Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
SK TAMAN TUN DR ISMAIL 1
JALAN AMINUDDIN BAKI, TAMAN TUN DR ISMAIL,
60000 KUALA LUMPUR
UNTUK PERHATIAN :
CIKGU ANISZA BT
MOHD NAJIP
DISEDIAKAN OLEH :
DHIYA INSYIRAH
BT MOHD ZAKI
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
Tajuk 1
Masalah 3
Pendahuluan 5
Objektif Kajian 7
Kaedah Pengumpulan Data 9
Hasil Kajian 11
Kesimpulan 25
Lampiran 27
Rujukan 34
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
TAJUK
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
MASALAH
Setiap
sekolah
mempunyai
identitinya yang
tersendiri.
Buktikan
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
PENDAHULUAN
Saya, Dhiya Insyirah bt Mohd Zaki dari kelas 4 Komet 2019 ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan Kajian Kes Sejarah Tahun 4 ini .
Ucapan setinggi penghargaan buat kedua ibu bapa saya iaitu En. Mohd. Zaki bin Hj Salleh
dan Pn. Nor Hasnah bt Hj Mohd Nasir yang telah memberi saya dorongan, bantuan dan
mengeluarkan perbelanjaan untuk menjayakan kajian kes ini . Ucapan setinggi
penghargaan buat Guru Sejarah saya iaitu Pn Anisza bt Mohd Najip yang telah memberi
saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan kajian kes ini .
Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, rakan-
rakan dan ibu bapa 4 Komet kerana telah memberi idea untuk memperbaiki mutu kajian
ini.
Setiap sekolah mempunyai identitinya sendiri. Begitu juga sekolah saya SKTTDI 1
turut berbangga dengan identitinya sendiri. Identiti yang dikaji dalam kajian kes ini
termasuklah visi, misi, cogan kata sekolah dan lencana sekolah. Semua murid SKTTDI 1
perlu berasa bangga terhadap sekolah sendiri kerana di sinilah tempat setiap murid
menimba ilmu untuk menjadi insan yang kuat jati diri dalam menempuh cabaran dunia
yang lebih kompleks ini.
Kajian Kes Sejarah Tahun 4 ini banyak memberi peluang kepada saya untuk
mengenal dengan lebih mendalam lagi tentang identiti sekolah yang perlu dibanggakan
oleh setiap warga sekolah.
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
OBJEKTIF
Objektif Kajian ini adalah untuk
membolehkan :-
1. Saya dapat menyatakan cogan kata, visi, misi
dan lencana sekolah beserta maksudnya
(SP 1.3.4, SP 1.3.5)
2. Saya dapat menjelaskan tanggungjawab diri
sebagai warga sekolah ke arah memupuk rasa
bangga dan cinta terhadap sekolah (SP 1.3.7)
3. Saya dapat menghasilkan cogan kata saya
sendiri untuk panduan dan motivasi dalam diri
saya sendiri
4. Selain itu, saya dapat menguasai kemahiran
mencari, mengumpul, merekod dan menganalisa
maklumat mengenai sekolah.
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
KAEDAH DATA
Sesi temu bual telah dijalankan bersama
warga SKTTDI 1 termasuklah guru dan
rakan. Tujuannya bagi mendapatkan
maklumat tentang identiti sekolah iaitu
1 cogan kata sekolah, lencana sekolah
TEMU BUAL visi, misi sekolah dan tanggungjawab
sebagai warga sekolah.
Pemerhatian terhadap identiti sekolah PEMERHATIAN 2
telah dijalankan iaitu mengenalpasti
lencana sekolah, cogan kata sekolah,
visi dan misi sekolah yang dipaparkan di
persekitaran sekolah.
Kajian perpustakaan telah dijalankan secara
individu dan bersama rakan pada waktu
persekolahan. Buku dan majalah berkaitan
sejarah sekolah termasuklah lencana, cogan
3 kata, visi dan misi sekolah telah dibaca.
KAJIAN PERPUSTAKAAN Kamus dewan digunakan untuk mencari
definisi perkataan tersebut.
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019 (Peta Buih)
“ILMU SULUH HIDUP” Sekolah Kebangsaan
Murid yang berilmu Taman Tun Dr Ismail 1
dan berpendidikan
tinggi akan menjamin menjadi Sekolah
masa depan yang Berprestasi Tinggi
cemerlang bertaraf dunia
COGAN KATA VISI
IDENTITI
SEKOLAH SKTTDI 1
MISI LENCANA
Melahirkan insan yang
seimbang dan harmoni dari
segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani selaras dengan
kehendak wawasan
Pendidikan Negara.
Memastikan setiap murid
berkemahiran dalam
teknologi terkini di bidang
IT
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
HASIL KAJIAN
(Peta Pokok)
IDENTITI SKTTDI 1
(i)
COGAN KATA MAKSUD COGAN KATA
“ILMU SULUH HIDUP” Murid yang berilmu dan
berpendidikan tinggi akan
menjamin masa depan yang
cemerlang. Hanya ilmu yang
benar dan bermanfaat mampu
membawa manusia ke arah
tindakan dan pemikiran positif
untuk memajukan kehidupan.
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
HASIL KAJIAN
(Peta Pokok)
IDENTITI SKTTDI 1
(ii)
VISI MAKSUD VISI
Sekolah Kebangsaan Sekolah berprestasi tinggi
Taman Tun Dr Ismail 1 merangkumi kualiti pencapaian
sekolah yang berada dalam Band
menjadi Sekolah
Berprestasi Tinggi 1 berdasarkan skor komposit
yang mengambil kira Gred
bertaraf dunia
Purata Sekolah dan Penarafan
Kendiri Sekolah berasaskan
Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
HASIL KAJIAN
(Peta Pokok)
IDENTITI SKTTDI 1
(iii)
MISI MAKSUD MISI
Melahirkan insan yang Misi SKTTDI 1 ialah melahirkan
seimbang dan harmoni dari segi insan sempurna yang
intelek, rohani, emosi dan mementingkan kecemerlangan
jasmani selaras dengan akademik dan celik teknologi
maklumat, kesihatan fizikal dan
kehendak wawasan Pendidikan mental, amalan agama yang
Negara. Memastikan setiap sempurna untuk keperibadian
murid berkemahiran dalam mulia dan berakhlak tinggi.
teknologi terkini di bidang IT
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
HASIL KAJIAN
(Peta Dakap)
Perisai melambangkan ketahanan dan ketabahan murid
bagi menempuh zaman persekolahan yang mencabar
dengan penuh keyakinan dan keazaman yang kuat
IDENTITI Buku melambangkan bidang ilmu yang luas. Tiga buah
SKTTDI 1 buku melambangkan konsep 3M
(Membaca, Menulis dan Mengira)
(iv)
Obor melambangkan aspirasi guru dan murid yang
bersemangat untuk terus maju
Lima Bulatan melambangkan bidang ko-kurikulum yang
sama penting ke arah pembentukan tingkah laku
murid-murid
Merah : Kegigihan guru dan murid
Biru : Perpaduan dan kerjasama
Hijau : Kesuburan dan kesegaran
Kuning : Kesetiaan dan ketaatan murid-murid kepada sekolah
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
HASIL KAJIAN
IDENTITI SKTTDI 1
(v)
Menurut Buku Teks Sejarah Tahun 4, identiti bermaksud sifat-sifat atau ciri-ciri yang
terdapat pada seseorang atau sesuatu yang berbeza daripada yang lain.
Menurut Kamus Dewan, identiti bermaksud sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada
seseorang atau sesuatu yang sebagai sesuatu keseluruhan memperkenalkannya atau
mengasingkannya daripada yang lain.
Menurut Kamus Dewan, cogan kata atau moto bermaksud ayat pendek atau rangkaian
kata yang digunakan sebagai panduan hidup (atau ditulis pada sesuatu, seperti pada perisai,
sebagai perangsang). Cogan kata berdasarkan Wikipedia pula ialah frasa rasmi yang
memerikan dorongan atau tujuan umum sesuatu kelompok sosial atau pertubuhan.
Kerajaan biasanya menggunakan bahasa tempatan untuk cogan katanya.
Menurut Kamus Dewan, visi bermaksud tanggapan dan pandangan yang jauh dan
mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan wawasan.
Berdasarkan Wikipedia pula, visi bermaksud suatu harapan, pandangan ke depan suatu
lembaga atau kelompok atau lebih jelasnya merupakan suatu tujuan dan cita-cita yang akan
diwujudkan oleh suatu lembaga pada masa akan datang.
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
HASIL KAJIAN
IDENTITI SKTTDI 1
(vi)
Kata visi berasal dari bahasa Inggeris, Vision yang bererti penglihatan, daya lihat,
pandangan, impian atau bayangan. Secara etimologis, visi bererti kemampuan untuk melihat
pada inti persoalaan.
Menurut Said Budairy (1994), visi adalah pernyataan cita-cita, bagaimana wujud masa
depan, kelanjutan dari masa sekarang dan berkaitan erat dengan masa lalu.
Menurut Nanang Fattah dan Muhammad Ali (2006), visi adalah harapan dan keinginan
semua pihak yang terlibat dalam organisasi.
Pengertian visi sekolah pula adalah suatu harapan, cita-cita atau tujuan yang ingin
diwujudkan oleh seluruh warga sekolah pada masa akan datang. Semua warga sekolah, sama
ada guru, staf, dan murid-murid sekolah, semuanya bersatu untuk mewujudkan cita-cita dan
harapan sekolah. Visi sekolah ditentukan oleh pentadbir sekolah sejajar dengan hasrat
Kementerian Pendidikan. Dengan adanya visi sekolah ini, suatu sekolah akan memiliki tujuan
dan cita-cita yang jelas dalam usaha pelaksanaan pendidikan di sekolah. Seluruh warga
sekolah, guru dan murid akan termotivasi untuk ikut aktif di dalam kegiatan pendidikan untuk
mencapai kebaikan bersama dan masa depan yang lebih cerah.
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
HASIL KAJIAN
IDENTITI SKTTDI 1
(vii)
Menurut Mohammad Syaifuddin (2007), visi adalah imaginasi moral yang menggambarkan
profil sekolah yang diinginkan pada masa akan datang.
Berdasarkan beberapa pendapat para ahli tersebut maka dapat disimpulkan bahawa visi
dalam lembaga pendidikan adalah gambaran projeksi ke depan berupa pandangan, cita-cita,
harapan, dan keinginan lembaga yang ingin diwujudkan pada masa mendatang.
Menurut Kamus Dewan, misi bermaksud tugas khusus yg merupakan tanggungjawab
bagi seseorang atau sesuatu kumpulan.
Menurut Wikipedia pula, pengertian misi pada umumnya adalah suatu pernyataan atau
usaha yang akan dilakukan oleh suatu lembaga atau kelompok untuk melaksanakan visi
tersebut. Misi berasal dari Bahasa Inggeris, Mission yang bererti tugas atau perutusan. Misi
merupakan suatu bentuk pernyataan umum tetapi bersifat lestari oleh pengurusan atasan yang
mengandung niat organisasi yang bersangkutan.
Menurut Nanang Fattah dan Muhammad Ali (2006), misi adalah pernyataan tentang
tujuan yang diekspresikan dalam bentuk produk dan pelayanan yang dapat ditawarkan,
kebutuhan yang dapat ditanggungi, kelompok masyarakat yang dilayani, nilai˗nilai yang dapat
diperoleh, serta cita˗cita di masa depan.
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
HASIL KAJIAN
IDENTITI SKTTDI 1
(viii)
Menurut Mohammad Syaifuddin (2007), misi adalah tindakan atau upaya untuk
mewujudkan visi.
Misi sekolah dapat juga diertikan sebagai suatu daya upaya atau usaha yang
direalisasikan atau dilaksanakan oleh seluruh warga sekolah untuk melaksanakan semua visi
yang sudah dibuat dan disepakati oleh pentadbir sekolah.
Berdasarkan beberapa pendapat ahli tersebut dapat disimpulkan bahwa misi adalah
pernyataan berupa tindakan atau upaya yang harus dilakukan dalam mewujudkan visi, oleh
kerana itu misi merupakan penjabaran operasional dari visi.
Menurut Kamus Dewan, lencana bermaksud tanda yang dibuat daripada logam atau kain
yang mempunyai rekabentuk tertentu untuk menunjukkan keanggotaan sesuatu persatuan,
murid sekolah dan lain-lain.
Pemerhatian saya di SK Taman Tun Dr Ismail 1, sekolah ini merupakan sebuah sekolah
berprestasi tinggi yang mempunyai identitinya sendiri melalui visi, misi, cogan kata dan lencana
sekolah yang terdapat di persekitaran sekolah. Prestasi cemerlang yang dihasilkan telah
membuktikan bahawa warga SKTTDI 1 mengamalkan cogan kata sekolah dan merealisasikan visi
dan misi sekolah. SKTTDI 1 pernah menerima beberapa kali anugerah sebagai sebuah sekolah
yang cemerlang.
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
HASIL KAJIAN
IDENTITI SKTTDI 1
(ix)
Untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, tidak dapat dinafikan bahawa muridnya
mestilah cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah mereka sebagaimana yang
diwartakan dalam visi dan misi sekolah. Warga sekolah memainkan peranan yang sangat penting
dalam melahirkan murid yang cemerlang demi menjaga nama baik sekolah. Terdapat banyak
usaha yang telah dilaksanakan oleh warga sekolah untuk melahirkan murid cemerlang dari segi
kurikulum dan kokurikulum.
Dalam masa yang sama, SKTTDI 1 juga berusaha bersungguh-sungguh dalam membentuk
sahsiah murid-murid sebagaimana yang dipaparkan dalam misi sekolah. Dalam melahirkan
murid yang cemerlang yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana
yang disebut dalam misi sekolah, pihak sekolah telah mengadakan pelbagai jenis program dan
aktiviti. Warga sekolah, ibu bapa, murid sendiri dan komuniti setempat saling bekerjasama
menjalankan program yang telah dirancang oleh pihak sekolah dengan memainkan peranan
masing-masing dalam membantu menjayakan misi dan visi sekolah yang telah dirancang ke arah
mempertahankan identiti SKTTDI 1 supaya sentiasa berprestasi tinggi.
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
HASIL KAJIAN
IDENTITI SKTTDI 1
(x)
Antara kejayaan, anugerah dan pengiktirafan yang telah diterima oleh SKTTDI 1
termasuklah GPMP UPSR 2018 ialah 1.74, Anugerah Emas Alat Muzik Berkumpulan, Anugerah
Emas Ikatan dan Simpulan, Anugerah Gangsa Tarian Kreasi sempena Karnival Bahasa, Kesenian
dan Sukat SBT 2018, Tempat ke-3 untuk ISSC, Johan Pertandingan Scrabble Peringkat Negeri dan
Naib Johan Pertandingan Poetry Recitation Peringkat Negeri.
Bagi tahun 2016 pula, SKTTDI 1 telah berjaya menghasilkan 17 orang murid 6A manakala
28 orang memperolehi 5A dalam UPSR. SKTTDI 1 turut mengadakan program pertukaran pelajar
KL-Beijing. Banyak aktiviti SKTTDI 1 turut dipaparkan pada suratkhabar dan televisyen.
Antara kejayaan, anugerah dan pengiktirafan yang telah diterima oleh kelas saya sendiri
iaitu 4 Komet termasuklah Piala Pusingan bagi Anugerah 5 bintang untuk kelas yang bersih dan
ceria 2019.
Antara kejayaan, anugerah dan pengiktirafan yang telah diterima oleh saya sendiri
termasuklah Sijil Kehadiran Penuh 3 tahun berturut-turut dari Tahun 1 hingga Tahun 3.
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
HASIL KAJIAN
TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI WARGA SKTTDI 1
Pertama : Sentiasa bersemangat untuk terus maju sama ada dalam bidang
Kedua akademik mahu pun ko-kurikulum sebagaimana yang dipaparkan
oleh lambang buku, obor dan lima bulatan dalam lencana sekolah
Ketiga SKTTDI 1
Keempat
Kelima : Sentiasa berazam untuk memberi sepenuh ketaatan dan
kesetiaan kepada sekolah melalui sikap disiplin yang ditunjukkan
iaitu mematuhi peraturan sekolah, mendengar arahan guru dan
pengawas, menjaga kebersihan sekolah sebagaimana warna yang
terdapat pada lencana sekolah serta matlamat dalam visi sekolah
: Mengamalkan perintah agama Islam dalam diri sendiri iaitu tidak
melakukan perkara yang dilarang oleh Islam untuk menjadi insan yang
berakhlak mulia dan berkeperibadian tinggi seperti Rasulullah s.a.w
: Sentiasa mencuba untuk menjadi rakan yang baik dan suka
bekerjasama untuk mencapai perpaduan di sekolah tidak mengira
bangsa dan agama
: Menaikkan nama baik sekolah SKTTDI 1 dengan melibatkan diri secara
aktif dalam program dan aktiviti sekolah selaras dengan status sekolah
sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
HASIL KAJIAN
COGAN KATA SAYA
“Hidup ini MAKSUD
pentas
Kita terpaksa cekal dan berani
perlumbaan” menempuh apa-apa sahaja
cabaran dalam kehidupan ini
untuk menggapai kesempurnaan
dunia dan kesejahteraan akhirat
berlandaskan iman kepada Allah.
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
KESIMPULAN
Saya, Dhiya Insyirah bt Mohd Zaki telah berjaya menyiapkan kajian kes sejarah ini.
Saya telah mendapat bantuan, sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa, guru dan
rakan-rakan yang sentiasa memberi maklumat terkini dan tunjuk ajar untuk
menyiapkan kajian kes ini.
Kesimpulannya, hasil dapatan daripada kajian kes ini, SKTTDI 1 sememangnya telah
membuktikan kepada umum bahawa ia mempuyai identiti tersendiri. Identiti sekolah
bukan sahaja perlu dipelihara dan dihargai malah wajib diamalkan oleh setiap warga
sekolah kerana ia merupakan lambang yang mendukung kualiti sesebuah sekolah.
Maklumat daripada kajian kes ini sedikit sebanyak telah membuat saya teruja dan
berasa bangga terhadap sekolah. Kajian kes ini boleh membantu saya sendiri, rakan-
rakan seperjuangan, guru-guru, pentadbir, staf sekolah dan komuniti TTDI mengetahui
dengan lebih luas, mendalam dan bermakna lagi tentang identiti SKTTDI 1.
Justeru itu, semua warga SKTTDI 1 perlu menggembleng tenaga penuh iltizam untuk
merealisasikan visi, misi dan cogan kata sekolah sebagai bukti bahawa kita adalah
warga sekolah yang sentiasa berasa bangga dan mencintai sekolah.
Tuntasnya, jelas sekali menunjukkan bahawa kesemua usaha mendukung identiti
sekolah yang telah dilaksanakan oleh warga sekolah ini telah berjaya melahirkan
murid yang cemerlang dari segi akademik, kurikulum dan sahsiah peribadi murid. Akhir
kata, saya berharap semoga SKTTDI 1 terus menjadi institusi pendidikan yang berjaya
melahirkan murid cemerlang yang mempunyai minda kelas pertama sebagaimana
yang dihasratkan oleh Dr. Maszlee Bin Malik, Menteri Pendidikan
Malaysia.
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
Borang Temu Bual Kajian Kes Sejarah Tahun 4 SKTTDI 1 2019
Guru Murid
Nama : _________________________________
1. Apakah harapan anda terhadap SKTTDI 1?
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
2. Apakah kejayaan cemerlang yang pernah dicapai oleh anda di SKTTDI 1?
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
3. Di manakah identiti SKTTDI 1 (visi, misi, cogan kata dan lencana) boleh didapati atau dilihat?
Baju Sukan Muka Hadapan Buku Tulis
Seluar Sukan Surat rasmi Sekolah
4. Bagaimanakah visi dan misi SKTTDI 1 boleh direalisasikan oleh murid sekolah?
Terlibat aktif dalam ko-kurikulum dan program sekolah
Sentiasa hadir ke sekolah dengan memakai lencana dan tag nama
Seronok menjalankan tugas apabila diberi oleh guru
Rajin membersih dan menghias kelas sendiri
5. Apakah yang anda faham dengan maksud cogan kata SKTTDI 1 ?
Ilmu sangat penting dalam kehidupan kita
Dengan ilmu, kita boleh memperolehi pekerjaan
Orang berilmu akan lebih berjaya
Dengan adanya ilmu, kita boleh membantu orang lain
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
Dhiya Insyirah Zaki 4 Komet 2019
RUJUKAN
Buku Akashah bin Ismail,2013. Sejarah Tahun 4 Sekolah
Kebangsaan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
Buku Kamus Dewan dan Pustaka. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Majalah Unit Majalah Sekolah, 2018, 2016, 2013, 2014,
Sekolah 2015. Majalah Tunas. Kuala Lumpur : SK Taman Tun
Dr Ismail 1
Dokumen Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2018. Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun
4 KSSR. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan
Malaysia
Laman i) prpm.dbp.gov.my/
Sesawang ii)https://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Bahasa_dan
_Pustaka
Orang i) guru sejarah 4 Komet SKTTDI 1
sumber ii) guru SKTTDI 1
iii) ibu bapa
iv) rakan