PENERUS
TERKAWAL
SILIKON (SCR)
E-MODUL
EIZA BATRISYIA BINTI AHMAD GHAZALI
AZMANIRAH BINTI AB RAHMAN
ISI KANDUNGAN A i
ii
KANDUNGAN iii
iii
Penghargaan
Prakata
Tujuan Modul
Objektif Modul
B 2
3
PENERUS TERKAWAL SILIKON 4
(SCR) 7
9
Pengenalan 10
Simbol SCR 12
Binaan SCR 19
Prinsip Kendalian SCR 20
Cara Menghidupkan SCR 23
Cara Mematikan SCR 24
Ciri SCR 25
Spesifikasi SCR 27
Aplikasi SCR 28
Contoh Pengiraan SCR dalam litar AT
Contoh pengiraan SCR dalam litar AU
Latihan Pengukuhan
Nota Tambahan
Rujukan
ISI KANDUNGAN
MODUL PEMBELAJARAN I
PENGHARGAAN
E-Modul Pembelajaran bagi Thyristor (SCR) ini khas
kepada pelajar yang mengambil Program Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan (Elektrik dan Elektronik)
FPTV. E-Modul ini sesuai untuk dijadikan sebagai
alat bahan bantu mengajar (ABBM) yang dapat
membantu pelajar meningkatkan kefahaman dalam
subjek elektronik. E-Modul ini fokus untuk
membangunkan kaedah pembelajaran berpusatkan
pelajar.
MODUL PEMBELAJARAN II
PRAKATA
Modul Pembelajaran Berbantukan Video Interaktif
bagi Topik Thyristor ini dihasilkan adalah untuk
membantu pelajar Sarjana Muda Pendidikan
(Elektrik dan Elektronik) dalam mempelajari
subtopik SCR (Silicon Control Rectifier) dengan
lebih sistematik dan mudah difahami. Modul
pembelajaran ini juga dapat dijadikan panduan
kepada pelajar untuk mengaplikasi pembelajaran
thyristor walau di mana sahaja keberadaan mereka.
Dalam modul pembelajaran ini adalah berkaitan
dengan pembelajaran thyristor bagi subtopik SCR.
Selain itu, video pembelajaran yang terdapat dalam
modul dapat dibuka dengan mengimbas kod QR
yang terdapat dalam subtopik tersebut supaya
pelajar dapat melihat dan memberi gambaran
dengan lebih mudah mengenai subtopik SCR.
Semoga dengan adanya modul ini, pembelajaran
akan lebih berkesan, menarik, dapat meningkatkan
kefahaman pelajar bagi subtopik SCR dan
menggalakkan pembelajaran kendiri. Seterusnya,
pelajar berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan
oleh pensyarah.
III
Tujuan Modul
E-Modul Pembelajaran bagi Topik Thyristor
(SCR) ini ditujukan kepada pelajar yang
mengambil Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (Elektrik dan Elektronik) FPTV.
E-Modul ini sesuai untuk dijadikan sebagai
alat bahan bantu mengajar (ABBM) yang
dapat membantu pelajar meningkatkan
kefahaman dalam subjek elektronik iaitu
bagi subtopik SCR. E-Modul ini fokus untuk
membangunkan kaedah pengajaran
berpusatkan pelajar.
Objektif Modul
Pelajar dapat menyatakan konsep
Penerus Terkawal Silikon (SCR).
Pelajar dapat menguasai subtopik
SCR.
Mewujudkan suasana pembelajaran
interaktif yang menarik dan
menyeronokkan.
Pelajar dapat melaksanakan
pembelajaran kendiri mengikut
kemampuan masing-masing.
I. PENERUS TERKAWAL
SILIKON (SCR)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar
dapat:
Malukis simbol SCR tanpa melihat E-Modul
dengan tepat.
Melakarkan binaan SCR tanpa merujuk E-Modul
dengan betul.
Menyatakan kegunaan SCR dalam peranti litar
elektrik.
2
PENGENALAN
Penerus Terkawal Silikon (SCR)
SCR adalah singkatan dari "Silicon Controlled
Rectifier". Sebuah peranti elektronik penerus
atau pengawal arus elektrik yang mempunyai
3 elektrod dan diperbuat daripada 4 lapisan
bahan silikon semikonduktor.
Terdapat tiga terminal pada
SCR iaitu Anod, Katod dan Get.
KATOD GET
ANOD
Antara peralatan elektronik
yang menggunakan SCR:-
SWITCHED MODE TELEVISION POWER REGULATOR
POWER SUPPLY
3
SIMBOL DAN BINAAN
SIMBOL SCR
SCR mempunyai fungsi penerus sama
seperti diod tetapi mempunyai satu
kaki tambahan iaitu GET yang
berfungsi sebagai pengawal pintu
penerusan
Simbol bagi kaki tambahan
GET ini berupa satu garisan
lurus yang bermula pada
bahagian KATOD dalam
simbol diod
ADAKAH ANDA Penerus ialah peranti elektrik yang
TAHU ? menukarkan arus ulang alik (AC) kepada arus
terus (DC). SCR digunakan untuk pembetulan
AC berkuasa tinggi dalam penghantaran kuasa
arus terus bagi voltan tinggi. Ia juga digunakan
dalam kawalan mesin kimpalan.
4
SIMBOL DAN BINAAN
BINAAN SCR
Terdiri daripada 4 lapisan bahan separuh
pengalir berbeza jenis dan berselang seli
antara satu sama lain iaitu PNPN
Dikeluarkan 3 punca sambungan
keluar iaitu Anod (A), Katod (K), Get (G)
GET berfungsi sebagai pengawal atau
penghidup SCR sementara Anod dan
Katod berfungsi sebagai penerus yang
dibina daripada dua transistor iaitu jenis
NPN transistor dan PNP transistor
NPN dan PNP transistor ini perlu aktif
untuk membolehkan arus mengalir ke
beban
5
Video Binaan SCR
SCR mempunyai fungsi penerus yang
sama seperti diod tetapi mempunyai
satu kaki tambahan yang berfungsi
sebagai pengawal pintu penerusan.
Penerus tidak akan berlaku
sekiranya voltan ke kaki
pangkalan GET tidak diberi.
Simbol bagi kaki tambahan GET ini
berupa satu garisan lurus yang
bermula pada bahagian katod
dalam simbol diod tersebut.
Sila imbas kod QR
bagi melihat video
untuk kefahaman
lebih lanjut
6
Mari uji minda anda
LATIHAN Sila imbas kod QR dibawah
PENGUKUHAN
Antara aplikasi peranti INFO TAMBAHAN
yang digunakan dalam litar
elektrik
Inverter circuits
Oscillator circuits
Chopper circuits
Power switching circuits
Relay replacement circuits
Level-detector circuits
Logic circuits
Phase-control circuits
Speed control circuits
Timer circuits
II. PENERUS TERKAWAL
SILIKON (SCR)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar
dapat:
Menerangkan prinsip kendalian bagi SCR .
Menerangkan kawalan untuk mengalirkan arus
bagi SCR.
Menjelaskan kawalan untuk memutuskan arus
bagi SCR.
Mempelajari cara untuk menghidupkan SCR.
Menghuraikan cara untuk mematikan SCR.
Menjelaskan ciri-ciri SCR berdasarkan lengkuk
ciri I-V.
Prinsip Kendalian 7
SCR
Kendalian SCR dianggap sama seperti satu unit
mekanikal biasa, namun SCR memerlukan tegangan
positif pada kaki Get (G) untuk mengaktifkan.
Apabila kaki Get (G) diberi voltan positif sebagai
pencetus, SCR akan mengalirkan arus elektrik dari Anod
(A) ke Katod (K).
Sebaik sahaja SCR mencapai keadaan 'ON' ianya akan
selamanya 'ON' walaupun voltan positif yang berfungsi
sebagai pencetus dilepaskan.
Bagi menukar SCR kepada keadaan 'OFF', arus hadapan
Anod-Katod perlu dikurangkan sehingga berada pada
titik 'Iholding' - IH (pegangan arus) SCR.
Magnitud arus pegangan (IH) sesuatu SCR boleh dilihat
daripada lembaran data SCR.
Sila imbas kod QR
bagi melihat video
untuk kefahaman
lebih lanjut
8
Kawalan untuk mengalirkan dan
memutuskan arus
Apabila suis 1 ditutup seketika, arus yang melalui
Get akan memicu SCR hidup dan IL akan mengalir
melalui RL
SCR akan terus hidup walaupun suis 1 dikeluarkan.
Apabila suis 2 ditutup seketika, IL akan dipintaskan
ke bumi. SCR akan mati kerana IA (arus anod)
kurang daripada IH (arus pegang).
9
Cara Menghidupkan SCR
Terdapat beberapa kaedah untuk
menghidupkan SCR, antaranya ialah :-
Voltan pincang hadapan ditingkatkan
melebihi atau sama dengan voltan pecah
lampau hadapan.
Denyut atau picuan positif dibekalkan
pada terminal Get apabila peranti tersebut
berada dalam keadaan pincang hadapan.
10
Cara Mematikan SCR
Operasi SCR boleh dihentikan dengan
beberapa cara, antaranya ialah dengan:-
Memutuskan litar laluan arus SCR dengan
meletakkan alat pemutus litar pada mana-
mana tempat laluan arus.
Memintaskan Anod dan Katod (pincang
sifar).
Memutuskan sambungan bekalan voltan
positif pada Anod.
Menukar kekutuban voltan kepada Anod
itu menjadi negatif.
SCR boleh dimatikan dengan
memutuskan sambungan bekalan ke SCR
dengan menggunakan suis mekanikal
yang disambung secara siri dengan Anod
dan Katod.
Cara ini dinamakan sebagai sampukan
arus yang mengalir.
11
Cara Mematikan SCR
Berikut menunjukkan bagaimana SCR dimatikan
dengan menggunakan suis, sama ada disambung
secara siri atau selari dengan SCR :-
Sampukan Arus
Sampukan dengan Sampukan dengan
memutuskan bekalan ke menyamakan kekutuban
SCR bekalan di SCR
Cara ini menyebabkan voltan pincang antara Anod
dengan Katod berkurangan sehingga sifar dan
menjadikan SCR terpintas
III. PENERUS TERKAWAL
SILIKON (SCR)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar
dapat:
Menjelaskan ciri-ciri SCR berdasarkan lengkuk
ciri I-V.
Menyatakan spesifikasi SCR.
12
CIRI CIRI SCR
12
Graf lengkuk ciri boleh SCR menjadi
diplot semasa SCR seperti penebat
disambungkan pada keadaan yang tidak
pincang hadapan dan bekalan membenarkan
elektrik tidak dibekalkan arus mengalir
antara ANOD dan KATOD dan ke dalamnya
juga di GET, SCR tidak akan kecuali sedikit
hidup iaitu arus akan
bocor. Oleh itu
tiada graf
3 dapat diplot.
Jika voltan antara 4
anod dengan katod
ditambah sehingga Arus yang mengalir dalam
melampaui voltan litar mula meningkat dengan
hadapan (VF) SCR mendadak apabila voltan
tersebut, arus antara ANOD dan KATOD
akan mula mencapai voltan mula (VS)
mengalir. dan seterunya menjadikan
SCR hidup serta beroperasi.
Ketika ini, tebatan antara
ANOD dan KATOD telah pecah
13
CIRI CIRI SCR
5
Apabila SCR dihidupkan atau beroperasi,
susut voltan antara ANOD dan KATOD
menurun dengan mendadak sehingga ke
tahap voltan pegang (VH)
6 7
SCR kekal hidup sehingga SCR boleh
arus di litar dihidupkan dengan
berkurangan daripada mudah dan
arus pegang SCR (IH). membenarkan arus
Arus pegang dan voltan mengalir
pegang merupakan kadar didalamnya dengan
minimum antara ANOD dan voltan yang kecil
KATOD bagi membolehkan kira-kira 0.3V
SCR terus hidup antara Anod dan
Katod dengan
selamat
14
CIRI I-V SCR
IMBAS SINI
Untuk lebih memahami berkenaan
ciri SCR ini boleh tonton video
dengan mengimbas kod QR
15
CIRI I-V SCR
Ciri V-I SCR Penerangan
Arus Sekat Mod operasi ini mempunyai impedans tinggi untuk aliran arus tetapi
Songsang tidak beroperasi. SCR dalam sekat songsang ini berkelakuan seolah-
olah suis terbuka, maka operasi ini dalam keadaan OFF SCR
Arus Penahan Merupakan arus anod maksimum, Get terbuka, di mana SCR akan OFF
daripada keadaan ON.
Voltan Pecah Jika voltan pemisah SCR ialah 200 V, ia boleh menyekat voltan hadapan
Tebat (iaitu SCR kekal terbuka/mati) selagi voltan bekalan kurang daripada
200 V. Jika voltan bekalan lebih daripada nilai ini, maka SCR akan
Depan/Voltan dihidupkan.
Pemisah
Arus Sekat Arus get (IG=0), tiada arus anod mengalir dalam SCR kecuali arus bocor
Hadapan
Voltan Pecahan Ketika SCR di pincang songsang, tiada pengaliran arus di SCR kecuali
Terbalik arus sekat songsang. Jika voltan pincang songsang tinggi, akan sampai
ke takat voltan pecah tebat songsang. SCR akan bertindak seperti diod
biasa dalam keadaan pincang songsang
16
CIRI CIRI SCR
Keadaan SCR semasa pincang depan dan pincang
songsang
+VCC +VCC -VCC
R1 R1 R1
S1 ++ +
S1 S1
VCC 0V
VCC
-- -
Tanpa isyarat Ada isyarat
picuan picuan
SCR PINCANG DEPAN SCR PINCANG
SONGSANG
17
Graf ciri SCR pincang Lithaardapipnacnang
hadapan
KETERANGAN
PANDUAN
VAK Voltan antara Anod-Katod
IAK Arus antara Anod-Katod
IH
VH Arus Pegang
VF Voltan Pegang
VS
IS Voltan Mara
IF Voltan Mula
VGT Arus Mula
Arus Hadapan
Voltan di GET
18
Listoanrgpsianncagng
LdeinpginkcuaknSgCsRonsegmsaansga
PANDUAN KETERANGAN
VAK
IAK Voltan antara Anod-Katod
VR
Arus antara Anod-Katod
Voltan Songsang Maksimum (Voltan Pecah
Tebat)
SPESIFIKASI SCR 19
Perincian spesifikasi diperlukan bagi mengenal pasti penetapan kadaran sesuatu
SCR. Penepatan kadaran SCR berguna ketika membuat tempahan dan
penepatan nilai komponen semasa reka bentuk atau reka cipta litar menggunakan
komponen tersebut. Sebagai panduan asas, data dan parameter berikut perlu
dinyatakan semasa memesan atau diketahui sebelum menggunakan sesuatu SCR.
PAANSDA
USAN KETE
RANGAN
IF
Arus mara maksimum AT mengalir berterusan antara Anod dan Katod
VROM Voltan ketika puncak songsang antara Anod dan Katod, ketika Get terbuka
aitu tidak bersambung kepada bekalan
VST Voltan Get antara Anod dan Katod untuk menghidupkan SCR
IH Arus pegang minimum antara Anod dan Katod yang mengekalkan SCR
terus hidup
0 Pertambahan suhu per unit kuasa yang tersebar pada titik itu melebihi
suhu yang tercatat
TJ Suhu simpang maya
TA Suhu ambient
Vbrk Voltan pecah tebat, voltan songsang yang menyebabkan SCR pecah
tebat antara Anod dan Katod
VDRM/VRRM Voltan peringkat mati puncak berulang
IT (AV) Purata arus peringkat hidup
IT (RMS) Arus purata hidup min kuasa dua (RMS)
ITSM Arus peringkat hidup tidak berulang
IGM Arus puncak Get
VGM Voltan puncak Get
VRGM Voltan puncak Get songsang
REMEMBER
There are no
shortcuts to any place
worth going.
-Beverly Sills
IV. PENERUS TERKAWAL
SILIKON (SCR)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar
dapat:
Menerangkan aplikasi untuk pengawal arus bagi
subtopik SCR.
Menyatakan aplikasi untuk pengawal kuasa bagi
subtopik SCR.
Menganalisis SCR dalam litar AT (arus terus)
dan AU (arus ulang-alik).
Membezakan aplikasi SCR dalam litar AT dan
AU.
20
Aplikasi SCR
PENGAWAL ARUS
Apabila SW 2 ditutup
seketika, IA akan
dipintaskan ke bumi.
SCR akan mati kerana
IA (arus anod) kurang
daripada IH (arus pegang).
Apabila SW 1 ditutup seketika,
arus yang melalui Get akan
memicu SCR hidup dan IA akan
mengalir melalui RL.
SCR akan terus hidup walaupun
suis SW 1 dibuka.
21
Aplikasi SCR
PENGAWAL KUASA
R1 =Menghadkan Arus
RL = Beban
(Pemanas/Lampu)
R2 =Tetapkan tahap
pencetus kepada SCR
22
PENGAWAL KUASA
SCR digunakan bagi melaras atau mengawal kuasa purata
yang dihantar ke beban daripada sumber AU (Arus ulang alik)
SCR akan dihidupkan atau dimatikan secara berkala dan
kuasa purata yang dihantar ke beban dikawal dengan
melaraskan jumlah masa SCR mengalirkan arus pada setiap
kitar isyarat AU atau dikawal dengan mengawal sudut fasa
pengaliran ke beban
SCR berfungsi sebagai suis ON dan OFF iaitu menyambung
bekalan ke beban atau memutuskan bekalan voltan ke beban
SCR akan dicetus apabila VS
mencapai nilai yang boleh
memberikan IG (arus get) yang
minimum
23
CONTOH
PENGIRAAN SCR
DALAM LITAR AT
Contoh soalan :-
Susut voltan merentasi sesuatu SCR adalah 1V apabila
dicetus manakala arus penahan adalah 2mA semasa IG
sifar. Jika SCR di picu seketika dengan menggunakan
denyut arus Get, kepada nilai apakah VA perlu
diturunkan supaya SCR dapat dimatikan .
Penyelesaian :- Oleh itu nilai VA yang diperlukan
untuk IA = IH = 2mA adalah,
Arus anod,
Nilai VA yang perlu
Apabila SCR hidup, diturunkan supaya SCR
maka, dapat dimatikan
Anggapkan VAK masih kekal pada
1V apabila VA dan IA diturunkan,
24
CONTOH
PENGIRAAN SCR
DALAM LITAR AU
Contoh soalan :-
Sebuah litar bekalan AU digunakan untuk mengawal
sebuah lampu 1000W dengan menggunakan komponen
SCR. Tentukan nilai SCR, rintangan tetap R dan
rintangan pembahagi VR yang sesuai untuk litar ini.
Penyelesaian :- Voltan puncak songsang (PIV)
sesuatu SCR ditentukan dengan
Rumus asas hukum ohm boleh menggandakan voltan puncak
digunakan untuk mencari arus bekalan sebanyak dua kali ganda
beban (IL), daripada kadarnya
Arus beban (IL),
Jika bekalan 240V maka voltan
atau puncak bekalan ,
maka, maka,
V. PENERUS TERKAWAL
SILIKON (SCR)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar
dapat:
Menjelaskan kendalian SCR dengan tepat tanpa
sumber bantuan E-Modul.
Menyatakan ciri-ciri V-I dalam SCR secara lisan
dengan betul tanpa melihat E-Modul.
Menganalisis pengiraan litar SCR dengan betul.
Melakarkan graf ciri V-I SCR dengan baik tanpa
merujuk E-Modul.
25
Latihan Pengukuhan
Terdapat 11 soalan dengan pilihan
jawapan bagi latihan pengukuhan untuk
subtopik SCR (Penerus Terkawal Silikon)
Sila imbas kod QR disebelah
dan selamat menjawab
26
Latihan Pengukuhan
Pengiraan litar SCR
Soalan :-
Berdasarkan gambarajah litar diatas, tentukan nilai SCR
bagi rintangan R2 dan rintangan pembahagi litar VR yang
sesuai untuk litar ini. Diberi nilai arus get, IGT = 30mA dan
voltan get, VGT = 3V.
Jawapan:-
VR = 100 ohm
R2 = 3.950 ohm
27
Sila imbas kod QR di
bawah untuk maklumat
tambahan
NOTA TAMBAHAN
Always move
forward. Good
things are always
ahead.
@reallygreatsite
28
Rujukan
Abd. Samad Hanif. (2015). Elektronik perindustrian. Dewan
Bahasa dan Pustaka
Basic Electronics (Includes Solved Problems and MCQs) - B.
Somanathan Nair, S. R. Deepa - Google Books. (n.d.). Retrieved
December 27, 2022
Electronic Devices and Circuits - Google Books. (n.d.). Retrieved
December 27, 2022
Konsep Dasar Elektronika Daya - Anggara Trisna Nugraha, S.T.,
M.T., Rachma Prilian Eviningsih, S.T., M.T. - Google Books. (n.d.).
Retrieved December 27, 2022
Kutmant, T. (1974). A Method of Digital Computation for SCR
Circuits. IEEE Transactions on Industrial Electronics and
Control Instrumentation, IECI-21(2), 80–83.
https://doi.org/10.1109/TIECI.1974.351191
Ku, Y. H. (1985). Electric machinery. In Journal of the Franklin
Institute (Vol. 319, Issue 4). https://doi.org/10.1016/0016-
0032(85)90014-6
Kissell, T. (1997). Industrial electronics.
http://sutlib2.sut.ac.th/sut_contents/56931.pdf
Triyanto, A. (2018). KARAKTERISTIK SCR MENGGUNAKAN
PROGRAM LabVIEW. EPIC (Journal of Electrical Power,
Instrumentation and Control), 2(1), 1-7.