The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UNIT SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PPDKB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by USTP PPD KB, 2022-08-08 11:57:22

MANUAL PENGURUSAN DELIMA

UNIT SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PPDKB

Keywords: PPBKB

UNIT SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PPDKB

MANUAL PENGURUSAN
DELIMa

UNIT SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN
PPD KOTA BHARU

UNIT SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PPDKB

APA ITU DELIMA KPM?
Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa).Ia dikenali sebagai Portal
DELIMA.
Ia menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber
pembelajaran secara dalam talian.
Para guru dan murid boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam
menggunakan Portal DELIMa.

BAGAIMANA NAK DAPAT ID DELIMA KPM?
Para pendidik dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE
Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan oleh penyelaras ICT di sekolah sebelum ini.
Guru-guru dan murid-murid menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) sebagai ID dan
kata laluan untuk login portal DELIMA KPM.

CONTOH ID DELIMA
Berikut adalah contoh e-mel MOE Digital Learning (DL):
[email protected]

CONTOH KATA LALUAN/PASSWORD DELIMA
Abcd1234$

TERLUPA ID/KATA LALUAN DELIMA
Jika anda terlupa ID/Kata laluan/Password DELIMA KPM,sila rujuk admin/ penyelaras ICT
di sekolah.

CARA LOGIN/LOG MASUK PORTAL DELIMA
Jika anda telah memiliki ID dan kata laluan yang dibekalkan oleh pihak sekolah untuk log
masuk portal DELIMA:

UNIT SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PPDKB

1. Layari Portal DELIMa https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
2. Klik butang ‘Log Masuk.’
3. Masukkan ID dan kata laluan yang diberikan oleh pihak sekolah.
4. Klik butang ‘Login.’
5. Kemudian, pilih menu Pelajar, Guru atau Sekolah.
6. Guru dan pelajar boleh memilih aplikasi dan fungsi yang boleh digunakan oleh

pengajaran dan pembelajaran.

APLIKASI PORTAL DELIMA
Terdapat banyak aplikasi dalam portal DELIMA KPM yang boleh digunakan para guru dan
murid.Berikut adalah aplikasi portal DELIMA:

• Microsoft Office 365
• Padlet
• Canva
• Digital Textbook
• WolframAlpha
• Plickers
• Edpuzzle
• Blendspace
• Aplikasi di bawah Google

DIGITAL TEXBOOK/BUKU TEKS DIGITAL KPM
1. Jika anda telah berjaya login DELIMA KPM,klik ikon BUKU TEKS DIGITAL
2. Pilih TAHUN/TINGKATAN
3. Kemudian pilih JENIS SEKOLAH(SK/SJKCSJKTKSSR)
4. Pilih JUDUL BUKU TEKS yang ingin dimuat turun
5. Sekarang anda berjaya akses dan gunakan buku teksi digital.
6. Cara memuat turun buku teks KPM dalam aplikasi DELIMA KPM adalah seperti
gambar di bawah:

MICROSOFT OFFICE 365(WORD,EXCEL,POWER POINT DLL)
Anda boleh menggunakan Microsoft Office 365 secara percuma di portal DELIMA KPM.

UNIT SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PPDKB

CANVA

Berikut adalah cara menggunakan aplikasi Canva di portal DELIMA KPM:

Pembelajaran menggunakan Canva menawarkan versi bilik darjah hingga K-12 yang
supercharged. Ianya adalah percuma kepada semua guru yang menggunakan aplikasi
Delima. Dari folder yang membantu anda kekal teratur hingga kerjasama bilik darjah dan
tugasan yang meningkatkan tahap penglibatan, terdapat cara yang tidak berkesudahan
untuk berinteraksi dengan pelajar anda, tidak kira sama ada anda mengajar di bilik darjah
atau dari jauh.

Daftar sekarang ke aplikasi DELIMA dan akses ke Canva untuk membuka kunci alat
pengajaran terbaik yang ditawarkan oleh Canva.

PADLET

Padlet dahulunya dikenali sebagai Wallwhiser merupakan salah satu aplikasi papan
interaktif dalam Web 2.0. Papan interaktif ini yang juga dikenali sebagai virtual wall
(dinding maya).

Ia berfungsi sebagai ruang yang membolehkan murid dan guru dapat berkongsi maklumat
seperti teks, gambar, video dan audio dalam satu antara muka.

Semua ahli kumpulan akan dapat melihat semua maklumat yang ditulis pada wall dan
saling bertukar idea dalam kumpulan mereka.

Punggunaan Padlet dapat memudahkan Guru untuk memberi penerangan seperti berada
dalam bilik darjah.

WOLFRAM ALPHA

Wolfram alpha berfungsi sebagai mesin carian komputasi. Ia juga disebut sebagai mesin
jawapan. Antaramuka mirip dengan antara muka yang terdapat dengan mesin carian
biasa.

Pertanyaan yang ditaip ke kotak mesin pencari Wolfram Alpha tidak memaparkan laman
web yang relevan dengan pertanyaan, tetapi menjawab pertanyaan tertentu.

Wolfram Alpha mampu menerima bahasa semula jadi dalam bentuk kata kunci, ayat, dan
frasa persamaan matematik. Hasil output dikira secara dinamik.

GOOGLE SEVICES

Delima menawarkan semua aplikasi Google Services di dalam perisiannya. Antara Google
Services yang terdapat dalam aplikasi DELIMA seperti gambar berikut:

UNIT SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PPDKB

Cara Reset Password untuk ID guru
dan Murid di Portal Digital Learning
KPM

Sila gunakan akaun admin sekolah untuk menjana password yang baharu.
Bagi mengaktifkan id sementara guru, Admin sekolah perlu menukar password id
sementara tersebut menggunakan konsol admin.
Langkah pertama anda perlu login sebagai admin sekolah untuk reset password guru
dan murid.

Untuk login masuk ke Portal Digital Learning KPM, PDL, boleh ke link berikut.
Portal Digital Learning KPM

http://portal. moe-dl. edu. my/
Selepas berjaya login sebagai admin sekolah PDL,
Klik menu sekolah pada bahagian atas sebelah kanan.

UNIT SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PPDKB
Klik Konsol Admin.

UNIT SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PPDKB

Pilih Users, Add or manage users.

Untuk memudahkan carian admin boleh menaip di ruangan carian Search for users,
group or settings, huruf g- maka senarai semua guru akan keluar manakala jika mahu
mencari murid perlu menaip huruf m-.

UNIT SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PPDKB

contoh emel guru adalah seperti ini g-35******@moe-dl.edu.my
contoh emel murid adalah seperti ini m-35******@moe-dl.edu.my
bezanya ialah huruf g- untuk guru, dan huruf m- untuk murid.
Jangan lupa huruf dan sempang – dash atau tolak.

UNIT SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PPDKB

Jika mahu mencari pengguna dengan nama tertentu, cukup mencari dengan menaip
keyword atau kata kunci nama samada guru atau pelajar dan paparan senarai dan
bilangan nama berkaitan akan keluar.

UNIT SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PPDKB
Klik nama berkaitan untuk reset password.


Click to View FlipBook Version