The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA: DAYANG NUR INSYIRAH
KELAS: 2 SAKINAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dayang, 2021-10-20 23:02:45

KERJA LAPANGAN : KAJIAN TELEKOMUNIKASI

NAMA: DAYANG NUR INSYIRAH
KELAS: 2 SAKINAH

KAJIAN TENTANG TELEKOMUNIKASI DI KAMPUNG
MINANGKABAU,POKOK SENA, KEDAH

ISI KANDUNGAN HALAMAN

KANDUGAN 1
2
1.PENGHARGAAN 3
2.PENDAHULUAN 4
3.OBJEKTIF KAJIAN 6
4.KAWASAN KAJIAN 7
5.KAEDAH KAJIAN 12
6.HASIL KAJIAN 13
7.RUMUSAN 14
8.RUJUKAN
9.LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua
MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR, Puan Hajah Zaiton kerana memberi
kebenaran kepada saya dan rakan – rakan yang lain untuk menjalankan
kerja lapangan ini dengan kerjayanya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru geografi saya,
iaitu Puan Arhamni binti Robian yang telah membimbing, tunjuk ajar
dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih kepada kedua – dua ibu bapa saya, iaitu Encik
Awang Rosnadi bin Awang Rosli dan Puan Faten binti Haji Kassim yang
sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk
menyiapkan kerja lapangan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada semua rakan
saya, yang telah membantu saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini .
Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada kepada responden di
Kampung Minangkabau yang sudi memberi kerjasama yang baik kepada
saya semasa kajian ini dijalankan.

PENDAHULUAN

Saya telah memilih tajuk “Kajian penggunaan Sistem Telekomunikasi di
Sekitar KAMPUNG MINAGKABAU, Pokok Sena,Kedah” sebagai tajuk
kerja lapangan saya. Hal ini kerana penggunaan sistem telekomunikasi
dapat memberi banyak kemudahan kepada penduduk setempat.

Tempoh masa yang saya ambil untuk menyiapkan kerja lapangan
ini ialah selama sebulan. Pengumpulan data dan maklumat yang
diperlukan dalam kerja lapangan ini dilakukan pada waktu lapang
selepas waktu persekolahan. Manakala penulisan laporan pula
dijalankan pada waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
geografi.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya melakukan kajian Penggunaan Sistem Telekomunikasi di sekitar
Kampung Minangkabau, Pokok Sena, Kedah untuk mencapai objektif
yang berikut :

1. Menghuraikan konsep dan takrifan sistem telekomunikasi.
2. Mengkaji latar belakang kawasan kajian.
3. Menghuraikan jenis alat telekomunikasi dan penggunaannya.
4. Membian jadual untuk menerangkan jenis alat telekomunikasi

yang digunakan di kawasan kajian.
5. Menghuraikan kepentingan sistem telekomunikasi di kawasan

kajian anda.
6. Menghuraikan kesan positif dan kesan negatif daripada

perkembangan sistem telekomunikasi di kawasan kajian saya.

KAWASAN KAJIAN

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di sekitar Kampung Minagkabau, Pokok
Sena, Kedah. Terdapat beberapa ciri fizikal yang ada di kawasan kajian
saya. Antaranya ialah sungai dan hutan

Ciri budaya yang terdapat di sekitar kawasan kajian saya adalah
padi sawah,jalan raya dan getah.

PETA LAKAR

PETA LAKA SEKITAR KAMPUNG MINANGKABAU

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan kajian ini.
Antaranya ialah :

1. Pemerhatian : Saya telah membuat pemehatian di kawasan kajian
untuk mengenal pasti ciri – ciri fizikal dan ciri – ciri budaya di
kawasan kajian.

2. Soal selidik : Saya telah membuat soal selidik kepada 17 orang
untuk mendapat maklumat tentang tugasan ini.

3. Rujukan : Saya telah melayari beberapa laman web untuk
mendapat maklumat berkaitan kajian dan membuat rujukan
berdasarkan buku teks.

HASIL KAJIAN

KONSEP DAN TAKRIFAN SISTEM TELEKOMUNIKASI

Perkataan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek. “tele”
bermaksud sangat jauh manakala komunikasi bermaksud proses
untuk menghantar informasi yang melibatkan masyarakat. Oleh itu,
telekomunikasi bermaksud suatu interaksi yang melibatkan jarak
yang jauh antara penyampai dengan penerima.

JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI DAN PENGGUNAANNYA

1. Telefon pintar

2.Komputer

3. Mesin faks

MEMBINA JADUAL UNTUK MENERANGKAN JENIS ALAT
TELEKOMUNIKAS I DI KAWASAN KAJIAN

Saya telah menjalankan soal selidik terhadap 17 oang di kawasan
kajian untuk mendapatkan maklum balas terhadap jenis jenis alat
telekomunikasi yang mereka guna.

BIL JENIS ALAT BILANGAN
KOMUNIKASI RESPONDEN

1 MESIN FAKS 3
2 KOMPUTER 4
3 TELEFON PINTAR 10
17
JUMLAH

Jadual 1 menunjukkan jenis alat telekomunikasi di sekitar Kampung
Minangkabau, Pokok Sena , Kedah iaitu mesin faks, komputer dan
telefon pintar.

Melalui soal selidik ,seramai 3 orang responden menggunakan
mesin faks untuk memudahkan urusan harian mereka. Sebagai contoh,
Puan Amani mengunakaan mesin faks untuk mencetak latihan
anaknya.

Seterusnya,seramai 4 orang menggunakan komputer untuk
mencari maklumat di dalamnya. Sebagai contoh, anak- anak Encik
Yusop menggunakan komputer untuk mencari maklumat dan
menggunakannya ketika menjalani kelas dalam talian.

Berdasarkan soal selidik, didapati 10 orang responden
menggunakan telefon pintar untuk memudahkan urusan harian dan
mudah dibawa kemana sahaja. Sebagai contoh, Puan Liza merupakan
seorang guru menggunakan telefon pintarnya untuk menghantar
tugasan kepada anak muridnya.

Kesimpulannya, telefon pintar lebih banyak digunakan
berbanding alat telekomunikasi yang lain kerana telefon pintar
mempunyai saiz yang kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja.

KEPENTIGAN SISTEM TELEKOMUNIKASI

1.Mengeratkan silaturrahim

Berdasakan soal selidik dengan responden,telefon pintar merupakan
alat telekomunikasi yang mampu mengeratkan silaturrahim antara ahli
keluarga dan rakan -rakan .Silaturrahim ini akan dapat kekal berterusan
tanpa masalah.
Sebagai contoh,Aina menelefon rakannya yang berada di Perlis untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan kepada mereka secara
berkumpulan.

2.E-PEMBELAJARAN

Selain daripada mengeratkan silaturrahim,kita juga boleh mempelajari
menggunakan telefon. Terutamanya pada keadaan pandemik yang
sedang berlaku sekarang. Dengan itu, pelajar boleh meneruskan sesi
pembelajaran mereka serta dapat menambah pengetahuan dengan
melayari laman sesawang.

Sebagai contoh, Aini dapat meneruskan pembelajarannya walaupun
tidak ke sekolah. Aini juga dapat menambah pengetahuannya dengan
menonton video di laman sesawang.

KESAN POSITIF DAN KESAN NEGATIF PEKEMBANGAN SISTEM
TELEKOMUNIKASI
KESAN POSITIF

 e-dagang

Melalui pemehatian yang telah saya soal selidik dengan
responden, perkembangan sistem telekomunikasi di kawasan
kajian telah mampu menggalakkan ramai orang menggunakan e-
dagang untuk membeli barang keperluan dalam talian.

Misalnya, urusan membeli barang keperluan dapat dibeli
walaupun berada di rumah.

KESAN NEGATIF

 penyebaran maklumat yang tidak tepat

Melalui soal selidik dengan respoden, perkembangan sistem
telekomunikasi di kawasan kajian mendapati kebanyakkan
penggunaan telefon pintar mendapat maklumat yang tidak tepat
yang dikongsikan dari oang lain.

Misalnya, berita tentang isu semasa yang dikongsikan adalah
tidak tepat dari pihak berkuasa.

RUMUSAN

Sebagai kesimpulan, terdapat banyak alat telekomunikasi sperti
telefon pintar yang digunakan oleh orang ramai khususnyadi
kawasan kajian saya. Alat telekomunikasi ini mempunyai banyak
kepentingan, antaranya ialah untuk mengiratkan silaturrahim dan
pembelajaran secara talian.

Seterusnya, perkembangan sistem telekomunikasi telah memberi
banyak kesan positif seperti e-dagang. Walau bagaimanapun,
terdapat juga kesan negatif terhadap perkembangan sistem
telekomunikasi ini seperti maklumat yang tersebar di laman
sesawang yang tak tepat.

RUJUKAN

BUKU:

Kang Chai Yoeng, Zulkipli bin Ismail dan Rajanderan Subramaniam.
(2017). Geografi Tingkatan 2. Johor Bahru: IMS Books Trading Sdn. Bhd.

INTERNET:

https://anyflip.com/zzpxj/uubb/#.YWZfwH-E8RM.telegram
https://anyflip.com/myohe/ezon/
https://www.youtube.com/watch?v=w5htc7-FKhg

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version