The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kiki.., 2023-03-15 08:46:08

BAGAI DURI DALAM DAGING

BAGAI DURI DALAM DAGING

Bagai Duri Dalam Daging


Zila bersandar di bawah pokok berhampiran kantin sekolah. Dia hanya memandang gelagat kawankawannya yang berselera menikmati makanan dan minuman yang dibeli di kantin sekolah. Peristiwa semalam ‘bagai duri dalam daging’ baginya. Masih teringat peristiwa yang menyakitkannya apabila beliau dipukul oleh ibu tirinya kerana lambat mengangkat pakaian di ampaian.


“Mengapa kamu termenung” Suraya penolong ketua kelas 5 Bijak, juga kawan baik Zila datang menghampiri sambil memegang bungkusan yang berisi karipap yang dibeli di kantin sekolah. “Cerita pada saya jika kamu ada masalah” Suraya berkata sambil menghulur karipap kepada Zila. Suraya percaya kawan baiknya itu mempunyai masalah yang menghantui fikirannya ‘bagai duri dalam daging’ menyebabkan beliau sentiasa resah dan susah hati.


Kelas 5 Bijak menunggu kehadiran Puan Rohana guru matapelajaran Sejarah. Suasana menjadi senyap sunyi apabila ternampak kelibat Puan Rohana. Puan Rohana memandang anak murid kesayangannya satu persatu. Dia nampak air muka Zila yang tidak ceria seperti murid-murid yang lain. Puan Rohana yakin anak muridnya itu mempunyai masalah peribadi. Waktu matapelajaran Sejarah digunakan untuk perbincangan mengadakan Project Based Learning dua minggu lagi. Murid-murid akan dibawa ke Melaka untuk mengadakan kajian tentang kesan penjajahan di Banda Hilir Melaka.


Puan Rohana mengedarkan surat kebenaran penjaga kepada murid-murid. “Maafkan saya cikgu, saya tidak dapat turut serta” Zila menghampiri Puan Rohana dengan wajah yang sedih. Puan Rohana mula menyedari perubahan anak muridnya itu sejak akhir-akhir ini. Zila menjadi pendiam, prestasinya merosot dan lebih suka menyendiri. Puan Rohana percaya ada sesuatu yang menganggu fikiran Zila dan perkara itu ‘bagai duri dalam dalam daging’. Beliau akan menyelidiki perkara ini sedalam dalamnya kerana sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan kebajikan murid-muridnya


Zila pulang ke rumah berjalan kaki. Kerana tiada pengangkutan untuknya ke sekolah kerana ayahnya selalu bertugas ke luar daerah. Perkahwinan ayahnya selepas kematian ibunya lima bulan lalu banyak mengundang kesedihan dalam hidup Zila. Ia ‘bagai duri dalam daging’ kerana menyebabkan rasa takut dan keresahan. Setiap hari ia pasti didera oleh ibu tirinya. Peristiwa itu dirahsiakan daripada pengetahuan ayahnya bagi mengelak peristiwa yang lebih buruk berlaku. “Ayah tengok sejak akhirakhir ini Zila selalu termenung dan menjauhkan diri dari ayah. Prestasi Zila juga merosot” Encik Salleh menghampiri anak tunggal hasil perkongsian hidupnya dengan arwah isterinya itu. Kesibukan tugas di luar daerah menyebabkan Encik Salleh menyerahkan bulat-bulat segala urusan rumahtangga kepada isteri barunya. Dia berharap isterinya itu dapat menerima Zila dan menyayangi seperti anak kandungnya sendiri.


Pagi itu Encik Zaki akan bertugas ke luar daerah selama seminggu. Zila menyambut berita tersebut dengan perasaan sedih dan risau. Ianya menjadi ‘duri dalam daging’ yang pasti meresahkannya kerana bimbang didera sekali lagi oleh ibu tirinya. Selepas rehat kelas 5 Bijak gempar kerana Zila tiba-tiba jatuh pengsan. Puan Rohana menghubungi pihak hospital dan membawa Zila ke hospital. Banyak kesan lebam di badan Zila dan dia kekurangan air dalam badan. Mukanya pucat kerana didapati tidak makan beberapa hari. Pihak hospital mendapati Zila telah lama didera berdasarkan kesan lebam di anggota badannya. Puan Rohana sedih dengan nasib yang menimpa muridnya. Selama ini peristiwa didera telah menjadi ‘duri dalam daging’ kepada Zila muridnya sendiri.


Selepas membuat laporan polis, Puan Rohana menghubungi Encik Salleh untuk memaklumkan perkara yang telah berlaku. “Maafkan ayah, selama ini ayah banyak mengabaikan kamu” Encik Salleh memeluk Zila dengan perasaan sedih dan kesal. Dia tidak menyangka isteri barunya sanggup mendera anak tunggalnya itu. Sementara menunggu kes penderaan selesai, Puan Rohana bersetuju membawa Zila pulang ke rumah dan menjadikannya anak angkat. Dia ingin melihat Zila ceria seperti dulu dan peristiwa itu tidak menjadi ‘duri dalam daging’ lagi kepadanya. Encik Salleh berjanji akan menjaga Zila sebaik mungkin selepas semuanya selesai. Duri dalam Daging Maksud : sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.


Click to View FlipBook Version