Kemajuan pembangunan ekonomi dalam sesebuah negara ada kesan sampingannya
terhadap alam sekitar kerana dalam proses pembangunan ekonomi akan melibatkan aktiviti
manusia seperti pembinaan bandar baru,pembinaan kemudahan awam dan pembinaan
prasarana bagi melengkapkan kehidupan manusia.Proses pembangunan ini sedikit sebanyak
telah menjejaskan alam sekitar seperti berlaku pemanasan global,penebangan hutan secara
berleluasa dan pencemaran alam sekitar.Hal ini akan bertambah buruk apabila terdapat
masyarakat yang tidak bertanggungajawab iaitu menggunakan sumber dari alam sekitar
untuk meningkatkan pembangunan ekonomi tanpa memikirkan kesan kepada alam sekitar
dan sehingga berlaku kepupusan sumber alam tersebut.Oleh itu,masyarakat perlu
didedahkan dengan Teknologi Hijau kerana Teknologi Hijau merupakan sistem,produk dan
alat yang dapat memelihara alam sekitar dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti
manusia dengan mengambil berat terhadap degradasi kualiti persekitaran dan selamat pada
alam sekitar.Tambahan lagi,pendidikan teknologi hijau perlu didedahkan kepada guru dan
pelajar dalam metodologi menerusi pelaksanaaan program.Hal ini dikukuhkan lagi
kerana,menurut Jamaludin (2001),menyatakan bahawa bagi mewujudkan masyarakat yang
sedar terhadap alam sekitar dan melahirkan masyarakat yang beretika adalah melalui
pendidikan alam.Kesannya, masyarakat akan mengubah sikap dan tingkah laku yang prihatin
terhadap alam sekitar.Pada masa kini, isu persekitaran alam sekitar menjadi salah satu isu
yang besar kerana terdapat pelbagai pencemaran yang berlaku bukan sahaja di dalam negara
malah di luar negara yang dapat menjejaskan kualiti kehidupan manusia dan berlaku
kemusnahan habitat haiwan.Dengan ini,analisis yang dapat dilakukan adalah bagaimana
produk teknologi hijau menangani isu-isu semasa global yang berkait dengan alam sekitar
dalam aspek, pengurusan sisa pepejal.
Zaman era globalisasi kini, dunia menghadapi cabaran global dalam menangani isu alam
sekitar iaitu mengurus sisa pepejal dengan berkesan.Hal ini kerana,jumlah populasi penduduk
dunia yang semakin bertambah,pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berlaku peningkatan
industri menyebabkan sisa pepejal turut bertambah.Impaknya, dapat memberi keburukan
terhadap alam sekitar .Misalnya,di Malaysia mengikut anggaran yang dikeluarkan oleh media
adalah masyarakat menghasilkan sampah kira-kira dalam sehari 38,142 tan pada tahun 2018
malah berlaku peningkatan peratus sebanyak 100.75 peratus.( Muhammad Yusri
Muzamir,2020).Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap masyarakat tidak menitikberatkan isu
pembuangan sampah serta mengabaikan untuk mengasingkan sisa buangan telah
menyumbang kepada penjanaan gas rumah hijau kerana berlaku proses pelupusan dan
penguraian sisa.Terdapat juga isu kekurangan tapak pelupusan sampah dan peningkatan
pembuangan sampah akibat pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik.Buktinya,menurut
laporan media Berita Harian Muhammad Yusri Muzamir (2020),sikap masyarakat yang suka
membuang sampah merata-rata telah memberi bebanan kepada kerajaan untuk
menghabiskan jutaan ringgit bagi menanganinya dan mengurus sisa pepejal.Punca berlaku
isu sebegini adalah masyarakat tidak mempunyai sifat kesedaran dan penguatkuasaan
undang-undang dalam sesesbuah negara yang longgar.Oleh itu,pembangunan Teknologi
Hijau menumpukan sektor pengurusan sisa dan air sisa bagi meminimumkan kesan
pembuangan sisa terhadap alam dengan melihat dari aspek cara pengurusan sisa pepejal
dan teknologi rawatan sisa pepejal yang digunakan.
Rajah di bawah menunjukkan cara yang digunakan dalam pengurusan sisa pepejal.
pengurangan Cara kitar semula
guna semula Pengurusan
Sisa Pepejal rawatan
perantaraan
pelupusan
Antara cara pengurusan sisa pepejal dalam penggunaan produk teknologi hijau secara
berkesan adalah mengamalkan amalan 3R iaitu pengurangan,guna semula dan kitar
semula.Pengurangan yang dimaksudkan adalah kaedah yang digunakan bagi
meminimumkan sampah dan sisa pepejal dalam penghasilan sesuatu produk atau
penggunaan sesuatu produk.Masyarakat perlu mengurangkan kuantiti sisa pepejal melalui
peranan dalam menguruskan persekitaran terutamanya sisa pepejal bukan organik.Hal ini
disokong kerana menurut Joseph (2006) dan Zia & Devadas (2007),sistem pengurusan sisa
pepejal dapat diurus dengan cekap apabila terdapat penglibatan komuniti.Dengan ini,tapak
pelupusan sampah boleh bertahan kerana mempunyai jangka hayat panjang untuk digunakan
dan mampu untuk menampung sisa pepejal untuk dilupuskan.Setiap individu berkomitmen
dan merancang langkah yang sistematik supaya dapat bertindak untuk mengurangkan sisa
pepejal.Masyarakat juga perlu bijak memilih bahan dan menggunakan bahan yang diperlukan
sahaja dalam kehidupan seharian.Cara yang boleh digunakan adalah pengguna
mengelakkan diri daripada menggunakan bahan pakai buang yang sukar untuk dilupuskan
seperti lampin bayi.Masyarakat digalakkan membaiki barang yang telah rosak,mereka bentuk
produk yang sedia ada untuk menghindarkan daripada membeli barang baru malah dapat
digunakan semula.Misalnya,adalah menggunakan kain tuala untuk mengantikan kertas tisu
atau membeli barangan yang kurang bungkusannya.Cara yang dapat mengurus sisa pepejal
melalui penggunaan produk teknologi hijau juga adalah guna semula produk yang dibuang
sebagai produk baru dan boleh digunakan secara berulang-ulang .Misalnya tayar yang tidak
digunakan pakai menjadi sebagai pasu dengan mengubah suai dan membaikinya supaya
dapat digunakan serta dapat dikomersialkan sebagai bahan guna semula.Selain
itu,menggunakan beg yang boleh diguna semula semasa membeli barang atau menggunakan
semula bekas minuman sebagai perhiasan.
Seterusnya,amalan kitar semula merupakan amalan yang baik kerana dapat
mengurangakan sisal pepejal dengan cara menghasilkan semula bahan-bahan sisa yang
boleh diproses melalui proses pengasingan sebagai bahan yang dapat digunakan.Sebagai
contohnya,mengasingkan sisa mengikut kategori kertas seperti surat khabar,risalah atau
kotak kosong.Kategori plastik pula seperti beg plastik,botol minyak dan bekas makanan,sisa
baki manakala kategori lain-lain adalah kaca,tin, dan barang elektirk.Tujuan pengasingan
adalah bagi memudahkan proses pengurusan dan perawatan sisa pepejal serta dapat
meningkatkatkan jangka hayat tempat pelupusan.Bukan itu sahaja,ia juga dapat memelihara
alam semulajadi.Namun,pengguna mestilah mengenalpasti jenis sisa pepejal sebelum
mengasingkannya dan dihantar kepada organisasi tertentu untuk diproses bagi mewujudkan
produk baharu .Pengguna meletakkan sisa yang boleh dikitar semula ke dalam tong kitar
semula yang disediakan dengan mengikat sisa tersebut di dalam beg .Kesanya,pengguna
dapat banyak faedah ekonomi.Program kitar semula dapat menggalakkan masyarakat
mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan kerana mereka mengetahui cara untuk
menguruskan sisa pepejal dengan berkesan seperti kempen.Hal ini dikatakan demikian
kerana,menurut Seow (2009),kaedah pengurusan sisa pepejal di Malaysia memperolehi
kejayaan melalui program kitar semula apabila terdapat banyak pengaruh daripada faktor
pendidikan.
Tambahan lagi,menggunakan rawatan perantaraan merupakan salah satu cara
menguruskan sisa pepejal melalui penyimpanan sisa pepejal menggunakan tong sampah
komunial sebelum dikutip ke tempat proses penjanaan .Hal ini kerana, sisa yang tidak boleh
dikitar semula akan dibawa ke pusat rawatan perantaraan dan tong tersebut dapat
mengelakkan tumpahan air sampah malah mengelakkan pembuangan sisa pepejal di merata-
rata tempat.Sisa pepejal yang bersifat bukan organik boleh disimpan lama kerana sisa
tersebut tidak akan terurai jika tidak dikutip mengikut masa yang ditetapkan.Namun
begitu,sisa pepejal yang bersifat organik akan berbau busuk jika disimpan terlalu
lama.Terdapat juga penggunaan tong sampah Roro sebagai tempat penyimpanan sisa
pepejal iaitu tong sampah yang terletak di hadapan rumah .Sistem pengangkutan yang baik
memainkan peranan penting untuk mengutip sisa pepejal ke tempat pelupusan melalui
kutipan di kawasan lorong-lorong,kutipan berpusat dan kutipan dari premis ke premis bagi
mengelakkan sisa pepejal disimpan terlalu lama.Kenderaan yang mengutip sisa pepejal
mempunyai dua kategori seperti lori kompaktor mempunyai tangki larut resapan dan mengutip
di kawasan perumahan manakala lori terbuka untuk mengutip sisa pepejal seperti sisa kebun
dan sisa pukal. Terdapat jenis-jenis air sisa seperti air sisa domestik,air sisa perindustrian
dan air sisa stormwater .Pengurusan air sisa pula akan diproses di loji rawatan air sisa di
pusat rawatan sisa pepejal dengan mengurangkan beban pepejal organik atau pepejal
terampai bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dan mengatasi masalah
bekalan air. Kesannya, dapat mengurangkan pencemaran dan kesan rumah hijau akibat
pembebasan gas rumah hijau dan memastikan proses penyingkiran air yang bersih menerusi
pengurusan sisa.Selanjutnya,cara menguruskan sisa pepejal melalui pelupusan adalah
memusnahkan sisa pepejal yang tidak boleh dikitar semula dan dihantar ke tempat akhir sisa
pepejal bagi dilupuskan.Proses bagi melupuskan sisa pepejal adalah menggunakan cara
menanam sisa pepejal di dalam tanah untuk meminimumkan pencemaran supaya menjamin
kehidupan manusia dan memelihara alam sekitar Pelupusan memerlukan tapak pelupusan
bagi melupuskan sisa pepejal dan dilakukan secara bersepadu.
Rajah di bawah menunjukkan teknologi dalam rawatan sisa pepejal.
pengkomposan Teknologi dalam Tapak
insinerator Rawatan Sisa pelupusan
Pepejal
sanitari
Pusat perolehan
semula sisa
pepejal
Teknologi-teknologi dalam rawatan sisa pepejal dengan mengaplikasikan produk
Teknologi Hijau adalah kaedah pengkomposan.Pengkomposan adalah bersifat organik yang
melibatkan proses pengolahan sisa pepejal secara biologi dan terdapat tindakan bakteria
serta mikroorganisma.Buktinya,menurut Madejon (2002),pengkomposan adalah
menghasilkan produk akhir yang bermanfaat kepada tanah menerusi proses penguraian dan
penstabilan bahan-bahan organik secara biologi di bawah keadaan terkawal.Kaedah ini
adalah mesra alam,bersih dan mengandungi bahan tosik yang rendah.Proses yang berlaku
akan menghasilkan satu produk akhir yang dikenali sebagai kompos .Misalnya, sisa yang
boleh diurus adalah sisa taman,sisa makanan dan sisa pertanian yang dibuang akan dijadikan
sebagai baca kompos secara semula jadi menerusi pelupusan sisa organik. Dalam industri
pertanian organik, baja kompos akan digunakan dan tidak mencemarkan alam sekitar kerana
baja tersebut adalah hasil kitar semula daripada bahan organik terurai. Sebagai
contohnya,mengaplikasikan kaedah deram berputar yang menggunakan mekanisme
pengadukan sisa-sisa pepejal melalui manual ataupun motor dan mecampur sisa –sisa
tersebut serta membenarkan percampuran udara berlaku di dalam reaktor.Pengkomposan
melibat proses penguraian aerobik yang melibatkan kehadiran oksigen dan menghasilkan gas
karbon dioksida serta haba.Kebaikan pengkomposan adalah sebagai bahan penambah baik
kepada tanah dan sebagai baja tanaman yang boleh menyuburkan tumbuhan.Hasil
sampingan pengkomposan dalam pengurusan sisa pepejal dapat diupuskan dengan mudah
tanpa memberi kesan buruk kepada alam sekitar secara tidak langsung mengurangkan sisa
organik domestik.Penggunaan baja yang mengandungi bahan kimia turut dapat dikurangkan.
Selain itu,teknologi rawatan sisa pepejal organik yang mengaplikasikan produk
Teknologi Hijau adalah insinerator merupakan kaedah alternatif bagi melupuskan sisa pepejal
melalui penunuan dengan menggunakan jantera insinerator iaitu teknologi olahan sisa secara
pembakaran bahan pada suhu yang tinggi malah dapat menghindarkan sisa memenuhi
ruang tapak pelupusan.Hal ini demikian kerana,insinerator melibatkan ruang yang
kecil,mengurangkan masalah bau dan isu air larut resap dapat dihindarkan.Dr Muhd Noor
berkata dalam berita harian, teknologi yang dihasilkan merekodkan purata pengeluaran
karbon monoksida antara sembilan hingga 20mg/Nm3 dan mencapai tahap pembakaran
sampah hampir sempurna dengan kandungan karbon dalam abu di bawah tiga peratus yang
berjaya mengatasi isu pencemaran(Berita Harian,2021).Insinerator juga boleh menjana
tenaga menerusi pelupusan sisa pepejal seperti haba daripada pembakaran sisa boleh
dimanfaatkan untuk menjana tenaga yang boleh diperbaharui.Misalnya, tenaga elektrik dijana
daripada tenaga haba semasa pembakaran secara tidak langsung dapat mengurangkan
jumlah sampah dan bersifat mesra alam manakala abu insinerator digunakan semula untuk
membuat bahan binaan.Peningkatan jumlah biogas terhasil daripada sisa makanan terkumpul
yang diproses bersama lumpur air bekas iaitu dari air buangan.Kaedah pembakaran ini boleh
membakar mikroorganisma yang terdapat dalam sisa dan kaedah ini menitikberatkan dari segi
masalah jerebu,masalah bau busuk atau berlaku pelepasan gas dioksin.Buktinya,menurut
Zaini (2008),menyatakan bahawa program menukarkan sisa kepada tenaga memerlukan satu
panduan strategik sebagai rujukan.
Selanjutnya,pusat perolehan semula sumber sisa pepejal salah satu teknologi dalam
rawatan sisa pepejal.Hal ini kerana,pusat tersebut ditubuhkan untuk pemulihan maksimum
barangan yang boleh diguna semula dan dikitar semula yang diambil dari sisa pepejal
perbandaran .Pemerolehan bahan semula jadi akan mengalami proses iaitu isi padu sisa
pepejal dikurangkan sebelum dihantar ke tapak pelupusan.Pusat ini juga akan memproses
barang yang boleh digunakan. Misalnya,bahan-bahan yang mudah terbakar akan mengalami
proses mekanikal yang ditukar kepada Refused Derived Fuel(bahan api yang terhasil) untuk
kegunaan penjanaan tenaga dengan mengurangkan pergantungan kepada bahan api
tradisional yang tidak boleh diperbaharui seperti arang batu dan gas asli .Jelaslah bahawa
,faedah yang akan diperolehi adalah sisa pepejal yang lambat terurai dapat dikurangkan.
Akhir sekali,teknologi rawatan sisa pepejal adalah tapak pelupusan sanitari yang
terletak di kawasan tanah tinggi atau di kawasan rendah.Tapak ini adalah kaedah yang
digunakan untuk menimbus sisa pepejal ke dalam tanah dan berlaku penguraian malah terjadi
sebahagian daripada tanah.Proses yang dilakukan di tapak pelupusan sanitari adalah
menimbang sisa pepejal untuk memastikan tidak melebihi had muatan yang telah ditetapkan
dan terdapat tempat yang telah ditentukan untuk dijadikan sebagai kawasan sisa pepejal akan
ditimbus .Kenderaan seperti jantera pemampatan dan jentolak digunakan untuk menimbus
sisa pepejal dengan baik bagi mengatasi pecemaran bau.Pemeriksaan air pada permukaan
tanah turut dilakukan untuk mengelakkan pencemaran peresapan air larut resapan.Bukan itu
sahaja,air larut resapan ini akan dirawat terlebih dahulu sebelu dilepaskan ke dalam
permukaan air.Impak positif teknologi ini adalah dapat menggunakan perbelanjaan ekonomik.
Kesimpulanya,produk teknologi hijau dapat mengatasi isu-isu semasa global
mengenai alam sekitar dari aspek pengurusan sisa pepejal iaitu cara pegurusan sisa pepjal
dan teknologi rawatan sisa pepejal .Produk teknologi hijau yang digunakan telah memastikan
alam sekitar selamat kerana dapat menjimatkan tenaga, menggunakan tenaga boleh baharu
dan sifar pembebasan gas rumah hijau.Pengurusan sisa pepejal yang sistematik dapat
menerapkan amalan kitar semula malah dapat memiliki ciri-ciri pembangunan mampan yang
merangkumi aspek politik,sosial dan ekonomi.Tambahan lagi,pengurusan sisa pepejal yang
mengaplikasikanpeoduk Teknologi Hiaju dapat melahirkan masyarakat yang prihatin dan
sedar akan kepentingan alam sekitar dalam kehidupan melalui kejasama untuk
mengurangakan penggunaan produk.Kesihatan manusia juga lebih terjamin dan memberikan
keselesaan kepada manusia kerana mempunyai persekitaran yang bersih dan tiada penyakit
berjangkit.Kerajaan mestilah membanteras individu yang membuka tapak pelupusan secara
haram apabila mereka tidak mempunyai lesen.Masalah longkang tersumbat juga dapat diatasi
dengan memastikan sisa pepejal tidak penuh di kawasan peparitan.Dengan ini,kerajaan dapat
mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal melalui proses pengasingan sisa pepejal dan
penghasilan produk baharu daripada sisa pepejal malah mewujudkat masyarakat yang
berinovatif.
RUJUKAN
Ahmad Suhael Adnan.(2021). Teknologi baharu loji insinerator lupus sampah secara
sempurna.Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/797007/teknologi-baharu-loji-
insinerator-lupus-sampah-secara-sempurna
Jamaluddin, M.J. (2001). Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia. https://core.ac.uk/download/pdf/199246548.pdf
Joseph, K. (2006). Stakeholder participation for sustainable waste management. Habitat
International, 30(4): 863–871
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/GEOG/article/view/1853/1344
Muhammad Yusri Muzamir .(2020,2 Januari ) . Pembuangan sampah negara meningkat
100.75 peratus.Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/643354/pembuangan-sampah-
negara-meningkat-10075-peratus
Madejon,E., Diaz,M.J., Lopez,R.,Cabrera,F., (2002) New approaches to establish optimum
moisture content for compostable materials. Bioresource Technology 85, 73-78
https://core.ac.uk/download/11933949.pdf
Seow Ta Wee (2009) Masalah pengurusan sisa pepejal di Daerah Batu Pahat, Johor (Phd
Disertation). Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi
https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/39073508/artikel6-with-cover-page-
v2.pdf?Expires=1651895922&Signature=WqsW8Dxxp-
LgF42EaqIQoawXPBZ8IVwfQ-
3BVgIUsOK~Sz~VmDx3yyKt23nGqcCJQtjhZBgWsBOjo6KxB1N28nKdsLdXd2sw5T
nHgVeNxiMhKXqb3qhkqknOMFD3uldj3bH1P6KOCK0rTHSylqEUx3N6eb~7BLgiZB
UCsk9s8rtnXNTl0GsS2cN9nkCOH4Do19Y1u4u9ga3fSfaGG3gXK~9aL55WvzunyaG
o4L9HW~rqPJKD-BK7KyAMIu2cu4CNu~2SeQEfVKYqw-gbkcJiaUXtq-
80f7covTxHfHVQvhgLEtANtiFVBkCzIaHXT9epXpuLi~Opi4HADmRXjNA88g__&Key-
Pair-Id=APKAJLOHF5GGSLRBV4ZA
Zia, H. & Devadas,V. (2007). Municipal solid waste management in Kanpur, India:
Obstacles and prospects. Management of Environmental Quality,18(1): 89–108
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/GEOG/article/view/1853/1344