The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Majlis Apresiasi Kecemerlangan & PIBG 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK TAMAN PASIR PUTIH, 2024-04-27 10:00:51

BUKU PROGRAM MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN DAN MESYUARAT PIBG 2024

Buku Program Majlis Apresiasi Kecemerlangan & PIBG 2024

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KKAALLII KKEE--2222MAJLIS 28 APRIL 2024 AHAD 8.00 PAGI - 12.00 TGH DEWAN PERDANA, SKTPP Dirasmikan oleh: ENCIK IZURIN BIN HJ MUHAMAD AMIN YDP PIBG SKTPP SK TAMAN PASIR PUTIH “Pemangkin Paradigma Generasi Baharu”


KATA-KATA ALUAN Yang Dipertua PIBG Sesi 2023 / 2024 Bismillahhirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Terima kasih diucapkan kepada pengacara majlis. Yang Berusaha Tuan Haji Abd Rashid bin Amat, Guru Besar SK Taman Pasir Putih, Yang Dihormati Puan Alimah binti Musa, Penolong Kanan Kurikulum Pentadbiran, Encik Mohd Hisam bin Saeed, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Asiah binti Shariff, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Waheda binti Jalil, Penolong Kanan Petang, barisan guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG, ibu bapa yang budiman serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pihak Sekolah SK Taman Pasir Putih kerana telah berjaya merancang dan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Mesyuarat Agong PIBG kali ke 22 ini dengan baik. Seterusnya, ucapan tahniah saya ucapkan kepada anak-anak yang telah berjaya mencipta dan melakar kejayaan dalam bidang pelajaran sama ada dalam bidang akademik mahu pun dalam bidang kokurikulum. Alhamdulillah syukur saya ucapkan kepada Allah SWT kerana pada pagi ini kita dapat sama-sama berkumpul dalam majlis Majlis Mesyuarat Agung PIBG 2024 kali ke 22. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan hadir ke majlis ini. Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan murid yang berkualiti dari aspek akademik dan ko-akademik . Semoga majlis ini dapat dijadikan asas permulaandan penyuntik semangat kepada anak- anak murid untuk terus berjaya menjadi cemerlang , gemilang, terbilang di masa hadapan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Sebenarnya, kejayaan seorang murid bukan hanya terletak pada usaha dan kesungguhan guru semata-mata. Selain guru yang diumpamakan lilin membakar diri ini, ibu bapa juga perlu mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malah tuan-tuan dan puan-puan, bagi saya faktor yang paling utama kejayaan terletak pada diri murid itu sendiri, agar sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Pada kesempatan ini saya menyeru murid-murid agar dapat membuktikan bahawa anda mampu meneruskan kejayaan yang lebih gemilang dalam aspek pendidikan mahupun sukan. Berusahalah dengan lebih gigih berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru untuk memperoleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. Hadirin sekalian, Saya percaya majlis pada hari ini selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan murid-murid agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan semoga program seperti ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan dalam pelajaran. Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah kerana persatuan ini menjadi medium untuk mencetuskan hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan. PIBG turut berganding bahu bersama-sama pihak sekolah dalam pembangunan modal insan dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri murid bagi melahirkan generasi yang berkualiti, bersepadu dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid atas kejayaan yang telah anda perolehi dalam sesi pembelajaran 2022- 2023. Akhir kata, dengan lafaz “Bismillahirahmanirrahim” saya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Encik Izurin bin Mohamad Amin, YDP PIBG SK Taman Pasir Putih.


KATA-KATA ALUAN Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih Bissmillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih saudari Pengacara Majlis, Yang dihormati Encik Izurin bin Mohd Amin, Yang Dipertua PIBG SK Taman Pasir Putih, ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, barisan Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang diraikan seterusnya para hadirin yang saya muliakan. Izinkan saya melafazkan dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh pihak pengurusan sekolah. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan dengan lancar dan teratur. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan negara. Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang murid-murid dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya. majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini, saya bagi pihak sekolah ingin merakamkam ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada murid-murid yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka. Sebenarnya, kejayaan seorang murid tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah rendah perlu harus “Memberi”, agar murid-murid bersedia untuk “Menerima”. Selain insan yang ibarat lilin yang membakar diri ini, ibu bapa dan guru perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya, yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri murid-murid itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan.Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Oleh itu, para hadirin sekalian, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk murid-murid mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran pada tahun ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada murid-murid lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang. Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Saya ingin menyeru kepada diri saya dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, marilah kita saling bergandingan bagi memastikan para penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara pada masa hadapan dan bukan merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita. InshaAllah. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Anugerah Cemerlang bagi Tahun 2023/2024 pada hari ini. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih. Tn Hj Abd Rashid bin Amat, Guru Besar SK Taman Pasir Putih.


ATURCARA PROGRAM 7:30 – 8:00 : PENDAFTARAN IBU BAPA : LAGU BANGSA JOHOR : LAGU NEGARAKU : PERSEMBAHAN MURID : DOA 8:15 : UCAPAN YDP PIBG (PERASMI) 8.15 -9.45 : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 i. UCAPAN ALUAN YDP PIBG SESI 2023 ii. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 SESI 2023 iii. PEMBENTANGAN PROGRAM DAN KEWANGAN SESI 2023 iv. PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN USUL v. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2023 vi. PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2024 vii. UCAPAN PENANGGUHAN YDP PIBG SESI2024 9.45-10.10 : REHAT /PERSEMBAHAN MULTIMEDIA 10.10 – 12.00 : PENYAMPAIAN ANUGERAH (SESI 1- GB) i. ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PRA SEKOLAH (4 ANUGERAH) ii. ANUGERAH SIMBAI DIKARA PRA SEKOLAH (2 ANUGERAH) iii. ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS (3 ANUGERAH) iv. ANUGERAH SIMBAI DIKARA PENDIDIKAN KHAS (2 ANUGERAH) : PENYAMPAIAN ANUGERAH (SESI 2 – PK HEM) v. ANUGERAH SIMBAI DIKARA TAHAP 1 (38 ANUGERAH) vi. ANUGERAH SIMBAI DIKARA TAHAP 2 (36 ANUGERAH) : PENYAMPAIAN ANUGERAH (SESI 3 – YDP PIBG) vii. ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG TAHAP 1 (57 ANUGERAH) : PENYAMPAIAN ANUGERAH (SESI 4 –NYDP PIBG) viii. ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG TAHAP 2 (54 ANUGERAH) : PENYAMPAIAN ANUGERAH (SESI 5 – PK HEM / YDP PIBG) ix. ANUGERAH PENCAPAIAN MATA PELAJARAN TERBAIK (SUBJEK - 66 ANUGERAH) : PENYAMPAIAN ANUGERAH (SESI 6 – GB) x. ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA (12 ANUGERAH) xi. ANUGERAH PENGAKAP RAMBU (4 ANUGERAH) xii. ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM (5 ANUGERAH) xiii. ANUGERAH TOKOH NILAM (2 ANUGERAH) xiv. ANUGERAH TOKOH MURID (1 ANUGERAH) : PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA YDP PIBG (PENYAMPAI GB) : MAJLIS BERSURAI


AHLI JAWATANKUASA PIBG CARTA ORGANSASI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK TAMAN PASIR PUTIH 2024 ABD RASHID BIN AMAT PENASIHAT IZURIN BIN MUHAMAD AMIN YANG DIPERTUA MUHAMAD NASIR BIN MOH NOR NAIB YANG DIPERTUA NURULHAYANI BINTI MUHAMAD SEPIAN SETIAUSAHA JHANAKI A/P SELVARJOO BENDAHARI HAZLINAH BINTI JEBOK NAIB BENDAHARI AJK GURU DAYANG AZFIZA BINTI ABANG ZAINAL ARIFFIN MUHAMMAD RAZLAN BIN MAHAT SYED MOHAMAD HAKIMI BIN SYED AZMY MOHAMAD ARIF AKHMAL BIN SHAARI AJK IBU BAPA HAZARUDI BIN ABDUL HAMID NUR AKMAR BINTI ARIFFIN AMILAH BINTI JAMALUDIN NORIZUHANA BINTI MOHAMAD SATAR PEMERIKSA KIRA-KIRA NURAZREEN MAISARAH BINTI AZMI NORREN NORLAILY BIN ABDUL HAMID PEMEGANG AMANAH NORZAITA BINTI JAMIL MOHD LUKMAN NUL HAKIM BIN HARUN


JAWATANKUASA PENGELOLA MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN & MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 TN HJ ABD RASHID BIN AMAT PENGERUSI PN. ALIMAH BINTI MUSA TIMBALAN PENGERUSI EN. MOHD HISAM BIN SAEED PN. ASIAH BINTI SHARIFF PN. WAHEDA BINTI JALIL NAIB PENGERUSI NURULHAYANI BINTI MUHAMAD SEPIAN DAYANG AZFIZA BINTI ABANG ZAINAL ARIFFIN SETIAUSAHA NURULHAYANI MUHAMAD SEPIAN DAYANG AZFIZA BINTI ABANG ZAINAL ARIFFIN TUSIAH BINTI JAMINGAN HAZLINAH BINTI JEBOK URUS SETIA PN. ALIMAH BINTI MUSA EN. MOHD HISAM BIN SAEED PN. ASIAH BINTI SHARIFF PN. WAHEDA BINTI JALIL RAJA MUHAMMAD RIZUL ADHA BIN RAJA IDRIS ROSIDAH BINTI JUNIT PENYAMBUT TETAMU NUR FAREHAH BINTI ZAIDI (TAHAP 1) NUR SYAHIRAH BT ZULKEFLI (TAHAP 2) ROSMAWATI BT MAT AIL (SIMBAI DIKARA) NUR AIMUNI ZAHIDAH BINTI MOHD RHANI (P. KHAS & PRA SEKOLAH & PERSEMBAHAN MURID) NURULHAYANI BINTI MUHAMAD SEPIAN (AJK PIBG) SIJIL PENGELOLA PENERIMA ANUGERAH (DEWAN INSPIRASI) TAHAP 1 NURUL FARIZA BT MOHD LOTFI MUHAMMAD AIMAN SYAFIQ BIN RAHIM SITI MAYSARA BINTI MUSANIF TAHAP 2 NORMUFIDAH BINTI ABD RAZAK ELIZAWATY BINTI RAMLEE FADZLI BIN LUGIMAN PENDIDIKAN KHAS MD FUHAD BIN MON@NOR PRASEKOLAH JULIYANA BINTI MARZUKI TOKOH KOKURIKULUM NURUL SYAFI FATIN BT HAMDAN SIMBAI DIKARA RAJA MUHAMMAD RIZUL ADHA BIN RAJA IDRIS PENGELOLA PENERIMA ANUGERAH (DEWAN PERDANA) AHMAD FAEZ FARUQUE BIN ZUHAIRAM MOHD LUKMAN NUL HAKIM BIN HARUN NURLIAYANA BINTI MOHD ASRI ROSMAWATI BT MAT AIL NUR FAEIZAH BINTI OSMAN SURAT JEMPUTAN & PENGELOLA PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG NUR SYAFIQA BINTI MOHD ZAMANI CENDERAMATA LAPORAN RENUGA A/P ANGASAMY FOTOGRAFI MUHAMMAD SYAFIQ BIN DAUD (K) MUHAMAD AIZUDDIN BIN ROSMAN DOKUMENTASI MOHAMAD ARIF IKHMAL BIN SHAARI (K) NAGENTREN A/L SUBRAMANIAM MUHAMMAD SYAHMI BIN SAIFUL ISKANDAR MOHD HAFIZULLAH BIN ISMAIL MUHAMMAD AIMAN SYAFIQ BIN RAHIM AHMAD FAEZ FARUQUE BIN ZUHAIRAM PERSIAPAN TEMPAT MOHD HAFIZA BIN MAT NOR BACAAN DOA SENTHILKUMARAN A/L RAMASAMY (K) SYED MOHAMAD HAKIMI BIN SYED AZMI SISTEM PA DAN TEKNIKAL


AMIRA IMANNINA BINTI AZHAR APENDI(K) JHANAKI A/P SELVARAJOO THAVINEE A/P EH WOON PUTRI BALQIS BINTI ABDULLAH BUKU & e-BOOK PROGRAM NORA AZLIN BINITI SALLEH (K) RAIHAN BINTI WAHAB SOPHIAN RAYMIE BIN MD YUSUP SHARIFAH NURBALQIS EZZATI BINTI SYED ISMAIL PERSIAPAN PENTAS & SERANTA NORIMAH BINTI SAMAN(K) (TEKS GB) SHALAWATI BINTI MOHD SEDIK (TEKS YDP PIBG) TEKS UCAPAN SITI AISHAH BINTI TALIB (K) ROZIAH BINTI BUANG PENDAFTARAN PENERIMA ANUGERAH & BORANG KEHADIRAN MESYUARAT PIBG SITI NUR FATIHAH BINTI ZAINAL ABIDIN(K) NUR SHUHADAH BINTI ABDUL RAHMAN MOHAMAD ZAMI BIN ZULKIFLEE PENGACARA MAJLIS NORA AZLIN BINTI SALLEH (K) MOHAMAD ZAMI BIN ZULKIFLEE PERSEMBAHAN MURID FARIDA BT YUSOF(K) NOR NAZIFFAH BINTI MOHMAD JUBARI JAMUAN VIP MOHAMED HUSAINI BIN MOHD NASIR (K) RASIDAH BINTI SAMSURI FADZILAH BT MARHABAN JAMUAN GURU / AKP SHAHRUL NIZAM BIN ZAKARIA (K) MOHD HAFIZULLAH BIN ISMAIL SITI MARIAM BINTI MUHAMMED JAMUAN PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG & MURID PERSEMBAHAN MUHAMMAD AMIRUL FAIZ BIN MD HANAFI (K) RAMSAH BINTI BABU SITI NORBASYIRAH BINTI SH ABD RAHIM NUR DALILA BINTI MD JUSOH JAMUAN IBU BAPA NORZAITA BINTI JAMIL (K) ERLIE IRAWATY BT KASRAN AZILAH BINTI ZAHARI HAZLINAH BINTI JEBOK HALIMATUS SAADIAH BT MOHAMAD SAFIR NURUL HAYATI BINTI AHMAD SANISAH BINTI SEMBAK NORIMAH BINTI SAMAN SHALAWATI BINTI MOHD SEDIK NAJIBAH BINTI UMORUDDN NUR SAKINA BINTI RAHMAN RAIHAN BINTI ABU KASIM MOHD HAFIZA BIN MAT NOR MOHD IZZAT AZIM BIN ARIFFIN JULIYANA BINTI MARZUKI PENGELOLA HADIAH, SIJIL & CENDERAMATA MUHAMMAD RAZLAN BIN MAHAT(K) AHMAD FADZLI BIN BAHARA NORDIN KAWALAN & KESELAMATAN MOHD SAIRUZI BIN AB WAHAB (K) HASIFF BIN ISMAIL MOHD HAFIZA BIN MAT NOR THAVINEE A/P EH WOON KEBERSIHAN MOHAMAD ARIF IKHMAL BIN SHAARI MUHAMMAD RAZLAN BIN MAHAT PENGIRAAN UNDI AYAMAH A/P RAMACHANDARAM AZLINA BINTI AZIZ SITI NUR SUKRIAH BINTI MOHD SUKRI PENCATAT MINIT MESYUARAT JHANAKI A/P SELVARAJOO PENYATA KIRA-KIRA KHAIRUNNISYA BINTI ISMAIL SYED MOHAMAD HAKIMI BIN SYED AZMI KOMPILASI VIDEO SEKOLAH NUR SYAFIQA BINTI MOHD ZAMANI SANIAH BINTI MUHD YUSOFF SITI HAJAR BINTI ZULKEFLI AJK JUALAN KGS JAWATANKUASA PENGELOLA MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN & MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22


MINIT MESYUARAT MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-21 SK TAMAN PASIR PUTIH SESI 2022/2023 Hari : Ahad Tarikh : 21 Mei 2023 Masa : 10.00 pagi Tempat : Dewan Perdana Kehadiran : 86 orang AGENDA 1 :UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 1.1 YDP PIBG, En Izurin bin Muhamad Amin mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG atas kerana dapat melaksanakan mesyuarat, dan berterima kasih atas kehadiran ibu bapa. Beliau berkognsi tentang syarat kehadiran minima untuk melaksanakan mesyuarat, iaitu tiga kali ganda jumlah AJK. Beliau sekali lagi merakamkan penghargaan atas ibu bapa yang hadir. 1.2 Encik Izurin menyatakan penghargaan kepada ibu bapa yang memberikan sumbangan tenaga dan kewangan untuk sesi lepas. Beliau memuji sikap tidak lokek para penyumbang, dan menekankan kepentingan sumber kewangan yang kukuh supaya organisasi dapat bertindak bagi setiap usul yang ibu bapa kongsikan. 1.3 Beliau mengucapkan tahniah atas usaha PIBG untuk membaikpulih fasiliti sekolah, dan mendoakan kelancaran mesyuarat. AGENDA 2 :UCAPAN TUAN GURU BESAR 2.1 Tuan Guru Besar, Encik Abdul Rashid bin Amat merakamkan penghargaan atas pihak sekolah dan ibu bapa yang bekerjasama untuk meningkatkan tahap pendidikan anak-anak. Beliau berkongsi mengenai perkembangan arus pendidikan terkini yang bukan hanya mementingkan pencapaian akademik, malah mementingkan pembentukan sahsiah dan perkembangan skil. Beliau merakamkan tahniah atas pencapaian menyeluruh sekolah dalam p=bidang akademik dan kokurikulum. 2.2 Berkongsi tentang perlunya ibu bapa menghantar anak ke sekolah dalam kawasan zon masing-masing bagi mematuhi arahan PPD. Arahan ini dikeluarkan bagi menyelesaikan isu jumlah penduduk yang ramai, dan mengelakkan limpahan murid dalam sesebuah sekolah. 2.3 Beliau menyatakan keterbukaan pihak sekolah untuk menerima aduan dan perkongsian masalah daripada ibu bapa, dan menegur tindakan individu yang menyebarkan berkenaan isu sekolah di media sosial. Tindakan individu sebegini akan menyebabkan pihak sekolah perlu melaburkan sumber masa, wang dan tenaga yang berharga untuk proses formaliti yang panjang dan memakan kos. Beliau juga mengalu-alukanibu bapa untuk berkongsi secara terus dengan pihak sekolah, kerana saluran ini lebih pantas dan cepat bagi menyelesaikan isu yang perlu diselesaikan. 2.4 Tuan Guru Besar mendoakan kelancaran majlis mesyuarat, dan kesediaan untuk menjawab usul ibu-bapa yang akan dibangkitkan dengan jelas. AGENDA 3 :PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 (SESI 2021/ 2022) 3.1 En. Izurin membentangkan minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-20. 3.2 Pengesahan minit Mesyuarat: Disahkan oleh : Ustaz Hafizullah bin Ismail Disokong oleh : Puan Noreen Norlily binti Asaari AGENDA 4 :PEMBENTANGAN AKTIVITI PIBG DAN PENYATA KEWANGAN 4.1 Setiausaha, Cik Norliana binti A Rahman membentangkan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang sesi lepas; termasuklah membaikpulih fasiliti sekolah seperti kipas (1), lampu (2),tandas (3), padang (4), bumbung surau(5), mengecat dinding sekolah (6), sumbangan tong sampah (7), mengganti buku teks yang uzur (8), pembinaan gelanggan petanque (9), gelanggang memanah (10), dan dinding squash (11), kutipan dana kebajikan Ramadhan (12), sumbangan kurma Aidilfitiri (13), dan menukarganti pemadam api yang tamat tempoh (14). 4.2 En. Izurin membentangkan penyata kewangan tahunan PIBG sesi 2022/ 2023. 4.3 Pengesahan penyata kewangan sesi 2022/ 2023: Disahkan oleh : En. Shahrizal Aminur bin Baba Disokong oleh: En. Muhd Zahlil bin Salleh


MINIT MESYUARAT AGENDA 5 :PEMBENTANGAN USUL IBU BAPA 5.1 En. Izurin bin Muhamad Amin membentangkan 29 usul ibu bapa yang terdapat dalam Buku Program. 5.2 Usul-usul telah diterangkan dengan terperinci oleh YDP PIBG, Tuan Guru Besar, dan GPK HEM, terutamanya berkenaan isu trafik hadapan sekolah pada waktu kemuncak (1), isu beg berat dan murid tidak menyusun buku mengikut jadual (2), kuantiti dan kualiti makanan kantin (3), kes buli (4), cadangan perkongsian data numerik berkenaan rumusan keseluruhan pencapaian akademik (5), mengelakkan aktiviti di padang semasa musim panas (6), cadangan perkonsian penyata kewangan PIBG secara menyeluruh sebagai cara meningkatkan motivasi ibu bapa untuk menyumbang (7), dan cadangan pelaksanaan kelas tuisyen bagi murid lemah (8). 5.3 Pihak sekolah turut mengharapkan sokongan dan sumbangan ibu bapa dalam menjayakan program dan inisiatif yang dirancang, terutamanya Projek Dana Gemilang bagi membaiki saluran kawasan padang sekolah yang banjir dan bertakung. AGENDA 6 :PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2022/ 2023 6.1 YDP PIBG secara rasminya membubarkan AJK PIBG 2022/ 2023 dan menyerahkan pelantikan AJK sesi 2023/ 2024 kepada Guru Besar merangkap Penasihat PIBG. AGENDA 7 : PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2023/ 2024 7.1 Tuan Guru Besar mencadangkan agar pihak sekolah menguruskan pelantikan Jawatankuasa Guru sesi 2023/ 2024, dan mendapat sokongan En. Izurin. Pelantikan Bendahari terus dijalankan bagi memudahkan urusan kutipan sumbangan. Cikgu Jhanaki a/p Selvarajoo dilantik sebagai Bendahari PIBG SKTPP. 7.2 Senarai Jawatankuasa Ibu Bapa sesi 2023/ 2024: Yang Dipertua : En. Izurin bin Muhammad Amin Naib Yang Dipertua : En. Muhamad Nasir bin Mohd Nor AJK Ibu Bapa : Pn. Noreen Norlily binti Asaari En. Hazarudi bin Abdul Hamid Pn. Norizuhana binti Mohamad Satar Pn. Jamilah binti Jamaludin Pn. Nor Akmar binti Arifin AGENDA 8 :SUMBANGAN PIBG 2023/ 2024 8.1 En. Hazarudi bin Abdul Hamid mencadangkan untuk mengekalkan jumlah sumbangan, iaitu RM100.00 bagi satu keluarga serta tambahan RM10.00 bagi Dana Kecemerlangan setiap seorang murid, dan telah disokong oleh En. Mohd Nassir bin Kamarudin. AGENDA 9 :UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YDP PIBG SESI 2022/ 2023 9.1 En. Izurin mengharapkan sokongan dan sumbangan ibu bapa untuk sama-sama menjayakan usaha sekolah dalam memartabatkan pendidikan anak-anak. 9.2Beliau mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir, AJK dan ibu bapa. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari. Disediakan oleh: Urus Setia Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-21 SK Taman Pasir Putih Tarikh: 25 Mei 2023


PENYATA KEWANGAN PIBG


USUL No Nama Ibu Bapa/ Penjaga Usul 1 Nur Fadhliana Binti Jamaluddin Check fasiliti penting terutamanya kipas di setiap kelas anak-anak, pastikan semuanya berfungsi dengan baik, kerana cuaca yang panas di Malaysia, akan mengganggu terutamanya anak-anak yang mempunyai masalah kulit yang teruk atau kronik 2 Nur Akmar binti Ariffin Naik taraf padang secepatnya. Kesian anak-anak nak bersukan dengan lecaknye jika hari hujan 3 Messelina Bt Mokhtar Minta kerjasama guru-guru SKTPP untuk adakan hari sukaneka unutk murid-murid yang tidak terlibat dengan mana-mana acara. Dengan adanya sukan macam ni boleh menaikkan semangat anak-anak untuk ke sekolah pada hari sukan. diberi contoh anak murid yang tidak terlibat dengan mana-mana acara seperti perbarisan, senam aerobik, larian atau sebagainya boleh diberi acara yang lain untuk beri anakyang rasa kemeriahan hari sukan sekolah untuk murid tahap 1 yang tiada merentas desa disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan , boleh diberi acara lain untuk mereka merasa kemeriahan hari sukan sekolah bila adanya 1 acara yang anak-anak murid terlibat pada hari sukan ia boleh beri semangat untuk anak-anak hadir meraikan hari sukan sekolah. Kalau tak anak-anak akan cakap murid yang sama je cikgucikgu pilih untuk sertai acara. Saya tidak dapat hadir pada hari PIBG kerana pada tarikh itu saya berada di kuar kawasan. Saya usulkan pendapat saya tentang ini kerana ini tahun ke-5 anak saya di sekolah, dia bukan seorang yang aktif sukan tetapi saya nak anak saya dan anak-anak murid lain yang sama seperti anak saya merasai kemeriahan hari sukan sekolah rendah, buatkan dia rasa semangat nak hadir pada hari sukan untuk sokong rakan-rakan yg lain. Terima kasih. 4 Mohd Rafee Abdullah Isu beg sekolah berat, bawa buku teks banyak. 5 Maslin bin Mohd Yatim Harap dapat menambah baik tandas murid 6 Husnee bin Hashir Mohon diadakan mesyuarat atau program sekolah yang melibatkan kehadiran ibu bapa dibuat pada hari sabtu. 7 Zurina binti Moha Makanan di kantin tidak mencukupi jika anak-anak keluar lambat makanan dah habis. Harap pihak kantin dapat sediakan makanan untuk pelajar mencukupi . Terima kasih. 8 Mohd Syarafuddin bin Kamal Bahrin harap dpt pertingkatkan kebersihan di tandas sekolah. 9 Azizi Bin Tengkawang Arahkan guard menjaga keadaan lalu lintas 10 Mohd Aminuddin bin Abdul Manaf Membenarkan ibu bapa menghantar anak kedalam dengan menaiki motosikal


USUL No Nama Ibu Bapa/ Penjaga Usul 11 Mohd Khirulerwan bin Abd Rahman Mohon pihak berkuasa Pasir Gudang tebang pokok besar di pagar depan sekolah. Khuatir ribut pokok tumbang terhempap kenderaan ibu bapa yang mengambil anak balik dari sekolah. 12 Mohd Badrul Hisyam Bin Awang Cadangan yuran PiBG dikutip sekali bersama yuran sekolah 13 Noor Khairilliza binti Johari Penjualan baju sukan / krmj dijual semasa waktu pembelian buku untuk memudahkan ibu bapa memilih saiz yang sesuai untuk anak. Dan buku tulis juga diletakkan diruang pilihan memandangkan buku tulis yang dibeli jarang digunakan oleh guru terutama buku garis 3, berita dan juga buku garis 1. 14 Kalsom binti Zakaria Inginkan kelas tambahan apa-apa subjek sebab diluar bayaran mahal.


1 MAWAR (TEMPAT PERTAMA) MOHAMAD HANIF BIN MOHD ARIF 2 MELATI (TEMPAT PERTAMA) HUD BIN MOHD SAPIZEE 3 MELUR (TEMPAT PERTAMA) ADAM ZAFRAN BIN ABDUL RAZAK SIMBAR DIKARA (PEREMPUAN) NUR NUHA RAISHA BINTI SYAHIR SUAIRI SIMBAR DIKARA (LELAKI) AZRAN HARISH BIN ROSLI Tokoh Kurikulum Terbaik MUHAMMAD SHAFI'E BIN MOHD FAIZAL Tokoh Kokurikulum Terbaik PUTERI NURHAFIZAH BINTI MUHAMMAD HAFIZ Tokoh Kehadiran Terbaik RAYZEEL KHALIFAH BIN HAZRAFAIZAL Tokoh Kepimpinan Terbaik MUHAMMAD AMIR ZAQUAN BIN MOHD FAUZI Simbai Dikara (LELAKI) AKBAR DANIYAL B IN AHMAD FARRED Simbai Dikara (Perempuan) NUR AISYAH MEDINA BINTI MOHAMMAD ARIF ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA TAHUN 1 ZAFRAN AJMAL BIN ZUFADLI AIRA HAWANI BINTI MOHAMAD AZMIN TAHUN 2 NOR DHIA HANANI BINTI AZLAN ALIF KAIZAN BIN HARRY TAHUN 3 ADRA AMANI BINTI MOHD AZRIN MOHAMAD ADAM FAYYADH BIN MOHAMAD AZRIN TAHUN 4 FEZRUL NAOHAD BIN ISMAIL NUR SAFIAH HANI BINTI MOHAMAD SYAH IZWAN TAHUN 5 SITI RAIHAH BINTI MD HALIL MUHAMMAD HAIQAL BIN MOHD JAMRI TAHUN 6 NUR AININ SOFIYA BINTI MUHAMAD NASIR MOHAMAD FIRAS ADLY BIN JAMIL ANUGERAH KOKURIKULUM SOPHIA MIERZA BINTI SOPHIAN RAYMIE ARISSA QAISARA BINTI EDHAM REDZA DARWIS AQIF SYAMIL BIN HAZARUDI MUHAMMAD RIZQI RAYYAN BIN MOHD RIZAL HANA ERYNA BINTI MOHD ZAIRI ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK SOPHIA MIERZA BINTI SOPHIAN RAYMIE AISYAH MEDINA BINTI HERMAN ARISSA QAISARA BINTI EDHAM REDZA KEISHA IZZ ZARA BINTI IZURIN ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK PENDIDIKAN KHAS ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK PRASEKOLAH SENARAI PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH TOKOH MURID SOPHIA MIERZA BINTI SOPHIAN RAYMIE ANUGERAH NILAM SOPHIA MIERZA BINTI SOPHIAN RAYMIE MUHAMMAD HAIDAR BIN MOHD KAMIL


3 gem ZAHIN RIFQI BIN MOHD FARINO FARWIZAH BINTI SHAHDON 3 cem MUHAMMAD DARWISH Bin MOHD ZAM HAZREQ NUR ALISHA MAISARAH BINTI MUS'AB 3 pin MUHAMMAD RIZQI RAYQAL BIN MOHD RIZAL NUR IRDINA SAFURA BINTI MOHAMAD SHUKRI 3 bij MUHAMMAD QALEYSH EUSOFF BIN RAMLI AWFIYAH SUMAYYAH BINTI MOHD RAZLAN 3 bes NAJIHAH BINTI AHMAD KHUSAIRI NUR IRDINA SOFIA BINTI MOHAMAD FAHMI 3 ded HAMSA BIN ISMAIL DHIA MARDHIAH BINTI HAFIZULLAH 4 gem MUHAMMAD ZARIF DARWISY BIN MUHAMMAD FAIZ UMMI MAISARA SOFEA BINTI EFFENDY 4 cem MUHAMMAD SYAHMI ILHAM BIN MOHD SUHAIMI NUR DAMIA IRDINA BINTI FAIZOL 4 pin KHADIJAH HUMAIRA BINTI MASLIN MUHAMMAD HAFIY RAIQAL BIN ZULHILMI 4 bij MUHAMMAD AKID ASYRAAF BIN MAT ASRI NURQASEH AIDA BT ABDUL SAMAD 4 bes MUHAMMAD SIFUL BIN ABDULLAH SITI NURANIZAH BINTI MD NAZRI 4 ded MOHAMAD ZARIFF ZAQUAN BIN HAIRUL AZHAR NURLISA BINTI MOHD RAHIM 1 gem MUHAMMAD SYABIL NUQMAN BIN MD SYARAFUDDIN NUR HUMAIRA BINTI MOHAMAD YUSRI 1 cem NIK MUHAMMAD ZYAD BIN NIK MUHAMMAD AZMI ROS QAIRARINA BINTI RIZAQI 1 pin AHMAD AQIL BIN ZAIRUL FAIHA AMELIA BABY BINTI MOHD RIZAN 1 bij ALDRIQ QAYSAR AL HAQ BIN AZIZI NURSYAMIMI BATRISYA BINTI MOHAMAD NAZRI 1 bes MUHAMMAD SHUKRI ANAQI BIN SHAHRUL SUFIAN NURYN KYRIENNISA BINTI MOHAMAD HAIDZIR 1 ded ANAS BIN ABD RAHMAN AISYAH NADHRAH BINTI AMIRUL ELMI 1 cer MUHAMMAD FAKHRI AMMAR BIN RAZALI NUR KHALIFATUL FATAYAT BINTI MOHD KARMIZI 2 gem MUHAMMAD AKID ARIFF BIN BAT AHMAD ARIFF IMAN ALISYA TIHANI BINTI MOHD YUZAIRI 2 cem MUHAMMAD AIMAN HAFIZI B MOHAMMAD HAFIZ NUR ATIQAH AMANI BINTI MOHD JAMRI 2 pin MUHAMMAD AMSYAR DANIAL BIN MOHD NOOR MUHAMMAD AAQIF IRFAN BIN SUZUAN 2 bij NUR IRDINA SOFEA BINTI KHAIRUL KAHAR STELLA SHAKIRA BINTI ABDULLAH 2 bes MUHAMMAD ADAM RAYQAL BIN ABDUL QAYYUM ARALYN RAISYA BINTI AHMAD ROHAIZAD 2 ded AUNI AFINA BINTI NORAZMAN NUR ADELIA SHAYLA BINTI HERWAN SENARAI PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH SIMBAI DIKARA TAHUN 3 ANUGERAH SIMBAI DIKARA TAHUN 4 ANUGERAH SIMBAI DIKARA TAHUN 1 ANUGERAH SIMBAI DIKARA TAHUN 2


1 gem 1 MUHAMMAD SYABIL NUQMAN BIN MD SYARAFUDDIN 2 MUHAMMAD AMIR SYAHRI BIN JAKA IRAWAN 3 MUHAMMAD NIYAZ BIN MOHD HAFIZ 1 cem 1 NIK MUHAMMAD ZYAD BIN NIK MUHAMMAD AZMI 2 ARYAN DZIQRI BIN AHMAD DZAKWAN 3 NOOR ALISHA BINTI MOHD HAFIDI 1 pin 1 AQIL FAYYAD IZDIHAR BIN MOHD SAMIDAN 2 MIOR MUHAMMAD AQIL BIN MIOR MOHD AZLI 3 MUHAMMAD AISY RAEEF BIN MOHD FIRDAUS 1 bij 1 RAISSA HANA SOFIA BINTI MOHAMAD FIRDAUS 2 MUHAMMAD HARRIS AMZAR BIN MOHD HARIDI 3 NURSYAMIMI BATRISYA BINTI MOHAMAD NAZRI 1 bes 1 NUR AIN SYUHADA BINTI SALIM 2 NUR KAMELIA HANAN BINTI KAMARUDIN 3 NURYN KYRIENNISA BINTI MOHAMAD HAIDZIR 1 ded 1 NUR SYAZWANI BINTI NAHARUDIN 2 AHMAD DAYYAN HARRAZ BIN MUHAMAD FARIS 3 AISYAH NADHRAH BINTI AMIRUL ELMI 1 cer 1 MUHAMMAD FAKHRI AMMAR BIN RAZALI 2 NUR KHALIFATUL FATAYAT BINTI MOHD KARMIZI 3 MOHAMAD FAYYADH NAUFAL BIN MOHD FARID 2 gem 1 NURDELISHA NADIRA BINTI ZAWAWI 2 MUHAMMAD LUQMAN BIN MUNIR 3 NUR AINNUHA NASHWA BINTI MOHD NAZARUDDIN 2 cem 1 NUR KHAIRA AFIQAH BINTI MOHD KHIRULERWAN 2 MUHAMMAD AQASHAH FAYYAD BIN MUHAMMAD NOOR HAFIZEE 3 MUHAMMAD AIMAN HAFIZI BIN MOHAMMAD HAFIZ 2 pin 1 MUHAMMAD IMAN ARDHANI BIN YUZLEE 2 MUHAMMAD UWAIS BIN SAHRIL SAN 3 NOR ADAM DANIEL BIN NOR AZHAR 2 bij 1 NOR DHIA HANANI BINTI AZLAN 2 NUR AKIFA NAILA BINTI SAHRULANUAR 3 MUHAMMAD SYAWAL IMAN BIN HAIROL AZHAR 2 bes 1 DHIA NABILA BINTI HAFIZULLAH 2 MUHAMMAD ADAM RAYQAL BIN ABDUL QAYYUM 3 NUR ARISSA BINTI HALIM 2 ded 1 KASIH NURAMINAH BINTI MOHD ROZI 2 NUR ADELIA SHAYLA BINTI HERWAN 3 SITI NUR AMISHA SYAAIRAH BINTI NURIZWAN 5 gem INTAN IMANDA RANIA BINTI MUHAMAD AFZAM NURUL HAWANI BINTI ZUHAIDI 5 cem IMAN HANAN HUMAIRA BINTI AZARI MUHAMMAD ANIQ NAJMI BIN MUHAMMAD NOOR 5 pin AMMAR MUHAMMAD BIN MAHADI FARAH ATIQA NAJIHA BINTI BASRI 5 bij MUHAMAD AQIF ZAQWAN BIN SA'ARANI MUHAMMAD ANIQ AFIQ BIN SHAHAIMI 5 bes MAISARAH FARISAH BINTI ABDUL ADL SITI KHADIJAH BINTI FAZLIN 5 ded MUHAMMAD ADAM HAKIMI SAMSHOR KAMAR DORAIRAJ A/L THANARAJ 6 gem MUHAMMAD FARIS BIN MOHD MARZUKI NUR AFRINA NASUHA BINTI MOHD NAZARUDDIN 6 cem FAHRIN ASYRAF BIN FIRDAUS NUR AFIQAH AZLYANA BINTI NOOR AZLAN 6 pin NUR QISTINA AMANI BINTI MOHD ZAIRUL MOHAMAD QALIFF RAYYAN BIN ROSDI 6 bij FAKHRUN DAMIA BINTI PADLI MUHAMMAD ADAM NURHAIKAL BIN SHAH RIZAL 6 bes NUR QASEH ATHIRAH BINTI SAMSHOR KAMAR HADZIQ BENZEMA BIN MUHAMMAD NAZRI ERAI 6 ded RAJA MUHAMMAD SYARIFUDDIN BIN RAJA MOHD AMIN MUHAMMAD SHAHRUL ZAIM BIN ABDUL RASHID ANUGERAH SUBJEK TERBAIK TAHUN 1 SENARAI PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH SUBJEK TERBAIK TAHUN 2 ANUGERAH SIMBAI DIKARA TAHUN 5 ANUGERAH SIMBAI DIKARA TAHUN 6


ANUGERAH SUBJEK TERBAIK TAHUN 5 SENARAI PENERIMA ANUGERAH 5 gem 1 DANIEL ISKANDAR BIN SAHRIL 2 ZUNNURAIN BINTI MOHAMAD FAIZ 3 HANNAH SOFEA BINTI SAZLI 5 cem 1 NIK MUHAMMAD WAIZ BIN NIK MUHAMMAD AZMI 2 ALISHA ZARA BINTI MOHAMAD ALI 3 MUHAMMAD ADAM AFIF BIN ANUAR 5 pin 1 IMAN AKIF FIRZANI BIN MOHD YUZAIRI 2 MUHAMMAD HAIQAL BIN MOHD JAMRI 3 NURIN HAMRA BINTI MOHD HAFIZ 5 bij 1 MAISARAH FARISAH BINTI ABDUL ADL 2 MUHAMMAD FIRAS BIN FAIRUZ 3 SITI KHADIJAH BINTI FAZLIN 5 bes 1 PUTERI NUR DAMIA ZAHIRA BINTI MOHD NOR 2 MUHAMMAD FURQAN NADHEEF BIN ABD RAHIM 3 ZARA NUR IMAN BINTI ROSLAN 5 ded 1 JINAEY A/L AGILAN 2 MUHAMMAD ADAM HAKIMI BIN SAMSHOR KAMAR 3 MUHAMMAD AZHAD AL QAYYIM BIN YAHYA ANUGERAH SUBJEK TERBAIK TAHUN 6 6 gem 1 NUR AFRINA NASUHA BINTI MOHD NAZARUDDIN 2 SOPHIA MIERZA BINTI SOPHIAN RAYMIE 3 MUHAMMAD IMRAN BIN MUNIR 6 cem 1 KHALEEF UMAR BIN AHMAD KHAIROOLASAR 2 NUR ZAHRA ELEENA BINTI MOHD NORDZAAHIR 3 NURIN IRDINA BINTI ZAIRUL 6 pin 1 MOHAMAD QALIFF RAYYAN BIN ROSDI 2 DARWIS AQIF SYAMIL BIN HAZARUDI 3 DHIA MIASARA BINTI MOHAMAD FAZLI 6 bij 1 QURRATU AYUN BINTI MOHD IZAN 2 MUHAMMAD NAUFAL BIN MUHAMMAD NIZAM 3 SYAHZAMI HAIZAD BIN SAHRIZAT 6 bes 1 MUHAMMAD HAZIQ IKRAM BIN HAMZAH 2 NUR QASEH ATHIRAH BINTI SAMSHOR KAMAR 3 NUR DAMIA QAISARA BINTI MOHAMAD AZRIN 6 ded 1 SARITA VEHTTRI VINAAYAQA NAIR A/P SUGUMARAN 2 LEKSHMANN A/L THEBAN 3 MOHAMAD HAZARUL IMAN BIN HAMIZON ANUGERAH SUBJEK TERBAIK TAHUN 3 3 gem 1 DARWIS AQIB SYAKIL BIN HAZARUDI 2 AIRIS HUSNA BINTI KHAMIS 3 AHMAD UMAR SAIFULLAH BIN ANNAS 3 cem 1 MUHAMMAD AL-FATEH BIN MOHD SHAHRIN 2 MUHAMMAD NAUFAL HADIF BIN MOHD FARID 3 ARSHADUL MUAYYAD BIN KHAFIZULKHALID 3 pin 1 MUHAMMAD DHIYA AR RAYYAN BIN MOHD HAZAN 2 MUHAMMAD RAYYAN HARRAZ BIN CHE MOHD NOR 3 MUHAMAD FARZIN IFWAT BIN MUHAMAD IMRAN (PINDAH) 3 bij 1 AWFIYAH SUMAYYAH BINTI MOHD RAZLAN 2 AYRA LAILY BINTI ROSININ 3 NUR QISYA QHAIRASHADA BINTI MOHD FAIZAL 3 bes 1 MOHAMMAD HADZREEQ JULYAN BIN JULGARIB 2 NUR IZZATI NASUHA BINTI NORIZAN 3 LYON VISHNU A/L THILLAAK (PINDAH) 3 ded 1 NOOR BALQIS ALISYA BINTI SAMSUL AZMA 2 MUHAMMAD LUTHFI ILMAN BIN MOHD SAIFUL AZMAN 3 NUR HANNAH ELISYA BINTI MOHD SAIFUDDIN ANUGERAH SUBJEK TERBAIK TAHUN 4 4 gem 1 SYAMIRA IRDINA BINTI SUHAIMI 2 MUHAMMAD ADAM BAIHAQI BIN ANIZAN 3 MUHAMMAD FIRAS IMAN BIN MOHAMAD FIRDAUS 4 cem 1 AJWA MADANI BINTI HERMAN 2 HESHNA PUVANESWARAN 3 MUHAMMAD RAYYAN ZIQRI BIN HAIRUL AZMAN 4 pin 1 MUHAMMAD DARWISY IMAN BIN MOHAMAD FAUZIE 2 MUHAMMAD ADAM FATIH BIN MOHD SUKRI 3 KHADIJAH HUMAIRA BINTI MASLIN 4 bij 1 MUHAMMAD AKID ASYRAAF BIN MAT ASRI 2 NUR ZAIRA IRDINA BINTI MOHD NORDZAAHIR 3 MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD FADZIL 4 bes 1 CARDIFF OSAMA AL CALIEF BIN MUHAMAD FAIZAL 2 PUTRA HARITH ISKANDAR BIN MOHD AMIN 3 NUR FARISYA AMIRA BINTI NORHADIMAN 4 ded 1 MOHAMAD ZARIFF ZAQUAN BIN HAIRUL AZHAR 2 NUR DAYANA DAMIA BINTI KAMAL 3 NUR MIZA ALISHA BINTI MOHD SUHAIMI


ANUGERAH SUBJEK TERBAIK TAHUN 1 BM NURUL AWATIF BINTI HASROLAKMAL BI MUHAMMAD SYABIL NUQMAN BIN MD SYARAFUDDIN MT MUHAMMAD AMIR SYAHRI BIN JAKA IRAWAN SN NIK MUHAMMAD ZYAD BIN NIK MUHAMMAD AZMI PI NUR HUMAIRA BINTI MOHAMAD YUSRI PM SAVITHA A/P AGILAN BA MUHAMMAD ANAS HARITH BIN MOHD AZIZ BT SAVITHA A/P AGILAN MZ ADREENA SOFEA BINTI MOHD NOOR AKHILL PJK MUHAMMAD HADIF RAFIE BIN MUHAMMAD RIDZWAN SENARAI PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH SUBJEK TERBAIK TAHUN 2 BM MUHAMMAD AMMAR MUJAHID BIN MOHAMAD NOR BI NURDELISHA NADIRA BINTI ZAWAWI MT MUHAMMAD ZAHIN BIN MOHD ZUNURAIN SN MOHAMAD ZAFRAN BIN MOHAMMED MANSOR PI IMAN ALISYA TIHANI BINTI MOHD YUZAIRI PM YUGHESH RAAJ A/L JEEVA BA NUR DAMIA SARA BINTI MAZLAN BT SATHIYA A/L PARTHIBAN MZ MUHAMMAD ANIQ AMSYAR BIN MOHAMAD AZHAREE PJK LINA SALWA BINTI MOHD TAUFIK ANUGERAH SUBJEK TERBAIK TAHUN 3 BM KHAIRA NUR ANEESA BINTI MOHD KHUSAINI BI NUR ZAHRA AIREESYA BINTI ZULKARNAIN MT MUHAMMAD TSAQEEF BIN MUHAMMAD MAHFUZ SN MUHAMMAD IQBAL BIN ROSHAIMI PI MUHAMMAD LUQMAN HAQEM BIN ANUAR PM KENRICK A/L DAVID BA KHAIRA NUR ANEESA BINTI MOHD KHUSAINI BT KUMANAN A/L AGILAN MZ MUHAMMAD AL-FATEH BIN MOHD SHAHRIN PJK MUHAMMAD LUQMAN HAQEM BIN ANUAR ANUGERAH SUBJEK TERBAIK TAHUN 4 BM NURUL NAABIHAH BINTI MOHD NASIR BI WAN ILMAN THAQIF BIN WAN AZHA MT SYAMIRA IRDINA BINTI SUHAIMI SN MUHAMMAD ADAM FATIH BIN MOHD SUKRI SEJ MUHAMMAD DARWISY IMAN BIN MOHAMAD FAUZIE PI ARIQ ALI ISHRAQUL HAQ BIN AZIZI PM HESHNA PUVANESWARAN BA UMMI MAISARA SOFEA BINTI EFFENDY BT LAVENESH A/L RAMESH MZ MUHAMMAD ADAM BAIHAQI BIN ANIZAN PJK NUR FAIHA SYAZWINA BINTI MUHAMAD FAIRUZ ANUGERAH SUBJEK TERBAIK TAHUN 5 RBT AINUL MARDHIAH BINTI SHAHRU KAMAL BM NUR NATASHA MADIHAH BINTI MAZLI HAZLIZAM BI MUHAMMAD AQEEL BIN MUHAMMAD MAHFUZ MT NIK MUHAMMAD WAIZ BIN NIK MUHAMMAD AZMI SN ZUNNURAIN BINTI MOHAMAD FAIZ SEJ MUHAMMAD AIMAN HAZIQ BIN MOHD SHAHRIZA PI MUHAMMAD SAFWAN DANIAL BIN SAAIDUN PM JINAEY A/L AGILAN BA MUHAMMAD HAFEEZ IMAN BIN MOHD AMRAN BT DORAIRAJ A/L THANARAJ MZ ADI HAKIM BIN MOHD BAKHTIAR (PINDAH) PJK MUHAMMAD KHALIF HAFIY BIN KAMARUDIN RBT MUHAMMAD ANIQ NAJMI BIN MUHAMMAD NOOR ANUGERAH SUBJEK TERBAIK TAHUN 6 BM AISYAH MEDINA BINTI HERMAN BI DHIYA MIRZA BINTI MOHD HAZAN MT MADUSHA SARAVANAN SN SOPHIA MIERZA BINTI SOPHIAN RAYMIE SEJ NURIN IRDINA BINTI ZAIRUL PI AIMY LAILY BINTI ROSININ PM MEETISHA A/P SERI GANDAN BA FAHRIN ASYRAF BIN FIRDAUS BT YORESH A/L SUBRAMANIAM MZ AHMAD KHAIRUL AKMAL BIN KHAIRULFAIZI PJK KHALID AL-WALID BIN MOHD SHAHRIN RBT MUHAMMAD AISY ZAIM BIN ZOLKEFLI


Jawatankuasa Pengelola Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 ini. Tidak dilupakan sekalung tahniah juga diucapkan kepada penerima Anugerah Kecemerlangan Sesi 2023/2024. Semoga kalian terus berjaya pada masa akan datang. Semoga jasa baik semua pihak mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T. Sekalung Penghargaan Di perdu jemuju tempat bertemu, Cincin diikat bersalut mutiara; SK Taman Pasir Putih wahana ilmu, Semoga cemerlang dipersada negara. Kalau ada sumur di ladang, Bolehlah saya menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang, Bolehlah kita berjumpa lagi.


Click to View FlipBook Version