PENDIDIKAN MUZIK
PROJEK BUKU SKRAP
HAZIM BIN HAZWAN
3 IBNU SINA
REKODER
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA
ISI KANDUNGAN SURAT
PROFIL MURID
PENGENALAN REKODER 2
STRUKTUR REKODER 3
TEKNIK BERMAIN REKODER 4
5
PENJARIAN 6
SUSUNAN JARI PADA LUBANG REKODER 7
8
REKODER NOTE A 9
REKODER NOTE B 10
11
RUMUSAN 12
PENGHARGAAN
2
PROFIL MURID
NAMA: HAZIM BIN HAZWAN
TAHUN: 3 IBNU SINA
SEKOLAH: SK BANDAR PENAWAR 2
UMUR: 9 TAHUN
TARIKH LAHIR: 29 JANUARI 2012
CITA-CITA: ANGKASAWAN NEGARA
3
PENGENALAN REKODER
Rekoder adalah sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat
daripada kayu atau plastik.Terdapat pelbagai saiz rekoder untuk
peranan yang berlainan. Antaranya adalah rekoder sopranino,
soprano, alto, tenor dan bes (gambarajah dari kiri ke kanan).
Penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran muzik di bilik
darjah adalah bertujuan memberi pengalaman muzikal secara
‘hands-on’. Pada masa yang sama pelajar mengukuhkan
kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman praktikal. Bahan
yang dicadangkan dapat membantu proses pembelajaran bagi
mengukuhkan kemahiran dan penguasaan bermain rekoder.
4
STRUKTUR REKODER
5
TEKNIK BERMAIN REKODER
Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang
betul perlu diamalkan.
Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder
Postur
• Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang
rekoder.
• Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan.
(Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau
membongkokkan badan.)
Cara Memegang Rekoder
Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan
memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder.
a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian
pangkal.
b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.
c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan
kanan.
6
PENJARIAN
a) Tangan Kiri
-Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang
rekoder.
-Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
-Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
-Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
b) Tangan Kanan
-Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
-Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.
-Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
-Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.
-Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang
kecil. Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan
bunyi syap dan flet.
7
SUSUNAN JARI PADA LUBANG REKODER
Carta Penjarian Rekoder
8
REKODER NOTE A
9
REKODER NOTE B
10
RUMUSAN
Saya sangat menyukai
rekoder kerana ianya
ringan, kecil dan mudah
alih. Alat muzik rekoder
adalah murah berbanding
alat muzik yang lain yang
berisiko hilang atau ‘rosak’.
Paling menggembirakan
saya ialah rekoder boleh
menghasilkan pelbagai
irama dan rentak.
11
PENGHARGAAN
Melalui peluang keemasan ini, saya
Hazim bin Hazwan daripada kelas 3 Ibnu Sina
ingin merakamkan jutaan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada guru
bimbingan saya juga merangkap guru muzik
iaitu Cikgu Asraf bin Harun Narasid kerana
telah banyak memberikan saya tunjuk ajar
sehingga tersiapnya Buku Skrap Muzik ini.
Selain itu, penghargaan dan terima kasih
juga ditujukan kepada ahli keluarga saya yang
menyumbang tenaga untuk membantu saya
menyiapkan Buku Skrap Muzik ini. Tidak
dilupakan juga kepada rakan rakan yang
memberikan idea untuk menyiapkan buku
skrap ini. Buku skrap ini juga telah menjadi
salah satu daripada proses mengulangkaji buat
saya.
Akhir kata, saya ingin menyusun sepuluh
jari memohon kemaafan seandainya terdapat
sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di
dalam buku skrap ini.
Sekian, terima kasih.
12