Dirasmikan oleh: Tuan Zulkifle bin Hj. Kassim Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang Pengetua Tuan Adam bin Arip SMK Padang Berampah,Sipitang Selasa │02hb Mei 2023 │08.30 malam Streaming Via Youtube
Melahirkan modal insan yangberketrampilan dari segi sahsiah (jasmani, emosi, rohani dan intelek). Memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yangtelah melonjakkan peningkatan GPS sekolah dalam Peperiksaan SPM 2021 sehingga menjadi yang terbaik di peringkat Daerah Sipitang. Memberikan penghargaan kepadaguru-guru yangtelah berusaha menaikkan GPMP Mata Pelajaran dalam Peperiksaan SPM Tahun 2021. PIHAK SEKOLAH MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA : ENCIK ZULKIFLE BIN HJ KASSIM (PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SIPITANG) Pengetua Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Kokurikulum Ketua - Ketua Bidang Guru -guru dan Anggota Kaki Tangan Pelaksana Persatuan Ibu Bapa dan Guru Pelajar - Pelajar SMK Padang Berampah SaudaraFreddie Bilu bagimenjayakan MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MURID SPM TAHUN 2021 TERIMA KASIH PENGHARGAAN OBJEKTIF Mengiktirafkecemerlangan pelajar-pelajarSPM Tahun 2021 yangberjaya mengharumkan namasekolah sebagai Sekolah TerbaikSPM Tahun 2021 di PPD Sipitang dan pertamakali dilakaroleh SMK Padang Berampah sejaktahun 1989. Sebagai suntikan semangat kepada calon-calon SPM Tahun 2022 untuk mengulang kembali sejarah yang diciptaoleh pelajar SPM Tahun 2021. Menghargai komitmen dan kerja keras guru-guru mata pelajaran SPM yang berjaya meningkatkan Gred Purata Mata Pelajaran masing-masingberbandingSPM tahun 2020. MATLAMAT
Ucapan Alu-Aluan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid SPM Tahun 2021 Oleh En. Dawat Radang YDP PIBG SMK Padang Berampah Salam Sejahtera. Tuan-tuan dan puan-puan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihakyangterlibat dalam memastikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid SPM Tahun 2021 SMK Padang Berampah dapat disempurnakan dengan jayanya. Tahniah kepada semua pelajar cemerlangSPM 2021kerana telah mengahrumkan nama SMK Padang Berampah ke suatu tahap yang amat membanggakan seluruh warga sekolah. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya meningkatkan prestasi mata pelajaran masing-masing. Tuan-tuan dan puan-puan, ibu bapa dan semua pelajar yang dikasihi. Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar SPM 2021 merupakan suatu majlis yang dirangka khas oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sebagai salah satu pengiktirafan kepada semua pelajar yang berjaya menunjukkan peningkatan yang membanggakan dalam bidangakademik. Saya percaya majlis seumpama ini adalah selari dengan matlamat memotivasikan murid agar terus berjaya mencapai kecemerlangan, tanpa mengambilkira latarbelakangekonomikeluarga murid yangterlibat. Matlamat untuk mendapatkan keputusan cemerlang sewajarnya dijadikan sebagai satu hala tuju yang positif dalam kalangan diri pelajar. Saya amat mengharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan dan melibatkan semua pelajar yang menunjukkan peningkatan dan kemajuan dalam akademik. Tuan-tuan dan puan-puan. Kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita di sekolah ini adalah bukti kepada kesungguhan dan komitmen yang tidak pernah luntur barisan guru-guru yang sentiasa mengambil pendekatan, merangka program, merencana idea semata-mata bagi memastikan setiap daripada anak-anak kita memperolehikejayaan dan kecemerlangan samaada dalam akademik mahupun kokurikulum. Kejayaan ini juga adalah bukti kepada kukuhnya jalinan silaturahim yang wujud di antara warga sekolah dan ibu bapa pelajar. Dengan itu, saya memohon kepada semua ibu bapa pelajar agar sentiasa memberikan sokongan padu tanpa berbelah bahagi terhadap apa jua program dan aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah. Ini kerana, saya yakin dan percaya setiap perancangan program dan aktiviti yang dirangka adalah bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu berusaha memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bahkan, ianya juga bertujuan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Hadirin hadirat yang dihormati. Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru-guru mengajar, pakarnya pihak pentadbiran mengurus sekolah, tetapi ianya perlu berjalan seiring dengan kemenjadian pelajar dari aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum. Bahkan, komitmen padu, kerjasama rapat, ikatan silaturahim yang erat di antara guru dan ibu bapa turut menjadi penyumbang kepada kecemerlangan sekolah dan pelajar-pelajarkeseluruhannya.
Suka saya ingatkan kepada semua ibu bapa agar tidak sambil lewa dan melepaskan semua tanggungjawab mendidikanak-anakkepadaguru-guru dan sekolah semata-mata. Amat molekkiranya kita boleh duduk berbincang tanpa ada rasa sangsi, tanpa ada rasa saling menyalahkan dalam usaha mencapai suatu kata putus yang akan memberikan keuntungan kepada semua pihak. Elakkan sikap menuding jari sesama kita jika timbul suatu masalah yang melibatkan anak-anak kita sebaik kita bersama-samabermusyawarah bagi mengambilkata sepakat dan jalan penyelesaian yangterbaikibarat menarikrambut dalam tepung; rambut tidak putus, tepungtidakberselerak. tTuan-tuan dan puan-puan, ibu bapa pelajar SMK Padang Berampah yang dihormati. Rakaman jutaan terimakasih jugakepadabarisan AJK Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid SPM bagi tahun 2021kerana memungkinkan majlis ini dilangsungkan walau dalam suasana dan norma baharu. Akhir sekali, saya tinggalkan tuan-tuan dan puan-puan dengan serangkap pantun buat renungan kita bersama, semoga menjadi panduan dalam kita berusaha mendidik anak-anak kita merangkul kecemerlangan akademik dan sahsiah terpuji. Sampan kotak hilirke mudik, Dayung patah galahsebatang Ikhtiar tidak datangbergolek, Akal tidak datang melayang. Sekian dan terimakasih.
Ucapan Pengetua Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid SPM Tahun 2021 Oleh En. Adam bin Arip Pengetua SMK Padang Berampah Assalamualaiku wbt, Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Hebat, Salam PPD Sipitang The Best Bersama Mengungkayahkan Kecemerlangan dan Salam SepakatSMKPB Hebat. Tuan-tuan dan puan-puan. Saya ingin merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah swtkerana diberi peluang untukberama tuantuan, puan-puan dan hadirin sekalian dalam majlis bersejarah penuh bermakna kepada seluruh warga SMK padang Berampah. Bagi pihaksekolah, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terimakasih kepada Tuan Zulkiflebin Hj Kassim, Pegawai Pendidikan Daerah Sipitangkerana sudi menerima jemputan merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid SPM Tahun 2021 bagi meraikan kecemerlangan pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun 2021 yang telah berjaya mengharumkan dan melonjakkan nama sekolah sebagai sekolah terbaik SPM peringkat Daerah Sipitang. Tuan-tuan dan puan-puan, ibu bapa dan semua pelajar SPM tahun 2021 Mewakili pihak sekolah, rakaman sejuta kemaafan dipohon atas kelewatan menjalankan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar SPM tahun 2021. Lantaran beberapakekangan dan halangan yang tidak dapat diatasi. Walau bagaimanapun, sebagai tanda menghargai dan mengenang usaha tanpa jemu semua pelajar yang tidak pernah mengenal erti penat dan mengalah sehingga menjadikan kecemerlangan mereka dalam peperiksaan SPM 2021 sebagai suatu pencapaian sekolah yang terbaik serta menjadi sejarah dan rekod baru pencapaian SPM daerah Sipitang. Maka atas inisiatif dan kesungguhan pihak sekolah, pada hari ini Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar SPM 2021 disempurnakan. Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah swt. Tidak dinafikan, peranan PIBG dalam usaha meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang akdemikkhasnya,kokurikulum, pembangunan fizikal dan pembentukan modal insan adalah sangat diharapkan agar institusi ini dapat bergerak seiring dengan pihak pengurusan sekolah. Adalah diharapkan agar ibu bapa peka dan sentiasabergandingbahu membantu kepimpinan PIBG supaya dapat mewujudkan satu pasukan yang mantap dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Ini lantaran, PIBG adalah merupakan satu wahana yangamatberkesan bagi ibu bapaberbincang dan memberi pandangan yang perlu demi kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak SMK Padang Berampah. Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin yang dirahmati. Suka untuk saya kongsikan di sini bahawasanya SMK Padang Berampah berjaya menjadi sekolah terbaik peringkat PPD Sipitangseterusnya mencatat sejarah dan rekod SPM daerah Sipitang, Dalam peperiksaan SPM 2021, SMK Padang Berampah telah merekodkan GPS sebanyak 4.82. Pencapaian GPS telah menunjukkan peningkatan sebanyak0.35berbanding pencapaian GPSbagi tahun 2020. Malah, pencapaian GPS bagi Peperiksaan SPM tahun 2021 telah mencatatkan pencapaian yang terbaiksepanjangtempoh 1989- 2020.
Pencapaian yang sememangnya indah untuk dikenang dan manis untuk sentiasa diucapkan apabila pada SPM tahun 2021 terdapat seorang pelajar berjaya memperoleh keputusan 9A untuk semua mata pelajaran yang diambil. Tuan-tuan dan puan-puan, ibu bapa pelajar yang dihormati. Peperiksaan SPM tahun 2021 telah menunjukkan peningkatan prestasi berterusan yang amat membanggakan dan mengujakan bagi beberapa mata pelajaran untuk tempoh tiga tahun iaitu tahun 2019, 2020 dan yangterbaru tahun 2021. Antara mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan GPMP ialah Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Geografi, Reka Cipta, Ekonomi, Sains Komputer, Biologi, Sains Sukan dan, Tasawur Islam Tuan-tuan dan puan-puan, ibu bapa dan pelajar SMK Padang Berampah yang dikasihi Tanah serendah taman larangan, Nampakgemilang dari Lingga Syabas dan tahniah kami ucapkan Andacemerlangsekolah berbangga Tuan-tuan dan puan-puan,barisan pelajar cemerlangSMK Padang Berampah Akhir kalam, semua kejayaan hari ini; kecemerlangan akan datang tidak akan tercapai jika tidak wujud saling kebergantungan antara kita semua warga SMK Padang Berampah. Sesungguhnya, setiap salah satu daripada kita memainkan peranan penting dalam memacu keunggulan dan kecemerlangan akademik sekolah kita. Kita tidak boleh bekerja sendiri, sebagaimana saya memerlukan anda semua untukbersama-sama sayabergandingbahu mengembeleng tenaga demi unyuk mencapaikejayaan dan kecemerlangan sebagaimana yangtelah kitakecapi sepanjangtahun 2021 terutamanya dalam bindang akademik.Buai laju-laju, Sampai pokoksena SMK padang Berampah terus maju Hinggaterajui dunia Dengan rasa rendah diri, saya memohon kerjasama anda semua untuk bekerja bersama-sama demi kemenjadian dan kejayaan anak-anak didikkelahiran SMK Padang Berampah. In Shaa Allah. Sekian dan terimakasih
Ucapan Perasmian Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid SPM Tahun 2021 Oleh Tn. Zulkifle bin Hj. Kassim Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang Assalamualaikum wbt, Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Hebat, Salam PPD Sipitang The Best Bersama Mengungkayahkan Kecemerlangan . Tuan-tuan dan puan-puan. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan SMK Padang Berampah, Sipitangkerana sudi mengundangsayabagi menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis meraikan kejayaan serta memberikan pengiktirafan ke atas kecemerlangan pelajar SPM tahun 2021. Tahniah kepadabarisan guru yangtelah berjaya memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan golongan cerdik pandai dan modal insan yangberkualiti. Adalah diharapkan agar majlis ini dapat dijadikan suntikan semangat serta asaskepada permulaan anjakan paradigma menjana modal insan yangterbilang di persada pendidikan negara. Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dimuliakan Allah swt Bersempena dengan hari yang bersejarah ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabaskepada pelajar-pelajar yangberjaya melakarkecemerlangan dalam Peperiksaan SPM bagi tahun 2021. Keputusan yangamat membanggakan, lonjakan pencapaian yang luarbiasa dan terbaik bukan sahaja dalam sejarah sekolah tetapi juga di peringkat Daerah Sipitang. Sesungguhnya, pencapaian anak-anak SPM tahun 2021 bukan sahaja membanggakan seluruh warga sekolah bahkan juga secara peribadi membanggakan saya dan Pejabat Daerah Sipitang. Suatu pencapaian yang amat memberangsangkan dengan lonjakan pencapaian yang amat luar biasa. TAHNIAH sekali lagikepada semua pelajar SPM tahun 2021, ibu bapa pelajar dan tidak lupa kepada guru-guru SMK Padang Berampah yang sentiasa komited dan bersemangat bagi memastikan semua pelajar cemerlang dalam mata pelajaran yang diambil. Hadirin yang dirahmati Allah swt Sesungguhnya, dalam usaha melahirkan pelajar yangcemerlang, tidak dinafikan banyakagenda dan program boleh dirangkayang manaianyabersifat jangka panjang.Sememangnyaianya menuntut tenaga,masa dan wangringgit yangbukan sedikit , pada masayangsama memerlukan jalinan kerjasamaerat di semua peringkat, tetapi sayayakin ianyaakan dapat dilaksanakan dengan berkesan dibawah teraju En. Adam bin Arip selaku pengetua. Misalnya, dengan menganjurkan ceramah- ceramah kerjaya sekurang-kurangnya sebulan sekali kepada semua murid terutamakepada pelajar Tingkatan 5. Ianyabertujuan sebagai suatu medium kepada para pelajar agar merekabersedia untuk memilih laluan kerjaya yangbersesuaian dengan impian dan cita-cita mereka. Pihak sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah boleh menjemput penceramah luar atau sebaiknya alumni pelajar sekolah sendiri yang sudah terbuktiberjaya dalam dunia profesion pilihan mereka. Dengan ini, ianya akan membuka mata dan menyemarakkan lagi semangat anak-anak pelajar untuk menjadiberjaya seperti pelajar- pelajar yangterdahulu.
Selain dari itu, saya yakin dan amat percaya, pihak sekolah sentiasa mengadakan kelas-kelas bimbingan atau ceramah berbentuk motivasi. Program seumpamaamatberkesan bagi memastikan motivasi anak-anak pelajar sentiasaberkembang dan tidaklayu walau apapun ujian dan cabaran hidup yang mereka hadapi. Anak- anak pelajar perlu sentiasa diingatkan, sesungguhnya setiap ujian dan cabaran yang datangadalah penguat semangat dan bukannya pematah semangat untuk berjaya. Hadirin yang dihormati, Saya sering kali mengingatkan kepada pengetua dan guru-guru untuk sentiasa mengenalpasti bakat yang dimiliki oleh anak- anak pelajar sejak dari sekolah rendah lagi. Asahlah bakat terpendam yang dimiliki oleh anak-anak pelajar agar ianya dapat dikembangkan dan diketengahkan. Saya amatberbangga, apabila dimaklumkan ada anak-anak pelajar SMK Padang Berampah berjaya mencungkilbakat merekabukan sahaja dalam bidangkurikulum bahkan juga kokurikulum. Bakat yangsememangnyaboleh pergi jauh jika diasah dan digilap sebaiknya. Rasanyabelum terlambat untuk saya merakamkan setinggi- tinggi tahniah kepada anak- anak pelajar yangberjaya membawa nama sekolah dan daerah ke peringkat kebangsaan dan persada antarabangsa. Tuan-tuan dan puan-puan, para pelajar yang dikasihi. Sebagai anak jati kelahiran daerah Sipitang, saya amat mengharapkan agar lebih ramai pelajar cemerlang dapat dilahirkan.Sayasentiasa mengimpikan, peluang-peluang pekerjaan yang wujud di daerah ini dipenuhi dan diisi sebahagiannya oleh anak-anakSipitangsendiri. Sesungguhnya,saya amat yakin dan percaya dengan komitmen semua guru, dokongan dan sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang, ianyabukan hanya setakat angan-angan Mat Jenin tetapi mampu menjadi realiti yang pasti. In Shaa Allah. Tuan-tuan dan puan-puan. Kepada para pelajar yang kurang bernasib baik yang memperolehi keputusan yang kurang menggembirakan , nasihat saya, teruslah melangkah, jadikan keputusan yang diperolehi untuk anak-anakbangkit mengejar impian. Kerana, kejayaan sebenarbukan terletak padabilangan A yang diperolehi sebaliknya pada kesungguhan serta iltizam yang jitu untuk mencipta kejayaan. Gandakan kesungguhan dan kerajinan pada apa jua perkara yang dilakukan. Ini kerana, saya percaya, anak-anak yang berjaya dan mampu meraih kejayaan cemerlang pada hari ini adalah mereka yangsentiasa menggandakan kesungguhan usaha dan kerajinan mereka hingga akhirnya mereka mampu memperolehikeputusan yang merekaimpikan. Akhirkata, saya sekali lagi ingin mengambilkempatan mengucapkan tahniah dan syabaskepada seluruh warga SMK Padang Berampah kerana berjaya menganjurkan Majlis Apresiasi Kecemerlangan PelajarSPM tahun 2021 dengan jayanya. Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, maka dengan lafaz Bismillahirrahmanirranim, Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang, saya dengan ini Merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan PelajarSPM tahun 2021,SMK Padang Berampah. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
ATURCARA MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MURID SPM TAHUN 2021 Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanahairku dan Lagu Sekolah Berilmu Berdisiplin Bacaan Doa Ucapan YDP PIBG - En. Dawat Radang Ucapan Pengetua- En. Adam bin Arip Ucapan Perasmian Tn. Zulkiflebin Hj. Kassim Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang Montaj Penyampaian Anugerah I Anugerah Pelajar CemerlangSPM Tahun 2021 Persembahan Tarian Mangunatip Penyampaian Anugerah II Anugerah Pelajar Cemerlang Top 11 SPM 2021 Persembahan Istimewa Penerima Anugerah Penyampaian Anugerah III Anugerah Peningkatan Gred Purata Murid Anugerah Lonjakan MP Terbaik Teras Anugerah Lonjakan MP Terbaik Elektif Penyampaian Anugerah IV Anugerah Khas Murid
AHLI JAWATANKUASA INDUK MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MURID SPM TAHUN 2021 PENGERUSI En. Adam bin Arip Pengetua TIMBALAN PENGERUSI En. Wirabin Idris Penolong Kanan Pentadbiran NABI PENGERUSI I En. Dawat Radang YDP PIBG NAIB PENGERUSI II En.Sabran bin Mamit Penolong Kanan HEM NAIB PENGERUSI III Pn. KertinciSelutan Penolong Kanan Kokurikulum PENYELARAS Pn. Zuraidah Ahmad PENOLONG PENYELARAS En. Muhammad Junaidi Timbang SETIAUSAHA Pn. Norayabinti Awang TIMBALAN SETIAUSAHA Pn. Afini Haminin BENDAHARI Pn.Suria Ajit AHLI JAWATANKUASA INDUK
AHLI JAWATANKUASA KERJA MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MURID SPM TAHUN 2021 PANEL PEMILIH Pn. LynneyJapiri MULTIMEDIA Pn. Siti Aminah Jairin Pn. Munawarah Baharuddin BACAAN DOA En. Roslan bin Omar RAKAMAN /SUNTINGAN En. Mohd Ardibin Asbullah En.Freddie Bilu JURUACARA / PENYEDIAAN TEKS UCAPAN Pn. Norayabinti Awang PERSEMBAHAN CikSuzannie Mansiang En. Mohd Ardibin Asbullah HADIAH DAN SIJIL Ketua-Ketua Panitia AHLI JAWATANKUASA KERJA
Kelvin Nicxton Markus Cemerlang MP Pendidikan Moral Pra-U, SMK Sindumin Fatima Aziz Cemerlang MP BahasaInggeris Diploma In Marketing, Politeknik Kota Kinabalu Ruzaimi Rumji Cemerlang MP Bahasa Melayu Sharin Masri Cemerlang MP Sains Diploma Hotel Management Jasper Sarag Jimmy Cemerlang MP Pendidikan Moral Sijil Tekologi Automotif Tahap 2, Giatmara Sipitang ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN
Haikal Mursidie Cemerlang MP Perniagaan Diploma Pentadbiran Perniagaan , UiTM Kota Kinabalu Nurdiana Alias Cemerlang MP Tassawur Islam Diploma In Tourism Management, University College Sabah Foundation Odreanddy Pengiran Cemerlang MP Pendidikan Seni Visual Diploma Kepolisan & Penyiasatan, Newton International College Saw Siew Hui CemerlangMP Perniagaan Kolej Tingkatan Enam, Puchong, Selangor Jasmine Farah Ain Binti Harzit Cemerlang MP Pendidikan Islam Pra-U, SMK Sindumin ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN
Junathan Bin Lisa Cemerlang MP Pendidikan Moral Mohd. Amirul Sarin Cemerlang MP Pendidikan Islam Tassawur Islam Institusi Latihan Perindustrian Labuan Cheryl Mellvia Lupung Cemerlang MP Pendidikan Moral Sains Marlia Marali Cemerlang MP Bahasa Melayu Pendidikan Islam Pra U, SMK Sindumin Fovia Shein Cemerlang MP Bahasa Melayu Sains Perniagaan Pra U, SMK Pengiran Omar ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN
ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN Norainaa Md Tajudin Cemerlang MP Pendidikan Islam Perniagaan Tasawwur Islam Diploma In Marketing, Politeknik Kota Konabalu Abigail Alau R. Sadom Cemerlang MP Pendidikan Moral Sejarah Matematik Sains Komputer, Matrikulasi Labuan Sukma Sumengge Alam Cemerlang MP Bahasa Melayu Sejarah Matematik Pra U, SMK Pengiran Omar Nur Syazana Zaf irah Cemerlang MP BahasaInggeris Matematik Pendidikan Seni Visual Diploma In Animations, Games and Visual Ef ects, Nanyang Polytechnics Singapore Joycerica Nurnathani Juliman Cemerlang MP Sejarah Geografi SainsSukan Pra U, SMK Sindumin
Nur Fazleana Ezzany Juserie Cemerlang MP Peniagaan Tasawwur Islam Diploma Keusahawanan Tani, UiTM Kota Kinabalu Garry Van Flo Fiorence Cemerlang MP Bahasa Melayu Matematik Sains Diploma In Civil Engineering, Kolej Polytech Mara, Kuantan Eveyah Sweyen Markus Cemerlang MP Pendidikan Moral Sains Pendidikan Seni Visual Pra U, SMK Telupid Darina Radzir Cemerlang MP Bahasa Melayu Geografi Reka Cipta Norlyn Syahana Roslin Cemerlang MP Bahasa Melayu Pendidikan Islam Sejarah Matematik Pra U, SMK Pengiran Omar ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN
Nur Anissyuriana Eleson Cemerlang MP Bahasa Melayu Sejarah Sains Perniagaan Perakaunan, Matrikulasi Labuan Nurhidayah Nahar Cemerlang MP Bahasa Melayu Sejarah Geografi SainsSukan Pra U, SMK Pengiran Omar Liyana Haziqah Rasik Cemerlang MP BahasaInggeris Sejarah Perniagaan Ekonomi Perakaunan, Matrikulasi Labuan Siti Nur Maisara Janurin Cemerlang MP BahasaInggeris Pendidikan Islam Sejarah Matematik Asasi Sains Perubatan UniKL, Royal College Of Medicine Perak Anna Vivienne Augustine Cemerlang MP Bahasa Melayu BahasaInggeris PendidikanMoral Sejarah Matematik Sains Hayat, Matrikulasi Labuan ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN
Muhammad Yusri Jufri Cemerlang MP BahasaMelayu Matematik Sains Perniagaan Ekonomi Pra U, SMK Pengiran Omar Davina Dyanney Low Man Chong @ Sibley Cemerlang MP Bahasa Melayu BahasaInggeris PendidikanMoral Sejarah Matematik Sains Hayat, Matrikulasi Labuan Nur Afiqah Mahrup Cemerlang MP Bahasa Melayu Pendidikan Islam Sejarah Sains SainsSukan Diploma Pendidikan Awal kanak-kanak, Universiti Tun Abdul Razak Audrey Leya Daud Cemerlang MP BahasaInggeris Pendidikan Moral Sejarah Matematik Pendidikan Seni Visual Foundation In Science, City University Malaysia Sabah ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN
Imelda Shane Sitin Cemerlang MP Pendidikan Moral Sejarah Geografi Reka Cipta SainsSukan Pra U, SMK Sindumin Nor Hannah Kario Jamali Cemerlang MP Bahasa Inggeris Sejarah Sains Geografi Reka Cipta SainsSukan Foundation In Management, University College of Aviation Malaysia Vanessa Denis Cemerlang MP Bahasa Melayu BahasaInggeris Sejarah Sains Geografi Reka Cipta Diploma Pentadbiran Awam, UiTM Kota Kinabalu Petria Tiana Johnny Cemerlang MP Bahasa Melayu Sejarah Sains Geografi Reka Cipta SainsSukan Pra U, SMK Sindumin ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN
Afliana Alias Cemerlang MP Bahasa Melayu Pendidikan Islam Sejarah Sains Reka Cipta SainsSukan Pra U, SMK Sindumin Nur Qadisah Maisarah Binti Japanis @ Osman Cemerlang MP Bahasa Melayu BahasaInggeris Sejarah Sains Geografi SainsSukan Asasi Undang-Undang, UiTM Dengkil, Selangor Nur Adila Adriani Junaidi Cemerlang MP Bahasa Melayu BahasaInggeris Pendidikan Islam Sains Geografi Sains Komputer Pra U, SMK Pengiran Omar Mc Fadden Dick Murang Michael Cemerlang MP Pendidikan Moral Sejarah Sains Geografi Reka Cipta SainsSukan Pra U, SMK Sindumin ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN
Nisa Syarilla Venerando Eslit Cemerlang MP Bahasa Melayu Pendidikan Islam Sejarah Sains Geografi SainsSukan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Open University Malaysia Kota Kinabalu Nur Maisa Milkasa Cemerlang MP Bahasa Melayu Pendidikan Islam Sejarah Sains Perniagaan TassawurIslam Nur Natika Jeri Cemerlang MP Bahasa Melayu Pendidikan Islam Sains Geografi Reka Cipta SainsSukan Diploma Kejururawatan, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Muhammad Azim Zainuddin Cemerlang MP Bahasa Melayu Pendidikan Islam Sejarah Sains Reka Cipta SainsSukan Pra U, SMK Sindumin ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN
Izet Iswandy Cemerlang MP Bahasa Melayu Pendidikan Islam Sejarah Matematik Sains Geografi SainsSukan Pra U, SMK Sindumin Wizieana Ehir Cemerlang MP Bahasa Melayu Pendidikan Moral Sejarah Sains Geografi Reka Cipta SainsSukan Pra U, SMK Sindumin Raynold Abdullah Cemerlang MP Bahasa Melayu BahasaInggeris Pendidikan Islam Sejarah Matematik Sains Ekonomi Perakaunan, Matrikulasi Labuan ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN
Noremiliana Tanan Cemerlang MP Bahasa Melayu Pendidikan Islam Sejarah Matematik Sains Perrniagaan Ekonomi Perakunan , Matrikulasi Labuan Sandy Ruran Kamua Cemerlang MP BahasaInggeris Pendidikan Moral Sejarah Matematik Sains Geografi Reka Cipta SainsSukan ACCA Foundation In Accountancy, Universiti Poly-Tech Malaysia Ferdenand Pur Robert Cemerlang MP Bahasa Melayu BahasaInggeris Pendidikan Moral Sejarah Matematik Sains Geografi Reka Cipta SainsSukan Diploma In Science, UiTM Kuching ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN
Davina Dyanney Binti Low Man Chong @ Sibley 2[A+] 2[A] 1[A-] 1[B+] 2[B] C+] Ferdenand Pur Robert 1[A+]7[A] 1[A-] Noremiliana Tanan 1[A+]4[A] 2[A-] 1[B+] NisaSyarilla Venerando Eslit 1[A+]4[A] 1[A-] 2[B+] 1[D] Nur Maisa Milkasa 1[A+]4[A] 1[A-] 1[B+] 1[C] 1[E] Nor NatikaJeri 1[A+]3[A] 2[A-] 3[B+] TERBAIK SPM TAHUN 2021 TOP 11
Izet Iswandy 1[A+]2[A]4[A-] 1[B] Audrey Leya Daud 1[A+] 2[A] 2[A-] 1[B+] 1[C] 2[D] ImeldaShaneSitin 1[A+] 1[A] 3[A-] 2[B+] 1[D] 1[E] Sandy Ruran Kamua 6[A] 2[A-] 1[B+] Wizieana Ehir 5[A]2[A-] 1[C] 1[E] TERBAIK SPM TAHUN 2021 TOP 11
Ferdenand Pur Robert 1.00 Sandy Ruran Kamua 1.44 Noremiliana Tanan 1.38 TERBAIK SPM ( GRED PURATA MURID )
6.97 6.09 BahasaInggeris 0.91 5.33 4.65 Sains 0.68 5.23 4.79 Sejarah 0.44 ANUGERAH LONJAKAN GPMP MATA PELAJARAN (TERAS) SPM 2020 SPM 2021 SPM 2020 SPM 2021 SPM 2020 SPM 2021
4.52 2.36 Geografi 2.16 3.46 2.09 SainsSukan 1.37 2.75 1.64 Reka Cipta 1.11 ANUGERAH LONJAKAN GPMP MATA PELAJARAN (ELEKTIF) SPM 2020 SPM 2021 SPM 2020 SPM 2021 SPM 2020 SPM 2021
ANUGERAH KHAS MURID Ferdenand Pur Robert diputerakan pada 28 September 2004 di Hospital Bintulu,Sarawak. anakbongsu daripada3orangadikberadik. pelajar terbaik SPM tahun 2021 apabila memperolehi keputusan 1A+,7A dan 1A-. Keputusan tersebut turut dinobatkan sebagai pencapaian terbaik dalam sejarah SPM sekolah dengan keputusan 9A untuk semua mata pelajaran yang diambil. Pencapaian Peringkat Kokurikulum Tahun 2019, telah mewakili Daerah Sipitang dalam Kejohanan Sofbol MSS Sabah diSt. Patrick Tawau yang diadakanpoada10 hingga12hbJulai. Tahun 2020, mewakili Daerah Sipitangke Kejohanan Sofbol MSS Sabah di Tuaran pada24 hingga27Februari. Tahun yangsama, terpilih untuk mewakili NegeriSabah ke peringkat Kebangsaan, namun lantaran padamasatersebutbermulanyaera pandemik Covid-19, semua penyertaan terpaksa dibatalkan. Tahun 2021, sekali lagi mewakili NegeriSabah menyertai Cabaran Kemahiran Sofbol yang diadakan secaraatas talian, diadakan di Negeri Perak pada11 hingga 20 Oktobertahun 2021. Sifat Diri / Sahsiah / Jawatan Yang Dipertanggungjawabkan / Pegangan / Impian Merendah diri, soft spoken, mudah tersenyum dan disenangi oleh kawan diseganioleh lawan. Ketua PengawasSekolah Lelaki dan Ketua Pengawas Aspura. Pengerusi KelabSofbol dan Kelab ELSjuga menjalankan tanggungjawabsebagai Naib Pengerusi. Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia. Motto: I dontargue, I prove it. Impian : menjadi seorang yang berjaya dan mampu untuk membanggakan keduaibu bapa pada masayangsama mampu membalas jasa mereka. Cita-cita untuk menjadi seorang pakar fisioterapi,katanya, diaingin membantu memulihkan fungsi fizikal selain membantu meningkatkan keyakinan pesakit berkenaan untukterus menjalanikehidupan. Pada masa yang sama, penerima anugerah ini juga menyimpan impian untuk menjadi seorang guru dan menjadi seorang atlet sukan sofbol yang profesional dan bertanding di peringkat antarabangsa kerana ingin mengharumkan nama negarasekaligus mencetuskan inspirasikepadaatlet yanglain.
SEKALUNG BUDI RAKAMAN JUTAAN APRESIASI KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK DALAM MEMASTIKAN MAJLIS APRESIASI KECEEMERLANGAN MURID SPM TAHUN 2021 DAPAT DISEMPURNAKAN DENGAN JAYANYA. Hattaberseri majlis dek hadirnya pujangga pendeta Waimaceriatemasya dekindah bicara Sahih gemilangrias dektataacara Molekjalan berita dekindah wartanya. Banyakkelukke penarik Keluktumbuh pohon kuini Nan elokbawalah balik Nan takeloktinggal lah di sini Yangbaikitu datangnya dari Allah swt dan yangtidakbaikitu datangnya darikealpaan kami sebagai hambanya “KEJAYAAN YANG LUAR BIASA DICAPAI OLEH ORANG BIASA YANG BERUSAHA SECARA LUAR BIASA”
“SEPAKAT SMKPB HEBAT” “BERILMU BERDISIPLIN” Berdirinyabangunan indah, Harum namatercipta Satu tujuan satu matlamat Berpendidikan waja, Demi dasarberwawasan, Tingkat dayaberetika, Untuk membantu anak watanmu mencapai cita-cita Berilmu dan berdisiplin pegangan dan falsafah, Namamu ku sanjungsentiasa nilai yangberharga, Baktimu menerangi maya di setiap masa, Jasamu akan ku kenangSMK Padang Berampah, Jasamu akan ku kenangSMK Padang Berampah Melodi dan Lirik: Khairul Nizam Maskor