BMMB3193(PENGANTARKESUSASTERAAN MELAYU) Kumpulan Arenawati: Catherine Cecilia Amy Hossanna Evelyn Evelyn Jena Wan Mohd Hazim TUTORIAL M14
Arenawati - Pilih sebuah kritikan pragmatik (jelaskan jenisnya berdasarkan kritikan ini), kemudian huraikan ciri-ciri dan fungsi kritikan yang dipilih tersebut. Pilih/cari sebuah kritikan sastera dan buat ulasan berdasarkan kritikan tersebut dari segi jenis, ciri/ sifat dan fungsi kritikan tersebut. SOALANTUGASAN
Analisis Kritik Sastra Menggunakan Pendekatan Pragmatik Pada Antologi Cerpen Karya Hasan Al Banna Sumber : https://www.researchgate.net/publicat ion/347916504_Analisis_Kritik_Sastra_ Menggunakan_Pendekatan_Pragmatik_ Pada_Antologi_Cerpen_Karya_Hasan_Al _Banna
JENISKAN KRITIKANPRAGMATIKYANGTERDAPAT DALAM ARTIKEL Berdasarkan artikel ini, jenis kritikan pragmatik dalam karya jelas menunjukkan bahawa pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif. Menurut Bodgan dan Biklen (199: 221-22), dalam (Rahmat Pupu, 2009) kualitatif adalah pendekatan menerangkan sesuatu dengan jelas dalam bentuk penulisan atau lisan dan tingkah laku orang yang diperhatikan. Pendekatan kualitatif ini sering digunakan oleh penyelidik untuk mengkaji semula karya sastera. Kandungan penyelidikan artikel ini adalah berdasarkan antologi cerpen oleh Hasan al Banna. Dalam konteks ini, kritikan pragmatik berdasarkan pendekatan kualitatif dapat dilihat dari hasil kajian yang diperolehi yang menyatakan bahawa cerpen karya Hasan Al Banna ini membawa kesan estetika, kesan yang berguna kepada masyarakat iaitu melalui nilai-nilai seperti nilai agama, nilai sosial, nilai budaya dan nilai moral. Oleh sebab itu, cerpen karya Hasan Al Banna ini boleh dikatakan bermutu kerana menepati permintaan kritikan pragmatik itu sendiri iaitu dapat mempengaruhi khalayak pembaca dan mendatangkan impak positif.
JENISKAN KRITIKANPRAGMATIKYANGTERDAPAT DALAM ARTIKEL
Buktinya, kajian tersebut telah merungkai dua kesan yang berupaya mempengaruhi audiens antaranya adalah kesan estetika dan kesan manfaat. Di bawah kesan manfaat ini dihuraikan lagi kepada empat nilai iaitu nilai agama, nilai sosial, nilai budaya dan akhirnya nilai moral yang membantu audiens untuk memahami kandungan cerpen di samping memperoleh iktibar berdasarkan mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang. Contohnya, kesan manfaat berdasarkan nilai moral yang terdapat dalam analisis kajian tersebut adalah nilai kesyukuran atas segala nikmat yang sudah diberikan kepada kita oleh Tuhan yang Maha Esa. Oleh itu, pembaca berupaya membuat refleksi kendiri berdasarkan rasa syukur pembaca selama ini mencukupi ataupun harus diteguhkan. Jelaslah bahawa pendekatan kualitatif yang digunakan oleh pengkaji ini berupaya mempengaruhi pembaca berdasarkan data-data yang diperolehi. JENISKAN KRITIKANPRAGMATIKYANGTERDAPATDALAM ARTIKEL
Kritikan membezakan mutu karya. Karya yang bermutu mempunyai kelainan dari segi pembinaan agar karya tersebut akan terus dikritik dan hidup. FUNGSIKRITIKAN Dalam kajian tersebut, pengkritik mengatakan antologi cerpen ini mempunyai watak dan jalan cerita yang berbeza. Setiap cerpen menggambarkan pelbagai nilai yang terkandung di dalamnya. Berdasarkan hasil analisis pragmatik, dapat disimpulkan bahawa antologi cerpen Hasan merupakan sebuah karya yang baik dan bermutu.
Ini kerana dalam kajian tersebut mengatakan cerpen ini sangat sesuai dibaca oleh generasi muda. Malahan cerpen Hasan Al Banna mempunyai jalan cerita yang mudah difahami dan mengandungi isi cerita yang mempunyai nilai kemanusiaan yang menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami agar pembaca tertarik membaca dan mudah memahami setiap antologi cerpen yang mengandungi keindahan dan kejelasan tema, plot, bahasa, watak, latar dan sudut pandangan. FUNGSIKRITIKAN Kritikan sastera juga dapat memberi keterangan kepada pengarang cara-cara hendak menyesuaikan karya sasteranya dengan pembaca.
Dalam kajian tersebut, pengkritik memberikan pujian terhadap cerita pendek karya Hasan Al Banna. Contohnya, dalam kritikan tersebut, pengkritik menyatakan faktor utama yang memberinya dorongannya untuk mengkritik karya tersebut iaitu karya tersebut memiliki kesan bagi pembacanya dan setiap cerita pendek dalam karya tersebut boleh menjadi pengajaran kepada kehidupan mereka. Selain itu, pengkritik juga menyanjung status penulis iaitu Hasan Al Banna yang merupakan mujahid dakwah yang memiliki tekad, ketekunan dalam segala hal yang dilakukannya. Jadi, dalam kajian, pengkritik bukan sahaja memberi sanjungan kepada kandungan karya malah memuji pengarang atas pencapaian beliau. Sanjungan CIRI/SIFAT
Karya ini mempunyai ciri pendekatan kerana karya ini menggunakan teori pragmatik. Pendekatan penelitian ini, menggunakan pendekatan kualitatif. Menurut Bodgan dan Biklen (199: 221-22), kualitatif adalah pendekatan menggambarkan sesuatu hal secara jelas berupa tulisan maupun lisan serta perilaku orang yang diamati dalam (Rahmat Pupu seuful, 2009: hal 2). Pendekatan kualitatif ini sering digunakan oleh peneliti untuk mengkaji sebuah karya sastera. Jenis penelitian ini menggunakan konten analisis. Penelitian ini merupakan bentuk analisis isi yang pembahasannya dapat mengasilkan informasi, yang bahannya terdiri dari buku. Contohnya, nilai sosial merupakan nilai yang ada hubungannya dengan masalah sosial atau interaksi dengan manusia. Terdapat nilai sosial dalam kumpulan cerpen Hasan Al Banna iaitu: CIRI/SIFAT:PENDEKATAN
Penganalisisan CIRI/SIFAT Penelitian ini merupakan bentuk analisis isi yang pembahasannya dapat menghasilkan informasi yang bahannya terdiri daripada buku. Penelitian analisis ini adalah antologi daripada cerpen karya Hasan al Banna. Teknik pengumpulan data dalam penelitian ini menggunakan teknik Babat, yang dilakukan dengan cara membaca keseluruhan cerpen Hasan Al Banna yang ada dalam penelitian ini. Teknik analisis data dilakukan dengan menganalisis isi antologi cerpen karya Hasan Al Banna melalui nilai-nilai yang terdapat dalam pendekatan pragmatik. Data ini dikumpulkan oleh peneliti dengan menggunakan langkah-langkah yang pertama iaitu membaca secara teliti antologi cerpen karya Hasan Al Banna untuk mencari nila-nilai yang terdapat dalam pendekatan pragmatik pada cerpen tersebut. Kedua, menetapkan dan menganalisis data sesuai dengan aspek yang dikaji Pembahasan data ini yang dilakukan peneliti secara sistematis, terperinci, untuk mempermudah peneliti memahami nilai-nilai pragmatik di dalam antologi cerpen karya Hasan Al Banna.
Dalam kajian, pengkritik menentukan kualiti karya dengan mempertimbangkan dua kesan iaitu kesan estetika dan manfaat. Melalui penilaian pengkritik, karya tersebut memiliki kesan estetika yang dapat dilihat melalui keindahan cerpen dalam pernyataan “Tapi harapan itu pun padam bagai bangkai bara yang hitam”. Penulis menggunakan peribahasa untuk mengiaskan maksud dalam cerpen beliau. Manfaat pula dinilai pengkritik berdasarkan nilai agama, nilai sosial, nilai budaya dan nilai moral yang terdapat dalam cerpen tersebut. Pengkritik menghuraikan manfaat tersebut dengan mengambil kira impaknya terhadap pembaca. Penilaian Nilai agama - Pengkritik mengambil unsur dalam cerpen yang membawa kepada nilai-nilai kehidupan yang berhubung dengan kitab suci. Buktinya, 1. 2. Nilai sosial- Pengkritik menilai berdasarkan interaksi manusia dan hubungan sosial yang terdapat dalam cerpen. Contohnya, 3. Nilai budaya - Penilaian dibuat berdasarkan adat istiadat yang diamalkan oleh golongan masyarakat. 4. Nilai Moral - Dinilai berdasarkan nilai yang dapat mengajar baik buruknya tingkah laku watak dalam cerpen.
Berdasarakan hasil kajian kritikan pragmatik dapat disimpulkan bahawa antologi cerpen karya Hasan Al Banna merupakan suatu karya yang baik dan bermutu. Hal ini dikatakan demikian kerana cerpen ini dapat memberikan kesan baik dan buruk bagi pembaca. Cerpen ini tidak hanya menggambarkan suatu nilai kebaikan tetapi juga terdapat nilai yang buruk, salah satu contoh iaitu tindakan kekerasan pada cerpen yang berjudul “RABIAH”. Cerpen karya Hasan Al Banna ini juga sesuai dibaca oleh kalangan pelajar kerana antologi cerpen ini banyak mengangkat nilai kebudayaan khusunya pada kebudayaan kaum Batak dan nilai pendidikan. Antologi cerpen Hasan Albanna memiliki alur cerita yang mudah dipahami dan mengandung isi cerita yang memiliki nilai kemanusiaaan yang menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami sehingga para pembaca tertarik untuk membaca dan mudah memahami setiap antologi cerpen yang mengandung keindahan dan , kejelasan tema, alur, bahasa, watak , latar dan sudut pandang yang menjurus pada penekanan pragmatic. Penilaian
Sekian,TerimaKasih