The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyahema123, 2022-01-09 14:15:30

Teori, Kemahiran Asas dan Proses Kaunseling

latest cpe

Keywords: Kaunseling

CPE 3202

PENGHANTAR BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

NAMA PENSYARAH DR MAIZATUL MARDIANA BINTI HARUN

TUGASAN KUMPULAN BESAR

TAJUK: E-BOOK TEORI, KEMAHIRAN ASAS DAN PROSES KAUNSELING.
KUMPULAN: KESELURUHAN KELAS

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN.............................................................................................. 1

PENDEKATAN KAUNSELING

TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU ............................................................ 2

1.0 LATAR BELAKANG TOKOH : ALBERT ELLIS
1.1 TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU
1.2 MATLAMAT
1.3 BAGAIMANA GANGGUAN BERLAKU
1.4 CIRI-CIRI KEPERCAYAAN TIDAK RASIONAL
1.5 PROSES DAN TEKNIK TEORI RASIONAL EMOTIF
TINGKAH LAKU

2.0 MANFAAT TEORI
3.0 INDIVIDU YANG MENGKRITIK TEORI RASIONAL EMOTIF

TINGKAH LAKU.
4.0 RUMUSAN
5.0 RUJUKAN

TEORI TINGKAH LAKU ................................................................................................. 3

1.0 PENGENALAN
1.1 MAKSUD TEORI
1.2 SEJARAH TEORI
1.3 TOKOH YANG TERLIBAT

2.0 PERNYATAAN MASALAH
3.0 MATLAMAT TEORI TINGKAH LAKU
4.0 PERANAN KAUNSELOR
5.0 TEKNIK-TEKNIK TEORI TINGKAH LAKU
6.0 KESIMPULAN

7.0 RUJUKAN

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

KEMAHIRAN LISAN, BUKAN LISAN &
KEMAHIRAN ASAS MELAYAN................................................................................... 4

KEMAHIRAN MENDENGAR & KEMAHIRAN
MEMBERI RESPON.......................................................................................................... 7

PROSES MENOLONG

PROSES MENOLONG ..................................................................................

1.0 PENGENALAN
2.0 KATEGORI HELPER
3.0 KONSEP PROSES MENOLONG DALAM

BIMBINGAN KAUNSELING
4.0 JENIS PERINGKAT DALAM

PROSES MENOLONG
4.1 PERINGKAT MEMBINA HUBUNGAN
4.2 PERINGKAT PENEROKAAN
4.3 PERINGKAT MENGENALPASTI MASALAH
DAN MATLAMAT
4.4 PERINGKAT MENGAMBIL TINDAKAN
4.5 PERINGKAT PENAMATAN SESI
5.0 KESIMPULAN
6.0 RUJUKAN

TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU

1.0 LATAR BELAKANG TOKOH : ALBERT ELLIS

Albert Ellis telah dilahirkan di Pittsburgh, Amerika Syarikat pada 27 September 1913.
Beliau berkelulusan M.A dan PhD dalam bidang psikologi klinikal dari Universiti
Columbia. Beliau adalah merupakan seorang ahli psikologi dan juga merupakan pengasas
kepada Teori Rasional Emotif Tingkah Laku yang pada awalnya, teori ini telah dikenali
sebagai Teori Rasional Emotif. Sewaktu kecil ketika berusia 4 tahun, beliau bersama
keluarga telah berpindah ke New York. Menurut pengalaman kehidupan kanak kanak
beliau, beliau pernah dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan nefritis hampir 10
kali kerana beliau kerap mengalami masalah gangguan kesihatan.

Namun, Ellis merupakan seorang yang mempunyai cita-cita tinggi iaitu ingin menjadi
seorang pakar dalam bidang psikologi. Beliau amat berkebolehan dalam memberikan
perkhidmatan kaunseling. Oleh itu, tidak hairanlah beliau merupakan pengasas kepada
teori ini atau lebih dikenali dengan terapi A-B-C.

Kebolehan beliau dalam bidang khidmat kaunseling, menyebabkan beliau mula
mempraktikkan terapi perkahwinan, seksual dan juga keluarga. Pada waktu itu, Ellis amat
yakin bahawa Terapi Psikoanalisis merupakan satu teori yang mengkaji manusia dengan
lebih mendalam. Ketika tahun 1947 sehingga 1953, beliau telah membuat kajian secara
klasikal berasaskan psikoterapi. Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa teori
psikoanalisis tidak begitu secara menyeluruh dan tidak saintifik.

Pada tahun 1959, beliau telah mengasaskan Institut Terapi Rasional Emotif di New York.
Namun pada tahun1993, nama institut ini telah pun ditukar kepada Institut Rasional Emotif
Behavorial. Ellis cuba untuk mengetengahkan pendekatannya dengan melakukan kajian
terhadap dirinya sendiri sewaktu beliau masih muda. Contohnya, beliau menghadapi fobia
untuk berkomunikasi di hadapan khalayak ramai terutamanya di hadapan wanita. Semasa
usia beliau 19 tahun, beliau telah memaksa dirinya untuk berkomunikasi dihadapan 100
wanita daam tempoh sebulan di Bronx Botanical Gardens. Namun begitu, tidak ada
seorang pun yang berjaya dipikatnya. Tetapi, beliau telah berjaya untuk mengatasi masalah
yang dihadapi beliau selama ini.

Beliau merasa amat seronok dan telah memperolehi pengalaman untuk bercakap dan
melakukan aktiviti di hadapan khalayak ramai. Beliau juga telah berjaya menyampaikan
ucapannya dengan penuh berkeyakinan, bertenaga, berkesan dan beliau juga mampu
menyelitkan unsur unsur gurauan dalam ucapan beliau. Situasi ini diakui oleh orang orang
yang pernah menghadiri dalam setiap ceramah beliau.

Albert Ellis telah mencipta Teori Rasional Emotif Tingkah Laku setelah beliau melihat
Teori Psikoanalisis yang dipelopori oleh Sigmund Freud tidak berkesan dan merupakan
satu kaedah pemulihan yang tidak saintifik. Beliau juga telah melihat Teori Psikoanalisis
yang diamalkan pada waktu tersebut tidak begitu mendalam dan berkesan dan agak
membazir masa kerana memakan masa yang panjang. Beliau mendapati, Teori Rasional
Emotif Tingkah Laku jauh lebih berkesan ke ats dirinya jika dibandingkan dengan Teori
Psikoanalisis. Beliau telah berjaya mencabar dirinya dan mematahkan sistem kepercayaan
tidak rasional yang wujud dalam dirinya..Terapi ini amat sesuai digunakan sewaktu dalam
sesi kaunseling individu mahupun kaunsling secara kelompok.

Teori Rasional Emotif Tingkah laku ini merupakan satu teori yang mementingkan tiga
aspek utama iaitu kognitif, emosi dan juga aspek tingkah laku. Ia juga memberikan
penekanan terhadap pemikiran,penganalisian,penilaian, perlakuan dan membuat
keputusan. Pendekatan ini juga bercorak deduktif atau mengajar mengarah dan
mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional (Ellis,1993).

Oleh itu, Ellis telah membuat rumusan bahawa seorang kaunselor tidak semestinya
berjumpa dan berbincang dengan klien dalam tempoh masa yang lama atau menungggu
klien sehingga mereka sedar akan masalahnya. Beliau juga berpendapat bahawa seorang
kaunselor itu seharusnya mengetahui kaedah untuk menolong kliennya dan tidak perlu
untuk membazir waktu yang lama sehingga klien merasa derita dan merana. Klien
sepatutnya dapat menikmati hidup bahagia lebih awal dari itu. Melalui penggunaan teori
ini,Ellis merasakan bahawa ianya amat berguna untuk membantu klien kearah yang lebih
baik dalam sesi kaunseling.

Albert Ellis telah menerbitkan lebih 50 buah buku dan 700 artikel yang berdasarkan
kepada teori dan dan aplikasi REBT. Dan beliau juga terkenal dengan buku penulisannya
yang bertajuk ‘Reason and Emotion In Psychotheraphy’.

1.1 TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU

Teori Rasional Emotif Tingkah Laku yang dicadangkan oleh Albert Ellis adalah merupakan
suatu penyakit ataupun gangguan terhadap psikologi yang timbul daripada perspektif diri kita
sendiri mengenai sesuatu peristiwa, bukan daripada sesuatu kejadian iu sendiri.

Teori Rasional Emotif Tingkah Laku ataupun lebih dikenali sebagai REBT memberi
penekanan yang tinggi terhadap rasional dan tidak rasional. Maksudnya, tidak rasional
merupakan sesuatu yang tidak logik mahupun dengan suatu cara yang tertentu yang
menghalang seseorang dalam mencapai tujuan jangka panjang mereka.

Menurut REBT, sebahagian besarnya adalah pemikiran kita tentang peristiwa yang
membawa kepada kekecewaan emosi dan tingkah laku. Dengan penekanan pada masa kini,
individu diajar bagaimana untuk memeriksa dan mencabar pemikiran mereka yang tidak
membantu yang mewujudkan emosi yang tidak sihat dan tingkah laku yang merugikan diri
sendiri atau mensabotaj diri.

Kesannya, rasionaliti tidak mempunyai definisi yang ditetapkan namun bergantung
terhadap tujuan individu dan apa yang akan membantu mereka dalam mencapai tujuan tersebut.

1.2 MATLAMAT

1. Matlamat Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) adalah untuk meningkatkan
kesihatan mental kita dengan menggantikan perspektif yang merosakkan diri
dengan yang lebih sihat.

2. Ingin menunjukkan kepada klien bahawa pemikiran mereka merupakan punca
utama yang menyebabkan terjadinya gangguan gangguan emosi dan tingkah laku
yang dialami oleh klien.

3. Merupakan suatu usaha kearah satu perubahan falsafah hidup dan ideologi
berpandukan kepada andaian bahawa masalah emosi dan perlakuan manusia adalah
berpunca daripada falsafah hidup manusia itu sendiri.

4. Untuk membantu klien agar dapat membebaskan dirinya daripada masalah masalah
yang telah dinyatakan atau yang tidak diluahkan kepada terapis.

5. Merupakan suatu suntikan penyembuhan daripada pemikiran yang tidak rasional
kepada pemikiran yang rasional.

6. Membetulkan semula falsafah hidup yang tidak benar atau salah serta
meminimakan pemikiran yang tidak rasional dalam diri seseorang.

7. Menimbulkan tanggapan yang lebih positif terhadap sesuatu peristiwa atau kejadian
yang dilihat mahupun yang dialami.

8. Untuk membentuk suatu perasaan dan perlakuan yang rasional agar dapat
menjadikan seseorang individu tersebut berkembang secara positif seperti :
i. Dapat menerima realiti
ii. Bertoleransi tinggi seperti dapat melihat sesuatu peristiwa secara objektif
dan rasional.
iii. Berfleksibiliti tinggi iaitu positif dan yakin pada diri sendiri.
iv. Bermatlamat dan berkeyakinan tinggi.

1.3 BAGAIMANA GANGGUAN BERLAKU

Bagi menjelaskan tentang bagaimana sesuatu gangguan terhadap fikiran dan emosi itu
berlaku, Albert Ellis telah menggunakan suatu konsep. Konsepnya adalah seperti penggunaan
konsep A-B-C-D. Maksud penggunaan konsepnya adalah:

i. A (Activating Event / mengaktifkan acara)

Merupakan suatu penggerak pengalaman ataupun suatu peristiwa, faktor sikap ataupun

tingkah laku yang telah dialami oleh seseorang.Seperti contohnya, gagal dalam

peperiksaan, pernah diejek mahupun dibuli.

ii. B (Kepercayaan )
Merupakan sistem kepercayaan oleh seseorang sama ada rasional ataupun tidak rasional
yang menyumbang kepada A iaitu (Activating Event). Antara idea, kepercayaan
ataupun suatu pemikiran yang tidak rasional ialah:

a) Dalam hidup, kita mesti diterima dan dikasihi oleh setiap orang disekeliling
kita.

b) Kita mesti betul betul cekap dan berjaya dalam setiap perkara yang kita
lakukan dalam hidup kita agar dapat menjadi oarang yang berguna.

c) Adalah teruk dan malang jika sesuatu yang dirancang ataupun diimpikan
dalam hidup kita tidak terjadi dan berlaku seperti yang diharapkan.

d) Selalunya ada jawapan yang tepat dan betul kepada sesuatu masalah.
e) Seseorang individu seharusnya bergantung kepada orang lain yang lebih

hebat dan berkuasa.
f) Manusia tidak berupaya untuk mengawal diri kerana kekecewaan dan

kesengsaraan yang berlaku disebabkan oleh faktor faktor luar kawalan
individu tersebut.
g) Andainya sesuatu perkara itu merbahaya dan merosakkan individu
sepatutnya seseorang itu mengambil berat dan sentiasa berwaspada pada
setiap waktu unutk mengelakkan peristiwa yang tidak diingini.
h) Seseorang perlu mengambil berat dan susah hati dengan setiap masalah yang
dihadapi oleh orang lain.

iii. C ( Akibat)
Adalah akibat ataupun hasil daripada penilaian oleh B dan A yang telah ditafsirkan.
Contohnya adalah, seseorang individu itu sentiasa berada dalam keadaaan murung,
muram dan tidak bersemangat.

iv. D (Pertikaian)
Adalah merupakan kaedah kaedah untuk berhujah, mencabar, mengajar dan
memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang boleh menyebabkan
seseorang individu tersebut mengalami reaksi emosi yang tidak rasional.Contohnya, “
saya tak mahu anda yang menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam
perniagaan saya”

v. E (Kesan)
Terjadi apabila pemikiran ataupun sesuatu perasaan itu menjadi normal dan mempunyai
sistem kepercayaan dan penilaian yang rasional dan positif.Seperti contohnya, “Saya
rasa amat gembira hari ini”

1.4 CIRI CIRI KEPERCAYAAN YANG TIDAK RASIONAL

Dalam Teori Rasional Emotif Tingkah Laku, Albert Ellis telah menekankan bahawa
idea idea dan kepercayaan yang tidak rasional dalam diri seseorang indivitu itu yang
bermasalah. Antaranya adalah :

a) Perasaan merendah diri yang teramat.
Sikap ini menjurus terhadap kecenderungan seseorang individu tersebut untuk
membuat kenyataan yang merendahkan atau mengecilkan dirinya sendiri.
Akibat daripada perbuatan tersebut, akan timbul lah suatu perasaan malu tanpa
sebab, rasa bersalah yang tidak tentu arah dan juga perasaan kecewa yang tiada
arah.

b) Rasa malu yang teramat.
Ianya merujuk kepada kecenderungan sikap seseorang yang unutk merasai malu
yang amat mendalam dalam dirinya dan cuba memperbesarkan masalah
tersebut atau dengan melihat kekuarangan tersebut dengan perasaan yang sayu
dan sedih. Keadaan seperti ini akan menghasilkan perasaan bimbang dan takut
dalam diri seseorang yang tidak rasional.

c) Terlalu menuntut
Merupakan suatu sikap individu yang menganggap sesuatu perkara itu sebagai
satu hal yang mesti dilaksanakan, sepatutnya dilaksanakan dan mesti berlaku
terhadap dirinya. Apabila berlaku kegagalan dalam mencapai tahap dan kriteria
tersebut maka akan membawa kepada perasaan marah terhadap diri sendiri,
kecewa yang mendalam serta sehingga boleh menyebabkan benci terhadap diri
sendiri.

1.5 PROSES DAN TEKNIK TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAH
LAKU.

Terdapat beberapa tahap proses dan teknik asas dalam teori rasional emotif tingkah
laku. Antaranya adalah :

Tahap 1: kategorikan masalah.

Pada tahap 1, perkara yang perlu dilakukan oleh kaunselor adalah kaunselor perlu
menentukan dahulu apakah masalah yang sedang menganggu klien tersebut. Kaunselor perlu
memastikan bahawa masalah yang dialami oleh klien itu merupakan masalah dalaman atau
luaran. Merujuk kepada masalah dalaman, masalah dalaman merupakan masalah yang
melibatkan gangguan emosi serta tingkah laku iaitu ia boleh disamakan dengan kesan dan
akibat C dalam formula A-B-C manakala masalah luaran pula adalah yang melibatkan kerjaya
, kehidupan, kesukaran, komunikasi dimana ia dikategorikan sebagai tindakan A (Activating
Event / mengaktifkan acara).

Pada tahap 2 terdapat beberapa peringkat iaitu seperti yang dinyatakan dibawah:

Tahap 2:

Kenalpasti kepercayaan tidak rasional.

Tahap 2 merupakan sambungan bagi tahap 1. Apabila selesai kenalpasti kategori
masalah yang dialami oleh klien, maka kaunselor perlu mengenalpasti kepercayaan tidak
rasional (B) yang menjadi penyebab kepada (C). Dalam kepercayaan tidak rasional ini terdapat
empat terma dimana ia yang mempunyai hubungan rapat dengan kepercayaan tidak rasional.
Antaranya adalah demandingness, awfulizing, I can’t stand it dan self-rating. Semasa proses
mengenalpasti ini berlangsung, kaunselor akan berusaha untuk mengesan serta mengenalpasti
apakah kepercayaan tidak rasional tersebut kerana menurut Ellis bahawa kepercayaan (B) akan
menimbulkan aspek (C) dalam masalah klien.

Kenalpasti masalah utama.

Dalam proses ini, kaunselor dapat kenalpasti akan setiap masalah yang dialami oleh
klien mereka. Kebanyakkan hasil yang diterima oleh kaunselor berdasarkan masalah yang
dialami oleh klien adalah klien sering menggunakan masalah luaran (masalah sekunder)
dimana ia lebih mudah untuk dikenalpasti dan mereka tidak menggunakan masalah sebenar

(masalah primer) mereka. Dalam gangguan emosi (C), masalah sekunder selalunya membawa
kesan yang tidak baik kepada masalah primer kerana ia bukanlah masalah sebenar yang klien
alami. Hal ini boleh menimbulkan keadaan yang sukar kepada klien untuk melawan bagi
mengatasi masalah emosi yang dialami. Oleh itu, penting bagi seorang kaunselor untuk sentiasa
berhati-hati dalam mengenalpasti masalah klien mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana,
kebanyakkan klien akan menggunakan masalah luaran daripada mengakui masalah sebenar
yang mereka alami. Hal ini juga adalah untuk memastikan bahawa proses menolong bagi
kedua-dua masalah ini dengan berkesan.

Membentuk matlamat.

Dalam proses membentuk matlamat ini, seorang kaunselor sangat perlu memainkan
peranan mereka sebagai pengajar untuk membentuk matlamat bagi menyelesaikan masalah
anak muridnya. Oleh itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kecenderungan bagi membina
matlamat serta mengkategorikan setiap masalah yang dialami klien dalam bentuk A-B-C. Oleh
hal yang demikian, setiap konsep yang terbina tersebut membolehkan kaunselor untuk
mengemukakan alternatif yang sesuai kepada klien. Alternatif yang digunakan inilah yang
merupakan matlamat yang perlu dicapai.

Tahap 3: kecelikan akal terapi rasional emotif tingkah laku.

Pada tahap ini, kaunselor akan memberi bantuan kepada klien agar klien mendapat celik
akal. Ini bertujuan untuk kaunselor memberi penjelasan kepada klien terhadap apa yang telah
berlaku semasa dalam proses kaunseling. Selain itu, kaunselor juga akan mengajar klien
dengan cara yang lebih positif untuk menangani masalah yang dialami.

Tahap 4: tunjuk ajar pekara rasional.

Tahap ini merupakan tahap dimana kaunselor sangat berusaha untuk membantu klien
agar memberi tumpuan yang penuh bagi sama-sama membantu untuk menyelesaikan masalah
emosi tingkah laku yang dialami klien. Proses ini yang membabitkan aktiviti membuang segala
idea tidak rasional yang difikirkan oleh klien dan digantikan dengan idea yang lebih positif dan
lebih rasional.

Tahap 5: mewujudkan pemikiran baru.

Tahap ini merupakan tahap terakhir dimana untuk mewujudkan semula pemikiran baru
yang lebih positif dalam diri klien. Apabila selesai segala tahap, kaunselor perlu memberi

perhatian kepada peringkat dimana untuk membina pemikiran baru. Selain itu, tahap ini juga
merupakan tahap yang paling penting dalam proses membantu klien agar wujudnya kebenaran
bagi istilah kaunselor benar-benar menolong klien bebas daripada pegangan yang tidak rasional
dan digantikan dengan pemikiran yang lebih rasional dan positif. Oleh itu, pada akhir peringkat
ini kaunselor perlu memberi perhatian dalam dua aspek iaitu aktiviti mencabar dan aktiviti
peneguhan.

2.0 MANFAAT TEORI.

• KAUNSELOR DAN KLIEN
Teori ini dapat digunakan melalui penekanan proses kognitif yang menjadi penyebab
kepada gangguan emosi. Selain itu, teori ini juga amat berguna untuk mengenali kesan
pemikiran tidak rasional yang dihayati oleh seseorang individu. Teori ini juga turut
memberi penekanan kepada klien untuk menggunakan kaedah dan tingkah laku baru ketika
berada di luar sesi kaunseling. Selain itu, teori ini juga memberi dorongan kepada individu
yang sedang mengalami gangguan dan ia dapat digunakan untuk membantu klien
mengurangkan kecemasan serta permusuhan yang dirasai. Teori ini juga tidak dapat
dinafikan bahawa mudah untuk dilaksanakan dan juga turut berkesan digunakan keatas
individu peringkat remaja. Oleh itu, teori ini amat berkesan untuk mengatasi masalah
kecelaruan afektif, ketakutan dan penyesuaian.

• KAUNSELING.
Teori rasional emotif tingkah laku juga bermanfaat dan boleh diaplikasikan dalam bidang
kaunseling. Antara kategori kaunseling yang boleh diaplikasikan adalah terapi untuk
individu, terapi kelompok, terapi ringkas, terapi keluarga dan juga terapi perkahwinan.

Bagi terapi individu, kaunselor akan melakukan sesi kaunseling secara semuka agar dapat
memberi fokus yang baik kepada masalah yang dialami klien. Selain itu, dalam terapi
individu ini selalunya kaunselor akan mengambil masa selama satu sesi sahaja dalam
seminggu manakala bagi klien yang mengalami masalah yang serius memerlukan sesi
sebanyak 5 hingga 50 sesi.

Selain itu, bagi terapi kelompok pula adalah teori rasional emotif tingkah laku ini sesuai
diaplikasikan dalam kelompok supaya ahli dalam sesuatu kelompok itu dapat diajar untuk
mengaplikasikan prinsip teori ini.

Dalam terapi ringkas pula, teori rasional emotif tingkah laku akan digunakan oleh para
kaunselor untuk mereka yang mengalami masalah tekanan atas sebab dan akibat yang
tertentu seperti kehilangan kerja secara tiba-tiba. Selalunya dalam terapi ringkas ini bagi
individu tersebut akan memerlukan paling kurang 1 sesi hingga 10 sesi.

Bagi terapi keluarga pula, teori ini diaplikasikan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi
dalam sesebuah keluarga itu. Selain itu, teori ini juga dapat mempertanggungjawabkan
kepada setiap tingkah laku yang dilakukan ahli keluarga yang menjadi penyebab kepada
gangguan dan boleh menimbulkan masalah dalam sesebuah keluarga.

3.0 INDIVIDU YANG MENGKRITIK TEORI RASIONAL EMOTIF
TINGKAH LAKU.

1. Gladding (1996).
Menurut Gladding, beliau menyatakan bahawa pendekatan ini tidak efektif dengan
individu yang mengalami masalah mental dan penyakit otak malah ia hanya untuk
orang yang cerdik sahaja. Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa pendekatan ini
juga hanya sesuai dengan orang yang benar-benar mahir dengan teori rasional emotif
tingkah laku ini.

2. Muhd. Mansur Abdullah (1993).
Menurut beliau terdapat beberapa limitasi dalam teori ini. Antaranya limitasi berikut
adalah sekiranya seseorang kaunselor kurang inisiatif serta tidak kreatif dalam usaha
untuk menyedarkan klien. Hal ini boleh menjadi penyebab kepada kaunselor itu boleh
menyinggungkan perasaan klien dan juga boleh menaganggu proses penerokaan. Selain
itu, dalam teori ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk seseorang klien untuk mereka
menyesuaikan diri dan mengubah tingkah laku mereka melalui bisikan dalam dirinya
sendiri. Seterusnya, klien juga menjadi sukar untuk menentukan apakah yang mereka
alami sama ada keraguan, ketakutan dan cemas. Hal ini menjadi punca kepada seorang
klien kerana ia boleh menyebabkan klien sukar untuk menjadi rasional.

3. Muhd. Mansur dan Siti Nordinar Ahmad (1996).
Mereka berpendapat bahawa teori ini tidak dapat untuk membantu seseorang individu
yang mengalami masalah emosi yang teruk dan serius. Maka, disini jelas menunjukkan
bahawa penggunaan teori ini agak terhad kepada klien tertentu dan juga kepada
kaunselor kerana mereka berpendapat bahwa hanya kaunselor yang betul-betul mahir
sahaja dengan pendekatan ini. Ini kerana teori ini lebih menekankan kepada pemikiran
kognitif dan bukan berperanan kepada emosi dan perasaan serta ia juga boleh
menyumbang kepada penafian perasaan klien.

4. Sabariah Siron (2005).
Menurut beliau bahawa setiap penekanan teori ini oleh kaunselor terhadap klien untuk
menyuruh, bercadang dan mengulang boleh menyebabkan diri mereka terdedah dengan
bahaya untuk memberi nilai kaunselor itu sendiri semasa dalam proses mengajar. Ini
kerana, bahaya itu wujud apabila kaunselor mengambil peranan sebagai pakar dan
bertindak dengan menggunakan autoriti.

5. Corey (2005).
Beliau berpendapat bahawa teori ini menekankan kepada pendekatan deduktif iaitu
bertujuan untuk mengajar klien atau untuk menjadi contoh teladan. Selain aitu, beliau
juga berpendapat bahawa kaunselor perlu lebih mengenali diri mereka sendiri dahulu
dengan baik sebelum mengenali diri klien secara mendalam. Oleh kerana seseorang
kaunselor itu mempeunyai kekuatan dalam setiap mereka lakukan maka dengan sikap
memujuk mereka boleh menyakinkan klien untuk memberi maklumat serta memberi

arahan kepada klien. Selain itu, teori ini juga boleh mengelirukan seseorang sekiranya
ia digunakan untuk melihat keberkesanan dalam jangka masa pendek.

RUMUSAN

Teori Rasional Emotif Tingkah Laku mempunyai keyakinan tersendiri untuk
menyakinkan kewujudan sistem kepercayaan yang tidak rasional dalam setiap diri individu
terutamanya klien. Kepercayaan yang tidak rasional ini perlu dicabar serta perlu diperbetulkan
agar wujudnya sistem kepercayaan yang baik dan rasional sahaja. Ini kerana pemikiran yang
tidak rasional ini boleh mempengaruhi emosi dan tingkah laku seseorang individu. Dalam teori
ini, ia mrngajar individu untuk melihat sistem kepercayaan dan menjadikannya sengsara dan
mengantikan sistem kepercayaan tersebut kepada sistem kepercayaan yang lebih rasional dan
lebih baik. Oleh itu, Teori Rasional Emotif Tingkah Laku bermatlamat untuk mengajar klien
untuk berfikiran serta bertingkah laku yang lebih rasional dan membuang segala pemikiran
tidak rasional.

RUJUKAN

Ellis, A. (2008). Rational emotive behavior therapy: A therapist’s guide. California:
Impact Publishers.

Nelson-Jones, R. (2001). Theory and practice of counseling and therapy. London: Sage
Publications.

Seligman, L. (2006). Theories of counseling and psychoterapy. Columbus, Ohio:
Person Merril Prentice Hall.

Habsy, B. (2018). Konseling Rasional Emotif Perilaku: Sebuah Tinjauan
Filosofis. Indonesian Journal of Educational

Counseling, 2(1), 13-30. https://doi.org/10.30653/001.201821.25

Dryden, Windy, Daniel David, dan Albert Ellis. "Terapi Tingkah Laku Emotif
Rasional." Buku Panduan Terapi Kognitif-Tingkah Laku . Edisi ke-3, disunting oleh Keith
S. Dobson. The Guilford Press, 2010, hlm. 226-276.

"Rasional Emotif & Terapi Kelakuan Kognitif." Institut Albert

Ellis. http://albertellis.org/rebt-cbt-therapy/

TEORI TINGKAH LAKU

1.0 PENGENALAN

● Maksud Teori

Mengikut pendekatan teori tingkah laku, setiap rangsangan menimbulkan tindak
balas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas.
Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan
pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Teori tingkah laku ini juga dikenali
sebagai teori behaviorisme. Menurut ahli-ahli psikologi behaviorisme, pembelajaran
adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang
disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia
dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara
pembelajaran dengan tumbesaran kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan.
Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh
diperhatikan dan boleh diukur.

● Sejarah Teori

Behaviorisme secara rasmi dibentuk dengan penerbitan karya klasik John B.
Watson pada tahun 1913, "Psikologi sebagai Behavioris Melihatnya." Sebaiknya
disimpulkan oleh petikan berikut dari Watson, yang sering dianggap sebagai "bapa"
behaviorisme. Secara ringkasnya, behavioris (tokoh behaviorisme) yang tegas percaya
bahawa semua tingkah laku adalah hasil pengalaman. Sesiapa sahaja tanpa mengira
latar belakangnya, dapat dilatih untuk bertindak dengan cara tertentu yang diberikan
penyesuaian yang tepat. Dari sekitar tahun 1920 hingga pertengahan 1950-an,
behaviorisme berkembang menjadi sekolah pemikiran dominan dalam bidang psikologi.
Ada yang berpendapat bahawa populariti psikologi tingkah laku tumbuh dari keinginan
untuk menetapkan psikologi sebagai sains yang objektif dan dapat diukur. Pada masa
ini, para penyelidik berminat untuk membuat teori yang dapat dijelaskan dengan jelas
dan diukur secara empirik tetapi juga digunakan untuk memberikan sumbangan yang
mungkin mempengaruhi struktur kehidupan manusia sehari-hari.
Pada abad ke-20 pendekatan pembelajaran telah berkembang seiring dengan
gelombang Pendekatan Psikodinamik yang pada ketika itu sangat mempengaruhi dunia
psikologi (Corner & Gould, 2011). Pendekatan pembelajaran memberi perhatian
terhadap tingkah laku yang boleh diperhatikan dan dikaji secara saintifik manakala
Pendekatan Psikodinamik hanya memfokus kepada minda sedar dan separa sedar. Teori
Behaviorisme adalah pembelajaran berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
Rangsangan dan gerak balas akan menghasilkan perubahan tingkah laku. Oleh itu
tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

● Tokoh Yang Terlibat

John B. Watson
John B. Watson merupakan seorang ahli psikologi. Beliau telah dilahirkan pada 9
Januari 1878 di Carolina Selatan. Beliau memulakan pengajian tentang mental dan
merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat. Kajiannya banyak dipengaruhi oleh teori
pelaziman klasik Pavlov. Watson merupakan orang pertama yang mencipta istilah
behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia. Menurut Watson, tingkah laku
manusia ialah sesuatu refleks terlazim. Watson berpendapat, gerakan refleks yang
mudah berlaku secara semula jadi dan tidak perlu dipelajari. Manusia mempelajari gerak
balas untuk menyesuaikan diri mereka dalam situasi-situasi baharu. Terdapat tiga jenis
emosi menurut Watson iaitu takut, marah dan kasih sayang.
Beliau melaksanakan sebuah eksperimen yang dinamakan sebagai “Eksperimen
The Little Albert”. Watson telah membuat kajian bahawa emosi manuisa boleh
dilazimkan
secara klasik. Beliau menjalankan sebuah eksperimen ke atas seekor tikus putih dan
seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 bulan bernama Albert. Beliau menunjukkan
kepada Albert seekor tikus putih. Pada mulanya Albert tidak takut pada tikus tersebut.
Namun, apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus
tersebut, Albert menjadi takut dan menangis. Keadan ini diulang sehingga Albert takut
kepada tikus putih.
Melalui eksperimen ini, ternyata perilaku yang positif boleh dibentuk dengan
rangsangan yang sesuai sepanjang proses pembelajaran. Guru boleh mempengaruhi
pembelajaran pelajar dengan mengadakan rangsangan yang dapat menghasilkan tindak
balas yang positif. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya
memilih rangsangan yang menyeronokkan.

Albert Bandura
Albert Bandura dilahirkan di kota kecil Mundare selatan Alberta, Kanada pada
tanggal 14 Disember 1925. Beliau merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang
terkenal. Beliau menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara
memperhatikan orang lain melakukan sesuatu (modelling). Sebagai contoh, pelajar
memerhatikan apa yang disampaikan oleh guru. Dengan ini, guru menjadi role model
kepada pelajar. Modelling atau peniruan adalah suatu proses meniru model (orang yang
ditiru) dan menghasilkan tingkah laku yang menyerupai model tersebut. Kajian Bandura
pada tahun 1961 berfokuskan pola tingkah laku yang berhubung kait dengan tingkah laku
agresif. Eksperimen yang digunakan dalam teori ini adalah “Eksperimen Bobo Doll”.
Melalui eksperimen yang dijalankan, beliau mendapati bahawa kanak-kanak meniru
tingkah laku agresif yang dilakukan oleh patung tersebut.

Implikasi daripada teori yang ditubuhkan oleh Albert Bandura adalah :
➔ Guru menjadi role model kepada pelajar.
➔ Demonstrasi guru hendaklah jelas dan menarik supaya boleh ditiru dengan

mudah. Contoh : lukisan, kraf tangan.
➔ Gunakan rakan sebaya sebagai role model.
➔ Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main
peranan serta simulasi.

Ivan Pavlov
Ivan Pavlov atau nama sebenar adalah Ivan Petrovich Pavlov dilahirkan pada 14
September 1849 di kampung kecil yang terletak di Rusia Tengah. Beliau mempunyai
kepakaran dalam bidang fisiologi dan psikologi. Teori Pavlov diasaskan dari tahun 1846
hingga ke tahun 1936. Dalam teori ini, pembelajaran dikaitkan dengan rangsangan dan
tindak balas (pelaziman). Rangsangan adalah berkait rapat tindak balas yang dihasilkan.
Sebagai contoh, murid mendengar loceng tanda waktu rehat telah tamat. Murid tersebut
segera masuk ke kelas untuk memulakan kelas seterusnya. Bunyi loceng merupakan
rangsangan dan tindakan pelajar untuk bergegas masuk ke dalam kelas adalah tindak
balas yang dihasilkan daripada rangsangan yang dilakukan. Pavlov telah menjalankan
eksperimen terhadap anjing. Beliau mendapati bahawa anjing memberikan gerak balas
melalui pengeluaran air liur apabila diberikan makanan kepadanya.
Implikasi teori Pavlov terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah menyedari
bahawa :
1. Kaitan antara rangsangan dan tindak balas boleh dilazimkan atau dipelajari.
2. Kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan.
3. Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran.
4. Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, pembiasan atau pengalaman.
5. Dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku, bermakna apa yang
dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan kepada situasi B.
6. Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan.
7. Pembelajaran berkesan akan berlaku jika guru dapat membantu murid
mendiskriminasi jenis rangsangan yang perlu diberi tumpuan.
8. Konsep pemulihan semerta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan
keberkesanan pembelajaran.

B.F. Skinner
Pelopor terpenting B.F Skinner telah memberi penekanan dalam konsep
pelaziman operan. Beliau telah dilahirkan pada 20 Mac 1904 di sebuah pekan kecil
Pennsylvania di Susquehanna. Menurut Skinner, pelaziman operan berlaku apabila
akibat atau hasil pada gerak balas tertentu akan menentukan sama ada sesuatu itu
dipelajari atau tidak. Tingkah laku yang diberi peneguhan akan menyebabkan tingkah
laku itu diulang manakala tingkah laku yang tidak diberi peneguhan atau lebih memberi
dendaan, akan menyebabkan tingkah laku itu tidak akan diulang atau kurang diulang.
Beliau terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner.
Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner telah mengandaikan
bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh diaplikasi ke atas
manusia. Justeru, tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk membesarkan

anaknya di dalam Kotak Skinner. Dalam eksperimen tersebut, perbuatan menekan
butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui
cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa
satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan
dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak
balas itu akan terhapus juga. Konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga
menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh
peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting
kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada
masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan
hukuman atau denda.
Implikasi teori B.F. Skinner dalam pengajaran dan pembelajaran :

Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi peneguhan secara
berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuh dan
dikekalkan

Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah lebih berkesan
daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan

Prinsip penghapusan sesuai untuk mengubah tingkah laku pelajar yang tidak
diingini.

Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman
operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.

Menggunakan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk merancang dan
melaksanakan peneguhan berterusan dan berkala yang berpatutan bagi
menjamin tingkah laku operan itu dapat dikukuh dan dikekalkan.

Kadangkala, peneguhan negatif sesuai untuk mendapatkan tingkah laku yang
diingini. Misalnya, menarik balik pemberian waktu rehat jika pelajar tidak
mematuhi peraturan atau disiplin bilik darjah.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

● Tingkah laku yang tidak sesuai atau salah laku dipelajari oleh individu dengan cara
yang sama seperti tingkah laku yang sesuai.
● Tingkah laku itu telah dipelajari kerana mendapat peneguhan pada masa yang
berbeza-beza

3.0 MATLAMAT KAUNSELING DALAM TEORI TINGKAH LAKU

Matlamat yang ingin dicapai di dalam kaunseling bukanlah sekadar menyelesaikan
masalah yang dihadapi atau dialami pada masa itu, tetapi apa yang lebih diutamakan
ialah untuk mencapai perasaan bebas dan besepadu bagi diri seseorang individu itu.
Tujuan kaunseling adalah untuk membantu klien di dalam proses perkembangannya,
agar ia dapat menghadapi dan mengatasi masalah masa kini dan masalah-masalah di
masa hadapan. Dengan berasaskan kepada matlamat yang ingin dicapai, maka klien

haruslah bersedia untuk memisahkan dirinya daripada apa yang selama ini telah sebati
dengan dirinya bagi membolehkan dirinya berhadapan dengan realiti. Antara matlamat
kaunseling dalam teori tingkah laku adalah:
a) Perubahan Tingkah Laku
Membolehkan klien hidup dengan lebih produktif dan memuaskan dalam hidup
bermasyarakat seperti dalam situasi keluarga, pencapaian akademik di tempat kerja dan
seumpamanya. Kaunseling menghasilkan perubahan dalam organisasi dan personaliti
dan tingkah laku. Perubahan sebagai satu matlamat boleh dilihat sebagai mengesah
semula tindak balas biasa kepada kekecewaan atau sikap berbeza kepada orang lain.
b) Kesihatan mental yang positif
Jika matlamat kesihatan mental tercapai, seseorang klien memperoleh integrasi,
penyesuaian dan identifikasi positif dengan orang lain. Klien belajar menerima
tanggungjawab, berdikari dan mendapat integrasi tingkah laku.
c) Menyelesaikan masalah
Krumbolz (1965) memberi rasional bahawa sebab utama kewujudan kaunseling adalah
berasaskan kepada fakta bahawa manusia mempunyai masalah yang tidak dapat
diselesaikan dengan sendiri. Mereka datang berjumpa kaunselor kerana mereka telah
diberi kepercayaan bahawa kaunselor boleh membantu mereka menyelesaikan masalah
mereka.
d) Membuat keputusan

Tugas kaunselor bukan untuk menentukan keputusan tetapi keputusan terletak di tangan
klien dan harus tahu apa dan bagaimana keputusannya. Klien perlu belajar untuk
mengagak kebarangkalian kesan dan akibat daripada keputusan ini dari segi
pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang risiko dan seumpamanya. Dia harus belajar
mengambil kira nilai kendiri dan sedar tentang keputusan yang dibuat.
e) Belajar dari pengalaman
Menggalakkan klien untuk bertanggungjawab terhadap pengalaman mereka sendiri,
melakukan tindakan dengan berfikir secara baik dan tidak menyalahkan orang lain. Klien
diharapkan dapat memperbetulkan tingkah laku bagi meningkatkan kekuatan dalaman
mereka dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

4.0 PERANAN KAUNSELOR

Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan ilmu
pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu
menangani masalah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan
kaunseling. Antara peranan kaunselor adalah
1. Membantu mempelajari sesuatu yang baru
2. Mengubahsuai atau menghapuskan tingkah laku yang melampau atau tidak dan
menggantikannya dengan tingkah laku wajar adaptif dan maladaptif.
3. Berperanan sebagai perunding, guru, penasihat dan fasilitator.
4. Memahami klien dan percaya bahawa klien boleh mengubah tingkah laku.

5. Mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam untuk menganalisis masalah
klien.
6. Membantu klien membangunkan kesedaran daripada pengalaman lepas dan
Terkini.

Setiap kaunselor yang memberikan perkhidmatan adalah tertakluk kepada beberapa
etika dan undang-undang akta Kaunselor 1998 dan peraturan Kaunselor 1999 seperti
berikut:
A. Mengutamakan kepentingan kliennya dan tidak memperalatkan klien untuk
kepentingan dirinya sendiri
B. Menghormati hak peribadi klien dan menyifatkan segala maklumat yang diperolehi
semasa kaunseling sebagai rahsia melainkan, jika budi bidara kaunselor yang
diperolehi boleh atau dianggap membahayakan klien atau orang lain di
persekitarannya
C. Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi kliennya

D. Memberitahu klien tentang tanggung jawab klien dalam pembentukan diri dan
tingkah lakunya dan kaunselor berdaftar hendaklah menghormati apa-apa
keputusan yang dibuat oleh klien kemudiannya
E. Menjelaskan kepada klien tentang keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan
kaunseling yang diberikan
F. Merujuk kliennya kepada pakar yang relevan sekiranya kaunselor mendaftar itu
dan menemui klien tersebut memerlukan perkhidmatan pakar di luar bidang
keahlian kaunselor berdaftar itu.

5.0 TEKNIK – TEKNIK TEORI TINGKAH LAKU

• Disensitizasi Sistematik

Teknik ini dibina oleh Joseph Wolpe (1958) berdasarkan prinsip pembelajaran Klasik
yang direka bentuk untuk merawat pesakit yang mengalami kerisauan tahap tinggi atau
ketakutan terhadap sesuatu peristiwa, orang tertentu, objek atau ketakutan umum.
Pendekatan ini membolehkan klien menukar perasaan risau mereka kepada lebih
tenang. Sebelum memulakan teknik ini, kaunselor akan memberitahu klien untuk
mengenal pasti maklumat spesifik tentang kerisauan dan maklumat latar belakang
tentang klien. Biasanya bermula dengan membayangkan diri anda dalam perkembangan
situasi yang menakutkan dan menggunakan strategi relaksasi yang bersaing dengan
kebimbangan. Sebaik sahaja anda berjaya mengurus kebimbangan anda semasa
membayangkan peristiwa yang menakutkan, anda boleh menggunakan teknik ini dalam
situasi kehidupan sebenar. Matlamat proses ini adalah untuk menjadi beransur-ansur
terdedah kepada pencetus yang menyebabkan tekanan anda.

• Imaginal Flooding

Flooding melibatkan pendedahan secara berlebihan kepada imej atau gambaran sesuatu

objek dan peristiwa yang menimbulkan ketakutan atau yang menimbulkan keresahan
kepada klien. Klien akan diminta untuk mengimaginasikan situasi yang menakutkan atau
merisaukan klien seterusnya menentukan tahap kerisauan mereka. Kaedah ini
diteruskan sehinggalah kerisauan beransur-ansur dapat dipulihkan apabila klien semakin
biasa dengan rangsangan yang ditakuti itu. Namun perlu diingatkan bahawa
pendedahan ini tidak dibuat kepada situasi sebenar tetapi kepada gambaran sesuatu
yang menimbulkan ketakutan atau kerisauan sahaja seperti berada dalam kapal terbang.

• Teknik Modelling

Teknik ini dilaksanakan dengan cara klien memerhatikan tingkah laku orang lain dan
memanfaatkan pemerhatian tersebut. Dalam terapi tingkah laku terdapat 5 fungsi asas
modeling iaitu mengajar. menggesa. memotivasikan. mengurangkan kerisauan dan
menggalakkan klien untuk tidak melakukan sesuatu tingkah laku. Teknik pemodelan
diaplikasikan dengan cara pengajaran menerusi pendemonstrasian contohnya mengajar
sesuatu tentang cara memasak nasi.

• Latihan Relaksasi

Latihan relaksasi digunakan untuk membantu klien mengatasi tekanan dalam kehidupan
seharian. la bermatlamat untuk mencapai relaksasi otot dan mental yang mudah
dipelajari. Setelah klien mempelajari prosedur asas dalam latihan relaksasi, klien akan
mengamalkan latihan ini dalam kehidupan seharian untuk mendapatkan hasil yang
maksimum. Teknik ini juga digunakan bersama teknik-teknik yang lain contohnya
desensitisasi sistematik, latihan ketegasan, program pengurusan kendiri dan meditasi.

• Latihan Kemahiran Sosial

Teknik ini boleh digunakan untuk membantu klien berinteraksi dengan orang lain dalam
persekitaran sosial yang berbeza dengan lebih berkesan. Dalam latihan ini, andaian
utama ialah individu mempunyai hak untuk mengekspresikan diri mereka dan mereka
boleh membuat pilihan sama ada untuk bertindak tegas dalam satu-satu-satu situasi
tertentu atau tidak. Latihan ini juga memberi fokus kepada pernyataan negatif klien dan
kepercayaan yang tidak rasional atau salah.

6.0 KESIMPULAN

Teori tingkah laku mempunyai rangsangan yang memberi tindak balas dan
pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Teori
tingkah laku juga dikenali sebagai teori behaviorisme iaitu perubahan tingkah laku yang
berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Behaviorisme
memberikan tumpuan ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan
boleh diukur. Pendekatan perlakuan atau tingkah laku (behavioral approach) telah
menjadi satu pendekatan yang popular dalam kaunseling kelompok. Salah satu sebab
mengapa ia menjadi pilihan kerana ia menekankan pembelajaran kemahiran pengurusan

kendiri yang boleh dijadikan sebagai satu panduan dalam mengawal kehidupan,
mengatasi masalah masa sekarang dan masa depan dengan efektif, dan berfungsi
dengan baik tanpa meneruskan terapi. Watson dan Tharp (2002), telah menulis buku
yang menyentuh subjek menolong manusia bekerja ke arah “self-directed behavior”.
Matlamat ini dicapai melalui kepelbagaian teknik kognitif dan tindakan berasaskan
perilaku. Kaunseling tingkahlaku mempunyai pendekatan yang dianggap penting kerana
memberi keberkesanan dalam sesuatu proses kaunseling. Perubahan tingkahlaku ini
berkait rapat dengan persekitaran dan individu menerima maklumbalas yang positif bagi
meningkat kemajuan sendiri.

RUJUKAN

1. Sipon, S., & Hussin, R. (2008). Teori kaunseling dan psikoterapi. Universiti Sains
Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus 2008.
http://hdl.handle.net/123456789/915
2. Sarmani, Y. (2008). Teori kaunseling al-Ghazali. PTS Islamika.
http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/5670/1/teori%20kaunseling%20%
28ed%203%20c2%2925.pd

KEMAHIRAN LISAN , BUKAN LIAN & KEMAHIRAN ASAS
MELAYAN

1.0 PENGENALAN

Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu
menguasai serta mengaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Ini kerana,
kecekapan seorang kaunselor dalam menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna
ketika berhadapan dengan klien atau pelajar yang sedang berada dalam ketidakseimbangan
emosi dan psikologi diri mereka. Dengan menguasai kemahiran-kemahiran asas kaunseling ini,
akan menjadikan sesi kaunseling tersebut mampu berjalan dengan baik dan kaunselor dapat
mengawalnya dengan baik sekiranya terdapat masalah yang tidak terjangkau berlaku serta
untuk mengawalinya dengan baik maka kemahiran asas ini perlulah dikuasai terlebih dahulu
sebelum seseorang kaunselor menjalankan sesi kaunseling bersama klien atau pelajarnya.
Antara kemahiran asas kaunseling yang perlu dikuasai oleh setiap kaunselor ialah kemahiran
lisan dan bukan lisan serta kemahiran asas melayan.

KEMAHIRAN LISAN DAN BUKAN LISAN

2.0 KEMAHIRAN LISAN

Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang
bertutur, berkomunikasi atau berinteraksi dalam menyampaikan idea, pandangan, mahupun
pendapat dalam percakapan dan perbualan tersebut. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau
bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni
memberi gerak balas atau respon tertentu.

Kemahiran lisan meliputi dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
Kemahiran mendengar boleh mempengaruhi kemahiran bertutur dan begitu juga kemahiran
bertutur boleh mempengaruhi kemahiran mendengar. Dalam konteks ini, kemahiran
mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat, manakala
kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat.

Demikian, terdapat beberapa kemahiran lisan yang terdiri daripada beberapa kemahiran asas
lain seperti:

i. Intonasi suara
Intonasi suara hendaklah menggunakan intonasi yang tepat mengikut suasana atau
keadaan semasa perbincangan. Tidak boleh mrnggunakan intonasi yang terlampau
tinggi yang boleh mengguris perasaan klien.

ii. Kelancaran
Kelancaran dalam berkomunikasi amatlah penting untuk menunjukkan seseorang
kaunselor itu sentiasa yakin dalam berkomunikasi.

iii. Kejelasan
Komunikasi yang jelas dengan ucapan yang teratur dan mudah difahami mampu
menjadikan sesebuah komunikasi itu lebih berkesan.

iv. Butiran percakapan
Butiran percakapan haruslah bermanfaat dan tidak menggunakan fakta yang tidak
tepat bagi menjadikan sesebuah komunikasi itu lebih cekap.

v. Istilah / perkataan
Istilah atau perkataan yang digunakan perlulah difahami oleh klien supaya proses
penyampaian itu berkesan.

Semasa sesi kaunseling dijalankan, seorang kaunselor perlu menitikberatkan atau mengambil
kira beberapa perkara yang perlu dilakukan semasa sesi tersebut agar ianya mampu berjalan
dnegan lancar dan tidak menimbulkan permasalahan yang mendatang. Anatara perkara yang
perlu diambil kira adalah:

i. Menggunakan susunan perkataan yang teratur
ii. Bertanya sesuatu soalan dgn jelas dan dapat difahami
iii. Bertindak sebagai pemudah cara
iv. Bertutur dengan tenang dan nada yang sesuai
v. Menggunakan analogi yg mudah dan difahami oleh klien
Namun, seorang kaunselor juga perlu mengelakkan beberapa perkara semasa komunikasi lisan
berlaku bagi mengelakkan berlakunya perkara sensitif diungkapkan. Antara perkara yang perlu
dielakkan semasa sesi kaunseling berlaku adalah seperti di bawah.

i. Kata-kata yang kurang atau tidak beradab
ii. Merendahkan atau menghina kelebihan atau kelemahan orang lain
iii. Menggunakan perkataan atau istilah yang tidak difahami oleh klien
iv. Bercakap terlalu laju atau terlalu perlahan

v. Menyampaikan sesuatu maklumat atau komunikasi secara berlebihan dan berulang
kali sehingga menjemukan klien

Dapat dilihat melalui tugas seorang kaunselor di mana kemahiran lisan digunakan secara
menyeluruh bagi berhubung dengan kliennya ataupun pelajar. Namun, kaunselor yang tidak
mempunyai kemahiran lisan yang baik terutamanya semasa sesi kaunseling dijalankan maka
akan berlaku kemungkinan objektif sesi kaunseling yang dijalankan tersebut tidak mampu
dicapai dengan baik.

3.0 KEMAHIRAN BUKAN LISAN

Kemahiran bukan lisan bermaksud mentafsir bahasa bukan lisan yang ditunjukkan oleh klien
atau pelajar yang dapat membantu seorang kaunselor dalam memahami klien lebih mendalam
klien atau pelajar yang sedang mereka tangani. Ianya bukan melalui tutur kata tetapi boleh
dilihat melalui ekspresi muka, pandangan mata, gerak-geri dan banyak lagi. Selain itu,
kemahiran bukan lisan ini juga boleh digunakan dalam bentuk pertanyaan mahupun pemula
bagi sebuah perbincangan seperti menganggukan kepala untuk memberi maksud untuk sesi
akan bermula sebelum mengungkapkan ungkapan lisan.

Kemahiran bukan lisan penting kerana tingkah laku bukan lisan ini mampu mengawal
perbualan, menzahirkan emosi seseorang penutur, mengubahsuai mesej lisan yang dituturkan,
mampu memberi mesej penting tentang perhubungan menolong antara kaunselor dengan klien,
mampu memberi celik akal tentang persepsi kendiri serta ianya mampu memberi petunjuk atau
klu apabila klien atau kaunselor tidak menyebutkan apa yang mereka fikirkan.

Antara kemahiran bukan lisan yang dapat dilihat adalah seperti:

1. Senyuman. Contoh yang dapat dilihat adalah seorang kaunselor memberikan
senyuman kepada kliennya untuk menjemput masuk ke dalam bilik perbincangan atau
seorang kaunselor membalas senyuman yang diberikan oleh klien kepada dirinya juga
merupakan kemahiran bukan lisan melalui senyuman.

2. Pandangan mata. Menunjukkan seorang kaunselor sedang fokus terhadap apa yang
diungkapkan oleh klien dengan cara pandanganya hanya fokus pada klien sahaja.

3. Posisi badan. Posisi badan yang paling sesuai yang boleh diaplikasikan oleh seorang
kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan adalah kaki berada di lantai serta tidak
bersilang, badan ke hadapan sedikit dan tangan bebas menunjukkan sikap keterbukaan
seorang kaunselor tersebut.

4. Ekspresi muka. Ekspresi muka akan menunjukkan keadaan diri seseorang jadi seorang
kaunselor perlulah menunjukkan ekspresi muka yang tepat mengikut keadaan semasa
klien dan persekitaran yang sedang dihadapi.

5. Sentuhan. Melalui sentuhan boleh mengambarkan kasih-sayang yang mana sentuhan
yang lembut akan membuatkan seseorang klien akan lebih rasa selesa mengikut
keadaan contohnya, meyentuh atau menepuk bahu bagi memberikan mesej supaya
klien tabah dalam menghadapi masalah yang dihadapi.

6. Pergerakan kaki dan tangan. Pergerakan kaki dan tangan tidak boleh secara
berlebihan sehingga menggangu klien atau melakukan pergerakan yang akan
membuatkan klien tidak percaya seperti menggaru-garu kepala menandakan kaunselor
tidak mengetahui aka sesuatu perkara. Ini juga boleh dijadikan sebagai maklumat
kepada kaunselor apabila klienya melakukan pergerakan kaki dan tangan secara
berlebihan yang menunjukkan klien itu sedang keadaan rimas atau terdapat masalah
lain yang tidak dinyatakan dalam komunikasi lisan.

7. Jarak dan kedudukan. Jarak dan kedudukan kaunselor dengan klien atau pelajarnya
tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat supaya kedua-dua pihak akan lebih selesa untuk
melakukan sesi kaunseling dengan baik.

4.0 KEMAHIRAN ASAS MELAYAN

Kemahiran asas melayan adalah keterampilan yang digunakan dalam sesi prasesi oleh
konselor yang melibatkan pengendalian sesi kaunseling dan membina hubungan mesra dengan
klien atau pelajar. Hubungan interpersonal yang baik harus dibina pada awal sesi kaunseling
supaya temubual kaunseling diteruskan dengan mesra, dan mengikuti langkah-langkah yang
ditentukan. Menurut Mohamed Aziz Shah dan lainnya. Ivey dan Ivey (1999) menyatakan
bahawa kemahiran asas melayan digunakan untuk membantu klien atau pelajar
mengungkapkan cerita atau masalah mereka. Sedangkan Covey (2001) menyatakan bahwa
tindakan melayani melibatkan kombinasi seperti kontak mata, kualiti vokal, bahasa tanpa lisan,
kemahiran fokus, ekspresi wajah, tahap tenaga, kedudukan dan jarak, dorongan minima dan
mendengar. Kemahiran yang digunakan pada prasesi ialah sambut dengan mesra serta beri
keselesaan kepada klien/pelajar. Asas ini merupakan yang penting untuk menjalinkan
hubungan yang mesra dengan klien/pelajar serta mendengar permasalahan klien/pelajar.
Berikut adalah contoh ayat semasa menyambut klien/pelajar: “Hai, selamat datang, saya
berasa gembira dengan kehadiran ……(Saudari/saudara/nama) boleh berkongsi dengan
saya/cikgu untuk sama - sama kita ikhtiar menyelesaikannya.”

Egan (1990) mengunakan akronim SOLER sebagai singkatan bagi kemahiran bukan
lisan untuk kaunselor. SOLER juga digunakan sebagai teknik asas melayan. S = face the client
squarely – kedudukan antara kaunselor dengan klien. Pastikan kedudukan semasa sesi
kaunseling klien dalam keadaan selesa. O = Adopt and open posture – kaunselor menunjukkan
satu pasteur tubuh badan yang terbuka dan menunjukkan isyarat menerima klien seadanya.
Pastikan kaunselor tidak membuat Postur badan yang tertutup iaitu kaunselor berpeluk tubuh,
bercakap sambil buat kerja lain, menyilang kaki di sebelah lutut, halangan meja, buku dan fail
bersepah. L = leaning forward – Kaunselor mencondongkan atau menghala kepada klien.
Teknik bertujuan untuk menunjukkan kemesraaan dan penerimaan kaunselor kepada klien.
Kaunselor tidak sepatutnya duduk menyandar ke belakang, meletakkan tangan di tengkok dan
menyandar, menggoyang badan ke kiri dan ke kanan kerana ini menandakan kaunselor tidak
berminat untuk mendengar permasalahan klien. E = eye contact – kaunselor perlu memandang
wajah bukan merenung mata. Kaunselor tidak sepatutnya merenung dengan tajam, merenung
tidak berhenti-henti, memakai kaca mata hitam, memejamkan mata sambil bercakap,
memandang tetapi pandangan kosong atau memikirkan yang lain. Hal ini akan menyebabkan
ketidakselesaan antara klien dengan kaunselor. R = relax – kaunselor perlu mempamerkan diri

yang relaks semasa dalam sesi kaunseling. Selain itu, elakkan gangguan semasa sesi
kaunseling. Kaunselor yang selalu melihat jam, termenung seperti memikirkan hal lain, telefin
sering berdering dan gangguang dari luar bilik seperti ditunggu atau bilik sering di ketuk.

5.0 PENGSTUKTURAN

Pengstukturan adalah satu kemahiran yang sangat penting di dalam sesi kaunseling,
sekiranya penstrukturan dapat dilakukan dengan baik dalam sesuatu sesi kaunseling itu,
perkara ini akan dapat membina hubungan yang mesra dengan klien/pelajar. Proses
penstrukturan boleh dilakukan dalam bentuk formal atau tidak formal. Terdapat dua persoalan
yang penting dalam penstrukturan, iaitu perlukah penstrukturan itu dilakukan secara formal
dan waktu bila yang sesuai untuk melakukan pengstukturan. Oleh yang demikian, kaunselor
harus bijak untuk melakukan penstrukturan.

Penstrukturan formal perlu dilakukan sekiranya klien merupakan klien rujukan atau
klien yang baru datang untuk sesi kaunseling untuk kali pertama. Penstrukturan formal tidak
perlu dilakukan sekiranya klien itu pernah berjumpa dengan kaunselor sebelum ini ataupun
klien itu ingin terus menceritakan masalahnya. Dalam penstrukturan, kaunselor harus
menerangkan peranan/tanggungjawab kaunselor dan klien sebelum memulakan sesi
kaunseling. Biasanya, sesi kaunseling akan mengambil jangka masa selama 30 minit hingga 45
minit. Segala perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah dirahsiakan. Penstrukturan
yang mudah dan ringkas ini dapat membantu klien memahami apa yang akan dilaksanakan.
Segala perkara yang dibincangkan akan dirahsiakan oleh kaunselor. Ini akan menimbulkan rasa
selamat dan percaya kepada kaunselor dan klien untuk menceritakan apa sahaja yang
mengganggu fikirannya.

6.0 DORONGAN MINIMA

Dorongan minima adalah untuk memberi galakan kepada klien untuk terus bercerita mengenai
permasalahan yang di hadapinya. Selain itu, ia menunjukkan kaunselor sedang mendengar dan
faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien. Ishammuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan
tujuan melakukan mendorong minima adalah menunjukkan bahawasanya kaunselor memberi
perhatian, kaunselor menolong penerokaan kendiri klien supaya meberi galakkan kepada klien
untuk terus bercakap dan mempengaruhi arus perbualan. Dorongan minima terbahagi kepada
dua iaitu verbal dan nonverbal. Dorongan minima verbal ialah memberi dorongan secara lisan
manakala nonverbal melibatkan bahasa badan. Contoh dorongan minima verbal adalah seperti

perkataan ‘teruskan’, berkata ‘ya’, dan sebagainya. Manakala, bagi dorongan minima
nonverbal pula seperti anggukkan kepala. Dorongan minima diperlukan untuk memberi
sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima
merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan
klien terus bercakap serta memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima adalah
seperti “hm…m, teruskan, “lepas itu”, “kemudian”, “jadi”, “terangkan lagi”, “oh….”,
sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi.

7.0 KEMAHIRAN PARAFRASA

Kemahiran parafrasa ini ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati
tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek
tetapi maksudnya tepat dan padat. Ia juga bertujuan memudahkan penerokaan ke atas klien.
Membuat parafrasa adalah penting untuk menunjukkan kaunselor mendengar dan memahami
apa yang dikatakan oleh klien. Parafrasa sangat sesuai digunakan di peringkat awal hubungan
kaunseling kerana parafrasa merupakan pernyataan semula kenyataan dan mesej yang dibawa
oleh klien untuk mendapatkan kepastian serta kefahaman. Selain itu, parasfrasa juga digunakan
untuk membuat refleksi terhadap kata – kata yang dinyatakan oleh klien. Ia juga adalah untuk
memastikan kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien serta memberi peluang kepada
klien mendengar kembali apa yang dirasa dan dikatakannya. Parafrasa juga boleh dilakukan
oleh kaunselor untuk membantu klien yang tiba-tiba sahaja terputus atau hilang topik yang di
bincangkan. Sekiranya parafrasa tidak dibuat Ini juga dapat membantu klien yang mungkin
akan terkeluar dari tajuk perbincangan. Tujuannya adalah untuk mengingatkan klien bahawa
beliau sepatutnya menyambung semula topik perbincangan tadi. Contoh yang boleh di olah
adalah “Aida: Sejak kebelakangan ini mak ayah saya selalu mengabaikan saya. Kadang saya
terlewat bangun untuk ke sekolah kerana mak dan ayah tidak kejut saya untuk ke sekolah.
Mereka lebih fokus kepada adik saya. Kaunselor: Aida rasa diabaikan oleh ibu bapa Aida dan
mereka lebih fokus pada adik Aida.”

8.0 KESIMPULAN

Pepatah melayu pernah menyatakan “Lidah tidak bertulang tetapi lebih tajam dari
mata pedang” kemahiran asas kaunseling amat penting dikuasai oleh seorang kaunselor bagi
membantu klien/pelajar menyelesaikan masalah dan juga menjadikan seorang kaunselor yang
berkaliber serta amanah. Ini kerana, kecekapan seorang kaunselor dalam menguasai
kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien atau pelajar yang
sedang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi diri mereka. Dengan menguasai
kemahiran-kemahiran asas kaunseling ini, akan menjadikan sesi kaunseling tersebut mampu
berjalan dengan baik dan kaunselor dapat mengawalnya dengan baik sekiranya terdapat
masalah yang tidak terjangkau berlaku serta untuk mengawalinya dengan baik maka kemahiran
asas ini perlulah dikuasai terlebih dahulu sebelum seseorang kaunselor menjalankan sesi
kaunseling bersama klien atau pelajarnya.

Antara kemahiran asas kaunseling yang perlu dikuasai oleh setiap kaunselor ialah
kemahiran lisan dan bukan lisan serta kemahiran asas melayan. Semasa sesi kaunseling
dijalankan, seorang kaunselor perlu menitikberatkan atau mengambil kira beberapa perkara
yang perlu dilakukan semasa sesi tersebut agar ianya mampu berjalan dnegan lancar dan tidak
menimbulkan permasalahan yang mendatang. Bertutur dengan tenang dan nada yang sesuai.
Namun, kaunselor yang tidak mempunyai kemahiran lisan yang baik terutamanya semasa sesi
kaunseling dijalankan maka akan berlaku kemungkinan objektif sesi kaunseling yang
dijalankan tersebut tidak mampu dicapai dengan baik. Kemahiran bukan lisan bermaksud
mentafsir bahasa bukan lisan yang ditunjukkan oleh klien atau pelajar yang dapat membantu
seorang kaunselor dalam memahami klien lebih mendalam klien atau pelajar yang sedang
mereka tangani.

Akhir sekali kemahiran asas melayan adalah keterampilan yang digunakan dalam sesi
prasesi oleh konselor yang melibatkan pengendalian sesi kaunseling dan membina hubungan
mesra dengan klien atau pelajar. Membuat parafrasa adalah penting untuk menunjukkan
kaunselor mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien. Parafrasa sangat sesuai
digunakan di peringkat awal hubungan kaunseling kerana parafrasa merupakan pernyataan
semula kenyataan dan mesej yang dibawa oleh klien untuk mendapatkan kepastian serta
kefahaman. Setiap pertuturan yang dilontarkan akan memberi kesan kepada yang pihak yang
mendengar.

9.0 RUJUKAN

1. Syafiq, M., 2021. KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN. [online]

Apaituilmu.blogspot.com. Available at:

<http://apaituilmu.blogspot.com/2015/06/komunikasi-lisan-dan-bukan-

lisan.html?m=1> [Accessed 9 November 2021].

2. Slideshare.net. 2021. Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi.

[online] Available at: <https://www.slideshare.net/ChinWei1/kepentingan-kaunselor-

mempunyai-kemahiran-asas-komunikasi> [Accessed 10 November 2021].

3. Slideshare.net. 2021. Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling. [online] Available at:

<https://www.slideshare.net/FathmalynAbdullah/bab-6-kemahiran-asas-kaunseling>

[Accessed 8 November 2021].

4. Slideshare.net. 2021. Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling. [online] Available at:

<https://www.slideshare.net/FathmalynAbdullah/bab-8-kemahiran-asas-kaunseling>

[Accessed 15 November 2021].

5. pdfslide.net. 2021. Kemahiran Melayan Dan Mendengar. [online] Available at:

<https://pdfslide.net/documents/kemahiran-melayan-dan-mendengar.html> [Accessed

14 November 2021].


Click to View FlipBook Version