The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-72330603, 2024-06-24 16:59:34

Buku Program Pertandingan Pidato dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu SJKC Daerah Hulu Langat 2024

Buku Program_Pidato_2024

2024年雪州乌鲁冷岳县华小 国语演说暨笔试比赛 TARIKH : 27 JUN 2024 (Khamis) MASA : 7:20 pagi - 1:30 petang TEMPAT : Dewan SJKC Kampung Baru Ampang PERTANDINGAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI DAN UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT TAHUN 2024


SELAMAT DATANG KE PERTANDINGAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI DAN UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT TAHUN 2024


JADUAL PERTANDINGAN Tarikh : 27 Jun 2024 (khami s ) Masa : 9:00 pagi - 10:00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat SJKC Kampung Baru Ampang Pertandingan Ujian Bertuli s Tarikh : 27 Jun 2024 (khami s ) Masa : 8:45 pagi - 12:00 tgh hari Tempat : Dewan SJKC Kampung Baru Ampang Pertandingan Pidato


ATUR CARA MAJLIS


0720 Pendaftaran peserta Ketibaan para hakim Ketibaan tetamu jemputan sarapan pagi 0815 Majlis Perasmian Nyanyian lagu Negaraku & lagu negeri Selangor Ucapan alu-aluan oleh Puan Chai Fui Chen, Pengerusi Pengelola Pertandingan Pidado Aspirasi Generasi Madani dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu SJKC Daerah Hulu Langat, merangkap Guru Besar SJKC Kampung Baru Ampang Ucapan perasmian oleh Encik Phang Yew Choy, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SJKC Kampung Baru Ampang Pemotongan dan penyerahan sampul kertas soalan Ujian Bertulis Bahasa Melayu 2024 Penyampaian cenderahati 0845 Pergerakan ke tempat pertandingan ujian bertulis Pertandingan Pidato Bermula Memperkenalkan panel hakim Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani Pertandingan Pidato Slot 1 (Peserta No.1-17) 0900 Pertandingan Ujian Bertulis Bermula (masa: 9 a.m. - 10 a.m.) 1025 Rehat 1030 Pertandingan Pidato Slot 2 (Peserta N0.18-34) 1200 Perbincangan Panel Hakim 1230 Majlis Penutupan dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani Ulasan ketua hakim Sesi bergambar 1315 Majlis Bersurai


JAWATANKUASA PENGELOLA


Penasihat Persatuan Guru Besar SJKC Daerah Hulu Langat Pengerusi Puan Chai Fui Chen Guru Besar SJKC Kampung Baru Ampang Naib Pengerusi Puan Woon Wern Lie Setiausaha Cikgu Khaireyatulainy binti Mohammed Abidin Kad Jemputan/ Buku Program Cikgu Chong Ker Teng ICT/Power Point 1.Cikgu Yong Zheng Hao 2.Cikgu Loke Wee Cheng Penjaga Masa Cikgu Teo Wei Kiong Pengira Markah Cikgu Teo Wei Kiong Pengawas Ujian Bertulis Cikgu Mohd. Hamdan Juruacara 1.Puan Khaireyatulainy binti Mohammed Abidin 2.Cikgu Chow Kwai Yue Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Pidato dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu SJKC Peringkat Daerah Hulu Langat Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Pidato dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu SJKC Peringkat Daerah Hulu Langat


Hadiah , Cenderahati & Sijil 1. Cikgu Chong Ker Teng 2. Cikgu Mohd Hamdan bin Haber Sistem PA 1. Cikgu Yong Zheng Hao 2. Cikgu Loke Wee Cheng Pendaftaran 1. Cikgu Chong Ker Teng 2. Cikgu Mohd Hamdan bin Haber Penyambut Tetamu 1. Guru besar 2. Semua Guru Penolong Kanan Jamuan 1. Cikgu Chong Ker Teng 2. Cikgu Mohd Hamdan bin Haber Disiplin / Kebersihan 1. Cikgu Lim Chin Cuang 2. Cikgu Lim Siew Cheng 3. Pekerja Kebersihan Jurugambar/ Dokumentasi 1. Cikgu Choo Yoong Che 2. Cikgu Chong Ker Teng 3. Cikgu Mohd Hamdan bin Habe 4. Cikgu Lim Siew Cheng Trafik/ Parkir 1. Cikgu Lee Wai Hoong 2. Pengawal Keselamatan Persiapan Kawasan 1. Cikgu Lee Wai Hoong


PERATURAN PERTANDINGAN PIDATO


PENGENALAN Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. 1. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. 2. Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. 3. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Oleh itu, pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman. 4. OBJEKTIF 1. Mencungkil bakat dan kreativiti murid berpidato secara bersahaja dan meyakinkan. Menggalakkan murid membaca dan menghayati karya ilmiah penulis tempatan dan luar negara. 2. Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid. 3. 4.Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. PELAKSANAAN Peserta pidato sekolah sjkc yang mendapat johan dan naib johan pada peringkat daerah layak ke peringkat negeri Selangor antara Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina. 1. Pertandingan peringkat daerah dan negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya pemenang iaitu johan peringkat negeri akan bertanding ke peringkat kebangsaan. 2. KATEGORI Sekolah Jenis Kebangsaan Tahap 2 (Tahun4-6)


PERATURAN DAN SYARAT Setiap sekolahhanya dibenarkan menghantar dua (2) penyertaan pada peringkat daerah. 1. Penyertaan terbuka kepada semua murid bukan Melayu tahap dua (2), warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang berdaftar dengan KPM sahaja dan bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu. 2. Pertandingan ini dijalankan secara bersemuka dan setiap peserta dibenarkan menyertai satu (1) jenis pertandingan sahaja Pertandingan Pidato atau Bercerita. 3. Penyertaan adalah secara individu. Setiap daerah hanya dibenarkan menghantar dua (2) peserta yang mendapat johan dan naib johan bagi pertandingan Pidato ke peringkat negeri Selangor. Tuan rumah daerah sebagai pengelola pertandingan peringkat negeri dibenarkan menghantar TIGA peserta pidato. 4. Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa. 5. Peserta WAJIB berpakaian sekolah biasa iaitu PUTIH dan BIRU sahaja antara Sekolahsekolah Jenis Kebangsaan Cina. 6. Setiap peserta dikehendaki menghantar satu (1) salinan sijil lahir kepada pihak pengelola sebagai bukti pengesahan perkara 2. 7. Pertukaran peserta tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola pertandingan. 8. Peserta tidak boleh menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni sejagat dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif. 9. 10.Peserta tidak dibenarkan membaca nota atau teks. Pertandingan pidato Peringkat Daerah dijalankan satu pusingan sahaja iaitu Pidato Bahagian Pertama: 11. 11.1 Bahagian Pertama 11.1.1 Tema: Aspirasi Generasi Madani. 11.1.2 Tajuk disediakan oleh pihak sekolahberdasarkan satu tema seperti di atas. 11.1.3 Tajuk yang dipilih mestilah tidak menyentuh isu-isusensitif, politik dan perkauman. 12. Tempoh masa berpidato adalah seperti berikut: 12.1 Bahagian Pertama: lima minit sahaja 12.2 Loceng akan dibunyikan sekali iaitu satu minit sebelum tamat dan dua kali setelah tamat masa berpidato bagi setiap bahagian. Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan tidak diberikan markah. 12.3 Masa Bahagian Pertama akan dikira sebaik sahaja peserta memulakan pidato manakala masa Bahagian Kedua akan dikira sebaik sahaja loceng dibunyikan. 12.4 Guru pembimbing dilarang memberikan sebarang bentuk bantuan atau tunjuk ajar kepada peserta yang sedang membuat persembahan.


ASPEK PEMARKAHAN 1.Bahagian Pertama 1.1 Idea/Isi 30 markah 1.2 Bahasa 20 markah 1.3 Penyampaian dan Persembahan 50 markah Jumlah 100 markah PENGHAKIMAN Peringkat negeri dinilai oleh tiga orang hakim termasuk ketua hakim yang menilai pertandingan secara keseluruhan melalui sistem juri. 1. 2.Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas konsep. 3.Keputusan panel hakim adalah muktamad. Hadiah dan Sijil 1. Peserta Pertandingan Pidato Johan : Piala + Sijil Pencapaian (Johan) Naib Johan : Piala + Sijil Pencapaian (Naib Johan) Ketiga : Piala + Sijil Pencapaian (Tempat Ketiga) Keempat : Piala + Sijil Pencapaian (Tempat Keempat) Kelima : Piala + Sijil Pencapaian (Tempat Kelima) Ke-6 hingga Ke-10 : Piala + Sijil Pencapaian (Cemerlang) Ke-11 hingga Ke-34 : Piala + Sijil Kepujian HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN KPM berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep. 1. KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan. 2. Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. 3. Kertas konsep ini sah untuk tahun 2024 sehingga makluman atau semakan lanjut daripada KPM dan boleh digunakan dalam semua peringkat untuk pertandingan yang dianjurkan oleh KPM. 4. Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM. 5. Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid, JPN Selangor. 6. 7.Keputusan hakim adalah muktamad.


BIODATA PARA HAKIM PIDATO


CIKGU RAMLAN BIN BADAWI GURU BAHASA MELAYU SK SUNGAI RAMAL DALAM 1.Guru Bahasa Melayu 2.Panel Penulis Modul Bitara 3.0, 3.1, 3.2, 4.0 (2016 - 2020) 3.Pembina Modul Halus negeri Selangor 2016 4.Pembina Modul Intans, 2018 – 2019 5.Pembina Modul PTRS (Kerajaan Negeri Selangor), 2020 - 2022 6.Pemacu Utama Bahasa Melayu daerah Hulu Langat, 2016 - 2019 7.Hakim Pertandingan Pantun, Pidato, Bahas Ala Parlimen dan 8.Bercerita Sekolah Rendah daerah Hulu Langat (2009 - 2019) Pemeriksa Kertas UPSR, 2015 - 2019 9. Pemeriksa Kertas PKSK 2020 10. Penceramah Teknik Menjawab Soalan PKSK/MRSM, 2020-2022 11.Pegawai Teknikal Menulis Esei SR Daerah Hulu Langat, 2021-2022 12.Hakim Pertandingan Syarahan SJKT daerah Hulu Langat, 2017 13.Penanda Kertas UPLBM, 2022 14.Hakim Pertandingan Syarahan SJKC daerah Hulu Langat, 2018, 2022 Ijazah Sarjana//Master (UKM) 2005 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) UKM 2002 Diploma Pendidikan, IPIS Bangi 2007 Ketua Hakim Pidato


1.Guru Bahasa Melayu dan Sejarah Tahun 6 2.Pemeriksa kertas UPSR Penulisan (2011-2015) 3.Pemeriksa kertas UPSR Pemahaman (2016-2019) 4.Penggubal soalan UPSR Pemahaman Zon Selatan 2015-2016 5.Pemeriksa kertas artikulasi PKSK 2022-2023 6.Jurulatih utama Daerah BM Tahun 6 Daerah Jasin 2016 7.Penyelaras Program CEO (UPSR) Zon Selandar 2012-2018 Penyelaras Program Tuesyen Rakyat Mara (UPSR) Parlimen Alor Gajar 2016-2018 8. 9.Penceramah Teknik Menjawab Soalan UPSR 2014-2019 10.Penggubal Soalan Bahasa Melayu MGB Hulu Langat 2021-2022 11.Hakim Bercerita Daerah Jasin 2015-2017 12.Hakim Pertandingan Deklamasi Sajak Hulu Langat 2021 13.Pegawai Teknikal Wartawan Muda Daerah HL (2022-2023) 14.Pegawai Teknikal Bahas Ala Parlimen Daerah HL (2024) 15.Hakim Pidato Daerah Hulu Langat 2022-2023 16.Hakim Wartawan Muda Negeri Selangor 2022 CIKGU MOHD. AZMAN BIN MANSOR GURU BAHASA MELAYU DAN SEJARAH SK SERI SEKAMAT, KAJANG Ijazah Sarjana Muda (UKM) Diploma Pendidikan (KPLI) IPG Kota Bharu Hakim Pidato


1.Guru Bahasa Melayu Tahun 6 (2009 – 2023) 2.Pegawai Teknikal Pidato SR (2021 – 2024) 3.Hakim Syarahan SJKT Daerah Hulu Langat (2022 – 2023) 4.Hakim Syarahan SJKC Daerah Hulu Langat (2021 – 2023) 5.Guru Pembimbing Pidato SR Daerah Hulu Langat (2022 – 2024) 6.Penceramah Teknik Menjawab UPSR (2017 – 2019) 7.Penggubal Soalan Peperiksaan BM Thn 6 :MGBHL (2018 – 2019) 8.Pemeriksa Kertas UPSR (2016 – 2018) 9.Pemeriksa Kertas Artikulasi PKSK (2020) PUAN NORIZAN MOHD. SALIM PENOLONG KANAN PETANG SK TAMAN RAKAN, KAJANG Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa & Linguistik Melayu) UPM : 2002 Diploma Pendidikan (KPLI) IPBMM : 2008 Hakim Pidato


SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN PIDATO MENGIKUT NOMBOR GILIRAN


SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU NO GILIRAN PESERTA-PESERTA PIDATO :


PERATURAN UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU


NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu SJKC Peringkat Daerah Hulu Langat. OBJEKTIF 1.Meningkatkan kemahiran menulis bahasa Melayu dalam kalangan murid SJKC. 2.Merapatkan hubungan antara murid-murid SJKC. 3.Menanamkan semangat perpaduan dan muhibah antara guru serta murid SJKC. 4.Menanamkan semangat ‘‘Cintailah Bahasa Melayu’’ dalam kalangan murid SJKC. Meningkatkan kemahiran tatabahasa dan pemahaman Bahasa Melayu dalam kalangan murid SJKC. 5. Menggalakkan murid-murid SJKC menguasai bahasa Melayu dan mempertingkatkan taraf penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. 6. KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT Murid-murid digalakkan menyertai Pertandingan Ujian Bertulis. Ini bermaksud pihak penganjur tidak mewajibkan murid-murid menyertai pertandingan ini. 1. Setiap murid boleh menyertai SATU JENIS pertandingan sahaja iaitu Pertandingan Syarahan, Bercerita atau Pertandingan Ujian Bertulis pada peringkat daerah dan negeri dan kebangsaan. 2. Semua murid Tahap 2 warganegara Malaysia BUKAN bangsa Melayu di SJKC dan bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu layak mengambil bahagian Pertandingan Syarahan, Bercerita atau Pertandingan Ujian Bertulis. 3. BILANGAN PESERTA 1.Empat (4) orang peserta dari setiap sekolah SJKC di daerah Hulu Langat, Selangor. PELAKSANAAN PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS 1.Pertandingan secara bersemuka. 2.Peserta menjawab 100 soalan jawapan aneka pilihan. 3.Peserta memindahkan jawapan ke dalam kertas jawapan (JOB). 4.Peserta menjawab soalan selama sejam (1JAM) Peserta tidak dibenarkan mendapatkan jawapan daripada bahan rujukan dan daripada orang perseorangan semasa pertandingan. 5.


SOALAN UJIAN BERTULIS Soalan- soalan untuk Ujian Bertulis pada peringkat daerah dan negeri disediakan oleh satu panel yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan Kerjasama Majlis Guru Besar SJKC negeri Selangor. 1. Semua soalan berdasarkan aspek- aspek bahasa dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Antara yang akan diuji seperti berikut: 2. Petikan Peribahasa termasuk simpulan bahasa dan bandingan semacam Sinonim Antonim Kata adjektif Kata kerja Penjodoh bilangan Kata sendi Kata ganti nama Kata ganda Pengetahuan Am berkaitan bahasa dan perpaduan. CARA PENGHAKIMAN Jawapan peserta akan disemak oleh panel yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pelaksana Pertandingan yang dikawal selia oleh Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. 1. 2.Markah bagi tiap-tiap soalan ialah satu 1 markah dan markah penuh ialah 100 3.Peserta-peserta yang mendapat markah tertinggi dikira pemenang. Bagi peserta yang mendapat markah yang sama maka kedudukan peserta akan dilihat berdasarkan markah yang diperoleh, mengikut susunan aspek aspek seperti berikut: 4. Petikan Pemahaman Peribahasa termasuk simpulan bahasa dan bandingan semacam Sinonim Antonim Kata adjektif Kata kerja 5. Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.


HADIAH 1. Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut: (Peringkat Daerah) Johan : Trofi + sijil pencapaian Naib Johan : Trofi + sijil pencapaian Ketiga : Trofi + sijil pencapaian Keempat : Trofi + sijil pencapaian Kelima : Trofi + sijil pencapaian Keenam : Trofi + sijil pencapaian Ketujuh : Trofi + sijil pencapaian Kelapan : Trofi + sijil pencapaian Kesembilan : Trofi + sijil pencapaian Kesepuluh : Trofi + sijil pencapaian PAKAIAN PESERTA 1.Semua peserta mesti memakai pakaian seragam sekolah semasa pertandingan. PANEL TEKNIKAL NEGERI 1.Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. 2.Pegawai Teknikal Negeri Pertandingan Syarahan, Bercerita dan Ujian Bertulis. HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh Pegawai Teknikal Pertandingan dan JPN Selangor.


SENARAI NAMA PESERTA UJIAN BERTULIS MENGIKUT NOMBOR GILIRAN


SENARAI NAMA PESERTA UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU NO GILIRAN PESERTA-PESERTA UJIAN BERTULIS :


1.Persatuan Guru Besar SJKC Negeri Selangor 2.Persatuan Guru Besar SJKC Daerah Hulu Langat Lembaga Pengelola Sekolah SJKC Kampung Baru Ampang 3. 4.PIBG SJKC Kampung Baru Ampang 5.Alumni SJKC Kampung Baru Ampang Hakim-hakim Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani Peringkat Daerah Hulu Langat Tahun 2024 6. 7.AJK Pengelola Pertandingan 8.Guru-guru Pengiring SEKALUNG PENGHARGAAN SEKALUNG PENGHARGAAN


Click to View FlipBook Version