The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

struktur sosiopolitik masyarakat Arab pada zaman jahiliah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-12128201, 2022-07-26 09:53:53

struktur sosiopolitik masyarakat Arab pada zaman jahiliah

struktur sosiopolitik masyarakat Arab pada zaman jahiliah

Soalan : Bincangkan struktur sosiopolitik masyarakat Arab
pada zaman jahiliah.

1. Pendahuluan
- Konsep jahiliah
- Berlangsung selama tiga abad

Isi-isi penting

- Sosial
- Politik

Kesimpulan

- Sosiopolitik masyarakat jahiliah adalah berasaskan kepada
puak dan faham muruah. Fahaman ini berubah setelah
kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan kedatangan Islam.

- Perubahan ini membawa kepada perubahan yang lebih
positif dalam struktur sosiopolitik masyarakat Arab.

Jawapan lengkap

Masyarakat di Tanah Arab sebelum Islam disebut sebagai masyarakat
jahiliah. Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan Arab yang
bermaksud bodoh dan sesat. Masyarakat jahiliah merupakan masyarakat
yang wujud pada zaman sebelum Nabi Muhammad s.a.w diangkat
menjadi rasul oleh Allah s.w.t. Kehidupan masyarakat jahiliah ini
dijelaskan dalam ayat-ayat al-Quran, antaranya surah al-Maidah dan
surah al-Jumaat. Firman Allah s.w.t dalam surah-surah tersebut bahawa
ciri-ciri jahiliah yang ada ialah tidak terdapatnya nabi, rasul atau kitab
suci untuk dijadikan panduan. Malahan, masyarakat Arab tidak
mempunyai tamadun dan tidak menggunakan akal fikiran secara waras.
Selain itu, masyarakat Arab mempunyai akhlak sangat rendah dan
mereka tidak tunduk kepada syariat Islam serta tidak mengguna pakai
kitab-kitab terdahulu seperti Taurat, Zabur, dan Injil. Namun, masyarakat
Arab Jahiliah tidak bodoh dan jahil di dalam semua bidang kerana dalam
kalangan mereka terdapat golongan pentadbir, ahli perdagangan, penyair,
dan ahli falsafah yang terkenal. Zaman jahiliah ini telah berlangsung
dalam tempoh masa tiga abad.

Masyarakat jahiliah mempunyai sistem dan struktur masyarakat yang
tersendiri. Masyarakat jahiliah dibahagikan kepada dua golongan, iaitu
golongan Badwi dan golongan Hadari. Golongan Badwi adalah
masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman dan kampung di kawasan
tengah dan utara Tanah Arab. Kebiasaannya mereka berpindah-randah
dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada aktiviti kehidupan
seharian mereka. Antara aktiviti kehidupan yang dijalankan oleh mereka
ialah menternak binatang. Manakala, golongan masyarakat Hadari pula

merupakan golongan yang lebih maju. Mereka menetap di bandar atau
pinggir bandar di selatan Tanah Arab. Golongan Hadari terdiri daripada
para cerdik pandai dan bangsawan. Aktiviti ekonomi mereka ialah
perdagangan dan pertanian.

Sistem sosial masyarakat jahiliah ditunjangi oleh sistem kabilah yang
membahagi-bahagikan mereka kepada beberapa unit tertentu.
Pembentukan kabilah ini biasanya ditentukan melalui pertalian darah
dalam kalangan ahli masyarakat. Kabilah diketuai oleh syeikh. Kehidupan
mereka diikat dengan semangat assabiah, iaitu semangat kesukuan.
Setiap kecenderungan yang dilakukan adalah berasaskan kepada
berperasaan sangat taasub dengan kabilah masing-masing. Ikatan yang
padu ini mendorong mereka berperang demi mempertahankan kabilah
masing-masing walaupun perbalahan mereka bermula daripada perkara
yang remeh.

Anggota masyarakat jahiliah mempunyai moral dan akhlak yang
sangat rendah. Mereka melakukan perbuatan keji dan hina seperti
meminum arak, mencuri, merompak perniagaan manusia dan
bertukar-tukar wanita berlaku secara berleluasa. Mereka juga menilai
ketokohan seseorang melalui keberanian dan kelebihan dari segi
pembunuhan dan jumlah rompakan yang dilakukan. Oleh itu, bayi
perempuan yang baru lahir kebiasaannya akan ditanam hidup-hidup untuk
menutup malu.

Selain golongan wanita, masyarakat jahiliah memandang rendah
kepada golongan hamba. Amalan sistem perhambaan telah menjadi
lumrah dalam kehidupan sosial masyarakat jahiliah. Hamba dipandang

hina dan dipaksa bekerja melampaui batas-batas kemanusiaan. Malahan,
hamba abdi akan diseksa dengan kejam dan jika didapati melakukan
sesuatu yang bertentangan dengan kehendak tuannya.

Selaian itu, masyarakat jahiliah berpegang kepada ajaran agama dan
kepercayaan nenek moyang. Ajaran ini berkait rapat dengan konsep
paganisme, syirik dan kufur yang tidak berlandaskan kepada ajaran yang
disampaikan nabi-nabi terdahulu. Mereka juga menyelewengkan ajaran
yang dibawa oleh para rasul dan nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w..
Antara agama yang diamalkan ialah agama wathani, agama Yahudi,
agama Kristian, agama Zarosta dan agama Hunafa. Bagi masyarakat
jahiliah yang mengamalkan agama wathani, mereka menganggap berhala
adalah Tuhan dan akan menyembah berhala untuk mendapatkan restu.
Masyarakat jahiliah yang menganut agama kristian pula mendakwa Nabi
Isa a.s. sebagai anak Tuhan manakala Mariam sebagai isteri Tuhan serta
tidak mempercayai nabi selepas Nabi Isa a.s.. Malahan, dalam masa yang
sama masyarakat jahiliah juga mengamalkan amalan khurafat dan karut.
Misalnya, masyarakat Arab Badwi percaya roh orang mati mempunyai
perhubungan dengan tuhan dan menjalankan aktiviti pemujaan kubur.
Selain itu, mereka juga mengamalkan kepercayaan perjalanan
berpandukan arah burung, mempercayai sihir, ramalan ahli nujum dan
sebagainya. Hal ini terjadi kerana mereka pegangan agama yang sebenar
yang dapat memimpin mereka ke arah jalan yang betul.

Dari segi politik pula, tidak terdapat pemerintahan yang sistematik
yang mampu memimpin mereka ke arah jalan yang betul. Masyarakat
jahiliah berpegang kepada prinsip kabilah yang berfungsi untuk
menyatukan masyarakat melalui agama, bahasa dan keturunan. Setiap

kabilah diketuai oleh seorang syeikh yang dilantik daripada kalangan ahli
kabilah yang berwibahasa tinggi dalam pelbagai aspek. Seorang syeikh
akan mengetuai pentadbiran kabilah serta membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh anak buahnya serta menjatuhkan hukuman
terhadap sesuatu kesalahan yang dilakukan pesalah. Setiap keputusan
yang dibuat adalah berdasarkan kehendak bersama ahli kabilah. Dalam
konteks ini, sistem politik masyarakat Hadari dikatakan lebih stabil
berbanding masyarakat Badwi.

Dalam perundangan pula, tidak terdapat undang-undang yang
sistematik digunakan sebagai panduan. Hanya undang-undang balas
dendam dan semangat assabiah yang diamalkan. Ini mencetuskan
huru-hara dalam masyarakat jahiliah apabila kerap terjadi peperangan dan
permusuhan. Ketidakstabilan Politik dan pentadbiran mereka juga
menyebabkan kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi di Tanah Arab
berpeluang untuk menjajah kawasan mereka. Terdapat beberapa buah
kerajaan yang wujud pada zaman tersebut walaupun sistem
pemerintahannya tidak sistematik. Antaranya ialah kerajaan Ma’in,
kerajaan saba’, kerajaan Nabatean dan kerajaan Ghassan.

Kesimpulannya, sosiopolitik masyarakat jahiliah adalah berasaskan
kepada puak dan faham muruah. Fahaman ini berubah setelah kerasulan
Nabi Muhammad s.a.a dan kedatangan Islam. Perubahan ini membawa
kepada yang lebih positif dalam struktur sosiopolitik masyarakat Arab.


Click to View FlipBook Version