The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mashitahshaari, 2024-06-21 20:35:34

MESYUARAT PIBG SESI 2024/2025

PIBG 2024

PIBG Mesyuarat Disempurnakan oleh : Cikgu Ismail Bin Che Ros Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah 22 JUN 2024 | SABTU 8.00 PAGI DEWAN TERBUKA SRINPEK


BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Ucapan Guru Besar 1 2 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2 3 AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2024/2025 3 4 Senarai AJK Lembaga Pengurusan Sekolah 4 5 Senarai AJK PIBG sesi 2024/2025 5 6 Tentatif Majlis 6 7 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-26 7 8 Minit Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2023/2024 8 - 19 9 Penyata Kewangan Berakhir Pada 31.05.2024 20 10 Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2023/2024 21 - 22 11 Laporan Prestasi Akademik dan Diniah 23 - 24 12 Laporan Hal Ehwal Murid 25 13 Maklumat Sekolah Menengah Murid Tahun 6 Sesi 2023/2024 26 14 Laporan Ko-Kurikulum 27 - 28 15 Usul dan Cadangan 29 - 34


1 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan taufiq dan hidayah-Nya, kita dapat bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 pada tahun ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini. Semoga kehadiran kita dikira oleh Allah sebagai ibadah. Kehadiran tuan puan ke mesyuarat ini membuktikan bahawa kita semua prihatin terhadap persekolahan anak-anak. Saya amat berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan dan prihatinan semua. Kejayaan demi kejayaan telah kita kecapi. Namun tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak, kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai. Besarlah harapan saya agar usaha murni ini dapat diteruskan demi kemajuan sekolah ini. Saya juga ingin menyeru kepada semua ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu supaya dapat menyumbang idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan kepada pihak sekolah untuk mengoptimumkan kemenjadian murid di sekolah ini. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea, pendapat yang bernas bersama-sama mengorak langkah membina sekolah dan organisasi kita supaya lebih mantap serta dapat melahirkan lebih ramai murid yang berkebolehan. Kekuatan sokongan dan dokongan tuan puan dalam organisasi membantu sekolah untuk lebih bermotivasi dan bersemangat. Sebarang kekurangan dan kelemahan, kita cuba baiki bersama. Kita perlukan pasukan yang bergerak seperti lebah yang membangunkan koloninya, bukan seperti anai-anai yang pepat di luar, rencong di dalam. Jika kita dapat bersatu,tiada apa yang mustahil untuk kita hasilkan. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan jawatankuasa PIBG 2024/2025 yang telah memberi kerjasama, sokongan dan membantu pihak sekolah bukan sahaja dalam bidang akademik dan kokurikulum, malah hal-hal yang melibatkan keselamatan serta keselesaan khususnya untuk murid-murid di sekolah ini. Akhir kata, harapan saya agar PIBG dan warga sekolah sentiasa bekerjasama dan berganding bahu untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. G U R U B E S A R Puan Fauziah Binti Ismail GURU BESAR SRI NURUL HIDAYAH


Y D P P I B G Muhamad Asri Bin Abdul Rahman YDP PIBG SRI NURUL HIDAYAH Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan Rahmat-Nya maka kita dapat bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 pada tahun ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Guru Besar Puan Fauziah binti Ismail yang merupakan penasihat PIBG dan barisan guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Mesyuarat Agung kali ke-26 ini. PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan komuniti, Jesteru, PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Adalah menjadi harapan saya selaku Yang Dipertua PIBG sekolah ini, agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan raga bagi membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari masa ke semasa seterusnya menempa nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah ini khususnya. Pada kesempatan ini juga, saya menyeru para waris agar sentiasa peka dengan maklumat serta informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah. Menggapai kejayaan seperti yang kita impikan bukanlah sesuatu yang mudah, pastinya memerlukan pengorbanan dan komitmen kedua-dua pihak. Ibu bapa dan pihak sekolah perlu sama-sama menyumbangkan tenaga, kewangan dan idea demi perkembangan dan kejayaan anakanak kita. Kejayaan sekolah ini pasti dapat direalisasikan sekiranya kita berganding bahu memainkan peranan masing-masing. Akhir bicara, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim (SRINPEK) terus melakar kejayaan. 2


3 P ENYAMBUT T E TAMU FAUZ IAH B INT I I SMAI L YUS R IYAT I B INT I ABU BAKAR ZAH I RA B INT I I S HAK NOR S HAM B INT I AWANG P ENGA C ARA MAJ L IS MUHAMMAD B IN MAR ZUK I P EN C ATAT MINI T ZUR IYAT I B INT I ZAINON( K E TUA) HARYANA B INT I MOHAMAD I SA HAS L I ZA B INT I I B RAH IM ROZANA B INT I MD RASDI P ENDAF TARAN DAN C ABUTAN B E R TUAH ZURAI FAH B INT I MD DAUD ( K E TUA) RAB IATUL ADAWIYAH B INT I ABDUL L HAL IM SUI ZAH B INT I SUJAL I AIMI NADH I RAH B INT I AB MAL E K MAS L INDAWAT I B INT I IDE R I S NOOR FAI RAHA B INT I ABD HAL IM BUKU P ROGRAM & SLAID MAS H I TAH B INT I S HAAR I ( K E TUA) AMNI NAJWA B INT I MOHD ZAH I R S HAF IQAH B INT I S HAMSUR I S I T I AI SYAH AT H I RAH B INT I SABAR I SIARAYA MOHD HAF I Z B IN HUS SAIN MOHAMAD MUS TAQIM B IN ABU BAKAR MOHD ZUBAI R B IN SULAIMAN MUHAMMAD NAZAR B IN HUS IN BA C AAN DOA MUHAMMAD K H IDI R B IN UZAI R P E RSIAPAN DEWAN & HIASAN P ENTAS NORAINI B INT I AHMAD ZAINOL ( K E TUA) MOHD HAS BUL LAH B IN TAJUL ARUS ZUL K I F L E E B IN KAMI S JAMI LAH B INT I H J BAS H R I MARDH IYAH B INT I HAS HAMUDDIN FAT IMAH B INT I KAS S IM YUSNAIN B IN ABU BAKAR MUHAMMAD SYAK I R B IN JAMI L MAKANAN T E TAMU DAN VI P NURUL MUNA B INT I H J RAZAL I ( K E TUA) SAR I HAN B INT I SAL L E H NORAZ IAN B INT I ABDUL RAS H ID ROSNAH B INT I MD SAAD FADZ I LAH B INT I SAAD E L F E E RA LA’ F ENA ALDR IN S R I E L F IMARDIANA B INT I S JAH R IAL KU NOR S HAZ I LAWAT I B INT I KU ABDUL LAH FAT IMAH B INT I S HUI B K HAI RANI B INT I MOHD RAIDIN DOKUMENTASI DAN LAPORAN NOR Z I E B INT I ABU BAKAR ( K E TUA) ROHAYA B INT I MAHMUD NOR SURAYA B INT I ABD RADZAK


4 PENAUNG YBHG. DATO` YANG DIPERTUA MAIK PENGERUSI DR. MAT HUSIN BIN SALEH SETIAUSAHA PN. FAUZIAH BINTI ISMAIL PEN. SETIAUSAHA PN. ZAHIRA BINTI ISHAK BENDAHARI DR. MOHD ASRI BIN SELAMAT AHLI JAWATANKUASA DR. MOHAMAD ZAHID BIN ABD MALIK EN. MOHSIN BIN HJ. HARUN TN. HJ FADZIL BIN HANIFAH A J K L E M B A G A P E N G U R U S A N S E K O L A H ( L P S ) S R I N U R U L H I D A Y A H P E N G H U L U E L A N G


5 PENASIHAT PN. FAUZIAH BINTI ISMAIL YANG DIPERTUA EN. MUHAMAD ASRI BIN ABDUL RAHMAN NAIB YANG DIPERTUA EN. KHAIRUL ANUAR BIN OSMAN SETIAUSAHA PN. HARYANA BINTI MOHAMAD ISA PEN.SETIAUSAHA PN. NUR NAIMAH BINTI MD REJAB BENDAHARI PN. HASLIZA BINTI IBRAHIM AHLI JAWATANKUASA EN. MUHAMMAD FAKRI BIN AHMAD FADZIL (AJK WARIS) EN. ZULFAZLI BIN AHMAD (AJK WARIS) EN. RAZIF AHMAD BIN ZABER AHMAD KHAN (AJK WARIS) PN. ZARINA BIN AHMAD (AJK WARIS) PN. ROSILA BIN ROSLAN (AJK WARIS) PN. SITI ZULAIKHA BINTI AHMAD (AJK WARIS) PN ZURAIFAH BINTI MD DAUD (AJK GURU) FATIMAH BINTI SHUIB (AJK GURU) EN. MOHD HAFIZ BIN HUSSIN (AJK GURU) A J K P E R S A T U A N I B U B A P A D A N G U R U ( P I B G ) S R I N U R U L H I D A Y A H P E N G H U L U E L A N G


WAKTU ACARA 8.30 Pagi Pendaftaran 9.00 Pagi Ucapan Pengerusi Majlis 9.10 Pagi Bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Khidhir Bin Uzair 9.20 Pagi Ucapan guru besar oleh Pn Fauziah Bt Ismail 9.30 Pagi Ucapan YDP PIBG oleh En Muhamad Asri Bin Abdul Rahman 9.40 Pagi Ucapan Perasmian oleh Cikgu Ismail Bin Che Ros 9.50 Pagi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 12.00 Tengah hari Bersurai 6


Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG SRINPEK Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-25 Perkara berbangkit Membentang dan Menerima Laporan Tahun 2023/2024 Membentangkan dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Mei 2024 Membahaskan Usul oleh Pembawa Usul Hal-hal lain Ucapan Penangguhan 7


8 MINI T MESYUARAT AGUNG PIBG KAL I KE -25 SRI NURUL HIDAYAH PENGHULU ELANG SESI 2023/2024 Tarikh : 24 Jun 2023 / Sabtu Masa : 8.30 Pagi - 12.00 Tengah hari Tempat : Dewan Terbuka SRINPEK Kehadiran : AJK PIBG SRINPEK Sei 2023/2024 Guru-guru SRINPEK Para waris SRINPEK 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi dan Bacaan Doa 1.1 Encik Mustaqim bin Ibrahim membuka majlis dengan ucapan alu-aluan dan pantun pembuka majlis serta mengucapkan terima kasih atas kehadiran para waris dan seluruh warga Srinpek. 1.2 Bacaan doa telah disampaikan oleh Al Fadzil Ustaz Khidir Bin Uzair. 2.0 Ucapan Guru Besar 2.1 Puan Fauziah binti Ismail selaku Guru Besar Srinpek memulakan ucapan dengan merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua waris yang hadir pada hari ini. Ini membuktikan semua waris yang hadir adalah hebat dan terbaik demi kecemerlangan anak-anak. 2.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru dan AJK PIBG yang bertungkus lumus dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini. 2.3 Guru Besar memaklumkan sekolah telah dipilih sebagai sekolah transformasi iaitu kahort yang ke-6 yang bermula pada tahun 2022. Menurut beliau, KPM berusaha untuk meningktkan kemenjadian murid sekolah yang berprestasi tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara ini. KPM juga memberi fokus kepada persekitaran dan pembelajaran bermakna, mantapkan kepimpinan yang berkualiti, guru yang kompeten dan komitmen komuniti yang padu. 2.4 Guru Besar memaklumkan kemenjadian anak-anak bermula dengan ibu bapa. Jadi pihak sekolah berharap, semua ibu bapa dapat meneruskan amalan sunat di sekolah seperti bacaan mathurat, solat dhuha dan amalan yang wajib iaitu solat pada setiap waktu fardhu di rumah. Moga murid-murid srinpek akan menjadi anak-anak yang baik lagi cerdik (ABC) seperti yang telah disarankan oleh KPM.


9 2.5 Guru Besar memaklumkan beberapa kejayaan telah diraih oleh sekolah:- Kejayaan murid-murid dalam kokurikulm di peringkat antarabangsa. Ucapan tahniah kepada Umi Shafiqah kerana berjaya membawa pulang 1 pingat emas, 2 pingat gangsa dalam “Asia Teakwondo Champion” yang disertai oleh negara-negara asia seperti Singapura, Bangladesh, Hong Kong, Indonesia, India dan Thailand. Kejayaan murid-murid dalam UPSRI, 11 orang mendapat muntaz, 59 orang mendapat jayyid jiddan, 29 orang jayyid dan 10 orang maqbul. Projek catur di sekolah bermula pada mac baru-baru ni. Setiap kali pertandingan catur sekolah mendapat ‘top ten’. Sekolah telah bekerjasama dengan politeknik untuk program STEM. 2.6 Guru Besar memaklumkan PIBG merupakan tulang belakang kepada pihak sekolah, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Beliau berharap PIBG dapat menjadi penghubung antara sekolah dan pihak waris untuk bertemu dan berbincang untuk mencapai kata sepakat demi kepentingan dan masa depan anak-anak. Menurut beliau lagi, permuafakatan seumpama ini menjadi kunci kejayaan kepada PIBG untuk membantu pihak sekolah memajukan lagi kecemerlangan SRINPEK di masa akan datang. 3.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG SRINPEK 3.1 Encik Muhamad Asri bin Abdul Rahman selaku YDP PIBG memberikan ucapan alu-aluan. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua waris yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25. Kehadiran waris menjadikan beliau lebih bersemangat untuk bermesyuarat dan memajukan SRINPEK ke tahap yang lebih cemerlang pada masa akan datang. 3.2 Menurut beliau, mesyuarat PIBG merupakan satu platform untuk kita sama-sama berbincang, ambil peluang untuk melihat dimanakah kita perlu buat penambahbaikan di sekolah khusus kepada kemajuan anakanak kita. Selain daripada itu, untuk membangunkan infrastruktur sekolah. Contohnya pada sesi yang lepas kita membelanjakan sebahagian besar wang PIBG untuk infrastruktur sekolah. Selain itu juga, baru-baru ini PIBG meluluskan satu projek untuk naik taraf padang sekolah dan projek tersebut telah selesai dilaksanakan.


10 3.3 YDP PIBG memaklumkan telah berlaku banyak perubahan di sekolah. Jika dahulu murid-murid menduduki periksaan UPSR di sekolah tetapi sekarang telah dimansuhkan. Untuk makluman semua waris, kini semua murid terlibat dengan Pentaksiran BerasaskanSekolah (PBS) yang mana terdapat beberapa pentaksiran. PBD -pentakisran dalam bentuk Tahap Penguasaan TP1 hingga TP6. PAJSK-sukan penting untuk pemilihan ke sekolah menengah. PSIKOMETRIK-kecenderungan minat murid. SEGAK- untuk melihat BMI dan keaktifan murid dalam aktiviti fizikal. JQAF-untuk kelas aliran agama KAA, perlu capai markah yang tinggi. UPKK-Ujian Penilaian Kelas Kafa untuk tahun 5. 3.4 Menurut beliau lagi, semua gabungan pentaksiran ini akan digunakan untuk murid-murid tahun 6 memilih sekolah menengah. Selain itu, muridmurid juga perlu mendapat TP5 atau TP6 sahaja untuk melayakkan murid mendapat temuduga ke sekolah-sekolah menengah. 3.5 YDP PIBG memaklumkan sekolah telah dipilih sebagai sekolah TS25. Ia merupakan satu dasar utama KPM untuk memperkenalkan kepada semua sekolah di Malaysia. Hasrat KPM untuk menjadikan sekolah TS25 sebagai:- Sekolah yang berkualiti dari segi guru Pemimpin yang berkesan dari segi pihak pengurusan Sokongan yang kuat daripada ibu bapa (PIBG) / komuniti setempat Kemenjadian murid di mana guru merupakan penggerak utama dalam semua aktiviti murid di sekolah. 3.6 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada pihak Lembaga Sekolah terutama kepada Doktor Asri bin Selamat sebagai Bendahari Lembaga Sekolah di mana telah menyumbangkan ‘Smart TV’ untuk setiap kelas. Pihak Lembaga Sekolah juga telah menyokong apa-apa aktiviti yang dibuat oleh PIBG sekolah terutama dari segi kewangan dan pendapat atau pandangan. Beliau juga memberikan ucapan terima kasih kerana Guru Besar kerana mampu menguruskan sebuah sekolah ke tahap ini. 3.7 YDP PIBG memaklumkan mesyuarat pada kali ini akan diadakan perlantikan AJK PIBG yang baharu. Jadi, mohon para waris boleh mencadangkan diri sendiri atau orang yang lebih layak untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut untuk memajukan sekolah ke tahap yang lebih baik. YDP PIBG juga mencadangkan untuk menambah lagi bilangan ahli AJK PIBG bagi setiap tahun ada seorang wakil daripada waris. Beliau berharap moga-moga pemilihan nanti dapat berlangsung dengan keadaan baik dan terkawal.


11 4.0 Ucapan Perasmi 4.1 Doktor Mohd Asri bin Selamat selaku perasmi memberikan ucapan alualuan. Beliau merupakan Bendahari Pengurusan Sekolah SRINPEK. 4.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua waris yang dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG kali-25 sesi 2023/2024. Syabas dan tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana dapat meluangkan masa untuk berkumpul bersama-sama pagi ini. 4.3 Beliau memberikan ucapan tahniah kepada Umi Shafiqah kerana berjaya menguruskan murid-murid dalam bidang teakwondo dan berjaya memenangi pelbagai peringkat pertandingan dan kategori dari dahulu dan sehingga kini. 4.4 Beliau berkongsi pengalaman ketika sekolah belum diserap sebagai SABK. Ketika itu sekolah hanya menyewa rumah-rumah kedai. Cabaran beliau bersama Guru besar ketika itu iaitu allahyarham Cikgu Abdullah bin Idris (Pak Long) dan PIBG sangat besar di mana mereka terpaksa mencari sumber kewangan untuk membayar gaji guru-guru. Allahyarham Pak Long akan berusaha membayar gaji guru pada setiap 25 hari bulan setiap bulan supaya guru-guru mendapat gaji sama tarikh dengan sekolah kerajaan.Gaji guru ijazah ketika itu RM850 manakala guru diploma RM550. Untuk meningkatkan dana, sekolah telah menjadi ajen zakat. Selain itu, sekolah juga telah meletakkan tabungtabung dekat kedai makan 4.5 Beliau memaklumkan, pada tahun 2012 keadaan kewangan sekolah agak tidak stabil maka pihak PIBG mengambil keputusan untuk menyerahkan SRINPEK untuk dijadikan SABK. Selepas sekolah telah masuk SABK, peluang cerah kepada murid-murid yang masuk ke tingkatan 1. Mereka telah diterima masuk ke SBP, MRSM dan sebagainya. 4.6 Beliau menyeru supaya para waris jadilah ibu bapa yang prihatin. Jika pihak sekolah adakan program seperti ‘jati waris’ maka ibu bapa perlu datang berjumpa dengan guru untuk mengetahui tahap prestasi dan tingkah laku anak di sekolah. Melalui pemantauan bersama, prestasi anak-anak dapat ditingkatkan dan tingkah laku anak-anak dapat dikawal dari semasa ke semasa 4.7 Selain itu, beliau menyeru supara Ibu bapa amalkan juga amalanamalan baik yang anak-anak amalkan di sekolah dilakukan secara berterusan di rumah. Menurut beliau lagi, Allah akan bagi ganjaran yang lebih baik di mana anak-anak akan lebih cemerlang dan berjaya di masa akan datang


12 4.8 Beliau memaklumkan, terdapat tiga impian beliau yang belum tercapai. Pertama pastikan murid tidak gagal dalam peperiksaan(UPSRI) kerana semua yang masuk ke SRINPEK telah ditapis atau telah disaring terlebih dahulu. Kedua, SRINPEK perlu tampil sebagai sekolah cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah. SRINPEK perlu kuasai 4.9 Pertandingan kokurikulum seperti tilawah al-quran, nasyid, hafazan dan sebagainya. Yang ketiga, hasrat ingin membina bangunan 4 tingkat belum tercapai. Sekolah memerlukan bangunan tambahan kerana banyak bilik-bilik khas seperti makmal sains dan bengkel RBT belum ada di SRINPEK. 4.10 Beliau memaklumkan, masih terdapat murid di sekolah pada pukul 5 dan 6 petang. Beliau berharap pihak waris tidak jadikan SRINPEK tempat transit anak-anak. Jika perkara ini masih berterusan berlaku, pihak sekolah tidak teragak-agak untuk ambil tindakan terhadap waris tersebut. 4.11 Akhir sekali dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, beliau telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 bagi sesi 2023/2024. 5.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-24 5.1 Pn. Rapidah binti Omar selaku setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 bagi sesi 2023/2024. 5.2 Pn. Ruzila binti Rasalan mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 bagi sesi 2023/2024 diterima dan disahkan. 5.3 En. Muhd Muhaimin bin Ibrahim menyokong dan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 bagi sesi 2023/2024 diterima sebulat suara. 6.0 Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG 2023/2024 6.1 Setiausaha PIBG , Pn. Rapidah binti Omar membentangkan laporan aktiviti PIBG 2022/2023 dengan merujuk halaman 17 dan 18 dalam buku program. Beliau memaklumkan aktiviti 1 hingga 30 terdapat dalam buku program. 6.2 En. Riduan bin Basri mencadangkan laporan aktiviti PIBG bagi sesi 2022/2023 diterima dandisahkan. 6.3 En. Mohd Salimin bin Saleh menyokong laporan aktiviti PIBG bagi sesi 2022/2023 diterima sebulat suara.


13 7.0 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG 7.1 Bendahari PIBG, Pn. Hasliza binti Ibrahim membentangkan laporan kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Mei 2023 dengan merujuk halaman 19 - 23 dalam buku program 7.2 En. Razif Ahmad bin Zuber Ahmad Khan mencadangkan laporan kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Mei 2023 diterima dan disahkan. 7.3 En. Mohd Rashidi bin Abdul Rashid menyokong laporan kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Mei 2023 diterima sebulat suara. 8.0 Perkara Berbangkit 8.1 Merujuk perkara 9.0, usul yang ke 3 muka surat 12. En. Azlan bin Ibrahim memaklumkan jawapan pada usul tidak berkaitan dengan usul tersebut. Setiausaha PIBG memaklumkan terdapat kesilapan ketika memindah maklumat tersebut dan jawapan tersebut telah pun ada di muka surat 29. 8.2 Merujuk muka surat 17 dan 19 bilangan 2. En. Rasyidi bertanya jumlah maksimum yang diperuntukkan untuk guru bersara. Menurut YDP PIBG tiada jumlah peruntukkan yang ditetapkan. Jumlah itu hanya untuk menghargai guru lama yang telah lama berkhidmat di sekolah. 8.3 Merujuk muka surat 19, En. Razif Ahmad bertanya tentang perbezaan kos caj bank yang dikenakan oleh pihak bank apabila sekolah tunaikan cek. Menurut Bendahari PIBG, kos caj bank yang dikenakan bergantung kepada siapa dan cara bagaimana cek tersebut ditunaikan. Menurut En. Nazri pihak sekolah boleh membuat pembayaran online untuk mengurangkan kos caj bank yang dikenakan oleh pihak bank.


9.0 Usul/Cadangan NAMA WARIS DAN PELAJAR USUL / CADANGAN KOMEN 1.MUHAMMAD FAKHRI BIN AHMAD FADZIL Pihak sekolah bekerjasama dengan PERHILITAN untuk menangkap kera yang masuk ke kawasan sekolah dan kelas-kelas. Mencadangkan pihak sekolah memaklumkan jika buku diniah yang tahuntahun sebelum ini masih boleh digunakan pada sesi baharupersekolahan. Menyenaraikan bilangan buku tulis yang perlu digunakan untuk mengelakkan membeli buku tetapi tidak digunakan. Pihak sekolah sudah ambil tindakan. Pihak PERHILITAN berjaya menembak 11 ekor kera dan telah meletak perangkap kera. YDP mohon pihak sekolah membuat memo rasmi untuk maklumkan kepada waris tentang penggunaan buku diniah yang boleh digunakan bagi sesi persekolahan seterusnya. Guru-guru akan berbincang dalam mesyuarat jumlah bilangan buku yang diperlukan mengikut mata pelajaran bagi setiap tahun. 2. NURUL HUDA Adam Haziq(6 Sharbini) Memperbaiki selak pintu tandas, flush tandas yang rosak dan menyediakan getah paip yang lebih panjang untuk keselesaan serta memudahkan anakanak untuk menyucikan hadas sekaligus menjaga kebersihan tandas. Pihak sekolah telah ambil tindakan untuk tandas murid. Untuk tandas di surau, pihak sekolah akan menggunakan peruntukkan wang PIBG untuk menyelenggara semula tandas di surau. En. Salimin iaitu pengusaha kantin memaklumkan tidak lagi menggunakan jenama teh yang air tehnya berasa pelik dan telah mengantikan dengan jenama Teh Boh. Berkaitan dengan bubur nasi, pengusaha kantin tidak dapat memenuhi permintaan sebahagian kecil anak-anak yang tidak makan bubur nasi. En. Razif mencadangkan pihak kantin sediakan jadual menu. Jika hari tersebut menu bubur nasi, maka anak-anak yang tidak makan bubur nasi boleh membawa bekal dari rumah.En. Razif juga mencadangkan kurangkan menu ikan kerana ramai murid yang tidak makan ikan dan digantikan dengan ayam. Menurut pengusaha kantin, penambahan menu ayam akan melibatkan kos. Beliau meminta pihak waris tambah RM2.00 menjadikan RM6.00 sehari untuk setiap murid 14


3. NOR HANIZA BINTI BAKHTIAR Nur Aneesa(4 Sharbini) Pemantauan kualiti makanan. Ada murid mengadu air tawar, terlalu manis, bihun dan nasi keras atau masin. Di harap juga memantau perkakasan yang digunakan kadang kala cawan yang digunakan berbau. Pihak kantin telah ambil maklum dan cuba perbaiki dan atasi isu ini. 4. RAZIF AHMAD BIN ZUBER AHMAD KHAN Safa Hana(3 Ghazali) Mencadangkan pihak PIBG menyediakan ‘locker’ di belakang bilik darjah bagi membolehkan murid menyimpan buku teks dan perkakasan lain agar tidak perlu dibawa balik ke rumah setiap hari.Pembaikan dan ‘upgrade’ kawasan parking sekolah perlu dibuat memandangkan terdapat ‘cover’ longkang yang pecah. Pihak sekolah akan merujuk sekolah yang telah ada ‘locker’ dan mengetahui kos perbelanjaannya. Pihak sekolah akan cuba laksanakan jika tidak membebankan dari segi kos.Pihak sekolah telah ambil tindakan dan telah panggil orang untuk membaiki longkang yang pecah itu. 15 Mohon pihak kantin untuk memeriksa hidangan yang disediakan kerana anak pernah mengadu air teh berasa pelik serta kaji semula kesesuaian hidangan bubur nasi kerana ada anak-anak yang tidak makan bubur nasi. .Berikut merupakan cadangan penyelesaian makan di kantin.· En. Mohd Rashidi mencadangkan PIBG menyumbangkan sebanyak RM1000 sebulan secara ‘one-off’.· En. Razif mencadangkan murid beli sendiri makanan di kantin.· En. Nazrul Amir mencadangkan murid makan sekali sahaja iaitu tengah hari dan disokong oleh En. Azlan.Terima cadangan makan sehari sahaja iaitu tengah hari. Makan pagi murid akan bawa bekal atau beli di kantin .En. Razif mencadangkan pihak kantin diberi tempoh 3 bulan untuk melaksanakan kaedah makan yang baru dengan dipantau oleh ajk PIBG.


5. MOHD RASHIDI BIN ABDUL RASHID Nur Danisha Qaireen(6 Nawawi) Harga makanan dan minuman yang dijual di kantin sekolah agak mahal untuk murid. Menu makanan (bayaran bulanan) perlu penambahbaikan atau dikaji semula. Pihak sekolah telah memberikan teguran, nasihat dan perbincangan berkaitan hal ini kepada pengusaha kantin. 6. AZLAN BIN IBRAHIM Adam Firas Iman(6 Sharbini) Mencadangkan menjual seluar trek di koperasi sekolah. Mencadangkan menukar warna baju melayu untuk pengawas perpustakaan kerana warna baju melayu sedia ada agak sukar untuk diperolehi dan perlu ditempah. Pihak sekolah akan cuba pertimbangkan mengeluarkan baju sukan secara seragam. YDP juga mencadangkan seluar trek tersebut diletakkan nama SRINPEK di bahagian tepi seluar. Jika pihak sekolah mendapat pembekal yang sesuai, para waris akan dimaklumkan kemudian.Waris boleh membeli baju melayu warna hijau secara online seperti di ‘shopee’ dan sebagainya. 16


10.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2021/2023 10.1 En. Muhamad Asri Bin Abdul Rahman, selaku YDP PIBG dengan rasminya membubarkanAJK PIBG sesi 2021/2023. 11.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa BAharu PIBG Bagi Sesi 2024-2025 Penasihat PUAN FAUZIAH BINTI ISMAIL Yang Dipertua PIBG EN. MUHAMAD ASRI BIN ABDUL RAHMAN Timb. Yang Dipertua PIBG EN. KHAIRUL ANUAR BIN OSMAN Setiausaha Kehormat PN HARYANA BINTI MOHD ISA Timbalan Setiausaha PN NUR NAIMAH BINTI MAD REJAB Bendahari Kehormat PN. HASLIZA BINTI IBRAHIM AJK Ibu Bapa EN. MUHAMMAD FAKHRI BIN AHMAD FADZIL PN. SITI NURZULIKHA BINTI AHAMAD EN. RAZIF AHMAD BIN ZUBER AHMAD KHAN PN. ZARINA BINTI ROMLI PN. ROSILA BINTI RASALAN EN. ZULFADLI BIN AHMAD AJK Guru PN. ZURAIFAH BINTI MD DAUD EN. MOHD HAFIZ BIN HUSSIN 12.0 Hal-hal Lain 12.1 En. Mohd Rashidi mencadangkan pihak sekolah menyediakan tabung bergerak untuk waris memberikan sumbangan dari segi kewangan bagi menampung kos untuk aktiviti-aktiviti murid di sekolah. 13.0 Penutup 13.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari. 17


NO. PENDAFTARAN : JPK 03-07/3200 JLD.6(03) SINOPSIS BIL T A R I K H PROGRAM C A T A T A N 1 06.06.2023 Kejohanan Boling TENPIN MSSDKBB Sumbangan PIBG sebanyak RM500.00 2 14.06.2023 Program anak soleh solehah Sumbangan PIBG sebanyak RM1,818.00 3 14.06.2023 Program Merentas Desa Sumbangan PIBG sebanyak R429.00 4 19.06.2023 Mesyuarat Agung PIBG Sumbangan PIBG sebanyak RM3,419.00 5 19.06.2023 Pembelian Jersi Sekolah Sumbangan PIBG sebanyak RM435.00 6 18.07.2023 Buku Latihan dan panduan Temuduga Ulul Albab (2set) Sumbangan PIBG sebanyak RM 170.00 7 23.07.2023 MSSQ & Tenpin Boling Peringkat Negeri Kedah Sumbangan PIBG sebanyakRM800.00 8 24.07.2023 Perbelanjaan Pendawaian & Pemasangan kipas di dewan terbuka. Sumbangan PIBG sebanyak6,385.00 9 03.03.2023 Taekwondo Sumbangan PIBG sebanyakRM600.00 10 17.08.2023 2 set memanah untuk sekolah Sumbangan PIBG sebanyakRM 3,714.00 11 08.08.2023 Pembelian cable HDMI(20 set x 10 meter) Sumbangan PIBG sebanyakRM423.00 12 07.09.2023 Sukan Sekolah 2023 Sumbangan PIBG sebanyakRM1000.00 13 07.09.2023 Pembelian T- Shirt AJK PIBG 2023/2024 Sumbangan PIBG sebanyakRM652.00 14 09.10.2023 Sukan MGB Sumbangan PIBG sebanyakRM1000.00 15 09.10.2023 Fatnul Aufal JHEAIK- ISLAH Sg. Petani Sumbangan PIBG sebanyakRM700.00 16 09.10.2023 Sambutan Hari Kanak-Kanak Sumbangan PIBG sebanyakRM3,000.00 17 31.10.2023 Tapak Ping Pong Sumbangan PIBG sebanyakRM 21,920,.00 18 14.11.2023 Techlympic Sumbangan PIBG sebanyakRM1,200.00 19 14.11.2023 Tiket Penerbangan ke KOKURIA Sarawak Sumbangan PIBG sebanyakRM2,400.00 20 08.01.2024 Sumbangan PIBG - Eidul Ilmi ( HAC) Sumbangan PIBG sebanyakRM6,500.00 21 08.01.2024 Jamuan Perpisahan Tahun 6 Sumbangan PIBG sebanyakRM2,000.00 22 31.01.2024 Jamuan Kelas Akhir Tahun Sumbangan PIBG sebanyakRM1,800.00 23 18.03.2024 Kematian waris Arisa Qistina ( 5N) Sumbangan PIBG sebanyakRM200.00 24 19.03.2024 Majlis IFTAR 2024 Sumbangan PIBG sebanyakRM1,700.00 18


19 SINOPSIS BIL T A R I K H PROGRAM S I N O P S I S 25 16.04.2024 HIP ( Bahasa Inggeris) Sumbangan PIBG sebanyakRM1,525.00 26 16.04.2024 Jamuan Hari Raya Aidul Fitri 2024 Sumbangan PIBG sebanyakRM2,110.00 27 09.05.2024 Gotong -royong Madani 2024 Sumbangan PIBG sebanyakRM5,800.00 29 09.05.2024 Pembelian Barangan Sukan Bola Sepak & Tiang Bola Baling Sumbangan PIBG sebanyakRM3,0260.90 30 09.05.2024 Sukan Olahraga PKG Sungai Ular Sumbangan PIBG sebanyakRM300.00 31 19.05.2024 Kematian waris Haris Sufi ( 5S) Sumbangan PIBG sebanyakRM200.00 32 19.05.2024 Pembelian Ais Krim Malaysia kepada murid Sempena Hari Guru 2024 Sumbangan PIBG sebanyakRM402.00 33 19.05.2024 Kek Hari Guru 2024 Sumbangan PIBG sebanyakRM210.00 34 23.05.2024 Pembelian Baju Nasyid 2024 Sumbangan PIBG sebanyakRM900.00 35 23.05.2024 Pembelian Baju Kalam Jamaie ' 2024 Sumbangan PIBG sebanyakRM1300.00 36 23.05.2024 Kematian waris Muhd Aqil Wafi Wafi ( 5S) Sumbangan PIBG sebanyakRM200.00 37 28.05.2024 Pembayaran servis 3 biji "Water Cooler " Sumbangan PIBG sebanyakRM450.00


20 P E R S A T U A N I B U B A P A D A N G U R U S E K O L A H R E N D A H I S L A M N U R U L H I D A Y A H P E N G H U L U E L A N G K U L I M K E D A H B A N K M U A M A L A T A K A U N N O : 0 2 0 3 - 0 0 0 1 8 8 8 - 7 1 - 8 P E N Y A T A K E W A N G A N P I B G S R I N P E K B E R A K H I R 3 1 M e i 2 0 2 4


BIL SKOR BM BI MT SNS SEJ PI BA RBT PJPK PSV PM 1 TP1 2 TP2 3 TP3 2 2 5 4 TP4 12 7 14 4 5 18 6 2 5 TP5 61 70 57 44 76 13 26 1 2 22 99 6 TP6 36 32 35 63 30 98 67 110 109 83 10 7 TD JUM 111 111 111 111 111 111 111 111 111 111 111 21 PBD TAHUN 6


BIL SKOR BM BI MT SNS SEJ PI BA RBT PJPK PSV PM 1 TP1 2 2 TP2 3 7 12 2 4 11 1 3 TP3 2 8 13 12 2 3 1 23 28 14 4 TP4 19 36 17 48 14 9 12 43 45 18 47 5 TP5 58 42 36 41 60 62 36 34 26 54 46 6 TP6 29 18 31 8 35 37 62 7 1 39 3 7 TD JUM 111 111 111 111 111 111 111 111 111 111 111 22 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TAHUN 6


KEPUTUSAN BIL CALON 9A 9 8A 12 7A 16 6A 23 5A 11 4A 5 3A 14 2A 5 1A 7 0 A 9 BIL LULUS 109 BIL GAGAL 2 23 SIJIL PENDIDIKAN ISLAM (SPI) TAHUN 6


KEPUTUSAN BIL CALON 8A 60 7A1B 11 7A1C 2 6A2B 9 6A1B1C 3 5A3B 7 5A2B1C 6 4A4B 4 4A3B1C 2 4A1B3C 1 3A3B2C 2 3A2B3C 1 3A 1 BIL LULUS 108 BIL GAGAL 1 24 UPKK TAHUN 5


BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH PENGURUSAN BANTUAN MURID 2023 1 BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAP(RM 150) TAHUN 2 - 6 2023/2024 26.01.2023 2 BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAP (RM 15) TAHUN 1 2023/2024 30.03. 2023 3 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2 - 6 2023/2024 BERMULA 19.03.2023 4 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 1 2023/2024 BERMULA MEI 2023 5 PROGRAM SUSU SEKOLAH (19 ORANG MURID RMT SHJ) SETIAP HARI SEKOLAH 6 KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)- 19 ORANG 28.8.2023 7 SUMBANGAN ZAKAT PAKAIAN SEKOLAH KEPADA MURID YATIM DAN ASNAF 26.01.2023 8 SUMBANGAN ZAKAT PAKAIAN RAYA KEPADA MURID YATIM DAN ASNAF 18.04.2023 PENGURUSAN BANTUAN MURID 2024 1 BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAP (RM150) TAHUN 2 - 6 2023/2024 30.01.2024 2 BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAP (RM150) TAHUN 1 2023/2024 25.03.2024 3 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2 - 6 2023/2024 10.03.2024 4 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 1 2023/2024 BERMULA MEI 5 PROGRAM SUSU SEKOLAH (15 ORANG MURID RMT SHJ) 10.03.2024 6 SUMBANGAN ZAKAT PAKAIAN SEKOLAH KEPADA MURID YATIM DAN ASNAF 30.01.2024 25


NAMA SEKOLAH BIL. MURID SMK 26 TAHFIZ KERAJAAN NEGERI 2 TAHFIZ SWASTA 3 MRSM 12 SMKA 13 SABK 15 SBP 1 LAIN-LAIN 39 26


27


28


29 NAMA PENCADANG PUTERI AYUNI Nur Fatimah Azzahra’ (1 Ghazali) Zulkifle Muhammad Alfatih (6 Sharbini) CADANGAN Saya mencadangkan usul untuk pihak sekolah memberikan sijil dalam setiap penyertaan murid, sijil peringkat sekolah terutamanya. Sebelum ni sekolah hanya berikan medal ataupun trofi, tetapi tiada sijil. Sedangkan anak-anak lebih perlukan sijil untuk mohon sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi. Usahakan untuk sekolah mempunyai sekurangkurangnya van sekolah. Bila ada van sekolah, ia membawa imej sekolah bila pergi hantar murid ke mana-mana program atau pertandingan. Memudahkan juga untuk menghantar murid ke hospital bila berlaku kecemasan. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG AHMAD FIRDAUS BIN AHMAD AZAM Ahmad Furqan bin Ahmad Firdaus (1 Ghazali) CADANGAN Loker penyimpanan buku pelajar di setiap bilik darjah. KEPUTUSAN


30 NAMA PENCADANG MOHD ZULHAIRI B. MD YUSOP Dhia Nur Safiya (1 Ghazali) CADANGAN Cadangan untuk buat bumbung di sepanjang pakir motosikal. Murid-murid boleh menunggu di situ sementara menunggu ibu bapa ambil. Dapat mengelakkan hujan dan panas. Boleh usulkan kutipan dana/infaq dari ibu bapa atau penjaga. Cadangan pihak sekolah mengadakan pertandingan kelas cantik. Dengan itu, pihak ibu bapa dan guru secara tidak langsung akan menjaga dan menghias kelas anak-anak dan menjadikan suasana kelas yang ceria untuk belajar. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG MOHD FAIZAL ADRIS Iqlima Zulaikha (1 Ghazali) Muhammad Zill Qayyim (4 Sharbini) CADANGAN Penambahbaikan sistem pembayaran yuran sedia ada supaya waris dapat melakukan pembayaran secara ‘online-banking’ dari sistem. Dengan ini, pihak admin dapat mengenal pasti dan guna sistem alert terus kepada waris yang mempunyai tunggakan yuran. Terdapat beberapa penutup longkang di surau keadaan tidak memuaskan dan membahayakan kepada pelajar jika terkena kaki. KEPUTUSAN


31 NAMA PENCADANG MEJOR AZMAN Aeisha Adelia (1 Ghazali) Amira Adelia (1 Ghazali) CADANGAN Mengadakan kem ibadah pada cuti sekolah. Ibu bapa yang berminat perlu membayar untuk penyertaan supaya tidak membebankan pihak sekolah. Kempen “bumi hijau”. Setiap murid diberi amanah untuk menanam dan menjaga sebatang pokok. Ini untuk memupuk rasa sayang pada tumbuhan dan tingkatkan rasa tanggungjawab. Cadangan pokok sayuran supaya hasilnya dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG SHAMSHER BIN ABDULLAH Nur Iman Sofeena (2 Maliki) CADANGAN Mohon agar pihak koperasi sekolah menjual buku tulis secara berasingan (loose) bukan secara pakej seperti sekarang. Untuk mengelakkan pembaziran. KEPUTUSAN


32 NAMA PENCADANG AIN SAFWANA Amara Nasyifa (3 Shafie) Ammar Naufal (4 Nawawi) CADANGAN Mempelbagaikan menu makanan anak-anak kerana anak mengadu menu makanan yang sama berulangulang. Anak-anak agak bosan jika diberikan menu yang sama. Menegur security guard untuk bertutur dengan lebih lembut kerana ada guard yang bertutur agak kasar dengan ibu bapa. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG NURUL HUDA Asyeera Hannaan (3 Shafie) CADANGAN Masalah kera yang selalu menceroboh masuk ke kelas yang bersebelahan dengan hutan. Mohon minta kepada pihak perhilitan untuk pasang perangkap kera. KEPUTUSAN


33 NAMA PENCADANG AHMAD KAMAL BIN SHA’ARI Nur Aleeya Syafiqah bt Ahmad Kamal (3 Maliki) CADANGAN Alhamdulillah, jalan ke sekolah semakin baik. Kelas BI untuk speaking KEPUTUSAN NAMA PENCADANG NOOR AZRIN BIN MOHAMAD ARSHAD Sumaiyyah Naifah (3 Maliki) CADANGAN Servis kipas siling Ganti Capacitor Recoil (mana yang kena manual pusing) Ganti beoring (jika bunyi bising terlalu kuat) Tambah kipas dinding Menempatkan kipas dinding disisi tepi bilik darjah. Murid-murid di tepi kurang mendapat angin dari kipas siling. Pihak kantin menyediakan makanan yangtidak terlalu pedas dan air minuman yang tidak terlalu tawar. Memperbanyakkan lagi pilihan makanan yang dijual di kantin. KEPUTUSAN


34 NAMA PENCADANG NUR AZMINA BINTI MOHD SALLEH Nur Ariana Aneesa bt Mohd Aliff (4 Nawawi) CADANGAN Mendadalan pusat transit anak-anak terutamanya kepada waris yang bekerja di luar kawasan Kulim. Bag sekolah terlalu berat. Mungkin anak-anak hanya bawa balik buku yang mempunyai kerja sekolah sahaja. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG AYU AMILIA BT MUSTAFFA Arif Umar Qayyum (4 Nawawi) CADANGAN Lebihan buku tulis dari tahun sebelum agak banyak (10 buah). Untuk pembelian tahun baru, tidak dapat dikurangkan. Harap perkara ini dapat diberi perhatian supaya lebihan buku tulis dapat digunakan untuk tahun hadapan KEPUTUSAN NAMA PENCADANG SUHAILI BT IBRAHIM Nur Humaira Sofea bt Mohd Hisham (4 Nawawi) CADANGAN Speaker untuk memanggil anak di luaskan ke surau dan bahagian belakang sekolah anak. KEPUTUSAN


35


Penghargaan Seluruh Jawatankuasa Majlis PIBG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. PIBG Mesyuarat


Click to View FlipBook Version