The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by inur7311, 2021-03-23 03:21:08

Peraturan Am Pengawas

Peraturan Am Pengawas

BADAN PENGAWAS SEKOLAH
SMK PADANG BERAMPAH
DISEDIAKAN OLEH :
NORAYA BINTI AWANG
KETUA GURU DISIPLIN

TAHUN TERBITAN : 2021

1.Pengawas Sekolah adalah dilantik oleh
pihak sekolah. Mereka dipilih daripada
murid-murid yang mempunai peribadi
baik, dapat memikul tanggungjawab
dengan jujur, dedikasi dan berani
menjalankan tugas.

2. Semua pengawas dilantik secara rasmi.
Mana-mana pengawas boleh dilucutkan
jawatan jika melanggar peraturan atau
tidak berkeupayaan menjalankan tugas
dengan baik.

3. Pengawas-pengawas adalah
bertanggungjawab untuk mengawasi
dan memastikan setiap peraturan
sekolah diikuti dan dipatuhi oleh
semua murid.

4. Arahan pengawas mesti dipatuhi oleh
semua murid. Menentang arahan atau
melawan pengawas adalah salah satu
kesalahan disiplin.

5. Pengawas adalah tertakluk di bawah
peraturan sekolah dan peraturan am
pengawas.

6. Pengawas-pengawas hendaklah
melaksanakan tugas yang diarahkan
oleh pihak sekolah dari semasa ke
semasa.

7. Membantu pihak sekolah melakukan
‘spot check ‘ kepada murid lain .

8. Pengawas sekolah juga mesti hadir
ke sekolah lebih awal daripada murid-
murid lain termasuk ke acara / majlis
rasmi .

9. Semua pengawas hendaklah
menjaga nama baik dan imej
Badan Pengawas sekolah sepanjang
masa.

Rakaman jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir
terutama kepada Tuan Pengetua, Tuan Azalan @ Azlan Bin Dimon. Tidak

lupa kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Sabran Bin Mamit
yang sentiasa memastikan Badan Pengawas Sekolah dapat bergerak

aktif dan efisien dalam segala gerak kerja yang dilakukan.
Barisan guru-guru yang sentiasa memberikan Kerjasama.
Akhir kata kepada barisan pengawas yang telah dilantik, jalankan
tanggungjawab dan tugas yang diberikan dengan penuh amanah.


Click to View FlipBook Version