MODUL AKTIVITI PEMBELAJARAN AWAL KANAKKANAK TASKA NAMA: HAFIZAH ATHIRAH BINTI ABDUL RAZAK NOMBOR KAD PENGENALAN: 040402-11-0330 NOMBOR ANGKA GILIRAN: UNIT:PISMP JUN 2022 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1 This Photo by Unknown Author is
Terbitan 2023 © IPGK PEREMPUAN MELAYU MELAKA Hak Cipta Terpelihara. Mana -mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan dalam sistem simpanan kekal atau dipindahkan dalam sebarang reka bentuk atau sebarang cara elektronik , mekanik , penggambaran semula , rakaman dan sebagainya
PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN (3-4 TAHUN) KANDUNGAN RUKUN NEGARA 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2 KATA PENGANTAR 3 PENGENALAN 4 PERKEMBANGAN FIZIKAL (3-4 TAHUN) ASUHAN: MENEKANKAN ASPEK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN 5-15 ASUHAN: MENFOKUSKAN KEPADA ASPEK KESIHATAN, KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN 16-28 BIDANG 1 BIDANG 2
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami mencapai cita - cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemamukran keluarga, masyarakat dan negara.” Sumber : Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
KATA PENGANTAR Puji syukur saya panjatkan ke hadirat Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan rahmat dan izin nya saya dapat menyelesaikan dan menghasilkan modul ini. Modul ini disusun dengan tujuan memberikan panduan dan pemahaman yang mendalam kepada para pelajar dalam memahami konsep-konsep yang mesti diutamakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Saya juga menyedari bahawa modul ini sebagai satu sumber yang penting bagi pembelajaran yang efektif kerana modul ini tidak hanya memberikan contoh-contoh teori sahaja malah amalan dan praktikal juga dapat dilaksanakan oleh para pelajar melalui modul ini supaya dapat memperkembangkan pemahaman dan keterampilan mereka dalam bidang ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga yang ditujukan kepada Puan Alimah Binti Atan kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah membuka minda dan ruang terhadap diri saya bagi menjayakan dengan menyiapkan modul ini dan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya khususnya seunit dengan saya kerana banyak memberi pendapat dan tunjuk ajar dalam menghasilkan modul. Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar untuk menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan selain memberikan ruang dan peluang kepada pelajar bagi mendapatkan matlamat dan pengetahuan yang khusus tentang pembelajaran awal kanak-kanak. Semoga modul ini menjadi pedoman yang bermanfaat bagi para pembaca serta membantu mereka memahami sesuatu prinsip dan konsep tentang alam kanak-kanak dengan lebih baik dan meraih kejyaan dalam pembelajaran mereka. Demikianlah semoga dengan tersusunya modul ini dapat memberi manfaat serta bekemampuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara Malaysia ini.
PENGENALAN Sejajar dengan kepesatan maklumat kini, setiap individu perlu mahir untuk mencari, mengesan, memperolehi, menyusun, menilai dan menggunakan maklumat dengan berkesan. Modul ini disediakan dan disusun mengikut tahap – tahap perkembangan kanakkanak yang berada di taska bermula pada usia 0 bulan sehingga 4 tahun untuk melihat perkembangan mereka.Modul ini diadaptasikan daripada modul PERMATA Negara yang merupakan satu pendekatan kepada sistem pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Modul ini memberikan tumpuan kepada pembelajaran yang aktif, holistik dan kreatif kepada kanak-kanak yang bertujuan membekalkan kanak-kanak dengan kemahiran, pengetahuan dan nilai yang diperlukan untuk melangkah masuk tahun satu iaitu ke pendidikan formal. Modul ini juga menekankan kepada penglibatan kanak-kanak dan guru serta ibu bapa kerana mereka merupakan sebahagian sebagai agen dalam memastikan perkembangan anak-anak mereka berlaku secara berkesan dan baik.
MODUL AKTIVITI BIDANG 1
BIDANG PERKEMBANGAN FIZIKAL KANDUNGAN MODUL 1.1 MILESTONE PERKEMBANGAN FIZIKAL (3-4 TAHUN) 1.2 AKTIVITI KEMAHIRAN MOTOR HALUS 1.3 KEPENTINGAN MOTOR HALUS 1.4 RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI 1.5 PENYEDIAAN BAHAN DAN ALATAN 1.6 AMALAN ASUHAN MODUL 1
PENGENALAN Perkembangan secara umumnya didefinisikan sebagai aspek yang membawa kepada perubahan yang dihadapi oleh individu yang berubah-ubah mengikut peredaran masa. Namun, terdapat pelbagai pendapat yang telah dikemukakan mengenai konsep dan makna perkembangan itu sendiri. Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-Kanak yang mengatakan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah perubahan yang bersifat kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat secara dari sifat yang baru iaitu berlainan daripada sifat baru berlainan daripada sifat yang awal. Menurut Santrock (2008), perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi yang bermula dari peringkat percambahan sehingga ke akhir hayatnya. Perkembangan fizikal kanak-kanak pula merupakan aspek yang menekankan kepada asas pembesaran, pertumbuhan dan kemahiran motor kasar dan halus kanakkanak.Pengetahuan dalam perkembangan fizikal akan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi merancang aktiviti yang boleh membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara optimum dan progresif 1.1 MILESTONE PERKEMBANGAN FIZIKAL MOTOR HALUS KANAK-KANAK BERUMUR (3-4 TAHUN) UMUR KANAK -KANAK MILESTONE PERKEMBANGAN FIZIKAL MOTOR HALUS KANAK-KANAK BERUMUR (3-4 TAHUN) KANAK-KANAK (3-4 TAHUN ) ➢ Memegang krayon ➢ Melukis gambar berbentuk haiwan ➢ Menggunting mengikut garisan – garisan yang mudah ➢ Mencantumkan puzzle yang terdiri daripada 12 keping ➢ Memasang dan membuka butang baju ➢ Membuka muka surat buku dari satu muka surat ke muka surat lain ➢ Menggunakan sudu tanpa menumpahkan benda
1.2 AKTIVITI KEMAHIRAN MOTOR HALUS (3-4 TAHUN) Memegang krayon Melukis gambar haiwan Menggunting garisan Mencantum puzzle Memasang dan membuka butang baju Membuka muka surat buku dari satu muka surat ke muka surat lain
1.3 KEPENTINGAN MOTOR HALUS MENINGKATKAN PERGERAKAN MANIPULATIF • Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak untuk mengawal penggunaan anggota badan mereka • Pergerakan ini penting untuk pergerakan kanak-kanak bagi melahirkan kanak-kanak yang sihat dan cergas • Menfokuskan kepada koordinasi mata dan tangan kanak-kanak • Contoh aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak termasuklah melepaskan genggaman jari, memegang objek dan menguntai manik • MERANGSANG AKTIVITI HARIAN • Aktiviti harian kanak-kanak akan berjalan dengan lancar dan tidak terjejas apabila mereka mampu untuk melakukan dan menguasai perkembangan motor dan kasar dengan baik dengan berkesan • Kanak-kanak juga dapat mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas apabila masuk ke sesi persekolahan • Misalnya, kanak-kanak yang berumur seawal 3 tahun sudah mampu untuk memegang sudu dengan betul sekali gus dapat makan dengan sendiri tanpa bantuan orang lain MENINGKATKAN KEMAHIRAN SOSIAL • Kanak-kanak dapat melibatkan diri mereka secara aktif melalui kumpulan yang dibentuk di dalam bilik darjah • Kesannya,mereka akan bekerjasama antara satu sama lain apabila melaksanakan aktiviti diberikan oleh guru yang kebanyakan melibatkan pergerakan motor kasar dan halus kanak-kanak • MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS KANAK-KANAK • Pergerakan motor halus yang baik di dalam pembelajaran awal kanak-kanak kerana kemampuan ini penting bagi kanak-kanak untuk menguasai tulisan tangan mereka ketika menulis yang disebabkan oleh cara memegang pensel yang betul • Kanak-kanak juga berkebolehan untuk mengikut huruf-huruf yang disebutkan oleh guru ketika membaca dengan menggunakan jari mereka bagi menunjuk huruf yang disebut
1.4 RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI TARIKH 17/10/2023 MASA 9.15 a.m – 9.55 a.m UMUR 3-4 Tahun BILANGAN KANAK-KANAK 2-5 Orang TEMA Garisan SUB TEMA ▪ Melengkuk ▪ Zig – zag BIDANG PEMBELAJARAN Perkembangan Fizikal (Motor Halus) KESEPADUAN BIDANG 1. Perkembangan Kreativiti Dan Estetika 2. Perkembangan Kemahiran Literasi Awal Matematik Dan Permikiran Logik AMALAN PENGASUHAN ▪ Aspek kebersihan ▪ Aspek keselamatan HASIL PEMBELAJARAN ▪ Membezakan jenis garisan yang telah mereka pelajari ▪ Meningkatkan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak OBJEKTIF ▪ Meningkatkan kemahiran motor halus kanakkanak dengan menggunting pelbagai jenis garisan iaitu garisan melengkuk dan zig-zag ▪ Mengenali pelbagai jenis garisan ▪ Menggunting mengikut garisan – garisan yang mudah LANGKAH PEMBELAJARAN 1. Guru menyediakan bahan dan alatan 2. Guru memberikan kertas yang berwarna kepada kanak-kanak 3. Guru menunjukkan contoh terlebih dahulu kepada kanak-kanak 4. Kanak-kanak menghantar hasil kerja mereka kepada guru
✓ Pemilihan gunting yang sesuai untuk kanak-kanak yang di hujungnya tumpul dan ergonomik ✓ Pengawasan guru memerhatikan kanakkanak memegang gunting dengan betul ✓ Pastikan meja dan permukaan digunakan untuk aktiviti menggunting bebas daripada barang-barang tajam dan berbahaya yang lain 1.5 PENYEDIAAN BAHAN DAN ALATAN 1.6 AMALAN ASUHAN Kertas warna Gunting ✓ Pastikan gunting bersih dan bebas daripada kotoran terhadap kanak-kanak ✓ Penggunaan kertas yang sesuai iaitu tidak terlalu tebal dan keras untuk kanak-kanak memotong ✓ Kanak-kanak mencuci tangan selepas menjalankan aktiviti supaya terhindari daripada jangkitan kuman ✓ Ruang aktiviti mestilah sentiasa bersih dan kemas supaya memudahkan kanakkanak untuk melakukan pergerakan ASPEK KEBERSIHAN ASPEK KESELAMATAN
1.7 PERANCANGAN AKTIVITI SET INDUKSI 1. Guru membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti 2. Guru memberitahu dan menjelaskan aktiviti yang akan dijalankan iaitu menggunting kertas berwarna mengikut jenis garisan yang telah dilukis oleh guru tersebut pada kertas 3. Guru menggalakan kanak-kanak untuk menyebut “saya boleh menggunting” supaya dapat memberikan dorongan kepada mereka untuk bagi melaksanakan aktiviti yang telah dirancang 1.8 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH 1 1. Guru menyediakan kertas berwarna – warni kepada kanak-kanak yang terdapat garisan yang melengkuk dan zig-zag pada kertas tersebut untuk kanak-kanak memotong mengikut garisan yang telah dilukis 2. Guru memberikan arahan kepada kanak-kanak untuk memegang gunting plastik serta membantu kanak-kanak semasa menggunting sebagai tempoh percubaan bagi mereka menggunting dengan betul mengikut jenis garisan yang telah dilukis di kertas 3. Guru menunjukkan terlebih dahulu cara untuk memegang gunting dengan betul sebelum melakukan aktiviti menggunting ini kepada kanak-kanak 4. 1.9 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH 2 1. Setelah itu, guru meminta kanak-kanak untuk cuba menggunting garisan di atas kertas 2. Guru memastikan kanak-kanak menggunting dengan berhati-hati supaya tidak berlaku kecederaan terhadap mereka 3. Kemudian, guru menyuruh kanak-kanak untuk mengulang kembali aktiviti guntingan garisan yang dilukis supaya dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka 1.10 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH PENUTUP 1. Guru memberikan pujian kepada kanak-kanak sepanjang aktiviti dilaksanakan 2. Setelah selesai aktiviti menggunting garisan ini, guru bersama-sama kanak-kanak mengemas semua peralatan yang digunakan sepanjang aktiviti berlangsung dan mengucapkan terima kasih kepada mereka sebagai tanda penghargaan 3. Guru menghantar semula kanak-kanak kembali ke ruang pembelajaran mereka
RUJUKAN Berk, L. (2013) Child Development (9 Edition). New York : Pearson Rohani Abdullah (2001) Perkembangan Kanak-Kanak : Penilaian secara Portfolio.Serdang UPM Press Rohani Abdullah (2004) Bayi Cerdik:Bentong Pahang PT S Sdn.Bhd Rafie Husni. (2013, Julai 6). Rancangan Pengajaran Slot Prasekolah.Scrib. https://www.scribd.com/document/152039668/Rancangan-Pengajaran-Slot-prasekolah
MASA/ LANGKAH ISI PEMBELAJARAN AKTIVITI CATATAN SET INDUKSI (5 MINIT) • Memberikan pemupukan dan galakkan 1. Guru membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti 2.Guru memberitahu dan menjelaskan aktiviti yang akan dijalankan iaitu menggunting kertas berwarna mengikut jenis garisan yang telah dilukis oleh guru tersebut pada kertas 3.Guru menggalakan kanak-kanak untuk menyebut “saya boleh menggunting” supaya dapat memberikan dorongan kepada mereka untuk bagi melaksanakan aktiviti yang telah dirancang LANGKAH 1 (10 MINIT) • Menjelaskan dan menerangkan aktiviti 1. Guru menyediakan kertas berwarna – warni kepada kanak-kanak yang terdapat garisan yang melengkuk dan zig-zag pada kertas tersebut untuk kanak-kanak memotong mengikut garisan yang telah dilukis 2. Guru memberikan arahan kepada kanak-kanak untuk memegang gunting plastik serta membantu kanakkanak semasa menggunting sebagai tempoh percubaan bagi mereka menggunting dengan betul mengikut jenis garisan yang telah dilukis di kertas 3. Guru menunjukkan terlebih dahulu cara untuk memegang gunting dengan betul sebelum melakukan aktiviti menggunting ini kepada kanakkanak LANGKAH 2 (10 MINIT) • Menggunting mengikut jenis garisan yang dilukis di kertas 1. Setelah itu, guru meminta kanak-kanak untuk cuba menggunting garisan di atas kertas 2.. Guru memastikan kanak-kanak menggunting dengan berhati-hati supaya tidak berlaku kecederaan terhadap mereka 3. Kemudian, guru menyuruh kanak-kanak untuk mengulang kembali aktiviti guntingan garisan yang dilukis
supaya dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka PENUTUP (5 MINIT) Mempersembahkan hasil aktiviti 1. Guru memberikan pujian kepada kanak-kanak sepanjang aktiviti dilaksanakan 2. Setelah selesai aktiviti menggunting garisan ini, guru bersamasama kanak-kanak mengemas semua peralatan yang digunakan sepanjang aktiviti berlangsung dan mengucapkan terima kasih kepada mereka sebagai tanda penghargaan 3. Guru menghantar semula kanak-kanak kembali ke ruang pembelajaran mereka
MODUL AKTIVITI BIDANG 2
PENGENALAN Bagi menghasilkan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh yang merangkumi jasmani, emosi, rohani , intelek dan sosial mereka, penggunaan deria kanak-kanak untuk meneroka alam sekelilingnya akan menjadi lebih bermakna dan berkesan. Kurikulum PERMATA amat menitikberatkan supaya kanak-kanak dari peringkat awal umur didedahkan sepenuhnya kepada pengalaman menerokai dan mengaamati alam persekitaran mereka. Pendidik memainkan peranan yag signifikan dengan mengetahui dan memahami kanak-kanak supaya mereka dapat merangsang kelima-lima deria mereka untuk meroka alam persekitaran mereka. Pemahaman yang mendalam mengenai perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran kepada kanak-kanak mampu membantu guru dan ibu bapa dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak supaya mereka lebih memahami duia di sekeliling mereka dengan baik sekali gus dapat membina kemahiran asas kefahaman sains yang kukuh di peringkat awal kanak-kanak Pemahaman yang mendalam mengenai perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran membantu pendidik dan ibu bapa dalam merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk membantu kanak-kanak memahami dunia di sekeliling mereka dengan lebih baik. Ini juga membantu dalam membina asas kefahaman sains, sosial, dan moral yang kukuh pada peringkat prasekolah dan awal pendidikan kanak-kanak.
BIDANG PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN KANDUNGAN MODUL 1.1 MILESTONE PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN (3-4 TAHUN) 1.2 AKTIVITI KEMAHIRAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN 1.3 KEPENTINGAN PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN 1.4 RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI 1.5 PENYEDIAAN BAHAN DAN ALATAN 1.6 AMALAN ASUHAN MODUL 1
1.1 MILESTONES PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN (3-4 TAHUN) UMUR KANAK -KANAK MILESTONE PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN KANAKKANAK BERUMUR (3-4 TAHUN) KANAK-KANAK (3-4 TAHUN ) ➢ Mula membuat rumusan daripada pemerhatian ➢ Boleh mengaitkan pengalaman pembelajaran lepas untuk menyelesaikan masalah baru ➢ Boleh mengaitkan sesuatu objek dengan sesuatu situasi ➢ Pemahaman dan kesedaran penjagaan alam sekitar semakin meningkat ➢ Lebih baik dari segi penghayatan alam sekeliling ➢ Pemahaman tentang sains dan saintis cara mengeksperimen dan berkomunikasi tentang pengalaman sains semakin berkembang
1. 2 AKTIVITI KEMAHIRAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN Eksperimen menggunakan warna Nature walk Objek tenggelam dan timbul Memperhatikan kesan magnet Membuat buih Main air
1.3 KEPENTINGAN PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN ➢ PEMAHAMAN TERHADAP ALAM SEKITAR • Perkembangan deria yang berkesan dan sempurna oleh kanak-kanak dapat merangsang mereka memahami kejadian alam sekitar • Pendedahan kepada alam sekitar memupuk perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memperbaiki tahap kepekaan, penaakulan dan pemerhatian mereka (Pyle 2002) • Pengalaman awal dengan alam semulajdi mempunyai perkaitan yang positif dengan perkembangan imaginasi dan perasaan ingin tahu (wonder)(Cobb 1977, Louv 1991). Hal ini kerana, rasa ingin tahu adalah motivasi untuk pembelajaran yang berterusan seumur hidup ➢ PENINGKATAN IMAGINASI DAN KREATIVITI • Deria memainkan peranan penting dalam membentuk imaginasi dan kreativiti kanak-kanak • Hal ini kerana, mereka dapat membayangkan pelbagai konsep dan idea melalui deria yang digunakan oleh mereka sekali gus dapat merangsang proses kreatif ➢ KESELAMATAN • Kanak-kanak dapat mengesan bahaya di persekitaran sekitar mereka • Contohnya, melalui pancaindera penglihatan , kanak-kanak dapat melihat objek berbahaya dan mengelakkan diri mereka manakala pancaindera pendengaran kanak-kanak pula membolehkan mereka mendengar bunyi bahaya di persekitaran mereka
1.4 RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI TARIKH 10/10/2023 MASA 10.35 a.m – 11.35 a.m UMUR 3-4 Tahun BILANGAN KANAK-KANAK 2-6 Orang TEMA Persekitaran SUB TEMA ▪ Timbul Dan Tenggelam BIDANG PEMBELAJARAN Perkembangan Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran KESEPADUAN BIDANG 1. Perkembangan Sahsiah, Sosiemosi Dan Kerohanian 2. Perkembangan Bahasa , Komunikasi Dan Literasi Awal AMALAN PENGASUHAN ▪ Aspek kesihatan ▪ Aspek keselamatan ▪ Aspek kebersihan HASIL PEMBELAJARAN ▪ Memahami konsep ketumpatan ▪ Mengelaskan objek mengikut ketumpatan ▪ Mengaplikasikan deria iaitu melihat , menyentuh dan mendengar OBJEKTIF ▪ Membezakan objek yang tenggelam dan timbul ▪ Mendedahkan dan memberi peluang kepada kanak-kanak bagi mengenalpasti objek yang timbul dan tenggelam LANGKAH PEMBELAJARAN 1. Guru memberikan penerangan dan arahan 2. Guru membentuk kumpulan dalam kalangan kanak-kanak 3. Kanak-kanak menjalankan aktiviti dengan bantuan guru 4. Kanak-kanak melihat dan memerhatikan objek yang tenggelam dan timbul
1.5 PENYEDIAAN BAHAN DAN ALATAN Besin Haiwan plastik Bola Blok kayu Cawan Mainan itik Belon Batang aiskrim
✓ Kanak-kanak berada dalam keaadaan yang sihat dan baik untuk melaksanakan aktiviti ✓ Aktiviti dijalankan di ruang yang selesa, bersih selamat ✓ Besen sesuai bagi kanakkanak untuk memasukkan objek ✓ Paras air yang cukup cetek bagi memastikan keselamatan kanak-kanak ✓ Objek yang digunakan tidak berat, tajam dan berbahaya kepada kanak-kanak ✓ Kualiti air mestilah bersih bagi memastikan kanak-kanak tidak dijangkiti kuman ✓ Cuci dan keringkan objek selepas aktiviti dijalankan kerana boleh menyebabkan pembiakan kulat dan bakteria 1.6 AMALAN ASUHAN ASPEK KESIHATAN ASPEK KESELAMATAN ASPEK KEBERSIHAN
1.7 PERANCANGAN AKTIVITI SET INDUKSI 1. Guru menceritakan terlebih dahulu konsep tentang objek yang tenggelam dan timbul kepada kanak-kanak sebelum melakukan eksperimen berkenaan ketumpatan kepada kanak-kanak 2. Guru mempamerkan besen yang berisi air dan membuat penjelasan kepada kanak-kanak tentang konsep ketumpatan yang mana apabila objek berada di permukaan air dikeneali sebagai objek timbul manakala objek yang berada di dalam air dinamakan sebagai objek yang tenggelam 1.8 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH 1 1. Guru membahagikan kumpulan kecil untuk kanak-kanak yang terdiri daripada 3 orang dalam satu kumpulan 2. Guru memperlihatkan demo eksperimen dengan memasukkan satu objek secara rawak dan menyebutkan keadaan objek sama ada objek itu timbul atau tenggelam supaya kanak-kanak dapat membezakan bahan yang tenggelam dan timbul 3. Kanak-kanak melaksanakan eksperimen tersebut dengan bantuan guru 4. Guru memastikan penjagaan kanak-kanak dengan memantau mereka ketika eksperimen dijalankan supaya mereka tidak melakukan perkara yang berbahaya seperti minum air di dalam besen tersebut 1.9 AKTIVITI LANGKAH 2 1. Guru menggalakkan kanak-kanak untuk membuat pemerhatian (hipotesis) sama ada objek yang dimasukkan ke dalam air ialah objek tenggelam atau timbul 2. Guru juga meminta kanak-kanak untuk menyebutkan nama objek terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam air dengan bimbingan guru 3. Guru mengasah diri kanak-kanak dengan membuat kesimpulan melalui objek timbul dan tenggelam di permukaan air 1.10 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH PENUTUP 1. Guru meminta kanak-kanak untuk memberikan tepukan gemuruh kepada diri sendiri serta menyediakan ganjaran kepada kanak-kanak kerana berjaya melakukan ekperimen timbul dan tenggelam 2. Guru menyuruh kanak-kanak menyebutkan kembali nama objek yang timbul dan tenggelam 3. Guru melatih kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka sepanjang eksperimen berlangsung
RUJUKAN Aliza Ali, Zamri Mahamod. (2015, Januari). Modul pengajaran dan pembelajaran untuk keprofesionalan guru prasekolah melaksanakan kurikulum berpusatkan murid dan berasaskan standard.ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/327954153_Modul_pengajaran_dan_pembelaj aran_untuk_meningkatkan_keprofesionalan_guru_prasekolah_melaksanakan_kurikulum _berpusatkan_murid_dan_berasaskan_standard Jackman, H.L (2001). Early Education Curriculum.Delmar Rohani, A., Nani.M. dan Sharani,A. (2009)Panduan Prasekolah.Bentung:PTS Pub.Dist.Sdn.Bhd Zuraida,l., Norhaidan,Sl.. dan Maznah,A. ( 2003). Pendidikan Sains Prasekolah Bentung: PTS Pub.Dist.Sdn.Bhd
MASA/ LANGKAH ISI PEMBELAJARAN AKTIVITI CATATAN SET INDUKSI (5 MINIT) o Pengenalan 1. Guru menceritakan terlebih dahulu konsep tentang objek yang tenggelam dan timbul kepada kanakkanak sebelum melakukan eksperimen berkenaan ketumpatan kepada kanak-kanak 2. Guru mempamerkan besen yang berisi air dan membuat penjelasan kepada kanak-kanak tentang konsep ketumpatan yang mana apabila objek berada di permukaan air dikeneali sebagai objek timbul manakala objek yang berada di dalam air dinamakan sebagai objek yang tenggelam LANGKAH 1 (10 MINIT) o Mengenalpasti objek yang timbul dan tenggelam di dalam air 1. Guru membahagikan kumpulan kecil untuk kanak-kanak yang terdiri daripada 3 orang dalam satu kumpulan 2. Guru memperlihatkan demo eksperimen dengan memasukkan satu objek secara rawak dan menyebutkan keadaan objek sama ada objek itu timbul atau tenggelam supaya kanak-kanak dapat membezakan bahan yang tenggelam dan timbul 3. Kanak-kanak melaksanakan eksperimen tersebut dengan bantuan guru 4. Guru memastikan penjagaan kanak-kanak dengan memantau mereka ketika eksperimen dijalankan supaya mereka tidak melakukan perkara yang berbahaya seperti minum air di dalam besen tersebut
LANGKAH 2 (10 MINIT) o Membuat pemerhatian terhadap objek yang timbul dan tenggelam 1. Guru menggalakkan kanak-kanak untuk membuat pemerhatian (hipotesis) sama ada objek yang dimasukkan ke dalam air ialah objek tenggelam atau timbul 2. Guru juga meminta kanak-kanak untuk menyebutkan nama objek terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam air dengan bimbingan guru 3. Guru mengasah diri kanak-kanak dengan membuat kesimpulan melalui objek timbul dan tenggelam di permukaan air PENUTUP (5 MINIT) o Merumus semula isi pembelajaran yang diajar 1. Guru meminta kanak-kanak untuk memberikan tepukan gemuruh kepada diri sendiri serta menyediakan ganjaran kepada kanak-kanak kerana berjaya melakukan ekperimen timbul dan tenggelam 2. Guru menyuruh kanak-kanak menyebutkan kembali nama objek yang timbul dan tenggelam 3. Guru melatih kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka sepanjang eksperimen berlangsung