SAINS
TAHUN 6
UNIT 8 :
PENGAWETAN MAKANAN
Di akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Menyatakan maksud pengawetan
makanan.
2. Menyatakan faktor yang mempengaruhi
pertumbuhan mikroorganisma
3. Memberi contoh makanan bagi setiap
kaedah pengawetan makanan :
• pendidihan
• penjerukan
• pembungkusan vakum
• pengeringan
• penyejukbekuan
• pendinginan
2
Definisi
pengawetan makanan
Pengawetan makanan ialah kaedah
pemprosesan makanan yang menghalang
atau melambatkan proses hidup
mikroorganisma
3
Kaedah pengawetan makanan
Pendidihan
Penyalaian Penjerukan
Pelilinan Kaedah Pengeringan
pengawetan Pendinginan
Pemasinan
makanan
Pengetinan
dan Penyejukbekuan
pembotolan
Pempasteuran Pembungkusan
vakum
4
PENDIDIHAN
• Proses memanaskan makanan
pada suhu yang tinggi.
• Contoh : rendang dan serunding
5
PENJERUKAN
• Proses merendam makanan dalam
larutan gula, cuka dan garam.
• Keasidan dan kepekatan larutan gula
yang tinggi menghalang pertumbuhan
mikroorganisma pada makanan.
• Makanan yang dijeruk tahan lebih lama
tetapi rasa & kandungan nutriennya
berubah (kurang berkhasiat).
• Contoh : buah-buahan dan sayur-sayuran
6
PEMBUNGKUSAN VAKUM
• Proses mengawet makanan dengan
cara memasukkan makanan ke dalam
beg atau botol kedap udara. Semua
udara dikeluarkan daripada bekas
tersebut.
• Mikroorganisma tidak dapat membiak
kerana tiada udara di dalam bekas.
• Contoh : daging, sosej dan cendawan.
7
PENGERINGAN
• Kaedah menyingkirkan air daripada
makanan.
• Makanan dikeringkan dengan cara
menjemurnya di bawah cahaya matahari,
memanaskannya dalam
ketuhar atau atau di atas api.
• Bakteria & kulat tidak dapat
tumbuh dalam makanan
yang tidak mengandungi air.
• Contoh : ikan, udang,
sotong dan buah-buahan.
8
PENYEJUKBEKUAN
• Proses penyejukbekuan, makanan
disimpan pada takat beku (0˚C) dan
ke bawah.
• Mikroorganisma tidak dapat
bertumbuh pada suhu yang terlalu
rendah.
• Contoh : ayam, udang dan sotong.
9
PENDINGINAN
• Pendinginan merupakan kaedah
menyimpan makanan pada suhu yang
rendah iaitu kurang daripada 18˚C.
• Penyejukan tidak membunuh tetapi
hanya memperlahankan pertumbuhan
bakteria & kulat.
• Dalam keadaan sejuk, bakteria & kulat
menjadi kurang aktif.
• Contoh : buah-buahan, sayur-sayuran
dan susu.
10