The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by a180440, 2023-08-03 10:03:53

KERTAS KERJA FD

KERTAS KERJA FD

TARIKH: 05 & 06 OGOS 2023 TEMPAT : SWISS BELL HOTEL, KUANTAN KERTAS KERJA HARI KELUARGA TAHUN 2023 Admin KELAB KELUARGA, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BERA


1.0 PENGENALAN Hari Keluarga merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua pegawai dan staf di PPD Bera. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni dan integriti seseorang individu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran hari keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan, pihak pengurusan dan staf sokongan dalam organisasi. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara ahli kelab dan keluarga. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan agar sambutan Hari Keluarga ini akan meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya. 2. OBJEKTIF 2.1 Memberikan ruang kepada ahli kelaB dan keluarga untuk melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang terluang. 2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf dan keluarga. 2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 2.4 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan ahli kelab sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja 3. TEMA Cadangan tema hari keluarga ialah “Sehati Sejiwa” Cadangan tema baju ialah “kotak-kotak / petak-petak” 4. PERINCIAN PROGRAM 4.1 Tarikh : 5 & 6 Ogos 2023 (Sabtu - Ahad) 4.2 Tempat : Swiss Bell Hotel, Kuantan 4.3 Anggaran Bil Peserta : 158 orang


5. PESERTA 41 ahli kelab dan ahli keluarga. 6. AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA HARI KELUARGA TAHUN 2023 Penaung : Ketua Pejabat Pendidikan Daerah Bera Penasihat : Tuan Haji Zailan bin Mohamad Pengerusi : Encik Shamsul Kamal bin Nafiah Timbalan Pengerusi : Encik Jamalludin Bin Abdul Hazis Setiausaha : Puan Norzam binti Mohd Nor Bendahari : Puan Zarina binti Che Mod JK Penginapan: Puan Norzam binti Mohd Nor JK Makan Malam: Encik Jamalludin Bin Abdul Hazis JK Pendaftaran & Urusetia : Cik Nor Afifah binti Abu Hassan JK Sukan & Rekreasi : Mohd Amiruddin bin Mohd Ayop JK Sumbangan & Hadiah : Puan Liyana binti Che Johari JK Logistik, Teknikal & Peralatan : Encik Che Mohd Fauzi bin Che Haron JK Kebajikan & Kecemasan : Encik Abdul Wahab bin Ahmad JK Pengacara Majlis/Aturcara Majlis : Encik Mohd Khairul bin Othman JK Persiapan Tempat / pentas : Encik Ahmad bin Jalil Puan Roslina binti Ibrahim


7. TENTATIF PROGRAM 05 Ogos 2023 (Sabtu) 10.00 pg - Bertolak dari Bera ke Kuantan - Makan Tengah hari (sendiri) 1.00 tgh - Berkumpul di SK Tanjung Lumpur - Persiapan dewan untuk Majlis Makam Malam 1.30 tgh - Aktiviti Sukaneka di dewan tertutup SK Tanjung Lumpur 03.00 ptg - Ketibaan ahli keluarga Swiss Bell Hotel, Kuantan Check in, rehat / Solat / mandi manda 8.00 mlm - Berkumpul di dewan terbuka SK Tanjung Lumpur - Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis En. Mohd Khairul bin Othman - Bacaan Doa dan doa makan Ustaz Wan Nik Arman bin Wan Muhamad Sukeri - Jamuan makan malam / persembahan murid SK Tanjung Lumpur / Cabutan bertuah (10 orang) - Ucapan Pengerusi Kelab - Ucapan GB SK Tanjung Lumpur - Tandatangan MOU - Penyampaian Cenderahati kepada Guru Besar SK Tanjung Lumpur - Penyampaian hadiah (sukaneka, pakaian beragam, Cabutan Bertuah 5 orang) - Cenderahati kepada murid SK Tanjung Lumpur - Hadiah Individu - Cenderahati kepada ahli kelab


- Hadiah pakaian sedondon - Cabutan bertuah - Berkemas dan bersurai 06 Ogos 2023 (Ahad) 8.00 pg - Sarapan - Aktiviti bebas 12.00 tgh - Check out 8. JAMUAN / MAKAN MALAM - Diuruskan oleh pihak katering SK Tanjung Lumpur secara buffet 9. ANGGARAN PERBELANJAAN 9.1. Penginapan : 18 buah bilik X RM228 = RM 4104.00 23 buah bilik X RM278 = RM 6394.00 JUMLAH = RM 10,498.00 9.2. Hadiah : Kategori Sukaneka: 5 – 8 tahun ( 7 hadiah ) = RM 4.50 X 7 = RM 31.50 9 – 12 tahun ( 9 hadiah ) = RM 4.50 X 9 = RM 40.50 13 – 17 tahun ( 7 hadiah ) = RM 7.50 X 7 = RM 52.50 Dewasa ( 9 hadiah ) = RM 40.00 X 9 = RM 360.00 JUMLAH = RM 514.50 9.3. Cenderahati RM 15.00 X 41 = RM 615.00 JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN : RM 11,012.50 10. PENGISIAN PROGRAM 10.1 Acara sukaneka / pakaian beragam untuk anak-anak 10.2 Jamuan / makan malam 10.3 Cabutan Bertuah


11. PENUTUP Dengan terlaksananya Hari Keluarga pada tahun 2023 ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan ahli kelab dan keluarga , di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kekeluargaan serta kasih sayang dalam kalangan warga PPD Bera. Disediakan oleh: Disemak oleh, (NORZAM BINTI MOHD NOR) (SHAMSUL KAMAL BIN NAFIAH Setiausaha, Pengerusi, Kelab Keluarga PPD Bera Kelab Keluarga PPD Bera Disahkan oleh: (ZAILAN BIN MOHAMAD) Penasihat, Kelab Keluarga, Pejabat Pendidikan Daerah Bera Tarikh : 13 JUN 2023


Click to View FlipBook Version