The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sains Tahun 6 Peraturan bilik sains

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haeidatulnashrah, 2021-02-08 22:37:28

Peraturan Bilik Sains

Sains Tahun 6 Peraturan bilik sains

SAINS
TAHUN 6

UNIT 2 :
PERATURAN BILIK SAINS

Di akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Menyatakan lebih daripada satu
peraturan bilik sains.
2. Memberi sebab peraturan bilik
sains perlu dipatuhi.

2

Patuhi Peraturan Bilik Sains

Peraturan Bilik Sains perlu dipatuhi ketika
berada di dalam Bilik Sains supaya
keselamatan dan keselesaan sebelum,
semasa dan selepas menjalankan aktiviti
terjamin.

Sebelum menjalankan aktiviti
1. Beratur di luar bilik sains dengan senyap.
2. Murid-murid hanya dibenarkan masuk

dengan kebenaran guru.
3. Pastikan tingkap terbuka semasa berada

di dalam bilik sains.
4. Duduk di tempat yang ditetapkan.
5. Ikat rambut dan pakai pakaian yang

kemas dengan kasut tertutup.

3

Patuhi Peraturan Bilik Sains

Semasa menjalankan ativiti
1. Aktiviti dijalankan mengikut arahan guru.
2. Laporkan kemalangan, kecederaan atau

kerosakan kepada guru.
3. Gunakan peralatan di dalam peti

kecemasan dengan kebenaran guru.
4. Nyalakan penunu Bunsen dengan

menggunakan pemetik api.
5. Hidu, rasa dan sentuh bahan di dalam

bilik sains dengan kebenaran guru.
6. Padamkan bahan terbakar dengan

menggunakan air sebelum dibuang ke
dalam tong sampah.

4

Patuhi Peraturan Bilik Sains

Selepas menjalankan aktiviti
1. Sampah dan sisa bahan hendakkan

dibuang ke dengan cara yang betul.
2. Kerusi disusun dengan teratur sebelum

meninggalkan bilik sains.
3. Peralatan yang telah selesai digunakan

dibersihkan dan disusun semula di
tempat asalnya.
4. Tutupkan tingkap, suis lampu dan kipas
sebelum meninggalkan bilik sains.
5. Pastikan bilik sains berada di dalam
keadaan kemas dan teratur sebelum
meninggalkan bilik sains.

5

Perkara yang dilarang

1. Dilarang membawa beg sekolah masuk
ke dalam bilik sains.

2. Tidak makan dan minum semasa
berada di dalam bilik sains.

3. Tidak dibenarkan bergurau dan berlari-
lari di dalam bilik sains.

4. Tidak dibenarkan bermain-
main dengan peralatan sains.

5. Tidak dibenarkan membawa keluar
peralatan dan bahan sains tanpa
kebenaran guru.

6

Mengapa peraturan bilik sains
perlu dipatuhi

1. Mengelakkan luka, melecur atau
terbakar.

2. Pengudaraan bersih di dalam bilik
sains.

3. Memastikan bilik sains dalam
keadaan kemas dan bersih

7

Tugasan

Anda dikehendaki mereka bentuk peta
i-think bertajuk “Peraturan Bilik
Sains” di dalam Buku Nota Sains.

Maklumat yang perlu ada :
1. Hari dan Tarikh
2. Tajuk : Peraturan Bilik Sains
3. Isi kandungan

i. Senaraikan peraturan bilik sains
termasuk perkara yang dilarang.

ii. Senaraikan kepentingan mematuhi
peraturan bilik sains

4. Reka dan hias peta i-think
mengikut kreativiti masing-masing.

* Rujukan : Buku Teks Sains Tahun 6
(ms 15 - 19)

Hasil kerja anda perlu di “upload”
dalam link Google Form yang disediakan.

8

Contoh peta i-think


Click to View FlipBook Version