The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KATA ALUAN PENGERUSI DAN GURU BESAR KAMUS 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by OthmanChin9390, 2022-01-24 21:24:48

KATA ALUAN

KATA ALUAN PENGERUSI DAN GURU BESAR KAMUS 2022

KATA ALUAN PENGERUSI KELAS AGAMA DAN AL-QURAN MUADZAM SHAH
(KAMUS)

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T. atas taufik dan
hidayahNya dapat menukilkan kata-kata aluan dibuku mesyuarat
agung KAMUS yang ke 36.

Dengan izinNya juga, KAMUS dapat mengadakan Mesyuarat Agung Ke 36
tahun 2021 setelah ianya tidak dapat disempurnakan bagi tahun 2020
kerana mematuhi larangan pihak berkuasa ketika negara dilanda
pandemik covid-19.

Mesyuarat Agung KAMUS hari ini akan disempurnakan secara maya.

Ibubapa/penjaga tidak perlu hadir, memadai berkomunikasi dari rumah

atau dari mana jua anda berada dengan mengakses

https://mylink.la/mesyuaratagungkamus 2022 .

Mulai 10 Januari 2022, semua pelajar KAMUS mula kembali belajar secara
bersemuka dengan mematuhi SOP covid-19 yang telah ditetapkan.
Kepada ibubapa /penjaga sila pastikan pelajar dibawah jagaan sentiasa
mematuhi tanpa berkecuali.

Sekian, semoga Allah SWT memudahkan perjalanan mesyuarat serta
memberkati segala keputusan yang telah dipersetujui, Aamiin..

Sekian terima kasih

Yang benar,

(HAJI MURAT BIN MAT ISA)
Pengerusi
Kelas Agama & Al-Quran Muadzam Shah (KAMUS)

KATA ALUAN GURU BESAR KELAS AGAMA DAN AL-QURAN MUADZAM SHAH (KAMUS)

‫اسلام عليكم ورحة الله وبركاته‬
‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam untuk junjungan besar
Nabi Muhamad S.A.W insan terbilang contoh teladan sepanjang zaman.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T yang masih memberi kesempatan untuk
saya menulis sedikit ucapan sempena mesyuarat Agung KAMUS kali ke 36.

Biasanya KAMUS mengadakan Mesyuarat Agung setiap tahun, tetapi disebabkan
pandemik yang melanda negara , maka pihak KAMUS tidak dapat melaksanakan
Mesyuarat Agung seperti biasa. Alhamdulillah pada tahun ini KAMUS dapat
melaksanakannya dengan cara online memandangkan pandemik masih belum pulih
sepenuhnya.

Saya mewakili semua guru KAMUS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu
bapa dan penjaga murid-murid kerana memberi kepercayaan serta sokongan kepada anak-
anak untuk terus belajar walaupun secara `Pengajaran Dan Pembelajaran Dari Rumah’
(PDPR) mengikut jadual yang guru-guru sediakan. Semoga Allah S.W.T memberi
keberkatan kepada semua ibu bapa/penjaga murid di dunia dan akhirat.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak AJK KAMUS kerana
sentiasa memberi kepercayaan kepada guru-guru serta sokongan dan nasihat kepada guru-
guru lebih-lebih lagi waktu pendemik agar sentiasa menjaga SOP sewaktu belajar secara
bersemuka. Semoga Allah memelihara dan merahmati semuanya di dunia dan di akhirat.
Akhir kata saya mengucapkapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
Mesyuarat Agung kali ke 36, hari ini.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,

(HAJAH SANUWIYAH BINTI DOLLAH)
Guru Besar
Kelas Agama dan Al-Quran Muadzam Shah (KAMUS)


Click to View FlipBook Version