The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DISEDIAKAN UNTUK SUBJEK FCE 32000 PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING DIBAWAH SELIAAN DR
MAIZATUL MARDIANA
BINTI HARUN (K.B.P.A,
Ph.D.)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyahema123, 2022-01-16 01:29:03

EBOOK TEORI, KEMAHIRAN ASAS PROSES DALAM KAUNSELING

DISEDIAKAN UNTUK SUBJEK FCE 32000 PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING DIBAWAH SELIAAN DR
MAIZATUL MARDIANA
BINTI HARUN (K.B.P.A,
Ph.D.)

Keywords: TEORI KAUNSELING,KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING,PROSES KAUNSELING

Selain itu, kaunselor perlu memerhati tanda-tanda yang ada pada klien seperti nada suara dan
reaksi muka. Oleh itu, kaunselor perlu membuat penilitian lebih dan mendalam terhadap klien.
Tingkah laku lisan serta bukan lisan klien juga perlu diperhatikan semasa sesi kaunseling
dijalankan.

5.4 KEMAHIRAN MELAKUKAN DORONGAN MINIMUM
Dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada klien untuk
meneruskan perbincangan. Klien akan cenderung bermain dengan emosi semasa sesi kaunseling
dijalankan. Oleh itu , dorongan minima semasa perbincangan amat penting bagi menyokong dan
mendorong klien meneruskan luahan dan permasalahan mereka. Ia merupakan respons atau
ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan klien terus bercakap dan
memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima adalah seperti “hmm, teruskan,
“lepas itu”, “kemudian”, “jadi”, “terangkan lagi”, “oh….”, sentuhan, angguk kepala, kerutan
di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi.
Tujuan kaunselor mengadakan dorongan minima adalah untuk merangsangkan dan mengalakkan
klien untuk terus bercerita. Selain itu, ia menunjukkan kaunselor sedang mendengar dan
memahami apa yang sedang diperkatakan oleh klien.

5.5 KEMAHIRAN MENGENDALIKAN KESENYAPAN
Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling berjalan.
Tempoh kesenyapan amat penting bagi memberi ruang kepada klien untuk mengingati kembali
apa yang diluahkan dan apa yang ada dalam fikirannya. Kaunselor juga perlu tahu masa yang
sesuai untuk sama ada menggalakkan klien terus bercakap atau terus mengekalkan kesenyapan
itu. Kesenyapan ini merupakan satu perkara yang baik kerana ia memberikan masa kepada
kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan apa yang seharusnya diambil seterusnya.
Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada klien yang tidak sempat menghabiskan hujahnya
tadi berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya. Di samping itu dapat mengingat
kembali sesuatu yang barangkali dia terlanjur kata atau mahu mengubah fikirannya.

50

Kesenyapan yang berlaku banyak memberikan peluang kepada klien dan kaunselor untuk
mengimbas kembali diri masing-masing semasa sesi kaunseling tersebut. Ia juga memberi
peluang kepada kaunselor untuk mendengar apa yang dikatakan oleh klien dengan lebih
berkesan, dapat memerhatikan gerak geri klien dengan lebih teliti, menilai hubungan pemikiran,
perasaan dan tindakan kliennya dengan lebih baik serta lain-lain lagi. Walaupun begitu,
kaunselor haruslah mengelakkan kesenyapan yang terlalu panjang kerana ia akan menghentikan
terus pokok cerita yang diperbincangkan tadi

5.6 KEMAHIRAN MERUMUS

Merumus adalah pernyataan atau menyimpul semula bahagian isi dan perasaan penting yang
telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut. Kemahiran merumus ini bertujuan
untuk menyedarkan klien dan mengimbas kembali apa yang telah diluahkan semasa sesi
kaunseling itu. Kaunselor boleh membuat rumusan sama ada di permulaan, di tengah atau pun
di akhir sesi kaunseling. Namun kebiasannya, rumusan dibuat pada hujung sesi kaunseling, iaitu
membuat rumusan keseluruhan. Di samping itu, kaunselor juga boleh membuat rumusan di
tengah-tengah sesi kaunseling itu sekiranya klien itu sudah hendak masuk ke topik pebincangan
yang baru. Ini adalah supaya klien dan kaunselor tidak keliru dan mencampur adukkan semua
topik yang telah diperbincangkan.

Tujuan merumus ialah untuk mengaitkan kembali beberapa elemen daripada mesej yang
disampaikan klien. Selain itu, ia berfungsi untuk klien mendengar semula kata katanya semasa
sesi kaunseling dijalankan. Rumusan ini terbahagi keapada 3 keadaan iaitu :

-Rumusan untuk memulakan sesi
Contoh;

“Pada sesi yang lalu, kita telah bincangkan tentang perasaan Azura terhadap ibu
mertua serta perselisihan faham dengannya ketika melahirkan anak. Azura
merasakan diri Azura bersalah dan bimbang. Sejak itu, hubungan Azura dengan
mertua tidak baik. Kita juga bincangkan pelan tindakan pada minggu itu.
Bagaimana?. Adakah berjalan dengan baik?.

51

-Rumusan pertengahan sesi

Contoh;
“Setakat ini, saya lihat perancangan Kamal tidak berjalan dengan lancar. Sekali
lagi, Kamal rasa bersalah apabila melihat idea itu dimanipulasi. Namun, satu idea
boleh dilakukan. Kamal telah dapat berbincang dengan Lina tentang bidang
tugasnya, dan inilah kali pertama anda boleh bercakap tanpa bertengkar. Kamal
nampaknya mungkin dapat membuat perancangan susulan pada minggu hadapan.
Adapan ini benar?.

-Rumusan di akhir sesi

Contoh;
“Di dalam sesi ini, kita telah berbincang mengenai perasaan Anita terhadap ibu
mertua dengan lebih terperinci. Beberapa perkara yang perlu diberi
perhatian. Pertama, pelan yang kita bincangkan tidak berjalan dengan baik, tapi
Anita dapat bercakap dengan mentua tentang satu perkara tanpa menjerit. Seperti
dibincangkan, kita telah kenal pasti beberapa tingkah laku Anita yang perlu diubah
seperti lebih relaks dan mengubah topik bila Anita rasakan diri Anita mula nak
marah. Saya juga gembira dengan idea Anita di akhir sesi ini mengenai cara
bercakap dengan ibu tentang sesuatu isu. Adakah ini mencukupi untuk sesi ini?.

5.7 KEMAHIRAN KONFRANTASI

Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik antara klien dengan
kaunselor. Semasa kemahiran konfrontasi dijalankan, kaunselor harus menggunakan nada yang
lembut yang mengandungi unsur-unsur ambil berat agar mesej yang disampaikan tidak tersalah
tafsir oleh klien. Biasanya kemahiran konfrontasi akan digunakan oleh kaunselor kepada klien
dalam situasi-situasi tertentu seperti dinyatakan di bawah :

a. Terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang dirinya dengan apa yang
dilakukannya.

b. Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada satu masa dengan apa yang
dikatakan pada masa yang lain.

52

c. Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan
d. Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh klien
mengenai dirinya
e. Menyatakan tentang tingkah laku klien yang didapati tidak sesuai, sebagai maklumat
tambahan mengenai diri klien.

Tujuan kaunselor mengadakan kemahiran konfrantasi adalah untuk memberikan klien satu
pandangan lain dalam usaha meneliti dirinya dan mengenalpasti punca permasalahan.

Contoh :
“Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda langsung tiada persediaan untuk
berjaya”.

6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, dua kemahiran ini sangat berguna dan penting dalam sesi kaunseling.
Mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran
manusia, iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan makna ayat dan
ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Kemahiran merespon pula banyak
memberi impak yang baik sepanjang sesi kaunseling dijalankan. Kaunselor perlu memainkan
peranan yang besar dalam merespon setiap yang diperkatakan oleh klien semasa sesi
perbincangan berlangsung. Aspek-aspek sebegini perlu dititik beratkan supaya klien akan lebih
rasa diri mereka dihargai dan dapat menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia
memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami segala kemahiran
yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang
sesuai. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi
seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat
kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor.

53

7.0 RUJUKAN

Bmm 3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer Pameran

Bmm3105

Ipgktaa, 2013. http://ekspresibahasamelayu.blogspot.com/2013/04/definisi-dan-konsep-

kemahiran-mendengar.html

Wikipedia, 2012, Kemahiran Mendengar. https://www.wikipedia.org/

DocPlay, 2017, Pengenalan Kemahiran Mendengar, https://docplayer.info/67959173-Bab-1-
pengenalan-kemahiran-mendengar.html

54

PROSES MENOLONG

1.0 PENGENALAN

Manusia dan masyarakat merupakan individu yang tidak sempurna dan mempunyai banyak
kelemahan. Dan untuk melengkapi kekurangan tersebut, sifat tolong menolong antara manusia
haruslah dipenuhi. Sikap ambil peduli dan tolong menolong adalah salah satu sikap manusia
yang terpuji. Tolong- menolong merupakan suatu kewajiban dan dengan tolong- menolong juga
kita akan dapat membina hubungan yang baik sesama manusia seperti kawan, jiran tetangga dan
masyarakat.Proses menolong adalah satu bentuk bantuan yang disediakan oleh pelbagai pihak
termasuk memberikan nasihat dan bimbingan kepada orang lain, membantu seseorang yang
menghadapi masalah, membantu seseorang membuat keputusan yang lebih baik dan
meningkatkan keupayaan kendiri seseorang dalam mencapai matlamat. Jangka masa bagi proses
ini adalah tidak tetap dan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Menurut Rogers dalam
Sabariah (2003), proses menolong adalah satu proses dimana satu pihak mempunyai matlamat
untuk meningkatkan pertumbuhan, perkembangan, kematangan, memperbaiki fungsi dan
menangani masalah hidup masyarakat lain.

2.0 KATEGORI ‘HELPER’

Penolong atau lebih dikenali sebagai ‘Helper’ adalah seseorang yang membantu orang lain
untuk memahami, mengatasi atau menangani masalah dalaman atau luaran seseorang. Tiga
kategori ‘helper’ adalah professional, separa profesional dan juga tidak professional. Bagi
kategori ‘helper’ profesional, individu dari kategori ini mempunyai kepakaran dalam peringkat
ijazah tinggi berkaitan dengan bidang tingkah laku manusia, prosedur dalam menolong dan
pengalaman dan juga latihan klinikal. Contoh individu bagi kategori ini adalah,psikataris.
Seterusnya, ‘helper’ separa professional. Individu bagi kategori ini terlatih dalam kemahiran
kaunseling dan menggunakannya sebagai sebahagian daripada pekerjaan mereka, namun
individu ini tidak memiliki kelayakan kaunseling atau psikoterapi bertauliah. Sebagai contoh,
pelajar jurusan psikologi dan kaunseling atau bidang yang berkaitan dengannya. Dan akhir sekali
adalah ‘helper’ tidak profesional. Individu bagi kategori ini mempunyai pengetahuan berkaitan
dengan perhubungan dan kemanusiaan melalui seminar atau bengkel yang dianjurkan.
Contohnya adalah, guru, penyelia, rakan-sekerja dan ahli keluarga. Kebanyakan klien
mempunyai dalam diri mereka sendiri jawapan kepada kebanyakan masalah atau persoalan yang

55

terjadi namun mereka memerlukan seseorang untuk membantu mereka dalam menyaring dan
menilai pelbagai kemungkinan tindak balas terhadap situasi itu.

3.0 KONSEP PROSES MENOLONG DALAM BIMBINGAN KAUNSELING

Di dalam kaunseling, kaunselor boleh memecahkan proses kaunseling kepada beberapa fasa
dan setiap fasa ini mempunyai peringkat dan langkah yang tersendiri (Brammer, 2013). Bagi
fasa yang pertama adalah fasa pra-persediaan. Untuk peringkat ini, kaunselor perlu meneliti latar
belakang klien. Hal ini penting supaya kaunselor lebih mengetahui persoalan sebenar klien.
Dalam peringkat ini juga, kaunselor akan membina hubungan bersama klien dan memberikan
pertolongan kepada mereka. Seterusnya, fasa yang kedua iaitu semasa proses kaunseling.
Terdapa beberapa peringkat dalam fasa ini iaitu, peringkat penerokaan, peringkat mengenalpasti
masalah dan matlamat dan peringkat mengambil tindakan. Akhir sekali, fasa ketiga iaitu berlaku
selepas proses kaunseling. Ini adalah merupakan peringkat yang terakhir dan melibatkan
peringkat menamatkan sesi. Di dalam proses kaunseling terdapat pelbagai model yang
digunapakai selain dari tiga fasa ini, namun konsep yang digunakan adalah sama iaitu fasa
permulaan kaunseling, fasa pertengahan kaunseling dan fasa akhir sesi kauneling.

4.0 JENIS PERINGKAT DALAM PROSES MENOLONG

Terdapat lima jenis peringkat dalam proses menolong iaitu bermula dengan peringkat
membina hubungan, peringkat penerokaan, peringkat mengenalpasti masalah dan matlamat
klien, peringkat mengambil tindakan dan peringkat penamatan sesi.

4.1 Peringkat Membina Hubungan

Bagi peringkat membina hubungan, kaunselor akan membina hubungan yang baik bersama
klien. Didalam peringkat ini, kaunselor akan menanamkan sifat kepercayaan kepada klien supaya
mereka berasa lebih selamat dan selesa untuk berkongsi masalah mereka. Kaunselor juga akan
menerangkan berkenaan dengan Akta Kerahsiaan (Akta Kaunselor 1999) dimana segala
percakapan, urusan dan rekod berkaitan dengan sesi kaunseling yang diadakan adalah rahsia dan
sulit selagi tidak membahayakan dan mengancam keselamatan klien. Kaunselor akan
memulakan sesi dengan bertanyakan kepada klien mengenai khabar dan kesihatan klien.
Seterusnya, kaunselor boleh bertanyakan kepada klien soalan seperti, “ Ada apa-apa yang awak
mahu kongsikan bersama saya?” atau “Saya sudi mendengar, ada apa-apa yang boleh saya
bantu?”. Peringkat ini akan memberikan tanggapan sama ada positif atau negatif kepada klien
sama ada mereka berasa selesa untuk berkongsi atau sebaliknya. Dalam peringkat ini, terdapat

56

beberapa tahap dalam membina hubungan termasuk lah menentukan matlamat awal kaunseling,
menstruktur hubungan antara kaunselor dan klien mewujudkan suasana yang menggalakan
interaksi dua hala dan membina kepercayaan.

4.2 Peringkat penerokaan

Peringkat penerokaan merupakan juga merupakan salah satu peringkat semasa proses
kaunseling. Tujuan kaunselor di peringkat ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang
terperinci bagi memberi makna terhadap masalah serta mencari punca masalah itu berlaku Pada
peringkat ini, kaunselor memainkan peranan dalam memahami serta meneroka masalah yang
dihadapi oleh klien. Kaunselor akan semakin mengenali klien dari aspek pendirian, matlamat
dan strategi yang bakal digunakan untuk membantu klien. Dalam hal ini, kaunselor hendaklah
menggunakan kemahiran mendengar dengan lebih aktif dan bijak meneroka dalam membantu
klien menumpukan perhatian terhadap masalah mereka supaya mereka dapat mendalami dan
menganalisis diri mereka sendiri. Pelbagai kemahiran-kemahiran asas kaunseling boleh
diaplikasikan. Beberapa langkah boleh dilakukan oleh kaunselor di peringkat ini :

1. Kaunselor perlu terus mewujudkan dan mengeratkan hubungan bersama klien supaya
klien timbul perasaan percaya dan yakin terhadapnya.

2. Menggalakkan klien untuk meneroka masalah dan perasaan agar dapat mencapai
kesedaran kendiri mereka. Hal ini bagi memudahkan lagi kaunselor dapat mengenalpasti
masalah kliennya.

3. Kaunselor boleh menentukan sama ada ingin meneruskan atau menghentikan sesi
kaunseling atas beberapa perkara/sebab tertentu.

4. Kaunselor boleh memberi tunjuk ajar atau panduan mengenai kemahiran-kemahiran asas
yang perlu untuk mencapai matlamatnya.

Dalam proses penerokaan ini, kaunselor mestilah semakin jelas, cerdas dalam setiap tindakan
serta perkara yang diperlukan oleh kliennya. Penerokaan yang mendalam terhadap permasalahan
klien akan menimbulkan perasaan empati antara satu sama lain. Walaubagiamanapun, peringkat
penerokaan ini merupakan peringkat awal untuk mencari punca masalah klien. Jadi, pernyataan
klien tidak semestinya benar belaka. Akan tetapi, ia bergantung kepada kebijaksanaan seseorang
kaunselor untuk mencungkil dan memujuk klien untuk menjelaskan masalah yang dihadapinya
dengan jujur. Persoalan yang dikemukakan perlulah berhati-hati dan bercorak terbuka. Eisenberg

57

dan Delaney (1977), peringkat penerokaan ini merupakan proses terjadinya komunikasi yang
didorong oleh sikap jujur dan ikhlas serta berterus terang antara kedua-dua pihak.

Bagi memenuhi penerokaan yang mendalam, kaunselor perlu meneliti beberapa perkara
untuk memahami cara pemikiran kliennya. Antaranya ialah, kaunselor perlu meneroka dengan
lebih luas terhadap skop masalah yang dihadapi oleh klien. Hal ini demikian kerana, skop
masalah adalah berbeza bagi setiap klien. Oleh itu, peranan kaunselor dalam mengenal pasti skop
masalah mereka adalah dengan bertanyakan sebab utama yang mendorong mereka untuk datang
berjumpa dengan kaunselor. Berfikiran terbuka terhadap segala yang diceritakan tanpa
menghukum kekurangan mereka. Seterusnya, kaunselor harus memahami sejauh mana cara
pemikiran klien terhadap permasalahan mereka. Kebiasaannya cara pemikiran mereka boleh
dilihat melalui pendirian dalam hidup, bagaimana mereka membuat keputusan dan cara mereka
menangani masalah lampau. Apabila kaunselor sudah memahami pendirian klien, ianya akan
membantu kaunselor dalam menformulasi matlamat yang akan memberi harapan kepada
penyelesaian masalah tersebut. Lain daripada itu, kaunselor juga harus memahami kekuatan yang
ada dalam diri klien sama ada dalaman mahupun luaran. Kekuatan yang ada dalam diri seseorang
klien pasti datang daripada mana-mana sumber. Jadi sumber kekuatan itulah yang perlu
diterokai.Dengan berbuat demikian, kaunselor dapat menolong klien mengatasi kelemahan klien
dan menggunakan kekuatan yang ada dalam diri mereka untuk merancang strategi dalam
menyelesaikan masalah.

4.3 Peringkat mengenalpasti masalah dan matlamat

Peringkat ini berlaku setelah penerokaan masalah klien. Pada tahap ini, kaunselor
hendaklah mengenalpasti beberapa bahagian yang perlu dibuat penjelasan yang lebih terperinci
daripada permasalahan tersebut. Tujuan berbuat demikian adalah untuk membantu kaunselor
memastikan masalah tersebut adalah masalah sebenar yang dihadapi oleh klien.

Setelah itu, kaunselor perlu membantu klien dalam membentuk persoalan kepada
permasalahan mereka. Klein boleh memilih persoalan yang mana untuk diberikan penekanan
terlebih dahulu. Dengan kata lain, kaunselor dan klien harus membuat perbincangan mengenai
alternatif yang boleh diambil untuk mencapai matlamat. Kedua-dua pihak harus bersama-sama
membina plan tindakan yang khusus bagi merealisasikan matlamat kaunseling yang diinginkan.
Dalam pada itu, bagi mencapai hasil matlamat yang terbaik, proses perbincangan perlu melalui
beberapa fasa iaitu dimulai dengan sesi sumbangsaran antara kedua-dua belah pihak. Pendapat

58

yang dikemukakan oleh klien perlulah ditelusuri oleh kaunselor terlebih dahulu agar mereka
merasa lebih dihargai. Selepas sesi sumbangsaran sudah mencapai kata sepakat, kaunselor dan
klien perlu memilih beberapa strategi yang terbaik bagi menyelesaikan konflik yang dihadapi.
Kaunselor perlu bijak dalam menolong klien untuk merancang strategi dan langkah yang ingin
diambil untuk menyelesaikan. Hal ini demikian kerana adalah untuk mengurangkan masalah
kebergantungan kaunselor semata-mata. Akhir sekali ialah membuat rancangan sebelum
memulakan tindakan. Kaunselor juga perlu menerangkan rasional bagi setiap tindakan yang
bakal diambil. Pendek kata, hasil perbincangan yang dibuat mestilah dipersetujui oleh kedua-
dua pihak kerana ketidaksepakatan dalam perbincangan akan mengeruhkan lagi keadaan pada
masa akan datang.

Namun begitu, pembentukan matlamat yang jelas tidaklah begitu mudah. Ianya
bergantung kepada permasalahan klien itu sendiri. Matlamat tidak mungkin dapat dicapai pada
sesi yang pertama sahaja, malah akan diperhalusi lagi pada sesi-sesi berikutnya. Oleh disebabkan
itu, pembentukan matlamat yang jelas mempengaruhi dan memberi makna kepada perubahan
yang diingini oleh klien.

4.4 Peringkat Mengambil Tindakan

Peringkat ini berlaku setelah kaunselor dapat mengenalpasti masalah dan matlamat.
Tugas utama kaunselor di sini ialah membantu klien menyelesaikan masalah dan
membimbingnya agar dapat berfungsi dan mempunyai kemajuan pada masa akan datang. Klien
memerlukan dorongan dan sokongan dari segi emosi,galakan dan pengukuhan terhadap sesuatu
yang baru mereka pelajari. Kaunselor mungkin akan menggunakan satu pendekatan atau
kemahiran yang khusus, atau beberapa jenis pendekatan yang kaunselor mahir.
Walaubagaimanapun, pendekatan dan kemahiran yang hendak digunakan mestilah mempunyai
strategi yang teliti agar memberi penekanan kepada kemajuan dalam kesihatan mental, fizikal ,
emosinya, atau tindakan kelakuan yang lebih baik.

Dengan yang demikian, kaunselor merasakan kliennya memerlukan bantuan untuk
mendapatkan maklumat yang bersifat realistik, membuat sesuatu keputusan,atau klien
menunjukkan proses pemikiran yang kurang baik, maka penekanan dalam kaunseling hendaklah
diberi kepada penekanan kognitif. Namun, jika klien banyak menunjukkan perilaku kurang
percaya kepada diri sendiri,merasa dirinya terpinggir, mengalami kesukaran menangani masalah
sikap , kepercayaan, emosi dan nilai-nilai dalam hidupnya, maka kaunselor memberi penekanan

59

kepada afektif atau pada perasaan. Masalah yang datangnya daripada tingkah laku klien itu
sendiri. Contohnya, klien bersifat nakal, mulut celupar dan sebagainya, kaunselor boleh memberi
fokus kepada ketingkahlakuan. Secara keseluruhan, kaunselor perlu menggunakan ketiga-tiga
domain manusia iaitu kognitif, afektif dan ketingkahlakuan pada sepanjang sesi kaunseling.

Selain itu, dalam tahap pelaksanaan ini, terdapat beberapa perkara yang tutur mempengaruhi
keberkesanan proses kaunseling yang lebih efektif, iaitu pengaruh orang terdekat, sumber
bantuan lain dan penyediaan risalah.

1. Orang yang terdekat
Makna “orang yang terdekat” banyak ditemui dalam bab ini iaitu orang yang mempunyai
pengaruh terhadap klien dan adalah penting bagi kaunselor untuk mengingatinya dalam sesi-
sesi kaunseling. Orang yang terdekat dimaksudkan ialah ibu, bapa, adik beradik, kekasih, anak ,
isteri, suami dan individu lain yang penting dalam hidup klien.

2. Sumber bantuan lain

Cara ini melibatkan sumber bantuan lain yang mempunyai potensi positif dalam proses
kaunseling. Klien boleh dirujuk ke institusi lain dalam komuniti seperti hospital, pejabat agama,
dan lain-lain untuk mendapatkan bantuan khusus jika dikenalpasti bahawa klien memerlukan
bantuan mereka. Universiti-universiti tempatan yang mempunyai pakar-pakar kaunseling atau
pakar pendidikan khas, juga boleh memainkan peranan sebagai sumber bantuan lain.

3. Penyediaan risalah

Alat-alat bacaan dan rujukan boleh memainkan peranan membantu kaunselor dalam proses
menolong. Potongan daripada surat-surat khabar, buku,buku, dan majalah berkenaan dengan
topik tertentu membantu klien mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan masalah yang
dihadapi.Kaunselor juga mestilah rajin membaca dan menyediakan risalah-risalah yang
dianggap boleh membantu klien.

4.5 Peringkat Penamatan Sesi

Tahap yang terakhir ini amat penting kerana di sini perlu ditumpukan kepada tiga perkara yang
mesti berjaya dicapai:

a. Kemajuan selama menjalankan kaunseling mesti dirumuskan dan dinilai kesan-
kesannya.

60

b. Isu-isu lain yang mesti diselesaikan pada masa ini hendaklah dikemukakan.
c. Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah ditamatkan kaunseling.
Perasaan klien dan tingkah laku yang banyak menunjukkan kebergantungan terhadap
kaunselornya mesti ditangani dahulu sebelum proses menamatkan kaunseling berlaku. Harus
diingat, klien tidak akan dapat berfungsi sepenuhnya dalam semua aspek hidupnya. Namun,
setelah semua matlamat kaunseling yang dipersetujui oleh kaunselor dan klien tercapai boleh
memulakan proses menamatkan kaunseling. Tugas terakhir dalam proses penamatan ini ialah
menyediakan satu kaedah dimana pertumbuhan dan perubahan yang berlaku dapat diteruskan
oleh klien sendiri.

Caranya ialah :
• Mengadakan pertemuan susulan
• Membentuk satu rancangan yang boleh dipantau sendiri dan membuat latihan bersama
bagaimana rancangan ini dipantau sendiri.

Pada tahap ini klien perlu diberitahu bahawa hubungan mereka bukannya ditamatkan, namun
perjumpaan ditangguh buat sementara waktu. Klien amatlah digalakkan untuk kembali berjumpa
sekiranya dia memerlukan pertolongan .
5.0 KESIMPULAN
Pada keseluruhannya, kaunselor dapat mengendalikan seseorang klien itu berdasarkan tahap-
tahap yang telah dijelaskan. Untuk menghasilkan sesi kaunseling yang berjaya, seseorang
kaunselor tidak semestinya akan mengendalikan klien untuk tempoh yang lama namun
berdasarkan sikap dan toleransi klien itu sendiri. Terdapat kes-kes yang mudah dikendalikan dan
memberi kesan yang amat memuaskan terhadap klien. Walaubagaimanapun, terdapat kaunselor
terpaksa berhadapan dengan klien yang degil dan tidak mahu memberi bekerjasama yang baik.
Klien yang seperti inilah biasanya memerlukan masa dan strategi atau pendekatan yang sesuai
untuk didekati dan dikendalikan.Klien seperti inilah yang merupakan cabaran bagi seorang
kaunselor dalam usaha mengasah pengalaman untuk menjadi seorang kaunselor yang
professional.

61

6.0 RUJUKAN
Amaludin, M., Amaludin, M., & profile, V. (2021). PROSES KAUNSELING INDIVIDU.

Akses pada 20 Disember 2021, dari http://safuan99.blogspot.com/2018/07/proses-
kaunseling-individu.html
Brammer (1973). The helping relationships. Proses and skills. New Jersey: Prentice Hall
Eisenberg, S. & Delaney, D. J (1977). The counseling process. Chicago : Rand McNelly
Publishing. Co
Rao, R., 2021. TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING. Academia.edu. Boleh didapati di:
<https://www.academia.edu/5682880/22469661 Akses pada 19 Disember 2021.

62

Kesimpulan
Kaunselor yang menceburi bidang perkhidmatan kaunseling perlu menguasai segala jenis asas
teori, kemahiran asas dan proses kaunseling, memahami setiap asas berikut serta
mengaplikasikannya dalam sesi bersama klien. Hal ini kerana, kemahiran asas ini dapat memberi
penambahbaikan terhadap mutu dan kesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien yang
menghadapi masalah ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Setiap asas kemahiran kaunseling
tersebut juga memainkan peranan penting berdasarkan situasi sesi kaunseling yang dijalankan.

63


Click to View FlipBook Version