The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ramvishnuboy6, 2021-05-25 00:03:17

E-Majalah Etika (Kump 5)

E-Majalah Etika (Kump 5)

ASAL USUL DAN
BUDAYA ETNIK
KAUM IBAN

E-MAJALAH TENTANG IBAN

ISSUE NO. O2 JUNE 2021 • RM6.OO

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Kaum Iban yang didapati di SARAWAK

ASAL USUL MASYARAKAT ADAT RASAM DAN PERALATAN MUZIK
IBAN BUDAYA KAUM IBAN TRADISIONAL IBAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1–4
ASAL USUL MASYARAKAT
IBAN 5–6

ADAT RESAM KAUM IBAN

PERAYAAN KAUM IBAN 6–7

PAKAIAN TRADISIONAL 8–9
MASYARAKAT IBAN 10
11
AGAMA DAN
KEPERCAYAAN

BAHASA IBAN

PERALATAN MUZIK 12 – 14
TRADISIONAL 15 – 17
RUMAH PANJANG 18

SILAT KUNTAU IBAN

TEKSTIL 19 – 20

SENARAI AHLI JAWATAN 21 – 22
KUASA

ASAL-USUL MASYARAKAT IBAN

Kaum Iban merupakan penduduk peribumi dan kaum majoriti di
Sarawak denganperatusan majoriti yang lebih daripada 30%
daripada jumlah peratusan pendudukdi Sarawak. Rata-rata kaum
Iban di Sarawak majoriti daripada mereka adalah penganut agama
Kristian.

Sejarah Asal Usul Kaum Iban di Sarawak

Terdapat banyak kajian mengenai migrasi kaum-kaum di Sarawak
terutama sekalibagi Kaum Iban. Apa yang pasti kebanyakan migrasi
kaum-kaum di Sarawak
bertitik tolak daripada adat “Berjalai” iaitu satu proses yang mana
ianya dilakukanbagi mencari peluang yang lebih baik contohnya bagi
mencari tanah yang luas danhidup di dalam keamanan serta makmur.

Kaum Iban tradisional sebenarnya lebih dikenali sebagai Dayak
Laut dan mereka pada asalnya berasal daripada Kalimantan,
Indonesia dan kemudiannya berpindah ke Sarawak pada masa yang
hampir sama dengan kedatangan bangsa Eropah ke Asia Tenggara.
Mereka memasuki Sarawak melalui Batang Air Kapuas, iaitu jalan
masuk paling mudah bagi melintasi sempadan Sarawak-Kalimantan
.

Pada asalnya kaum Iban yang dipimpin oleh Singgalang Burung
telah mendiamisepanjang Sungai Kapuas. Manakala kaum iban
yang dipimpin oleh Sera Gunting lebih meminati untuk mendiami
Banjaran Tiang Laju di bahagian barat Pulau Borneo. Walau
bagaimanapun Singgalang Burung dikatakan tidak mengemari
kawasan tersebut maka telah diadakan satu persidangan dengan
pengikutnya di Merakai iaitu salah satu anak Sungai Kapuas untuk
mengusulkan
perpindahan kaum Iban ke Batang Ai. Setelah kata sepakat diambil
akhirnya, kaumiban telah memulakan penghijrahan mereka dan

~1~

tempat yang kali pertama mereka jejaki adalah daerah Kumpang,
Sarawak dan terus menetap di Kumpang .

Sebahagian daripada kaum Iban ini telah dipengaruhi oleh seorang
pemimpin yanglain mula membuat eksplorasi ke hulu Sungai
Kumpang iaitu menghala ke Lubok Antu dan Engkilili dan
seterusnya menetap di kawasan Sungai Batang Lupar yanglebih
dikenali sebagai batang Ai. Dari Batang Ai, suku kaum Iban
berpindah ke anak-anak sungai di Ulu Ai dan mula membuat
penempatan mereka dengan membina rumah panjang mereka yang
unik di kawasan yang dikenali sebagai Delok, Mepi, Jinggin,
Engkari, Skrang dan Lemanak.

Setelah itu sekali lagi sebahagian daripada kaum Iban ini telah mula membuat
eksplorasi dengan berpindah dan lalu menetap di Sungai Undup dan Wong
Tempangau . Kaum Iban yang berpindah ini adalah mereka yang dipimpin oleh
Kajup dan mereka dikenali sebagai Iban Undup.

Jelas sekali perpindahan awal kaum Iban Sarawak mempunyai taburan yang
agakberselerak di kawasan hulu Sungai Batang Lupar dan Batang Saribas di
bahagianSri Aman dan perpindahan ini berlaku sejak diawal abad ke 19 dari
Hulu Batang Lupar melalui sempadan Kalimantan menuju ke daerah Rejang .
Sementara itu satu lagi pemimpin iaitu Gelungan telah membawa pengikut-
pengikutnya keluar daripada Merakai dan menuju ke Undup serta mendiami
Bukit Balau. Kaum Iban daripada pimpinan Gelungan ini disebut sebagai Iban
Balau kerana menetap di kawadan Bukit Balau iaitu penempatan terawal
masyarakat Ibandi Sri Aman.

Kemudian sekali lagi Gelungan telah membawa pengikut-pengikutnya untuk
berpindah ke Sebuyau dan sebahagian generasi kaum Iban ini dikenali sebagai
IbanSebuyau. Sepatutnya penghijrahan masyarakat Iban terhenti di kawasan
Sebuyau namun setelah kematian pemimpin Gelungan, iban Sebuyau dikatakan
telah berpecah dan ada yang berpindah ke Meredang, Gayam, Lundu dan
Samarahan.

~2~

Ketua-ketua suku kaum iban yang lain seperti Lanong, Kanyong, Meringgai dan
Manggi telah membawa pengikut-pengikut mereka berpindah ke Rantau
Langkong, Tanjung Merarang, Sungai Skrang dan Tisak.
Dan kerana itulah sememangnya bahagian Sri Aman mempunyai jumlah
penduduk Iban yang tertinggi dibanding dengan tempat-tempat lain di Sarawak
diikuti denganKapit, Saratok, Mukah, Kuching, Saribas, Baram, Song dan
Sarikei. Ianya adalah satu hakikat bahawa kaum Iban telahpun mendiami
segenap pelusuk Sarawak dengan membawa bersama segala budaya dan adat
mereka sekali yang ternyata terlalu unik.Kaum Iban Sarawak mempunyai
keunikan yang tersendiri baik dari segi bahasa mereka yang ternyata telah
mempengaruhi kaum-kaum lain yang terdapat di Sarawak.
Contoh Gambar Masyarakat Iban 100 Tahun yang lalu:

~3~

PAKAIAN MASYARAKAT
IBAN MASA BERPERANG

~4~

ADAT RESAM KAUM IBAN

Adat Perkahwinan
Dalam masyarakat iban, usia lelaki yang layak untuk bernikah adalah 20 tahun
keatas. Manakala, bagi perempuan adalah tiada had umur yang ditetapkan.
Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat iban adalah perkahwinan yang
mengikut adat. Bagi mana-mana pihak yang melanggar adat, mereka akan
dikenakan denda yang bertujuan untuk mengelak pasangan suami isteri tersebut
ditimpa bala atau kesusahan. Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam adat
perkahwinan kaum iban. Antaranya;

1. Merisik

2. Meminang atau bertunang

3. Majlis perkahwinan

Majlis perkahwinan ini dimulakan oleh pihak lelaki dimana mereka akan
menyediakan barang-barang atau hantaran yang diberikan kepada pihak
perempuan. Anataranya, ialah kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan barang
kemas. Keluarga pihak perempuan akan membuat persiapan seperti memburu
binatang untuk dijadikan lauk kepada tetamu yang akan datang.
Pasangan ini akan mengenakan pakaian tradisional Iban. Keluarga lelaki
berjalan diiringi oleh paluan gong. Tiba di rumah pengantin perempuan, satu
das tembakan akan dilepaskan tanda tetamu sudah tiba. Rombongan
pengantin perempuan akan bersiap sedia untuk turun ke sungai mandi
Bersama-sama dengan pengantin lelaki. Ini adalah untuk menunjukkan
permulaan silaturahim antara dua keluarga pengantin.
Sebelum upacara perkahwinan bermula, perbincangan akan diadakan di ruai
dan “air tuak” turut dihidangkan sebagai air peransang kepada tetamu. Setelah
mengetahui hubungan kekeluargaan, pengantin akan meminta berian. Nilainya
ditetapkan oleh masyarakat di situ.

~5~

Adat Kematian

Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada
kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya.

Perkara pertama yang dilakukan sebaiknya sahaja mendapati seseorang itu
mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya.
Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-
baiknya.

Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu.
Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa
pulang roh si mati. Kemudian mayat diletakkan di tengah-tengah rumah
panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.

Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan.
Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduannya kelak
(dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian.

Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan untuk membaca doa dan
dipercayai roh si mati dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa
itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah
panjang. Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang-orang tua
akan berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang.

Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan
menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkandan dibuang ke tanah
melalui celahan lantai.

PERAYAAN KAUM IBAN

Perayaan Gawai ini disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun. Perayaan ini
disambut untuk menunjukkan bahawa berakhirnya musim menuai padi.
Mereka merayakan perayaan ini dengan berkumpulan di serambi umum
Rumah Panjang yang terdapat ranyai atau dikenali pokok istiadat dengan
mengenakan pakaian tradisional masyarakat Iban yang dipenuhi dengan manik
yang mewarisi budaya atau adat nenek moyang mereka. Sewaktu perayaan ini,
mereka memeriahkan lagi suasana dengan berjumpa, berkumpul dan bersuka ria
sambal menikmati pelbagai jenis makanan tradisional yang disediakan.
Perayaan gawai ini turut terkenal dengan tariannya yang dikenali sebagai tarian

~6~

Ngajat. Selain itu juga, perayaan Gawai ini juga diselitkan dengan meminum
arak beras (tuak) dan aktiviti hiburan yang lain.
Dari segi kepercayaan mereka, mereka turut menyediakan makanan dan arak
kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih hasil
daripada tuaian yang baik dan menguntungkan. Upacara ini dikenalikan oleh
orang yang tertentu sahaja seperti wakil masyarakat.

~7~

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT IBAN

Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan
Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas
kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah
kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan
belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula
merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar
daripada bedong. Panjang Dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan
sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara
tertentu.

~8~

Pakaian tradisional wanita Iban pula, terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang,
Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan
panjangnya Cuma separas lutut mereka. Baju Kaum Iban yang dipanggil
kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan.

~9~

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Masyarakat Iban percaya terhadap kepercayaan animism. Mereka berpegang
pada kepercayaan yang diamalkan oleh nenek moyang mereka dahulu. Mereka
berpandukan pada ‘Papan Turai’ yang telah ditulis oleh “Tuai Raban Bansa”
dengan berpandukan nasihat dari ‘Manang’ dan ‘Lemambang’.
Orang Iban percaya bahawa terdapat kewujudan seorang Tuhan iaitu Binsi
Petara yang dipercayai mencipta dunia dan alam semesta. Di bawah Tuhan ini
terdapat 7 orang dewa.
Antaranya ialah:
~Dewa Peperangan – Sengalang Burong
~Dewa Keagamaan – Biku Imam Bunsi Petara
~Dewa Perubatan – Menjaya
~Dewa Pertanian & Tanah – Sempulang Gana/Semerugah
~Dewa Penyembuh Semulajadi & Dewa Keadilan – Ini Inee/Andan
~Dewa Kekayaan – Anda Mara/Gangga Ganggong
Orang Iban percaya bahawa semua benda hidup mempunyai semangat dan roh
mereka masing-masing. Mereka juga turut percaya pada ilmu firasat dan turut
bergantung padanya. Contoh ilmu firasat mereka adalah melalui mimpi yang
baik atau buruk, binatang bisa, burung bisa yang sengaja dicari atau dijumpai
tidak sengaja dan hati babi yang dibaca baik buruh maksudnya. Kini,
masyarakat Iban majoritinya adalah penganut agama Kristian. Selebihnya ada
yang menganut agama lain seperti Agama Tradisional, Islam, Ateisme dan lain-
lain agama.

~ 10 ~

BAHASA IBAN

Asmar Haji Omar (1981) menyatakan Bahasa Iban terdiri daripada Bahasa
Austronesia. Bahasa Iban hampir sama dengan Bahasa Melayu. Persamaannya
boleh dilihat daripada segi struktur frasa dan ayat. Walau bagaimanapun bahasa
Iban berbeza daripada bahasa Melayu dari segi pengimbuhan atau pembentukan
kata.
Ngadi (1988) menambah pendapat di atas bahawa bahasa Iban mempunyai
banyak dialek. Daripada segi istilah dialek-alek bahas Iban tidak banyak
perbezaan. Perbezaan yang sangat ketara ialah dari segi slanga. Dialek-dialek
itu ialah seperti Saribas, Batang Ai, Skrang, Balau, Sebuyau, Batang Rajang dan
sebagainya.
Howell (1992) bersetuju bahawa setiap kumpulan orang Iban mempunyai
idium, cara sebutan atau slanga tersendiri seperti yang telah disebut di atas.
Howell menambahkan lagi bahawa bahasa Iban adalah bahasa yang hidup.
Setelah bertembung dengan bahasa lain seperti bahasa Melayu, Bahasa Cina,
Bahasa Inggeris dan sebagainya maka berlakulah proses peminjaman bahasa.
Proses tersebut telah memperkayakan lagi Bahas Iban.
Selain daripada mempunyai bahasa tersendiri orang Iban juga mempunyai
kepercayaan tradisi atau kosmologi tersendiri. Oleh itu, pengkaji akan
menyentuh tentang kosmologi orang Iban. Ini difikirkan penting kerana
beberapa perkara yang berkait dengan penggunaan buluh dan juga dengan
kepercayaan tradisi.

~ 11 ~

PERALATAN MUZIK TRADISIONAL

1. SAPE
Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan
berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang.
Dipermukaan sapeh ini kebiasannya didapati ukiran bermotif orang Iban
Sarawak serta diwarnakan sama ada merah atau pun hitam.

2. TAWAK
Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di
tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan
anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak
anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi
seperti ‘chak, dong, peng’.

~ 12 ~

3. BEBENDAI
Bebendai ialah gong kecil yang tergantung. Berbentuk bulat dan
membukit di tengah.

4. ENGKROMONG
Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di
tengah permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di
atas para yang panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan ada
sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta dipraktikkan oleh
kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada
dimainkan untuk hari perayaan mereka, iaitu “Hari Gawai” ia juga
dipamerkan kepada orang ramai terutama para pelancong yang ingin
mengetahui kebudayaan seni muzik masyarakat Iban khususnya di negara
ini.

~ 13 ~

5. KETEBUNG
Drum (single sided drum). Drum yang boleh diketuk dari satu sudut
sahaja dan diperbuat daripada bahan semulajadi. Berbentuk bulat dan
memanajang ke atas.

~ 14 ~

RUMAH PANJANG
Salah satu budaya yang unik ialah Rumah Panjang atau Longhouse di negeri Sarawak.
Rumah Panjang amat terkenal di negeri Sarawak. Rumah panjang biasanya
didiami oleh suku kaum Iban, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh. Rumah
panjang banyak dibuat berhampiran sungai di mana ianya menjadi tempat
laluan utama bagi masyarakat di Sarawak. Kebiasaannya rumah panjang yang
dibina mempunyai 20 hinga 80 buah bilik ini mampu menampung seramai 200-
800 orang.
Rumah Panjang mempunyai ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri. Rumah
Panjang dibina dengan menggunakan tiga jenis kayu keras seperti kayu belian
dari kepulauan Borneo agar ianya tidak mudah reput dan runtuh. Atap
bumbungnya pula diperbuat daripada daun hutan yang tebal. Manakala dinding
rumah pula terdiri daripada kulit kayu terentang atau buluh yang boleh dibelah
dua.

Lantai Rumah Panjang dibuat menggunakan buluh, papan dan kulit kayu.
Tangga rumah pula diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik
menggunakan beliong. Disebabkan proses itu, ianya digelar sebagai tangga
takik.

RUMAH PANJANG IBAN
Rumah Panjang terdiri daripada 3 ruang utama iaitu tanju yang mempunyai dua
bahagian (serambiatau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan juga bilik.
Sadau adalah bahagian atas bilik. Ruai digunakan sebagai tempat tidur anak
gadis. Selain itu ianyajuga turut digunakan untuk menyimpan bijian dan juga
perkakas.

~ 15 ~

Rumah Panjang Bidayuh Sarawak terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu
bilik utama, awah dantamu. Biasanya suku kaum Bidayuh akan meletakkan
barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka di dalam bilik ini. Selain
itu, ruang ini berfungsi sebagai tempat tidur pada waktu malam.
Awah pula adalah bahagian pelantar luar Rumah Panjang yang kebiasaannya
bertutup dan beratap. Ruang ini dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti
harian seperti menganyam, berbual, membuatperalatan dan bertani. Bukan itu
sahaja, ruang awah ini juga dijadikan sebagai upacara perayaan dan keagamaan
seperti upacara perkahwinan.

Tanju adalah ruang bahagian terbuka dan biasanya tidak bertutup ataupun
beratap. Tanju digunakanuntuk menjemur hasil tuaian seperti jagung.
Begitulah serba sedikit keunikan yang ada pada Rumah Panjang Sarawak.
Warisan dan budayaadalah identiti bangsa dan negara Malaysia yang
seharusnya dipelihara. ‘Yang lama dikelek, yang baharu didukung’. Dalam
kemajuan moden, usahlah kita melupakan rumpun budaya kita.

DALAM RUMAH PANJANG

~ 16 ~

PELAN RUMAH PANJANG
~ 17 ~

SILAT KUNTAU IBAN

SENI mempertahankan diri kaum Iban, yang amat tradisi dan diwarisi turun
temurun sejak ratusantahun, seni ‘kuntau’ kini semakin diminati di kalangan
generasi muda hari ini dan mendapat sokongan padu pemimpin masyarakat
Iban khususnya pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan
kaum Iban dan Dayak.
Para pemimpin NGO Iban dan Dayak ini, turut menggalakkan ahli mereka
mengambil bahagian dalam seni ‘kuntau’ bukan hanya mempertahankan diri,
tetapi paling penting ialah mengekalkan salah satu tradisi kaum Iban.
“Seperti juga ngajat, kuntau merupakan salah satu tradisi dan kebudayaan
kaum Iban, cuma beza hari ini, ngajat dipersembahkan di pentas manakala
kuntau di gelanggang,” kata pengerusi Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS)
Cawangan Bintulu, Pete Bujang kepada Utusan Borneo di Miri.
Jelasnya, hari ini, pelbagai gelanggang ‘kuntau’ telah dibuka oleh guru
kuntau untuk mengajar generasi muda Iban yang berminat dengan seni ini
dan sebagai sebuah pertubuhan yang turut memperjuangankan budaya
tradisi kaum Dayak, PEDAS, amat menyokong usaha ini.
Justeru katanya, PEDAS khususnya di Bintulu amat menggalakkan ahli mereka
menyertai kelas kuntau ini, sebagai usaha mendekatkan masyarakat Dayak
khususnya kaum Iban, dengan salah satupermainan atau sukan tradisi yang
semakin dilupakan itu.
Selain itu, melalui kuntau juga, ia boleh menyemaikan budaya hidup sihat dan
berdisiplin di kalangan anak-anak muda yang menyertai seni kuntau ini, jelas
Pete lagi.
“Dengan penyertaan daripada golongan muda ini, kita berharap dapat
menghidupkan semula seni‘kuntau’ ini, bersama guru-guru kuntau yang ada,”
katanya.
“Kalau boleh kita mahu seni ‘kuntau’ ini diangkat martabatnya sama tinggi seperti seni
mempertahankan diri kaum-kaum yang lain,” jelas beliau lagi.

~ 18 ~

TEKSTIL

Tekstil utama masyarakat Iban adalah pua, juga dikenali sebagai selimut
(kumbu) tetapi lebihwajar dipanggil kain. Tenunannya lebih halus
berbanding anyaman ikat yang lain dimana ianya kaya dengan simbol
alegori. Ikat pua kumbu amat terkenal sebagai barang budaya di Sarawak.

Funsi pua kumbu adalah pelbagai dan memainkan peranan yang amat penting
dalam masyarakat Iban. Ianya digunakan untuk pelbagai upacara: kelahiran,
perkahwinan, pengebumian dan perubatandan tidak ketinggalan juga upacara
bercucuk tanam. Sebaik sahaja seorang bayi itu lahir dan dibersihkan, bayi
tersebut dibaringkan diatas pua kumbu. Pada upacara pertama iaitu semasa
hendak memandikan bayi itu di sungai, bayi tersebut diselubungkan dengan
kain tersebut dan diiringi ke tempat permandian. Semasa upacara perkahwinan,
pua kumbu digunakan untuk menghiasi ruang persandingan. Pasangan
pengantin akan duduk di atas gong di bawah kanopi pua kumbu dan bersedia
untuk menerima restu daripada orang-orang tua. Pua kumbu juga dijadikan
sebagai sebahagian daripada hantaran pengantin.

Apabila salah seorang saudara mara meninggal dunia, pua kumbu akan
digantung sebagai langsir untuk melindungi si mati. Pua kumbu juga
digunakan sebagai pandong untuk menyimpan pemberian dalam upacara
penanaman. Pada zaman dahulu, pua kumbu digunakan dalam majlis untuk
mengalas kepala-kepala yang diperolehi dari perang yang berjaya dimenangi.

Pua kumbu juga dikenali sebagai selimut rohani. Coraknya mengandungi
maksud dan tenaga. Semakin bertenaga coraknya, semakin dekatlah seseorang
Iban itu dengan dunia ghaib dan semakinberbahaya kepada si penenun kerana
ia cuba menyerap tenaga dan semangat ghaib ke dalam hasil tenunannya. Hasil
tenunan itu nanti boleh melindungi si pemakai. Oleh itu, tenunan pua kumbu
dalam konteks tradisional amat besar maknanya dalam menentukan kedudukan
seseorang wanita.

~ 19 ~

Corak yang dihasilkan pada setiap tenunan adalah berdasarkan motif-motif yang
sering ditemui padaseni corak Sarawak. Simbol yang biasa digunakan adalah
burung, rusa, ular, lintah, tupai, katak, bunga dan buah-buahan. Simbol tertinggi
adalah daripada manusia dan semangat.
Tenunan unggul yang lain adalah kain songket. Ia adalah buatan tangan dan
daripada benang emas dan perak digabungkan dengan benang kapas yang
halus ataupun sutera. Ianya hampir serupa dengan kain songket yang
dihasilkan di Kelantan dan Indonesia.
Walaubagaimanapun di Sarawak, kain songket dianggap hasil
warisanKesultanan Brunei. Kain tersebut biasanya sepanjang dua setengah ela
atau sama panjang dengan skirt. Oleh kerana pengaruh agama, penenunnya
memilih corak bungabungaan, roset, bintang dan jalur geometrik.
Dahulu kain songket hanya dipakai semasa upacara penting dan perayaan oleh
golongan aristokrat.Kini telah terbukti bahawa songket dianggap sebagai pakaian
untuk semua golongan didalam masyarakat Melayu dan coraknyatelah diterima
sebagai fesyen terkini.

~ 20 ~

AHLI-AHLI JAWATAN KUASA

KETUA PENGARAH
RAMVISHNU A/L A TACHANA MURTHY

(06DEP20F1005)

KETUA EDITOR
HARIHARAN A/L SARVESWARAN

(06DEP20F1009)

PEMERIKSA FAKTA
HOORVIN A/L VIJIYAN
(06DEP20F1065)

~ 21 ~

EDITOR SALIN
RANJIT A/L UDIYACHANDRAN

(06DEP20F1057)

EDITOR PHOTO
UTHAYA A/L SHASHIKUMAR

(06DEP20F1018)

~ 22 ~


Click to View FlipBook Version