The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-8863444, 2021-06-06 12:06:54

Folio Penyakit Tidak Berjangkit - Keertana Jaya Singam (2 Alamanda)

1.0 pendahuluan

✿ maksud penyakit tidak berjangkit:

Penyakit tidak berjangkit adalah penyakit
yang berlaku disebabkan faktor genetik atau
gaya hidup manusia.

1.0 pendahuluan

✿ maksud istilah penyakit diabetes:

Diabetes mellitus adalah penyakit tidak
berjangkit yang berlaku apabila kandungan
glukosa dalam darah terlalu tinggi dan
melebihi bacaan yang normal.

1.0 pendahuluan

Bilangan pesakit
diabetes mellitus dari
tahun 2006 hingga 2020
semakin meningkat.

✿ carta dilukis berdasarkan carta palang statistik pesakit diabetes oleh kementerian kesihatan malaysia dari tahun 2006-2020

1.0 pendahuluan ✿✿

✿ gambar berkaitan penyakit diabetes.

2.0 punca penyakit

✿ Bagaimana seorang individu mendapat
penyakit diabetes?

Diabetes jenis 1 berlaku apabila sistem imunisasi seorang
individu menyerang dan memusnahkan sel-sel dalam
pankreas yang menghasilkan insulin dan seterusnya
meningkatkan kandungan gula dalam darah. Genetik dan
faktor lain seperti virus juga boleh menyebabkan diabetes.

2.0 punca penyakit

✿ berat badan yang tinggi
✿ kurang beriadah
✿ dislipidemia
✿ hipertensi
✿ diet yang tidak seimbang

3.0 simptom penyakit ✿✿

✿ kerap membuang air kecil

.

✿ kerap dahaga

.

✿ berat badan turun mendadak

.

✿ cepat penat dan lemah

.

✿ penglihatan kabur

.

✿ luka lambat sembuh

.

✿ mudah terkena jangkitan kuman terutamanya pada kulit

3.0 simptom penyakit

Poster dari Facebook Stokis Gless Putrajaya

4.0 langkah-langkah mengatasi

i. peranan kerajaan melalui kementerian.

✿ Bagaimana kerajaan memainkan peranan dalam
memastikan peningkatan penyakit tidak berjangkit?

● Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam memastikan
peningkatan penyakit tidak berjangkit kerana mereka yang
bertanggungjawab mencegah jumlah kematian tahunan 38 juta
orang disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit meningkat,
termasuk 16 juta yang mati sebelum umur 70 tahun.

4.0 langkah-langkah mengatasi

✿ Berikan 3 langkah utama serta huraian.

● Menulis artikel atau membuat video edukasional tentang
faktor-faktor, simptom, kesan dan cara mengelakkan penyakit
tidak berjangkit seperti diabetes dan memuat naik kepada media
massa agar dapat mencapai audiens yang besar.

4.0 langkah-langkah mengatasi

● Memastikan setiap sekolah mengadakan acara dan aktiviti
bersukan dan mengadakan ceramah untuk meningkatkan
kesedaran tentang penyakit tidak berjangkit antara murid agar
dapat mengurangkan risiko murid-murid menghidap diabetes
sebelum umur 18 tahun.

● Menjadikan rawatan diabetes mudah diakses untuk
golongan yang kurang bernasib baik dengan berkesan
mengurangkan bilangan kes diabetes tahunan dan
sekaligus membantu mereka yang miskin dengan
penjagaan kesihatan yang berpatutan.

4.0 langkah-langkah mengatasi

ii. peranan ahli masyarakat dalam mengatasi penyakit tidak
berjangkit.

✿ Bagaimana masyarakat memastikan penyakit diabetes dapat
dicegah dalam kawasan persekitaran atau tempat tinggal (keluarga
sendiri)? Berikan 3 langkah utama serta huraian.

● Menyebarkan kesedaran dengan memberitahu ahli keluarga
tentang bahaya diabetes dan cara untuk mencegahnya.

4.0 langkah-langkah mengatasi

● Memulakan kempen kesedaran mengenai bahaya diabetes
mellitus untuk menjaga orang-orang di sekitar kita seperti
keluarga, rakan, jiran dan orang lain yang kita kenali
berhati-hati tentang gaya hidup mereka dan menjaga diri
daripada penyakit ini.

● Memastikan orang yang disayangi seperti keluarga dan
rakan-rakan menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup
sihat, mengikuti Pinggan Sihat Malaysia dan kerap bersenam.

4.0 langkah-langkah mengatasi

Artikel ini ditulis oleh Juani Munir Abu Bakar
dari Berita Harian pada 14 November 2017.

6.0 kesimpulan •

Berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan,

✿ Bincangkan kesan penyakit tidak berjangkit kepada individu
dari

segi kos rawatan, kualiti kerja, kualiti kehidupan dan pembelian
insurans.
● Syarikat farmaseutikal yang menjual insulin biasanya

mengambil kesempatan untuk menaikkan harganya kerana
pesakit diabetes tersebut memerlukan insulin untuk bertahan
dan ia adalah ubat yang tidak dibuat generik dengan cara yang
sama dengan ubat lain.

6.0 kesimpulan

● Mengenai kualiti kerja mereka, diabetes boleh mempengaruhi
produktiviti pesakitnya semasa bekerja dan boleh menyebabkan
kegangguan.

● Individu yang menghidap diabetes juga mungkin menghadapi
diskriminasi di kerja disebabkan mereka dianggap teruk dalam
pekerjaan hanya kerana penyakitnya.

6.0 kesimpulan

✿ Apakah peranan individu dalam memastikan penyakit diabetes
mellitus dapat dikawal serta tidak memberi implikasi kepada sektor
ekonomi? Berikan pendapat yang bernas dan sesuai.

6.0 kesimpulan

● Seseorang individu dapat memain peranan dalam memastikan
penyakit ini dapat dikawal dan tidak memberi implikasi kepada
sektor ekonomi dengan menjaga diri dan orang yang disayangi,
mengambil langkah yang betul untuk mencegah gejala diabetes
dengan menjalani gaya hidup yang sihat seperti mengawal
pengambilan lemak dan gula dan mengikuti piramid makanan.

● Kerap bersukan dan beriadah, sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu.

● Berusaha untuk menyebar kesedaran tentang gejala,
simptom-simptom dan kesan diabetes.

7.0 rujukan

1. Buku.
- Buku Teks Sains Tingkatan 2

✿ penulis: Jariah binti Khalib, Maznah binti Omar, Badariah binti
Hamzar, Shamsulikram bin Abdul Hamid

✿ penerbit: Karangkraf Network Sdn. Bhd.
✿ tahun: 2017

7.0 rujukan

2. Keratan surat khabar
- 14/11/17
✿ penulis: Juani Munir Abu Bakar
✿ penerbit: Berita Harian

- 27/3/16
✿ penulis: Rubayah Yakob
✿ penerbit: Berita Harian

7.0 rujukan

-6/1/17 (Kencing Manis dan Komplikasinya)
✿ penulis: ?
✿ penerbit : Berita Harian

7.0 rujukan

3. Laman web

- https://www.facebook.com/105206871492206/posts/majoriti-pesakit-diabetes-ti
dak-me

- mpunyai-tanda-tandaada-pesakit-yang-baru-tahu-/106793738000186/
-
- https://www.portalmalaysia.com/cara-mencegah-diabetes/
-
- https://care.diabetesjournals.org/content/28/11/2662#
-
- https://greencastle.wordpress.com/2017/11/15/info-kesihatan-wanita-diabetes/
-

✿ ✿


✿TERIMA KASIH!

✿✿


Click to View FlipBook Version