Untuk Perhatian :
Cikgu Al – Fateh Bin Noor Muhammad
Disediakan Oleh :
Dhiya Insyirah Binti Mohd. Zaki
5 Meteor
1
PERKARA MUKA SURAT
PENDAHULUAN 3
OBJEKTIF KAJIAN 4
KAEDAH PENGUMPULAN DATA 5
HASIL KAJIAN 6 – 11
KESIMPULAN 12
RUJUKAN 13
2
Kajian Kes ini bertajuk “Perjuangan Kemerdekaan Negara”. Berdasarkan
Standard Kandungan 7.2 : Perjuangan Tokoh Tempatan menentang
British, saya telah memilih “Tok Janggut” sebagai “Tokoh Perjuangan
Kemerdekaan”. Terdapat 11 orang tokoh tempatan dalam tajuk ini yang
perlu dikuasai oleh semua murid tahun 5. Menerusi kajian kes ini juga,
saya dapat memupuk semangat patriotisme dalam jiwa saya melalui
penerokaan kronologi peristiwa yang berlaku kepada Tok Janggut dan
sebab-sebab penentangan beliau terhadap British. Saya turut menyedari
tentang kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.
Sewajarnyalah, semua warganegara Malaysia yang sejati tidak mahu
pisang berbuah dua kali sebagaimana yang dialami oleh nenek moyang
kita semasa zaman penjajahan. Oleh itu, kita perlu bersatu hati umpama
aur dengan tebing ke arah memelihara kedaulatan negara supaya tidak
diancam oleh anasir luar. Sememangnya, biarlah kita berputih tulang,
jangan kita berputih mata dalam usaha memelihara kedaulatan negara.
Maka, semangat patriotisme perlu dipupuk dalam kalangan murid sejak
dari sekolah lagi ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru
itu, saya berusaha untuk menyiapkan kajian kes ini dalam bentuk buku
skrap sebagai bukti menyuntik semangat patriotisme dalam diri saya
sendiri sebagai rakyat Malaysia yang tercinta.
3
Objektif Kajian Kes
ini ialah :-
a. Menyenaraikan seorang tokoh
tempatan yang menentang penjajahan
British.
b. Menyatakan peristiwa penentangan
tokoh tempatan terhadap British.
c. Menyatakan sebab penentangan tokoh
tempatan terhadap British.
d. Menyatakan lima kepentingan
mempertahankan kedaulatan
negara.
4
Temu bual dijalankan dengan ibu, bapa, ahli
keluarga, rakan-rakan sekolah, jiran terdekat.
Kajian perpustakaan dijalankan melalui pembacaan
buku teks sejarah tahun 5, buku rujukan sejarah,
e-jurnal tentang tokoh kemerdekaan Tanah
Melayu, e-surat khabar tentang isu kestabilan
negara.
Pemerhatian dibuat melalui tontonan cerita di
televisyen berunsur patriotik, telefilem pendek
kemerdekaan negara dalam Youtube, video tentang
kestabilan dan kedaulatan negara-negara lain di
serata dunia.
5
Tok Janggut atau nama penuhnya Haji Mat Hassan bin Munas,
seorang pejuang yang tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat
tempatan. Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan
janggut hingga paras dada. Tok Janggut dilahirkan pada tahun 1853
di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan
pondok di Kelantan dan Makkah serta mahir dalam ilmu persilatan. Beliau
menetap di Kampung Nering, Kelantan dan bekerja sebagai petani dan
peniaga.
Perjuangan Tok Janggut juga dikenali sebagai ‘Kebangkitan Pasir
Puteh, 1915’. Kebangkitan pemberontakan Tok Janggut menentang pihak
British adalah merupakan suatu lambang penentangan penduduk Tanah
Melayu terhadap kehadiran British yang mahu menguasai negeri-negeri
Melayu. Beberapa pengkaji mengangkat Tok Janggut sebagai pahlawan
Melayu yang sanggup bangun menentang dasar-dasar penjajahan British.
6
Negeri Kelantan terletak di sebelah Pantai Timur Tanah Melayu dan
berhadapan dengan Laut China Selatan, bersempadan dengan Narathiwat,
Thailand. Negeri ini kaya dengan sumber pertanian. Mempunyai keluasan
sekurang-kurangnya 14, 922 km².
Pasir Puteh terletak di tebing Sungai Semerak, kira-kira 30 kilometer dari
Kota Bharu, Kelantan. Pasir Puteh merupakan salah satu daripada 10 jajahan
pentadbiran negeri Kelantan. Jajahan Pasir Puteh mempunyai 8 daerah dan 73
buah mukim Penghulu.
Daerah-daerah itu ialah Padang Pak Amat, Bukit Abal, Bukit
Awang, Bukit Jawa, Kampung Gong Datuk, Jeram, Limbongan dan Semerak.
Keluasan keseluruhan jajahan ini ialah 167.2 batu persegi
(433.8 kilometer persegi).
Ia menjadi pusat gerakan kebangkitan penduduk tempatan menentang
British.
7
Tindakan penduduk menentang British ada kaitan dengan langkah Britain campurtangan
di negeri Kelantan dan Terengganu. Setelah British berjaya menguasai negeri-negeri Melayu
Bersekutu, British mula mengalihkan pandangan untuk menguasai negeri-negeri Melayu di sebelah
utara dan pantai timur Tanah Melayu. Penentangan Tok Janggut bertitik tolak daripada
perkembangan yang berlaku dalam pentadbiran Kelantan selepas Perjanjian Bangkok 1909. Pada 22
Oktober 1910, Yang Dipertuan Kelantan mengesahkan perjanjian tersebut yang membawa kepada
pelantikan seorang pegawai British sebagai penasihat baginda dan kuasa British untuk campur
tangan dalam urusan negeri sekiranya kerajaan gagal mewujudkan keamanan. Kemerosotan status
Engku Besar Jeram ekoran pengenalan sistem pentadbiran jajahan pada tahun 1904 menyebabkan
Tok Janggut menawarkan diri menubuhkan barisan penentang. Penduduk menubuhkan
pemerintahan sendiri yang diketuai oleh Engku Besar Jeram dan dibantu oleh Tok Janggut sebagai
Perdana Menteri serta Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. Selepas 1904, Ungku Besar Jeram
hanya menjadi Tok Kweng Muda yang perlu bertanggungjawab kepada Ketua Jajahan Jeram
sedangkan beliau merupakan cicit Tengku Perdana Menteri Kelantan yang mengasaskan kerajaan
Kelantan. Ketua Balai Polis Pasir Puteh, Sarjan Che Wan dibunuh oleh Tok Janggut pada April 1915.
Pegawai Daerah Pasir Puteh, Che Abdul Latif menghantar polis untuk menangkap Tok Janggut tetapi
gagal. Di Kampung Dalam Pupuh Saring, Rundingan Dato’ Menteri, Muhammad Hassan dan Dato
Bentara Setia Nik dengan pihak penentang pada 24 Mei 1915. Pada 25 Jun 1915, Tok Janggut
bersama lebih kurang 2,500 orang pengikutnya telah menyerang askar Sikh yang berada di pekan
Pasir Puteh. Pasukan Tok Janggut kemudian telah berundur ke kubunya di Kampung Saring. Askar
Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan pasukan Tok Janggut berjuang bermati-
matian menghadapi serangan tersebut. Antara pejuang yang bersama Tok Janggut pada hari itu ialah
Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul Rahman Anak Kerbau. Tok Janggut sendiri
telah gugur syahid bersama Tok Abas dan Tok Hussein serta beberapa orang pengikutnya. manakala
Tengku Besar Tuan Ahmad, Haji Said dan Ishak telah melarikan diri ke Reman di Selatan Siam.
8
Askar Inggeris yang lebih terlatih dan
berpengalaman serta lengkap dengan
peralatan perang yang moden berjaya
menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok
Janggut sendiri telah gugur syahid bersama
Tok Abas dan Tok Hussein serta beberapa
orang pengikutnya. manakala Tengku Besar
Tuan Ahmad, Haji Said dan Ishak telah
melarikan diri ke Reman di Selatan Siam.
Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh
sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung
dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di
Padang Merdeka sebelum dikebumikan di
Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.
9
Kesukaran membayar cukai Sentimen Anti British
kerana pejabat cukai terletak meningkat apabila Kerajaan
Turki Uthmaniyah menyeru
di bandar. Penduduk yang
gagal membayar cukai akan umat Islam berjihad
ditangkap dan didenda. Sikap menentang penjajah barat.
biadap pegawai British yang Tok Janggut menyahut seruan
tersebut dengan melancarkan
bertugas menimbulkan penetangan terhadap pihak
kemarahan penduduk
British di Pasir Putih.
terhadap British.
British perkenalkan Petani dikenakan pelbagai
peraturan cukai tanah pada cukai yang membebankan
1915 yang mewajibkan iaitu cukai pokok kelapa
petani membayar cukai yang berbuah, cukai
tanah. pokok pinang, cukai daun
sirih, ternakan lembu dan
kerbau.
10
Bagi Bagi
memastikan rakyat memastikan proses
dapat hidup bersatu padu penjanaan generasi
tanpa mengira bangsa
dan agama kerana muda yang yang
perpaduan adalah pra bersemangat patriotik
syarat kepada sebagai persiapan
pembentukan sesebuah melahirkan pemimpin
negara. masa depan yang
produktif dan
berkualiti.
Bagi Bagi
memastikan negara kita melancarkan
perjalanan jentera
dihormati oleh negara pentadbiran dengan
luar dengan pemerintahan adil
dan saksama,
memperkenalkan adat mengikut paksi
dan budaya kita yang
sendiri.
unik.
Bagi
memastikan keamanan
negara dapat dikekalkan
tanpa ancaman daripada
anasir luar. Bila negara
aman, maka kita dapat
meningkatkan hubungan
antarabangsa untuk
kemajuan ekonomi.
11
Kedaulatan ialah kekuasaan mutlak atau kekuasaaan tertinggi rakyat
dan wilayah bumi berserta isinya yang dipunyai suatu sistem negara
nasional yang berdaulat untuk mengatur seluruh wilayahnya tanpa campur
tangan daripada pemerintah negara lain. Setiap negara punya kedaulatan
yang berbeza, tetapi hakikatnya, ia tidak akan pernah boleh diatur oleh
negara lain. Sifat daripada kedaulatan negara merupakan kedaulatan yang
tidak mungkin dipengaruhi kekuasaan apa-apa pun yang lebih tinggi,
bersifat tetap, dan tidak boleh diubah. Kedaulatan tersebut juga tidak boleh
diatur dan dibatasi negara lain, dan tidak akan pernah dapat dihilangkan.
Kedaulatan negara perlu sentiasa dipelihara. Ini hanya akan berjaya
jika semangat nasionalisme dan patriotisme disemai di jiwa 32 juta rakyat
Malaysia. Mereka perlu bersedia mempertahankan negara ini daripada
ancaman luar atau dalam. Sesungguhnya, mengisi dan mempertahankan
kemerdekaan adalah jauh lebih sukar daripada menuntut kemerdekaan.
Sekali kita merdeka, harus terus merdeka dan rakyat perlu sama-sama
bersatu hati mempertahankan kemerdekaan.
Tindakan pihak luar mahu menuntut mana-mana wilayah negara ini,
tidak seharusnya dibiarkan. Keselamatan dan kedaulatan negara bukan
sahaja tanggungjawab polis dan tentera, tetapi seluruh rakyat negara ini.
Kita tidak boleh biarkan walau seinci pun negara ini daripada diceroboh dan
ditakluki pihak luar.
Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi dan diambil ikhtibar oleh
generasi muda termasuklah berani mempertahankan kedaulatan daerah
masing-masing, memperjungkan hak dan keadilan, sanggup terbunuh atau
dibuang daerah, bekerjasama untuk berjaya, mempunyai perancangan dan
strategi yang berkesan.
12
Buku Sejarah Tahun 5, Buku Rujukan Sejarah
Jurnal dan contoh buku skrap kajian kes
Orang sumber terdiri daripada guru, rakan, ibu, bapa, ahli
keluarga dan jiran
Surat khabar tentang maklumat kemerdekaan negara,
peranan rakyat memelihara kedaulatan negara.
Laman sesawang tentang perjuangan Tok Janggut di Kelantan
dan perjuangan tokoh kemerdekaan Tanah Melayu.
13