The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hudaaizan, 2022-07-27 11:03:25

MINIT MESYUARAT MUAFAKAT 2020

MESYUARAT MUAFAKAT 2020

SK WIRA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

JALAN PANCHING 25150 KUANTAN

MINIT MESYUARAT BADAN MUAFAKAT KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN (KPKP) SESI 2020

Tarikh : 29 Januari 2020

Masa : 10.00 Pagi

Tempat : Makmal Komputer SK Wira

KEHADIRAN

1. Rohana Binti Abd Wahid ( Guru Besar)
2. Salasiah Binti Abdul Majid (GPK Pendidikan Khas)
3. Huzan Zuhana Binti Ghazali (GPK Pentadbiran)
4. Ashibah June Binti Abdullah (GPK Hal Ehwal Murid)
5. Lukman Al Hakim Bin Nor (GPK Kokurikulum)
6. Suriyati Binti Idris ( GPK Petang)
7. Siti Norhafiza Binti Mohd Ghazali
8. Zuhailah Binti Ismail
9. Ilany Binti Haris Fadhilah
10. Salwa Binti Mohd Salleh
11. Mohd Azwal Bin Che Ramli
12. Mohd Hilmi Fikri Bin Mohd Farid
13. Norlina Binti Hajim
14. Rozanah Binti Mohd Rani
15. Noor Akma Binti Abdul Wahab
16. Nur Akmar Bin Supian
17. Zulhaya Bin Dol @ Abdul Mauluk
18. Flora AK Dingon
19. Siti Rohayu Binti Samri
20. Noorzirawati Binti Mat Salleh
21. Mohd Nor Bin Mahmod
22. Rosmawarni Binti Abdul Ghani
23. Abdul Muin Bin Muhamad
24. Zarina Binti Hussin
25. Norhayati
26. Noor Hasimah Binti Abdullah
27. Shahdan Bin Saharum
28. Nur Shakilla Nadia
29. Mohd Azlan Bin Ademial
30. Mohamad Ali
31. Nuraidi Bin Zakaria
32. Suryani Binti Nasir
33. Mohd Faizul

34. Rosita BInti Ruling
35. Wan Muhammad Shahrir
36. Nor Aisyah Binti Mohd Yatin
37. Unggang AK Bah
38. Amel Afizd Bin Amin Sahimi
39. Ibnu Achiar Bin Sulkiman
40. Norazimah Binti Mohd Jamili
41. Rafina Binti Sulaiman
42. Yahya
43. Mohd Shah Rizal
44. Suziana Binti Mokhtar Rudin (Setiausaha)

TIDAK HADIR

1. Zainal Abidin Bin Abdul Rahman (Cuti Sakit)
2. Samseni Binti Mat Hussin (Cuti bersalin)
3. Azian Binti Md Zawawi (Bertugas di kelas)
4. Norina Binti Mohd Najib (Bertugas di kelas)

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan aluan Pengerusi majlis dan perutusan GPK Pendidikan Khas
1.1 Bacaan Al- Fatihah
1.2 Mengalu-alukan kehadiran Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru pendidikan khas,
Pembantu Pengurusan Murid serta ibu bapa dan penjaga murid-murid pendidikan khas sesi 2020.

2. Bacaan doa disempurnakan oleh Encik Mohd Azwal Bin Che Ramli.

3. Ucapan Guru Besar Sk Wira
3.1 Ucapan aluan kepada semua barisan pentadbir, guru-guru pendidikan khas dan semua ibu bapa atas
kesudian untuk hadir dan meluangkan masa demi anak-anak istimewa mereka.
3.2 Memohon maaf atas pertukaran tempat bermesyuarat disebabkan oleh bilik mesyuarat sedang dinaik
taraf dan belum sedia untuk digunakan.
3.3 Meminta semua ibu bapa dan penjaga untuk lebih prihatin terhadap anak-anak istimewa serta
bersyukur dan redha atas kurniaan dan anugerah daripada Allah s.w.t.

4. Pengesahan Minit Mesyuarat Badan Muafakat Pendidikan Khas Sesi 2019
4.1 Minit mesyuarat kali pertama telah disahkan oleh Encik Abdul Muin Bin Muhamad dan
disokong oleh Puan Flora Ak Dingon.

5. Perkara berbangkit.
5.1 Pembetulan kehadiran (Tertinggal)
i. Unggang Ak Bah

Tindakan: S/U PKI

5.2 Antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2019 adalah seperti terapi boling, terapi
kuda,perkhemahan bersepadu, jamuan akhir tahun dan sebagainya.

5.3 Penilaian murid dilaksanakan melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dinilai oleh guru-guru
matapelajaran.

5.4 Satu gotong-royong bersama badan muafakat akan dilaksanakan bagi menceriakan kelas pendidikan
khas dan menyediakan lot meletak kenderaan bagi OKU.

5.5 Menggunakan “group whats App” dengan sebaik mungkin iaitu hal-hal yang berkaitan dengan murid
sahaja.
Makluman : semua guru dan ibu bapa

6. Pembentangan Penyata Kewangan Badan Muafakat Pendidikan Khas Sesi 2019
6.1 Penyata Kewangan Badan Muafakat Pendidikan Khas sesi 2019 telah disahkan oleh Encik Unggang Ak
Bah dan disokong oleh Encik Abdul Muin Bin Muhamad.

7. Pengurusan dan pentadbiran
7.1 Terdapat seorang Guru Penolong Kanak Pendidikan Khas, 10 orang guru pendidikan khas, 2 orang guru
Pendidikan Islam dan 4 orang Pembantu Pengurusan Murid.
7.2 Murid bagi sesi 2020 adalah seramai 57 orang dan dibahagikan kepada 7 kelas.
7.3 Perubahan kedudukan kelas bagi murid pendidikan khas bukanlah bergantung kepada umur tetapi tahap
perkembangan dan penguasaan yang ditunjukkan dari masa ke semasa.

8. Kurikulum Pendidikan Khas Makluman : semua guru dan ibu bapa
KSSR PK
8.1 Senarai kelas dan kurikulum standard yang diikuti

BIL KELAS KSSR PK TAHUN 5
1. 5 Hanzalah

2. 3 Hanzalah KSSR PK TAHUN 3
3. 3 Ammar KSSR PK TAHUN 3
4. 2 Hanzalah KSSR PK TAHUN 2
5. 2 Ammar KSSR PK TAHUN 2

6. 1 Hanzalah KSSR PK TAHUN 1
7. 1 Ammar KSSR PK TAHUN 1

8.2 Program inklusif
8.2.1 Murid yang mampu mengikuti program inklusif separa akan diinklusifkan di dalam kelas
pendidikan jasmani dan juga aktiviti kokurikulum.
8.2.2 Murid-murid yang terlibat adalah murid-murid yang melepasi SSKI.

8.3 Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
8.3.1 RPI akan dilaksanakan kepada semua murid.
8.3.2 Memohon ibu bapa dan penjaga memantau kehadiran anak-anak bagi membantu melancarkan
program RPI ini.
8.3.3 RPI akan dilaksanakan sebanyak 3 sidang dalam setahun dan akan dimaklumkan kepada ibu bapa
dan penjaga dari masa ke semasa.

8.4 Penilaian Alternatif Sekolah Rendah (PASR)
8.4.1 Syarat untuk mengambil PASR adalah
i. Berada di tahun akhir sekolah rendah
ii. Mengikuti KSSR PK Tahap 2
iii. Menguasai 3M

8.4.2 6 orang murid yang terlibat pada tahun 2020 iaitu
8.4.3 i. Nur Nuha Sakinah
ii. Calven Hamilton
iii. Mohamad Haikal Ashraf
iv. Shamirul Adif
v. Hafizullah
vi. Aishah

PASR akan berlangsung pada bulan Julai sehingga Oktober.

8.5 Bengkel
8.5.1 Aktiviti bengkel akan dilaksanakan bermula Februari sehingga Oktober.
8.5.2 Antara bengkel yang terlibat ialah
i. Perkebunan
ii. Seni kreatif
iii. Masakan
iv. Kebudayaan

9. Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
9.1 Buku teks telah dibekalkan dan diedarkan kepada murid.
9.2 Disiplin
i. Waktu hadir murid adalah sebelum pukul 7.20 pagi setiap hari kerana terdapat program pagi
iaitu Program Pengurusan Diri dan Nilam Mustika.
ii. Waktu pulang kelas pendidikan khas

5 Hanzalah Isnin hingga Rabu : 1.30 petang

Khamis : 12.30 Tengah hari

Jumaat : 12.00 Tengah hari

3H/3A/2H/2A/1H/1A Isnin hingga Rabu : 1.00 petang

Khamis : 12.30 Tengah hari

Jumaat : 12.00 Tengah hari

iii. Pemakaian ke sekolah

Isnin Seragam sekolah / Uniform Pengakap
(Minggu ke-3)
Selasa Pakaian sukan lengkap
Rabu Uniform pengakap
Khamis Seragam sekolah
Jumaat Pakaian sukan lengkap

9.3 Elaun Murid Khas (EMK)
i. Mohon ibu bapa dan penjaga untuk menhantar segala dokumen yang diperlukan bagi permohonan
elaun murid khas pada bulan Mac.
ii. Permohonan elaun hanya akan diproses sekali sahaja dalam setahun.
iii. Elaun murid akan dimasukkan secara berperingkat oleh pihak kerajaan (RM150 sebulan).
iv. Ibu bapa perlu mengisi borang dan berjumpa guru besar bagi memohon kebenaran untuk
mengeluarkan elaun murid.
v. Had pengeluaran adalah sebanyak RM300 sahaja.

9.4 Semua murid pendidikan khas layak untuk mendapat Bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

9.5 Kehadiran murid

i. Kehadiran murid sangat berkait rapat dengan elaun murid khas.
ii. Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah selama 61 hari setahun atau 33 hari secara berturut-

turut, ibu bapa dan penjaga perlu membayar semula elaun murid yang telah diterima. Sekiranya
gagal, guru kelas akan diminta untuk membayar dan guru besar akan dikenakan surcaj.
iii. Mohon ibu bapa lebih perihatin tentang kehadiran murid dan datang ke sekolah mengikut waktu
yang telah ditetapkan.

10. Kokurikulum Pendidikan Khas
10.1 Murid yang terlibat adalah murid yang berumur 10 tahun ke atas.
10.2 Murid mampu menguruskan diri dan juga emosi tanpa bantuan.
10.3 Waktu aktiviti kokurikulum dijalankan adalah pada setiap hari Rabu (12.30 – 1.00 Petang).
10.4 Aktiviti yang terdekat akan dilaksanakan adalah Agonoree Peringkat Daerah di Pantai Balok.

11. Pembentangan Takwim Aktiviti Pendidikan Khas 2020
11.1 Rujuk lampiran aktiviti yang dirancang.
11.2 Aktiviti yang telah dilaksanakan adalah merentas desa peringkat sekolah.
11.3 Diharap semua ibu bapa dan penjaga dapat memberi komitmen dan kerjasama bagi menjayakan
program yang telah dirancang sepanjang tahun untuk anak-anak istimewa ini.

12. Perlantikan jawatan kuasa Badan Muafakat Pendidikan Khas 2020

Penasihat Rohana Binti Abd Wahid
Pengerusi Ibnu Achiar Bin Sulkiman
Naib Pengerusi Mohd Shah Rizal
Naib Pengerusi II Salasiah Binti Abdul Majid
Setiausaha Suziana Binti Mokhtar Rudin
Naib Setiausaha Norlina Binti Hajim
Bendahari Ilany Binti Haris Fadhil
Naib Bendahari Samseni Binti Mat Hussin
Yahya
AJK Abdul Muin Bin Muhamad
Norazimah Binti Mohd Jamili
Zarina Binti Hussin

13. Hal-hal lain
13.1 Encik Ibnu Achiar meminta senarai aktiviti beserta jumlah yang diperlukan bagi setiap aktiviti sebelum
memutuskan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh ibu bapa dan penjaga serta cara pembayaran
tersebut.
Tindakan : GPK PK dan Bendahari

13.2 Satu program Laman Hijau iaitu tanaman melalui kaedah fertigasi akan dibangunkan dan mohon
bantuan daripada ibu bapa dan penjaga untuk menyediakan tapak dan apa yang diperlukan.

13.3 Puan Rohana Binti Abd Wahid (Guru Besar) mengucapkan
i. Syukur kerana mesyuarat telah selesai dan berjalan dengan lancar.

ii. Pihak pentadbir tidak pernah menyisihkan anak-anak istimewa dan memerlukan bantuan dan
kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk memastikan segala program yang dirancang untuk anak-
anak berjaya dilaksanakan.

iii. Memohon sebarang pandangan, pendapat dan juga sumbangan untuk kemenjadian anak-anak
khas ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.35 Tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………….. …………………………………………
(SUZIANA BINTI MOKHTAR RUDIN) (SALASIAH BINTI ABDUL MAJID)
Setiausaha PPKI Penolong Kanan PPKI

Disahkan oleh:

……………………………………

(ROHANA BINTI ABDUL WAHID)
Guru Besar SK Wira


Click to View FlipBook Version