Penulis
Norafizah Abdul Razak
Suhaili Samsuddin
Di dalam sebuah hutan tinggal
monyet dan kura-kura yang
bersahabat baik.
Mereka tinggal berhampiran
sebatang sungai . Di seberang sungai
terdapat pokok-pokok pisang yang
sedang berbuah lebat.
Monyet mengajak Kura-Kura
ke seberang sungai untuk mengambil
pisang-pisang untuk dimakan.
Kura-kura dengan senang hati
membawa Monyet ke seberang
sungai.
Setibanya di seberang sungai,
Monyet terus memanjat pokok pisang
dan memetik semua buah pisang.
Namun Monyet mula bersikap tamak
dan enggan memberikan sebahagian
pisang kepada Kura-Kura.
Kura-kura kecewa dengan sikap
Monyet yang tamak. Beliau berlalu
dari situ dan terus berenang ke
seberang sungai.
Kura-kura meninggalkan Monyet di
seberang sungai. Kura-kura tidak
mahu berkawan lagi dengan Monyet
yang tamak.
Monyet menyesal kerana bersikap
tamak. Sikapnya itu menyebabkan ia
kehilangan sahabat baik.