SAINS FIZIKAL TAHUN 6
KELAJUAN
Apa itu kelajuan ?
Ukuran cepat atau lambat sesuatu objek yang bergerak
dari satu tempat ke satu tempat yang lain
UNIT KELAJUAN
1.3 cm per saat 5m per saat 76km per jam
Sentimeter per saat meter per saat Kilometer per jam
cm/s m/s Km/j
Speedometer
HUBUNGAN KELAJUAN, JARAK DAN MASA
JARAK – 100m
(Ditetapkan- Pembolehubah
dimalarkan)
Masa ?
Bergantung kepada kelajuan pelari
Pemerhatian
Pelari berbaju kuning lebih laju berbanding pelari yang lain
Inferens ( alasan )
Kerana masa yang diambil oleh pelari tersebut lebih cepat dalam jarak yang sama.
KESIMPULAN
Lebih cepat masa tiba di sesuatu tempat, lebih laju sesuatu objek bergerak
HUBUNGAN KELAJUAN, JARAK DAN MASA
Jarak – 116cm
Masa – 2 saat Jarak – 146cm
(Ditetapkan- Pembolehubah dimalarkan)
Jarak?
Bergantung kepada kelajuan kereta mainan
Pemerhatian
Kereta kuning bergerak lebih laju berbanding kereta merah
Inferens ( alasan )
Kerana jarak dilalui kereta kuning lebih jauh dalam masa yang sama.
KESIMPULAN
Lebih jauh jarak dilalui objek , lebih laju sesuatu objek bergerak
Rumus kelajuan
Laju = Jarak
Masa
Laju = Jarak ÷ Masa
JOM KIRA KELAJUAN……….
Seekor Arnab bergerak sejauh 15
meter dalam masa 5 saat.
Kirakan kelajuan arnab bergerak.
Laju = Jarak
Masa
= 15 meter ÷ 5 saat
= 3 m/s
JOM KIRA KELAJUAN……….
Mikayla memandu kereta ke Melaka dari Ulu
Tiram sejauh 220 kilometer dalam masa 2 jam.
Kirakan kelajuan kereta bergerak.
Laju = Jarak
Masa
= 220 kilometer ÷ 2 jam
= 110km/j
JOM KIRA KELAJUAN……….
Ain menjalankan ekperimen untuk mengira kelajuan kereta
mainan dalam masa 3 saat. Jarak selepas kereta mainan
berhenti adalah 120 sentimeter. Kirakan kelajuan kereta
Itu bergerak.
Laju = Jarak
Masa
= 120 sentimeter ÷ 3 saat
= 40 cm/s
Dari rumus kelajuan……….
Ain ingin mengira jarak dilalui kereta mainan sekiranya
kelajuannya adalah 40cm/s dalam masa 3 saat.
Jarak = Laju X masa
= 40 cm/s X 3 saat
= 120 cm
Dari rumus kelajuan……….
110km/j Kirakan masa yang diambil oleh sebuah kenderaan sekiranya
jarak perjalanan adalah 220km dengan kelajuan 110km/j
Masa = Jarak
Laju
= 220 kilometer ÷ 110 km/j
= 2 jam
Membuat kesimpulan berdasarkan data
Tiga orang murid telah Murid
menyertai larian 100m. Masa
yang dicatat untuk sampai ke
garisan penamat adalah seperti
dalam graf
Berdasarkan graf, buat pemerhatian
1. Dina mengambil masa paling lambat untuk sampai ke garisan penamat
2. Lim mengambil masa paling cepat untuk sampai ke garisan penamat
Buat satu kesimpulan
Lim berlari paling laju berbanding Diana dan Amir.
Jadual menunjukkan jarak dilalui oleh empat buah kenderaan yang
bergerak dalam masa 2 jam.
Berdasarkan jadual , buat pemerhatian
1. Kereta S bergerak paling jauh dalam masa 2 jam
2. Kereta R bergerak paling dekat dalam masa 2 jam
Buat satu kesimpulan
Kereta S bergerak paling laju berbanding kereta-kereta yang lain
Terima
kasih