The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mimie Affizie, 2023-08-02 02:26:57

AKI 2023 01.08.2023

AKI 2023 01.08.2023

Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ARAH TUJU KAMI JKDM SARAWAK “Kita mempunyai arah tuju yang jelas untuk menjadikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sarawak sebagai model perkhidmatan kastam terbaik di dunia. Kita perlu berhenti bercakap tentang kebanggaan orang lain sebaliknya kita ciptakan kebanggaan untuk diri kita. Kita mesti bergerak pantas sebagai satu pasukan untuk merealisasikan impian besar kita ini. Tiada yang mustahil untuk dicapai jika ada kemahuan. Buang sifat memberi alasan, kita sama- sama cari penyelesaian. Gantikan sindrom penafian dengan membina kekuatan agar kita dapat menciptakan kegemilangan”. Petikan Ucapan Pengarah Kastam Negeri Sarawak semasa Majlis Paluan Ulung – 13 Oktober 2022 “ Tidak perlulah kita menjelaskan visi dan misi kita dengan menggunakan bahasa yang tinggi sehingga sukar difahami. Dalam bahasa mudahnya, visi ialah impian masa depan kita sementara misi pula ialah apa yang perlu kita lakukan untuk mencapai impian tersebut”


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Pendekatan Kepimpinan VISI Visi JKDM Sarawak ialah untuk menghasilkan perkhidmatan kastam terbaik di dunia bagi mendukung visi JKDM iaitu Kastam Peneraju Kemakmuran Negara. FOKUS YANG JELAS Setiap arahan dan tindakan mesti jelas dan mudah difahami, mempunyai objektif serta sasaran masa yang spesifik. OPTIMISTIK DAN DETERMINISTIK Memupuk sikap optimis, berfikiran positif dan terbuka. Tiada yang mustahil dicapai jika ada kemahuan. KERJA BERPASUKAN Menekankan kepentingan kerja berpasukan dan antara pasukan. Setiap ahli pasukan mempunyai tanggung jawab bersama. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. MELAHIRKAN PEMIMPIN Menggilap potensi kepimpinan pada setiap peringkat dengan memberi kepercayaan dan tanggung jawab, membina keyakinan serta jati diri. Kata-kata mesti diterjemahkan kepada tindakan. BIMBINGAN DAN LATIHAN Menunjuk ajar dan menyediakan program latihan, menilai peningkatan kualiti kerja selepas bimbingan dan latihan diberikan serta melaksanakan langkah penambahbaikan. MENJAGA KEBAJIKAN PEGAWAI Menerapkan semangat saling menyayangi dan menjagai antara satu sama lain dalam keluarga besar. Menginsafi perkhidmatan terbaik hanya dapat dicapai jika pegawai-pegawai dapat merasai kebajikan mereka dijaga dengan baik.


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Memupuk Budaya Inovasi Inovasi memerlukan keberanian untuk berubah dari norma kerja biasa kepada norma kerja baru . Untuk memupuk budaya inovasi, pegawai-pegawai diberikan galakan dan sokongan untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Setiap peringkat lapisan pemimpin dan anggota organisasi dibangunkan supaya dapat menangani kedinamikan persekitaran dengan pantas. Langkah-langkah memupuk budaya inovasi yang sedang dan telah dilaksanakan merangkumi aspek-aspek berikut. Menetapkan standard perkhidmatan Mengenalpasti ruang penambahbaikan Menyediakan jadual perlaksanaan dan pemantauan kemajuan setiap tindakan Menggalakkan perbincangan dalam kumpulan kecil Memupuk kerjasama intra-agensi dan inter-agensi Memberi pengiktirafan dan penghargaan atas inovasi yang dilakukan


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Anugerah Kecemerlangan Dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian Cukai Jualan (AKIKP) dilaksanakan agar pengurusan klasifikasi barangan, penilaian kastam dan penilaian cukai jualan dapat dijalankan dengan cekap, teratur, berkesan dan cemerlang. Di samping itu, elemen-elemen kreativiti dan inovasi dapat dipraktikkan sebagaimana yang telah digariskan dalam Perintah Tetap Perkhidmatan Teknik (PTPT). Sistem ini membantu proses pemantauan permohonan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Teknik dan Ketua Cawangan Penilaian dan Klasifikasi terhadap pegawai-pegawai Cawangan Penilaian dan Klasifikasi supaya permohonan dapat diproses dalam tempoh yang ditetapkan. Sistem eStatus merupakan satu sistem berasaskan laman sesawang yang dibangunkan khas untuk kegunaan Bahagian Perkhidmatan Teknik, Jabatan Kastam Diraja (JKDM) Sarawak. Pembangunan sistem ini akan memberikan perkhidmatan yang efisien secara atas talian. Idea pembangunan sistem eStatus ekoran daripada aduan pelanggan yang ingin mengetahui status permohonan dengan hadir ke pejabat atau menghubungi pegawai. Dengan adanya sistem ini semakan status dapat dibuat terus secara atas talian (online). Di samping itu, sistem ini telah menambahbaik proses pendaftaran permohonan Cawangan Klasifikasi dan Cawangan Penilaian supaya lebih efisen. Pelaksanaan sistem ini juga telah dapat mengurangkan tempoh masa pendaftaran borang permohonan dan pemakluman status keputusan permohonan dibuat lebih cepat melalui e-mel. Sistem ini juga berupaya meningkatkan kepuasan pelanggan serta kecekapan pegawai di Bahagian Perkhimatan Teknik, JKDM Sarawak khususnya. ( DR. AHMAD TAUFIK BIN SULAIMAN ) PENGARAH KASTAM NEGERI SARAWAK RINGKASAN EKSEKUTIF


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN RINGKASAN EKSEKUTIF LATAR BELAKANG ORGANISASI 01 02 • Carta Organisasi JKDM Sarawak • Carta Organisasi PERTEK Sarawak • Carta Organisasi Cawangan Penilaian dan Klasifikasi PERTEK Sarawak • Ahli Pasukan Bagi Anugerah Kecemerlangan Dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam Dan Penilaian Cukai Jualan PROJEK INOVASI • Rasional Pemilihan Projek Inovasi • Bilangan Permohonan Klasifikasi Barangan, Penilaian Kastam dan Penilaian Cukai Jualan • Bilangan Keputusan Permohonan Klasifikasi Barangan LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN INOVASI • Perancangan Awal dan Latar Belakang Inovasi 03 i. Penyataan Masalah ii. Komitmen Pengurusan iii. Penglibatan Menyeluruh • Strategi Pelaksanaan Inovasi • Kesesuaian Inovasi Dalam Bidang Tugas • Outcome dan Impak Inovasi ANALISA PENGHASILAN PROJEK INOVASI Analisa data dan fakta keberkesanaan inovasi 04 Pembuktian secara kuantitatif dan kualitatif Kajian Kepuasan Pengurusan Pelanggan PENGUKURAN DAN PENILAIAN INOVASI • Impak/ Faedah Pembangunan Inovasi 05 ULASAN INOVASI 06 LAMPIRAN 07 ISI KANDUNGAN ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN 01 Pasukan Kerja AKIP Carta 02 Organisasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sarawak 03 Jadual Permohonan Penilaiai Kastam Bagi tempoh tahun 2022 sehingga Jun 2023 04 Jadual Permohonan Penilaiai Cukai Jualan Bagi tempoh tahun 2022 sehingga Jun 2023 05 Jadual Permohonan Klasifikasi Barangan Bagi tempoh tahun 2022 sehingga Jun 2023 06 Rajah Pengenalan eStatus 07 Rajah Komponen/ Modul Sistem 08 Carta penglibatan secara menyeluruh pegawai 09 Rajah Model Air Terjun 10 Carta Perbatuan Pembangunan Inovasi 11 Rajah Analisi yang digunakan dalam mengenalpasti maslah 12 Rajah Analisis Punca Masalah menggunakan Rajah ISHIKAWA 13 Rajah Cadangan Penyelesaian 14 Carta Alir Pembangunan Inovasi Sistem eStatus 15 Rajah Ujicuba Pelaksanaan Inovasi 16 Rajah Paparan Emel yang diterima oleh pemohon 17 Rajah Kesesuaian Inovasi Dalam Bidang Tugas 18 Carta Maklum balas daripada 50 responden mengikut kaedah berurusan di PERTEK 19 Analisa Borang Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan SENARAI CARTA, RAJAH DAN GAMBAR ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Rekod bertulis yang terawal berkaitan kewujudan Jabatan Kastam di Sarawak tercatat di dalam Sarawak Gazette pada 17 Jun 1873. Pada peringkat awal penubuhannya ianya pernah dikenali sebagai Monopolis and Customs Department kerana pada ketika itu Jabatan turut bertanggungjawab mentadbir pemprosesan serta jualan candu dan arak. Pada 16 Disember 1923 Jabatan Kastam telah dinamakan sebagai Department of Customs and Trade melalui Sarawak Government Order No. XXXVIL of 1924. Pada 29 Oktober 1963, Jabatan Kastam dan Eksais telah dianugerahkan dengan gelaran “Diraja” oleh Seri Paduka Banginda Yang Dipertuan Agong serta dikenali sebagai Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia. Pada 25 Januari 2002 Kabinet Persekutuan telah meluluskan pengguguran perkataan “dan Eksais” dalam nama Jabatan. Pengguguran tersebut telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dengan itu nama Jabatan kini dikenali sebagai “Kastam Diraja Malaysia” sahaja. Kini Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak mempunyai 6 stesen utama di seluruh Negeri Sarawak. Di samping memungut hasil, Kastam Diraja Malaysia juga bertanggunjawab untuk membanteras penyeludupan serta membantu pertumbuhan sektor perindustrian melalui pelbagai kemudahan dan insentif. Bahagian Perkhidmatan Teknik, atau lebih dikenali sebagai PERTEK merupakan salah satu bahagian utama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Terdapat 4 cawangan yang ditubuhkan di bahagian ini, antaranya Cawangan Penilaian, Cawangan Klasifikasi, Cawangan Perakaunan Hasil dan Cawangan Verifikasi Import Dan Profiling. Pengwujudan anugerah seperti ini akan mempertingkatkan prestasi serta keberhasilan yang optimum terutamanya dalam pengurusan klasifikasi barangan, penilaian kastam dan penilaian cukai jualan, di mana pendedahan secara mendalam berkenaan dengan prosedur-prosedur kerja akan memberi gambaran sebenar setiap tugasan. Elemen kreativiti dan inovasi juga diterapkan di dalam aspek kerja agar dapat menghasilkan pegawai yang lebih berdaya saing serta menyumbang ke arah kecemerlangan perkhidmatan agar sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi yang lebih mampan. Selain itu, pematuhan kepada Akta, Peraturan, Perintah dan Pekeliling dititikberatkan dalam setiap proses kerja. Ini bagi memastikan standard dan kualiti perkhidmatan oleh JKDM sentiasa diutamakan sejajar dengan Pelan Strategik JKDM iaitu mencapai kecemerlangan perkhidmatan yang diharapkan oleh rakyat dan stakeholders . LATAR BELAKANG ORGANISASI


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN CARTA ORGANISASI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI SARAWAK


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIK SARAWAK


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN CAWANGAN KLASIFIKASI 1. Mengklasifikasi barangan bagi Nasihat Kasifikasi Barangan (NKB). 2. Mengklasifikasi kod tarif barangan bagi kes – kes penguatkuasaan / pematuhan. 3. Mengklasifikasikan kod tarif barangan bagi orang awam / syarikat-syarikat / agensi kerajaan. 4. Mengklasifikasikan kod tarif dan meluluskan pengimportan loji (plant) secara berperingkat. CAWANGAN PENILAIAN 1. Mengkaji dan menentukan nilai barangan dan nilai kenderaan bagi kes – kes penguatkuasaan / pematuhan. 2. Mengkaji dan menentukan nilai kenderaan bagi orang awam / syarikat-syarikat / agensi kerajaan. 3. Memantau kes-kes yang dikemukakan oleh Bahagian Pematuhan dan Bahagian Cukai Dalam Negeri dan isu duti bayaran secara bantahan oleh pengimport / pengilang untuk dikemukakan kepada ketua pengarah bagi mendapatkan keputusan. CARTA ORGANISASI CAWANGAN PENILAIAN DAN CAWANGAN KLASIFIKASI PERTEK SARAWAK


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIK Selaras dengan gagasan JKDM yang bertemakan “Satu Kastam, Pelanggan dan Stakeholders Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” kami berjanji untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti berikut: - Mengeluarkan keputusan penjenisan dan ketetapan kastam dalam tempoh: o 90 hari dari tarikh permohonan diterima dengan syarat semua dokumen lengkap dan tidak melibatkan agensi pakar, atau o 60 hari dari tarikh penerimaan laporan daripada agensi pakar Mengeluarkan Harga Pasaran Terbuka Eksais (HPTE) kenderaan bermotor di bawah Akta Eksais, 1976 dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima Memastikan rayuan tuntutan pulangbalik / tarikbalik / duti / cukai kastam yang ditolak oleh negeri diproses dalam tempoh 30 hari bekerja. RASIONAL PEMILIHAN PROJEK INOVASI


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 1 BILANGAN PERMOHONAN KLASIFIKASI BARANGAN, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN BAGI TAHUN 2022 HINGGA JUN 2023 Permohonan Cawangan Penilainan: Jadual Permohonan Penilaian Kastam Bagi Tempoh Januari 2022 Sehingga Jun 2023 Permohonan Penilaian Cukai Jualan: TAHUN 2022 PERKARA JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEP OKT NOV DIS CUKAI JUALAN 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 TAHUN 2023 PERKARA JAN FEB MAC APRIL MEI JUN CUKAI JUALAN 0 0 0 0 0 0 Jadual Permohonan Penilaian Cukai Jualan Bagi Tempoh Januari 2022 Sehingga Jun 2023 69 52 41 95 45 30 23 39 48 25 TEKSI VAN LAINLAIN KENDERAAN JKDM OGA 2022 2023


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 2 Permohonan Cawangan Klasifikasi: Jadual Permohonan Klasifikasi Barangan Bagi Tempoh Januari 2022 Sehingga Jun 2023 35 435 138 9 3 230 60 0 NKB PKT PENGUATKUASAAN LOJI 2022 2023


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 3 BAB 3 LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN INOVASI


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 4 3.0 LATAR BELAKANG INOVASI 3.1 Perancangan Awal dan Latar Belakang Inovasi 3.1.1 Penerangan dan Profil Data adalah merupakan nadi sesebuah organisasi. Ianya boleh meningkatkan kecekapan dan produktiviti dengan adanya pencapaian data yang mudah di akses. Sehubungan itu, inisiatif inovasi telah dibangunkan iaitu Sistem Semakan eStatus adalah satu sistem applikasi berasaskan web (web-based system) dibangun khas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak, Bahagian Perkhidmatan Teknik. Sistem ini boleh membantu jabatan dalam pengurusan, kawal selia dan pemantauan rekod dan status permohonan tuntutan, klasifikasi, verifikasi dan penilaian yang dibuat oleh pegawai dan kakitangan jabatan selain daripada permohonan OGA (Other Governmental Agencies). Dengan adanya sistem ini, pemantauan status permohonan menjadi lebih mudah. Penghantaran peringatan status permohonan secara online (e-mel) oleh sistem lebih cekap berbanding dengan kaedah penghantaran surat secara manual (snail mail). Pembangunan inovasi yang dibangunkan ini juga sebagai usaha untuk membantu pemantauan permohonan oleh Ketua Bahagian/Ketua Cawangan terhadap pegawai – pegawai Cawangan Klasifikasi dan Cawangan Penilaian supaya permohonan dapat diproses dalam tempoh yang ditetapkan. Rajah Pengenalan Sistem eStatus


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 5 3.1.2 Objektif Pembangunan Inovasi 3.1.3 Aspek keperluan inovasi 3.1.3.1 Perkakasan Perkakasan merupakan aspek yang penting dalam sesuatu inovasi yang mana untuk mengakses Sistem eStatus, pengguna hanya perlukan komputer yang telah dilengkapkan dengan OS Windows dan mempunyai akses ke internet. 3.1.3.2 Perisian Pengguna juga memerlukan pelayar web (web-browser): (i) Google Chrome versi terkini (92.0.4515.131) (ii) atau Mozilla Firefox versi terkini (90.02) Pemantauan pergerakkan fail yang diproses dan memudahkan pegawai melihat perkembangan kerja yang dilakukan. Mengelak pertindihan rekod semasa proses pendaftaran dan mengelak kehilangan fail Memudahkan pelanggan mengetahui status keputusan permohonan melalui emel tanpa perlu hadir ke pejabat. Proses mengkategorikan keutamaan permohonan segera/mengikut turutan / simpan dalam perhatian/ informasi cawangan/ pegawai-pegawai. Membantu di dalam pengurusan sistem rekod permohonan yang sistematik dan lebih efisien dalam penyeragaman kepelbagaian data yang diwujudkan termasuklah Sistem Carian Pantas dan penjanaan Rekod Laporan Semasa OBJEKTIF PEMBANGUNAN INOVASI


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 6 3.1.3.3 Komponen / modul sistem Rajah Komponen / Modul Sistem Dalam menghasilkan Sistem eStatus, pihak kami telah mengetengahkan dua kerangka utama iaitu perkakasan (hardware) dan perisian (software). Sistem eStatus dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan python3 dengan menggunakan framework django3. Untuk pengaturcaraan paparan skrin dan media, eStatus menggunakan framework CSS Bootstrap4. Pangkalan data (database server) PostgreSQL dipilih bukan sahaja ia antara pangkalan data yang terbaik di dunia ianya opensource. Sistem pengoperasian server adalah Linux (kernel 5.13.6)(slackware 14.2 current). Hampir semua perisian yang digunakan adalah perisian terbaik opensource. Rasional pemilihan adalah penjimatan kos dari segi lesen perisian. 3.1.4 Bidang Utama Tumpuan Inovasi Bidang utama yang menjadi tumpuan dalam inovasi di Bahagian PERTEK adalah inovasi dalam penyampaian perkhidmatan atas talian. Inovasi penyampaian perkhidmatan bermatlamat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 7 perkhidmatan serta meningkatkan keupayaan penjawat awam berkaitan dengan sistem di atas talian. Ciri-ciri utama penciptaan inovasi di Bahagian PERTEK Sarawak ditunjukkan dalam rajah berikut: Carta Ciri-Ciri Utama Penciptaan Inovasi 3.1.5 Perancangan Analisis Awal Inovasi 3.1.5.1 Perancangan Analisis Awal Inovasi i. Penyataan Masalah Berikutan penambahan jumlah transaksi yang diterima secara “Over The Counter-OTC” semakin meningkat dan ruang pejabat yang sedia ada agak sempit dan padat khususnya dalam keadaan semasa yang melaksanakan Norma Baharu dimana penjarakkan sosial amat dititik-beratkan serta mengehadkan jumlah pelanggan untuk berurusan dengan pegawai dan anggota di kaunter pelanggan maka berlakunya kesesakan serta kelewatan pelanggan untuk dilayan oleh pegawai cawangan.


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 8 Aktiviti dan fungsi Bahagian PERTEK adalah merangkumi skop penerimaan transaksi permohonan seperti permohoanan dalam jabatan, orang awam dan agensi penguatkuasaan lain (OGA). Oleh demikian, pemusatan semua transaksi cawangan di satu ruang kaunter pejabat menyebabkan setiap pegawai terpaksa menunggu giliran untuk melayani tetamu / pelanggan cawangan masing-masing berikutan keadaan kaunter yang agak sempit. Rajah Punca-Punca Utama Masalah


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 9 ii. Komitmen Pengurusan Perutusan Ketua Bahagian PERTEK Dalam membudayakan inovasi di kalangan warga Bahagian Perkhidmatan Teknik, mengenalpasti permasalahan umum di semua cawangan adalah perkara yang perlu diutamakan. Oleh yang demikian, hasil daripada perbincangan bersama semua warga dalam menyemak permohonan daripada pelanggan terdapat kesukaran untuk menyemak status permohonan kerana wujud pelbagai kaedah rekod dan data berasingan mengikut cawangan masing-masing. Sehubungan itu, untuk memastikan mutu penyampaian perkhidmatan sektor awam sentiasa pada tahap yang memuaskan dan menepati persepsi pelanggan, pengayaan elemen inovasi dalam persekitaran tugas seharian hendaklah dilaksanakan secara konsisten dan berterusan dalam pembentukan organisasi yang cemerlang dan berdaya saing. Akhir kata, semoga dengan penyertaan Bahagian PERTEK JKDM Sarawak dalam AKIKP 2023 dapat menjadi platform terbaik ke arah usaha menambahbaik sistem penyampaian khususnya kepada pelanggan dan diteruskan untuk versi yang lebih baik dari semasa ke semasa.


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 10 iii. Penglibatan Secara Menyeluruh Carta penglibatan secara menyeluruh pegawai.


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 11 3.2 Strategi Pelaksanaan Inovasi 3.2.1 Proses Pembangunan Inovasi Proses pembangunan Sistem eStatus menggunakan metodologi pembangunan Structured Systems Analysis & Design Method (SSAD) yang berasaskan model air terjun (waterfall model). Rajah Model Air Terjun Model pertama dan terpenting yang dibangunkan dalam SSADM ialah model data. Ia adalah sebahagian daripada keperluan pengumpulan dan terdiri daripada peringkat, langkah dan produk yang jelas. 3.2.2 Pelan Pelaksanaan/ Carta Perbatuan Carta Perbatuan Pembangunan Inovasi FEB 2023 Perbincangan Penbuhan Pasukan Kerja AKIKP bersama KB PERTEK MAC 2023 Penubuhan Pasukan Kerja. JUN – JULAI 2023 Penyediaan laporan. JULAI 2023 Seisi Semakan/ Pembentangan Laporan Anugerah kepada KB PERTEK OGOS 2023 Penghantaran Laporan An ugerah kepada Urusetia Negeri


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 12 3.2.3 Pelaksanaan Inovasi Design Thinking Terdapat Lima (5) fasa di dalam proses design thinking yang perlu diambil kira dalam menyelesaikan sesuatu masalah:


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 13 Rajah Analisis yang digunakan dalam mengenalpasti masalah.


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 14 Rajah Analisis Punca Masalah menggunakan Rajah ISHIKAWA Rajah Cadangan Penyelesaian Masalah menggunakan cara 5W 1H


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 15 Carta Alir pembangunan Inovasi Sistem eStatus.


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 16 Uji Cuba Inovasi Rajah Ujicuba Pelaksanaan Inovasi Rajah Paparan Emel yang diterima oleh Pemohon


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 17 3.3 Kesusuaian Inovasi Dalam Bidang Tugas Rajah Kesesuaian Inovasi Dalam Bidang Tugas i. Pembangunan inovasi ini telah memberi banyak manfaat kepada pegawai di Cawangan Klasifikasi dan Cawangan Penilaian dalam menjalankan tugas harian. ii. Data yang dibangunkan merangkumi aktiviti-aktiviti utama kedua-dua cawangan. iii. Pemantauan boleh dibuat berdasarkan data yang telah dikemaskini dari semasa ke semasa. 3.3.1 Jangkaan Outcome dan Impak Jangkaan Outcome i. Memudahkan pelanggan menyemak keputusan tanpa perlu hadir ke pejabat kastam. ii. Membantu di dalam pengurusan sistem fail yang sistematik dan lebih efisien termasuklah Sistem Carian Pantas dan Penjanaan Laporan Semasa. iii. Memudahkan pelanggan untuk merancang dan membuat temujanji jika diperlukan hadir khususnya bagi kes-kes penguatkuasaan ataupun pihak syarikat yang perlu mengemukakan sampel.


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 18 iv. Membantu Ketua Cawangan / Pegawai Kanan dalam membuat keputusan mengikut keutamaan permohonan yang segera / mengikut turutan / simpan dalam perhatian. v. Membantu pegawai pemprosesan / verifikasi permohonan merancang keutamaan mengikut sususan yang telah ditetapkan oleh Ketua Cawangan / pegawai kanan. vi. Mengelak pertindihan rekod dan sistem pendaftaran yang telah sedia ada secara manual.


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 19 Jangkaan Impak i. Menjimatkan masa menunggu keputusan. ii. Menjimatkan masa menunggu pihak pelanggan yang perlu hadir ke pejabat secara temujanji terancang. iii. Tidak perlu datang ke pejabat jika keputusan belum dikeluarkan iv. Membantu pegawai cawangan masing-masing untuk memberi tumpuan kepada pelanggan secara menyeluruh. v. Menambahbaik tahap layanan terhadap pelanggan mengikut tujuan kehadiran ke premis pejabat dan permohonan. vi. Mengimbangkan keutamaan dalam penyampaian perkhidmatan agensi kerjaan terhadap pelanggan dalaman dan luaran jabatan vii. Meningkatkan kualiti dalam pengurusan pelanggan dalam mencapai tahap kepuasan yang maksimum. viii. Mengoptimumkan sumber kakitangan yang sedia ada di Bahagian PERTEK.


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 20 BAB 4 ANALISA PENGHASILAN PROJEK INOVASI


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 21 4.0ANALISA PENGHASILAN PROJEK INOVASI 4.1 ANALISA DATA DAN FAKTA KEBERKESANAN INOVASI Sebelum Sistem eStatus dibangunkan, Cawangan Klasifikasi dan Cawangan Penilaian menggunakan pelbagai kaedah dalam merekod permohonan dan memaklumkan status permohonan iaitu seperti berikut: i. Perekodan Data menggunakan Microsoft Excel ii. Penggunaan Telefon / Telefon mudah alih iii. Memaklumkan status permohonan secara bersemuka di Kaunter Pejabat iv. Penggunaan Aplikasi Whatsapp v. Penggunaan e-mel Rajah Perekodan Data Cawangan Klasifikasi menggunakan Microsoft Excel


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 22 Rajah Perekodan Data Cawangan Penilaian menggunakan Microsoft Excel Rajah Pegawai menghubungi Pemohon mengenai status permohonan melalui telefon


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 23 Rajah Surat Keputusan Permohonan dimaklumkan secara bersemuka di Kaunter Pejabat Rajah Keputusan Permohonan Klasifikasi Barangan kepada Syarikat dihantar melalui Emel


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 24 Rajah Status Permohonan Klasifikasi Barangan kepada Syarikat dimaklumkan melalui aplikasi Whatsapp Rajah Status Permohonan Penilaian kepada Pemohon dimaklumkan melalui aplikasi Whatsapp


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 25 4.2 PEMBUKTIAN SECARA KUANTITATIF DAN KUALITATIF Sepanjang tempoh Januari sehingga Jun tahun 2021 sebanyak 342 permohonan daripada Cawangan Klasifikasi dan 168 Permohonan daripada Cawangan Penilaian telah diterima dan pemakluman permohonan berkenaan dilaksanakan melalui pelbagai kaedah kepada pemohon termasuk permohonan yang diterima, dikuiri dan selesai. Analisa Kepuasan Pelanggan Berdasarkan daripada hasil kaji selidik kepuasan terhadap pengurusan pelanggan dalaman dan luaran yang sedia ada di Bahagian Perkhidmatan Teknik Sarawak, secara keseluruhannya responden memilih cara penyampaian perkhidmatan atas talian. Sehubungan itu, hasil ukuran berkenaan digunakan dalam membantu terhadap pembangunan inovasi yang sedia ada di bahagian ini bagi memastikan penyampaian perkhidmatan menjadi lebih baik dan berkesan. Maklum balas daripada 50 responden mengikut kaedah berurusan di PERTEK 33 orang 8 orang Urusan di kaunter 9 orang Berkecuali Media Elektronik


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 26 Analisa Borang Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan Maklum balas 50 responden yang berurusan di PERTEK mengikut cawangan. Maklum balas 50 responden yang berurusan di PERTEK mengikut kategori pelanggan. Maklum balas 50 responden yang berurusan di PERTEK mengikut mengikut cara berurusan. Maklum balas 50 responden yang berurusan di PERTEK mengikut terhadap masa pemprosesan.


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 27 Berdasarkan daripada hasil kaji selidik kepuasan terhadap pengurusan pelanggan dalaman dan luaran yang sedia ada di Bahagian Perkhidmatan Teknik JKDM Sarawak, secara keseluruhannya didapati pada tahap sangat memuaskan sebanyak 40% iaitu 20 orang responden. Sehubungan itu, hasil ukuran berkenaan digunakan dalam membantu terhadap pembangunan inovasi yang sedia ada di bahagian ini bagi memastikan penyampaian perkhidmatan menjadi lebih baik dan berkesan. Selain itu, hasil daripada analisis data dan penambahbaikan ke atas tempoh memproses, prosedur kerja, penggunaan sumber dan penjimatan kos, Data Permohonan Diproses Cawangan Klasifikasi dan Cawangan Penilaian, Bahagian Perkhidmatan Teknik Sarawak membantu setiap pihak yang wujud dalam sesuatu assembly line proses untuk menjalankan fungsi dan peranan masing – masing supaya mengelakkan kelewatan proses permohonan serta membantu pencapaian peratusan paling maksimum yang dapat dicapai dalam sesuatu tempoh. Tempoh memproses menjadi lebih pantas ataupun sekurang – kurangnya tidak melebihi tempoh yang lama bagi permohonan berstatus permohonan yang diterima lengkap. Prosedur kerja secara amnya adalah lebih dipatuhi memandangkan sebarang kelewatan dinyatakan dalam catatan. Ini turut mengelakkan pegawai melengah – lengahkan permohonan yang diterima dan menyegerakan permohonan yang lengkap untuk diselesaikan. Bagi penggunaan sumber dan penjimatan kos pula berada pada tahap optimum dan efisien dimana setiap pemantauan akan memastikan kepelbagaian sumber seperti peralatan pejabat, kemudahan prasarana ICT, tenaga modal insan dioptimumkan penggunaannya manakala kos akan menurun terutamanya dalam penggunaan rekod manual dan sebagainya.


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 28 BAB 5 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENCAPAIAN


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 29 5.0PENGUKURAN PENILAIAN PENCAPAIAN Impak / Faedah Pembangunan Inovasi Kreatif dan Inovatif i. Pembangunan idea / sistem baharu yang tidak pernah dibangunkan. ii. Lembaran kerja Microsoft Excel sedia ada dipindah secara berperingkat ke dalam talian. Sila rujuk Rajah berikut. iii. Semasa pembangunan produk semua ahli pasukan kerja memberi idea masingmasing berhubung rangka kerja sistem mengikut keperluan cawangan. Rajah Entity Relationship Diagram (Modul Klasifikasi)


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 30 Impak Positif yang Tinggi dan Menyeluruh Organisasi i. Status permohonan mudah dipantau. ii. Data boleh diperolehi dengan mudah dan cepat. iii. Meningkatkan perkhidmatan secara efisien dan produktif. iv. Dapat mengelakkan kerja-kerja bertindih. v. Membentuk saluran komunikasi yang formal. Pelanggan i. Pelanggan boleh melengkapkan permohonan sekiranya terdapat maklumat yang tidak mencukupi berdasarkan senarai semak. ii. Memudahkan pelanggan mengetahui status permohonan. iii. Pelanggan dapat menjangka tempoh masa maklumbalas permohonan yang dipohon.


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 31 Pulangan Nilai Terbaik i. Penggunaan sumber dan penjimatan kos berada pada tahap optimum dan efisien dimana setiap pemantauan akan memastikan kepelbagaian sumber seperti peralatan pejabat, kemudahan prasarana ICT, tenaga modal insan dioptimumkan penggunaannya manakala kos akan menurun terutamanya dalam penggunaan rekod manual dan sebagainya. ii. Prosedur kerja secara amnya adalah lebih dipatuhi memandangkan sebarang kelewatan dinyatakan dalam catatan. Ini turut mengelakkan pegawai melengah – lengahkan permohonan yang diterima dan menyegerakan permohonan yang lengkap untuk diselesaikan. Tempoh memproses menjadi lebih pantas ataupun sekurang – kurangnya tidak melebihi tempoh yang lama bagi permohonan berstatus permohonan yang diterima lengkap. iii. Pengoptimuman nilai masa kepada pegawai iaitu daripada penggunaan pelbagai platform kepada satu (1) platform sahaja iaitu melalui Sistem eStatus. iv. Pulangan nilai terhadap pelanggan dari segi kos dan masa. Potensi Pengembangan Inovasi Melalui demontrasi ujicuba yang dijalankan. Idea dan teknologi eStatus adalah relevan dan mempunyai tahap kebolehpercayaan untuk diaplikasikan peenggunaanya sebagai alat bantu tugas yang efisen. Sebagai tindakan penyeragaman Bahagian Perkhidmatan Teknik mencadangkan sistem ini digunakan sebagai working tools dalam sistem pemyampaian perkhidmatan oleh Bahagian Perkhidmatan Teknik ke seluruh negeri Sarawak. Projek berpotensi diadaptasi secara terus atau diubahsuai mengikut keperluan Bahagian-Bahagian dan Stesen-Stesen dengan menggunakan rangkaian pejabat yang boleh dipantau oleh pentadbir teknologi maklumat jabatan.


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 32 BAB 6 PENUTUP


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 33 6.0PENUTUP Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa Cawangan Klasifikasi dan Cawangan Penilaian merupakan dua elemen yang penting di Bahagian Perkhidmatan Teknik (PERTEK). Ini dapat dibuktikan dengan jumlah permohonan yang diterima oleh kedua-dua cawangan tersebut yang merangkumi setiap aspek tugas di PERTEK. Disamping itu, kreativiti dan inovasi dalam melakukan pekerjaan pada masa ini amatlah diperlukan dalam menjadikan Jabatan bertaraf dunia. Melalui pengumpulan data oleh kedua-dua cawangan, dapat dilihat peranan yang dimainkan yang mana menjadi excess point dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Permasalahan oleh kedua-dua cawangan juga perlu diambil berat oleh pihak atasan Jabatan supaya ia dapat melancarkan proses kerja harian pegawai dan seterusnya dapat memberikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada pelanggan di Bahagian PERTEK. Cabaran yang dihadapi dalam era kepesatan teknologi ini memerlukan setiap agensi untuk lebih peka dan sentiasa pantas bertindak. Bagi menangani cabaran ini, pengurusan kualiti perkhidmatan merupakan agenda utama yang sering diutamakan dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sarawak. Penyampaian perkhidmatan dalam Sistem Pengurusan Klasifikasi Barangan Dan Penilaian Kastam akan terus dipertingkat dari semasa ke semasa menerusi pendekatan kreatif dan inovatif.


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 34 LAMPIRAN


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 35


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 36


Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2023 I Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN Muka Surat - 37


Click to View FlipBook Version