The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wnorul4721, 2020-08-11 19:45:11

Sejarah SK Pasir Panjang

sej

Sejarah Penubuhan

Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Kuala Terengganu telah dibuka pada tahun 1939. Wujudnya sekolah ini adalah
atas usaha gigih orang-orang kampung bersama-sama penghulunya Tuan Haji Ahmad bin Hitam yang telah memohon
dan mendesak pihak kerajaan mengadakan sebuah sekolah tempat kanak-kanak di sekitar kawasan Pasir Panjang ini
belajar.
Sekolah ini terletak dalam kawasan seluas 4.406 ekar. Pada mulanya sebuah bangsal didirikan dan disumbang oleh
seorang pemborong tempatan iaitu Encik Wan Salleh bin Ahmad.
Bangunan tempat belajar bertambah dari masa ke semasa mengikut perkembangan murid. Pada akhir tahun 1968
sekolah mempunyai 4 buah bangunan separuh kekal sebagai tempat belajar berukuran sebagaimana berikut:
i. 120 kaki x 22 kaki
ii. 60 kaki x 22 kaki
iii. 47 kaki x 20 kaki
iv. 48 kaki x 20 kaki
Pada tahun 1969, bangunan iii dan iv telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan lain yang juga bangunan separuh
kekal berukuran 300 x 24 kaki. Bangunan ini mempunyai 9 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru.

Pada tahun 1980, sebuah bangunan kekal 2 tingkat berukuran 190 x 24 kaki dibangunkan. Bangunan ini mempunyai
6 buah bilik darjah, perpustakaan sekolah, bilik pusat sumber sekolah, ruang pejabat dan bilik Guru Besar.

Pada tahun 1990, sebuah lagi bangunan separuh kekal dibina bagi menampung pertambahan murid yang mendadak
dengan bangunan berukuran 22 x 146 kaki dan mempunyai 4 buah bilik darjah.

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1939, hanya murid lelaki sahaja yang belajar di sekolah ini dengan keramaiannya
20 orang. Keramaiannya meningkat dari masa ke semasa, dengan peningkatan kepada 40 orang selepas beberapa
bulan dibuka. Pada tahun 1946, barulah sekolah ini mula menerima murid perempuan, menjadikannya sebagai sebuah
sekolah bercampur. Pada tahun 1954, pentadbiran sekolah ini telah dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu Sekolah
Kebangsaan Pasir Panjang (Lelaki) di mana Guru Besarnya ialah Encik Muhammad bin Hassan dan Sekolah
Kebangsaan Pasir Panjang (Perempuan) pula Guru Besarnya ialah Cik Emi Shamsiah binti Abd.Hamid. Tetapi selepas
berjalan selama 7 tahun, kedua-dua sekolah ini telah disatukan semula di bawah pentadbiran seorang Guru Besar.
Penyatuan ini adalah atas nasihat Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah dalam mesyuaratnya pada 15.02.1961.
Semenjak dibuka juga, ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada
dalam sektor awam ataupun swasta.

Lencana Sekolah

Belajar dan Berbakti
Motto sekolah.
Buku dan Obor

Sekolah adalah tempat murid-murid menerima pelajaran dan pembelajaran dan akan berbakti kepada
masyarakat.
Biru

Perpaduan diantara guru,murid dan masyarakat serta menunjukkan hubungan yang baik dalam
pentadbiran sekolah.
Kuning

Ketatasusilaan guru-guru dan murid-murid serta mentaati peraturan-peraturan sekolah.
Merah

Kekuatan dan kesungguhan guru dan murid mengikuti kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.

Guru Besar SK Pasir Panjang

1. Encik Muhamad bin Ismail – Januari 1939 – Mei 1940
2. Encik Talib bin Haji Ali – Jun 1940 – Ogos 1940
3. Encik Mohd Amin – September 1940 – Disember 1940
4. Encik Awang Da Ibrahim bin Ismail – Januari 1941 - September 1953
5. Encik Wan Embong bin Sulaiman – September 1953 - Januari 1954
6. Encik Muhamad bin Hassan – Januari 1953 – Disember 1969
7. Encik Awang bin Musa – Januari 1970 – Disember 1972
8. Encik Wan Affandi bin Abdullah – Januari 1973 - Disember 1979
9. Tuan Haji Mohd Ali bin Yusof – Januari 1980 – September 1983
10.Encik Abdullah @ Shamsuddin bin Abdul Rahman – Julai 1983 – Ogos 1993
11.Tuan Haji Dunnia bin Mat Zain – September 1993 – Julai 1994
12.Tuan Haji Ramli bin Abu Bakar – Ogos 1994 – Mei 1998
13.YM Che Ku Setia bin Long – Mei 1998 – September 1998
14.Tuan Haji Ali bin Mamat @Mohamed – September 1998 – Januari 2003
15.Tuan Haji Muhamad bin Awang ,PJK.PPN. – Febuari 2003 – April 2008
16.Puan Hajah Jamilah binti Muda – Mei 2008 - 30 November 2013
17.Tuan Haji Muslan bin Muslim - 1 Disember 2013 - 3 Ogos 2014
18. Puan Ros Haya binti Aziz – Oktober 2014 - 2017
19. Puan Roslina bt Ariffin – Februari 2017- Februari 2019
20. Encik Rosli bin Abdul Razak – Mac 2019 - Kini


Click to View FlipBook Version