PROGRAM
KHIDMAT
MASYARAKAT
GOTONG ROYONG
PANTAI
Anjuran DSK 5B
15 Jun 2022 | Rabu
Pantai Telok Kemang Port Dickson
Negeri Sembilan
Perasmian oleh:
En Adbul Rahim bin Ibrahim
(Timbalan Pengarah Akademik
Politeknik Port Dickson)
Hadir bersama:
Dr. Mohd Siri bin Muslimin
(Ketua Jabatan Perdagangan
Politeknik Port Dickson)
serta
Pensyarah Jabatan Perdagangan
UCAPAN ALUAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurniaNya, pada
hari yang berbahagia ini, kita dapat berkumpul di dalam Program
Khidmat Masyarakat Gotong Royong Pantai pada hari ini. Yang
Berhormat En. Abdul Rahim bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik
Politeknik Port Dickson. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat kerana berjaya
menganjurkan gotong royong walaupun keadaan cuaca yang tidak
menentu iaitu hujan lebat dan angin kencang serta kekangan masa yang
dihadapi.
Walaupun hari gotong-royong ini berlangsung pada waktu yang
singkat akan tetapi ianya dapat meningkatkan tahap kesedaran warga
sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar. Selain itu juga, kita dapat meningkatkan aspek kesantunan
berbahasa kita yang berlaku apabila penutur dan pendengar berusaha
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik. Aktiviti sebegini
juga dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan seimbang dari segi
keseluruh aspek.
Akhir kata dari saya, pilihan untuk membuat perubahan dari segi
gaya hidup berada di tangan kita. Buatlah pilihan yang bijak. Kita perlu
menghargai kepentingan alam sekitar dan kesantunan bahasa yang ada
di Negara kita dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Penjagaan
alam sekitar adalh tanggungjawab bersama.
Sekian sahaja daripada saya, Assalamualaikum W.B.T
UCAPAN
PERASMIAN
AAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera,
Salam NegarakuMalaysia. Yang Berusaha, Dr. Muhd Siri bin Muslimin,
Ketua Jabatan Perdagangan Politeknik Port Dickson serta penganjur
program iaitu kelas DSK 5B dan ahli jawatankuasa yang terlibat.
Marilah bersama-sama kita memanjatkan kesyukuran atas limpah
dan inayahNyayang masih memberi keizinan untuk kita terus bernafas di
muka bumi yang fana ini. Terlebihdahulu, saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ataskesudian pihak
sekolah untuk mengundang saya bagi menyempurnakan perasmian
majlisgotong-royong ini.
Melalui program gotong-royong yang diadakan untuk melestarikan
alam sekitarini, kita dapat melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa
dalam kehidupan seharian.Salah satu konsep berbudi bahasa yang
diterapkan dalam diri masyarakat ialah berhematketika bercakap
dengan orang lain. Dalam konteks ini, masyarakat akan melafazkan kata-
kata yang mengandungi maksud yang baik dengan nada yang elok dan
tidak menyakitkan perasaan apabila berkomunikasi dengan orang lain.
Sebagai tamsilannya, murid-muridmestilah menggunakan bahasa yang
sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tuaiaitu golongan ibu
bapa ketika melakukan aktiviti gotong-royong ini bersama-sama
denganmereka.
Sekian sahaja daripada saya, dengan ini saya merasmikan
Program Khidmat Masyarakat Gotong Royong Pantai Tahun 2022
dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.
TENTATIF
PROGRAM
SENARAI
JAWATANKUASA