The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INOVASI SOSIAL BERKENAAN DENGAN PERPADUAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rolandmonicapearl, 2022-05-21 00:37:34

INOVASI SOSIAL BERKENAAN DENGAN PERPADUAN

INOVASI SOSIAL BERKENAAN DENGAN PERPADUAN

INOVASI SOSIAL
BERKENAAN
DENGAN
PERPADUAN

PRAKATA

Puji dan syukur kami panjatkan, kerana kami dapat
menyelesaikan penulisan Efolio kami yang bertajuk inovasi

sosial berkenaan dengan perpaduan.

inovasi sosial berkenaan dengan perpaduan.
penulisan buku ini adalah berpandukan draf yang telah
dibuat untuk menghasilkan satu efolio yang lengkap serta

mempunyai isi kandungan yang bermakna. Buku ini
mengandungi 7 muka surat termasuk muka hadapan. Di atas
kesempatan ini saya mengucapkan Terima kasih kepada Pn
Fatin, Selaku pensyarah bagi subjek Penghayatan Etika Dan
peradaban yang telah banyak membantu kami dalam proses

penghasil efolio yang lengkap denga nisi yang dapat
dimanfaatkan oleh orang lain. Tidak lupa juga kepada rakan
sekelas dan keluarga kerana telah memberi tunjuk ajar dan

sokongan kepada kami ketika menghasilkan Efolio ini.

Efolio ini diharapkan dapat memberi mafaat dan sumbangan
ke arah membangunkan sebuah negara yang hidup dalam
perpaduan dan tidak berushan. Dengan memiliki minda
perpaduan antara kaum yang baik akan menggalakkan

masyarakat dalam menghayati kehidupan sosial yang Bersatu
padu dalam membetuk gagasan negara yang telah di
cadangkan oleh kerajaan negara kita Malaysia.

Usaha dalam melestarikan perpaduan antara kaum menjadi
keutamaan kami, dalam penulisan buku ini, untuk membantu

mimbina perpaduan antara kaum.

OBJEKTIF

1. Mengenali kepentingan inovasi dalam
perpaduan

2. Memberi kesedaran berkaitan
perpaduan di Malaysia

3. Mengenal pasti kesan dan cabaran yang
mempengaruhi inovasi berkenaan
perpaduan di Malaysia.

4. Mengetahui contoh isi yang memberi
kesan inovasi berkenaan perpaduan.

ISI
KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN

1 MUKA HADAPAN
2 PRAKATA
3 OBJEKTIF
4 ISI KANDUNGAN
5 FAKTOR CABARAN
6 KESAN CABARAN
7 CARA MENGATASI
8 CONTOH ISU YANG BERLAKU DI MALAYSIA
9 KESIMPULAN

PENGENALAN

Inovasi merupakan suatu istilah yang
menjelaskan teknologi yang membantu
menghasilkan, memanipulasikan, menyimpan,
berkomunikasi dan menyebarkan maklumat dengan
melibatkan pelbagai teknologi seta perpindahan dan
perkongsian maklumat dalam kehidupan.

Inovasi semakin berkembang dengan nilai
kesepkatan yang boleh mengimbangi kehidupan.
Selain itu, inovasi turut memberi impak yang penting
dalam pelbagai urusan kehidupan seharian seperti ;
❖Pendidikan
❖Perniagaan
❖Perindustrian
❖Aspek yang membantu pelbagai urusan.

Bangsa yang maju ialah bangsa yang
mementingkan perkembangan intelektual dan
keharmonian sebagai tapak intergrasi dan
kesepaduan nasional .

Dalam konteks ini, inovasi maklumat
berperanan meluaskan dan mengukuhkan pemikiran
manusia sebagai ejen sosialisasi.

Namun demikian, kesepaduan nasional dapat
dikukuhkan dengan kesepaduan sosial yang
diwujudkan dalam sesebuah masyarakat dalam
keadaan harmoni, stabil , Makmur dan sejahtera.
Kesepakatan soaial yang kuat dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum terbina.

faktor cabaran

Perbezaan parti politik
perbezaan parti politik yang berasakan perkauman telah

menyukarkan perpaduan kaum. Dunia politik sememangnya penuh
dengan kontroversidimana terdapat pelbagai individu yang
mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza. Hasilnya, masih
terdapatpemimpin yang kurang bijak dengan mengharapakan
sentimen perkauman dapat memancing perhatian rakyat tetapi
sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri. Oleh itu,
bagi menggerakkan negara ke arah kemajuan yang berdiri sama
tinggimdan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain, ahli
politik perlu bersikap terbuka dan matang. Politik sepatutnya membela
nasib keseluruhan rakyat bukan mengikut kepentingan mana-mana
pihak. Tidak dapat dinafinkan lagi bahawa fahaman parti politik
merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan aumdi
Negara ini.

Sikap invidu yang terlalu
memupuk semangat sesama
kaum

Sikap invidu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum
juga antara cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara
kita. Sikap individu sedemikian hanya menjarakkan lagi jurang
perkauman di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk.
Contohnya, individu yang berbangsa Melayu tidak bergaul dengan
bangsa Cina dan India kerana merasakan tidak bersefahaman atau
sehaluan.

Media Sosial
Media Sosial juga antara cabaran dalam usaha mengekalkan

perpaduan kaum negara kita. Media Sosial telah menjadi platform
utama untuk mendapat maklumat terbaru dalam kalangan
masyarakat, seperti Facebook, Whatsapp dan TikTok. Kebanyakkan
orang mudah mempercayai berita yang dapat daripada media sosial
dan terdapat banyak berita fitnah dan menyentuh sensitivi perkauman
akan memyebabkan tentangan antara kaum berlaku. Sebagai contoh,
terdapat seorang warganet berkongsi tuturan seperti ini "BAM kutip
india(keling) dlm estat mana la jd pmain utama MALAYSIA" di
Facebook telah menyentuh hati kaum india dan kata-kata seperti ini
akan menyebabkan pententangan kaum. Oleh itu, jika tidak dibendung
akan menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang.

Sektor ekonomi yang berbeza

Perkerjaan dalam bidang ekonomi yang berbeza antara
kaum juga menyukarkan perpaduan kaum dicapai. Perbezaan sektor
ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di
Tanah Melayu . Contohnya ,masyarakat Melayu bekerja sebagai petani
dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan
secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat
India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet. Pada masa
kini, masalah ini masih kekal walaupun kebanyakkan orang telah
bekerjaan di bandar tetapi sebahagian syarikat memilih pekerja
berasaskan kaum.

Kesan cabaran

• KEHARMONIAN NEGARA
TERJEJAS
Keharmonian negara akan terjejas bermaksud tiadakesepaduan antara

rakyat. Sebagai contoh rakyat tidak mempunyai matlamat yang jelas danserupa dan
tidak dikongsikan Bersama. Ini akan menyebabkan keamanan negara, integrase
diperingkat wilayah dan kaum, keharmonian masyarakat, keadilan untuk rakyat, dan
kerjasamaantara masyarakat tidak dapat dipupuk serta disempurnakan dengan jaya
keadaan masyarakat tidak tenteram

Ini kerana tiada perpaduan dan integrase di dalam negara.
Ketidakwujudanperpaduan dan integrase boleh menyebabkan rakyat berasa
terkongkong dengan aktiviti-aktivitiyang dijalankan adalah terhad. Oleh itu timbullah
perasaan ketidakpuasan hati di kalangan rakyatdan akhirnya mencetus kepada
pertelingkahan dalam etnik.Sebagai contoh, dalam aspek ekonomi. Merujuk kepada
peristiwa 13 Mei 1969 di manarusuhan kaum telah berlaku akibat ketidakadilan dalam
arus aktiviti ekonomi di mana setiapetnik telah dipisahkan iaitu kaum melayu bekerja
sebagai nelayan dan petani, kaum india pulabekerja di Kawasan estet dan kaum cina
pula bekerja di bahagian perindustrian. Hal ini telahmenimbulkan rasa tidak puas hati
di kalangan semua kaum disebabkan pembahagian dalamsektor ekonomi yang tidal
adil untuk mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya perpaduanuntuk mengelakkan
peristiwa 13 Mei ini berulang Kembali.
Wujudnya masyarakat yang tidak
bermoral,
tidak bertolak ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan.
Apabila tidak wujud perpaduan maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat
yang tidak bermoral dan bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat seperti ini
pergaduhan dan pertelingkahan di kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa
sahaja. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh
menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang teruk. Masalah adalah etnik sangat
sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti. Implikasi yang ketujuh ialah negara tidak
dapat mengubah semua corak ekonomi dan kehidupan daripada pertanian kepada
perindustrian. Seperti mana yang kita tahu sebelum peristiwa 1969 ekonomi dalam
negara lebih dikuasai oleh golongan cina berbanding rakyat tempatan yang hanya
bekerja sebagai nelayan dan petani.

pembangunan ekonomi yang
tidak stabil

Menurut Joseph Stiglitz yang merupakan ketuan ahli ekonomi bank dunia, kunci
bagi survival Malaysia ialah hubungan etnik yang harmonis atau dalam erti kata yang lain
perpaduan rakyat dalam negara. Beliau menyatakan sekiranya hubungan etnik tergugat
maka survival Malaysia sebagai satu negara bangsa juga turut terjejas. Peristiwa 1969 jelas
membuktikan hubungkait ekonomi dan etnik dimana wujugnya stereotaip di kalangan etnik
pada masa itu. Sehubungan itu, dalam penyelesaian ekonomi ahaja tidak mencukupi
seperti yang kita sedia maklum dimana hubungan ekonomi dan etnik adalah sangat rapat.
Masalah ekonomi terjadi maka masalah ini akan menjadi masalah etnik. Oleh itu, sebarang
penyelesaian masalah ekonomi mesti diambil kira dalam etnik. Hal ini jelas dimana
perpaduan dan integrasi rakyat adalah amat penting untuk memastikan pembangunan
ekonomi yang lancar dan konsisten.

menjejaskan sistem pendidikan di
Malaysia.

Seperti mana yang kita tahu misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah
membangunkan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping
memperkembangankan potensi individu dan memenuhi aspirasi negara. KPM menetapkan
matlamat, iaitu melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersepadu, beriman,
berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera, menyediakan sumber tenaga
manusia untuk keperlua kemajuan negara dan memberi peluang pendidikan kepada semua
warganegara.Jelas dinyatakan odalam misi Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana
misinya juga amat menitikberatkan hal kesepaduan dan perpaduan. Apabila wujudnya
masalah perpaduan dalam negara maka timbul ketidaksamaan matlamat dan pendapat
dalam masyarakat dalam membantu pendidikan dalam negara dalam erti kata lain
menjejas pembangunan pendidikan dalam negara

Cara mengatasi

menyatukan institusi pendidikan
dari peringkat rendah

Umum mengetahui kita mempunyai sekolah vernakular yang dikenali
sebagai Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) dan Sekolah
Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT). Pembahagian ini bukan sahaja mejejaskan perpaduan
antara kanak-kanak malah mewujudkan jurang pendidikan antara mereka kerana
pelaksanaan kurikulum yang tidak sama. Oleh itu, kita hendaklah mewujudkan satu
jenis sahaja sekolah kebangsaan yang menghimpun kanak-kanak dan remaja tanpa
mengira latar belakang mereka dan memberikan pendidikan yang terbaik. Secara
langsung dan tidak langsung, mereka akan berinteraksi dan bergaul sesama mereka dan
melahirkan kesefahaman serta kekitaan dalam menghadapi persekolahan. Tegasnya,
dengan menyatukan institusi pendidikan di bawah satu sistem sahaja semangat
perpaduan antara kaum dapat dilahirkan persis kata peribahasa, melentur buluh biarlah
dari rebungnya.

menyambut hari
perayaan bersama-
sama.

Konsep ini sebenarnya telahpun diperkenalkan iaitu penganjuran rumah terbuka.
Negara kita merupakan antara masyarakat yang banyak meraikan perayaan sepanjang
tahun daripada Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Deepavali, Wesak,
Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan Hari Natal. Dengan pengajuran rumah terbuka, bangsa
lain yang tidak mengetahui budaya dan tradisi kaum yang menyambut perayaan
tersebut boleh memepelajari dan menikmati hidangan yang lazimnya dihidangkan. Bak
kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Pada masa yang sama, aktiviti kunjung
mengunjung semasa hari perayaan dapat mengeratkan hubungan antara jiran tetangga
dan komuniti. Jelasnya, penganjuran rumah terbuka dapat memupuk perpaduan antara

.kaum menerusi perayaan yang disambut

memperkasa aktiviti
sukan dan rekreasi
dalam komuniti. Selain manfaat

kesihatan, aktiviti sukan dan rekreasi juga mampu melahirkan sifat bekerjasama
dan toleransi antara satu sama lain. Nilai ini penting bagi kita untuk saling
memahami budaya dan adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum dan
bangsa di Malaysia. Aktiviti sukan dan rekreasi sangat mudah untuk disertai dan
boleh dilakukan pada setiap hari tanpa mengira waktu dan lapisan umur
masyarakat. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan persekutuan
hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam menyediakan dan
menyelenggara infrastruktur rekreasi dan sukan untuk masyarakat umum.
Intihannya, dengan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi, masyarakat bukan
sahaja dapat bersatu padu malah menjadi lebih sihat dan cergas.

mempergiat aktiviti
sukarelawan dan
kebajikan dalam
komuniti

juga dapat melahirkan perpaduan antara kaum. Usaha ini telapun dipraktikikan oleh
masyarakat kita dari zaman dahulu iaitu dengan mengadakan gotong-royong. Dalam
mendepani situasi ekonomi yang tidak menentu pada hari ini, kita tidak boleh sahaja
mengharapkan bantuan atau insentif daripada kerajaan. Tetapi masyarakat yang mempunyai
rezeki berlebihan seharusnya turut sama membantu melakukan aktiviti kebajikan untuk
membantu mereka yang dalam kesusahan. Ibarat kata peribahasa, berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing. Nilai kemanusiaan ini jika diterapkan dalam setiap individu pastinya perpaduan
antara kaum tidak akan menjadi masalah kepada masyarakat kita. Intihannya, penyertaan dan
penggiatan yang aktif dalam aktiviti sukarelawan atau kebajikan dapat menambah nilai
perpaduan antara kaum.

PERPADUAN
DI MALAYSIA

Perpaduan rakyat Malaysia dilihat jelas apabila dijelmakan dalam keadaan sebenar ketika negara dilanda cabaran dan
musibah termasuk menghadapi gelombang Covid-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam tempoh itu, dapat disaksikan semangat perpaduan yang
ditunjukkan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Menurutnya, ramai orang menunjukkan sifat empati dan menzahirkan keupayaan individu atau kumpulan untuk
memahami sentimen, aspirasi, kebimbangan dan cita-cita individu atau kumpulan yang lain.
"Dalam krisis Covid-19, rakyat Malaysia khususnya petugas barisan hadapan telah membuktikan sifat empati terhadap
satu sama lain tanpa mengira kaum atau agama. Sifat empati ini harus diperkukuhkan dalam masyarakat kita.
"Sifat ini membantu usaha kita mengatasi cabaran perkauman dengan lebih berkesan. Kita perlu terus menyuburkan
sifat empati ini dalam kita hendak memahami isi kaum daripada perspektif yang lebih seimbang dan menyeluruh.
"Seperti beberapa negara berbilang kaum lain, kadang-kala kita hanya melihat isu kaum daripada sudut kaum atau
kumpulan tertentu. Perspektif ini perlu diperbaiki supaya menjadi lebih seimbang dan holistik, dan harus dipupuk
melalui sistem pendidikan dan media," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan
Negara 2021-2030 yang diadakan secara maya di Facebook Kementerian Perpaduan Negara, hari ini.

ISU
PERPADUAN

13 MEI 1969 tetap relevan untuk diingati dan dicermati
lekukan sejarahnya walaupun jumlah korbannya bukanlah
mencecah puluhan ribu mangsa seperti tragedi ‘ketupat
berdarah’ di Indonesia, pergaduhan etnik di Maunday,
sittwe di Mynmar, konflik Singhalese-Tamil di Sri Langka,
tragedi Fiji 1987 yang membawa rampasan kuasa Mejar
Rabuka dan lain-lain pergeseran kaum. Angka korban
bergantung kepada kecekapan pihak keselamatan
menguruskan konflik, manakala pengajarannya daripada
tragedi yang wajib diberi perhatian.
Sejarah bukanlah sekadar untuk tatapan dan dihafal garis
masa perjalanan dengan peristiwa, tokoh-tokoh, asal
muasal sesuatu peristiwa. Paling penting bagaimana untuk
mengambil ibrah dan mengelakkan sesuatu yang buruk
daripada berulang dan terus mengulangi kesilapan silam.
Hari yang suram ini kini genap 53 tahun berlakunya
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 yang merupakan satu
titik hitam dalam sejarah negara Malaysia, simbol
rapuhnya perpaduan kaum serta tipisnya tahap kesabaran
jika provokasi isu kaum berterusan.

RUJUKAN

• https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/6
74621/covid-19-serlahkan-perpaduan-sebenar-
rakyat-malaysia-metrotv

• https://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-tidak-
wujud-perpaduan-kaum-dan-integrasi-nasional-di-
malaysia

KESIMPULAN • Secara kesimpulan, inovasi
bukan hanya tentang
kemudahan dan efisien
penggunaan teknologi
dalam kehidupanseharian.
Malah, teknologi ini
merupakan perkembangan
yang luas dan tersusun.

• Kesepaduan antara kaum
juga merupakan salah satu
kesan yang akan terjejas
jika seseorang individu
salah mengunaakan inovasi
yang kearah membantu
kita, akan tetapi malah
menjadi satu platform
dalam perusuhan antara
kaum.


Click to View FlipBook Version