ACARA-ACARA
OLAHRAGA
Secara amnya acara olahraga
boleh dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu
1. Acara balapan
2. Acara padang
3. Acara khusus
Acara padang
Acara padang melibatkan kuasa, kekuatan dan
ketahan otot, kawasan lapang dan padang menjadi
medan pertandingan bagi acara padang. Acara ini
terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
1. Lompatan – Lompat jauh, lompat kijang, lompat
tinggi, lompat bergalah
2. Balingan – Merejam lembing, melempar cakera,
lontar peluru, membaling tukul besi
Acara balapan
Acara balapan biasanya dikenali sebagai acara
trek atau acara lumba lari. Acara balapan ini
menguji kederasan, kepantasan, ketahanan
dan kekuatan seseorang atlet.
Jenis acara
1. Acara lari pecut (jarak dekat) – 100m, 200m, 400m
2. Acara lari jarak jauh – 800m, 1500m, 3000m lari
berhalangan, 5000m, 10000m.
3. Acara lari berganti-ganti – 4 x 100 meter, 4 x 200
meter, 4 x 400 meter.
4. Acara lari berpagar – 100 m (wanita), 110 m (lelaki),
400 m (wanita / lelaki).
Acara khusus
Terdapat beberapa acara khusus yang biasa
dipertandingkan dalam kejohanan olahraga peringkat
negeri dan kebangsaan. Antaranya adalah:-
1. Lumba jalan kaki - 5 km, 10 km, 20 km dan
sebagainya.
2. Heptathlon - (untuk wanita) mengandungi 7 acara
iaitu 100 m lari berpagar, lompat tinggi, lontar peluru,
lari 200 m, lompat jauh, rejam lembing dan lari 800
m.
3. Decathlon - (untuk lelaki) mengandungi 10 acara iaitu
lari 100 m, lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi,
lari 400 m, 110 m lari berpagar, lempar cakera,
lompat galah, rejam lembing dan lari 1500 m.
4. Acara marathon – berlari sejauh
42.195m
5. Merentas desa
Sekian, terima kasih