The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfitrahns12, 2021-09-21 05:59:22

TUGASAN AAK2093

TUGASAN AAK2093

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK

AAK2093

SAHSIAH DAN BIMBINGAN TINGKAH LAKU

TAJUK:
PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK BERUMUR (4-6 TAHUN)

NAMA: NUR FITRAH BINTI ABDUL HALIM
NO MATRIK: PID20129

PENSYARAH: PUAN FAIZAN BINTI GAYUH

SEMESTER 3 2020/2021

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA
SURAT

1 Mengenalpasti masalah tingkah laku kanak-kanak 3-4

sama ada tingkah laku tersebut adalah tingkah laku

positif atau negatif.

2 Memilih salah satu tingkah laku kanak-kanak. 5-7
Ulaskan ciri-ciri tingkah laku tersebut.

3 Nyatakan faktor yang menyebabkan tingkah laku 8-10
berlaku.

4 Cadangkan kaedah dan teknik dalam mengurus 11-13
tingkah laku.

5 Rujukan 14

MENGENAL PASTI MASALAH TINGKAH LAKU KANAK-KANAK POSITIF
ATAU NEGATIF

Tingkah laku kanak-kanak aktif

ADHD ialah singkatan daripada Attention Hyperactive Disorder, iaitu sesuatu
keadaan yang dikenali sebagai Attention Deficit Disorder(sukar memberi perhatian).
ADHD juga adalah gangguan jangka panjang yang disebabkan perbezaan dalam
perkembangan otak dan aktiviti otak.

Tingkah laku kanak-kanak aktif adalah tingkah laku positif kerana kanak-kanak ini
mempunyai keistimewaan lain dari yang lain daripada rakan-rakan mereka. Kanak-
kanak aktif dapat menceriakan waktu pembelajaran mereka di dalam kelas. Selain
itu, mereka juga lebih cepat menjawab soalan yang diberikan sebelum guru
bertanyakan kepada mereka.

Di samping itu, kanak-kanak aktif semakin yakin dan boleh mengawal atau
mengurus dirinya sendiri dengan baik. Mereka juga akan cepat mempunyai ramai
kawan daripada rakan mereka yang lain kerana kanak-kanak aktif ini mempunyai
sikap yang peramah. Elakkan memberi arahan untuk melakukan sesuatu tugasan.
Sebaliknya, tunjukkan kepadanya bagaimana melakukan perkara atau aktiviti itu dan
ajak kanak-kanak tersebut melakukannya bersama-sama.

Apabila kanak-kanak berjaya melakukan sesuatu aktiviti, puji dan elakkan memberi
banyak arahan dalam satu masa. Tenaga yang berlebihan kanak-kanak boleh
disalurkan kepada sesuatu yang positif seperti bersukan atau berman permainan
lasak yang sesuai dengan kebolehan dan usianya serta dapat merangsang
perkembangan motor kasar dan halus.

CIRI-CIRI TINGKAH LAKU KANAK-KANAK AKTIF

1. Cepat bosan

▪ Kanak-kanak akan menjadi cepat bosan dengan satu aktiviti selepas
beberapa minit. Akibatnya, kanak-kanak kerap bertukar-tukar aktiviti
sehingga mengalami masalah menyiapkan kerja sekolah.

2. Sangat cuai

▪ Di samping itu, kanak-kanak juga sukar menguruskan diri dan bermasalah
menyimpan barang masing-masing. Kanak-kanak aktif juga cenderung
kehilangan benda yang diperlukan untuk menyiapkan tugas.

3. Sukar mengikut arahan

▪ Kanak-kanak yang tiada tumpuan kelihatan seperti tidak mendengar apabila guru sedang
bercakap dengan mereka. Ada kalanya, kanak-kanak nampak seperti berada di awang-
awangan, mudah keliru dan lambat melaksanakan arahan yang diberikan walaupun sangat
mudah. Ini kerana mereka mengalami kesukaran untuk memproses maklumat secepat
kanak-kanak lain.

4. Tidak boleh duduk diam

▪ Kanak-kanak yang mengalami ADHD kadangkala dilabel sebagai anak yang nakal kerana
mereka berasa susah untuk melakukan aktiviti yang memerlukan seseorang untuk duduk
diam seperti makan atau semasa sedang belajar. Kanak-kanak aktif ini senang berasa
gelisah apabila duduk di atas kerusi, menyentuh rakan-rakan lain atau bermain apa sahaja
sehingga menggangu orang lain.

5. terburu-buru

▪ Sesetengah kanak-kanak aktif ini boleh menunjukkan perilaku yang impulsif di
mana-mana sahaja. Mereka juga akan terburu-buru apabila ingin melakukan
sesuatu. Contohnya, mereka sukar menunggu giliran dalam permainan atau apa
yang diinginkan tidak dipenuhi.

6. Bertindak mengikut emosi

▪ Kanak-kanak juga akan menunjukkan emosi mereka secara terus dan cenderung
melakukan sesuatu tindakan tanpa memikirkan akibatnya sama sekali. Mereka
mungkin akan berkelakuan tidak sopan dan tetap melakukan kesalahan yang
sama berulangkali tanpa belajar daripada kesalahan.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN TINGKAH LAKU BERLAKU

FAKTOR PERSEKITARAN

• Kanak-kanak akan mula cepat terpengaruh. Pengaruh yang mula diterima oleh
kanak-kanak ialah keluarga. Apabila mereka telah bersekolah mereka akan
mula meniru gaya rakan sekelas,jiran saudara mara atau penyanyi yang dilihat
oleh mereka melalui rancangan televisyen. Mereka meniru gaya yang dilihat
tanpa memikirkan sama ada perbuatan tersebut betul atau salah. Oleh itu,
waktu inilah peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk sahsiah atau
membimbing mereka ke arah yang betul kerana bagi kanak-kanak yang
menghadapi masalah ADHD ini mereka selalu tidak sedar perbuatan mereka
akan menjadi salah dan jika tiada perhatian oleh ibu bapa atau orang dewasa
berkemungkinan mereka akan menjadi lebih teruk.

FAKTOR GENETIK

• Faktor genetik iaitu keturunan atau baka daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Walaupun ibu bapa mereka tidak mengalami masalah ADHD tetapi mereka boleh
menyebabkan anak-anak mereka lebih jelas diperhatikan dalam masalah kanak-kanak
aktif. Apabila mereka mendapati bahawa terdapat perkaitan antara kanak-kanak aktif
dengan sifat personaliti yang anti sosial dan sifat histeria yang terdapat pada ibu bapa
mereka.Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang aktif dan mereka sendiri
menyedari bahawa anak-anak mereka berkelakuan seperti kanak-kanak sewaktu
mereka kecil. Jelaslah terlihat bahawa faktor genetik memainkan peranan yang
penting kepada terjadinya ADHD.

FAKTOR CUACA

• Cuaca yang terlampau panas juga akan merangsang atau mengakibatkan kanak-
kanak ADHD menjadi lebih agresif. Hal ini demikian kerana apabila suhu badan
mereka meningkat dan otak mereka akan merangsang otot-otot dan fungsi badan
mereka menjadi lebih aktif sehingga mereka selalu dilabelkan sebagai kanak-kanak
yang tiada disiplin sebagai akibat tidak dapat mengawal pergerakan badan, tidak
menumpukan perhatian atau gagal menyiapkan sesuatu tugasan.

KAEDAH DAN TEKNIK MENGURUS TINGKAH LAKU

1. Ingin perhatian

❖ Secara umumnya kanak-kanak aktif ingin mendapatkan perhatian daripada
ibu bapa mereka. Namun kanak-kanak aktif sering mendapatkan perhatian
dari aktiviti negatif yang dilakukan. Maka, kita perlulah mengubah cara
kehidupan dengan memberikan perhatian kepada kanak-kanak secara lebih
positif.

2. Teguran

❖ Kanak-kanak aktif ini sukar diramal tingkah lakunya. Kadang kala sikap mereka sukar
untuk dikawal. Malah ada juga tindakan mereka yang membahayakan diri sendiri dan
orang lain. Justeru itu, janganlah kita membiarkan ia berlarutan. Segeralah menegur dan
menasihati mereka supaya kelakuan dan sikap mereka akan bertambah baik. Rasulullah
mengajar kita supaya menasihati dan menegur kesilapan atau kesalahan mereka di
hadapan ramai orang, nasihati dan tegurlah ketika dia sedang bersendirian atau ketika
berada di tempat yang tertutup, berilah nasihat dan teguran dengan adab dan cermat
bukannya dengan cara yang boleh menimbulkan perasaan malu kepada orang yang
ditegur.

3. Bersabar

❖ Sikap kanak-kanak aktif ini akan membuatkan guru dan ibu bapa hilang
sabar. Ini kerana kelakuannya yang kadang kala membuatkan guru dan
ibu bapa mereka menjadi marah. Mereka haruslah bersabar dan
janganlah bertindak di luar kawalan seperti memukul dan memalukan
sekiranya kanak-kanak melakukan kesalahan atau melanggar
peraturan yang telah ditetapkan. Sabda Nabi SAW: “ jika kamu
berperang (bergaduh) elekkan daripada memukul di bahagian
wajah.”(Riwayat Muslim).Sebaliknya cuba memberi nasihat secara
rasional. Jelaskan kepada kanak-kanak dengan ayat yang mudah
dengan membuat penegasan kenapa sikapnya itu tidak elok.

RUJUKAN

1. Jurnal dunia pendidikan,Mardiah Mahmor,Kanariah Abu Bakar,(2021)Fakulti Pendidikan,Universiti
Kebangsaan Malaysia,Bangi (UKM)
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/download/12938/6672

2.Jurnal wacana sarjana, Nurul Aini Binti Omar,Siti Marziah Zakaria,(2018)
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/171/132

3. Nurul Huda,Fifti Istiklaili,prosiding temu ilmiah nasional, psikologi perkembangan Indonesia 1,(2017)
http://jurnal.unissula.ac.id/index.php/ippi/article/download/2172/1635

4. Mat The Kamarul Shukri, Mat Isa Zanariah(2017)
https://eprints.unisza.edu.my/862/

SEKIAN ,TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version