapa:

Ibu bapa haruslah menerapkan cara berbahasa sejak anak-anak kecil lagi. Hal seperti
ini perlu diajar dan ditunjuk ajar oleh ahli yang terdekat seperti ibu bapalah. Faktor
adik-beradik juga terbabit. Ada keluarga yang bercakap secara kasar dan tidak
sopan. Contohnya sering mencarut dan bercakap kasar iaitu tidak ada nama
panggilan yang sopan. Biasa berlaku adik memanggil kakak dengan nama sahaja
tanpa panggilan akak, kak di hadapan. Jika ibu bapa mereka tidak mencegah hal ini,
tidak mustahil anak mereka akan memanggil orang luar tanpa nama panggilan yang
sopan. Kesannya, masyarakat kita dikenali sebagai masyarakat yang mempunyai
kesantunan berbahasa dan mempunyai jati diri yang tinggi. Kesimpulannya, peranan
ibu bapa amat penting kerana pembelajaran mula berlaku dari rumah.

CARA-CARA

Pihak sekolah:

Pihak sekolah boleh melancarkan Minggu Budi Bahasa supaya pelajar dapat
menerapkan nilai-nilai kesantunan dalam diri murid. Papan kenyataan sekolah
boleh ditampal dengan informasi mengenai kesantunan dalam berbahasa.
Contohnya, nama panggilan mengikut taraf, cara sapaan, cara menyampaikan
percakapan iaitu intonasi semasa berbicara. Kesannya, pelajar dapat
mempraktikkan kesantunan berbahasa ini di luar sekolah, dengan orang awam
dan dalam masyarakat kerana pendidikan di sekolah juga memberikan impak
yang besar terhadap generasi kini.

CARA-CARA

Pihak guru:

Peranan guru untuk melahirkan insan yang seimbang dari emosi, jasmani, fizikal

dan rohani. Dalam usaha menangani gejala penggunaan bahasa tidak sopan

ini, peranan guru lebih-lebih lagi guru bahasa Melayu perlu memberi penekanan

dalam aspek kemahiran lisan dalam kemahiran berbahasa. Penekanan harus

diberikan tentang aspek-aspek pertuturan yang bertatasusila, lengkap dan

tersusun. Penerapan nilai-nilai murni juga perlu diberi penekanan yang

sewajarnya. Pembentukan moral dan sahsiah yang baik juga perlu ditekankan

melalui pengajaran Pendidikan Agama lslam dan Moral. Ini bertujuan untuk

melahirkan individu yang berkeperibadian tinggi dan berakhlak mulia.

CARA-CARA

Peranan media massa:

Media massa merupakan medium yang paling sesuai untuk memain peranan dalam
menangani fenomena bahasa tidak sopan ini. Hal ini kerana media massa merupakan ejen
penyampai yang paling berkesan dalam menyampaikan maklumat terkini kepada orang
ramai. Media massa dapat menyiarkan rancangan-rancangan yang menggunakan bahasa-
bahasa yang baik dan sopan. Pihak penerbit juga boleh menyediakan rancangan atau slot
khas yang memaparkan tentang nilai-nilai kesantunan dalam berbahasa.

CARA-CARA

Sambungan:

Pihak penerbit juga perlu mengawal dan memastikan rancangan-rancangan yang disiarkan
mematuhi syarat-syarat penyiaran yang telah ditetapkan terutama dalam penggunaan
bahasa yang sopan dan teratur. Tambahan pula, media cetak juga perlu memainkan
peranan yang penting juga dalam membenteras isu ketidaksantunan berbahasa ini. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan, akhbar-akhbar dan majalah perlu lebih aktif
mengeluarkan bahan-bahan untuk panduan dan rujukan orangramai tentang tatacara
penggunaan bahasa yang sopan

CARA-CARA

Pihak kerajaan:

Kerajaan perlu memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Contohnya, mengadakan
kempen-kempen untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menggunakan
bahasa Melayu yang baik dan betul. Pihak Kementerian Penerangan Komunikasi Kesenian dan
Kebudayaan telah pun melancarkan “Bulan Bahasa Kebangsaan” pada setiap tahun. Selain itu,
Kementerian Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan juga telah melancarkan kempen
“Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” di media-media cetak dan elektronik yang bertujuan
memberi kesedaran kepada orang ramai tentang amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian.

CARA-CARA

Sambungan:

Pihak kementerian yang berkaitan juga boleh menubuhkan sebuah lembaga penapisan yang
bertujuan menapis bahan-bahan untuk tayangan stesen-stesen radio dan televisyen bagi
memastikan rancangan-rancangan yang ingin ditayangkan menepati syarat-syarat wajib tayang
serta mematuhi nilai-nilai budaya dan kesantunan bahasa Melayu. Contoh yang sedia ada ialah
FINAS (Lembaga Penapisan Filem Negara) yang berperanan menapis filem-filem yang ingin
ditayangkan di negara ini agar menepati syarat wajib tayang yang telah ditetapkan. Pihak
kerajaan juga boleh menguatkuasakan undang-undang dengan mengadakan satu akta tentang
penggunaan bahasa tidak sopan di khalayak umum. Melalui akta tersebut, individu yang
mengeluarkan atau mengucapkan kata-kata yang tidak sopan di khalayak umum boleh di denda
dan dikenakan hukuman untuk membenteras penggunaan bahasa tidak sopan yang semakin
berleluasa dan sukar di bendung.

SENARAI RUJUKAN:

ABDULLAH YUSUF. 2010. HBML3403. LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK.
SELANGOR DARUL EHSAN: METEOR DOC.SDN.BHD.

ASMAH HJ. OMAR. 2002. SETIA DAN SANTUN BAHASA. TANJUNG
MALIM: PENERBITAN UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS.

KAMUS DEWAN (EDISI KETIGA). 2002. KUALA LUMPUR :DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA.

TEO KOK SEONG. 1996. ”PENUKARAN KOD DAN BAHASA: SATU
FENOMENA KEDWIBAHASAAN”.PELITA BAHASA.HALAMAN 41-43.
ZAIDI ISMAIL. 2005. PELITA BAHASA. KUALA LUMPUR.


Click to View FlipBook Version