The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by restucinta9971, 2022-09-13 02:47:27

BULETIN OGOS

BULETIN OGOS

Buletin Azizah

Edisi Ogos 2022

MAJLIS GRADUASI KALI KE-8 KV (ERT) AZIZAH

Khamis, 4 Ogos 2022 - KV (ERT) Azizah telah mengadakan Majlis Graduasi kali ke - 8 di
Tanjung Puteri Hall, Persada Johor dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Md Tahir bin
Haji Mohd Noah (Pengarah Gemilang Zamrud Sdn. Bhd.) Tahniah kepada para graduan.

KEJUARAAN SIRKIT 1 SEKOLAH 1 SILAT PERINGKAT NEGERI JOHOR
PIALA YANG DI PERTUA PESAKA, JOHOR

Isnin, 8 Ogos 2022 - KV (ERT) Azizah telah menghantar
penyertaan dalam beberapa kategori, 1 pingat Emas
Berjaya dirangkul oleh Mohamad Arif Hakimi dalam
kategori Tanding Putra Under 18 kelas V.

PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT KOLEJ KEDIAMAN

Jumaat, 12 Ogos 2022 - Kolej Kediaman KV (ERT) Azizah telah mengadakan
Pertandingan Nasyid antara dorm. Berikut merupakan keputusan pertandingan tersebut.

Johan : Kumpulan Sumayyah
Naib Johan : Kumpulan Ainul Mardhiah

Ketiga : Kumpulan Khaula Al-Azwar
Keempat : Kumpulan Hamzah Asadullah

Kelima : Kumpulan Zinirah

BENGKEL PERNGURUSAN DAN PENGENDALIAN ACARA

Isnin, 15 Ogos 2022 - Jabatan Seni Reka, Program Seni Reka Fesyen, KV (ERT) Azizah
telah menganjurkan Bengkel Pengurusan dan Pengendalian Acara. Bengkel tersebut telah
diadakan pada 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Bengkel Fesyen 1.
Penceramah jemputan ialah Pn Fadzilah (Jurutera Kanan Tertinggi, Jabatan Pengaliran dan
Saliran, Nusajaya, Johor) dan Pn Noraini (Penolong Jurutera Kanan, Jabatan Pengaliran dan
Saliran, Nusajaya, Johor).

LARIAN SIHAT AZIZAH 2022

Rabu, 17 Ogos 2022 - KV (ERT) Azizah telah mengadakan Larian Sihat tahun 2022. Ribuan
terima kasih buat semua JK yang terlibat secara langsung mahupun tidak bagi menjayakan
Acara Larian Sihat Azizah. Sekalung penghargaan juga buat barisan Pegawai Polis Trafik
selaku PPS KV (ERT) Azizah yang bersama-sama turun padang untuk mengawal lalu lintas
agar keselamatan pelajar terjaga.

KEDUDUKAN MATA MENGIKUT RUMAH SUKAN :
Muscari - 50 mata
Azalea - 35 mata
Akasia - 30 mata
Monstera - 14 mata

CERAMAH MAAL HIJRAH 1444H

Ahad, 21 Ogos 2022 - Unit Pendidikan Islam KV
(ERT) Azizah telah menganjurkan Ceramah Maal
Hijrah 1444H. Penceramah yang terlah dijemput
ialah Al-fadil Ustaz Zulazlan bin Mohd Ngiram,
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahgaian
Dakwa, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Tajuk
ceramah yang disalmpaikan ialah ‘Hijrah Satu Per-
juangan, Selautan Pengeorbanan’.

LAWATAN PENILAIAN PENARAFAN BINTANG ASRAMA KV/SMT

Selasa, 23 Ogos 2022 - Kolej Vokasional (ERT) Azizah telah dilawati oleh 3 orang
panel penilai untuk memberi penilaian dan memberi Penarafan Bintang Asrama.

Panel Penilai :
Encik Muhammad Suffian bin Abdullah

Pn Rasidah binti Abdul Manaf
Cik Norfarhana binti Mat Jelan

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM KERJASAMA (MOU)
DAN NOTA KERJASAMA (NOU) TAHUN 2022

Rabu, 24 Ogos 2022 - Kolej Vokasional
(ERT) Azizah telah mengadakan Majlis
Menandatangani MOU dan NOU bersama
pihak-pihak industri yang terlibat. Majlis
diadakan di Buloh, Johor Bahru.

Antara pihak industri yang terlibat dalam
majlis ini adalah :
MOU :

Program Seni Reka Fesyen
Jarum Terbang

Program Pendidikan Awal Kanak-kanak
Tadika dan Taska Myzara

NOU :
Program Seni Reka Fesyen

Natakirazlah,
Hijrah Dunia

Program Pendidikan Awal kanak-kanak
Tadika dan Taska Kancil Pintar

Program Kosmetologi
Lovely May Beauty Touch Spa

Khatulistiwa Spa Sdn Bhd
Zhaliqa Aesthetic Johor Bahru

Program Seni Kulinari
New York Hotel

Amansari Hotel Desaru
Amansari Residence Resort Seri Alam

Fives Hotel Johor Bahru City Canter
Persada Johor Internasional

HARI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KV (ERT) AZIZAH TAHUN 2022

Sabtu, 27 Ogos 2022 - Telah berlangsung Hari
Kejohanan Sukan KV (ERT) Azizah di
Padang IPGM Kampus Temenggung Ibrahim
Johor dan telah dirasmikan oleh Encik
Mohd Ridzuan bin Ismail (AJK PIBG).

Keputusan penuh Hari Kejohanan Sukan
KV (ERT) Azizah :

Johan Perbarisan : Akasia
Maskot Terbaik : Akasia
Hiasan Rumah Sukan Terbaik: Muscari
Sorakan Terbaik: Azalea
Johan Sukantara : Montera
Olahgarawati Kategori A : Nur Shuazrina

(Monstera)
Olahgarawati Kategori B : Sharifah Nurul Hidayah

(Muscari)
Olahgarawati DVM : Wan Aleya (2 DVM PAK)
Olahgarawan : Muhammad Arif Hakimi (Muscari)
Olahgarawan DVM : Muhammad Alif Haikal

(2 DVM SKUL)
Johan Keseluruhan : Muscari


Click to View FlipBook Version