The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MAKeP 2K21 SMK Padang Berampah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by inur7311, 2021-12-15 21:50:34

BUKU PROGRAM MAKeP 2K21 SMK Padang Berampah

BUKU PROGRAM MAKeP 2K21 SMK Padang Berampah

PELAJAR CEMERLANG PENJANA PENDIDIKAN GEMILANG

MATLAMAT

❖ Mencapai kecemerlangan akademik sehingga ke peringkat tertinggi.
❖ Melahirkan modal insan yang berketrampilan dari segi sahsiah (jasmani, emosi,

rohani dan intelek).
❖ Menghargai murid-murid yang telah memberi sumbangan membantu kepada

peningkatan pencapaian GPMP Mata Pelajaran dan GPS sekolah dalam Peperiksaan
SPM 2020.
❖ Memberikan pengiktirafan kepada jerih payah dan kesusahan pelajar SPM 2020 yang
menghadapi kekangan pembelajaran secara bersemuka lantaran pandemik Covid-19.

OBJEKTIF

❖ Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang berjaya
mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2020.

❖ Membentuk keyakinan pelajar agar sentiasa positif dalam apa jua situasi demi
untuk mencapai kecemerlangan.

❖ Memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang telah memberikan kejutan
pencapaian prestasi yang membanggakan dalam Peperiksaan SPM 2020.

PENGHARGAAN

PIHAK SEKOLAH MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA:
ENCIK ZULKIFLE BIN HJ KASSIM

(PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SIPITANG)

Pengetua
Penolong Kanan Pentadbiran

Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Kokurikulum

Ketua-Ketua Bidang
Guru-guru dan Anggota Kaki Tangan Pelaksana

Para Penderma
Persatuan Ibubapa dan Guru

SMK Padang Berampah
Sdra Freddie Bilu
bagi menjayakan

MAJLIS ANUGERAH KEMILAU PERMATA (MAKeP) 2021

TERIMA KASIH

Ucapan Alu-Aluan
Majlis Anugerah Kemilau Permata (MAKeP) Tahun 2021

“ Pelajar Cemerlang Penjana Pendidikan Gemilang”

Oleh
TUAN AZALAN @ AZLAN BIN DIMON
PENGETUA SMK PADANG BERAMPAH

Assalamualaikum w.b.t ,Salam Sejahtera

Tuan-tuan dan puan-puan.

Saya ingin merafakan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk
bersama-sama, tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian dalam majlis bersejarah
kepada seluruh keluarga SMK Padang Berampah, walau ianya hanya dapat dijalankan
dalam suasana norma baharu melalui medium secara maya. Bagi pihak sekolah, saya
ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Dihormati, Encik
Zulkifle Bin Hj Kassim kerana sudi menerima jemputan merasmikan Majlis Anugerah
Kemilau Permata (MAKeP) bagi meraikan kecemerlangan pelajar-pelajar Tingkatan
5 tahun 2020 yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan memperolehi
keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2020.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua guru, ibu bapa, pelajar dan seluruh
keluarga SMK Padang Berampah atas kecemerlangan yang telah dicapai dalam
Peperiksaan SPM tersebut. Sesungguhnya, kejayaan anak-anak SPM 2020 tidak akan
dapat dicapai tanpa usaha gigih dan komitmen yang tinggi dalam kalangan pentadbir,
guru-guru, ibu bapa dan yang paling utama usaha pelajar itu sendiri. Justeru,
permuafakatan sangat penting antara ibu bapa dan guru melalui PIBG. Hubungan
yang erat, permuafakatan rapat, hubungan mesra disulami dengan kerjasama yang
padu di antara ibu bapa dan guru diibaratkan seperti aur dengan tebing; bulat air
kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Kerjasama ini sudah pasti menjadi
pendorong dan pemudahcara dalam setiap usaha ke arah kejayaan dan
kecemerlangan anak-anak pelajar yang menjadi tonggak masa hadapan.

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah swt.

Tidak dinafikan, peranan PIBG dalam usaha meningkatkan pencapaian sekolah
dalam bidang akademik khasnya; kokurikulum, pembangunan fizikal dan
pembentukan modal insan adalah sangat diharapkan agar institusi ini dapat
bergerak seiring dengan pihak pengurusan sekolah. Adalah diharapkan agar ibu
bapa peka dan sentiasa berganding bahu membantu kepimpinan PIBG supaya dapat
mewujudkan satu pasukan yang mantap dalam menghadapi cabaran era globalisasi.
Ini lantaran, PIBG adalah merupakan satu wahana yang amat berkesan bagi ibu bapa
berbincang dan memberi pandangan yang perlu demi kecemerlangan akademik
anak-anak SMK Padang Berampah. Bagi memastikan semua impian kejayaan itu
menjadi nyata, tidak dilupakan peranan dan pengorbanan barisan pendidik yang
telah berusaha sebaik mungkin dalam usaha menjadikan pelajar-pelajar SMK Padang
Berampah, menjadi insan yang mampu berfikir, bertindak matang serta mampu
mewarnai dunia.

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin yang dirahmati.

Saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua
pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun 2020 kerana berjaya memperolehi keputusan yang
amat menggembirakan mereka serta membanggakan seluruh keluarga SMK Padang
Berampah.

Suka untuk saya kongsikan di sini bahawasanya SMK Padang Berampah berjaya
menjadi Sekolah Terbaik menerusi Peperiksaan SPM Tahun 2020 dengan pencapaian
GPS sebanyak 5.17. Pencapaian GPS telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.54
berbanding pencapaian GPS bagi tahun 2019. Malah, pencapaian GPS bagi
Peperiksaan SPM tahun 2020 telah mencatatkan pencapaian yang terbaik sepanjang
tempoh 2016-2020. Bukan itu sahaja, SMK Padang Berampah juga telah menjadi
sekolah terbaik dalam pencapaian Peratus Layak Mendapat Sijil iaitu 96.46%.

Tuan-tuan dan puan-puan, ibu bapa pelajar yang dihormati.

Rakaman jutaan terima kasih juga kepada guru-guru Mata Pelajaran serta murid-
murid yang mengambil mata pelajaran Perniagaan. Ini kerana, mata pelajaran ini
turut dinobatkan sebagai mata pelajaran yang berjaya menunjukkan peningkatan
Gred Purata Mata Pelajaran yang tertinggi dengan peningkatan sebanyak 4.15.

Menerusi Peperiksaan SPM Tahun 2020 juga telah mencetuskan suatu fenomena
yang amat luar biasa dan membanggakan seluruh keluarga SMK Padang Berampah
apabila Bidang Bahasa di bawah teraju Ketua Bidang Pn Taziah Talib dengan
sokongan dan komitmen menyeluruh daripada semua guru di bawah Bidang Bahasa
telah menjadikan Bidang Bahasa merangkul pencapaian Keseluruhan Terbaik Unit
Bahasa seluruh Daerah Sipitang.

Antara kejayaan pencapaian Unit Bahasa, memperolehi GPMP terbaik daerah
dengan pencapaian sebanyak 4.30 melalui mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.
Mata Pelajaran berkenaan juga berjaya memperoleh keputusan lulus 100%,
peningkatan GPMP Tertinggi iaitu sebanyak 2.13 dan berjaya menunjukkan
peningkatan % Lulus Tertinggi iaitu sebanyak 7.14%.

Tahniah sekali lagi kepada guru mata pelajaran dan juga pelajar-pelajar SPM 2020
yang telah menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan. Tidak dinafikan
setiap penat lelah, jerih payah, pengorbanan semua guru dan pelajar akhirnya
berbaloi dan manis untuk dinikmati.

Tuan-tuan dan puan-puan, ibu bapa dan pelajar SMK Padang Berampah yang
dikasihi.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, ibu bapa pelajar SMK Padang Berampah.
Kejayaan manis yang dikecapi dalam Peperiksaan SPM 2020 keseluruhannya adalah
hasil kerja keras semua pihak, guru-guru, ibu bapa dan juga para pelajar itu sendiri.
Ini kerana, hampir semua mata pelajaran yang diambil oleh para pelajar Tingkatan 5
tahun 2020 berjaya menunjukkan peningkatan GPMP berbanding tahun 2019.
Antara mata pelajaran yang terlibat adalah Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik,
Sains, Geografi, Perniagaan, Kesusasteraan Melayu, Reka Cipta, Matematik
Tambahan, Ekonomi, Biologi, Sains Sukan, Tasawwur Islam, Bahasa Melayu dan Sains
Komputer.

Sekali lagi tahniah kepada semua guru mata pelajaran dan para pelajar yang terlibat.
Anda adalah yang hebat dan terbaik.

Tanah serendah taman larangan,
Nampak gemilang dari Lingga,

Syabas dan tahniah kami ucapkan ,
Anda cemerlang sekolah berbangga.

Tuan-tuan dan puan-puan, barisan pelajar cemerlang SMK Padang Berampah.

Akhir kalam, semua kejayaan hari ini; kecemerlangan akan datang tidak akan
tercapai jika tidak wujud saling kebergantungan antara kita semua keluarga SMK
Padang Berampah. Sesungguhnya, setiap salah satu daripada kita memainkan
peranan dalam memacu keunggulan dan kecemerlangan akademik sekolah kita.
Kita tidak boleh bekerja sendiri, sebagaimana saya memerlukan anda semua untuk
bersama-sama saya berganding bahu mengembeleng tenaga demi untuk mencapai
kejayaan dan kecemerlangan sebagaimana yang telah kita kecapi sepanjang tahun
2020 terutamanya dalam bidang akademik. Maka dengan itu, saya sekali lagi
menyeru kerjasama dan komitmen yang serupa daripada semua guru, AKP, ibu
bapa dan pelajar SMK Padang Berampah, untuk kita sekali lagi berpegangan tangan
demi untuk meraih dan mencapai kecemerlangan yang sama untuk tahun-tahun
mendatang.

Buai laju-laju
Sampai pokok sena
SMK Padang Berampah boleh maju
Hingga terajui dunia.

Akhir kata, dengan rasa rendah diri, saya memohon, kerjasama anda semua untuk
bekerja bersama-sama demi kemenjadian dan kejayaan anak-anak didik kelahiran
SMK Padang Berampah. In Shaa Allah.

Sekian dan terima kasih.

Ucapan YDP PIBG
Majlis Anugerah Kemilau Permata (MAKeP) Tahun 2021

“ Pelajar Cemerlang Penjana Pendidikan Gemilang”

Oleh
ENCIK JANURIN SUKIMAN @ SUKARMAN

YDP PIBG SMK PADANG BERAMPAH

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis
Anugerah Kemilau Permata SMK Padang Berampah dapat disempurnakan
dengan jayanya. Tahniah kepada semua pelajar cemerlang SPM 2020 kerana
telah melonjakkan nama SMK Padang Berampah ke suata tahap yang
membanggakan seluruh keluarga SMK Padang Berampah. Tahniah dan terima
kasih juga kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesioan perguruan
sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti dari aspek akademik
mahupun sahsiah diri.

Tuan-tuan dan puan-puan, ibu bapa dan semua pelajar yang dikasihi.

Majlis Anugerah Kemilau Permata merupakan suatu majlis yang dirangka khas
oleh pihak sekolah sebagai salah satu pengiktirafan kepada semua pelajar yang
berjaya menunjukkan peningkatan yang membanggakan dalam bidang
akademik. Saya percaya majlis seumpama ini adalah selari dengan matlamat
memotivasikan murid agar terus berjaya mencapai kecemerlangan, tanpa
mengambil kira latar belakang ekonomi keluarga murid yang terlibat. Matlamat
untuk mendapatkan keputusan cemerlang sewajarnya dijadikan sebagai satu
hala tuju yang positif dalam kalangan diri pelajar. Saya amat mengharapkan agar
program seumpama ini dapat diteruskan dan melibatkan semua pelajar yang
menunjukkan peningkatan dan kemajuan dalam akademik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan Allah swt.

Kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita di sekolah ini adalah bukti kepada
kesungguhan dan komitmen yang tidak pernah luntur barisan guru-guru yang
sentiasa mengambil pendekatan, merangka program, merencana idea semata-
mata bagi memastikan setiap daripada anak-anak kita memperolehi kejayaan
dan kecemerlangan sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum.

Kejayaan ini juga adalah bukti kepada kukuhnya jalinan silaturahim yang wujud
di antara warga sekolah dan ibu bapa pelajar. Dengan itu, saya memohon kepada
semua ibu bapa pelajar agar sentiasa memberikan sokongan padu tanpa
berbelah bahagi terhadap apa jua program dan aktiviti kecemerlangan yang
diadakan oleh pihak sekolah. Ini kerana, saya yakin dan percaya setiap
perancangan program dan aktiviti yang dirangka adalah bersesuaian dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu berusaha memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.

Bahkan, ianya juga bertujuan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Hadirin hadirat yang dihormati.

Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya
guru-guru mengajar, pakarnya pihak pentadbiran mengurus sekolah, tetapi
ianya perlu berjalan seiring dengan kemenjadian pelajar dari aspek akademik,
sahsiah dan kokurikulum. Bahkan, komitmen padu, kerjasama rapat, ikatan
silaturahim yang erat di antara guru dan ibu bapa turut menjadi penyumbang
kepada kecemerlangan sekolah dan pelajar-pelajar keseluruhannya.

Suka saya ingatkan kepada semua ibu bapa agar tidak sambil lewa dan
melepaskan semua tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru-guru dan
sekolah semata-mata. Amat molek kiranya kita boleh duduk berbincang tanpa
ada rasa sangsi, tanpa ada rasa saling menyalahkan dalam usaha mencapai
suatu kata putus yang akan memberikan keuntungan kepada semua pihak.
Elakkan sikap menuding jari sesama kita jika timbul suatu masalah yang
melibatkan anak-anak kita sebaiknya kita bersama-sama bermusyawarah bagi
mengambil kata sepakat dan jalan penyelesaian yang terbaik ibarat menarik
rambut dalam tepung; rambut tidak putus; tepung tidak berselerak.

Tuan-tuan dan puan-puan, ibu bapa pelajar SMK Padang Berampah yang
dihormati.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk menyeru kepada semua ibu
bapa dan guru-guru agar menggunakan pendekatan musyawarah jika
wujudnya sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Biarlah kita jadikan
diri kita, guru-guru, ibu bapa sebagai sebuah komuniti yang saling melengkapi.
Masalah disiplin, tingkah laku anak-anak perlu kita tangani secara bersama,
tanpa kita meletakkan masalah terbabit sepenuhnya di atas bahu guru-guru.
Sebagai ibu bapa yang sentiasa menginginkan anak-anak kita berjaya
memperoleh ilmu seterusnya cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum
dan sahsiah seharusnya kita sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-
anak kita. Kita hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap semua
perubahan tingkah laku anak-anak kita bagi mengekang mereka terjerumus
dalam permaslahan yang lebih serius.

Akhir kalam, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada semua pihak terutamanya pengurusan SMK Padang Berampah, guru-
guru serta rakan ibu bapa atas tautan kerjasama yang sentiasa tersimpul erat
dan kukuh dalam usaha memastikan kemenjadian anak-anak kita sehingga
melahirkan generasi pelajar yang cemerlang akademik dan ampuh jati diri
hingga mampu menjadikan anak-anak kita sebagai modal insan yang
diharapkan mampu memajukan negara, bangsa dan agama.

Rakaman jutaan terima kasih juga kepada barisan AJK Majlis Anugerah
Kemilau Permata bagi tahun 2021 kerana memungkinkan majlis ini
dilangsungkan walau dalam suasana dan norma baharu.

Akhir sekali, saya tinggalkan tuan-tuan dan puan-puan dengan serangkap
pantun buat renungan kita bersama, semoga menjadi panduan dalam kita
berusaha mendidik anak-anak kita merangkul kecemerlangan akademik dan
sahsiah terpuji.

Sampan kotak hilir ke mudik,
Dayung patah galah sebatang;
Ikhtiar tidak datang bergolek,
Akal tidak datang melayang.

Sekian dan terima kasih.
Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh.

Ucapan Perasmian
Majlis Anugerah Kemilau Permata (MAKeP) Tahun 2021

“ Pelajar Cemerlang Penjana Pendidikan Gemilang”

Oleh
ENCIK ZULKIFLIE BIN HJ KASSIM
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SIPITANG,
PEJABAT PENDIDIKAN SIPITANG

Assalamualaikum wbt , Salam Sejahtera

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak
pengurusan SMK Padang Berampah, Sipitang kerana sudi mengundang saya ke
Majlis Anugerah Kemilau Permata (MAKeP) bagi menyampaikan sepatah dua
kata dalam majlis meraikan kejayaan serta memberikan pengiktirafan ke atas
kecemerlangan barisan pelajar Tingkatan 5 yang telah memperoleh kejayaan
membanggakan dalam Peperiksaan SPM tahun 2020. Terima kasih dan
tahniah kepada barisan guru-guru yang telah berjaya memartabatkan
profesion perguruan sehingga mampu melahirkan golongan cerdik pandai dan
modal insan yang berkualiti. Adalah diharapkan agar majlis ini dapat
dijadikan suntikan semangat serta asas kepada permulaan anjakan paradigma
menjana modal insan yang terbilang di persada pendidikan negara.

Alhamdulillah, puji dan syukur ke atas rahmat dan kasih sayang Allah swt
kerana dengan izinNya, pihak pengurusan SMK Padang Berampah berjaya
menganjurkan Majlis Anugerah Kemilau Permata (MAKeP) tahun 2021 dalam
suasana norma baharu, dilangsungkan secara maya namun kemeriahannya
tetap terasa. Tahniah dan syabas kepada semua guru, ibu bapa dan pelajar
SMK Padang Berampah yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan majlis ini.

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dimuliakan Allah swt.

Bersempena dengan hari yang bersejarah ini, saya ingin mengambil
kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang
berjaya melakar kecemerlangan dalam Peperiksaan SPM bagi tahun 2020.
Sewajarnya, pihak sekolah dan ibu bapa mengambil inisiatif menganjurkan
majlis seumpama ini bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar berkenaan.
Adalah diharapkan majlis seumpama ini dapat menjadi inspirasi kepada
semua pelajar untuk lebih bersaing bagi mencapai kecemerlangan pada
peringkat yang lebih tinggi.

Hadirin yang dirahmati Allah swt

Sesungguhnya, dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang, tidak
dinafikan banyak agenda telah dirangka, banyak rencana telah diatur oleh
Pengetua dan guru-guru SMK Padang Berampah bagi memastikan hala tuju
seperti mana yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dapat direalisasikan. Kekangan akibat pandemik Covid-19 tidak pernah
dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan semua agenda dan rencana yang
diatur. Ini lantaran, kesemua agenda dan rencana yang diatur adalah
merupakan satu amanah yang perlu digalas oleh semua insan yang bergelar
pendidik dalam memastikan idea pembinaan negara bangsa yang memiliki
modal insan cemerlang dapat direalisasikan. Ini kerana, generasi pelajar hari
ini adalah merupakan tulang belakang dan modal insan yang bakal menjadi
pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang sentiasa
membantu serta memberikan sokongan dan dokongan yang padu ke atas
setiap perancangan sekolah dalam usaha memastikan kesemua matlamat
pendidikan negara dapat dijadikan kenyataan.

Secara peribadi, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas
kepada teraju kepimpinan SMK Padang Berampah, yang diketuai oleh Tuan
Azalan@ Azlan Bin Dimon kerana berjaya membawa SMK Padang Berampah ke
mercu kejayaan yang amat membanggakan pihak Pejabat Pendidikan Daerah
Sipitang. Walau bagaimanapun, saya akui kejayaan tersebut adalah berkat
sokongan dan komitmen yang padu daripada para guru dan ibu bapa sehingga
mampu melahirkan ramai pelajar yang berwibawa dan berketrampilan dalam
aspek sahsiah dan akademik. Adalah diharapkan agar jalinan hubungan erat di
antara pihak sekolah dengan ibu bapa dapat dijadikan kayu ukur dalam usaha
menjadikan sekolah ini sebagai sebuah institusi yang cemerlang dan mampu
melahirkan modal insan yang berkarisma, mempunyai jati diri yang ampuh,
berperibadi mulia, berkemahiran tinggi, berpengetahuan, dinamik serta
mempuyai daya saing.

Hadirin yang dihormati,

Umum mengetahui, bagaimana penularan wabak Covid-19 telah memberikan
impak yang amat besar bukan sahaja kepada sektor ekonomi, malah institusi
pendidikan turut menerima kesan yang amat mendalam. Krisis ini berlaku
secara global, ini bermakna bukan negara kita sahaja menerima kesannya tetapi
juga seluruh dunia mengalami implikasi penularan wabak Covid-19 yang sama.
Berikutan daripada fenomena tersebut maka semua sekolah seluruh Malaysia
telah menerima baik saranan Kementerian Pelajaran Malaysia agar sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara dalam talian sepenuhnya bagi
suku pertama sesi 2020/2021.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian terpaksa diambil bagi
mengekang penularan Covid-19, dan pada masa yang sama ianya bagi
memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan tanpa perlu
ditangguhkan. Walau bagaimanapun, amalan pembelajaran secara norma
baharu tersebut ternyata telah mewujudkan cabaran yang amat besar bukan
sahaja kepada guru-guru, tetapi juga turut dirasai oleh ibu bapa dan pelajar-
pelajar itu sendiri. Antara cabaran yang terpaksa dihadapi ialah persediaan
pelajar menghadapi pembelajaran norma baharu, gangguan dan masalah
capaian internet yang lemah disebabkan oleh rangkaian yang tidak memuaskan
serta ketiadaan alat peranti pintar dalam kalangan pelajar, terutama bagi
mereka yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Namun, sesuatu yang amat membanggakan, cabaran yang dihadapi oleh semua
guru, ibu bapa dan pelajar tidak menjadi penghalang utama kepada para pelajar
untuk melakar kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan SPM tahun 2020.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak, kerana telah menjadikan cabaran-
cabaran yang wujud sebagai satu suntikan semangat untuk mencipta kejayaan
hingga akhirnya hasil yang dinikmati meninggalkan kisah indah untuk dikenang
dan diceritakan kepada genarasi akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan, para pelajar yang dikasihi.

Saya amat yakin penganjuran Majlis Anugerah Kemilau Permata pada hari ini
adalah sejajar dengan matlamat dan tujuan iaitu untuk memberikan dorongan
seterusnya memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk merangkul
kecemerlangan yang lebih pada masa hadapan walau dalam apa jua lapangan
dan bidang yang diceburi. Diharapkan agar program seumpama ini dapat
diteruskan pada masa-masa akan datang walau apa pun situasi yang bakal kita
hadapi.

Walau bagaimanapun, kepada para pelajar yang kurang bernasib baik yang
memperolehi keputusan yang kurang menggembirakan , nasihat saya, teruslah
melangkah, jadikan keputusan yang diperolehi untuk anak-anak bangkit
mengejar impian. Kerana, kejayaan sebenar bukan terletak pada bilangan A
yang diperolehi sebaliknya pada kesungguhan serta iltizam yang jitu untuk
mencipta kejayaan. Gandakan kesungguhan dan kerajinan pada apa jua perkara
yang dilakukan. Ini kerana, saya percaya, anak-anak yang berjaya dan mampu
meraih kejayaan cemerlang pada hari ini adalah mereka yang sentiasa
menggandakan kesungguhan usaha dan kerajinan mereka hingga akhirnya
mereka mampu memperolehi keputusan yang mereka impikan. Sepertimana
mutiara kata para ilmuwan; apa yang kita semai, itu lah yang kita tuai; kita
semai benih kemalasan, kegagalanlah yang akan dituai; sebaliknya jika kita
semai benih kerajinan, maka buah kejayaan lah yang akhirnya kita tuai.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kempatan mengucapkan tahniah
dan syabas kepada seluruh keluarga SMK Padang Berampah kerana berjaya
menganjurkan Majlis Anugerah Kemilau Permata pada tahun ini.

Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, maka dengan lafaz
Bismillahirrahmanirranim, Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Penyayang, saya dengan ini Merasmikan Majlis Anugerah Kemilau Permata
(MAKeP) SMK Padang Berampah bagi tahun 2021.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatulahi
wabarakatuh dan salam sejahtera.

ATURCARA MAJLIS ANUGERAH
KEMILAU PERMATA 2K21

ATURCARA
MAJLIS KEMILAU PERMATA (MAKeP)
SMK PADANG BERAMPAH, SIPITANG TAHUN 2021

Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
Bacaan Doa oleh Encik Roslan Bin Omar
Ucapan Pengetua (Tuan Azalan@Azlan Bin Dimon)
Ucapan YDP PIBG (Encik Janurin Sukiman @ Sukarman)
Ucapan Perasmian Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang

(En. Zulkifle Bin Hj Kassim)

Penyampaian Anugerah 1 :
✓ Terbaik Mata Pelajaran SPM 2020
✓ Akademik Terbaik SPM 2020
✓ Anugerah Murid Terbaik SPM 2020

Persembahan 1:
▪ Deklamasi Sajak “Bahasa Kita” oleh Siti Fasihah Najlaa Binti Hassan

Penyampaian Anugerah 2:
✓ Anugerah Khas Murid 2020
✓ Anugerah Peningkatan GPMP SPM 2020
✓ Anugerah Mata Pelajaran Lulus 100% SPM 2020

Persembahan 2:
▪ Tarian Wau Bulan oleh Penari-penari Kelab Kebudayaan Sekolah

Penyampaian Anugerah 3:
✓ Anugerah Panitia Terbaik SPM 2020
✓ Anugerah Panitia Terbaik Keseluruhan SPM 2020

Penyampaian Cenderahati

Adat orang bertandang ;

Kedatangan dialu-alukan ;

Kepulangan diraikan,
Orang berbudi kita berbahasa ;
Orang memberi kita merasa.

AHLI JAWATANKUASA INDUK

AHLI JAWATANKUASA INDUK
MAJLIS KEMILAU PERMATA (MAKeP)
SMK PADANG BERAMPAH, SIPITANG

TAHUN 2K21

PENGERUSI
Tuan Azalan@Azlan Bin Dimon

Pengetua

TIMBALAN-TIMBALAN PENGERUSI
En. Wira Bin Idris

Penolong Kanan Pentadbiran

En. Sabran Bin Hj Mamit
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Kertinci Binti Selutan
Penolong Kanan Kokurikulum

PENYELARAS
En. Kifli@Hailairy Bin Rutinin@Alexios

TIMBALAN PENYELARAS
En. Muhamad Khalid Bin Awang

SETIAUSAHA
Pn. Noor Azreena Binti Abdul Ahmad

PENOLONG SETIAUSAHA
Pn. Laura Jinius

BENDAHARI
Pn. Suria Ajid

PENOLONG BENDAHARI
Cik Jamilah Mohamed @ Hassan

AHLI JAWATANKUASA KERJA

AHLI JAWATANKUASA KERJA
MAJLIS KEMILAU PERMATA (MAKeP)
SMK PADANG BERAMPAH, SIPITANG

TAHUN 2K21

2. Panel Anugerah Akademik : Pengacara Majlis :

I. Pengetua Pn. Noraya Binti Awang
II. Penolong Kanan Pentadbiran En. Baitullah Saha Sadeh
III. Penolong Kanan HEM
IV. Penolong Kanan Kokurikulum
V. Guru-guru Kanan Mata Pelajaran
VI. Penyelaras Peperiksaan Dalaman

Penyelaras Peperiksaan Luar

2. Hadiah & Cenderahati: Sijil:
I. Pn. Harmini Azzuati Binti Abu Bakar (K) Pn. Marlia Jaipoh
II. Pn. Nurul Anis Nirwana Binti Zoo Pn. Suryawati Binti Rahman
Pn. Emily Job George
2. Pn. Azlia Sumaa

Pengurus Jemputan Penerima Anugerah:
En. Mohd Ardi Asbullah (K)
Cik Maizatul Akma Bt Mohd. Naspu

Multimedia Persembahan :
Pn. Munawarah Baharuddin (K) Pn. Niza Ambilit (K)
Pn. Siti Aminah Bt. Jairin Pn. Rozilaila Binti Talib
En. Rafizam @ Mahadir Mohamed

Tajaan & Derma Buku Program/Promosi:
I. Pentadbir Sekolah En. Mohd Ardi Asbullah(K)
II. En. M. Yaman Ahman (K) Pn. Noraya Binti Awang
III. En. Baitullah Saha Sadeh Pn. Munawarah Baharuddin
IV. En. Muhamad Junaidi Timbang
V. En. Mohd Ardi Bin Asbullah

Bacaan Doa
I. En. Roslan Bin Omar

ANUGERAH TERBAIK
MATA PELAJARAN SPM 2020

BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU
MATEMATIK PENDIDIKAN ISLAM

SEJARAH

BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU
MATEMATIK MATEMATIK

PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL
SEJARAH
SAINS

SAINS SUKAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL

BAHASA MELAYU
SAINS SUKAN

BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
PENDIDIKAN MORAL

SEJARAH
SAINS

GEOGRAFI
SAINS SUKAN

ANUGERAH TERBAIK
MATA PELAJARAN SPM 2020

BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN MORAL MATEMATIK

REKA CIPTA PENDIDKAN MORAL
SAINS

REKA CIPTA

BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN ISLAM
KESUSASTERAAN MELAYU KESUSASTERAAN MELAYU
TASAWWUR ISLAM

BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN MORAL BAHASA INGGERIS

SEJARAH MATEMATIK
SAINS PENDIDIKAN MORAL
TASAWWUR ISLAM
SEJARAH
MATEMATIK TAMBAHAN

FIZIK

ANUGERAH TERBAIK
MATA PELAJARAN SPM 2020

BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU
MATEMATIK

PENDIDKAN MORAL
SEJARAH

BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU
MATEMATIK
SAINS
GEOGRAFI
SAINS SUKAN

BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU
SEJARAH MATEMATIK
SAINS SAINS
GEOGRAFI GEOGRAFI
SAINS SUKAN
SAINS SUKAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL

ANUGERAH TERBAIK
MATA PELAJARAN SPM 2020

BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN MORAL REKA CIPTA
PERNIAGAAN
REKA CIPTA
PERNIAGAAN

BAHASA INGGERIS BAHASA INGGERIS
PENDIDIKAN MORAL MATEMATIK

PENDIDIKAN MORAL
SEJARAH

BAHASA INGGERIS

MATEMATIK
PENDIDIKAN MORAL

SAINS SUKAN

ANUGERAH TERBAIK
MATA PELAJARAN SPM 2020

MATEMATIK PENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN ISLAM

SEJARAH
SAINS

REKA CIPTA
PERNIAGAAN

EKONOMI

PENDIDIKAN MORAL
REKA CIPTA

PENDIDIKAN MORAL
SAINS SUKAN

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL
SAINS

ANUGERAH TERBAIK MATA
PELAJARAN SPM 2020

PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN ISLAM
SEJARAH SEJARAH
SAINS
REKA CIPTA
REKA CIPTA PERNIAGAAN
PERNIAGAAN

EKONOMI

PENDIDIKAN ISLAM SEJARAH
SEJARAH SAINS SUKAN

REKA CIPTA
PERNIAGAAN

SAINS SAINS
SAINS KOMPUTER

ANUGERAH TERBAIK
MATA PELAJARAN SPM 2020

GEOGRAFI
SAINS SUKAN

SAINS SUKAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL
REKA CIPTA

PENDIDIKAN SENI VISUAL
REKA CIPTA

SAINS KOMPUTER

PERNIAGAAN

KESUSASTERAAN MELAYU

ANUGERAH AKADEMIK
TERBAIK SPM 2020

6A+ 1A 1B+ 1D
2A+ 3A 2A- 2B+ 1B

1A+ 3A 1A- 3B+ 1C
1A+ 1A 3A- 1B+ 2C

1A+ 1A 1A- 5B+ 1D
5A 1A- 2B+ 1C+

ANUGERAH AKADEMIK
TERBAIK SPM 2020

3A 4A- 1B 1C+

3A 4A- 1C+

3A 3A- 2B+ 1C
3A 2A- 2B+ 1D

3A 1A- 1B+ 1B 1C+ 1C

ANUGERAH MURID CEMERLANG
SPM 2020

Murid cemerlang SPM 2020 merupakan salah seorang pelajar dari kelas 5
Ekonomi. Diputerakan tanggal 17 Disember 2003. Seorang yang sentiasa
ceria, ramah, rendah diri dan sentiasa tersenyum. Pelajar ini telah diberikan
kepercayaan memegang jawatan Pengawas Sekolah dan merupakan salah
seorang ahli dalam Majlis Tertinggi Perwakilan Pengawas. Selain itu, pelajar
ini juga memegang port folio sebagai Naib Pengerusi Persatuan Sepak Takraw
dan Kelab Pendidikan Agama Islam serta menjadi Pengerusi Kadet Remaja
Sekolah.

Mempunyai cita-cita sama ada ingin menjadi seorang guru, Ustaz, jurutera
ataupun seorang ahli perniagaan. Walau apapun bidang kerjaya yang
diimpikan,kami amat yakin dan percaya pelajar ini mampu untuk menggapai
impian tersebut lantaran keazaman yang dimilikinya. Pelajar ini juga sering
dijadikan sumber rujukan oleh rakan jika mereka tidak memahami sesuatu
topik berkaitan mata pelajaran yang mereka pelajari.

Apabila ditanya mengenai matlamat hidupnya, pelajar ini dengan yakin dan
rendah diri mengatakan bahawa dia ingin menjadi seorang insan yang berguna
kepada ibu bapa, keluarga, rakan dan masyarakat. Pelajar ini juga berazam
dan bertekad jika suatu hari nanti dia telah berjaya mencapai cita-cita dan
menjadi individu yang berjaya, dia ingin membantu golongan yang memerlukan
supaya golongan ini juga mampu hidup senang dan keluar dari kepompong
kemiskinan. Semoga niat yang baik akan sentiasa diberikan kemudahan oleh
Allah swt.

Pelajar ini juga berazam untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam
hidup, bahkan cemerlang di dunia dan akhirat dan sentiasa istiqamah dalam
melakukan ibadat kepada Allah swt.

Melihat kepada peribadi, tingkah laku, cara berfikir pelajar ini tidak hairan
lah jika pelajar ini mampu memperolehi keputusan 6A+, 1A 1B+ dan 1D
dalam Peperiksaan SPM tahun 2020.

RAKAMAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA
ASNAWI BIN YUSOP

DIUCAPKAN JUGA SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN
YANG KE -18

ANUGERAH KHAS MURID
SPM 2020

Penerima Anugerah Khas Murid SPM 2020 merupakan salah seorang murid
dari Kelas 5 Sains Sukan. Dilahirkan pada 16hb Disember 2003. Murid ini
disenangi oleh guru dan juga rakan sebaya. Juga dihormati oleh murid-murid
lain lantaran peribadinya yang ringan tulang serta sentiasa membantu apabila
diperlukan. Sikapnya yang tidak menolak apabila tenaga dan bantuannya
diperlukan menjadikannya murid yang popular bukan sahaja dalam kalangan
guru dan rakan bahkan juga seluruh warga sekolah. Sebut lah apa sahaja
aktiviti yang dilaksanakan, ringan atau berat pasti namanya sentiasa disebut-
sebut kerana dialah antara individu yang awal menghulurkan tangan untuk
membantu. Lantaran, sikapnya yang ringan tulang, suka membantu dalam
apa jua keadaan, maka pelajar ini telah diberi kepercayaan untuk menggalas
tangungjawab sebagai Pengawas Sekolah dan merupakan salah seorang Ahli
Majlis Tertinggi Perwakilan Pengawas.

Dari segi pencapaian dalam peperiksaan, murid ini tidak pernah memperoleh
keputusan LULUS sama ada dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun mahu pun
Peperiksaan Akhir Tahun semasa di Tingkatan 4. Dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2020 semasa di Tingkatan 5 juga, pelajar ini tidak
pernah LULUS. Walau bagaimanapun, berkat ketekunannya ditambah lagi
dengan kesungguhannya yang tidak pernah sirna murid ini akhirnya
memberikan kejutan maksima kepada guru-guru apabila pencapaiannya dalam
Peperiksaan SPM 2020 memberikan keputusan yang diluar jangkaan.

Tahniah kepada penerima anugerah ini kerana telah berjaya membuka mata
semua pihak, bahawasanya kegagalan masa lalu akan membuahkan kejayaan di
masa hadapan jika disertakan dengan azam dan kesungguhan tanpa menjadikan
kesusahan keluarga sebagai alasan untuk melupakan cita-cita dan masa depan
yang lebih baik. Didoakan semoga cita-citanya yang ingin menjadi Tukang
Masak Terkenal menjadi kenyataan.

ANUGERAH KHAS MURID SPM 2020 DIBERIKAN
KEPADA RAPHOEL RICHARD.

ANUGERAH PENINGKATAN GPMP SPM 2020

PERNIAGAAN SAINS KOMPUTER KESUSASTERAAN MELAYU
4.15 2.97 2.13

GEOGRAFI REKA CIPTA EKONOMI
1.54 1.46 1.13

PENDIDIKAN ISLAM SAINS SUKAN MATEMATIK
0.84 0.72 0.62

SEJARAH SAINS TASAWWUR ISLAM
O.59 O.59 O.41

BIOLOGI
O.25

BAHASA MELAYU
O.24

MATEMATIK TAMBAHAN
O.14

ANUGERAH MATA PELAJARAN LULUS 100%
SPM 2020

KESUSASTERAAN MELAYU PENDIDIKAN SENI VISUAL

MATEMATIK TAMBAHAN REKA CIPTA

PERNIAGAAN SAINS KOMPUTER

FIZIK KIMIA

BIOLOGI SAINS SUKAN

ANUGERAH PANITIA TERBAIK
SPM 2020

PANITIA PERNIAGAAN (GPMP 3.35)
PENINGKATAN GPMP SEBANYAK 4.15

PANITIA SAINS KOMPUTER (GPMP 3.50)
PENINGKATAN GPMP SEBANYAK 2.97
PANITIA KESUSASTERAAN MELAYU
(GPMP 4.3)
PENINGKATAN SEBANYAK 2.13

ANUGERAH PANITIA
TERBAIK KESELURUHAN SPM 2020

PANITIA REKA CIPTA GPMP 2.75

RAKAMAN JUTAAN APREASIASI KEPADA PIHAK-PIHAK
YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK
LANGSUNG DALAM MEMASTIKAN MAJLIS ANUGERAH
KEMILAU PERMATA (MAKeP) BAGI TAHUN 2021 DAPAT

DISEMPURNAKAN DENGAN JAYANYA.

Hatta berseri majlis dek hadirnya pujangga pendeta
Waima ceria temasya dek indah bicara
Sahih gemilang rias dek tata acara
Molek jalan berita dek indah wartanya

Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;

Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Yang baik itu datangnya dari Allah swt dan
yang buruk itu datangnya dari kealpaan kami sebagai manusia biasa.

“Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa
yang berusaha secara luar biasa”

PELAJAR CEMERLANG PENJANA PENDIDIKAN GEMILANG

STAF SMK PADANG BERAMPAH

YOU’LL NEVER WALK ALONE

“PELAJAR CEMERLANG PENJANA PENDIDIKAN GEMILANG”

BINTANG BARAT TERBIT PETANG,
BINTANG TIMUR TERBIT PAGI;

JIKA TIDAK MELARAT PANJANG,
PANJANG UMUR KETEMU LAGI.

TUAI PADI ANTARA MASAK,
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN;
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK,
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN.

TERIMA KASIH DAUN KELADI
BUDI DIBERI TERSEMAT KEMAS DI SANUBARI


Click to View FlipBook Version