The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PISMPPAKK20622 Aifaa Insyirah Binti Azahar, 2024-03-26 11:49:15

BUKU LOG PANDU PUTERI _AIFAA

BUKU LOG

B A B 2


Dasar Pertubuhan dan Undangundang Am dan Pemimpin Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri Cogan Kata dan Lambang Isyarat dan Hormat Pandu Puteri Berjabat Tangan dan Khidmat Pandu Puteri Isyarat Wisel serta Isyarat Tangan Lagu Pandu Puteri Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia BAB 2 PRINSIP ASAS PANDU PUTERI ISI KANDUNGAN


D A S A R P E R T U B U H A N D A N U N D A N G U N D A N G A M D A N P E M I M P I N


VISI Meneraju perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan. Taking The Lead in Developing The Potential Of Girts And Women For Change MISI: PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan devasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. Girt Guides Association Malaysia is committed to the development of girts and women of calibre through internationalization of Girt Guiding knowledge, skills and values to benefit the society, country and the world. DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG UNDANG AM DAN PEMIMPIN PIAGAM Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa: Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulen melalui Program Pandu Puteri Melahirkan ahli yang berkaliber Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna Menggalakkan ahli berbakti sukarela tanpa apa apa ganjaran -Untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin. sedia memberi khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif. -Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga negara yang peka, berguna, cekap, bersih amanah dan bertimbangrasa terhadap orang lain Objektif am PPPM


P R O G R A M P A N D U P U T E R I


Program Pandu Puteri adalah program pendidikan bukan formal untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa wanita di bandar dan di luar bandar. Oleh itu, hampir semua kegiatan Pandu Puteri bertapak di institusi pendidikan seperti sekolah, institusi pendidikan guru, institusi pendidikan tinggi atau tempat kerja. Untak memenuhi kepertuan yang pelbagai, program Pandu Puteri Persatuan Pandu Puteri Malaysia meliputi: PROGRAM PANDU PUTERI Kelip-Kelip Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Remaja Pandu Puteri Renjer Pandu Puteri Kadet Pandu Puteri Siswi Pandu Puteri Dewasa Pemimpin Guild Trefoil Guild Pandu Puteri Raja Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya Ahli Sukarela Pandu Puteri NILAI-NILAI TERAS PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilainilai setiap masa: seperti berikut Integriti Kejujuran Hormat-menghormati Tolerasi Kasih Sayang Bantu-membantu


PERSETIAAN PANDU PUTERI KADET PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI UNDANG - UNDANG PANDU PUTERI Seorang Pandu Puteri seharusya: Boleh Dipercayai Sentiasa Taat Dan Setia Suka Menolong Orang Lain Bersahabat Dengan Semua Orang Dan Bersaudara Dengan Ahi Pandu Puteri yang lain Sentiasa Bersopan Santun Melindungi Haiwan Dan Memelihara Alam Sekitar Sentiasa Menurut Perintah Bersemangat Dan Bergembira Walaupun Dalam Kesulitan Sentiasa Berjimat Cermat Suci Dalam Fikiran, Perkataan Dan Perbuatan Program Pandu Puteri Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri. Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewalipan Saya Kepada Tuhan Raja Dan Negara Saya Malaysia Menolong Orang Setiap Masa Dan Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri


COGAN KATA PPPM COGAN KATA DAN LAMBANG LENCANA PANDU PUTERI MALAYSIA Tolong Orang Selalu (TOS) Lencana PPPM mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan Pandu Puteri di bawahnya. 1. Lencana rasmi ini digunakan sebagai lambang pelantikan bagi semua kategori ahli aktif PPPM. 2. Lencana rasmi berwarna hitam dan putih seperti yang tertera di atas. 3. 4.Warna lencana pelantikan bahagian adalah seperti yang berikut: Pandu Puteri Tunas adalah perang Pandu Puteri Remaja adalah biru Pandu Puteri Renjer adalah merah Pandu Puteri Kadet adalah putih Pandu Puteri Siswi adalah putih Pemimpin adalah berwarna emas Pesuruhjaya adalah berwarna perak


PPPM mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan "Persatuan Pandu Puteri Malaysia di dalam bulatan di sekelilingnya. 1. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas logo (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh PPPM. 2. Cawangan dan Daerah PPPM diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan logo sepanjang tempo keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas logo. 3. Cawangan dan Daerah PPM tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan logo tapa kebenaran LEK melalui ibu pejabat kebangsaan. 4. SIMBOL Trefoi Tiga bahagian ikrar Pandu Puteri Bintang pecah empat belas 13 buah negeri di Malaysia dan 1 pecahan lagi yang menghala ke atas melambangkan jarum kompas yang bermaksud petunujuk jalan yang benar COGAN KATA DAN LAMBANG LAMBANG PANDU PUTERI MALAYSIA


Tanda/Simbol Maksud Trefoill tiga cabang) Emas angkal bawah daun Tiga bahagian persetian Pandu Puteri kasih sayang manusia sejagat Bintang-bintang pada cabang trefoil Bintang penunjuk jalan iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Jarum menghala ke atas Arah yang harus dituju dalam Pandu Puteri Trefoil Emas Latar Belakang Biru Matahari yng menyinari seluruh kanak-kanak dunia tanpa mengira bangsa,agama,kebudayaan dan warna kulit Lencana trefoil dunia ( World Badge ) adalah lambang Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia ( WAGGS ). 1. Lencana in boleh digunakan oleh ahli Pandu Puteri dalam kumpulan tenderfoot atau ahli penuh yang telah melafazkan ikrar. 2. Di peringkat dunia, lencana in merupakan simbol perpaduan di kalangan Pandu Puteri Sedunia. 3. LENCANA PANDU PUTERI LAMBANG PANDU PUTERI DUNIA SIMBOL & MAKSUD


Cara Pandu Puteri memberi dan menerima hormat adalah sama seperti dalam gambar di atas. Semasa memberi hormat ini, tangan kanan dinaikkan ke paras bahu dan tangan kiri dirapatkan lurus ke badan. ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI ISYARAT HORMAT Maksud Hormat Pandu Puteri: Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu yang lemah PENGGUNAAN HORMAT PANDU PUTERI Semasa berjumpa dengan D.Y.M.M Sultan-sultan negeri, raja-raja, pembesarpembesar negara dan negeri, pemimpin Pandu Puteri negara, negeri, daerah dan kumpulan. Semasa menerima hadiah dan kurniaan Semasa istiadat mengibar bendera Semasa memberi penghormatan kepada jenazah


BERJABAT TANGAN DAN KHIDMAT PANDU PUTERI BERJABAT TANGAN Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Salam menerusi berjabat tangan adalah tanda hormat bagi Pandu Puteri di samping sebagai tanda untuk bertegur sapa sesama ahli dan antara ahli dengan pemimpin. Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan pengalaman Baden-Powell sebagai askar di Afrika. Ketua-ketua dan pahlawan daripada suku kaum yang selalu bermusuhan sering memegang senjata pada tangan sehingga tidak sanggup meletakkannya walaupun sebentar, Hanya tangan kiri sahaja yang boleh diangkat termasuk untuk berjabat tangan sebagai tanda persahabatan dan kepercayaan apabila mereka bertemu. Baden-Powell menerima idea berjabat tangan ini dan menjadikannya sebagai amalan tradisi Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri. Di Malaysia, Pandu Puteri menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita.


ISYARAT WISEL SERTA ISYARAT TANGAN ISYARAT WISEL Isyarat wisel digunakan sebagai satu arahan. Semasa mengadakan perkhemahan, isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan arahan-arahan tertentu tapa periu menierit. Selain wisel, terdapat isyarat lain bagi arahan seperti isyarat tangan Isvarat wise sesuai digunakan bagi pasukan yang memitiki ahli yani ramai. WISEL KADET


ISYARAT TANGAN


ISYARAT TANGAN


LAGU PANDU PUTERI LAGU DUNIA PANDU PUTERI Versi Bahasa Melayu Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar, Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh: Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janji; Dengan rela berjasa, setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama; Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya LAGU ASIA PASIFIK PANDU PUTERI Rantau Asia Pasifik Rangkalan keperluan Benua dan lautan Yang beragaman Mari kita nyanyikan Lagu kepanduan Rantau Asia Pasifik Adalah tempat kita Pandu Puteri, Pramula Berbilang negara Lain bangsa , budaya Sama bersetuju Satukan suara nyanyikan lagu ini Rantau Asia Pasifik Adalah tempat kita


LAGU TAPS PANDU PUTERI LAGU TAPS MALAM LAGU TAPS SIANG TAPS SIANG ( DAY) KAMI PUJI,NIKMAT DIBERI MATAHARI,BINTANG-BINTANG LANGIT BIRU, MANA PERGI HIDUP KAMI, TUHAN SAKSI THANKS AND PRAISE, FOR OUR DAYS NEATH THE SUN, NEATH THE STARS NEATH THE SKY, AS WE GO THIS WE KNOW,GOD IS NIGH MALAM DATANG, SIANG HILANG DARI LAUT, DARI GUNUNG, DARI LANGIT SEMUA SELAMAT, SIHAT REHAT BERKAT TUHAN. DAY IS DONE, DONE THE SUN FROM THE SEA, FROM THE HILLS FROM THE SKY, ALL IS WELL SAFETY REST, GOD IS NIGH.


LAGU TAPS PANDU PUTERI LAGU PANDU PUTERI LAGU AHLI BARU PUTERI TUNAS BERTUJUAN MENOLONG DAN BERKAWAN AHLI BARU SUKA HATI MENJADI PUTERI TUNAS LAGU LAGU PASUKAN PANDU PUTERI Cempaka bersuka ria menolong orang duka Teratai Cempaka Teratai nama kami bekerja setiap hari Melur Kesidang Melur taat dan setia berusaha Setiap Masa Kami kesidang datang menolong pagi petang Kenanga Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga Siantan Siantan Datang Berkawan Berani Macam Pahlawan


LOGO KUMPULAN BUNGA SIANTAN MELUR CEMPAKA KENANGA TERATAI KESIDANG


BENDERA MALAYSIA, BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA (PPPM) DAN BENDERA DUNIA BENDERA MALAYSIA Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak- kanak di dunia BENDERA PANDU PUTERI MALAYSIA BENDERA PANDU PUTERI DUNIA Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.


B A B 3


Sejarah Perkembangan 1. Riwayat Hidup Pengasas World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) 2. 3. Asia Pasifik 4. Persatuan Pandu Puteri Malaysia 5. Hari Peringatan Sedunia Struktur Organisasi 1. Persatuan Pandu Puteri Malaysia Persatuan Pandu Puteri Cawangan 2. 3. Pasukan Pandu Puteri Kadet 4. Pasukan Pandu Puteri Tunas Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip BAB 3 SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI ISI KANDUNGAN


Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini. Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri. Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys" untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia RIWAYAT HIDUP PENGASAS Olave Baden Powell Lord Robert Baden Powell


Lord Baden-Powell ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Beliau dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuh beliau ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah. Lord Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai versi kepada pengakap wanita dan diselenggarakan oleh saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Sementara Agnes memainkan peranan utama sehingga kematiannya, Lady Olave Baden-Powell, isteri Lord Baden Powell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England pada tahun 1918, dan Ketua Pandu Sedunia pada tahun 1930 RIWAYAT HIDUP PENGASAS Lord Robert Baden Powell


Olave St.Clair Soames atau lebih dikenal sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Robert Stephenson Smyth Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan "Girl Guides" dengan bantuan adiknya, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916 beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides" .Kemudian pada tahun 1918 beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau "Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran "World Chief Guide" pada tahun1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun - World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuan-persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 Organisasi Ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli individu.Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan bukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan kepimpinan dan kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri belajar melalui pengalaman RIWAYAT HIDUP PENGASAS Olave Baden Powell


World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuan-persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 Organisasi Ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli individu.Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan bukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan kepimpinan dan kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri belajar melalui pengalaman


Asia Pasifik Walaupun Pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulankumpulan ini mempunyai pakaian seragam ,lencana ,peraturan dan nama yang berbeza tetapi berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Pertubuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha orang ramai wanita yang bersemangat , mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low( Pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat ), Olga Malkowska(pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis ) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini. Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri termasuklah Brazil,China dan Estonia.


Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917. Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran ilmu dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkon imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.


Hari Peringatan Sedunia Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia jatuh pada 22 Februari pada setiap tahun dan tibalah masa untuk keluarga kepanduan menyambut hari peringatan ini. Hari peringatan disambut untuk mengingati jasa Pengasas Pandu Puteri iaitu isteri kepada Lord Baden- Powell, pengasas pasukan Pengakap. Sejarah sambutan Hari Peringatan ini bermula sejak tahun 1932 di Poland. Dan pada setiap tahun kita menyambut dan meraikan hari ini mengikut tema yang telah ditetapkan oleh WAGGGS (World Association of Girl Guides and Girl Scouts) iaitu Persatuan Pandu Puteri Pengakap Puteri Sedunia.


CARTA ORGANISASI


PERSATUAN PANDU PUTERI CAWANGAN


PERSATUAN PANDU PUTERI KADET


PERSATUAN PANDU PUTERI TUNAS


PERSATUAN PANDU PUTERI KELIP-KELIP


B A B 4


Program Pandu Puteri Tunas (PPT) Prinsip Asas PPT Anugerah Topaz I, II, III Skim Lencana Kecekapan Anugerah PPT Ketua Pesuruhjaya Cawangan Anugerah PPT Ketua Pesuruhjaya BAB 4 ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH ISI KANDUNGAN


Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah: 1.1 mengetahui, menghayati dan mengamalkan: Pesertian; Undang-undang; Cogan Kata; Isyarat dan Hormat; dan Berjabat Tangan 1.2 Mengetahui dan memahami: Logo, Lencana dan Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia; dan Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia(WAGGGS), Lencana Dunia serta Bendera Dunia 1.3 Mengenal dan mengetahui makna Bendera Malaysia dan menamakan bendera semua negeri di Malaysia; 1.4 Mengenal struktur organisasi pasukan sendiri; 1.5 Memperoleh Lencana Kecekapan Kawad dan Istiadat; 1.6 Memperoleh Lencana Kecekapan Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas; 1.7 Memperoleh Lencana Kecekapan Sahabat Pandu Puteri Tunas; dan 1.8 Memperoleh Lencana Kecekapan Bercerita PROGRAM PENDIDIKAN PANDU PUTERI TUNAS(MERUJUK KEPADA JURNAL PROGRESIF PANDU PUTERI TUNAS)


Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah: 1.1 mengetahui, menghayati dan mengamalkan: Pesertian; Undang-undang; Cogan Kata; Isyarat dan Hormat; dan Berjabat Tangan 1.2 Mengetahui dan memahami: Logo, Lencana dan Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia; dan Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia(WAGGGS), Lencana Dunia serta Bendera Dunia 1.3 Mengenal dan mengetahui makna Bendera Malaysia dan menamakan bendera semua negeri di Malaysia; 1.4 Mengenal struktur organisasi pasukan sendiri; 1.5 Memperoleh Lencana Kecekapan Kawad dan Istiadat; 1.6 Memperoleh Lencana Kecekapan Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas; 1.7 Memperoleh Lencana Kecekapan Sahabat Pandu Puteri Tunas; dan 1.8 Memperoleh Lencana Kecekapan Bercerita PRINSIP ASAS PPT


ANUGERAH TOPAZ I Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperolehi lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz I: 2.1 Lencana Kecekapan Pembuat Simpulan; 2.2 Lencana Kecekapan Pelayan Tetamu; 2.3 Lencana Kecekapan Pencegah Kemalangan; 2.4 Satu lencana Sustainable Development Goal(SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG 2, 7, 13, 14 atau 15; dan 2.5 Satu lencana kecekapan yang belum dicapai daripada elemen Budaya dan Kreativiti. . ANUGERAH TOPAZ II Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz II: 3.1 Lencana Kecekapan Pereka Alat Permianan; 3.2 Lencana Kecekapan Ahli Rumah Tangga; 3.3 Lencana Kecekapan Pemerhati; 3.4 Lencana Kecekapan Kesihatan; 3.5 Lencana Kecekapan Gera Up; dan 3.6 Sekurang-kurangnya satu lencana WAGGGS daripada pilihan yang berikut: Stop The Violence(STV); Free Being Me(FBM); Action On Body Confidence(ABC); atau Surf Smart . PRINSIP ASAS PPT ANUGERAH TOPAZ II


ANUGERAH TOPAZ III PRINSIP ASAS PPT Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz III: 4.1 Lencana Kecekapan Patriotisme; 4.2 Lencana Kecekapan Pendobi Pakaian; 4.3 Lencana Kecekapan Jurumasak; 4.4 Lencana Kecekapan Sustainable Development Goal(SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG 2, 7, 13, 14 atau 15; 4.5 Satu lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen Cabaran Dan Kecergasan; dan 4.6 Satu lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen Sains Dan Teknologi.


ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA Rasional 1. Satu galakan kepada ahli remaja untuk melayakkan diri menerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya 2. Satu penghargaan kepada ahli remaja yang berkualiti 3. Satu usaha mengukuhkan iltizam dalam Pandu Puteri Pra-Syarat 1. Mempunyai Tali Perkelilingan 2. Mempunyai Permit Perkhemahan atau Lambang Kraf kayu 3. Mempunyai Bintang Renjer Puteri 1 4. Menganut satu agama atau kepercayaan dan mengamalkan ajaran agama atau kepercayaan dan menghadiri perhimpunan / majlis keagamaan 5. Menghantar borang permohonan yang perlu sampai di Ibu Pejabat Kebangsaan tiga (3) bulan sebelum calon meningkat umur 17 tahun 6. Menghadiri Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya dengan jayanya


ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) merupakan anugerah pencapaian tertinggi yang diberikan kepada ahli Pandu Puteri Tunas oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Melalui penganugerahan ini, ia secara langsung mengiktiraf ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan. Anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2012 dan seterusnya menjadi acara tahunan melalui pelaksanaan BATHKPC, BATHKP dan Cabaran Pandu Puteri Tunas Peringkat Kebangsaan. Antara objektif diwujudkan anugerah ini adalah: Sebagai pemangkin kepada ahli Pandu Puteri Tunas untuk bergerak aktif dalam aktiviti-aktiviti Pandu Puteri. Memartabatkan Program Pandu Puteri Tunas melalui pemilihan penerimaan anugerah. Sebagai insentif kepada ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan. Membina keyakinan diri yang utuh apabila berhadapan dengan cabaran dan perkembangan semasa. Pra Syarat kelayakan Warganegara Malaysia Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai umur 11 tahun pada tahun semasa. Ahli yang berdaftar dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Mempunyai sahsiah dan berketerampilan. Mempunyai daya tahan yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran.


PELAKSANAAN ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya (BAKP) merupakan peluang peserta menggunakan pengetahuan Pandu Puteri dan pengetahuan am, khasnya dalam perkara-perkara berikut: o Sistem dan struktur Pandu Puteri - Pasukan sendiri, Daerah, Cawangan, Kebangsaan, dan Antarabangsa o Sistem dan struktur Kerajaan Malaysia - Pembangunan, Pendidikan, Perindustrian o Warisan dan adat resam masyarakat Malaysia BAKP merupakan peluang peserta membuktikan pengalaman Pandu Puteri masing-masing menerusi penyimpanan Buku Log dan melaksanakan beberapa cabaran yang telah ditetapkan Syarat BATHKPC: Berupaya melengkapkan buku log. Telah menyertai atau membantu acara mewakili pandu puteri di peringkat sekolah dan zon , daerah atau cawangan. Telah menyertai sekurang-kurangnya satu ( 1 ) perkhemahan/ Cuti Pasukan Pandu Puteri Tunas anjuran Pandu Puteri. Mencapai sehingga peringkat Tangan Emas. BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN (BATHKPC)


BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN (BATHKP) Syarat BATHKP: Telah memperoleh sijil Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) Menyertai atau membantu acara pandu puteri di peringkat cawangan,kebangsaan atau antarabangsa. Memperoleh sembilan (9 ) lencana kecekapan berikut: -Pengumpul -Ahli rumah tangga -Pereka Permainan Kanak-kanak -Kecergasan- Pertolongan cemas -Jurumasak Satu(1) Lencana Kecekapan dari setiap kumpulan di bawah: - Kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C BATHKP dijalankan di peringkat Kebangsaan semasa cabaran Pandu Puteri Tunas 4 hari 3 malam. Buku Log perlu dihantar ke Ibu Pejabat pada bulan September (Tarikh akan dimaklumkan) Buku Log perlu dihantar ke Ibu Pejabat Buku Log Peribadi Buku Log Lencana Kecekapan i) Jurumasak ii) Satu Lencana Kecekapan dari kumpulan A iii) Satu Lencana Kecekapan dari kumpulan B iv) Satu Lencana Kecekapan dari kumpulan C


Panel Penilai Panel Penilai BATHKP terdiri daripada TIGA (3) orang seperti berikut: Jurulatih bertauliah terutama Jurulatih Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya cawangan atau Pesuruhjaya Bahagian Pandu Puteri Tunas cawangan / daerah ATAU pemimpin berwaran dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga ( 3 ) tahun.


Merancang program/aktiviti


Merancang program/aktiviti


Merancang program/aktiviti


Merancang program/aktiviti


Click to View FlipBook Version