1 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN JAYA, 13310 JALAN PENGKALAN BATU TASEK GELUGOR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE - 22 TARIKH : 13 MEI 2023 HARI : SABTU MASA : 8.30 Pagi TEMPAT : DEWAN AULA BESTARI SK PENGKALAN JAYA “ Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, Maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah”. ( Riwayat Al-Bukhari )
2 ISI KANDUNGAN Bil Kandungan Halaman 1 Notis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 22 3 2 Atur Cara Majlis 4 3 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 22 5-6 4 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 21/2022 7-13 5 Barisan AJK PIBG 14 6 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2022 15-16 7 Penyata Kewangan PIBG SKPJ berakhir 31 Disember 2022 17-19 8 Perbahasan usul 20-22 9 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 23 10 Penghargaan 24
3 Rujukan : PIBG SKPJ -2023 Bil ( 04 ) Tarikh : 10 April 2023 Kepada , Tuan/Puan Ahli, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK.Pengkalan Jaya, 13310 Tasek Gelugor, Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) KALI KE 22 , SK PENGKALAN JAYA,TASEK GELUGOR. Berdasarkan kaedah 1(i) – (v),Manual Operasi PIBG ,dengan ini notis adalah disampaikan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKPJ kali ke-22 akan diadakan pada : Tarikh : 13 MEI 2023 ( SABTU ) Masa : 8.30 PAGI Tempat : DEWAN AULA BESTARI, SK PENGKALAN JAYA. 2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut : 2.1 Ucapan Pengerusi Mesyuarat 2.2 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 2.3 Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG SKPJ 2.4 Membentang,menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2022 2.5 Membahas Usul (jika ada) 2.6 Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2023 2.7 Pemilihan dan pelantikan Juruaudit 2.8 Hal-hal lain 2.9 Ucapan Penangguhan 3. Bersama-sama ini disertakan Borang Kehadiran dan Borang Usul untuk tindakan Tuan/Puan.Sila kembalikan borang berkenaan selewat-lewatnya pada 14 APRIL 2023 kepada guru kelas anak Tuan/Puan. Sukacita dimaklumkan juga, usul dan cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan jika tuan hadir pada mesyuarat tersebut dan usul yang membantu meningkatkan kecemerlangan murid amatlah digalakkan. 4. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan terhadap perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENDIDIKAN PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, …………… ……………................ ( AZIDAH MUNIRAH BINTI ABDUL AZIZ ) Setiausaha PIBG SKPJ 2022/2023 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN JAYA, 13310 TASEK GELUGOR, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG. Tel / Fax : 04.5732592
4 ATURCARA majlis BAHAGIAN 1 : MAJLIS PERASMIAN 8.30 pagi : Kehadiran dan Pendaftaran Guru,Ibu Bapa & Waris 8.50 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis 9.00 pagi : Bacaan Doa Ustaz Syakir Aimen bin Ahmad 9.15 pagi : Ucapan Naib Yang Di Pertua PIBG SKPJ En. Khalidul Anwar bin Ishak 9.30 pagi : Ucapan oleh En. Rashidi bin Md Arshad Guru Besar / Penasihat PIBG SKPJ 9.45 pagi : Ucapan Perasmian oleh : Tuan Haji Ismail Lathifi bin Teh ( Pengurus Besar State Stakeholder Affairs Negeri Pulau Pinang ) : Persembahan multimedia 10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke 22 bermula. BAHAGIAN 2 : AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SKPJ kali Ke-22. Ucapan Pengerusi. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG sesi 2022/2023 Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG 2022/2023 Membentang , menerima dan meluluskan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022. Membahaskan usul ( Jika ada ) Pemilihan dan Pelantikan AJK PIBG sesi 2023/2024 Hal-hal lain Ucapan Penangguhan : ACARA CABUTAN BERTUAH. 12.00 tengahari : Bersurai/Tamat.
5 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SKPJ KALI KE 22 SABTU 13.05.2023 8.30 PAGI DEWAN AULA BESTARI Pengerusi : En Rashidi bin Md Arshad N.Pengerusi : En.Ridzuan bin Hashim (PK1) Pn. Noraini binti Mokhtar (PK HEM) En. Wan Azli bin Wan Teh (PK KK) En. Azizi bin Shamsuddin (PK PPKI) Setiausaha : Pn. Azidah Munirah bt Abdul Aziz Pen. Setiausaha: Pn. Noor Mazlina bt Yahya Bendahari : Pn. Noor Aziah bt Ibrahim *SAMBUTAN DAN PROTOKOL Guru Besar Penolong Kanan 1, HEM, KOKU, P.KHAS Ahli Jawatankuasa PIBG *PERSIAPAN PENTAS Pn. Jalilah binti Ishak Pn. Sofiah binti Aziz Pn. Noraini binti Sulaiman En. Mohd Syairul bin Md Isa Pn. Nazwa binti Nayan Pn. Shahrawani binti Saleh Pn. Bushra binti Elias Pn. Puvaneswari Pn. Norhashimah binti Hashim *JURUACARA MAJLIS Pn Zahariah binti Yahaya *PENCATAT MINIT & DOKUMENTASI Pn. Nor Azah binti Omar Pn. Suriati binti Saikortali Pn. Baqiatussolihah binti Abdul Karim *PERSEMBAHAN MULTIMEDIA Pn. Faridah binti Abdul Rahim *BANNER / FOTOGRAFI Mohamad Azizul Imran Bin Salamon Pn.Siti Nazirah binti Jaafar * BUKU PROGRAM Pn. Azidah Munirah bt Abdul Aziz Pn. Noor Mazlina bt Yahya Pn. Noor Aziah bt Ibrahim Pn. Rasidah bt Rasikin Pn. Rohana binti Mohd Ibrahim Pn. Zuraidiah binti Md Zain Pn. Norazila binti Hassan Pn. Nur Asilah bt Subri *BACAAN DOA En. Syakir Aimen bin Ahmad *SIARAYA En. Zulazhar bin Che Ahmad *PENDAFTARAN WARIS Pn. Rafidah bt M. Zain Cik Khairul binti Morat Pn. Shofni Zarinawati binti Ismail – T6 Pn. Hazirah binti Gazali – T5 Pn.Noraini binti Mohd Zainul – T4 Pn. Wan Hasirah binti Wan Hasan – T3 Pn. Ananthi A/P Ramachandran– T2 Pn. Adibah binti Nawawi – T1 *KEBERSIHAN En. Pathur Rahman bin Abd.Aziz Pn. Norharizah binti Shaari Pn. Yoslina binti Md.Shariff Pn. Azian binti Abd Aziz Kontraktor Pembersihan
6 *PERSIAPAN TEMPAT / PERLERAIAN / PENGUDARAAN En. Wan Mustaim Billah Bin Wan Husin En. Safuan bin Ghazali Pn. Norhidayah binti Khalid Pn. Sharifah Nor Aini binti Halim Pn. Rashidah binti Zakaria Pn. Hasni binti Hashim Pn. Suraya binti Azemi En. Mohamad Ridzuan bin Mohd Jusoh En. Azhar bin Omar En. Mohamad Fikri bin Ahmad Pn. Zurina binti Ahmad Pn. Zaidatul Huda binti Mohd Sani Pn. Nor Adila binti Sukor *CABUTAN BERTUAH Pn Khairul Amirah binti Yahaya Pn. Nurulhuda binti Mohamad Zaber Pn.Julia binti Othman Pn.Nor Hashimah Aini binti Mat Jelani Pn.Norhidayah binti Ishak Pn.Shamiley binti Haron Pn. Syamimi binti Tajidin Pn. Sabrina binti Ismail Pn. Siti Rohana binti Razali Pn. Sarada Devi A/P Krishnasamy * JAMUAN WARIS Pn.Salmah binti Bakar Pn. Wardah Hanim Bt Ghazali Pn. Alawiyah binti Hj.Othman Pn. Hafidzah binti Mohamed Arshad Pn. Norishah binti Mat Said Pn. Siti Maimunah binti Sulaiman Pn. Norzilah binti Abu Bakar Pn. Mariani binti Ahmad Pn.Nazidah binti Mohamed Pn. Rohaya binti Abdul Rahman *JAMUAN VIP Pn.Nurihan binti Ibrahim Pn.Nor Azimah binti Hassim Pn.Rosnani binti Ashaari #pesanan mesra kepada guru-guru yang namanya tidak tercatat bolehlah membantu di mana-mana Jawatankuasa yang memerlukan khidmatnya.
7 SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN JAYA 13310 TASEK GELUGOR MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 21 Tarikh : 28 MEI 2022 Hari : SABTU Masa : 08.30 PAGI Tempat : AULA BESTARI SKPJ Dirasmikan oleh : ENCIK RASHIDI BIN MD ARSHAD Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya ( Merangkap Penasihat PIBG SKPJ ) Kehadiran Ibu bapa dan Guru : 294 orang. Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Pengerusi 2. Ucapan Perasmian 3. Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 20 4. Membentang dan menerima penyata kewangan berakhir pada 31.12.2021 5. Membentang dan membahaskan usul 6. Melantik ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022 / 2023 7. Ucapan penangguhan
8 1. Ucapan Pengerusi / YDP (Encik Mohamad Jauhari bin Abd Wahab) 1.1 Mengalu-alukan kehadiran ibu bapa / waris dan guru-guru dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 21 sesi 2022. 1.2 Merakamkan jutaan terima kasih kepada semua AJK PIBG 2021 di atas komitmen yang telah diberikan sepanjang sesi 2021. Dalam tempoh PKP banyak program diadakan secara maya dalam talian. 1.3 Penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang hadir pada mesyuarat agung PIBG kali ini. 1.4 Mohon kerjasama para waris dan guru memberi perhatian dan komitmen dalam mesyuarat kali ini. Jika terdapat sebarang pandangan, idea-idea boleh di kemukakan demi kebaikan murid-murid dan anak didik kita. 1.5 Mengumumkan akan melepaskan jawatan sebagai YDP PIBG SKPJ dan memberi peluang kepada muka baru untuk memimpin dan menggerakkan PIBG SKPJ. 2. Ucapan Perasmian - Guru Besar / Penasihat PIBG SKPJ ( Encik Rashidi bin Md Arshad ) 2.1 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir. 2.2 Bersyukur kerana telah dibenarkan untuk mengadakan mesyuarat secara bersemuka. 2.3 Harapan semoga Mesyuarat Agung PIBG kali ini dapat mencapai persetujuan dalam semua perkara yang akan dibincangkan. 2.4 Memaklumkan tentang barisan pentadbir sekolah yang baru. 2.4.1 Penolong Kanan Pentadbiran : Encik Hasbul Hazani bin Daud digantikan dengan Encik Ridzuan bin Hashim. 2.4.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Puan Nasirah binti Mat Saad digantikan dengan Puan Noraini binti Mokhtar. 2.4.3 Penolong Kanan KoKurikulum : Encik Zulkifli bin Salleh digantikan dengan Encik Wan Azli bin Wan Teh. 2.5 Memaklumkan pihak sekolah telah menerima peruntukan JPN / PPD menaiktaraf tandas dan kelas PPKI. 2.6 Program ‘Gallery Walk’ yang telah dilaksanakan oleh PPKI sebagai usaha menyebarluas mengenai program inklusif kepada warga sekolah.
9 2.7 Program dan aktiviti di bawah kokurikulum telah bermula secara bersemuka. Program 1 Murid 1 Sukan telah dimasukkan dalam jadual waktu melibatkan semua murid. Semua latihan pasukan sekolah telah bermula. Pemakaian uniform untuk aktiviti kokurikulum juga dibenarkan. 2.8 Semua sedia maklum sekarang penyakit HFMD telah menular. Mohon kerjasama ibu bapa dan guru untuk memantau serta memaklumkan awal sekiranya murid telah dijangkiti HFMD. Ini kerana pihak sekolah perlu membuat laporan kepada PPD. 2.9 Mohon kerjasama waris menghantar anak-anak ke sekolah lebih awal kerana pintu pagar akan ditutup pada pukul 7.30 pagi. Sesi pengajaran dan pembelajaran akan bermula pada pukul 7.45 pagi. 2.10 Isu beg berat telah cuba diatasi dengan melaksanakan jadual anjal. 2.11 Memaklumkan surau sekolah telah dinaiktaraf. Karpet bernilai RM 5000.00 telah disumbangkan oleh Puan Haslina binti Hasan bekas guru SKPJ. 2.12 Program sekolah yang disasarkan tahun ini adalah Surau Imarah dan Pengkalan Jaya Sport School. Pengkalan Jaya Sport School bertujuan untuk memperkukuhkan kebitaraan sukan dan menyerlahkan lagi kecemerlangan murid dalam bidang sukan. 2.13 Seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKPJ kali ke 21. 3. Menerima dan Mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke 19 dan 20. 3.1 Setiausaha PIBG, Encik Zulazhar bin Che Ahmad membentangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke 19 dan 20 untuk diterima dan disahkan. Dicadangkan oleh: Puan Nor Azimah binti Hassim Disokong oleh : Sebulat suara. 4. Membentang dan menerima penyata kewangan berakhir pada 31.12.2021. 4.1 Bendahari PIBG, Puan Noraini binti Sulaiman membentangkan penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31.12.2021 untuk diterima dan disahkan. Dicadangkan oleh: Puan Nor Azimah binti Hassan. Disokong oleh : Puan Juliana binti Burhanuddin.
10 5. Membentang dan membahaskan usul. 5.1 Usul daripada Puan Hasmah binti Said waris kepada Muhamad Jufri bin Johari 3 Ibnu Naqib. 5.1.1 Isu beg berat – ada penambahbaikan dalam jadual kelas yang terkini. 5.1.2 Isu penggunaan aplikasi Whatsapp kelas hanya komunikasi satu hala. Jawapan : Guru besar - Guru besar memaklumkan bahawa jadual anjal telah dilaksanakan untuk mengurangkan beban beg berat. - Guru besar menjelaskan penggunaan aplikasi whatsapp kelas hanya medium yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan maklumat terkini. 5.2 Usul daripada Puan Shahnaz binti Manzur Ellahi waris kepada Miza Haseena binti Suaznor 1 Ibnu Abbas. 5.2.1 Makanan yang dijual di luar kawasan sekolah perlu ada pemantauan pihak sekolah. 5.2.2 Kawasan sekolah terlalu sesak, perlu penambahan pengawal keselamatan pada waktu puncak. Jawapan : YDP - Kerjasama waris juga diperlukan untuk memantau anak-anak selepas waktu persekolahan dan berada di luar kawasan sekolah. - Banyak usaha telah dibuat namun masih berlaku kesesakan. Telah ditetapkan laluan sehala untuk keluar dan masuk. Untuk menambah pengawal keselamatan, ini melibatkan perjanjian pihak KPM dengan syarikat. - Cadangan mengadakan satu lagi jalan keluar atau melebarkan jalan berkenaan, akan dibincangkan olej Jawatan Kuasa PIBG yang baru bersama pihak sekolah.
11 5.3 Usul daripada Puan Nik Nur Baya binti Nik Yahya waris kepada Muhammad Aidil bin Nazri 3 Ibnu Naqib. 5.3.1 Sumbangan PIBG dinaikkan dari RM30 kepada RM100. Jawapan : Guru besar - Tiada sokongan. - Puan Suzaina binti Din mencadangkan RM50. Sebulat suara bersetuju sumbangan PIBG untuk sesi 2022 sebanyak RM50. - Pihak sekolah mengalu-alukan sekiranya ada waris yang ingin menyumbang lebih. - Berkaitan sumbangan tahun 6 dikekalkan sebanyak RM100 dengan persetujuan sebulat suara. 6. MELANTIK AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 6.1 Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2021/2022 6.1.1 Melantik pengerusi sementara Pengerusi Sementara : Encik Wan Azli bin Wan Teh Cadangan : Puan Nor Azimah binti Hassim Sokongan : Encik Mohamad Azizul Imran bin Salamon 6.2 YDP PIBG : Encik Mohd Asri bin Abdul Aziz Cadangan : Encik Ismail bin Abd Rahim Sokongan : Sebulat suara 6.3 NYDP PIBG : En. Khalidul Anwar bin Ishak Cadangan : Encik Ismail bin Abd Rahim Sokongan : Puan Suzaina bin Din 6.4 AJK WARIS 6.4.1 Encik Zamcer bin Abdul Hamid Cadangan : Encik Azizul Imran bin Salamon Sokongan : Encik Safuan bin Ghazali
12 6.4.2 Encik Mohd Rosli bin Md Noor Cadangan : Encik Mohamad Azizul Imran bin Salamon Sokongan : Encik Safuan bin Ghazali 6.4.3 Puan Mahfuzoh binti Megat Halim Cadangan : Puan Norazimah binti Abu Hassan Sokong : Pn. Salmah bt Bakar 6.4.4 Puan Norazimah binti Abu Hassan Cadangan : Puan Hasniza binti Abd Hamid Sokongan : En. Mohamad Azizul Imran bin Salamon 6.4.5 Puan Suzaina binti Din Cadangan : Puan Jamnah binti Satar Sokongan : Encik Ismail bin Abd Rahim 6.4.6 Encik Hasrul Nizam bin Yaakub (Juru Audit) Cadangan : Encik Mohd Fahmi Sokongan : Puan Nor Azimah bt Hassim 6.5 AJK GURU Setiausaha : Puan Azidah Munirah binti Abdul Aziz Naib Setiausaha : Puan Noor Mazlina binti Yahya Bendahari : Puan Noor Aziah binti Ibrahim AJK : Puan Jalilah binti Ishak : Puan Rafidah binti Mohd Zain : Puan Khairul Amirah binti Yahaya : Encik Safuan bin Ghazali : Encik Pathur Rahman bin Abd Aziz : Encik Wan Mustaim Billah bin Wan Husin Juru Audit : Puan Salmah binti Bakar Puan Nor Azimah bt Hassim mencadangkan, cadangan ditutup. Disokong oleh Encik Mohamad Azizul Imran bin Salamon ( sebulat suara )
13 7. Ucapan Penangguhan 7.1 YDP sesi 2022 Encik Mohd Asri bin Abd Aziz mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PIBG SK.Pengkalan Jaya kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk memegang jawatan ini bagi sesi 2022/2023. Ucapan tahniah juga kepada ahli jawatankuasa yang baharu dilantik. Beliau juga memohon sokongan dan kerjasama daripada semua ahli PIBG , para waris dan guru demi kecemerlangan dan kejayaan sekolah. 7.2 Guru besar juga mengucapkan tahniah dan syabas atas lantikan AJK yang baharu, semoga AJK yang baharu dilantik ini dapat memberi komitmen yang jitu dan kerjasama yang mantap bagi membina organisasi yang berjaya untuk kecemerlangan murid SK.Pengkalan Jaya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 pagi. Disediakan oleh, ………… …………….. ( Puan Azidah Munirah binti Abdul Aziz ) Setiausaha PIBG SKPJ 2022
14 BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 PENASIHAT : EN.RASHIDI BIN MD ARSHAD (GURU BESAR) : EN.RIDZUAN BIN HASHIM ( PK 1) : PN.NORAINI BINTI MOKHTAR ( PK HEM ) : EN. WAN AZLI BIN WAN THE ( PK KO ) : EN. HAJI AZIZI BIN SAMSUDIN ( PK PPKI ) YANG DIPERTUA PIBG : EN. MOHD ASRI BIN ABDUL AZIZ NAIB YDP PIBG : EN. KHALIDUL ANWAR BIN ISHAK SETIAUSAHA : PN. AZIDAH MUNIRAH BINTI ABDUL AZIZ GURU SARANA PIBG : PN. NOOR MAZLINA BINTI YAHYA BENDAHARI : PN. NOOR AZIAH BINTI IBRAHIM AJK WARIS : EN. ZAMCER BIN ABDUL HAMID AJK WARIS : EN. MOHD. ROSLI BIN MD NOOR AJK WARIS : PN. NORAZIMAH BT ABU HASSAN AJK WARIS : PN. MAHFUZOH BT MEGAT HALIM AJK WARIS : PN. SUZAINA BT DIN AJK GURU : EN. SAFUAN BIN GHAZALI AJK GURU : EN. PATHUR RAHMAN BIN ABD AZIZ AJK GURU : EN. WAN MUSTAIM BILLAH BIN WAN HUSIN AJK GURU : PN. JALILAH BINTI ISHAK AJK GURU : PN. KHAIRUL AMIRAH BINTI YAHAYA AJK GURU : PN. RAFIDAH BINTI MOHD ZAIN JURU AUDIT : SALMAH BINTI BAKAR ( GURU ) : HASRUL NIZAM BIN YAAKUB ( WARIS )
15 Laporan AKTIVITI tahunan pibg sesi 2022/2023 1. Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Tahun 2022/2023 1.1 Jawatankuasa PIBG telah mengadakan mesyuarat sebanyak 6 kali 1.2 Tariklh mesyuarat AJK PIBG sesi 2022/2023 : Kali Pertama : 30.07.2022 Kali Ke 2 : 13.09.2022 Kali Ke 3 : 09.12.2022 Kali Ke 4 : 28.01.2023 Kali Ke 5 : 08.04.2023 Kali ke 6 : 04.05.2023 1.3 Kehadiran mesyuarat. NAMA 1 2 3 4 5 6 JUMLAH EN. MOHD ASRI BIN ABDUL AZIZ X X X 3 EN. KHALIDUL ANWAR BIN ISHAK X X X X 4 PN. AZIDAH MUNIRAH BINTI ABDUL AZIZ X X X X X X 6 PN. NOOR MAZLINA BINTI YAHYA X X X X 4 PN. NOOR AZIAH BINTI IBRAHIM X X X X X X 6 EN. ZAMCER BIN ABDUL HAMID X X X X 4 EN. MOHD. ROSLI BIN MD NOOR 0 PN. NORAZIMAH BT ABU HASSAN X X X X 4 PN. MAHFUZOH BT MEGAT HALIM X X X X X X 6 PN. SUZAINA BT DIN X 1 EN. SAFUAN BIN GHAZALI X X 2 EN. WAN MUSTAIM BILLAH BIN WAN HUSIN X X X 3 EN. PATHUR RAHMAN BIN ABD AZIZ X X X X 4 PN. JALILAH BINTI ISHAK X X X X X 5 PN. KHAIRUL AMIRAH BINTI YAHAYA X X X X X 5 PN. RAFIDAH BINTI MOHD ZAIN X X X X X X 6 JUMLAH KEHADIRAN 12 10 10 12 11 8
16 2. Sumbangan untuk program BIL. PROGRAM BIDANG 1. KEJOHANAN OLAHRAGA NEGERI TAHUN 2022 PPKI PPKI 2. KEJOHANAN OLAHRAGA KEBANGSAAN TAHUN 2022 PPKI PPKI 3. KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKPJ KO-KURIKULUM 4. KARNIVAL KOMUNITI SEJAHTERA HEM 5. SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI PPKI 6. PERTANDINGAN ACTION SONG PERINGKAT NEGERI KO-AKADEMIK 7. MAJLIS JAMUAN MAKAN AKHIR TAHUN PENGAWAS HEM 8. MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 KURIKULUM 9. MAJLIS APRESIASI PPKI PPKI 10. HARI APRESIASI KECEMERLANGAN DAN KEUSAHAWANAN SERTA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SKPJ KURIKULUM HEM KO-KURIKULUM 11. INSENTIF KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM KO-KURIKULUM 12. INFAK KERUSI HEM 13. KEJOHANAN CABARAN EMAS MG25 BOLA BALING PERINGKAT NEGERI KO-KURIKULUM 14. PENYELENGGARAAN KELAS HEM 15. KENDURI KORBAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 16. PROGRAM IHYA’ RAMADAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 17. DUIT RAYA MURID PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 18. PENGURUSAN BILIK DARJAH KEPADA GURU KELAS HEM 19. ZIARAH CAKNA HEM
17
18
19
20 USUL DAN CADANGAN USUL JAWATANKUASA PIBG 1. Mengekalkan kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM 50.00 setiap satu keluarga. 2. Mengekalkan kutipan dana tahun 6 sebanyak RM 100.00 setiap murid tahun 6. 3. Membenarkan pihak sekolah membuat kutipan/sumbangan daripada waris untuk murid menyertai program luar. USUL IBU BAPA / PENJAGA / WARIS 1. Rohani bt Ghazali ( Anis Raihanah 4IA ) Saya mohon supaya murid-murid yang beralamat dari kawasan Pokok Tampang di tempatkan di SK Pokok Tampang bagi mengelakkan kepadatan murid dalam satu kelas dan mengisi kekosongan murid di SK Pokok Tampang. 2. Norain bt Razali (Muhammad Ammar Hakim 4IS ) Cadangan mengumpulkan duit dari pihak ibu bapa untuk menyediakan locker bagi meringankan beg anak-anak ke sekolah. 3. Marsuki Saidin ( Nurul Hanis 4IK ) Beg sekolah anak terlalu berat dan terpaksa menaiki tangga ke tingkat yang tinggi. Bebanan pada anak boleh menyebabkan kesihatan anak terganggu. 4. Nor Faizal bin Mohd Noor ( Qaseh Nur Syifa 4IA ) Minta jasa baik pihak sekolah untuk buat kelas tambahan untuk matapelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. 5. Jasnimazdi bin Abdul Manaf ( Nur Qisha Qaisara 3IK ) Makanan dan minuman dikantin terlalu mahal dan lalat banyak di kantin. 6. Mohamad Azahari bin Yahaya ( Muhammad Qhalish Zafran 3IK ) Harga makanan di kantin perlu dikurangkan kerana sepinggan nasi dengan harga RM 3.00 terlalu mahal bagi pelajar sekolah rendah. 7. Nurul ( Khayra Imaneena Az-Zahra ) Pelbagaikan menu makanan di kantin. Sediakan makanan yang lebih berkhasiat. Kurangkan menu mee segera.
21 8. Nor Hazwani Abu Hassan ( Nur Alisha 4IK ) Berharap pihak sekolah dapat pendekkan waktu persekolahan pada bulan puasa. Ini kerana murid perlu hadir ke sekolah petang pula dan terlihat begitu kepenatan. Dapat mengurangkan jumlah buku untuk dibawa. Ini kerana terlalu berat untuk murid menggalas beg mereka. 9. Zamcer Abd Hamid ( M. Umar Hasif 3IA ) Awning untuk anak-anak murid (dari laluan berjalan kaki ke tempat letak basikal ) ketika waktu hujan. 10. Nik Nurbaya Hidayu ( Muhd Aidil 4IS ) Minta jalan masuk dan keluar dibesarkan untuk laluan kereta dan motor. Hari jumaat minta di awalkan balik sekolah pukul 12.05 tengahari. 11. Fazail bin Abd Rani ( Nur Safiyya Sumayyah 4IN ) Memohon untuk pihak berwajib membawa usul melebarkan jalan raya bagi pelajar yang menggunakan jalan raya dari Taman Chempedak ke sekolah. Ini kerana jalan raya sedia ada sangat sempit dan berbahaya di waktu awal pagi. 12. Zurino bin Mohd Mohtar ( Siti Nurhanisa 5IS ) Berharap dapatlah sekiranya yuran persekolahan dapat dikurangkan memandangkan kos sara hidup sekarang ini meningkat. 13. Mohd Rizam bin Said ( Dhia Qistina 4IN ) Kurangkan berat beg sekolah. 14. Mohd Syamsul ( Nur Kiasatina Izzati 4IN ) Kerap kali apabila lampu isyarat depan sekolah warna merah ada segelintir pemandu yang enggan perlahan/berhenti. Harap ada penyelesaian hal ini. 15. Muhammad Fauzi bin Yusoff ( Muhammad Shahmi 6IK & Muhammad Aiman Haikal 3IK ) Minta kerjasama pihak pengawal keselamatan membantu menjaga kelancaran dilaluan kenderaan ibu bapa yang datang menjemput anak mereka supaya tiada halangan. Peka dengan kenderaan yang keluar dan masuk supaya tiada halangan demi kelancaran. Tidak membiarkan murid-murid keluar lambat selepas tamat waktu persekolahan kerana ada setengah waris yang datang, mereka terpaksa mencuri masa rehat atau masa kerja mereka.
22 16. Shaiful Rizal bin Samsudin ( Muhammad Shahriman 4IB ) Harapan agar ibu bapa yang mengambil anak dengan menaiki kereta tidak menunggu di hadapan pintu pagar sekolah dengan kereta kerana ini menyebabkan kesesakan. 17. Rohaida bt Abdullah ( Siti Nur Fatimah 5IS ) Tugasan Pengawas Alam Sekitar perlu laksanakan pada waktu yang sesuai bukan waktu pembelajaran sedang dijalankan. Kesesakan semasa penghantaran dan mengambil anak-anak, lorong masuk ke kawasan sekolah amat disesali. Tolong pantau terutama semasa kanak-kanak pulang. 18. Nurul Arisha Mastura ( Nur Fatihah 3IS ) Fokuskan kepada latihan subjek. Berikan latihan tambahan pada buku sekolah. Semak buku murid selepas beri latihan. 19. Ashaliza bt Saad ( Nur Nadhira Humaira 6IA ) Ingin mengetahui perancangan pihak sekolah dalam usaha memperbaiki tandas mirid yang rosak ( pintu rosakm flush tak ada, kunci tak ada ).
23 SENARAI NAMA AJK BARU SESI 2023/2024 1. Yang Dipertua PIBG : ................................................................................. 2. N. Yang Dipertua PIBG: ................................................................................. 3. Setiusaha PIBG : PUAN AZIDAH MUNIRAH BINTI ABDUL AZIZ 4. Naib Setiusaha : PUAN NOOR MAZLINA BINTI YAHYA 5. Bendahari PIBG : PUAN NOOR AZIAH BINTI IBRAHIM 6. Ahli Jawatankuasa (Wakil Ibu Bapa): 1 : ……………………………………………… 2 : ……………………………………………… 3 : ……………………………………………… 4 : ……………………………………………… 5 : …………………………………………… 7. Ahli Jawatankuasa (Wakil Guru): 1 EN. SAFUAN BIN GHAZALI 2 EN. WAN MUSTAIM BILLAH BIN WAN HUSIN 3 EN. PATHUR RAHMAN BIN ABD AZIZ 4 PN. JALILAH BINTI ISHAK 5 PN. KHAIRUL AMIRAH BINTI YAHAYA 6 PN. RAFIDAH BINTI MOHD ZAIN 8. JURUAUDIT 1 ........................................................................................( GURU ) 2 ........................................................................................( WARIS )
24 Tuan Haji Ismail Lathifi bin Teh Pengurus Besar State Stakeholder Affairs Negeri Pulau Pinang, Tuan Ir. Mhd. Shukree bin Shahabudin Pengurus Urusan TNB Prai Sdn. Bhd., Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Pengkalan Jaya, Guru-guru SK Pengkalan Jaya, Staf sokongan SK Pengkalan Jaya Ibu bapa / Waris , & semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke 22