The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EFOLIO KUMPULAN 6 (F1020, F1024, F1048, F1052)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zephirey, 2022-06-06 23:50:59

FAHAMAN LIBERALSIME DI MALAYSIA

EFOLIO KUMPULAN 6 (F1020, F1024, F1048, F1052)

RADIKALISME DAN EKSTREMISME
DALAM BERAGAMA

FAHAMAN LIBERALISME DI MALAYSIA

MPU23012
PENGAJIAN ISLAM

NAMA PENSYARAH: USTAZ SAIFUL NIZAM B. MUKHTAR

NO. NAMA AHLI NO. MATRIKS
1. AUNI SAHIRA BT MOHD ZAMRI 02DSK21F1020
2. HANAN HAFIZAH BT KAMARUDIN 02DSK21F1024
3. SITI NOR HASANAH BT SHAIKH SHAMIR 02DSK21F1048
4. NUR SURAIYA BT HISHAMUDIN 02DSK21F1052

ISI KANDUNGAN

No. PERKARA M/S

1. PENGHARGAAN 3
3
2. OBJEKTIF 4
5-6
3. 1.0 DEFINISI LIBERALISME 6-7

4. 2.0 SEJARAH LIBERALISME 7
7-8
5. 3.0 FAKTOR TERSEBAR LIBERALISME
9
3.1 Pengaruh Barat 9
3.2 Pengaruh Media Sosial 10
3.3 Kurang Ilmu Agama
3.4 Wujudnya Manuasia yang Mahukan Hak Mereka

6. 4.0 KESAN LIBERALISME

7. 5.0 PENYELESAIAN TERHADAP FAHAMAN LIBERALISME

5.1 Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai
Fahaman liberalisme.

5.2 Membasmi golongan yang melakukan penyebaran liberalisme.
5.3 Mengenakan hukuman berat terhadap penyebar liberalisme.

8. 6.0 KESIMPULAN

9. 7.0 RUJUKAN

10. 8.0 LAMPIRAN

2

PENGHARGAAN
Alhamduliah syukur kehadrat Ilahi kami dapat menyelesaikan tugasan ini dengan

jayanya. Setinggi tinggi penghargaan untuk pensyarah kami, Ustaz Saiful Nizam B.
Mukhtar yang mengajar dan mendidik kami untuk menyelesaikan tugasan ini.

Terima kasih juga yang tidak terhinggi buat ahli kumpulan yang menyiapkan
e-folio ini iaitu , Hanan Hafizah, Nur Suraiya, Auni Sahira dan Siti Nor Hasanah yang
sangat komited dan memberi kerjasam yang baik sepanjang menyiapkan tugasan
e-folio ini.

Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat.
Hanya Allah yang dapat membalasnya.

OBJEKTIF
✓ Mengenal pasti definisi liberalisme
✓ Membahaskan faktor tersebar liberalisme
✓ Membentangkan kesan liberalisme
✓ Penyelesaian terhadap fahaman liberalisme

3

1.0 DEFINISI LIBERIALISME

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai
politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil
seorang liberal. Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan
peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin
mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran
ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan
bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke
atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Mereka
yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang
adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah
undang-undang.

2.0 SEJARAH LIBERALISME

Liberalisme tidak hanya ideologi agama tertentu, tetapi juga digunakan dalam
agama-agama lain, seperti Yudaisme dan Kristen. Liberalisme sering dikaitkan dengan
revolusi industri, perkembangan idealisme politik, dan kemajuan teknologi. Dalam
menghadapi kemajuan modernitas, lahir penafsiran baru atas tulisan-tulisan
keagamaan mereka di kalangan penganut agama dengan alasan lebih sesuai dengan
perubahan zaman dan ideologi mereka, sehingga tiada penafsiran baru yang telah
membuat perubahan besar dalam erti sebenar yang terkandung di dalamnya. Tempias
perubahan ini juga berlaku untuk Islam

Apabila umat Islam mencapai tahap tamadun tertinggi pada zaman
pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, masyarakat Eropah mengalami “Zaman
Kegelapan”. Pada ketika itu, masyarakat Eropah jauh ketinggalan dari segi kemajuan
dalam semua bidang kehidupan. Masyarakat Eropah dikuasai oleh penganut Kristian

4

yang tidak mengikut ajaran Kristian yang sebenar. Pada masa itu, pendeta Kristian
Katolik mendominasi kepercayaan, sains, dan pentadbiran, memaksa setiap lapisan
masyarakat untuk mematuhi kuasa mereka. Hak asasi gereja mengatasi semua dasar
lain dalam kehidupan, termasuk kuasa untuk mentadbir dan ekonomi. Semua
keputusan adalah berdasarkan pertimbangan moral dan kehidupan individu. Gereja-
gereja secara tidak langsung berhasil menekan kelompok bangsawan, pengusaha, dan
masyarakat umum. Dominasi dan kontrol pendeta terhadap anggota gereja
menyebabkan pemberontakan oleh kaum tertindas. Banyak orang dari berbagai latar
belakang dan lapisan masyarakat mengkritik otonomi gereja atas masyarakat.

Apabila golongan intelektual berani mengkritik gereja, pelbagai kumpulan feudal
dan kapitalis kemudiannya bangkit untuk menentangnya. Salah satu penyumbang
utama kepada kelahiran idealisme komunis ialah Karl Max, yang percaya bahawa
agama adalah kuasa yang berbahaya dalam masyarakat. Ahli falsafah Eropah juga
mula mempersoalkan kepercayaan agama dalam kehidupan dan kriteria kebenaran.
Kesan negatif kepada agama ialah apabila masyarakat mula melihat agama sebagai
punca masalah yang lebih daripada manfaat. Idea bahawa kebenaran adalah relatif
mula diterima oleh masyarakat, dan ini membawa kepada perkembangan idea bahawa
kemunduran berlaku jika seseorang berpegang teguh pada agama dan berada di
bawah pengaruh gereja.

Perkembangan ini akhirnya membawa kepada Renaissance, era di mana negara
Eropah mula bangkit dari zaman kegelapan. Zaman ini adalah tanda pertumbuhan
negara Eropah. Ramai orang Eropah ingin membentuk masyarakat mereka mengikut
keutamaan mereka sendiri, tetapi mereka juga menghadapi manipulasi agama apabila
istilah baru dalam agama iaitu liberalisme atau pemikiran bebas tentang Kristian mula
muncul.

5

3.0 FAKTOR TERSEBAR LIBERALISME

3.1 Pengaruh barat

Fahaman ini secara asalnya daripada barat. Ianya bermula sejak penindasan
dan penguasan terhadap rakyat yang semakin berleluasa dan melampaui batas.
Kesannya, fahaman ini telah tersebar dengan luas di seluruh pelusuk dunia.

3.2 Pengaruh media sosial

Tidak dapat dinafikan lagi, zaman sekarang adalah zaman serba moden.
Zaman yang penuh dengan teknologi yang canggih dan paling utama adalah media
social. Berpuluh-puluh juta manusia menggunakan media social tidak kira
umur,bangsa,budaya dan agama. Fahaman liberalisme dikatakan paling banyak
dipengaruhi oleh media massa kerana pelbagai jenis maklumat dapat disebarkan
secara meluas dengan sekelip mata. Manusia yang membacanya akan termakan
denga napa yang mereka baca di media social. Kesannya, mereka akan berkongsi
maklumat yang tidak tepat kepada orang lain pula.

3.3 Kurang ilmu agama

Ilmu agama adalah panduan hidup umat islam. Tanpa ilmu dan agama, umat
islam akan jahil tentang dunia dan akhirat. Salah satu faktor terbesar fahaman
liberalism adalah kurang tentang ilmu agama dalam diri seseorang. Manusia yang
kurang ilmu agama tertarik kepada fahaman yang melibatkan logic akal mereka
sahaja, contohnya fahaman ini. Mereka akan mula terpesong dan terikut dengan
hujah fahaman tersebut kerana kebanyakan hujah yang logik akal dapat diterima
oleh banyak pihak kerana ianya hanyalah sekadar logik akal bagi orang cetek ilmu.
Oleh itu, pentingnya kita untuk menambah ilmu pengetahuan dengan merujuk al-
quran dan hadis yang sahih.

6

3.4 Wujudnya manusia yang mahukan hak mereka

Masyarakat sebegini biasanya sudah terbiasa dengan konsep setiap manusia
berhak untuk mendapat dan mempunyai kemahuan serta kebebasan yang mutlak
dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Mereka mahu menentukan tujuan
kehidupan, pendapat dan pandangan, kepercayaan serta keinginan yang mereka
mahukan tanpa dihalang oleh sesiapa pun walaupun bertentangan dengan agama.

4.0 KESAN LIBERALISME

4.1 Al Quran dan hadis disamatarafkan dengan buku sastera yang lain.
4.2 Cuba memansuhkan syariat yang bertentangan dengan Piagam Hak Asasi Manusia
4.3 Islam menjadi agama sivil atau agama peribadi.
4.4 Keraguan akidah dan memecahbelahkan perpaduan umat.

5.0PENYELESAIAN TERHADAP FAHAMAN LIBERALISME

5.1 Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai fahaman
liberalisme.

Cara ini boleh dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti yang melibatkan
ceramah, seminar, risalah dan siasatan. Pada tahun 2014 hingga 2019, Pengerusi
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah melaksanakan 582 aktiviti melibatkan
sesi penjelasan dan pemantauan media sosial dan penerbitan buku fahaman ini.
Tujuannya adalah untuk memberi penekanan mengenai pemberitahuan konsep,
pemikiran dan fahaman liberalisme serta memberi didikan kepada setiap individu.

7

5.2 Membasmi golongan yang melakukan penyebaran liberalisme.
Pihak polis dan majlis agama mestilah bekerjasama untuk mengesan dan

menghapuskan gerakan liberalisme yang mencuba untuk menyebarkan fahaman ini.
Pemantauan melalui media sosial hendaklah dititikberatkan oleh pihak berkuasa
kerana pada zaman kemodenan ini, maklumat mudah tersebar dengan begitu cepat
melalui rangkaian internet. Tambahan pula, masyarakat kini mudah percaya
mengenai maklumat yang diterima tanpa menyiasat terlebih dahulu.
5.3 Mengenakan hukuman berat terhadap penyebar liberalisme.

Pihak kerajaan hendaklah menetapkan hukuman yang setimpal kepada
sesiapa yang menyebarkan maklumat mengenai fahaman liberalisme. Sebagai
contoh, mengenakan denda yang tinggal dan memasukkan ke dalam penjara dalam
tempoh yang lama. Melalui cara ini, golongan tersebut akan berasa takut dan sedar
bahawa mereka akan dikenakan hukuman sekiranya menyebarkan perkara yang
salah secara terang-terangan. Kesan daripada itu, fahaman tersebut akan semakin
berkurangan dalam kalangan masyarakat kita.

8

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, fahaman liberalisme bukanlah ideologi baru tetapi sudah
bertapak sejak ribuan tahun dahulu dalam kalangan masyarakat dunia. Fahaman
ini secara total menolak sebarang kekangan dan halangan dalam menyuarakan
pendapat dan melakukan sesuatu yang dirasakan benar. Pemikiran golongan
liberal merupakan bentuk bidaah yang besar dalam agama yang boleh
menjejaskan umat islam untuk generasi yang akan datang. Fahaman ini berlaku
dalam akidah, amalan dan pemikiran. Perkara ini boleh menyebabkan seseorang
itu rosak iman dan mengurangkan keyakinan mereka dalam agam mereka sendiri.
Fahaman ini telah dipelopori oleh golongan islam yang liberal yang membawa
masuk belbagai ideologi asing dalam masyarakat muslim seperti fahaman sekular,
rasionalisme, demokrasi dan sebagainya yang bertentangan dengan akidah islam.

7.0 RUJUKAN

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme
2. https://www.utusan.com.my/gaya/2020/10/usaha-membanteras-liberalisme/
3. https://anyflip.com/uayse/xnim/basic
4. https://www.utusan.com.my/gaya/2020/10/usaha-membanteras-
liberalisme/

9

8.0 LAMPIRAN
10


Click to View FlipBook Version