PENDAHULUAN
Tan Sri Hajjah Zainon bte Munshi Sulaiman (22 Januari 1903 2 April) atau lebih dikenali
sebagai lbu Zain merupakan tokoh pendidik dan politik wanita terkenal.lbu Zain diahirkan
di Nyalas, Melaka. lbu Zain merupakan anak ke-6 dari lapan adik beradik syahnya, Munshi
Sulaiman berasal dari Tanjung Pinang, Riau, lbu Zain bertuah kerana Munshi Sulaiman
mempunyai kesedaran yang tinggi pentingnya pendidikan di kalangan anak-anaknya, tidak
kira lelaki mahupun perempuan Malah ayahnya melanggar tradisi masyarakat Melayu ketika
itu yang melarang anak perempuan dari belajar, selain daripada belajar mengaji Al-Quran.
Munshi Sulaiman merupakan Seorang guru agama lslam dan Bahasa Melayu, Guru bahasa
pada masa itu digelar Munshi. Daripada beliaulah, Ibu Zain mendapat pendidikan tidak
fomal.
Berbeza dengarn kaum wanita yang sezaman dengannya, beliau lewat mendirikan rumah
tangga. bu Zain berkahwin dengan Endk Haji Amin bin Ahmad pada tahun 1934 pada usia
31 tahun. Hasil perkongsian hidup mereka dianugerahkan tiga cahaya mata. Khalidah
Adibah adalah yang paling menonjol. Beliau lebih dikenali dengan nama penanya, Adibah
Amin.
Ibu Zain Dilahirkan Di Nyalas, Melaka, Ibu Zain Merupakan Anak Ke-6 Dari Lapan Adik
Beradik Ayahnya, Munshi Sulaiman Berasal Daripada Tanjung Pinang, Riau, Ibu Zain
Bertuah Kerana Munshi Sulaiman Mempunyai Kesedaran Yang Tinggi Dan Mementingkan
Pendidikan Tidak Kira Lelaki Mahupun Perempuan.
Masyarakat Meiayu Ketika Itu Melarang Anak Perempuan Belajar Selain Daripada Belajar
Mengaji Dan Al-quran, Namun Munshi Sulaiman Merupakan Seorang Guru Agama Dan
Bahasa Melayu.
Ibu Zain Mendapat Pendidikan Tidan Formal.Pada Tahun 1921, Beliau Berhijrah Ke Muar
Untur Berkhidmat Di Sekolah Perempuan Bandar Maharani. Tahun 1924, Beliau Dilantik
Menjadi Guru Besar Sekolah Yang Sama Kemudiannya, Dilantik Menjadi Guru Penyelia
Bagi Sekolah Perempuan Daerah Muar Dan Batu Pahat, Seterusnya Bagi Seluruh Negeri
Johor. Beliau Juga Mengasaskan Sekolah Agama Petang Di Johor.
PENDIDIKAN
Seorang anak kecil yang cergas dan cerdas akal, Zainun gigih menimba ilmu. Ketika mengikut
ayahnya menetap di Melaka, beliau belajar di Methodist Girls School, Tengkera (1909 - 1912)
diikuti Tengkera School (1913 - 1915) sehingga lulus Junior Cambridge. Suatu pencapaian yang
tidak ramai mampu gapai, khususnya di kalangan anak gadis. Lebih membanggakan Ibu Zain
mampu mempertahankan akidahnya yang terdidik dari kecil ketika ditawarkan menjadi mubaligh
Kristian.
Kejayaan yang dicapainya dikongsi pula dengan masyarakat. Beliau mempunyai kesedaran yang
sangat tinggi untuk melihat lebih ramai kaum wanita pandai membaca dan menulis kerana ilmu
merupakan kunci yang membentuk jati diri beliau sendiri. Semuda usia 17 tahun, Ibu Zain telah
menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan.
KERJAYA
Pada tahun 1921, beliau berhijrah ke Muar untuk berkhidmat di Sekolah Perempuan
Bandar Maharani. Tahun 1924, beliau dilantik menjadi Guru Besar sekolah yang sama.
Kemudiannya, dilantik menjadi Guru Pelawat/Penyelia bagi sekolah perempuan daerah
Muar dan Batu Pahat, seterusnya bagi seluruh negeri Johor. Di sana, beliau mengasaskan
sekolah agama petang dan menjadi penyelia kegiatan tersebut. Selain itu, sekolah
tersebut juga menjadi sekolah agama perempuan yang pertama di Johor.
Ibu Zain juga aktif dalam persatuan. Beliau adalah antara mereka yang
bertanggungjawab menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah
Agama Negeri Johor. Kewibawaan beliau menambat keyakinan ahli, untuk melantiknya
sebagai Presiden pertama persatuan itu. Beliau juga menubuh dan menyandang jawatan
Yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu selama 19 tahun sejak tahun
1930.
Di antara tahun 1929-1941, Ibu Zain menghasilkan majalah untuk wanita, bergelar
"Bulan Melayu". Dengan daya juang yang tinggi, beliau merupakan salah seorang
perintis UMNO dan Ketua Kaum Ibu, UMNO (menjadi Ketua Wanita UMNO).
SUMBANGAN
Ibu Zain turut aktif dalam bidang politik. Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri
Johor mewakili parti UMNO pada tahun 1948. Berbeza dengan kebanyakan ahli politik yang
lain, Ibu Zain lebih suka bercakap soal pendidikan. Pada tahun 1959, beliau dipilih sebagai
wakil rakyat bagi kawasan Pontian Selatan.
Jasa Ibu Zain tambah bermakna selepas pendudukan Jepun di bumi Malaya. Beliau
menjalankan kegiatan dakwah bagi membantu memulihkan akhlak golongan wanita yang
terpengaruh dengan tentera Jepun, selain membantu memulihkan semangat mereka yang
dianiaya oleh askar tersebut. Lebih mengejutkan, beliau mampu menguasai bahasa Jepun dalam
tempoh sebulan sahaja.
Dalam usaha mencapai kemerdekaan negara, Ibu Zain turut menyumbang bakti. Beliau berjaya
menyatukan kaum ibu untuk turut serta menyokong usaha tersebut. Di zaman konfrontasi
dengan komunis, wanita berani ini mendaftar diri sebagai tentera sukarela dan meredah hutan
seorang diri. Beliau bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain bagi menangkis dakyah
komunis daripada menular di kalangan masyarakat. Ternyata usaha beliau membuahkan hasil.
Pada tahun yang sama 10 Mac 1963 beliau dilantik sebagai Pengetua Kolej Puteri Tuanku
Ampuan Mariam.
Ibu Zain turut memainkan peranan dalam mendaulatkan bahasa Melayu. Beliau terlibat dalam
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1956, sehingga tertubuhnya Dewan Bahasa
dan Pustaka pada tahun 1958.
ANUGERAH
Pingat Sultan Ibrahim (1947), Pingat Lady of Myanmar Tokoh Guru
anugerah Johan Mangku dari Kerajaan Myanmar Kebangsaan Pertama
Negara (1958) dan pingat Tun Fatimah dan Ijazah Kehormat
(1974) Sarjana Muda Sastera
Universiti Malaya
Ijazah Kehormat
Sarjana Sastera
Anugerah Darjah
Panglima Setia Mahkota
yang membawa gelaran
Tan Sri (1979) dan MPSI
memberi anugerah Suluh
Budiman (1980).
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI
MEMENTINGKAN Pendidik berjiwa nasionalis ini memulakan
PENDIDIKAN kerjayanya sebagai guru dan mendidik anak bangsa
dengan penuh jiwa. Generasi sekarang wajar
mencontohi sikap Ibu Zain yang cintakan ilmu
pengetahuan dan menjadikan pendidikan wadah
untuk memacu kejayaan.
MEMENTINGKAN Menyedari nasib kaum wanita yang seolah-olah
MARTABAT WANITA dipinggirkan, Ibu Zain pantas menubuhkan
Kumpulan Ibu .Penubuhan Kumpulan Ibu Sepakat
juga telah membibitkan pembabitan Ibu Zain dalam
kancah politik apabila kumpulan ini bergabung
dengan Pergerakan Melayu Semenanjung pimpinan
Datuk Onn Jaafar dalam menentang penjajah. Sikap
menjaga martabat wanita dan kaum perempuan
perlu meningkatkan diri untuk kemajuan dalam
pelbagai bidang termasuklah politik.
KEBERANIAN Beliau juga antara individu berpengaruh dan sentiasa
BERSUARA mendapat kepercayaan daripada Datuk Onn Jaafar
dalam perjuangan UMNO. Kelantangannya bukan
sahaja terserlah dalam ucapannya mengenai
kemerdekaan tetapi juga dalam menyelesaikan
masalah dalaman parti. Misalnya beliau diberi
kepercayaan untuk menyakinkan orang ramai
terhadap kepimpinan UMNO ketika berlakunya
rapat raksasa di Bukit Timbalan Johor pada 15 Julai