KataAdjektif
Kata Adjektif Ukuran Warna Sfi at Bentuk Waktu
panjang pendek besar kecil tinggi rendah tebal nipis kerdil renek Jenis perkataan yang menunjukkan ukuran sebagai komponen deskriptif Kata Adjektif Ukuran Definisi Contoh
Pembaris panjang itu milik Anis. Marisa berpakaian tebal kerana dia kesejukan. Budak perempuan itu tinggi orangnya. Contoh Ayat
baik lemah curiga kasar cerdik berani pandai takut gopoh sihat Perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama . Kata Adjektif Sifat Definisi Contoh
Murid yang pandai di dalam kelas ini ialah Amir. Dia takut dimarahi oleh kakaknya. Askar itu sungguh berani. Contoh Ayat
baharu lampau lama lewat segera cepat suntuk lambat silam awal Perkataan yang membawa pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Kata Adjektif Waktu Definisi Contoh
Semua orang tidak digalakkan untuk makan makan an segera. Asyraf datang lewat ke sekolah kerana kereta ayahnya rosak. Masa lampau banyak memberi pengajaran kepada dirinya. Contoh Ayat
bulat bengkok lonjong lurus bujur buncit bundar kempis leper lekuk Perkataan yang digunakan untuk menerangkan rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Kata Adjektif Bentuk Definisi Contoh
Tayar kereta ibu menjadi kempis kerana terlanggar paku. Meja bulat itu sedang digunakan oleh Cikgu Fariza. Ayah mempunyai perut yang buncit. Contoh Ayat
merah hijau putih jingga ungu kuning kelabu merah jambu biru perang Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna sebagai unsur keterangan. Kata Adjektif Warna Definisi Contoh
Rambut adik berwarna perang sejak lahir lagi. Ibu menerima sekuntum bunga ros merah sempena hari jadinya. Lelaki berbaju hitam itu merupakan abang tiri saya. Contoh Ayat
Terima Kasih Murid-murid!