SAINS
TAHUN 5
UNIT 5 : ELEKTRIK
SUMBER TENAGA ELEKTRIK
Objektif pembelajaran
1.Memberi contoh sumber
yang menghasilkan tenaga
elektrik.
Tenaga elektrik
digunakan untuk
menghasilkan cahaya,
haba, bunyi dan
menggerakkan sesuatu
objek.
Apakah sumber yang
menghasilkan tenaga elektrik?
1. Stesen jana kuasa
2. Sel suria
3. Sel kering
4. Dinamo
5. Akumulator
6. Penjana
Sumber tenaga elektrik
Stesen jana kuasa
Contoh :
1. Stesen jana kuasa angin
2. Stesen jana kuasa ombak
3. Setesen jana kuasa hidroelektrik
Menggunakan tenaga kinetik
untuk menggerakkan turbin dan
menjanakan tenaga elektrik.
Sumber tenaga elektrik
Sel suria
Contoh :
1. Panel suria
Sel suria menukarkan tenaga
cahaya matahari kepada tenaga
elektrik.
Digunakan pada alat seperti satelit
dan kalkulator.
Sumber tenaga elektrik
Sel kering
Sel kering menyimpan tenaga kimia.
Tenaga kimia ditukarkan kepada
tenaga elektrik untuk
menggerakkan alat seperti kereta
mainan.
Sek kering sering digunakan kerana
saiznya kecil dan mudah dibawa.
Sumber tenaga elektrik
Dinamo
Apabila tayar berputar, roda kecil
pada dinamo turut berputar.
Dinamo menukarkan tenaga
kinetik kepada tenaga elektrik
yang dapat menyalakan lampu
pada basikal.
Sumber tenaga elektrik
Akumulator
Akumulator menukarkan tenaga
kimia kepada tenaga elektrik.
Akumulator digunakan untuk
menggerakkan kenderaan
bermotor seperti kereta.
Sumber tenaga elektrik
Penjana
Penjana menukarkan tenaga
kimia daripada bahan api fosil
kepada tenaga elektrik.
.Sekian, terima kasih