The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-30384627, 2021-01-09 23:48:18

iDESSO

iDESSO

i-DESSO 2021

1

i-DESSO 2021

PERIBADI

NAMA : _________________________________________________________

TARIKH LAHIR : _________________________________________________________

NO K/P : _________________________________________________________

TARIKH LANTIKAN PERTAMA : ________________ TARIKH SAH : __________ GRED :____________

LANTIKAN SEKARANG : _____________________ GRED SEMASA : _____________________

TARIKH MASUK SKIM PENCEN : _________________________________________________________

TARIKH ISYTIHAR HARTA : _________________________________________________________

NOMBOR GAJI : _________________________________________________________

NO.AKAUN BANK : _________________________________________________________

NO.KWSP : _________________________________________________________

NO.CUKAI PENDAPATAN : _________________________________________________________

NO.FAIL JPNT : _________________________________________________________

: _________________________________________________________

SEKIRANYA BERLAKU KECEMASAN SILA HUBUNGI :-

NAMA : ________________________________________________________________________
ALAMAT: ________________________________________________________________________
TEL ( R ) : ________________________ ( H/P ) :_______________________________________

SESIAPA YANG TERJUMPA BUKU INI SILA KEMBALIKAN KEPADA
Pengetua

SMK Sultan Omar, 23000 Dungun, Terengganu

Tel : 09-8481831 Fax : 09-8451740/ [email protected]/ [email protected]

2

i-DESSO 2021

MAKLUMAT PERKHIDMATAN PERIBADI ATAS TALIAN

Bil Perkhidmatan Log Masuk Kata Laluan Catatan

1 e-mel :

2 Facebook :
3 SAPS: https://sapsnkra.moe.gov.my/

4 SPS : https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
5 e-Operasi: https://eoperasi.moe.gov.my/
6 e-Pangkat : https://epangkat.moe.gov.my/login.php

7 SPLKPM : https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/

8 HRMIS : https://hrmis2.eghrmis.gov.my/

9 PBPPP : https://eprestasi.moe.gov.my/

10 e-Penyata : https://epenyatagaji-
laporan.anm.gov.my/

11 Eg-Tukar : https://epgo.moe.gov.my/

12 e-Filing : https://ez.hasil.gov.my/

13 NKRA (skpmg2) : https://nkra.moe.gov.my/index.php

14 i-Nilam : http://nilam.tarantula.my/free/

15 IQPSS : http://iqpss.tarantula.my/free/
16 SQSS : http://ssqs.moe.edu.my/
17 Google Classroom : https://classroom.google.com
18 SSDM : https://ssdm.moe.gov.my/

19 TREMS :
http://appsterengganu.moe.gov.my/trems/index.php

3

i-DESSO 2021

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Semesra.
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatNya Buku
i-DESSO ini dapat disempurnakan untuk dijadikan panduan dan perancangan tugasan kita
bagi tahun 2021. Tahniah dan syabas buat semua sahabat pengurusan yang bertungkus
lumus dalam menyiapkan buku ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan staf
bagi sesi persekolahan tahun 2021. Pada tahun ini komitmen dan iltizam guru sangat dituntut bagi
menjayakan agenda pendidikan negara yang lebih mencabar di saat seluruh dunia sekarang ini masih
bergelut dengan pandemiK Covid 19. Kita sebagai warga pendidikan mempunyai tugas dan peranan yang
sangat besar bagi memberi kefahaman tentang norma baharu dalam kehidupan seharian, Prosedur
Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh warga sekolah dan pembelajaran secara maya atau
talian (online) kepada para pelajar dan banyak lagi cabaran yang memerlukan komitmen, kerjasama dan
keprihatinan kita semua.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, SMK Sultan Omar telah disenaraikan sebagai Sekolah Transformasi
2025 (TS25) bagi Kohort 5.0 pada tahun 2020. Untuk pengetahuan semua Konsep TS25 menekankan
elemen Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti yang boleh dicapai melalui Pemimpin Berkesan, Guru
Berkualiti dan Sokongan PIBG dan Komuniti dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdPC) Bermakna
melalui Dokumen Standard dan Pentaksiran yang berterusan. Ianya bertujuan mengaplikasikan Amalan
Terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta Pedagogi dalam PdPC guru dengan murid

Selain itu sekolah kita juga telah dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah Dungun untuk mewakili Dungun
dalam Kursus Kepimpinan Pendidikan STEM peringkat negeri Terengganu. Sesungguhnya Pendidikan STEM
( Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ) yang turut menekankan konsep berpandukan Komponen
4C atau 4K, iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung dalam
pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) serta Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) perlu diperkasakan lagi
pada tahun 2021 ini. Dunia kini berdepan Industri 4.0 yang memerlukan generasi berpengetahuan tinggi
dan berkeupayaan menghadapi cabaran teknologi baharu yang lebih kompleks.

Justeru itu marilah kita sama-sama berganding bahu, saling bekerjasama dan komited dengan tugas yang
diamanahkan untuk menggapai kejayaan dengan lebih cemerlang dan gemilang lagi pada tahun ini. Oleh
itu, saya amat berharap semua guru yang merupakan penggerak utama di barisan hadapan dapat
memahami, menghayati dan memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi untuk mengangkat tinggi
martabat pendidikan negara kita ke peringkat global dan bertaraf dunia. Insya Allah, apa yang kita
sama-sama hasratkan untuk menjulang SMK SULTAN OMAR ke persada dunia akan tercapai.

Wassalam.

HAJI CHE RASHID BIN SULONG
PENGETUA SMK SULTAN OMAR

“ SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG”

4

i-DESSO 2021

Sejarah ringkas:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN OMAR
23000 DUNGUN, TERENGGANU.

SMK Sultan Omar yang ada sekarang berakar umbi daripada Dungun English School (Sekolah Inggeris

Dungun). Kewujudannya bermula pada tahun 1959 apabila 35 orang murid Dungun English School

peringkat rendah yang lulus Malayan Secondary School Enterance Examination (Peperiksaan masuk ke

Sekolah Menengah Malaya) memasuki peringkat menengah (Tingkatan Satu). Kumpulan murid perintis ini

menduduki peperiksaan Lower Certificate Of Education(Sijil Rendah Pelajaran) pada tahun 1961. Seramai

19 orang calon dapat melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Empat pada tahun 1962, dan menduduki

peperiksaan Over Sea Certificate (Sijil Persekolahan Seberang Laut) dan Federal Malayan Certificate (Sijil

Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) pada tahun 1963.

Pada Januari 1963, peringkat menengah telah melaksanakan pentadbirannya sendiri apabila

dipisahkan daripada peringkat rendah dan dinamakan Sekolah Menengah Inggeris Dungun.Pada tahun

1963 juga sekolah menerima kumpulan pertama pelajar Tingkatan Satu Aliran Melayu. Sekolah Menengah

Inggeris Dungun ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Sultan Omar pada tahun 1975. Pemilihan

nama baru ini bersempena dengan nama Sultan Terengganu kesembilan, di samping kerana pertukaran

aliran daripada Inggeris kepada aliran Melayu sepenuhnya. Pada tahun 1989, pendidikan Tingkatan 6

bermula apabila 31 orang pelajar ditempatkan di sebuah kelas Tingkatan Enam Rendah Aliran Sastera.

Semenjak 1959 hingga kini, Guru Besar dan Pengetua yang mengetuai SMK Sultan Omar iaitu :-

1) En. Abdul Manap bin Said - 1959 hingga 1960

2) En. M.F Kularatham - 1960 hingga 1962

3) En. Lim Teng Eng - 1963 hingga 1966

4) En. Douglas Menasseh - 1966 hingga 1967

5) En. Jamaluddin bin Ali - 1967 hingga 1968

6) En. Gilbert Khoo - 1968 hingga 1970

7) En. Mahan Singh - 1970 hingga 1972

8) En. T.N Varughese - 1972 hingga 1979

9) En. Hussein bin Salleh - 1980 hingga 1982

10) Haji Ismail bin Mohd - 1983 hingga 1985

11) En. Ong Teow Leng - 1986 hingga 1988

12) Haji Said bin Nik - 1988

13) Haji Che Daud@Zakaria bin Yacob - 1988 hingga 1991

14) Haji Noor bin Bakar - 1991 hingga 1992

15) Hajah Ainun Jamilah bt Mohd Ali - 1992

16) Haji Zaid bin Chik - 1992 hingga 1995

17) Haji Abdullah bin Ali - 1996 hingga 1999

18) YM Tengku Anuar bin Tengku Dalam - 2000 hingga 2001

19) En. Jain bin Awang - 2001 hingga 2004

20) En. Ab Malik bin Musa Dali - 2004 hingga 2009

21) En. Abdul Rahman bin Husin - 2009 hingga 2013

22) Tn Hj Md Zain bin Muda - 2013 hingga 2014

23) En Wan Su bin Wan Jaffar - 2014 hingga 2016

24) Pn. Hjh. Noor Maziah Bt. Abd. Rahman - 2016 hingga Mac 2018

25) Tn. Hj. Zulkefly bin Abd Rahim - Mac 2018 hingga Ogos 2019

26) Tn. Hj. Che Rashid bin Sulong - Ogos 2019 - sekarang

5

i-DESSO 2021

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

" Pendidikan di Malaysia
adalah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani
berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat
dan negara. "

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa
hendaklah bergaul dengan orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita

kutip manfaatnya. (Hamka)

6

i-DESSO 2021

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

· mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
· memelihara satu cara hidup demokratik ;
· mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati

bersama secara adil dan saksama ;
· menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan

berbagai corak ; dan
· membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

· KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
· KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
· KELUHURAN PERLEMBAGAAN
· KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
· KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Kata hukama: Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana
ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat

kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka)
7

i-DESSO 2021
KETERANGAN LAMBANG LENCANA SEKOLAH

WARNA

 BIRU

Lambang perpaduan dan semangat kerjasama antara pelajar yang berbilang keturunan
dan seluruh warga sekolah pada setiap masa dan keadaan.

 PUTIH

Tanda penekanan terhadap kesucian, keharmonian dan kemuliaan yang diperolehi
daripada ilmu dan perpaduan yang wujud di sekolah ini.

OBJEK

1. BUKU ( TERBUKA )

Melambang bahawa sekolah ini mementingkan aktiviti keilmuan yang menberi faedah
kepada warga sekolah dan masyarakat serta sekolah sentiasa sedia berkhidmat
menyebarkan pelbagai ilmu pada setiap masa.

2. LAMPU

Melambang keadaan hidup yang harmoni dan cemerlang hasil daripada pengamalan ilmu
yang diperolehi, di samping melambangkan kegigihan dan ketelusan guru mendidik
pelajar, juga pelbagai bakti yang ditabur oleh pelajar yang menjadi pemangkin kejayaan
sekolah dan masyarakat Malaysia.

8

i-DESSO 2021

LAGU SEKOLAH

“ SEKOLAH SULTAN OMAR CEMERLANG “

Kami bina impian
Kami galas harapan
Langkah serentak berganding lengan
Peluang kami maju tak sanggup dilepaskan
Warga Sultan Omar mendukung wawasan
Di gelanggang kami cergas
Pelajaran kami cerdas
Di mana-mana bergerak pantas
Setiap rintangan cuba direntas
Usaha gigih pastikan berbalas
Sekolah kami SMK Sultan Omar
Sejak mula gah terdengar
Sekolah kami SMK Sultan Omar
Cemerlang Pada Alaf kian terpancar

Lirik : Suhaimi Mohd
Salleh

.

9

i-DESSO 2021

“ Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

“ Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara”

“Sepakat Menjulang DESSO Cemerlang”

10

i-DESSO 2021

Kami berusaha member perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama kepada semua
pelanggan kami sebagaimana berikut:-

 Berusaha menyelesaikan masalah anda secepat mungkin.
 Bersedia memberikan maklumat yang diperlukan dengan tepat dan cepat.
 Berusaha memastikan semua pelajar mendapat peluang belajar semula hari pertama

sesi persekolahan.
 Berusaha memastikan semua sumber tenaga sekolah konsisten berkualiti, kreatif dan

berdedikasi melaksanakan tugas yang diamanahkan.
 Berusaha meningkatkan prestasi pengurusan serta pentadbiran kurikulum dan

kokurikulum.
 Berusaha meningkatkan disiplin, keselamatan, kebersihan dan keceriaan persekitaran

sekolah.
 Berusaha mewujudkan intergrasi dan perpaduan antara ahli keluarga kami serta

penglibatan dalam aktiviti jangkauan masyarakat sepanjang masa.
 Berusaha melahirkan lepasan sekolah yang berkualiti, berketrampilan, beriman dan

beramal soleh.
 Berusaha mengadakan hubungan fizikal dan peralatan bagi proses pengajaran dan

pembelajaran.
 Bersedia menerima teguran, pandangan dan saranan bagi memantapkan lagi kualiti

perkhidmatan kami.

11

i-DESSO 2021

12

i-DESSO 2021

GURU BERKUALITI
Guru berperanan sebagai Perancang, Pengawal, Pembimbing, Pendorong dan Penilai dan
murid bertindak sebagai Pembelajar Aktif. Melalui guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
mampu menghasilkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.Justeru dapat mencapai objektif
Program Transformasi Sekolah 2025 iaitu mengaplikasi konsep dan amalan pengajaran dan
pembelajaran serta pemudahcaraan (PdPc) terbaik. Seterusnya ialah membangunkan
kepakaran dalaman melalui latihan komprehensif dan membangunkan persekitaran yang
berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

1. Pengurusan Kurikulum
I. Mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21

Guru-guru hendaklah menekankan elemen 4K dan 1N dalam pengajaran dan pembelajaran abad
ke 21 sekali gus dapat memaksimumkan pelibatan murid di dalam kelas.Perlu memaksimumkan
potensi mereka dalam meningkatkan kualiti pengajaran.Guru-guru perlu menyumbangkan sepenuh
komitmen dan tenaga untuk menaik taraf kemahiran pengajaran mereka.Seterusnya, guru-guru
hendaklah membudayakan amalan penyelidikan dalam tugas harian.

II. Pencapaian Akademik
i.Melepasi tahap minimum bagi tingkatan 3(PT3)
ii.Mencapai sasaran GPS SPM dan STPM
iii.Mencapai sasaran % Layak Mendapat Sijil (LMS) SPM
iv.Kebolehpasaran melanjutkan pelajaran pasca SPM,PVMA,PPKI dan STPM

13

i-DESSO 2021

III. Perkongsian amalan terbaik
Perkongsian amalan terbaik boleh dikongsi melalui perkongsian guru cemerlang atau
pakar,lawatan penanda aras atau benchmark’ ke sekolah-sekolah cemerlang.
IV. Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dan Pelaksanaan Professional

Learning Community (PLC)
V. Guru Ikon/Model

2. Pengurusan Hal Ehwal Murid
Menumpukan kemenjadian sahsiah murid,iaitu pencapaian disiplin dan sahsiah terpuji oleh semua
murid.Antara Fokus utama ialah:

I. Sahsiah terpuji.
 Sikap dan perlakuan positif murid iaitu beradab dan berakhlak

II. Penurunan salah laku disiplin
III. Peningkatan Kehadiran Kesekolah
IV. Amalan bina insan dan jati diri yang tinggi
V. Kaunseling dan Psikometrik

14

i-DESSO 2021

3. Pengurusan Kokurikulum
Memberi tumpuan kepada kemenjadian murid dalam aktiviti kokurikulum iaitu penglibatan dan
pencapaian prestasi kokurikulum oleh semua murid.Antara Fokus utama ialah:

I. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
II. Pentaksiran Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)
III. Pencapaian Sukan dan Permainan
IV. Pencapaian Koakademik
V. Pencapaian Badan Beruniform.

4. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal

Kecemerlangan murid dipengaruhi oleh kedua-dua faktor persekitaran pembelajaran dan
persekitaran sekolah yang mana kedua-dua faktor ini saling berinteraksi antara satu sama lain.
Suasana keceriaan yang dibina itu memungkinkan perkembangan maksimun dari segi
Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelek(JERI) murid.Murid-murid yang didedahkan dengan persekitaran
sekolah yang ceria, bersih dan nyaman akan membangkitkan suasana pembelajaran yang
kondusif dan efektif.

Fokus Persekitaran dan Kemudahan Fizikal
 Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuki meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
 Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau

‘musuh’ dalam proses P&P.
 Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan

reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau
sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot
serta kebersihan.
 Persekitaran fizikal kawasan sekolah turut mempengaruhi keberkesanan P&P secara
tidak langsung.
 Aspek ini merangkumi bentuk bangunan, pokok dan bungaan serta kemudahan seperti
tempat bermain dan perpustakaan.

15

i-DESSO 2021

 Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam dengan
pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid.

Antara Program Persekitaran dan Kemudahan Fizikal Sekolah ialah:
1.Baik pulih Fizikal dan Kawasan
2.Keceriaan Fizikal dan kawasan
3.Iklim Penyungguhan
4.Keselamatan

SOKONGAN PIBG,KOMUNITI DAN SWASTA (PIBKS)
Anjakan kesembilan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
memberikan penekanan terhadap penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam
memperkasakan sekolah. Perkongsian tanggungjawab antara ibu bapa, komuniti dan sekolah
merupakan satu inisiatif utama dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang berkualiti untuk
murid-murid (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Peranan ibu bapa perlu diperluaskan
sebagai rakan kongsi untuk meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka. Selain daripada itu,
sekolah digalakkan untuk mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada pertubuhan
kerajaan mahupun swasta dalam komuniti bagi memperluaskan lagi ekosistem pembelajaran
murid-murid.

16

i-DESSO 2021

IKRAR INTERGRITI PERKHIDMATAN AWAM

Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahan dan
memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk
rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut :-

PERTAMA : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai
membenci rasuah.

KEDUA : Menutup semua ruang dan peluang yang
mendedahkan kepada amalan rasuah.

KETIGA : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar
undang-undang, peraturan dan etika jabatan.

KEEMPAT : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana
Pihak untuk memerangi sebarang perlakuan
jenayah rasuah.

KELIMA : Bertindak tegas terhadap mereka yang mencuba
KEENAM menggugat integriti dan imej pegawai awam

dan

: Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan
mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan
ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

“ Beradab sebelum berilmu dan berilmu sebelum beramal”

17

i-DESSO 2021

HARI KELEPASAN AM TERENGGANU 2021

18

i-DESSO 2021

19

i-DESSO 2021

20

i-DESSO 2021

JADUAL BERTUGAS MINGGUAN TAHUN 2021

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

BIL MINGGU/TARIKH GURU BERTUGAS BENTUK PERHIMPUNAN

1 M1 1. En. Za'aimuddin Bin Husain (K) 1. perhimpunan rasmi
M 10 2. Pn. Noharozie Binti Mamat Ahad (minggu 1 dan 3)
M 19 3. Pn. Loh Chin Eng
M 28 4. Pn. Maryati Binti Mohamed Aktiviti
i. aluan pengacara majlis
M 37 5. En. Suhaimi Bin Mohd Salleh ii.alunan asma al husna
6. Pn. Noraini Binti Abdullah iii. Nyayian lagu
7. Pn. Hjh. Rafeah Binti Said
-negaraku
8. Pn. Suzana Binti Ngah @ Salim -negeri
-sekolah
2 M2 1. En. Mohd Fazeli Bin Mat Ali(K) iv. Ikrar
M 11 2. Pn. Azlizatul Akma Binti Othman v.laporan guru bertugas
M 20 3. Pn. Hartini Binti Mohd Nor vi.ucapan pengetua
M 29 4. Pn. Noor Aidah Binti Ab Khalik vii.doa khotmil quran
M 38 5. Pn. Hjh. Nor Hayati Binti Ismail viii.bacaan doa
6. Pn. Norhayati Binti Ghani ix.bersurai
7. Cik Siti Zuraidah Bt Mat Napi
8. Pn. Norhamiaswarie Bt. Ab Hamid 2. Perhimpunan mengikut
Tingkatan: Ahad (minggu 2
3 M3 1. En. Mohd Hanifuddin Bin Salleh (K) dan 4)
Tempat perhimpunan
M 12 2. Pn. Fauziah Binti Ali 1. PPKI - bangunan ppki
M 21 3. Pn. Norhaizam Bt Mohamed Noor 2. T1 -tapak perhimpunan
M 30 4. Pn. Hasnah Binti Hashim 3. T2 - gelanggang bola

M 39 5. Pn. Nor Aishah Binti Hanafi tampar
6. En. Nor Mohd Iqzarullah Bin Abu Bakar 4. T3 - antara blok T1 dengan
7. Pn. Rohana Binti Abdul Ghani blok T2
8. Pn. Zurina Binti Jaffar 5. T4 - hadapan bengkel
PVMA
4 M4 1. En. Ahmad Hamdany Bin Ahmad Halimy (K) 6. T5 - dewan warisan
M 13 2. Pn. Rosmani Binti Awang@Muda 7. 6B&6A - bilik seminar T6
M 22 3. Pn. Norhamiaswarie Bt. Ab Hamid aktiviti
M 31 4. Pn. Azida Binti Abdul Aziz
M 40 5. Pn. Nor Maziah Binti Sidek i. nyanyian lagu negaraku
6. Pn. Norazira Binti Lat @ Su ii. ucapan ketua pelajar
5 M5 7. En. Ahmad Fakhruddin Bin Ismail (mengikut tingkatan
M 14 8. Pn. Sa'idah Binti Mohd Hanafiah iii. ucapan guru
M 23
M 32 1. En. Edy Murad Bin Adnan(Ketua) (su projek,kaunselor,
M 41 2. Pn. Hjh. Robiah Binti Husain disiplin,makdis dll)
3. En. Fazri Bin Mohd
6 M6 4. Pn. Nordiana Binti Abdul Manap iv. bacaan doa
M 15 5. Pn. Nur Azimah Bt Jaafar v. bersurai
M 24 6. Pn. Rozita Binti Mohamed Kassim
M 33 7. Pn. Zainun Binti Husain Semangat batch mengikut
M 42 8. Pn. Hamidah Binti Mohamad tingkatan
1. PPKI -AL-BIRUNI
1. En. Mohd Norhelmi B Mohd Aris (K) 2. T1 - AL-KINDI
2. Pn. Hjh. Asniyati Binti Ariffin 3. T2 - AL-FARABI
3. Pn. Hayati Binti Din 4. T3 - AL-KHAWARIZMI
4. Pn. Noshadida Binti Nor Rizen @ Mohd 5. T4 - IBNU HAITHAM
5. YM Raja Nurul Huda Binti Raja Zahri 6. T5 - IBNU KHALDUN
6. Pn. Hjh. Nor Aziam Bt.Mohammad 7. 6B - IBNU RUSYD
7. Pn. Tan Lee Kim
8. Pn. Arfa Athirah Binti Nua'man
9. Pn. Sabariah binti Abdul Razak

21

i-DESSO 2021

7 M7 1. En. Muhamad Tarmizi B Ali Affandi (K) 8. 6A - IBNU SINA
M 16 2. Pn. Siti Zubaidah Binti Fazai
M 25 3. Pn. Norizan Sema Binti Jusoh *Guru yang mengendalikan
M 34 4. Pn. Hjh. Manita Binti Mohamad perhimpunan ini ialah
M 43 5. Pn. Noor Aisah Bt Mohd Rosdi penyelaras tingkatan
6. Pn. Hjh.Nor Shamsinah Bt Samsudin
8 M8 7. Pn. Hjh. Suraya Binti Mohd Noor
M 17 8. Tn. Hj. Roazian @ Roezwan Bin Abdul
M 26 Rahman
M 35
1. En. Shee Soon Yee (K)
9 M9 2. En. Mohd Zaidi Bin Ibrahim
M 18 3. Pn. Hjh. Norpishah Binti Shafie
M 27 4. Pn. Nurul Izzah Binti Nokman
M 36 5. Cik Masitah Hassin
6. Pn. Kamar Bahnu Bt T.Mohamed
CATATAN 7. Cik Che Wan Aiha Binti Ismail
1.Huruf 'M' 8. Pn. Wardah Binti Salleh
2.Singkatan 'K' 9. Pn. Nur Firdaus binti Mohd Jamil

1. En. Ramlan Bin Jusoh (K)
2. YM Raja Nazreen Bin Raja Kamaruzzaman
3. Pn. Fauzan Binti Ali
4. Pn. Norizan Binti Mohd
5. Pn. Roslailawati Binti Ali
6. Pn. Wan Noor Mahzira Binti Wan
Mustaffa
7. YM Tengku Mazura Binti Tengku Ibrahim
8. Pn. Nor Naemah Bt Mohd Nor

-Singkatan untuk minggu
- singkatan untuk ketua

PANDUAN TUGASAN GURU BERTUGAS
1. Menyiapkan laporan bertugas mingguan merangkumi laporan kedatangan pelajar,

laporan kebersihan kelas dan kawasan sekolah.
2. Bertugas semasa perhimpunan rasmi/tidak rasmi sekolah.
3. Laporan guru bertugas mesti ditulis pada setiap hari.
4. Melapor tugasan mingguan semasa perhimpunan rasmi sekolah.
5. Bertugas di setiap pintu pagar sekolah.
6. Menghubungi ibu bapa pelajar yang sakit dan menghantar ke hospital jika perlu.
7. Memastikan setiap guru bertugas mingguan pada (minggu 2 dan 4 setiap bulan)

bertugas di tempat perhimpunan mengikut tingkatan yang akan ditetapkan oleh ketua
guru bertugas mingguan masing-masing.

22

i-DESSO 2021

JADUAL PENCERAPAN GURU TAHUN 2021

PENGETUA PK PENTADBIRAN PK HEM
1. En. Shee Soon Yee
1. Pn. Hjh. Wan Nooriman Bt Wan 1. En. Ahmad Burham bin 2. Pn. Rosmani bt Awang
Jaafar Awang@Ibrahim 3. Pn. Kamar Bahnu bt T Mohamed
4. Cik Masitah bt Hassin
2. Tn. Hj. Rusli Bin Mohd Nor 2. Pn. Hjh Suhaima Bt Abdullah 5. En. Fazri bin Mohd
3. En. Afandi Bin Harun 3. Pn. Nor Haida Bt Abas @ 6. En. Za’aimuddin b. Husain
4. Tn. Hj.Mazlan Bin Mohamad 7. Pn. Norhaizam bt Mohamed
5. Pn. Muadawiyah Bt Putek Zahari
4. Pn. Rusliza Bt Abu Hassan Noor

PK KOKURIKULUM PK TINGKATAN 6 GKMP BAHASA

1. En. Mohd Tarmizi bin Ali Affandi 1. Pn. Hjh. Robiah bt Husain 1. Pn. Hjh. Nor Hayati bt Ismail
2. En. Mohd Zaidi bin Ibrahim 2. Pn. Siti Zubaidah bt Fazai 2. En. Nor Mohd Iqzarullah b. Abu
3. Pn. Tan Lee Kim 3. Pn. Azlizatul Akma bt
4. En. Mohd Norhelmi bin Mohd Bakar
Othman 3. Pn. Nor Maziah bt Sidek
Aris 4. Pn. Hjh. Fauziah bt Ali 4. YM. Raja Nazreen b. Raja
5. Pn. Zainun bt Husain 5. Pn. Hjh. Norpishah bt Shafie
6. Pn. Noharozie bt Mamat 6. En. Ahmad Hamdany bin Kamaruzzaman
7. En. Ahmad Fakhruddin bin Ismail 5. Pn. Loh Chin Eng
Ahmad Halimy 6. Pn. Norazira bt Lat@ Su
7. Pn. Hjh. Asniyati bt Ariffin 7. Pn. Rafeah bt Said
8. Pn. Nor Naemah bt Mohd 8. YM Raja Nurul Huda bt Raja

Nor Zahri
9. Pn. Sabariah bt Abdul Razak 9. Pn. Rohana bt Abdul Ghani
10. Pn. Rozita bt Mohamed 10. Pn. Norizan bt Mohd

Kassim
11. En. Suhaimi bin Salleh

GKMP VOTEK GKMP SAINS GKMP KEMANUSIAAN
1. Pn. Hjh. Suraya bt Mohd Nor
1. En. Edi Murad bn Adnan 1. Pn. Norhamiaswarie bt Ab 2. Pn. Hartini bt Mohd Nor
3. Pn. Hjh. Nor Shamsinah bt
2. En. Ramlan bin Jusoh Hamid
Samsuddin
3. Tn. Hj. Roazian @ Roezwan b. 2. Pn. Sa’idah bt M. Hanafiah 4. Pn. Nurul Izzah bt Nukman
5. Pn. Hjh. Manita bt Mohamed
Ab Rahman 3. Pn. Azida bt Abd Aziz 6. Pn. Nordiana bt Abd Manap
7. Pn. Norezan Sema bt Jusoh
4. Pn. Fauzan bt Ali 4. Tn. Hj. Mohd Hanifuddin bin 8. Pn. Hayati bt Din
9. En. Mohd Fazeli bin Mat Ali
5. Pn. Noshadida bt Norizen Salleh 10. Pn. Hjh. Nor Aziam bt

6. Pn. Zurina bt Jaffar 5. Pn. Suzana bt Ngah @ Salim Mohammad

7. YM Tengku Mazura bt Tg 6. Pn. Noor Aidah bt

Ibrahim Abd.Khalik

8. Pn. Hasnah bt Hashim 7. Pn. Nor Aishah bt Hanafi

9. Pn. Maryati bt Mohamad 8. Pn. Norhayati bt Ghani

10. Pn. Wan Noor Mahzira bt Wan 9. Pn. Nur Azimah bt Jaafar

Mustaffa

11. Pn. Wardah bt Salleh

PK PPKI

1. Cik Che Wan Aiha bt Ismail

2. Pn. Arfa Athirah bt Nua’man

3. Pn. Roslailawati bt Ali

4. Pn. Noor Aisah bt Mohd Rosdi

5. Pn. Noraini bt Abdullah

6. Cik Siti Zuraidah bt Mat Napi

7. Pn. Nur Firdaus bt Mohd Jamil

23

i-DESSO 2021

PANDUAN AM

1. ARAHAN AM

1.1 Selaku pegawai kerajaan guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada segala arahan
yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca,
memahami dan mematuhi Perintah Am Tersebut.

1.2 Guru juga hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya
sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-
mata.

1.3 Guru dan staf sokongan juga hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
perkhidmatan cemerlang.

1.4 Guru dan staf sokongan juga hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan

1.5 Meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah lebih dari kepentingan diri dalam
menjalankan tugas

1.6 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan pelajar ketika berada di sekolah
dan menjaga harta benda sekolah

1.7 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan
tugas

1.8 Kawasan sekolah adalah KAWASAN LARANGAN MEROKOK
1.9 Sebarang jualan langsung adalah dilarang di sekolah.

2. KEDATANGAN

2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah
2.2 Guru hendaklah berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan

bermula
2.3 Menanda kedatangan dengan ‘Punch Card’ semasa hadir dan balik/pulang
2.4 Kegagalan menanda kedatangan dianggap guru-guru dan staf sokongan tidak bertugas

pada hari tersebut
2.5 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam

keadaan kecemasan.

24

i-DESSO 2021

3. TIDAK HADIR SEKOLAH

3.1 Guru-guru yang tidak hadir sekolah hendaklah memberitahu Pengetua / Penolong Kanan
seberapa segera dan sebaik-baiknya sebelum pukul 7.40 pagi atau catatkan pada ‘white
board’ supaya urusan untuk menggantikan tugas guru berkenaan dapat disediakan. Surat
doktor hendaklah diserahkan ke pejabat dengan segera.Semasa cuti sakit sepatutnya
berada di rumah / hospital.

3.2 Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran hendaklah menentukan semua pelajar (kecuali
yang sakit dan yang mendapat kebenaran khas) berada dalam sekolah pada waktu
belajar. Pelajar-pelajar yang ponteng sekolah hendaklah dicatat pada Buku Kawalan
Kelas dan dilaporkan kepada Guru Disiplin atau Penolong Kanan ( HEM )

3.3 Guru-guru lain hendaklah juga memberi kerjasama mereka kepada Guru Tingkatan
3.4 Guru yang diberi cuti kerana rawatan doktor perlu berehat. Oleh itu dia tidak patut

berada di tempat-tempat lain kecuali di rumah
3.5 Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa surat doktor / surat ibu bapa yang

disahkan oleh Ketua Kampung atau Penghulu daripada pejabat sekolah hendaklah
diberitahu kepada ibubapa / penjaga murid oleh Guru Tingkatan dengan menggunakan
borang khas yang boleh didapati di pejabat.
3.6 Jika murid tidak hadir ke sekolah satu atau dua hari guru tingkatan hendaklah mengambil
tahu sebab-sebab ketidakhadirannya ke sekolah. Jika sebab-sebab yang diberikan
menimbulkan keraguan, laporkan perkara itu kepada guru disiplin
3.7 Apabila pelajar-pelajar mengikuti mata pelajaran Sains, Kemahiran Hidup, Seni Visual,
PJK dan masa Perpustakaan, guru berkenaan hendaklah mempastikan bahawa pelajar-
pelajar tersebut hadir di tempat di mana yang sepatutnya mereka berada dan pastikan
pelajar berbaris dengan tertib semasa menuju ke tempat berkenaan.
3.8 Tiap-tiap guru mata pelajaran yang masuk ke kelas hendaklah menentukan yang tiada
seorang pelajar pun meninggalkan kelas / masuk lewat. Tindakan munasabah boleh dibuat
dan laporkan kepada guru disiplin.Sila gunakan kad kebenaran keluar kelas. Hanya
pelajar-pelajar yang ada surat kebenaran guru / pejabat boleh keluar kelas untuk urusan
guru atau pejabat.

4. GURU GANTI
4.1 Guru ganti harian hendaklah bertugas mengikut masa yang ditetapkan
4.2 Tugas guru ganti adalah tugas rasmi. Kegagalan menjalankan tugas ini adalah boleh
dianggap sebagai ingkar perintah.

25

i-DESSO 2021

5. TANDA NAMA

5.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan / majlis rasmi di
sekolah / luar sekolah

6. KELUAR WAKTU MENGAJAR

6.1 Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali
jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada PPD, JPNT
dengan syarat mendapat kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan terlebih dahulu.

6.2. Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku / Fail
Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua atau Penolong Kanan sebelum keluar.

6.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar
melalui Penolong Kanan / Guru Relief

7. BILIK GURU

7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru. Ini termasuk
keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
dianggap sebagai “non teaching period’ dan bukannya ’free period’. Oleh itu guru
hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara yang berkaitan
dengan Pengajaran dan Pembelajaran ( Pekeliling Ikhtisas bil.3 / 1981)

7.3 Guru tidak digalak membenarkan pelajar berada di bilik guru.
7.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan

suasana yang harmoni dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

8. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

8.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka bolehlah
berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir dan Pengetua

8.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran boleh berurusan dengan Guru
Ketua Panitia, Ketua Bidang atau Penolong Kanan.

26

i-DESSO 2021

9. TUGAS PROFESIONAL & TUGAS KHAS LAIN

9.1 Guru akan diberikan tugas-tugas berbentuk Kurikulum, HEM, Kokurikulum dan Pentadbiran.
Mereka mestilah melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan iltizam, dedikasi, cekap dan
bertanggungjawab.

9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan misalnya menghadiri
mesyuarat, pergi ke JPN, ke sekolah lain dan lain-lain guru hendaklah mengambil tindakan
sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarah guru lain melaksanakannya tanpa
arahan Pengetua, jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan sesama
sendiri maka ia mesti disampaikan kepada pengetahuan Pengetua.

9.3 Setiap guru tingkatan dikehendaki menanda kehadiran murid pada waktu pertama
persekolahan.

9.4 Setiap guru mata pelajaran dikehendaki memastikan bilangan pelajar mencukupi sebelum
pengajaran bermula

10. BUKU REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR/eRPH

10.1 Setiap guru akan diberikan sebuah Buku Rekod Persediaan Mengajar (BRPM) dan
bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah
disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.Buku BRPM hendaklah diserahkan ke
pejabat pada hari Khamis pukul 1.30 tengahari untuk disemak dan ditandatangani oleh
Pengetua / Penolong Kanan.

10.2 Jika seseorang guru bercuti, buku BRPM hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan
10.3 BRPM hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan/
10.4 BRPM dijaga dengan baik dan bersih. Buku Rekod Mengajar adalah sebagai SKT guru
10.5 Kegiatan tambahan hendaklah dicatatkan di dalam Buku Rekod Persediaan Mengajar

dengan pen berdakwat merah
10.6 Aktiviti luar ( sumbangan luar ) perlu ditulis untuk mendapatkan 1% hingga 5% markah

prestasi.
10.7 Setiap sesi pengajaran & pembelajaran mesti dicatat refleksi / penilaian

11. SURAT MENYURAT

Semua surat menyurat rasmi kepada Pejabat Pendidikan Daerah, JPNT Kementerian Pelajaran atau
Jabatan lain yang melibatkan diri guru dengan sekolah hendaklah dibuat melalui sekolah.

27

i-DESSO 2021

12. PELAWAT

12.1 Semua pelawat DIMESTIKAN BERJUMPA DENGAN Pengetua / Penolong Kanan terlebih
dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual
12.2 kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.
12.3 Sebelum melayan seseorang tetamu guru hendaklah mempastikan pelawat tersebut
12.4 mendapat kebenaran daripada Pengetua atau wakilnya terlebih dahulu.
Semua guru harus melindungi guru lain sekiranya didatangi oleh pihak yang bermusuhan
dengan guru berkenaan.
Ibu bapa atau penjaga yang ingin mengambil anak sewaktu persekolahan mestilah
mendapat kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan HEM terlebih dahulu dan dicatatkan
pada Buku Kebenaran Keluar Pelajar.

13. MEMBELI BARANGAN ATAU ALATAN

13.1 Guru yang hendak membeli barangan atau alatan mesti memohon kelulusan Pengetua
dengan menggunakan borang Nota Minta yang didapati di pejabat sekolah

13.2 Borang Nota Minta mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia atau Ketua
Bidang atau Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua

13.3 Setelah mendapat kelulusan daripada Pengetua, guru hendaklah mendapatkan Borang
Pesanan Tempatan ( LO ) daripada Pembantu Tadbir Kewangan untuk membeli barangan
atau alatan

13.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang dan direkodkan
dengan kemas ke dalam buku stok dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan barang.

14. PERHIMPUNAN DAN ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH
14.1 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan mingguan, harian serta acara rasmi
sebagaimana yang telah ditetapkan
14.2 Guru lelaki hendaklah memakai blazer atau berkot, bertali leher dan memakai tanda nama
serta berpakaian yang sesuai sebagai seorang guru
14.3 AJK Perhimpunan & Guru Bertugas mengepalai perhimpunan dengan kerjasama Guru
Disiplin yang bertanggungjawab mengatur dan menjaga disiplin pelajar semasa
perhimpunan. Pastikan pelajar membawa pen dan buku catatan. Berpakaian kemas dan
lengkap sebagai seorang pelajar.
14.4 Acara perhimpunan dijalankan secara formal
14.5 Laporan perhimpunan hendaklah ditulis dalam BUKU LAPORAN BERTUGAS.

28

i-DESSO 2021

15. MESYUARAT GURU
Semua guru dimestikan menghadiri mesyuarat guru dan mesyuarat-mesyuarat yang ditetapkan oleh
sekolah dari semasa ke semasa.

16. PIBG

16.1 Semua guru, kakitangan atau pekerja swasta secara automatik menjadi
ahli PIBG sekolah

16.2 Jumlah Yuran / Sumbangan PIBG tertakluk kepada perlembagaan PIBG
16.3 Aktiviti PIBG tertakluk kepada perlembagaan PIBG

17. TELEFON / KUNCI

17.1 Penggunaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Urusan peribadi hendaklah
dibayar. Guru digalakkan menggunakan telefon sendiri (hand-phone) atas urusan peribadi

17.2 Semua salinan kunci mesti disimpan di pejabat
17.3 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, mesti mendapat

kebenaran daripada Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
keselamatan dan kecurian bilik tersebut.

18. JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN

Masa : 07.30 - 07.40 Perhimpunan harian ( jika perlu)

07.40 - 08.20

08.20 - 09.00

09.00 - 09.40

09.40 - 10.20 Rehat PPKI

10.20 - 10.50 Rehat Tingkatan 1, 2 & 3

10.20 - 11.00

11.00 - 11.30 Rehat Tingkatan 4, 5 & 6

11.30 - 12.10

12.10 - 12.50

12.50 - 13.30

13.30 - 14.10

14.10 - 14.30 Solat Zohor

14.30 - 15.10 pdpc

29

i-DESSO 2021

19. PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN SEKOLAH

19.1 Tujuan peperiksaan ini ialah untuk mengetahui pencapaian murid dalam mata pelajarannya
dan keputusan ujian ini haruslah menjadi panduan kepada guru untuk mengatur pelajaran
selanjutnya kepada pelajar masing-masing

19.2 Guru hendaklah mengatasi kelemahan pelajar dalam pelajarannya dan sebarang usaha
hendaklah diikhtiarkan bagi mengatasi kelemahan tersebut. Kelas tambahan hendaklah
diadakan bila perlu.

19.3 Penyediaan soalan dan pemeriksaan kertas jawapan akan ditentukan oleh penyelaras
peperiksaan.

19.4 Semua keputusan peperiksaan hendaklah dicatatkan di dalam Buku Rekod Persediaan
Mengajar.

19.5 Format soalan peperiksaan mestilah berdasarkan format peperiksaan awam.
19.6 Semua pelajar wajib menghadiri peperiksaan dan tidak dibenarkan tanpa alasan yang

munasabah.

20. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN TAHUNAN

20.1 Sukatan Pelajaran, DSKP KSSM dan Rancangan Tahunan hendaklah diikuti serapi-rapinya.
Guru hendaklah memahirkan dengan peraturan terakhir mengenai perubahan terkini
dalam peraturan peperiksaan dan sukatan pelajaran.

20.2 Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan hendaklah disediakan di dalam Buku
Persediaan Mengajar dan eRPH.

21. TATATERTIB

21.1 Guru perlu unggul disiplin kerana ia adalah model bagi pelajar
21.2 Semua guru bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar semasa di dalam dan di luar bilik

darjah ( Pekeliling Ikhtisas bil.10/2001 )
21.3 Setiap guru adalah guru disiplin & guru bimbingan
21.4 Baca dan fahami peraturan sekolah
21.5 Mengambil tindakan sewajarnya kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah.
21.6 Jangan memerintah murid balik atau keluar kelas atau dilarang mengikut pelajaran atau

mengambil ujian sebagai denda.
21.7 Laporkan kepada Pengetua / Penolong Kanan HEM pelajar-pelajar yang kerap tidak

mengikut arahan, tidak membuat kerja dan cuai dalam pelajaran.

30

i-DESSO 2021

22. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

22.1 Guru Mata Pelajaran Sains, ERT, Seni Visual, KH, PVMA, ICT dan PJK hendaklah
mempamerkan langkah-langkah keselamatan yang mesti dipatuhi oleh semua murid dan
guru.

22.2 Guru hendaklah mengawasi murid apabila :-
i) Mengambil peralatan senaman
ii) Bersukan dan bermain di padang
iii) Menjalankan kerja-kerja amali
iv) Kerja-kerja lain yang memerlukan pengawasan rapi.

22.3 Langkah keselamatan dan mengelakkan kemalangan perlu diberi keutamaan
22.4 Jika berlaku kemalangan – laporkan kepada Guru Bertugas Harian, Penolong Kanan HEM

dan Pengetua dan jika perlu, uruskan dengan segera ke klinik atau hospital dan maklumkan
kepada ibu bapa dan penjaga

23. LANGKAH BERJIMAT CERMAT

Guru hendaklah seringkali mengingatkan pelajar supaya berhati-hati dan berjimat cermat apabila
menggunakan air, elektrik dan perkakas / peralatan sekolah. Guna budi bicara apabila
menggunakan kipas di bilik darjah / makmal atau ‘air-cond’ di perpustakaan, maklam ICT dan lain-
lain.

24. TUGAS-TUGAS DALAM KELAS

24.1 Guru perlu tepat masa mula & akhir pengajaran bagi sesebuah kelas.
24.2 Pastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan penuh amanah dan

bertanggungjawab.
24.3 Elakkan diri daripada duduk ketika mengajar
24.4 Masa ganti (Relief Period) – bukan waktu bebas tetapi waktu pembelajaran dan guru

hendaklah menyampaikan pelajaran yang memberikan manfaat kepada murid-murid.
24.5 Pemeriksaan buku latihan tidak dilakukan di dalam kelas kecuali bagi tujuan pertolongan

kepada murid-murid.
24.6 Guru dilarang membuat urusan yang tidak ada hubungan dengan kerja sekolah pada masa

persekolahan.
24.7 Elakkan penggunaan telefon bimbit ketika mengajar.
24.8 Latihan bertulis hendaklah diberikan kepada pelajar-pelajar dan disemak

31

i-DESSO 2021

24.9 Pemeriksaan buku latihan oleh Pengetua / Penolong Kanan / Ketua Bidang boleh dilakukan
pada bila-bila masa dikehendaki ( termasuk masa penyeliaan pengajaran &
pembelajaran).

24.10 Pelawat / Penjaga tidak dibenar masuk ke kelas kecuali pelawat datang dengan Pengetua
atau Penolong Kanan.

24.11 Pembacaan dari buku teks tidak digalakkan dan pemberian nota dikekalkan pada
peringkat minima.

24.12 Guru yang mengajar pada masa akhir bertanggungjawab memastikan pelajar beratur
dan ke surau untuk sembahyang zohor.

25. GURU BERTUGAS MINGGUAN

25.1 Semua guru akan diminta menyempurnakan tugas ini secara bergilir-gilir mengikut hari.
Dalam tiap-tiap satu minggu persekolahan, beberapa orang guru akan bertugas. Nama
teratas adalah ketua guru bertugas bagi minggu berkenaan. Pastikan guru bertugas
mingguan peka akan minggu bertugas.

25.2 Laporan-laporan tertentu dicatatkan di dalam Buku Log Laporan Guru Bertugas untuk
makluman dan perhatian Pengetua / Penolong Kanan dan guru-guru. Buku ini hendaklah
diserahkan kepada PK Pentadbiran sebelum sekolah bersurai pada hari berkenaan untuk
ditandatangani.

25.3 Guru Bertugas hadir ke sekolah 15 minit awal bagi memastikan perjalanan sekolah bagi
hari / minggu berkenaan.

25.4 Guru bertugas mingguan / harian bertindak sebagai pengawal perhubungan sekolah.
25.5 Membantu mengawasi disiplin dan kebajikan murid iaitu :

 Mengawasi pergerakan murid semasa persekolahan dan waktu pulang
 Memberi perhatian kepada murid-murid yang lambat ke sekolah.
 Memberi perhatian kepada murid-murid yang keluar kelas tanpa kebenaran.
 Mengendalikan perhimpunan murid dan membuat pengumuman yang berkaitan.
 Menyambut murid di pintu pagar selaras dengan Konsep Sekolah Penyayang.
 Memastikan tahap kebersihan sekolah terpelihara – kantin, kaki lima, tandas, bilik

darjah, bilik khas dan lain-lain.
 Dapatkan maklumat tentang perhimpunan sehari sebelum perhimpunan.

32

i-DESSO 2021

26. GURU BERTUGAS HARIAN

26.1 Tanggungjawab Guru bertugas harian antara lain :-
i) Membuat rondaan ke bangunan dan kawasan sekolah. Memberikan laporan
tentang pemerhatian dan kebersihan sekolah serta cadangan untuk menambahbaik
keadaan persekitaran sekolah.
ii) Mencatat laporan dan butiran yang dikehendaki di dalam Buku Laporan Bertugas
dan dimaklumkan semasa perhimpunan mingguan.
iii) Bertanggungjawab mengatur dan menjaga tatatertib murid semasa perhimpunan
dan rehat.
iv) Waktu bertugas rasmi 7.30 pagi hingga 2.10 / 2.50 petang ( bergantung kepada
Jadual Waktu)
v) Pada umumnya untuk mempastikan bahawa peraturan dan undang-undang
sekolah dipatuhi oleh semua pelajar
vi) Membuat pemantauan kebersihan, keceriaan & Keselamatan kelas. Merekodkan
permarkahan dalam borang yang disediakan oleh unit 3K sekolah untuk anugerah
kelas terbaik.

27. MALAPETAKA

Hari persekolahan tidak dapat dilaksanakan kerana malapetaka seperti banjir,gempa bumi,
darurat dan lain-lain, guru-guru hendaklah datang seperti biasa. Hari sebegini tidak boleh
dianggap sebagai hari cuti sekolah kecuali pernyataan rasmi dikeluarkan.

28. HAL-HAL LAIN

28.1 Panduan di atas tidak seharusnya dianggap lengkap tetapi hendaklah dijadikan sebagai
pegangan dalam kerja-kerja guru setiap hari.

28.2 Arahan-arahan lain akan diberikan dari semasa ke semasa dalam mesyuarat guru dan
arahan-arahan ini hendaklah dipatuhi.

28.3 Guru digalakkan mengadakan kelas tambahan pada waktu luar jadual waktu
pembelajaran sebagai usaha membimbing pelajar mencapai kecemerlangan akademik.

28.4 Sebagai guru, kita memikul tanggungjawab yang pelbagai terhadap pendidikan pelajar
dan memainkan peranan penting dalam usaha membentuk akhlak yang mulia, bertimbang
rasa, bertanggungjawab, bekerjasama, taat setia sebagai persediaan dalam hidup

33

i-DESSO 2021

mereka untuk mengharungi abad ke-21 dan seterusnya, sesuai dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Demi Kerana Allah.
28.5 Semua guru dan kakitangan secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan Staf. Jumlah
yuran tertakluk kepada keputusan mesyuarat.Semua ahli diwajibkan menyertai kegiatan
yang dianjurkan.
28.6 Guru-guru boleh berjumpa dengan Pengetua pada bila-bila masa mereka lapang.
28.7 Guru-guru mestilah menghadirkan diri dalam semua upacara yang dianjurkan oleh sekolah
seperti Hari Sukan, Hari Kokurikulum, Hari Penyampaian Hadiah, Hari Keluarga, Majlis Ilmu,
Majlis Keagamaan dan Jamuan Tahunan Kelab Guru dan Staf.
28.8 Kita sama-sama bertanggungjawab mempastikan kawasan sekolah kita selaras dengan
konsep Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) dan 3K.
28.9 Guru-guru tidak boleh membincangkan perkara-perkara yang bersangkutan dengan guru-
guru dan juga kakitangan di dalam kelas.
28.10 Guru-guru Kanan dinasihatkan membantu guru-guru baru dan GSTT dalam semua aspek
dan menunjukkan minat mendalam dalam sebarang gerak kerja sekolah agar dapat
menjadi teladan kepada mereka.
28.11 Semua guru diharapkan mencurahkan seluruh taat setia kepada Allah, Tuhan, Rasul Ibu
Bapa, Negara dan Sekolah.
28.12 Sebarang kerumitan dan permasalahan dalam menjalankan tugas patut di bawa ke
pengetahuan pihak pengurusan.
28.13 Guru hendaklah berusaha untuk mewujudkan di dalam jiwa murid semangat taat setia dan
patuh kepada peraturan-peraturan sekolah.
28.14 Semasa cuti, guru hendaklah memberi kerja / cuti terancang kepada pelajar. Bagi kelas-
kelas peperiksaan tahun berikutnya, berikan mereka persediaan bahan / kerja untuk tahun
berikutnya ketika cuti semester 2.
28.15 Tugas-tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah
(Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997)

 Perintah Am: Bab A
15. “Seseorang pegawai adalah dikehendaki menjalankan tugas

jawatannya dan lain-lain tugas yang sesuai yang dia mungkin diarahkan
untuk menjalankan dari semasa ke semasa”
28.16 Akhir sekali, saya mengalu-alukan agar guru kreatif , iltizam, dinamik dan progresif serta
sentiasa bekerjasama dalam usaha mencapai visi dan misi SMKSO.

34

i-DESSO 2021

DASAR –DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN

PENGENALAN

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan Negara
keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identity dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
DASAR-DASAR PERPADUAN

1. DASAR PENDIDIKAN – FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2. AKTA BAHASA KEBANGSAAN – Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
3. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
4. SUKAN ALAT PERPADUAN

35

i-DESSO 2021

36

i-DESSO 2021

37

i-DESSO 2021

38

i-DESSO 2021

39

i-DESSO 2021

“Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah
ramai kapal karam didalamnya. Kalau muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa,

nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.”

40

i-DESSO 2021

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.”

41

i-DESSO 2021

42

i-DESSO 2021

43

i-DESSO 2021

44

i-DESSO 2021

45

i-DESSO 2021

46

i-DESSO 2021

MAKLUMAT STAF SOKONGAN 2021

47

i-DESSO 2021

JANUARI 2021

TARIKH HARI PERKARA/ AKTIVITI TINDAKAN
20-Jan Rabu PK PPKI
21-Jan Khamis Mesyuarat PPKI bil 1/2021 PKT6 Penyelaras Koko T6 /
22-Jan Jumaat Mesyuarat Pengurusan Tingkatan 6 Kali 1/2021 Semua Pelajar Sem 2 2021
23-Jan Sabtu Mesyuarat Agung PPU
24-Jan Ahad SU Disiplin
25-Jan Isnin Mesyuarat Disiplin (1) Unit HEM
Program ADAB Unit Kokurikulum
26-Jan Selasa Mesyuarat Agung Rumah Sukan Panitia Sejarah
Taklimat Penyelarasan Rubrik Pemarkahan Kerja Kursus
27-Jan Rabu STPM Sem.2 Tahun 2021 Untuk Guru :Sejarah Unit HEM
Program ADAB Unit Kokurikulum
28-Jan Khamis Mesyuarat Agung Unit Uniform Panitia Sejarah
Taklimat Penyelarasan Rubrik Pemarkahan Kerja Kursus
29-Jan Jumaat STPM Sem.2 Tahun 2021 Untuk Guru :Sejarah Penyelaras Koko T6
30-Jan Sabtu Taklimat Pengurusan Ko Kurikulum (10%) Unit HEM
31-Jan Ahad Program ADAB Unit Kokurikulum
Mesyuarat Agung Kelab Persatuan Panitia Pengajian Am
Taklimat Penyelarasan Rubrik Pemarkahan Kerja Kursus Panitia Bahasa Melayu
STPM Sem. 2 Tahun 2021 Untuk Guru : Pengajian Am &
Bahasa Melayu Unit Kokurikulum
Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Permainan Panitia Pengajian Am
Taklimat Penyelarasan Rubrik Pemarkahan Kerja Kursus Panitia Bahasa Melayu
STPM Sem. 2 Tahun 2021 Untuk Guru : Pengajian Am &
Bahasa Melayu UBK
Panitia Sejarah
Program Aspirasi Tingkatan 1
Taklimat Penyelarasan Rubrik Pemarkahan Kerja Kursus SU & Penyelaras TS25
STPM Sem.2 Tahun 2021 Kepada Pelajar: Sejarah
Mesyuarat JK TS25 bil 1/2021

48

i-DESSO 2021

FEBRUARI 2021

TARIKH HARI PERKARA/ AKTIVITI TINDAKAN
1 Feb Isnin
Program Aspirasi Tingkatan 1 UBK
2 Feb Selasa Taklimat Penyelarasan Rubrik Pemarkahan Kerja Kursus Panitia Pengajian Am &
3 Feb Rabu STPM Sem. 2 Tahun 2021 Kepada Pelajar : Pengajian Am Panitia Bahasa Melayu
& Bahasa Melayu
4 Feb Khamis Program Aspirasi Tingkatan 1 UBK
5 Feb Jumaat Mesyuarat Projek STPM Kali Pertama 2021 SU Projek STPM
6 Feb Sabtu Program Aspirasi Tingkatan 1 UBK
7 Feb Ahad Mesyuarat Pengurusan bil 2/2021 SU Pengurusan
Program Bengkel Pornografi T6 UBK/ SU Projek STPM
8 Feb Isnin Taklimat TS25 kepada semua guru SU & Penyelaras TS25
9 Feb Selasa Perjumpaan Pelajar T6 UBK
10 Feb Rabu
11 Feb Khamis LADAP 1 (Google Classroom) SU LADAP
12 Feb Jumaat Sambutan Pra-Tahun Baru Cina UBK
13 Feb Sabtu Motivasi SPM UBK
14 Feb Ahad Mesyuarat Majlis Permuafakatan PPKI
15 Feb Isnin Motivasi SPM UBK
16 Feb Selasa Sambutan Pra Perayaan CNY UBK
17 Feb Rabu Cuti CNY
Cuti CNY SU Projek PT3&SPM
18 Feb Khamis Cuti CNY UBK
19 Feb Jumaat Cuti CNY SU Pengurusan
20 Feb Sabtu Hari Kelepasan Am Negeri Unit Peperiksaan T6
21 Feb Ahad Mesyuarat JK Induk Projek Kecemerlangan PT3 & SPM Projek Kecemerlangan &
22 Feb Isnin Mesyuarat UPBK Bil 1/2021 UBK
Unit Peperiksaan T6
23 Feb Selasa Mesyuarat Pengurusan bil 3/2021
Ujian Diagnostik Sem. 2 2021 UBK
24 Feb Rabu Restu Ilmu SPM UBK
AJK SUMUR/AJK Disiplin
25 Feb Khamis Ujian Diagnostik Sem. 2 2021 SU Peperiksaan
SU SPM
Program Mentor Mentee UBK
Minggu Halatuju dan Pembugaran Emosi SU Peperiksaan
Pelancaran Jom ke Sekolah & SUMUR PPKI
Peperiksaan TOV (MPP1) PT3 & SPM SU SPM
Peperiksaan SPM 2020 UBK
Minggu Halatuju dan Pembugaran Emosi SU Peperiksaan
Peperiksaan TOV (MPP1) PT3 & SPM SU SPM
Mesyuarat JK Program Pend. Inklusif(PPI) AJK Kantin
Peperiksaan SPM 2020 SU Peperiksaan
Minggu Halatuju dan Pembugaran Emosi
Peperiksaan TOV (MPP1) PT3 & SPM
Peperiksaan SPM 2020
Mesyuarat Kantin
Peperiksaan TOV (MPP1) PT3 & SPM

49

26 Feb Jumaat Pengurusan Data Murid Cicir i-DESSO 2021
27 Feb Sabtu Peperiksaan SPM 2020
28 Feb Ahad UBK/Guru Kelas/JK Disiplin
Peperiksaan TOV (MPP1) PT3 & SPM SU SPM
Bengkel PRS
SU Peperiksaan
UBK

50


Click to View FlipBook Version