The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zafriazri99, 2024-03-12 22:44:08

TAHAP PENGUASAAN PENULISAN JAWI DAN KEMAHIRAN TERHADAP MURID-MURID SEKOLAH DI DAERAH TAWAU

MOHAMAD ZAFRI AZRI BIN ZAKARIA

TAHAP PENGUASAAN PENULISAN JAWI DAN KEMAHIRAN TERHADAP MURID-MURID SEKOLAH DI DAERAH TAWAU MOHAMAD ZAFRI AZRI BIN ZAKARIA PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Ambilan JUN 2021) Dr. Ismail Bin Husin INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU 2024


KANDUNGAN Muka Surat KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN BAB 1: PENDAHULULAN 1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Tujuan Kajian 1.3.1 Objektif Kajian 1.3.2 Soalan Kajian 1.3.3 Hipotesis Kajian 1.4 Skop dan Batasan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Definisi Operasional 1.7 Rumusan 1 2 4 4 5 5 6 8 9 11 BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian 2.2 Teori Kajian 12 12


2.3 Dapatan Kajian-Kajian Lalu 2.4 Kerangka Konseptual 2.5 Rumusan 13 14 15 BAB 3: METADOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Persampelan 3.4 Instrumen Kajian 3.4.1 Soal selidik 3.5 Kajian Rintis 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 3.8 Rumusan 16 16 17 17 17 19 19 19 20 RUJUKAN LAMPIRAN 21 24


SENARAI RAJAH NOMBOR RAJAH NAMA RAJAH MUKA SURAT 2.1 Kerangka konsep 15


SENARAI SINGKATAN PdP Pengajaran dan pembelajaran DSKP Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran SPSS Statistical Package for the Social Sciences


SENARAI LAMPIRAN Lampiran A Hasil analisis cronbach alpha Lampiran B Jadual penentuan saiz sampel Krejce dan Morgan Lampiran C Lampiran D Lampiran E Lampiran F Intrumen kajian Borang aduan salah laku Surat kebenaran Carta gant kajian penyelidikan


7 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pengaruh Islam kian tersebar di Malaysia adalah berfaktorkan tulisan Jawi. Hal ini terbukti di mana terdapat banyak tinggalan sejarah manuskrip-manuskrip lama dan batu-batu bersurat yang menjadi dokumentasi bagi masyarakat Melayu zaman dahulu dalam sesebuah perkara Tulisan Jawi ini merupakan tulisan Melayu yang berhurufkan arab dan ianya sampai ke tanah melayu sama-sama dengan kedatangan agama Islam itu sendiri (Sabariah, 2014). Pendidikan Islam di Malaysia merupakan salah satu cabang pendidikan yang sangat penting (Ahmad Mohd Salleh, 2008). Al-Qardhawi mendefinisikan Pendidikan Islam sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuk akal dan hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku. Ini kerana tujuannya adalah untuk menyediakan manusia bagi menghadapi hidup, baik dalam keadaan senang atau susah, dalam keadaan damai atau perang, di samping menyediakan mereka untuk menghadapi masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatannya, kemanisan dan kepahitan (Al-Qardhawi, 1982). Pendidikan Islam juga merupakan sebuah alat untuk mendidik manusia kepada ajaran agama Islam. Pendidikan Islam di sekolah rendah kini menerapkan ilmu pengetahuan agama yang meliputi bidang al-quran akidah, ibadah, syariah dan akhlak. Secara umumnya pendidikan Islam ini adalah silibus pembelajaran yang membentuk sikap pengabdian dalam diri terhadap pencipta, manusia dan alam. Pendidikan Islam di sekolah rendah kini menggunakan sistem tulisan Jawi sebagai tulisan pada buku teks yang mana memerlukan semua murid untuk mempelajari dan menguasai tulisan Jawi. Didalam Dokumen Standard kandungan pembelajaran (DSKP), elemen bidang Jawi telah diterapkan dalam pengajaran pendidikan Islam daripada tahun 1 sehingga tahun 6 dimana pengajaran Jawi diajar secara bertahap bermula daripada tahap yang senang seperti mengenal huruf Jawi sehinggahlah ke tahap yang sukar iaitu membina petikan Jawi.


8 Dalam usaha menjadikan semua murid mahir dalam tulisan Jawi, maka teknik pengajaran dan pembelajaran mestilah dipelbagaikan dan memudahkan masyarakat terutamanya bagi para pelajar dalam menguasai teknik penulisan Jawi yang benar. Perkara yang paling asas dalam penulisan Jawi adalah mengenal huruf-huruf tunggal Jawi dan kemampuan untuk membaca suku kata Jawi. Sebagai seorang guru pelatih yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), saya telah menjalani fasa praktikum dimana saya tertarik untuk meninjau kemahiran murid sekolah luar bandar terhadap penguasaan murid dalam membaca tulisan Jawi Membaca merupakan satu pekara paling asas dalam proses menuntut ilmu. Surah Al-Alaq ayat 1-5 menunjukkan kepentingan membaca yang mana ia merupakan wahyu pertama diturunkan ke atas nabi Muhammad. Ayat pertama yang bermaksud “bacalah wahai Muhammad”. Kebolehan membaca dan menulis Jawi dikaitkan dengan pembacaan al-Quran di samping dapat membaca dan memahami tinggalan warisan sejarah Melayu dalam bidang keagamaan. Jelaslah kebolehan membaca dan menulis Jawi sangat berkait dengan dikaitkan agama Islam. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Perkembangan tulisan Jawi merupakan satu fenomena yang besar khususnya dengan berkembangnya agama Islam. Perkembangan tulisan Jawi ini juga membawa kepada ketertarikan orang barat dalam mengkaji tulisan Jawi atas sebab-sebab tertentu seperti tugas, pentadbiran, perkhidmatan dan perniagaan, kesarjanaan dan banyak lagi. Tulisan Jawi yang berkembang ini juga mampu untuk mumbuka mata pengkaji-pengkaji barat tentang kemajuan tulisan Jawi yang bersifat seragam terutamanya dalam manuskrip-manuskrip sebelum abad ke-17 diseluruh pelosok kepulauan melayu. Sistem tulisan Jawi ini telah diperkembangkan dari zaman ke zaman melalui ilham para ilmuan Jawi seperti Muhammad Ibrahim, Zainal Abidin Bin Ahmad dan ramai lagi tokoh Jawi yang menyumbang kepada perkembangan tulisan Jawi ini. Muhammad Ibrahim Abdullah Munshi telah menerbitkan kitab pemimpin johor pada tahun 1878 yang mengandungi kaedah Jawi manakala tokoh yang paling utama dalam membincangkan permasalahan dalam ejaan Jawi ialah Zainal Abidin Bin Ahmad atau dikenali sebagai Za’ba. Za’ba


9 merupakan tokoh Jawi yang paling dikenali di Malaysia kerana sumbangan beliau dalam penulisannya “Jawi Spelling” yang membawa kepada penciptaan prinsip-prinsip Jawi dan menyelesaikan bermacam permasalahan Jawi. Namun perkembangan tulisan Jawi tidaklah sebanding dengan perkembangannya tulisan rumi, terdapat banyak permasalahan yang berlaku diantara penggunaan tulisan rumi mahupun Jawi dalam sesebuah urusan. Hal ini terbukti dengan adanya kongres Persuratan Melayu se-Malaya kedua di Seremban. Perbincangan yang paling utama dalam kongres itu ialah sistem ejaan tulisan Jawi dan Rumi. Hasil daripada kongres tersebut memorandum mendapati bahawa terdapat 11 kelebihan tulisan rumi berbanding 12 kelemahan tulisan Jawi. Disebabkan oleh itu, maka “tulisan rumi dirasmikan sebagai tulisan rasmi bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa akan menentukannya. Memoranda Angkatan Sasterawan 50 Edisi Kedua (1987). Permasalahan Jawi yang paling utama pada masa kini ialah tahap penguasaan Jawi bagi murid sekolah kian melemah bahkan memudar disebabkan oleh penggunaan tulisan rumi yang meluas dan meliputi semua perkara. Pengetahuan asas seperti mengenal huruf-huruf Jawi dan membaca suku kata Jawi yang mudah juga menjadi isu utama terbantutnya perkembangan murid dalam penguasaan tulisan Jawi ini. Pengetahuan Jawi ini sepatutnya dipupuk sejak dari awal lagi dalam diri pelajar kerana semangat mencintai tulisan Jawi tidak akan muncul tanpa adanya pendedahan daripada ibu-bapa dan guru. Dalam menyelesaikan masalah ini, murid sekolah rendah sepatutnya menguasai ilmu Jawi daripada dasar iaitu dengan mengenali huruf tunggal dan mampu untuk membaca suku kata terbuka dan tertutup Jawi. Dua perkara ini memadai bagi pengetahuan asas murid sekolah rendah yang mampu untuk berkembang bersama kemahiran Jawi pelajar. Dalam usaha meningkatkan Kembali penguasaan Jawi dalam kalangan pelajar sekolah, mereka perlulah didedahkan dengan Teknik mempelajari Jawi yang lebih efisen seterusnya dengan menguasai perkara yang paling asas bagi Jawi iaitu huruf tunggal Jawi dan kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup Jawi. Seterusnya penguasaan Jawi ini memberi kelebihan yang banyak kepada semua masyarakat seperti yang dinyatakan oleh Faridah Binti Mohamed (1997)


10 Kelebihan tulisan Jawi: a) Memudahkan Pembelajaran Al-Quran b) Memudahkan Penghayatan Ilmu Pengetahuan Islam c) Mendekatkan diri kepada agama Islam d) Memelihara keaslian perkataan Arab dalam Bahasa Melayu Pelaksanaan kajian tinjauan ini adalah bertujuan untuk meninjau sejauh mana tahap penguasaan murid membaca tulisan Jawi kerana pengkaji mendapati bahawa masalah ini pada awalnya dikesan sewaktu menjalankan praktikum fasa 1 di salah buat sekolah luar bandar di Tawau. Pengkaji mengambil alih pengajaran Pendidikan Islam bagi murid dan mendapati bahawa sebahagian besar pelajar masih menghadapi masalah untuk membaca tulisan Jawi yang mudah seperti suku kata terbuka dan suku kata tertutup, rangkai kata, ayat, perkataan imbuhan dan perkataan pinjaman. Oleh itu pengkaji berhasrat untuk melakukan satu kajian bagi menjawab persoalan sejauh manakah tahap penguasaan murid membaca tulisan Jawi ini. 1.3 TUJUAN KAJIAN Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan dalam bidang Jawi bagi murid luar bandar iaitu di sekitar daerah Tawau. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaaan murid dalam membaca tulisan Jawi yang merangkumi suku kata terbuka dan suku kata tertutup, rangkai kata, ayat, perkataan imbuhan dan perkataan pinjaman. Segala maklumat bagi kajian ini telah dikumpul melalui tinjauan terhadap murid di daerah Tawau. 1.3.1 Objektif Kajian 1. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran murid membaca tulisan Jawi


11 2. meninjau sama ada minat murid mempengaruhi tahap penguasaan murid membaca tulisan Jawi 3. Meninjau persepsi murid terhadap kaedah teknik guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam bidang Jawi 1.3.2 Soalan kajian Persoalan-persoalan kajian berfokuskan kepada pencapaian objektif umum dan objektif khusus kajian tentang tahap penguasaan murid dalam membaca suku kata Jawi. Justeru itu, soalan-soalannnya adalah seperti berikut: 1. Apakah tahap penguasaan membaca tulisan Jawi dalam kalangan murid ? 2. Adakah minat murid terhadap Jawi mempengaruhi tahap penguasaan murid membaca tulisan Jawi? 3. Apakah Persepsi murid terhadap penggunaan kaedah dan teknik pengajaran guru sewaktu PdP bidang Jawi? 4. Adakah hubungan diantara penggunaan kaedah teknik dengan minat murid dalam membaca tulisan Jawi? 1.3.3 Hipotesis kajian Hipotesis penyelidikan merupakan hipotesis alternatif secara tidak berarah digunakan oleh penyelidik sebagai satu pernyataan ramalan mengenai hubungan diantara variabel-variabel yang ingin dikaji: Ha:Terdapat hubungan antara tahap penguasaan penulisan jawi dan tahap Kemahiran terhadap murid-murid di daerah Tawau


12 1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Pelaksanaan PdP Pendidikan Islam bidang Jawi ini wajib dijalankan bagi semua sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan kajian ini boleh ditinjau di pelbagai sekolah luar bandar yang berada di sekitar Sabah terutamanya di sekitar Tawau. Namun penyelidik mengecilkan skop kajian kepada sebuah sekolah sahaja di daerah Tawau. Penyelidik membataskan kajian dari sudut peranan guru dalam kelas sewaktu proses pdp bidang Jawi terhadap anak murid sekolah luar bandar. Melalui soal selidik, penyelidik cuba meninjau keupayaan adakah murid menguasai kemahiran membaca tulisan Jawi dengan baik, seterusnya minat murid dalam kelas Pendidikan Islam bidang Jawi dan sejauh mana persepsi murid terhadap kaedah dan teknik pengajaran guru yang dilaksanakan di dalam kelas. Penyelidik menumpukan kajian ini pada sebuah sekolah sekolah luar bandar sahaja iaitu di sebuah sekolah di daerah Tawau. Secara umumnya, penyelidikan ini tidak mampu untuk menggambarkan keadaan dan situasi yang dihadapi oleh semua sekolah luar bandar.Oleh hal yang demikian,Keputusan data yang diperolehi dalam kajian ini tidak boleh digambarkan dengan sekolah luar bandar yang lain.


13 1.4.1 Sampel Kajian Seramai 30 orang murid keseluruhan yang diambil dari sebuah sekolah di Tawau yang mengambil subjek Pendidikan Islam dijadikan sebagai sampel kajian. 1.4.2 Batasan kajian Dalam kajian ini, pengkaji akan menetapkan beberapa batasan semasa melaksanakan kajian dan perkara ini diambil kira sewaktu proses interpretasi hasil kajian iaitu: a. Kajian ini hanya mengkaji tahap penguasaan membaca tulisan Jawi murid. b. Kemahiran membaca tulisan Jawi yang difokuskan adalah bergantung dengan tahap penguasaan dan pemahaman murid terhadap pembelajaran bidang Jawi. c. Kajian yang dilakukan hanya mengambil kira tiga aspek iaitu penguasaan murid dalam membaca tulisan Jawi, minat murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran bidang Jawi berlangsung dan persepsi murid terhadap kaedah dan teknik pengajaran guru dalam pengajaran bidang Jawi.


14 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Objektif utama kajian ini adalah mengetahui sejauh manakah tahap penguasaan murid sekolah luar bandar dalam membaca tulisan Jawi dalam kalangan pelajar di Tawau. Selain itu, kajian ini akan dilakukan untuk menjawab persoalan-persoalan seperti adakah prestasi murid sewaktu kelas bidang Jawi mempengaruhi penguasaan murid membaca tulisan Jawi, seterusnya adakah teknik pengajaran dan pembelajaran guru dalam bidang Jawi memainkan peranan yang penting dalam penguasaan bidang Jawi bagi murid sekolah luar bandar. Selain itu, kajian ini diharapkan akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta kesedaran masyarakat tentang kepentingan pengajaran bidang Jawi mempengaruhi perkembangan pengetahuan sedia ada murid terhadap Pendidikan Islam. Penyelidik juga berharap agar penghasilan kajian ini dapat menjawab persoalan yang seringkali bermain di fikiran para pendidik khususnya di Tawau tentang hubungan sikap murid terhadap pencapaian Pendidikan Islam Khususnya bidang Jawi bagi murid. Dapatan kajian yang akan diperoleh juga diharapkan agar dapat merungkai persoalan tersebut supaya guru boleh mencari penyelesaian dalam meningkatkan pencapaian para murid dalam subjek Pendidikan Islam Kepentingan kajian ini juga dapat membantu guru Pendidikan Islam dalam mengesan masalah penguasaan membaca tulisan Jawi yang sering dihadapi oleh murid-murid. Hal ini kerana terdapat banyak kajian yang melaksanakan tinjauan bagi kemahiran murid membaca tulisan Jawi. Meskipun begitu, masih ramai guru-guru yang kurang mengetahui punca dan sebab utama lemahnya penguasaan murid dalam membaca tulisan Jawi. Oleh itu, kajian ini penting untuk dlaksanakan bagi menjadi sumber rujukan kepada guruguru dan pengkaji-pengkaji yang seterusnya. Kajian ini juga amat penting untuk dijadikan panduan kepada pembuat dasar dalam merangka dasar yang lebih efisien tentang pembelajaran Pendidikan Islam khususnya bidang Jawi. Contohnya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mengadakan program bagi meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam dalam bidang Jawi yang dianggap membosankan dan semakin tidak dipandang. Kajian ini juga akan penting kepada pelbagai pihak seperti ibu bapa, komuniti, sekolah dan badan-


15 badan kerajaan dan bukan kerajaan kerana dapat melihat permasalahan dalam kalangan murid serta akan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran selain meningkatkan tahap kualiti sikap murid bagi menghadapi cabaran globalisasi di era semakin mencabar ini. 1.6 DEFINISI OPERASIONAL Bahagian ini akan menjelaskan maksud item-item yang penting dalam kajian ini. Terdapat beberapa istilah dan konsep yang digunakan dengan pengertian yang khusus untuk operasi kajian ini sahaja. Perkara ini boleh membantu para pembaca agar dapat memahami bentuk kajian yang akan dilaksanakan. Pengertian kepada istilah dan konsep tersebut adalah seperti berikut: a) Tahap Penguasaan Dalam kajian ini, ia adalah merujuk kepada sejauh mana kebolehan seorang murid untuk menggunakan pengetahuan asas Jawi dalam membaca tulisan Jawi . Murid tersebut dikira mencapai tahap cemerlang apabila mampu membaca beberapa tulisan ataupun petikan Jawi yang telah disediakan oleh pengkaji pada sesi ujian membaca tulisan Jawi. Maka, tahap penguasaan seseorang murid itu ditentukan melalui sejauh mana pengetahuan asas Jawi yang mereka perolehi. Dalam kajian ini, tahap penguasaan merujuk kepada sejauh mana kebolehan seorang murid untuk menggunakan pengetahuan asas Jawi dalam membaca tulisan Jawi. Murid tersebut dikira mencapai tahap cemerlang apabila mampu membaca beberapa tulisan ataupun petikan Jawi yang telah disediakan oleh pengkaji pada sesi ujian membaca tulisan Jawi. Oleh itu, tahap penguasaan seseorang murid ditentukan melalui sejauh mana pengetahuan asas Jawi yang mereka perolehi. b) Tulisan Jawi Jawi merupakan satu tulisan yang menggunakan abjad atau huruf Arab dan kandungannya pula adalah Bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah apa-apa hasil


16 daripada kegiatan menulis, sesuatu yang ditulis, cara menulis, karangan dan sebagainya. Membaca dan menulis melibatkan kebolehan mengenal lambanglambang, menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami makna serta konsep yang disampaikan oleh tulisan. Jelasnya, Jawi merupakan satu sistem tulisan melayu yang menggunakan huruf arab dan digunakan dengan meluas terutamanya di tanah melayu. c) Minat Minat, dalam konteks yang lebih meluas, merujuk kepada seseorang individu yang mengalami keseronokan dan kepuasan ketika menjalani proses atau aktiviti tertentu tanpa rasa terbeban. Dalam istilah pembelajaran, minat merupakan faktor penting yang dapat mempengaruhi tahap keseriusan dan kesungguhan seorang murid dalam aktiviti pembelajaran. Menurut Muhammad Atan (2003), minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara atau subjek khususnya, memungkinkan seseorang menjadi lebih cenderung dan bersedia untuk belajar dengan tekun. Dalam konteks ini, minat bertindak sebagai pemangkin yang mendorong seseorang untuk menyelami dengan lebih mendalam dan bersemangat dalam pembelajaran. Ini bermakna seseorang yang mempunyai minat yang kuat terhadap sesuatu subjek atau aktiviti akan lebih berpeluang untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran. Seterusnya, Zulzana dan rakan-rakannya (2011) juga menggariskan bahawa minat memainkan peranan penting sebagai pendorong kepada murid untuk aktif dan gigih dalam aktiviti pembelajaran. Minat kepada sesuatu perkara atau aktiviti bertindak sebagai daya pendorong dalaman yang mendorong seseorang murid untuk meneroka dan menggali ilmu dengan lebih jauh. Ini bermaksud apabila seorang individu mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu subjek, dia lebih cenderung untuk mencari pengetahuan dan menjalani proses pembelajaran dengan penuh semangat. Secara keseluruhannya, minat memainkan peranan penting dalam pembelajaran dan perkembangan seseorang individu. Ia bukan sahaja memberikan keseronokan dalam proses pembelajaran, tetapi juga memotivasikan seseorang untuk menjadi lebih tekun, bersemangat, dan tekad untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diminati.


17 d) Sekolah luar bandar Sekolah luar bandar merujuk kepada institusi pendidikan yang terletak di kawasan luar bandar, seperti di kawasan kampung atau kawasan yang jauh dari pusat bandar. Kawasan luar bandar ini seringkali mempunyai tahap perkembangan dan infrastruktur yang lebih rendah daripada kawasan bandar. Ini bermakna sekolah-sekolah luar bandar mungkin menghadapi cabaran dalam hal teknologi, akses kepada infrastruktur moden, tahap kehidupan, dan sebagainya. Walaupun begitu, perlu diperhatikan bahawa kekurangan dalam beberapa aspek ini tidak semestinya bermaksud sekolah luar bandar kurang berkualiti dalam semua aspek pendidikan. Contohnya,di Kawasan Tawau ini yang menjadi kawasan kajian penyelidik, yang merupakan sekolah di Kawasan luar bandar. Namun, penting untuk diingat bahawa status luar bandar tidak semestinya merujuk kepada kelemahan dalam prestasi akademik pelajar. Ini bermakna pelajar di sekolah luar bandar, seperti sekolah yang dikaji, tidak semestinya lemah dalam mata pelajaran tertentu, terutamanya dalam subjek Pendidikan Islam bidang Jawi. Dalam kajian ini, penyelidik mungkin cuba mengenal pasti sebab-sebab di sebalik tahap penguasaan yang murid dalam subjek Pendidikan Islam bidang Jawi di sekolah ini walaupun ia terletak di kawasan luar bandar. Ini akan membantu dalam memahami faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan pelajar di sekolah-sekolah luar bandar dan memberi wawasan untuk peningkatan pendidikan di kawasan tersebut. 1.7 RUMUSAN Secara kesimpulannya bagi bab pertama, pengkaji akan menghuraikan beberapa perkara yang berkaitan dengan kajian ini. Antaranya ialah pengenalan, penyataan masalah, tujuan kajian yang merangkumi objektif kajian, soalan kajian dan hipotesis kajian. Selain itu, skop dan batasan kajian, kepentingan kajian serta definisi operasional bagi kajian ini juga akan dibincangkan supaya kajian ini berada di landasan yang betul bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai tahap penguasaan murid dalam membaca tulisan Jawi di sekolah luar bandar.


18 BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN Bab ini akan membincangkan mengenai kajian-kajian dan perbincanganperbincangan yang berkaitan dengan pengertian Jawi, teknik dan kaedah membaca tulisan Jawi. Melihat kajian-kajian yang telah dibuat oleh beberapa pengkaji, didapati masih ramai sama ada murid sekolah rendah, menengah dan pelajar di institusi pengajian tinggi tidak mahir membaca tulisan Jawi dan sangat lemah dalam mengenal huruf-huruf Jawi sedangkan ia merupakan perkara paling asas dalam penulisan Jawi. Huruf Jawi yang merupakan tulisan melayu menggunakan huruf-huruf Arab membuktikan bahawa masih ramai orang Islam yang tidak mampu membaca Al-Quran sedangkan perkara itu merupakan tuntutan dalam Islam. Tulisan Jawi adalah satu bentuk tulisan yang merupakan warisan turun temurun, digunakan sejak zaman lampau. Tulisan Jawi mempunyai sejarah yang kaya di Tanah Melayu dan digunakan dalam berbagai penulisan serta manuskrip lama. Kehadiran tulisan Jawi sejak dahulu membuktikan pentingnya warisan tulisan ini dalam menggambarkan sejarah dan budaya Tanah Melayu. Kini tulisan Jawi masih terus digunakan dalam penulisan buku teks Pendidikan Islam dalam Kerangka Sukatan Pelajaran Sains Sosial (KSSR). Penggunaan tulisan Jawi dalam kurikulum pendidikan mencerminkan usaha untuk memelihara dan mempromosikan warisan kebudayaan dan bahasa dalam masyarakat Islam di Malaysia. 2.2 Teori/ Model Kajian Menurut Hashim Musa (2006), tulisan Jawi berasal daripada skrip arab yang sampai ke Kepulauan Melayu bersama sama kedatangan Islam. Teks Bahasa Melayu yang menggunakan tulisan arab dikenali dengan nama tulisan Jawi. Omar Awang (1985) pula berpendapat bahawa tidak diketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada tulisan itu. Beliau memetik keterangan dalam Kamus R.J Wilkinson (1959), perkataan Jawi dalam Bahasa Melayu digunakan


19 untuk pokok Jawi-Jawi ataupun jejawi dan juga beras Jawi yang merupakan makanan lembu atau kerbau dalam Bahasa Minangkabau. Menurut Omar Awang (1985) lagi, kemungkinan perkataan Jawi berasal daripada perkataan Arab al-Jawah Kata tersebut pernah digunakan dalam catatan Arab yang tertulis sebelum pertengahan abad ke-14 M. Dalam konteks pendidikan di sekolah, bidang Jawi menjadi satu komponen daripada mata pelajaran Pendidikan Islam. Matapelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran teras dan wajib dipelajari oleh setiap murid Islam di semua peringkat sama ada sekolah rendah atau menengah. Mata pelajaran ini wajib diadakan walaupun jumlah murid Islam di sekolah tersebut cuma terdapat satu orang murid Islam. Murid ditekankan untuk menguasai beberapa aspek dalam bidang Jawi ini seperti mengenal huruf-huruf Jawi, membaca dan menulis Jawi serta membina ayat dalam tulisan Jawi. Kesemua aspek ini diterapkan secara bertahap dalam pembelajaran tahun 1 sehinggalah tahun 6. 2.3 Dapatan Kajian Lalu Menurut Abdul Rahman Rukaini (1979) menyatakan bahawa warisan sejarah yang masih terdapat di perpustakaan-perpustakaan luar negara memaparkan tentang surat-surat izin berniaga dan perjanjian di antara raja-raja Melayu dengan kuasa Barat dibuat di dalam tulisan Jawi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tulisan Jawi begitu berpengaruh sama ada di dalam penggunaan seharian dan sebagai bahasa ilmu pengetahuan di institusi sekolah pondok, masjid, surau dan sebagainya. Menurut Sabariah binti Bahrun (2014), tulisan Jawi telah menjadi tulisan orang melayu sehingga sekarang, meskipun telah melalui pelbagai tahap perubahan sistem ejaan dan pasang surut penggunaannya dalam penulisan di Alam Melayu amnya dan Malaysia khususnya. Pernyataan ini menunjukkan bahawa tulisan Jawi merupakan warisan bangsa yang tidak dapat disangkal dan harus dipelihara dengan sebaiknya dengan mendidik anak muda terhadap penguasaan Jawi sejak di bangku sekolah lagi. Kemerosotan tulisan Jawi merupakan satu perkara yang dirisaukan. Perkara ini berkemungkinan disebabkan oleh penguasaan Jawi yang lemah daripada dasar lagi. Sebagai contoh lemah dalam mengenal huruf tunggal Jawi,


20 tidak dapat membaca tulisan perkataan Jawi yang mudah dan juga tidak boleh menyambung huruf Jawi. Fenomena ini turut dibuktikan dalam satu kajian oleh Farizah binti Yazan (2005) tentang kemerosotan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar tingkatan empat di Subang Jaya. Kajian in mendapati bahawa 82 peratus pelajar berada pada paras lemah, manakala 46 peratus sahaja yang boleh menulis dan membaca secara sederhana. Antara faktor kelemahan menulis Jawi ialah timbul kekeliruan dalam menyambung hurufhuruf Jawi yang sepatutnya disambung ketika menulis. Sikap dan minat murid juga amatlah memainkan peranan yang sangat dominan dalam menilai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu mata pelajaran itu khususnya dalam bidang kajian yang saya kaji iaitu bidang Jawi. Hal ini disokong oleh Ismail Bin Dahaman (1992) dengan menyatakan minat terhadap sesuatu perkara atau aktviti akan mendorong seseorang murid meneroka dengan lebih jauh. Seterusnya, menurut Omardin Ashaari (1996), minat merupakan suatu perkara penting sebagai pendorong kepada murid untuk bergiat cergas dalam aktiviti pembelajaran. 2.4 Kerangka Konseptual Lee, Zakri dan Chua pada tahun 2018 mengatakan bahawa kerangka konseptual adalah alat analitikal yang mempunyai beberapa variasi dan konteks yang digunakan bagi melakukan perbezaan konseptual dan mengurus idea. Selain itu, ia juga merupakan sintesis literatur pengkaji mengenai cara yang menerangkan suatu fenomena. Dalam konteks kajian ini, terdapat dua jenis pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah bersandar adalah faktor yang diperhatikan dan diukur untuk memastikan kesan pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah tidak bersandar pula adalah faktor yang diukur, dimanipulasi atau dipilih oleh pengkaji bagi memastikan hubungan dengan fenomenan yang diperhatikan (Chua, 2014).


21 Rajah 2.4: Kerangka Konseptual Kajian 2.5 Rumusan Kesimpulannya, bab ini menceritakan mengenai kajian literatur. Kajian literatur adalah berkaltan dengan kajian lepas iaitu kajian yang pernah djalankan oleh pengkaji dahulu. Kajian literatur ini membantu pengkaji mendapatkan makumat tambahan yang menguatkan lagi kajian pengkaji. Pada masa yang sama, kajian literatur ini memudahkan pengkaji dalam menjalankan penyelidikan kerana literatur ini seperti salah satu kayu ukur yang mampu membantu pengkaji dalam penyelidikan. TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MINAT MURID


22 BAB 3: METADOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Bab ini adalah merujuk kepada struktur, kaedah dan proses yang dijalankan. Secara amnya, aspek yang dihuraikan dalam bab ini adalah mengenai reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian, kesahan, kebolehpercayaan, kajian rintis, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Kajian yang akan dilaksanakan adalah berbentuk kuantitatif melalui kaedah pengumpulan yang lebih dalam dan komprehensif iaitu pemerhatian dan analisis dokumen serta borang soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Kajian kuantitatif deskriptif akan digunakan kerana ia sesuai untuk mengumpul maklumat bagi mencapai tujuan kajian iaitu mengetahui sama ada terdapat hubungan antara minat murid dengan tahap pengusaan Jawi bagi murid di sekitar daerah Tawau. Kajian tinjauan ini memerlukan pengkaji untuk memilih sekumpulan subjek daripada populasi sebagai responden kajian, mengumpul maklumat daripada responden dan seterusnya menganalisis maklumat tersebut untuk menjawab soalan kajian (Chua,2006). Pemboleh ubah bersandar bagi kajian ini adalah tahap penguasaan murid membaca tulisan Jawi manakala pemboleh ubah tidak bersandar ialah minat murid terhadap mata pelajaran Jawi dan kaedah serta teknik pengajaran guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran bidang Jawi.


23 3.3 PERSAMPELAN Persampelan merupakan strategi penyelidikan di mana penyelidik boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang menganggotai populasi tersebut (Kamarul Azmi et. al, 2011). Pemilihan responden dibuat dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Pemilihan responden dibuat dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Persampelan bertujuan ini dilakukan dengan mengambil sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri sahaja dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan khusus penyelidikan pengkaji. Bagi populasi kajian, pengkaji telah melakukan kajian terhadap sebuah sekolah di daerah Tawau berfokuskan murid yang mengambil subjek Pendidikan Islam. Jumlah populasi bagi kajian ini adalah seramai 30 orang.Mealui ini, pengkaji telah memilih seramai 28 orang murid sebagai sampel kajian berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan yang telah menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian yang terdapat dalam lampiran. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif untuk melihat sejauh mana keberkesanan Tahap penguasaan jawi dikalangan murid di sekitar Tawau. 3.4.1 Soal Selidik Langkah terawal dalam pengumpulan data adalah dengan menggunakan kaedah soal selidik kepada murid. Seramai 30 orang murid telah akan dikaji di sebuah sekolah daerah Tawau. Tuckman (1994), menyatakan soal selidik digunakan para penyelidik untuk menukarkan maklumat yang diperolehi daripada subjek kepada bentuk data. Bagi sampel kategori murid, murid akan disediakan soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A,B,C dan bahagian D. Pada bahagian A, maklumat yang perlu di isi seperti latar belakang responden iaitu jantina dan tahun murid tersebut. Seterusnya soal selidik ini dilanjutkan dengan soalan subjektif menguji tahap penguasaan murid


24 dalam membaca suku kata terbuka p dan tertutup Jawi pada bahagian C. Pada bahagian D pula, ini merupakan soal selidik bagi menjawab persoalan berkaitan persepsi murid terhadap kaedah dan teknik pengajaran guru. KESAHAN Bagi menguji kesahan pembinaan Soal Selidik, Pengkaji akan merujuk kepada pensyarah Pembimbing ataupun pensyarah bidang Pendidikan Islam. Maklum balas dan teguran yang diberikan oleh Pensyarah Pendidikan Islam akan digunapakai dalam memurnikan lagi soal selidik dan ujian yang akan dijalankan kepada responden.Kaedah ini adalah bertujuan untuk mencapai kesahan konstruk bagi item soal selidik. Bagi kesahan kandungan pula, pengkaji akan merujuk kepada kajiankajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian, antaranya ialah Sabariah Binti Bahrun (2014), Asmawati Suhid (2011) dan Farizah binti Yazan (2005). KEBOLEHPERCAYAAN Pengkaji telah melakukan kajian rintis kepada murid yang mempunyai ciri yang hampir sama dengan responden kajian. Menurut Mohd Najib (1999), Keboleh percayaan merujuk kepada ketekalan (konsisten), ketepatan atau kejituan ukuran yang di buat. Seterusnya, Segala data yang dikumpul dalam kumpul dalam kajian ini akan diukur tahap kebolehpercayaan nya dengan menggunakan program Statistical Package For Social Science (SPSS). Secara umumnya perisian ini merupakan salah satu perisian yang boleh digunakan untuk memproses dan menganalisis data penyelidikan. Sistem perisian SPSS Juga berkemampuan untuk menampung penganalisisan data yang banyak dalam kadar masa yang pantas dan cekap. Penganalisaaan data berstatistik menggunakan perisian pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan perkiraan yang tepat dan bebas ralat.


25 3.5 KAJIAN RINTIS Pengkaji telah melakukan kajian rintis bagi mengukur lagi kesahan item soal selidik. Menurut Azizi Yahya et. al (2007),bagi setiap instrumen soal selidik yang dibentuk,penyelidik perlulah menjalankan kajian rintis. Ahmad Mahza juga berpendapat bahwa ujian rintis dijalankan bagi menentukan soalan yang diberikan kepada responden adalah sesuai dan mudah difahami oleh mereka. Satu Kajian rintis telah dilaksanakan oleh pengkaji Pengkaji mengumpul data daripada kajian rintis yang di laksanakan di sebuah sekolah di daerah Tawau bagi mengukur kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian dengan melihat kepada nilai pekali alfa Cronbach. Setelah mendapat nilai alfa Cronbach, pengkaji perlulah melihat kepada semua nilai item yang mewakili suatu pemboleh ubah sama ada melebihi nilai alfa Cronbach secara keseluruhan atau sebaliknya. 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Sebelum analisis data diperolehi, pengkaji telah melalui prosedur-prosedur tertentu.Prosedur ini harus melalui langkah-langkahnya yang betul bagi memastikan keberhasilan data yang baik. Langkah pertama yang diambil bagi proses pengumpulan data ialah berbincang berkenaan tajuk kajian dengan penyelia den menjalankan Kajian. Seterusnya Pengkaji juga telah mengenal pasti dan melakukan instrumen soalan yang bersesuaian dengan tajuk kajian kes untuk diedarkan. Kesahan pula diperolehi apabila instrumen soalan diberikan oleh pengkaji kepada pensyarah.Selanjutnya,pengedaran borang telah disebarkan kepada murid-murid untuk mendapatkan data yang ingin didapatkan.Pengkaji akan memungut data dan menganalisis bagi mendapatkan kebenaran kekerapan, peratusan dan min bagi dapatan kajian. Perbincangan antara penyelidik dan penyelia juga akan diadakan dari masa ke masa sepanjang tempoh Kajian dijalankan. 3.7 PROSEDUR PENGANALISAN DATA. Setelah selesai pelaksanaan pengumpulan data, pengkaji menganalisis data menggunakan beberapa metode yang bersesuaian. Data yang diperolehi akan dianalisa menggunakan aplikasi SPSS bagi membantu pengkaji mendapatkan


26 jawapan dan keputusan terhadap masalah yang dikaji. Perkara yang dititik beratkan dalam penganalisaan data ini ialah dengan melibatkan kaedah deskriptif iaitu dengan menggunakan skor min, frekuensi, peratus dan juga kolerasi. 3.8 RUMUSAN Segala proses yang dijalankan dalam metodologi kajian ini perlulah di laksanakan dengan cekap dan berhati-hati terutamanya dalam pembinaan instrumen kajian. Pemilihan instrumen ini amatlah memainkan peranan yang sangat penting bagi menentukan segala dapatan kajian melalui prosedur pengumpula data dan prosedur penganalisaan data. Pengkaji berharap agar segala maklum balas dan prosedur yang dilakukan mampu menjawab kepada persoalan dan objektif kajian bagi mengetahui tahap penguasaan jawi dikaangan murid di sekitar Tawau ini mampu dicapai.


27 SENARAI RUJUKAN Abdul Rahman Rukaini (1979), Tulisan Jawi Ditelan Mati Emak, Kuala Lumpur: Dewan Budaya. Ahmad Mohd Salleh (2008), Metodologi dan Pedagogi Pendidikan Untuk KPLI. Shah Alam: Oxford Fajar. Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Chua Yan Piaw (2006), Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Copyright. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia). Faridah binti Mohamed (1997), “Bahasa Al-Quran dan Hubungannya Dengan Tulisan Jawi :Suatu Kajian Terhadap Pelaksanaan Tulisan Jawi Di Sekolah Sekolah Kota Bahru Kelantan” (Tesis Ijazah Usuluddin, University Malaya). Farizah binti Yazan (2005), "Penguasaan Tulisan Jawi di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Sebuah Sekolah di Subang Jaya" (Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya). Hashim Musa (2006), Sejarah Perkembangan tulisan Jawi Edisi Kedua: Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Pengajian Islam University Malaya: Kuala Lumpur. Ismail Bin Dahaman, (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Perpustakaan Negara Malaysia: Percetakan Maziza Sdn. Bhd.


28 Kamarul Azmi Jasmi et. al. 2011 Komponen asas untuk Latihan guru Pendidikan Islam. Lee, K.C., Zakri Abdulah & Chua, L.N.(2018).Penyelidikan Dalam Pendidikan. Oxford Fajar. Muhammad Atan (2003). Sikap, Minat Pengaruh Rakan Sebaya Dan Pengajaran Guru Pelajar-Bahasa Sebagai Satu Cara Mengatasi Masalah Kepelbagaian Pelajar Dalam Kelas Bahasa. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan.Skudai,Johor:Universiti Teknologi Malaysia Omardin Ashaari, (1996). Pengurusan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur.Utusan Publication Ibrahim Omar bin Awang (1985), “ The Terengganu Inscriptionas The Earliest Known Evidence Of The Finalisation Of The Jawi Alphabet” dalam islmika III, Muizum Negara. Jabatan. RJ Wilkinson, GT Young Journal of the Chemical Society (Resumed), 2626- 2627, 1959 Sabariah Binti Bahrun (2014), “Pelaksanaan Model Pemulihan Jawi j-QAF di sekolah Rendah Daerah Tuaran, Sabah” (Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Akademi Pengajian Islam, University Malaya). Tuckman (1994).Dalam Wan Norain Binti Wan Mamat @ Wan Ali (2007) Pandangan Guru Terhadap Latihan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris . University Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.


29 Zulzana Binti Zulkarnain, Mohamed Bin Saan, Roslina Binti abd. Talib (2011), Hubungan Antara Minat Murid, Sikap Dengan Pencapaian Belajar dalam kursus CC301-Quantity Measurement.Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan.


30


Carta Gantt PERANCANGAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAPISMP PAI AMBILAN JUN BULAN JAN FEB Peringkat/ Minggu M 1 M 2 M 3 M 4 M 1 M 2 M 3 M 4 M1 1.0 Pendahuluan ▪ Pengenalan ▪ Pernyataan masalah ▪ Tujuan kajian ▪ Objektif kajian ▪ Soalan kajian ▪ Hipotesis kajian ▪ Skop kajian ▪ Batasan kajian ▪ Kepentingan kajian ▪ Definisi operasional/ istilah


31 Lampiran B AN/ PROPOSAL 2021 KELUARAN MEI 2025 MAC APRIL MEI JUN M 2 M 3 M 4 M 1 M 2 M 3 M 4 M 1 M 2 M 3 M 4 M 1 M 2 M 3 M 4


2.0 Tinjauan Literatur ▪ Pengenalan kepada konteks kajian ▪ Teori/ model kajian ▪ Dapatan kajian lalu ▪ kerangka konseptual kajian ▪ Rumusan tinjauan literatur 3.0 Metadologi/ Reka Bentuk Penyelidikan ▪ Reka bentuk kajian ▪ Persampelan ▪ Instrumen kajian ▪ kesahan kebolehpercayaan ▪ Kajian rintis (pilot test) ▪ Prosedur pengumpulan


32


Carta Gantt data ▪ Proses penganalisisan data 4.0 Pengolahan Penulisan, Rujukan, Lampiran & Etika Pembentangan & penilaian Kertas Cadangan/ proposal kajian penyelidikan pada 23 & 24 April 2024 Bab 4 Analisa Data Bab 5 Perbincangan, Kesimpulan & Cadangan *Tentatif boleh diubahsuai mengikut kesesuian pelajar dan ruangan boleh ditambapenjilidan (penerbitan)


33 Lampiran B h sehinggalah disertasi kajian penyelidikan siap sepenuhnya untuk proses


34 LAMPIRAN C BORANG SOAL SELIDIK TAHAP PENGUASAAN PENULISAN JAWI DAN KEMAHIRAN TERHADAP MURID-MURID DI DAERAH TAWAU BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFI RESPONDEN Arahan : Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan 1) JANTINA 1. Lelaki 2. Perempuan 2) TAHUN 1. 1 2. 2 2. 3 4. 4 5. 5 6. 6


35 BAHAGIAN B : PENGUASAAN MURID MEMBACA TULISAN JAWI 1 : SANGAT TIDAK SETUJU, 2 :TIDAK SETUJU, 3 : SEDERHANA, 4 :SETUJU. 5 : SANGAT SETUJU Arahan : Maklumat ini diisi oleh pengkaji berdasarkan keputusan ujian membaca BIL. PERKARA 1 2 3 4 5 1 Murid dapat mengenal dan menyebut huruf jawi tunggal 2 Murid dapat mengenal dan menyebut huruf jawi sambung 3 Murid dapat mengenal dan membaca suku kata terbuka 4 Murid dapat mengenal dan membaca suku kata tertutup 5 Murid dapat membaca rangkai kata dan ayat 6 Murid dapat mengenal dan membaca perkataan pinjaman 7 Murid dapat mengenal dan membaca perkataan Imbuhan BAHAGIAN C : MINAT MURID MEMBACA TULISAN JAWI. 1 : SANGAT TIDAK SETUJU, 2 :TIDAK SETUJU, 3 : SEDERHANA, 4 :SETUJU. 5 : SANGAT SETUJU Arahan : Tandakan (√) pada ruangan jawapan yang dipilih BIL. PERKARA 1 2 3 4 5 8 Saya seronok membaca tulisan jawi 9 Saya perlu belajar jawi 10 Jawi tidak membosankan 11 Saya sering membaca tulisan jawi 12 Saya suka belajar membaca tulisan jawi 13 Saya tidak sabar belajar membaca jawi di sekolah 14 Jawi merupakan pelajaran yang paling saya minati 15 Saya suka membaca tulisan jawi BAHAGIAN D :PERSEPSI MURID TERHADAP PENGGUNAAN KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN GURU 1 : SANGAT TIDAK SETUJU, 2 : TIDAK SETUJU, 3:SEDERHANA 4 : SETUJU, 5 : SANGAT SETUJU. Arahan : Tandakan (√) pada ruangan jawapan yang dipilih BIL. PERKARA 1 2 3 4 5 16 Suara dan bahasa guru sewaktu mengajar amat jelas dan mudah difahami 17 Kelas kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan agar kami mudah membuat aktiviti dalam pembelajaran 18 Guru menggunakan kaedah permainan kad boling 19 Guru menggunakan kaedah penggunaan LCD 20 Guru menggunakan kaedah permainan tanda arah 21 Guru menggunakan kaedah permainan roda jawi 22 Guru menggunakan kaedah permainan kad minda 23 Guru menggunakan kaedah nyanyian 24 Guru menyampaikan pengajarannya secara teratur dan mudah difahami


36 LAMPIRAN D RELIABILITY /VARIABLES=Penguasaan Minat Penggunaan /SCALE('ALL VARIABLES') ALL /MODEL=ALPHA /STATISTICS=DESCRIPTIVE SCALE. Reliability Scale: ALL VARIABLES Case Processing Summary N % Cases Valid 30 100.0 Excludeda 0 .0 Total 30 100.0 a. Listwise deletion based on all variables in the procedure. Reliability Statistics Cronbach's Alpha N of Items .886 3 Item Statistics Mean Std. Deviation N Penguasaan 29.4333 3.67361 30 Minat 34.1667 4.93463 30 Penggunaan 39.1000 4.69299 30 Scale Statistics Mean Variance Std. Deviation N of Items 102.7000 146.148 12.08918 3


37 LAMPIRAN E Rajah 3.1 Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejce dan Morgan (1970)


Click to View FlipBook Version